Sunday, 27 May 2018

JIKA DUA TAHUN TAK MENCUKUPI, BAGI PELUANG TUN MAHATHIR JADI PERDANA MENTERI SELAGI MAMPU


Semua kita sedia maklum  dan memang mengikut perancangan, Tun Mahathir Mohamad dijangka hanya mahu menjadi Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun saja.


Dalam tempoh dua tahun itu, Tun Mahathir merasakan beliau mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalankan kerja-kerja menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi daripada pelbagai kerosakan yang diakibatkan oleh Najib Razak.


Selepas tempoh dua tahun itu, Tun Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada pengganti yang dipersetujui oleh Pakatan Harapan iaitu Anwar Ibrahim.


Berikutan tempoh dua tahun itu dilihat agak suntuk, itulah sebabnya sejak mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mei lalu kita melihat bagaimana Tun Mahathir amat bekerja keras hampir setiap hari di pejabatnya.


Beliau bukan saja menghabiskan banyak masa menghadiri pelbagai mesyuarat, bertemu pihak yang relevan dengan matlamat menyelamatkan negara, meneliti pelbagai fail serta dokumen, malah tidak terkecuali tentunya perlu juga memerah otak mencari idea-idea baru.


Itulah sebabnya kita melihat hari Sabtu dan Ahad pun beliau tetap datang bekerja seperti biasa.


Dalam usia mencecah 93 tahun, kesibukan dan komitmen Tun Mahathir sekarang ini barangkali melebihi apa yang dilakukannya ketika kali pertama menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini.


Semuanya dilakukan kerana beliau mahu menyelesaikan, kalau boleh semua perkara dalam tempoh dua tahun ini sebelum baton kuasa diserahkan kepada Anwar.


Tetapi, cukupkah tempoh dua tahun ini untuk Tun Mahathir dan bagaimana jika dalam tempoh itu, kerja-kerjanya masih banyak yang  tidak selesai?

Dalam hal ini, semua pihak dalam Pakatan Harapan seharusnya sedia berlapang dada untuk tidak terlalu mendesak agar Tun Mahathir sentiasa terikat dengan tempoh masa dua tahun itu.


Beliau mesti diberi kebebasan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri dalam tempoh masa yang dapat memberi keselesaan kepadanya.


Jika tempoh dua tahun itu banyak perkara dapat diselesaikan dan Tun Mahathir sendiri berpuas hati dengan apa yang dilakukannya untuk negara, ia mungkin sesuai untuknya berundur dan menyerahkan kepada Anwar untuk mengggantinya.


Namun, kiranya dalam tempoh dua tahun nanti, masih ada perkara-perkara yang belum selesai, Pakatan Harapan harus melanjutkan tempohnya sehingga ke tiga tahun atau sampai ke pilihanraya umum yang seterusnya.


Salah seorang Ahli MPT Bersatu, Aziz Yassin bersetuju bahawa Tun Mahathir tidak harus diikat dengan tempoh masa tertentu dalam melaksanakan kerja atau tanggungjawabnya kepada negara ini.


Kata beliau, dalam tempoh tidak sampai 20 hari menjadi Perdana Menteri, walaupun sudah berusia 93 tahun, tetapi Tun Mahathir telah menunjukkan kecemerlangan dan komitmen serta melakukan tindakan yang tidak mungkin mampu dilakukan oleh mana-mana pemimpin lain, termasuk Anwar, Muhyiddin atau sebagainya.


"Sekiranya beliau masih sihat, mampu dan ada keinginan untuk terus berkhidmat kepada negara dalam tempoh yang lebih lama daripada dua tahun, ruang itu harus diberikan kepadanya.


"Lagi pula, jika lebih lama Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, ia membawa lebih kebaikan untuk rakyat dan negara, apa salahnya!" kata Aziz yang juga merupakan abang kepada Muhyiddin.


Dalam hal ini, yang tidak kurang pentingnya ialah Anwar dan para penyokongnya juga harus lebih banyak bersabar dan tidak terlalu mendesak agar Tun Mahathir perlu memenuhi tempoh masa dua tahun itu.


Anwar dan para penyokong beliau, sebaliknya mesti memberi sokongan yang sepenuh-penuhnya kepada Tun Mahathir dalam usaha memulihkan negara ini dan penuh yakin bahawa kerusi Perdana Menteri selepas ini memang disediakan untuknya.


Cumanya, oleh kerana isteri beliau, Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ini sudah pun menjadi Timbalan Perdana Menteri, kemasukan Anwar ke dalam kabinet dengan sendirinya akan menyebabkan isterinya perlu berundur.


Sebaik-baiknya ialah Anwar harus mengambil alih tempat Dr. Wan Azizah di Pandan dan kemudian dijadikan Timbalan Perdana Menteri, sebelum langkah seterusnya ialah mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir.


Masalahnya, selain Dr. Wan Azizah baru sangat menjadi Timbalan Perdana Menteri, tindakan beliau mengosongkan kerusi Pandan semata-mata untuk memberi laluan kepada suatu pilihanraya kecil dan Anwar bertanding di situ barangkali juga tidak disenangi oleh rakyat kerana dianggap suatu pembaziran.


Ia bagaimanapun mungkin selesai jika ada mana-mana Ahli Parlimen PKR yang meninggal dunia dalam tempoh terdekat ini dan Anwar dipilih untuk mengisinya.


Begitu pun, jika dengan itu ia membuatkan Anwar ada laluan untuk menjadi pengganti Tun Mahathir, mahu tidak mahu Dr. Wan Azizah perlu digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri yang sedang dipegangnya sekarang.


Adalah tidak manis jika Anwar dan Dr. Wan Azizah sebagai suami isteri berada dalam kabinet pada waktu yang sama, malah sebelum ini pun mereka bertukar ganti menduduki kerusi Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang.


Tidak simpatikah Anwar kepada Dr. Wan Azizah yang hanya berpeluang berkhidmat kepada kerajaan dalam tempoh yang sesingkat dua tahun saja?


Tidakkah lebih baik jika penggal perkhidmatan Dr. Wan Azizah berakhir sehingga PRU15 di mana ketika itu bukan saja beliau boleh berundur dengan senang hati sama ada sebagai Timbalan Perdana Menteri ataupun Ahli Parlimen Pandan, malah Tun Mahathir juga dipercayai turut selesa untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar berikutan banyak kerja-kerjanya untuk negara telah dapat diselesaikan? (ShahbudinHusin 27/05/2018)

135 comments:

  1. KOMENTAR PERTAMA:

    RILEKS, TUAN. JANGAN MUNCULKAN PERKARA SEUMOA INI. TIDAK ADA KEPERLUAN BERBUAT DEMIKIAN. BIARLAH KABINET DAN MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN TENTUKAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Ada perkara lebih baik didiamkan saja. Biar pucuk pimpinan yg berbincang dan memutuskan. Jgn buka ruang kepada puak pemfitnah untuk spin isu ini.

      Delete
    2. Tak setuju diamkan. Penting nak dapat kesan PH merintah. Kesan yang betui2 di rasa.

      Bukan sikit punya keroje nak menang Pru14. Dah menang, tak bole buat leihkurang aje.

      Tak bole banyak benor politik. Sapa tak sabor, kita kecam. Sebab depa ada giliran.

      Gerenti Tun boleh bawa kpd Pru15 dengan baik. Dan boleh menang. Dan Nuar ambik alih masa tuh.

      Delete
    3. Biar Tun habiskan 4 tahun penggal ini. Anwar boleh sambung pru14.
      .....jangan kalut kalut no....

      Delete

    4. Lupakan politik sekejap.....mari bercerita......

      KISAH AYAM BERTELUR EMAS

      Alkisah, di sebuah kampung, tinggallah seorang lelaki tua yang miskin. Dia hanya mempunyai gubuk sebagai tempat tinggalnya dan seekor ayam betina. Pekerjaannya hanyalah mencari kayu api dan menjualnya di pasar, dan penghasilannya sangatlah kurang untuk membeli kebutuhan sehari-harinya. Suatu sore setelah menjual kayu, ia melihat seorang anak laki-laki kurus dan pucat lalu menghampirinya. "Nak, kenapa kau begitu pucat dan terlihat lemas?" Anak itu pun menjawab, "aku anak yatim piatu, sudah dua hari ini aku belum memakan sesuap nasipun".

      Karena kasihan, lelaki tua itupun memberikan uang hasil penjualan kayunya pada anak yatim-piatu itu untuk membeli makan. "Dia lebih membutuhkannya daripada aku", pikir sang lelaki tua. Keesokan paginya, ayam miliknya berkotek dengan keras dan tidak seperti biasanya. Ia segera melihat ayam betinanya, ternyata ayam tersebut bertelur, dan telurnya berlapis emas. Ia pun heran dan senang melihat telur emas itu.

      Setelah dijual, ternyata telur emas itu dibayar dengan harga tinggi. Setiap harinya berlanjut, ayam itu selalu mengeluarkan telur emas, sehingga membuat lelaki itu menjadi kaya raya. Suatu hari, lelaki itu berpikir, "ayamku itu bertelur emas setiap hari, berarti dalam perut ayam itu, ada banyak telur emas yang bisa kudapatkan, dan membuat saya lebih kaya dari pada sekarang ini, tanpa harus menunggu lama.

      "Baik, aku akan membelah perut ayam itu, dan aku akan langsung ambil telur emasnya". Lelaki itupun membelah perut ayam itu, tetapi tak disangka dalam perut ayam itu tidak ada telur emas, yang ia dapat hanya organ-organ tubuh ayam itu. Penyesalan selalu datang terlambat, induk ayam bertelur emas itu telah disembelih oleh sang lelaki tua. Sejak saat itu, tak ada lagi ayam bertelur emas, maka kekayaannya semakin lama semakin habis. Dia menyesal telah bertindak ceroboh. Akhirnya kehidupannya kembali miskin seperti dulu lagi.


      TAMATTTTTT.........



      Delete

    5. Elok rasanya kita memberi hujah-hujah kepada perkara berikut:

      1. Apa kebaikan yang bakal di raih negara sekiranya Tun M meletakkan jawatan selepas 2 tahun.

      2. Apa kebaikan yang bakal di raih negara sekiranya Tun berundur dan DS Anwar mengambil alih jawatan PM selepas 2 tahun.


      Kita berhujah dengan cara yang sihat....


      Maaf......

      Delete
    6. Sokong Mahligai Seni..
      Baru sgt hasil pun bnyak yg x nampak lg dah nak di sanggah apa yg telah di sepakati oleh PAKATAN HARAPAN...
      Utk jaga keharmonian rakyat jgn la nak berpolitiking..biar saje diikuti apa yg telah di janjikn sebelum PRU 14,jangan jd munafik.!!
      Kalau Anwar jd PM pun dia akan teruskn mana yg baik..dan akan mentadbir dgn cara yg terbaik...

      Delete
    7. tok janggut,

      Saya yakin semangat Melayu Tun Mahathir, zaman dia 22 tahun merintah Melayu dapat 23% kekayaan korporat.

      Saya tak yakin semangat Melayu Anwar dari segi itu.

      Boleh tolong kasi fakta2 dan hujah2 yang boleh bikin saya yakin dgn semangat Anwar spt itu?
      Kasi rujukkan, link nya sekali, TK.

      Ikhlas nak tahu.

      Delete
    8. Gua jangkakan Anwar x akan jadi PM, mungkin sampai bila2. TunM akan terus dibenarkan jadi PM utk penggal kedua slps PRU15. Ini mmg perangai Melayu, gua berasa sgt faham hal ni.

      Rafizi dan Tian Chua pula akan diterajang keluar dari PKR secara perlahan2. Tak setuju, x mengapa.

      Dlm situasi skrg, Anwar adalah dilihat peranannya spt pengacau daun saja. Sama spt Rafizi dan Tian Chua. Tidak relevan sbb mereka bukan lagi pemain utama politik negara, tak bertanding PRU14 adalah antara faktornya.

      Serius, ini pandangan gua. Sudah nampak riak2 ini berlaku. Eloknya Anwar boleh cabut saja duduk luar negara atau teruskan kuliah2 di sana.

      Malaysia x memerlukan kamu lagi. Anda adalah sampah dan pengacau pentadbiran pd rakyat buat masa sekarang. Serius, gua rasa Budin pun rasa semak dgn 3 ekor ni. Kahkahkah..

      Delete
    9. Isa3, Ini sikap MELAYU yg merosakkn..
      Belum dpt manis mulut berjanji, bila dah dpt mcm2 hujah d minta untuk d biar kekal brkuasa...
      Kdg2 bab ini ada non Malay/muslim yg kita respect sikapnya, pegang pd janji..

      Delete

    10. GAGASAN 1 MALAYSIA IBARAT SENJATA MAKAN TUAN.


      GAGASAN YANG BERJAYA MENUMBANGKAN BN.

      Delete
    11. Kes2 yg mesti diberi keutamaan dulu ialah....
      1. 1MDB
      2. Jho Lo & Riza Aziz
      3. Scorpene & Altantuya
      4. Lembu NFC
      5. Felda dan FGV
      6. Fitnah Berita Palsu & Hasutan oleh Kejora.
      7. ????

      Delete
    12. Habih, mana keutamaan utk rakyat???

      1.Turun harga minyak?? Ini betul2 janji PH mcm celaka.. bertahun dok auta yg ni.
      2.Hapuskan tol. Ini lagi celaka..
      3.Hapuskan KASE dan AES.
      4. Turunkan harga barang??

      Kahkahkah.. Pd gua, PH sudah mula mengorak langkah mcm BN jugak.. Nak bongkar para pengklepet tidak mengenyangkan perut rakyat dan tambah kuasa beli mereka. Ini yg keutamaannya. Nak tangkap pengklepet2 tu, keutamaan ke 100 pun xpa. Kes2 dah sumer register SPRM dan PDRM dah. Cuma nak buka balik ja.

      Delete
    13. Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila LGE menyatakan hutang Negara sudah mencecah 1.2 trillion.

      Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun berani membuka mulut.

      Masing masing terpaku melihat Tun M terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

      Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata nya gugur.

      Berapa lagi kita ada? Tanyanya dalam dialeg utara, LGE tak berani menjawab..

      Tun bertanya lagi... cukup tak nak bagi rakyat BRIM sebelum raya ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa kedahnya semakin pekat.

      LGE, cukup Tun untuk rakyat cukup,

      Untuk Kelantan dan Terengganu dah kira kalu(kalau) nak bagi 20% royalti minyak?

      LGE dalam proses Tun.
      Awat lambat sangat, pi siap cepat cepat brim dan royalti tu.

      Errr...pasal Tol tu tun? Takpa tu nanti saya panggil konsenssi tgk macam mana kita forfeited kos depa..

      Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Tun M mencarik tisu diatas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Tun M menangis lagi??

      Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya sarat hutang negara yang dibuat oleh durjana Najib, sebelah tangannya lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga pada rakyat.

      Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM, bekerja 18jam sehari, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Negara pulih semula.

      Ya Allah, berikan lah kesihatan dan keselamatan kepada Tun M.

      Delete
    14. Fauziasmara,
      -saya ubah sikit Carita org tua dgn ayam betina telor emas itu,
      -org tua itu bukan miskin, tapi sgt kaya dgn jiwa pembangunan, bijak menjaga negara, kebajikan rakyat.
      -sehingga dunia luar amat menyanjungi nya krn kehebatan nya membina negara,
      -suatu hari org tua itu serah kuasa kpd org lain, org itu muka nmpk baik, bibir warna pink.
      -selepas dpt kuasa org itu bermaharajalela berkuasa, mulut bertambah pink, bini pulak asik menyondol harta smpi kering, org ini ada anak angkat Sorg iaitu anak haram jadah yg keluar Dari punggung tonyok jadi bijak pandai dlm ilmu mencuri,
      -sejak itu mrk tiga beranak Haram jadah mencuri hari hari smpi harta kering,
      -selama 9 tahun org org kg Sudah hilang sabar lalu mereka membrontak sampai berterabur harta benda di tgh jalan terjatuh semasa mrk 3 org ni mcm haram jadah cabut lari,
      -ketika nak lari ke seberang, bot mrk di ikat dan di tahan oleh org kg,
      -setelah di geladah nyata dlm rumah mrk penuh harta rakyat,
      -Skrg org tua itu di panggil semula utk memulih kan kg yg hampir tergadai,
      -siang mlm bekerja utk memenuhi hak rakyat,
      -ini sebenar nya cerita yg betul,
      -apa kejadah nya org tua itu nak sembelih Ayam tu,
      -sebenar nya Sy faham maksud fauziasmara cerita tu,
      Org tua tu utk tun m
      Ayam telor emas tu najib
      -bukan Ayam tu bertelor emas tapi berak merata rata bau bangkai tonyok, dan mencuri hari hari selama 9 thn,
      -mmg patut di sembelih aje bagi mkn tonyok...

      Delete
    15. Latest TRAVEL BAN:

      Round the clock 24 hour security is being provided by PDRM for....

      ex IGP Khalid,
      Dzulkifli/MACC,
      Hashim/EC,
      Apandi/AG,
      Pandikar/Speaker,
      Suriyati Ibrahim/ROS,
      Shahrizat,
      Abdul Azeez/Tabung Haji,
      Tengku Adnan,
      Muhamad bin Ibrahim/Governor Bank Negara,
      Irwan Serigar/MOF,
      Isa Samad,
      Reezal Merican,
      Arul Kanda,
      Tan Seng Giao,
      Musa Aman,
      Anifah Aman,
      Hafitz Aman,
      Pairin Kitingan,
      Jeffrey Kitingan, and
      Taib Mahmud.

      More to come
      ๐Ÿ‘จ๐Ÿผ‍✈๐Ÿ‘จ๐Ÿผ๐Ÿ‘จ๐Ÿผ๐Ÿ‘จ๐Ÿผ‍✈๐Ÿ’‚๐Ÿป‍♂๐Ÿ’‚๐Ÿป‍♂๐Ÿ‘ฎ๐Ÿผ‍♂๐Ÿ‘ฎ๐Ÿผ‍♂

      Delete

    16. Saudara bima sakti27 May 2018 at 20:54


      Menarik cerita tuan, terima kasih....


      Juga cerita Tun menangis, amat menyentuh perasaan.

      Saya telah mencadangkan supaya dibuat satu akaun bank untuk mereka-mereka yang prihatin menyumbang untuk mengurangkan hutang negara.

      Mari kita sama-sama membantu......

      Walau hanya RM1.00......

      Delete
    17. Cerita tun m tu sejujur nya sy pinjam dr rakan,
      Tapi ada tapi nya,
      Keseluruhan cerita menjurus kebenaran,
      Ini lah yg di tanggung oleh tun m,
      Nak lagi sedih cerita bekas pm yg baru kalah teruk tu masih perasan tak bersalah apa apa,
      Apa kejadah nya satu dunia tahu busuk pekong dgn bukti, fakta mof, soal siasat,
      Kau ingat aku banggang, rakyat Malaysia semua buta huruf,
      Nak kekang rakyat berfikir,
      Tak boleh luah pendapat,
      9 tahun rakyat mcm org banggang di buat nya,
      Post blog di block,
      Media sosial kebenaran di Kata fitnah,
      Babi haram,
      2.6billiun tu halal,
      Duit masuk account kata itu prosess yg berlainan,
      Org dengar mcm banggang,
      Nah jari tengah untuk kau,
      Pembalasan pru14 sudah nyata...
      Umno itu sudah berkubur,
      Jgn sebut perkataan umno lagi,
      Sudah hancur mcm abu mayat...
      Sudah hanyut ke longkang dan tak akan kembali lagi smpi bila bila ,
      Cadangan sy logo dacing perlu di letak batu nisan di kedua dua belah timbangan,
      Untuk logo umno tukar kan keris dan sarung dgn batu nisan menyilang,
      Tulis ra... Ain... Fa...sim
      Rest in peace...

      Delete
    18. Sebelum nak tidor ni...
      Saya tujukan gengaman tangan yg erat serta bersemangat sambil mengeluarkan jari tengah perlahan lahan...utk blogers tegar najib...
      Jgn sakit kan hati Rakyat Malaysia yg sedang cuba bersungguh sungguh memadamkan muka najib dan umno dlm ingatan,
      Kalau boleh tak mau terlintas langsung,
      Haram jadah gst yg diujudkan meyusah derita kan rakyat...
      Byk kerja hari isnin ni utk buat adjustment menjelang 1st Jun,
      Gst menyusahkan dan tetap haram jadah org yg ujud kan di Malaysia ni...

      Delete
    19. Aku nak tanya kpd orang2 yg terketaq ketaq yg tak sabaq2 sgt nak anwar ibrahim jadi PM tu knp?

      PH baru saja menang pru 14. Jawatan Menteri2 kabinet pun belum lagi penuh di isi.

      Belum sampai 100 hari Tun jadi PM yg hangpa dok kalut sangat tu pasal apa?

      Hangpa tak tahu erti bersukur ka?

      Selain drp turun mengundi setakat itu saja kah yg hangpa boleh bantu negara ni.

      Bantulah Tun dulu untuk selesaikan masalah negara ni dulu.

      Jangan dok ikut perangai lama ahli2 umno tu. Belum apa2 lagi dah sibuk. Tak habis2 nak jadi broker politik nak lobi projek tu dan projek ni.

      Apa nak jadi dengan hangpa semua ni?







      Dah selesai dah ka masalah negara kita ni?

      Delete
  2. Setuju 100% apa yg penulis kata.Apa tah lagi ramai dari kalangan rakyat khususnya nya orang melayu dan penyokong umno yg masih sinis dgn Anuar.Tu pasal UMNO masih menang banyak kerusi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi analisa keputusan pilihanraya. Jika tak kerana pertandingan 3 penjuru, UMNO mungkin tewas dgn lebih memalukan. Yg menang pun, kebanyakannya dgn majoriti yg tak memberangsangkan. Malah, kalau dicampur jumlah pengundi yang menyokong pembangkang (waktu itu), umno sebenarnya dah tiada di hati org Melayu. Jadi, harap kamu sedar. Jgn masih perasan bagus. Bye.

      Delete
    2. Syabas Bulat Ken.

      Hujah mcm itu yang berangsangkan.

      Todiam puak Najib mendongar nye.

      Delete
    3. Sebabnya masih ada sebilangan besar org2 melayu, tetutama yg golongan emas, yg fi kg2. Felda dan melayu2 yg anti cina(DAP). Umum tahu kenaper penyokong tegar ni masih aetia dan kesiankan Najib/umni ialah mereka telah SEDAP sgt mentekedarah dedak yg disumbat Najib ke ketongkong mereka. Mereja nk BRIM. Jlu bole nk disara seumur hidup hingga ke generasi mereka, tanpa bekerja dan berusaha. Asalkan sikong Najib/umno senua boke fot free dan buta.

      Delete
  3. Sokong bebenor kata2 Budin -

    BAGI PELUANG TUN MAHATHIR JADI PERDANA MENTERI SELAGI MAMPU.

    Tak lain tak bukan. Banyak keroje, Beb.

    Oang lain pun boleh buat keroje. Tapi tak sama dengan Tun Mahathir.

    Dia pengalman 22 tahun sebagai PM. Mana boleh banding.

    Nak tengok kesan nya. Memuaskan ke tak. Nak tengok kekayaan korporat Melayu naik. Kalau boleh 40%. Sekurang kurang nya 30%.

    Dan mulakan mencapai kekayaan di bidang2 lain ekonomi negara.

    ReplyDelete
  4. Tak usah sape2 pon mengada ngada soal 2 tahun tak cukup...tun hanye nak sediakan asas yg kukuh dlm tempoh 2 tahun...

    Cukup tak cukup majlis presiden yg berkuasa tentukan dan ade kata putus...

    Ahli2 bersatu elok tumpukan kekuatan parti dengan kempen tambah ahli untuk pru 15...pru 14 pon hanye menang 13 kerusi...

    Umno tetap akan berusaha runtuhkan PH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU, SAUDARA KEJORA BAPUK BODO (TAK TERGAMAK SAYA NAK NULIS NAMA TUAN. HEHEHEHEE). ISU SEUMPAMA INI TIDAK SEPATUTNYA DITIMBULKAN. TAK BAGUS. PIHAK SEBELAH SANA TUNGGU PELUANG SAHAJA UNTUK MEMECAHBELAHKAN KITA. KENAPA KITA BERI RUANG BEGINI KEPADA MEREKA. TAK USAHALAH ADA LAGI POSTING SEBEGINI.

      Delete

    2. Tak boleh dan tak bijak kata ngada ngada. Ini negara bebas, PH percayakan bebas ckp.

      Memang lah "majlis presiden yg berkuasa tentukan dan ade kata putus.." Tapi tak waras lah mengata tak boleh ckp.

      Aku bukan ahli bersatu. tpi mahu kekuatan PH dan parti2 komponen nya. Tapi menghalang sesiapa ckp bukan cara nya.

      Delete
  5. Baru menang sikit dah mula nak tunjuk besar kepala puak PH...dah mula jolok menjolok sesama sendiri..

    Dlm Bersatu masih ade suku sakat umno yg nak jahanamkan PH..
    ...

    Jadi Budin ko jangan pandai2 buka jalan untuk umno cucuk jarum...kecuali Budin pon ajen umno...

    Kalo ahli2 bersatu masih berperangai umno elok ajak tun kembali kpd umno....Pas pon bersedia bergabong dgn umno....

    Amacam...setuju tak?...kalo nak pecah baik dari sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU, TUAN. JANGAN ADA LAGI POSTING MACAM YANG SAUDARA SHAHBUDIN TULIS INI. TAK PERLULAH "TEST MARKET" BEGINI. KITA SEPATUTNYA SALING MENGHORMATI. JANGAN BAWA PERANGAI BN/UMNO KE DALAM PH. KENAPA KITA TAK ADA PENYAKIT CARI PENYAKIT? SAUDAHA SHAHBUDDIN, SAYA HORMATI ANDA TAPI JANGAN ULANG PERKARA SEBEGINI. DENGAR JUGA SUARA KECIL KAMI INI YA...

      Delete
    2. kumpulan anti dsai sudah mula cucuk jarum.
      nampak baik tapi ini macam ada konspirasi nak jatuhkan dsai.
      betul apa yg di kata oleh cikgu BARD dan juga MSO.

      Delete
    3. Ini kerja kumpulan umno nak laga2kan PH...dlm bersatu masih ade ejen umno dan duku sakat umjo yg berperangai umno..

      Delete
    4. SAYA NASIHATKAN PIHAK YANG BERKENAAN, BUANGLAH SAKI BAKI PERANGAI BN/UMNO TU. BELAJARLAH MENGHORMATI PERSETUJUAN BERSAMA. JANGAN SERONOK SANGAT JADI PENCUCUK DAN PENJOLOK. BUSUK JARI KAMU ITU NANTI.

      Delete
    5. Sapa yang "mula nak tunjuk besar kepala puak PH...dah mula jolok menjolok sesama sendiri."?

      Pasal apa "Dlm Bersatu masih ade suku sakat umno yg nak jahanamkan PH.." Kan Brstau bahru aje di tubuhkan?

      Aku tak setuju mengata "Budin .. pandai2 buka jalan untuk umno cucuk jarum." Dpd menuduh Budin ajen umno, kan ada baik nya menjawab hujah hujah Budin itu satu persatu.

      Umpama nya, buktikan bahawa Anwar boleh melakukan apa saja yang di lakukan Tun M dengan kesan yang sama.

      Dan siapa ckp Pas pon bersedia bergabong dgn umno...."?

      Apasal pulak kata "kalo nak pecah baik dari sekarang.."? Apa kah orang yang keluarkan pendapat Tun M pegang jawatan 5 thaun itu mahu pecah?

      Apa bukti nya?

      Delete
    6. 2 orang takjan sama 100%... S

      Delete
    7. Setiap manusia ade kelebihan dan kelemahan masing2... Paduan 2 orang membri kelebihan yg lebihnbaik dgn meminimakan kelemahan...


      Seblm ini dah ade tanda2 antara penyokong pkr dan bersatu kurang sepahaman selepas pembebasan anwar......ini yg ditunggu2 oleh umno..

      Sebaiknye jangan di ungkit soal persetujuan tun dilantik PM untuk tempoh 2 tahun...serahkan kpd kebijaksanaan majlis presiden..

      Delete
    8. Aku cukup tak faham dgn manusia2 mcm ni. Tak habis2 nak ungkit2 pasal Tun jadi PM.

      Dah terlampau kuat sgt dah ka PKR ni? Sampai tak tahu nak mengenang budi Tun dah pun.

      Kalaulah mcm ni perangai hangpa aku tak hairan kalau bn boleh menang balik dlm pru 15 nanti.q

      Delete
  6. Minta minta jgn ada Dua Team dlm PH.yg rugi.orang melayu.Kaum cina pandai berpolitik dan optimised pandai merebut peluang.Politik melayu pandai memecah belah pulau memulau putus berkerat rotan tak perduli faktor kekeluargaan...cth.Apa sudah jadi pada ustz.nik omar?.bersatu,pas,uumno,amanah,pkr.Kaum cina dap,mca gerakan.Pendesak- Dap,pujukan -gerakan Rayuan- mca...hasilnya ramai berjaya kaya raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Cina pun berkecai, Mat. Lihat apa jadi MCA, Gerakan dll.

      Yang kecaikan Melayu - Najib. Dan PAS.

      Tak ingat, zaman Tun M jadi PM 22 tahun. Sentiasa 2/3 majoriti di Parlimen. Dan Melayu steady jumlah nya.

      Kalo kasi dia 10 tahun lagi kot boleh capai tuh. Tapi, mcm Budin kata - SELAGI DIA MAMPU le.

      Delete
    2. Keadaan dulu dan sekarang dah tak sama...citarasa dan pandangan dah berubah...

      Penyokong umno yg masih setia kpd umno ade yg tak boleh terima tun lagi..

      Delete
    3. Memang lah "Penyokong umno yg masih setia kpd umno ade yg tak boleh terima tun lagi.."

      Apa pedulikan depa? Apa kah tujuan Tun dan Bersatu mahu dapatkan semua depa tu masuk Bersatu?

      Buat kerja yang menunjukkan semangat Melayu tu kuat, ramai lah depa sokong.

      Ingat, ramai di kampong yang sokong Tun sebab itu.

      Memang, ramai jugak yang sokong Anwar tapi pada pandai dia bepidato.

      Pada aku seangat Melayu itu amat penting.

      Sila lah buktikan semangat Melayu Anwar itu amat kuat - beri tahu langkah2 yang di lakukan nya yang membantu Melayu di masa lampau.

      Delete
    4. hangkedee...Kalau tanya pendapat rakyat Msia, majoritinya tersangat2 setuju jika dalam PH ada 2 tim atau lebih. Dahn tentu kita tak mahu segala keputusan yang dibuat hanya one way street aje..takde check and baklance pulak. Kita tak mau mereka yang duduk kat atas tu tu jadi burung tukang yang hanya mengangguk2 kan aje apa yang diputuskan oleh sang diktator. Setiap suaar dalam kepimpinan perlulah didengar danndiambil kira..bukan hanya dibulldozekan aje sesuka hati tanpa sebarang perbicanagn dan sumbang saran yang teliti dan menhdalam dalam kalangan mereka. Kalau aad lebih dari satu tim dalam PH, dah tentu takde parti atau puak akan mendabik dada dan lantang mengatakan dialah yang paling 'berkuasa' dalam kerajaan..dan tak timbul sikap buli membuli seperti yang berlaku semasa episod pengagihan kerusi2 parlimen dan DUN dalam PH sebelum PRU 14 dulu tu. Bolehlah setiap pimpinan parti sentiasa berwaspada dan memastikan kepentingan parti mereka tidak terus diperkotak katikkan oleh rakan2 komponen parti yang lain selaras dengan dasar era Malaysia baru ni. Sekadar pandangan majoriti rakyat Msia yang waras aje beb!!!!!!

      Delete
  7. Kepada penyokong2 Bersatu yg masih berperangai umno ..

    adekah tun bersedia kembali kpd umno dengan adenye pas untuk tubuh kerajaan?...pas yg nak jadi kingmaker banyak songeh dgn syarat2 nak kuasai kerajaan....

    Jadi penyokong2 Bersatu hentikanlah jolok idea kartun yg boleh memecahbelah PH...jolok lah udea bagaimana nak kuatkan parti Bersatu dengan tambah ahli lebih ramai terutama di pantai timor dan utara..

    PKR DAP dan Amanah tetap utuh...mereka kawan lama...ahli bersatu yg nasih baru dlm pakatan tolong hormat sikit orang lame...jgn orang baru yg tak berape kuat nak tonjolkan besar kepala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERBAIK ULASAN TUAN. JANGAN ADA PENJOLOK DALAM KALANGAN PENYOKONG PH. PROVOKASI SEPERTI POSTING INI SANGAT TIDAK MEMBANTU KITA MENJADI LEBIH KUAT. INGAT TU, SAUDARA SHAHBUDDIN.

      Delete
    2. BUANGLAH SAKI BAKI PERANGAI BN/UMNO TU...

      Delete

    3. "Kepada penyokong2 Bersatu yg masih berperangai umno .."

      Ini tak masuk aku.

      Aku ha nya mahukan Tun teruskan tugas nya sebagai PM selarat dia.

      Sebab aku yakin dengan semangat Melayu dia.

      Tak boleh lah paksa "penyokong2 Bersatu hentikanlah jolok idea kartun yg boleh memecahbelah PH...jolok lah udea bagaimana nak kuatkan parti Bersatu dengan tambah ahli lebih ramai terutama di pantai timor dan utara.."

      Kena ckp baik2 lah kpd "penyokong". Mintak tolong depa, jangan kata idea depa "katun".

      Bunyi dah kasaq ni, Bang ...

      Delete
    4. ITU SEBAB JANGAN MULAKAN POSTING MACAM NI. KAN DAH PANAS SEKARANG. KAN?

      Delete
    5. Tak boleh larang "POSTING MACAM NI." Menteri MCMC baru pun tentu ckp camtu.

      Tak setuju, jawab, kasi sebab2.

      Elakkan kata2 tak manis. Itu yang bikin "PANAS SEKARANG", dong.

      Delete
  8. kesian TUN dah tua utk mencaturkan pemimpin pelapis BERSATU dapat tempat sesuai dan selamat sebelum anwar ambilalih. inilah manusia politik sekular tamak dan gelojoh akhirnya bawa padah. Selepas PRU15 goncangan pakatan akan hancur dek kerana tamak halobornya yang serius menyerang pakatan.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Saya anggap Sdr maksudkan pos Budin di atas itu terbaik dan logik.

      Delete
  10. bab berkempen, untuk rakyat demi rakyat. bab kuasa..... hmmmm

    ingat rakyat pilih PH kerana:

    1. nak tumbangkan BN
    2. Tun M sebagai PM
    3. faktor Nik Omar yang melemahkan pengaruh PAS
    4. mahu pembaikan pentadbiran kerajaan yang bebas dari korupsi

    Kalau Tun M dan kabinetnya boleh deliver, yang lain-lain tak penting. Tunggu PRU15.

    budak jawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah helas kalo majoriti rakyat nak tun jadi PM parti bersatu patut menang lebih besar dari 13 kerusi...

      Jelas kemenangan umno 54 kerusi adalah isyarat tun blm diterima majoriti melayu...

      Delete
    2. Cuba tengok kerusi negeri plak...berapa kerusi dun parti bersatu menang?...umno masih kuat dari bersatu...

      Delete
    3. Setuju dengan budak jawa.

      Tak setuju dengan Kejora Bapuk Bodo.

      Skang tak pennting pasal 13 kerusi. Yang penting ia lah parti2 komponen PH dah setuju dia jadi PM. Boleh 5 tahun.

      Memang Tun dah kata dia akan di situ ha nya 2 tahun. Tapi tak salah sesiapa mahu syorkan dia teruskan 5 tahun.

      Delete
    4. Memang tak salah 5 ato sepuluh tahun..tapi ianye tertakluk persetujuan majlis presiden....sesiapa yg nak syorkan boleh tapi hanye mengundang pertikaian kpd yg tak setuju...jadi nak syor pon bukan di sini...melalui parti masing2 untuk dibincangkan oleh majlis presiden....harap paham

      Delete
    5. "pertikaian kpd yg tak setuju" -

      Tak setuju boleh beri sbab2, hujah2, fakta2.

      Aku tak setuju tak boleh syor di sini.

      Aku tak parti mana2. Tapi aku sokong PH.

      Demokrasi boleh ckp, syor, kritik.

      Menteri MCMC PH baru pun ada ckp gitu.

      Umno boleh eksploit? Depa ekspoit apa saja. Cokelat pun. Dah ada rakyat hantar cokelat ke beberapa balai Polis semalam ...

      Delete
    6. Nak cakap apa cakaplah. Bagi saya, rakyat mengundi ph bukan pkr, dap, bersatu atau amanah. Fikir baik2. Ukurannya bukan parti apa menang berapa kerusi sebab yang mengundi tu bukan undi parti tapi undi ph. Nak cerita sapa presiden parti itu urusan ahli saya taknak ambil tau. Tapi nak jadi pm ini urusan semua rakyat. Pm mesti pandai bekerja bukan pandai bercakap. Keutamaan adalah kerajaan deliver, bukan berapa tahun tun M jadi pm. Kalau taknaฤท perkara ni dรฌbincangkan, jangan ada yang acting like pm selain daripada pm.

      Dahulukan negara, dahulukan rakyat.

      Ini fokus sekarang.

      Wallahualam.

      Delete
  11. Jadi elok penyokong Bersatu henti berkhayal...berpijak pada bumi yg nyata..tumpukan perpaduan PH ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serahkan segala2 nye kapada majlis presiden selesaikan...

      Delete
    2. Ya, saudara Kejora, sangat tepat!

      Delete
    3. Kalo nakkan penyokong tolong, gunakan lah kata kata yang baik.

      Ckp berkhayal tu kan tak baik.

      Mu dah mcm ambik peranan Kejora dulu aje ..

      Steady lah, Bang ...

      Delete
    4. Rasa jugak geram kerana ade saje point nak bertengkar...kenape tak boleh hargai gabongan 2 orang yg saling bermaafan yg berjaya tumbangkan gergasi...seolah2 PH tak boleh dikalahkan dlm pru 15 nanti....tak nak belajar dari kesilapan umno dan najib ker?

      Delete
    5. SAUDARA ISA3, SAYA HULUR TANGAN PERSAHABATAN KEPADA SAUDARA. KITA MESTI KUKUHKAN PAKATAN HARAPAN.

      Delete
    6. Bagus, TKasih. Setuju MESTI KUKUHKAN PAKATAN HARAPAN.

      Tapi kita beza pendapat tentang cara.

      Delete
    7. Saya yakin Tun Dr. M, berpegang pada janjinya. Tun Dr. M tidak akan berlaku khianat. Jika janji itu tidak ditepati, bersoraklah penyokong BN memperli Pakatan Harapan.

      Delete
  12. Bukan nik omar yg lemahkan pas tapi pas yg lenah nik omar dan PH...satu kerusi pon tak menang di kelantan dan terengganu...ade yg hilang deposit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini menandakan PH perlu bersatu kalo nak tawan pantai timor dan utara ...bukan menonjolkan kekuatan dan kehebatan seeorang yg blm mendapat keyakinan yg solid majoriti rakyat...

      Delete
    2. Ada sesiapa yang dah "mendapat keyakinan yg solid majoriti rakyat..."?

      Delete
    3. Sebab tak de lah jangan sesiapa pon cari pasal nak bergaduh yg hanye untungkan umno...

      Delete
  13. Anwar pun dh bg statement aritu bhwa dia x gopoh nk jd PM n biar Tun M pegang PM selama mampu boleh....dah2 lh adu domba k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul bro..tapi kenape ade yg tak hormat majlis presiden PH?...mula nak cari gaduh...

      Delete
    2. Ingat PH menang 122 kerusi dengan mudah ker?....semua pihak telah bekerjasama dgn gigih nak tumbangkan umno bn..

      Delete
    3. Saya nampak Tun Dr. M okey sahaja. Yang lebih-lebihnya ialah orang lain.

      Delete
  14. Masa semakin suntuk untuk Jho Low
    AFP

    Kerajaan mengarahkan LHDN menyiasat Jho Low dan keluarga. (Gambar Bloomberg)

    KUALA LUMPUR: Jho Low, ahli perniagaan di tengah-tengah skandal mega 1MDB, mungkin mendapati hari-harinya berpesta dengan selebriti dan membeli hartanah dan karya seni bakal berakhir apabila kerajaan baru berjanji menyeret beliau ke muka pengadilan.

    Low, yang disyaki menjadi watak utama dalam kes penipuan terbesar di dunia, bersama dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan kroni, peniaga berbadan gempal dan berkaca mata itu menjadi tumpuan kemarahan orang ramai dalam kontroversi tersebut.

    Beliau mempamerkan gaya hidup mewah selepas didakwa mencuri wang daripada 1MDB. Beliau bersantai dengan selebriti seperti Leonardo DiCaprio, berparti dengan Paris Hilton dan dilaporkan membelanjakan wang yang banyak di kelab malam terkenal di New York.

    Sewaktu penyiasatan mengenai kontroversi itu bertambah rancak, perhatian rakyat tertumpu kepada sebuah kapal layar mewah yang dikatakan dibeli menggunakan wang curi dan belayar mengelilingi Asia sehinggalah ia ditahan di Bali, Indonesia, dalam siasatan berkaitan 1MDB.

    Wall Street Journal melaporkan, awal bulan ini Jho Low berada di pulau peranginan Phuket, Thailand menunggu keputusan pilihan raya umum ke-14. Lokasi beliau kini tidak diketahui.

    Tetapi masa tidak lagi berpihak kepada ahli perniagaan berusia 36 tahun itu selepas parti pimpinan Najib mengalami kekalahan mengejut pada 9 Mei, sebahagian besarnya kerana rasa marah orang ramai terhadap 1MDB.

    Kerajaan baru pimpinan bekas mentor Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad, membuka semula penyiasatan ke atas penipuan yang berlaku dan mahu membawa balik Jho Low, atau nama penuhnya Low Taek Jho, ke Malaysia.

    ReplyDelete
  15. Ok, kita ckp hal2 lain. Contoh nya:

    Lim: Where's US$8.33b of 1MDB funds Najib?
    Finance minister queries in reference to a phase under which 1MDB funds were allegedly misappropriated.
    34m ago

    Celaka Najib, bukan sesikit duit di sapu nya.

    Sampai masa utk dia kena sapu.

    Sapu mcm mana? Bincang lah.

    Aku kata ambik semua duit, harta saka dia.

    Rampas. Atas alasan itu semua dari duit gomen 1MDB.

    ReplyDelete
  16. Sekilas fakta: (DAP) lim guan eng, pernah ditahan dibawah ISA, dan Lim kit siang sdiri pernah ditahan dlm operasi lalang

    Mat Sabu: Amanah , pernah ditahan sebanyak dua kali dibawah ISA

    ANWAR : PKR, dipenjara, ditumbuk dan pelbagai lagi

    TUN: Bersatu, org yg memenjarakan pemimpin tertinggi pakatan!! Keempat empat org semuanya!

    Pkr: 51
    Dap: 43
    Bersatu :13
    Amanah :9

    Dap + amanah + pkr = 102
    Bersatu + umno + pas = 109

    Agak agak warisan akan masuk belah mana? Calon bebas pula akan join siapa?

    Apa penerimaan rakyat kalau bersatu join umno?

    Umno is down, but not out yet! They will try everything and anything to get back into power!

    Seperti mana dorg divide and rule the people, they will do the sama to PH! Divide and rule! Please take note that ada dua jenis serangan! Satu, they are hoping that PH will not be able to deliver on their promises and 2nd, upah impersonator yg kononnya menjadi penyokong PH, tetapi perlahan lahan cuba melaga lagakan anwar, tun dan kit siang! Remember, all of them have scores to settle wh Tun esp anwar! If PH breaks up, they will use all the money they have to buy over MPs.

    Im not sure what budin is trying to do, but i noticed, this actually kali ketiga beliau mengeluarkan artikel berbaur hasutan antara anwar dan tun!

    Beberapa nama spt Isa, abda always have something bad to say about anwar!!! Muncul abda bila mr j menghilang dan muncul isa bila pejuang rakyat sudah tidak keudara! Perasan x dua org ni kerap aku maki? Just to get profilling. They did not get emotional just like mr j and pejuang rakyat! Geo locater says that they are indeed coincidently originated from the same area?!!!!

    So guys, i will leave up 2 u ! Whatever it is, we still have a long way to go! Tun and the rest of the cabinets need us all to stay united! I will be signing off for good! Take care!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno pernah pecahkan Pakatan Rakyat dengan pas yg bodoo kluar dar PR....tak mustahil umno akan lakukan perkara yg sama dengan umpan salah satu parti dlm PH...

      Langkah mula2 laga2 kan parti gabongan PH supaya wujud kecurigaan antara parti...yg kedua mendewa2kan kehebatan tun dan anwar...tun di syorkan nemegang jawatan pm lebih dari 2 tahun untuk menimbulkan pergeseran antara tun dan anwar termaduk dikalangan penyokong kedua2 parti....


      Delete
    2. Bukan mustahil kalo tun dijemput oleh umno kerana umno tiada pemimpin lagi...

      Cuma halangan pas yg sangat dibenci oleh tun kerana banyak songeh nak perintah gabongan...

      Shafei mungkin kekal dengan PH kerana tak mungkin orang2 warisan sanggup masuk umno.kerana sentimen tak suka tun di sabah amat kuat....


      Kesimpulan saya tun dan bersatu akan tetap kekal bersama PH dan tun kena akur dgn persetujuan majlis presiden kerana tun tiada kuasa veto seperti umno..

      Kalo tun serah kuasa kpd anwar pon tun masih boleh memain peranan penting untuk majukan langkawi petronas dan mungkin syarikat otomibil nasional yg baru...

      Delete
    3. Ip man,

      For the record, I also maki you. I always reply in kind - sapa carut deserves carut.

      I wanna good discussion - like dislike, agree disagree talk gentlemanly. But my experience shows giving a bloke a taste of his own medicine wears him out.

      Thanks for not saying I'm a re-incarnassen of pejuang rakyat. Actually he is still around. Saya tahu sapa dia.

      Thanks for not saying I'm also Budin. I support most of what he says. We Siamese twins maybe, eh?

      Can't say nice things to you going away coz your rudeness n vulgarity. Only say: don't do it wherever you go. Argue nicely, give reasons etc, ok?

      Delete
    4. Wo..wo..wo..nak kemana bro ip..mcm tertekan je..orang atas tu bertungkus lumus nak tunaikan janji..kita kat sini carut mengarut..mencarut karut..kita hanya bg pandangan pendapat je.. no hallh tulisan bang Shah..nak dpakai pakai..x nak sudah..hahaharajuketu.

      Delete
  17. Saya sangat setuju dengan pandangan Tuan Punya Blog.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak usah menambah ketegangan ...

      Delete
    2. Saya juga setuju. Keutamaan rakyat dan negara diutamakan bukan parti apa lagi individu.

      Delete
    3. Kami suka..betul..peduli rakyat peduli negara..mudah..parti kuatkan..pemimpin berganti bahu..

      Delete
  18. Tak payah bagi anwar . Semak je.. Dia hanya tau berceramah je.. Bagi orang yang tau buat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala butuh ko...nak jadi jarum tumpul.plak dusini..

      Delete
    2. wanna good discussion - like dislike, agree disagree talk gentlemanly

      Argue nicely, give reasons etc, ok?

      Delete
  19. ingat..umoq mahathir dah 94/95 slps 2 th..kasi lar di rehat bersama kluarga..takkan nak perah lg keringat dia..anwar pun aper kurang hebatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak usah pertikai umuq tun
      ..jangan nak siram petrol plak..

      Delete
    2. Sabar KBB.. Lepas kalah PRU, mereka terpaksa lambakkan lg dedak bg mendapatkan macai baru. Layan aje dia org ni. Kita tahu apa yg macai ni nak. Kemungkinan skrg ni dah berani demand. Yg tu pulak kena ikut. Kalau tidak, hanyutlah parti yg dah reput tu.

      Delete
  20. kita bolih merancang tapi Allah swt adalah prancang yg terbaik.

    "we propose but God (Allah swt) disposes"

    kita semua adalah 'muslim taat'.

    jika d takdir kan Negara akan d pimpin olih seorang piliwat yg tlh d ampun (pardoned sodomite), maka kita WAJIB redho.

    wallahu'allam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agong pon tak percaya kerana bukti di reka...

      Orang muda boleh dirogol oleh orang tua tanpa senjata di kepala sefool...

      Orang bodooh jer percaya...

      Delete
    2. Kaki liwat tak meliwat bermusim...pencuri pon tak mencuri ikut musim...

      Delete
    3. Pasal tak bermusim tu... yang kita takut.

      Tapi bagus la... sekarang ni, saya tengok DSAI sentiasa bertemankan anak-anak, kemana saja beliau pergi. Harap jangan biarkan beliau kemana-mana tanpa diteman anak-anak. Maklumlah, dia pun bukan sihat sangat. Sakit bahu katanya. Dibebas/diampun pun, keluar dari hospital.

      Delete
  21. Takda soal tak terima takdir Tuhan.

    Meantime wanna say Tun M has 22 years experience of running the country and promoting the Malay agenda. Tarak sapa lain yang ada gitu.

    The problems in the country now so acute, so varied, so complicated - imagine 4 component parties each one wanna same status (Tun said Mat Sabu wanted equal number of Ministerial posts for Amanah) - various demands by parties, economic mess by Najib, sangat banyak kerja, banyak yang di buat tak boleh nampak kesan dalam 2 tahun. Esplly DEB yang saya harap di giat lagi.

    Tak salah ckp mahu Tun teruskan hingga 5 tahun, lepas tu pass the baton to Nuar.

    Nuar baru 70 tahun, boleh merintah 2 penggal / 10 tahun lagi - had yang PH kata nak bikin.

    Yang tak setuju boleh diskusi dengan decorum and decency.

    Tolong laaa ... for anyone not decent, not nice laa having to reply in kind, giving doses of your own medicine.

    Let's be civil in here, shall we?

    ReplyDelete
  22. Saya bukan apa... cuma biar lah DSAI berehat lama sedikit sehingga ekonomi sudah pulih sepenuhnya dan majority Rakyat, terutamanya di luar-bandar, tidak lagi terkesan atau bebanan kos sara-hidup tinggi sudah berkurangan.

    Jika DSAI terlalu awal mengantikan Dr.M ketika ekonomi Negara masih belum pulih dan peluang cari kerja masih terhad, takut nanti Rakyat akan mudah termakan hasutan Pembangkang terutamanya dari UMNO.

    Tambah pula jika langkah pintu-belakang ala-Kajang dilakukan di Pandan. Cara ini menyalah-guna (abuse) proses democratik dan tidak beretika. Dimana democratiknya jika hanya pengundi di Pandan diberi peluang untuk memilih PM?

    Lagi pun, dengan DSAI sebagai PM, saya risau, blogger-blogger, penyokong dan pengomen-setia seperti kita yang secara sukarela membela Kerajaan PH akan terpaksa bertungkus-lumus, siang dan malam membela beliau.

    Maklum sajalah, DSAI terlalu banyak 'skeleton in the closet'. Buat RBA-UMNO keluarkan video ceramah Zulkifli Nordin saja... letih kita nak spin untuk menyakinkan orang kampung. Ketika PAS bersama kita dulu, OK la. Pak Lebai mereka keluar fatwa 'bukti-besi', terus orang-kampung percaya, ia tidak boleh digunakan diMahkamah Syariah.

    ReplyDelete
  23. Setelah tamat pru macai2 tegar umno mula merapat kepada kepimpinan tinggi pihak pakatan harapan. Yang terkini mula viral di media sosial mengenai si "EDDY CASMIDY"
    dikesan mula merapati dato sri anwar ibrahim dan pemimpin lain. Harap dapat ambil tindakkan segera dari sejarah lama berulang seperti kes sepol dulu

    ReplyDelete
  24. Anwar memang kaki peliwat . Segala tindakan Dia setelah keluar penjara juga mendatangkan keraguan Dan amatlah memualkan.. Ph dah bentuk kerajaan tapi Dia tak habis habis buat road show dan melobi sana sini. Belum apa apa sudah nampak gelojohnya.. Perangai Dia yg tak sudah sudah.. Dia perasan ph menang sbb faktor Dia.. Padahal sebahagian rakyat terutama melayu sokong ph sbb faktor mahathir.. Orang mcm dia ni penuh dengan tipu muslihat . Bukan pandai ekonomi pun tapi gunakan pengaruh utk naikkan diri sendiri saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... saya pun tak berkenan, lebih-lebih lagi bila dia pergi cium tangan Raja-Raja yang jelas tak suka pada PM Kerajaan PH.

      Sepatutnya, hubungan Ahli-Politik dengan Istana, setakat civil saja. Tak perlu pun Pemimipin yang dipilih Rakyat, terlalu 'rapat' dengan Istana. Buat bertambah susah kerja-membela-Rakyat. Dah la berniaga, berebut kontrak-kerajaan dengan Rakyat pulak. Nanti bersubahat dengan Kerajaan Penyamun pulak. Buat malu Islam ja, 'Ketua Agama Islam' menmyebelahi Penyamun.

      Lagi satu...Jika Ahli-Politik terlalu rapat dengan Istana, buat dijualnya tanah-Negeri kepada Rakyat/Negara-Asing dengan restu atau Ahli-Politik... dan MB/PM terpaksa tutup sebelah-mata, bagaimana?

      Jika dijual secara kekal, lagi naya anak-cucu kita, 100~200 tahun nanti. Mana anak-anak-cucu kita nak duduk kalau tanah dah tak cukup dan kebanyakannya milik orang? Pengaruh politik, budaya-asing bagaimana?

      Delete
  25. Semalam DSAI dah keluarkan kenyataan tegas agar kerajaan baru hendaklah lebih menjurus kepada menunaikan janji2 mereka seperti yang diuar2kan sewbelum PRU14 lalu, dan bukannya terlalu ghairah dengan sentimen untuk mencari salah pihak lawan dan membalas dendam saja. Beliau juga mengingatkan agar pimpinan2 tertinggi kerajaan jangan cepat melenting bila ditegur oleh rakyat jika ternyata ada isu yang dibangkitkan mereka, tapi sebaliknya wajib memberi penjelasan yang boleh merungkai isu tersebut. Mestilah bersikap berlapang dada terhadap segala teguran dan sentiasa bermuhasabah diri, khususnya dalam bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini.

    Rakyat marhaein amat2 bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh DSAI ini..penuh dengan ingatan ikhlas lagi mendalam maknanya ..itu pun jika pihak yang berkaitan..ikhlas untuk menerimanya. Tapi yang pasti...dah tentu ada yang terkesima dan 'melenting' dengan teguran DSAI tu..biasalah kan, kalau dah duduk kat kerusi empuk pentadbiran tertinggi kerajaan, mana mungkin boleh menerima teguran, patah lagi jika yang terkena bertepek2 kat muka mereka. Dah tentu. ada yang beranggapan merekalah yang paling betul, bijak dan paling waras membuat keputusan..persetankan dengan cakap2 'orang2' yang ada kat luat tu..dah tentu pada mereka, bila penat menyalak, taulah mereka berhenti secara otomatik nanti. Mungkinnpada mereka..sapalah DSAI ni..hanya ketua umum yang tak memegang sebarang jawatan penting dalam pentadbiran negara. Mungkin ada yang mengatakan...cakap2 DSAI ni dengarkan boleh..pakai jangan..
    Nampaknya mereka lupa bahawa sokongan padu rakyat masih ada dibelakang DSAI...sapa yang berani menafikan pelopor gelombang Reformasi era '98 dulu yang menyaksikan majoriti rakyat seluruh negara bangkit menentang ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan terhadap DSAI yang dilakukan oleh Sang diktator yang kini diangkat sebagai PM lagi sekali....episod gelap lagi kelam tu telah tercatat dalam sejarah negara tercinta ini. Bukan untuk bernostalgia..tetapi sekadar peringatan untuk generasi akan datang yang cintakan keamanan dan keadilan.

    Malah DS A. Kadir Jasin juga memberi peringatan yang cukup jelas , senaad dengan DSAI....dalam keghairahan MOF mendedahkan hutang2 negara yang kononnya mencecah RM 1.07 billion tu dengan bertujuan untuk menunjukkan betapa lemahnya pentadbiran kerajaan yang lalu, tetapi tidak memikirkan impak negatif dari pendedahan tersebut kepada aliran pelaburan negara...hingga kini, dikatakan pelabur2 berebut2 memindahkan pelaburan mereka ke luar Msia kerana kurang keyakinan kepada iklim ekonomi di negara ini...tengok...sapa yang susah sekarang...rakyat juga yang akan merasa tempias dari tindakan mereka tu.

    Dalam hal ini, rakyat nampaknya senada dengan DSAI dan DS kadir Jasin...setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh pak2 menteri kat atasntu jangan hanyalah berpaksikan kepaad sentimen ingin membalas dendam witch hunt semata2...now's the right time to move on forward dan yang paling penting...pastikan jani2 PH untuk menjadikan Msia great again akan dapat dilaksanakan ..ingat..5 tahun bukanlah lama mana pun...pejam celik...pejam celik..dah sampai PRU15...jangan tunggu sampai rakyat humbankan kamu semua pulak nanti baru kamu semua nak sedar...takut2 dah terlambat beb !!!!

    ReplyDelete
  26. Kalau tanya pendapat rakyat Msia, majoritinya tersangat2 setuju jika dalam PH ada 2 tim atau lebih. Dahn tentu kita tak mahu segala keputusan yang dibuat hanya one way street aje..takde check and baklance pulak. Kita tak mau mereka yang duduk kat atas tu tu jadi burung tukang yang hanya mengangguk2 kan aje apa yang diputuskan oleh sang diktator. Setiap suara dalam kepimpinan perlulah didengar dan diambil kira, bukankah tegur menegur sesama kita amat2 digalakkan dalam Islam..bukan hanya dibulldozekan aje sesuka hati tanpa sebarang perbicangan dan sumbang saran yang teliti dan mendalam dalam kalangan mereka. Kalau ada lebih dari satu tim dalam PH, dah tentu takde parti atau puak akan mendabik dada dan lantang mengatakan dialah yang paling 'berkuasa' dalam kerajaan..dan tak timbul sikap buli membuli seperti yang berlaku semasa episod pengagihan kerusi2 parlimen dan DUN dalam PH sebelum PRU 14 dulu tu. Bolehlah setiap pimpinan parti sentiasa berwaspada dan memastikan kepentingan parti mereka tidak terus diperkotak katikkan oleh rakan2 komponen parti yang lain selaras dengan dasar era Malaysia baru ni. Sekadar pandangan majoriti rakyat Msia yang waras aje beb!!!!!!

    ReplyDelete
  27. Orang berjiwa besar tak cerita siapa ambik alih siapa jadi PM... Atau berapa lama tempoh jadi PM buat masa sekarang... Jiwa besar untuk negara ialah masa membina negara... Pedulik siapa jd PM asal bukan Najib atau BN Umno...

    ReplyDelete
  28. Korang sibuk Tun nak jd PM 2 ke 10 tahun... korang tahu ke Tun sendiri yakin umur dia pun dh tak lama, sebab tu dia skrg fokus bina negara dr pikir siapa nak jd PM lepas ni sbb dia yakin ramai yg berkaliber dlm PH boleh ganti jd PM.. Tp peluang utk Tun betulkan kesilapannya yg lampau agak terhad sbb tu dia bertungkus lumus siang dan mlm. Respek ruang pd tun sprt DS Anwar, Keluarga Anwar ok je... korang pulak yang lebih2 cari politik milage... Tolongla..

    ReplyDelete
  29. MB Perak lantik bekas calon BN sebagai perunding
    27 MEI: Bekas Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dilantik sebagai perunding kejohanan berkenaan.

    Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumi berkata, pelantikan Puhat atas faktor pengetahuan dan pengalamannya dalam hal ehwal pengurusan dan penganjuran Sukma Perak 2018 yang begitu luas.

    Katanya, pelantikan bekas calon BN pada PRU14 membuktikan kerajaan negeri tidak memikirkan latar belakang politik dan hanya mahukan yang terbaik untuk penganjuran Sukma di negeri itu.

    “Saya percaya pelantikan ini menunjukkan kepada rakyat bahawa pentadbiran yang ada sekarang tidak memilih bulu dan sanggup bekerja dengan sesiapa sahaja demi kebaikan negeri,” katanya, Sabtu.

    Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Howard Lee Chuan How.

    Puhat (foto) merupakan antara penggerak utama kepada persiapan untuk penganjuran Sukma Perak 2018 yang dijadual berlangsung pada 12 hingga 22 September ini.

    Namun beliau yang sebelum ini merupakan Setiausaha Kerajaan Perak bersara wajib daripada jawatannya sebelum PRU14.

    Bagaimanapun, Puhat yang bertanding di Parlimen Pantai Remis tewas kepada calon PAN, Datuk Mujahid Yusof Rawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati MB DNA Umno ini. Dikesan meraikan pelobi yg terkenal mengamal ' cash is king' beberapa hari sahaja salepas menjadi MB.

      Delete
  30. Janji Hapus GST Tidak Semudah Disangka
    Published on May 27, 2018 in Politik/Utama & Sensasi

    JANJI Pakatan Harapan untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak semudah disebut dan dijanjikan sebelum pilihan raya 9 Mei lalu.
    Apabila sudah berada di tampuk pemerintahan negara di Putrajaya, realiti yang jauh lebih rumit terpaksa dihadapi.

    Tidak mudah untuk janji-janji yang berani itu dipadankan dengan realiti dalam pentadbiran kewangan negara.

    Kerajaan telah menetapkan kadar GST pada 0 peratus bermula 1 Jun, yang sebenarnya hanya langkah awal sebelum pemansuhan sistem GST seperti dijanjikan.

    Penetapan kadar 0 peratus bukan pemansuhan, dan belum ada penjelasan kerajaan bila ia hendak dilaksanakan.

    Pemansuhan ini pula mesti diganti dengan cukai lain supaya pendapatan negara tidak merosot dengan mendadak dalam jumlah yang amat besar.

    Kerajaan bakal berdepan cabaran lebih besar untuk mencapai bajet yang berimbang ekoran tekanan ke atas pendapatan ini.

    Pada tahun 2017, pendapatan dari GST ialah sebanyak RM44 bilion, menyumbang 17 peratus pendapatan kerajaan.

    Apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan, kerajaan tidak akan dapat menampung jumlah RM44 bilion itu.

    Pada tahun 2014, jumlah sumbangan terbesar SST diperolehi hanya sebanyak RM17 bilion, jauh lebih kecil daripada kutipan hasil GST.

    Kerajaan pula telah berjanji untuk mengawal harga minyak dan memberikan subsidi bersasar pada mereka yang layak.

    Jumlah ini memerlukan pendapatan lain dalam jumlah yang sama, dan tidak cukup dengan memotong perbelanjaan yang jumlahnya tidak sebesar mana.

    Agensi penarafan Moody’s Investors Service pernah memberi amaran agar kerajaan tidak memansuhkan GST.

    Menurut Moody’s, pemansuhan akan menuntut langkah lain untuk menampung kesannya yang besar kepada pendapatan negara.

    Ini bakal mengakibatkan kerajaan bergantung pada pendapatan daripada minyak seperti yang berlaku sebelum ini.

    Masalah dihadapi ini bakal melambatkan pembuatan beberapa keputusan penting kerajaan, kerana tumpuan pada isu GST dan pelaksanaan semula SST.

    Pendapatan negara juga akan terikat dengan janji-janji lain dalam manifesto PH dan banyak lagi janji lain yang dijaja mereka sejak beberapa tahun lepas.

    Isu cukai ini ialah janji utama PH, dan mungkin sebab paling utama ramai mengundi mereka, dengan harapan menjelang Aidilfitri ini, perbelanjaan harian akan lebih murah. – Mynewshub.cc

    ReplyDelete
  31. Harapan Rakyat Kini Makin Pudar Terhadap Kerajaan PH
    Published on May 26, 2018 in Politik/Utama & Sensasi

    SELEPAS dua minggu Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masih tidak ada satu langkah dilaksanakan kerajaan baharu yang dapat dirasai oleh rakyat.
    Sepuluh janji utama yang konon akan dilaksanakan dalam masa 100 hari itupun menurut dalih kerajaan PH akan mengambil masa lama pula. Hari ini sudah 13 hari, ada lagi baki 87 hari untuk kerajaan PH tunai janji mereka.

    Bagi penjawat awam, ada satu berita gembira pada mulanya akan dinikmati pada 1 Julai iaitu satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) seperti diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 April lepas.

    Malangnya sekarang ini, berita baik itu pun sudah jadi samar-samar kerana ia sudah diumumkan hanya akan dapat ditentukan semula oleh pentadbiran baharu yang tentunya tidak terikat langsung dengan kerajaan terdahulu.

    Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dipetik media berkata pengumuman yang dibuat oleh Najib itu kali ini terpulang pula kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan isu tersebut.

    “KGT itu sebenarnya adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kepada kerajaan baharu untuk tentukan. Kita perlu ikut manifesto dibuat kerajaan sekarang ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu,” kata beliau.

    Maka jelaslah kini semakin pudarlah harapan rakyat terutama 1.6 juta penjawat awam untuk dapat merasakan khabar gembira yang langsung untuk rakyat selepas PH diundi untuk memerintah Malaysia selama lima tahun ini.

    Hakikatnya tempoh masa untuk rakyat merasa buah tangan PRU lepas semakin panjang. Silap hari bulan, bak kata Mahathir sendiri ketika diwawancara akhbar The Straits Times Singapura, mereka tidak mampu penuhi semua janji.

    Cukai barang dan perkhidmatan (GST) entah bila akan dimansuh sekali tetapi bakal diganti cukai lama 10 peratus, harga minyak entah bila turun jadi RM1.50, kenaikan kadar BR1M yang diumumkan Najib juga tidak ada khabar.

    Yang benar-benar berlaku ialah, ramai kakitangan awam diberhentikan kerja yang datang dari pelantikan secara kontrak. Ada 17,000 pekerja kerajaan dalam kumpulan berkenaan akan melalui masa depan ketiadaan pekerjaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ribuan pekerja ICU dibuang minggu lepas, ratusan pekerja JPM dipecat serta merta dalam satu taklimat minggu lepas dan 3,600 guru KAFA di Kelantan juga kena buang. Ini belum lagi kira pelbagai agensi akan dibubarkan!

      Paling pelik ribuan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan dipecat walhal Perdana Menteri tidak berhak membubarkan Jasa kerana ia ditubuhkan dengan titah Yang di-Pertuan Agong setahun selepas negara merdeka.

      Ketika itu ia dinamakan Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK). Tujuan asal penubuhannya adalah untuk memelihara serta mempertahankan kestabilan politik, agama dan kerajaan yang memerintah daripada pihak anasir tertentu.



      Pada akhir 1960, BHEK ditukarkan kepada Cawangan Hal Ehwal Khas (CHEK) dan masih lagi di bawah Jabatan Perkhidmatan Penerangan. Pada tahun 2000, mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan penubuhan jabatan baru.

      Agensi tersebut diletakkan terus di bawah Kementerian Penerangan Malaysia dengan menaikkan taraf CHEK sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) yang kemudian ditukar namanya kepada Jasa mulai tahun 2004.

      Justeru, jangan kerana nasihat DAP dalam PH, maka Jasa dibubarkan. Bahkan jangan kerana nasihat DAP, maka Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mempunyai ribuan pekerja terpaksa dibuang begitu sahaja.

      Agensi ini tidak sama bidang kuasanya daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta badan penguatkuasaan lain seperti polis trafik yang agak jauh beza fungsinya.

      Mahathir sebaliknya umum potong 10% daripada gaji menteri tetapi hanyalah retorik dan wayang sahaja. Kalau gaji RM22,000, ada 14 orang menteri, itu baru jimat RM30,800 sebulan. Setahun pula baru jimat RM369,600 sahaja!

      Bolehkah jumlah ciput itu hendak bayar hutang kerajaan konon RM1 trilion yang diwarisi daripada zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dengan cemerlang selama 60 tahun? Sebenarnya potong gaji itu tidak beri kesan pun.

      Menjelang Hari Raya Puasa, kenaikan gaji sudahlah tidak dapat, harga minyak tidak turun tetapi kekal, GST tidak dimansuh namun baru mahu cari cara penyelesaiannya. Buang 6% GST, dapat 10% SST. Itu yang rakyat hendak?

      Sebetulnya yang menjadi mangsa dek kerakusan nafsu PH hendak menawan kerajaan ialah rakyat apabila terpesona dan mengundi calon mereka. Hasilnya beribu-ribu hilang kerja dan kenaikan gaji pula ditangguh. Berbaloikah?

      Kerajaan PH kena ingat, duit yang ada dalam kantung perbendaharaan negara sekarang adalah hasil usaha Najib. Tetapi kini berbilion-bilion ringgit dana ekuiti pelaburan asing sudah ditarik keluar dari Bursa Malaysia.

      Saham jadi tidak menentu selama 13 hari urus niaga dagangan. Apakah hasil yang kerajaan PH baru bawa sekarang? Proton yang dulu kata konon China jajah, sekarang kekal sama malah kerajaan PH enggan membelinya balik.

      Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dulu kata gadai kepada China, kini masih sama. Lebih lucu kos projek mega itu naik daripada RM55 bilion kepada RM66 bilion walhal dulu pernah kata boleh kurang separuh.

      Jadi apa yang sudah diselamatkan? Ramai kena buang adalah. Ketua ketua kampung yang dapat elaun RM1,200 sebulan pun tidak lagi dapat nikmat itu. BR1M pun belum tentu dapat lagi pada Jun ini untuk menyambut Syawal.

      Maka moral ceritanya, undilah lagi ikut emosi, dan inilah padahnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

      Delete
    2. Kasi buang semua yg mana dilantik puok umno...kasi bersih malaysia

      Delete
  32. GST Mula Lonjak Ekonomi Saudi Jadi Lebih Baik – IMF
    Published on May 25, 2018 in Slider/Utama & Sensasi

    RIYADH – Ketika Malaysia ‘kembali ke belakang’ dengan mansuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 Jun ini, ekonomi Arab Saudi pula berkembang positif hasil sistem percukaian itu.
    Akhbar berpengaruh tempatan, Arab News semalam melaporkan bahawa pelaksanaan cukai nilai tambah (VAT) ala GST dengan kadar lima peratus mulai 1 Januari lepas mula memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

    Cukai kepenggunaan itu yang turut dilaksanakan di 160 buah negara kerana telus dan gagal ditiriskan peniaga tidak jujur, malahan menyelamatkan ekonomi Arab Saudi daripada hanya bergantung pendapatan kepada sumber minyak.

    Perkara itu bahkan disahkan pasukan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) diketuai Tim Callen dalam pertemuan dengan para pegawai Arab Saudi di sini baru-baru ini yang terkejut dengan data pertumbuhan ekonomi negara itu.

    Hasil perjumpaan tersebut, Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Abdullah Al-Jadaan mengakui yang negara terbesar Asia Barat itu kini berada di landasan tepat pemulihan ekonomi sejajar pelan tranformasi Wawasan 2030.

    Pada masa sama, visi belanjawan 2018 kerajaan Arab Saudi juga merancang untuk menghapuskan segala subsidi secara bertahap-tahap bagi pelbagai produk tenaga agar ekonominya tidak lagi bergantung kepada sumber minyak.

    Pengeksport petroleum terbesar di dunia itu bertindak menaikkan harga jualan runcit minyak sekitar seganda awal tahun ini sebagai antara inisiatif reformasi kebangsaan yang bertujuan untuk merencamkan sumber hasil ekonomi.

    Baca: Sistem SST Akan Kembali Ganti GST Di Malaysia


    IMF dalam nota laporannya memaklumkan, pengenalan VAT di Arab Saudi, yang sebenarnya dipelajari daripada kisah kejayaan pengalaman GST di Malaysia sendiri; kini mengukuhkan budaya pengurusan percukaian lebih cekap.

    Awal bulan ini, Kementerian Kewangan Arab Saudi menerbitkan laporan fiskal kewangan suku pertama 2018 yang menunjukkan pendapatan negara cecah 166 bilion riyal (RM176 bilion) naik 15 peratus berbanding rekod tahun lalu.

    Sumber perolehan bukan minyak bahkan melonjak sebanyak 63 peratus kepada 52 bilion riyal (RM55 bilion) yang disumbangkan daripada pelaksanaan VAT, manakala sumber pendapatan daripada minyak hanya naik dua peratus.

    IMF mengunjurkan ekonomi Arab Saudi boleh meningkat sehingga 1.7 peratus pada tahun ini selepas berada dalam angka negatif sepanjang tahun lalu, sekali gus mampu mencapai kepada bajet seimbang menjelang tahun 2023.

    Limpahan ekonomi turut dijana pelbagai projek prasarana skala mega yang berimpak tinggi termasuk pembesaran terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah bernilai 7.2 bilion riyal (RM7.6 bilion).

    Pelaksanaan VAT di Arab Saudi yang mengambil ideanya dari model Malaysia; turut menyebabkan jirannya iaitu Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Oman dan Qatar mengikut jejak yang sama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    ReplyDelete
  33. HUTANG NEGARA BANYAK, PAS TIDAK KESAL KALAH
    By watan on May 27, 2018No Comment





    PAS menarik nafas lega kerana tidak berjaya memerintah Malaysia hanya untuk mewarisi pelbagai hutang yang dilakukan kerajaan pemerintah terdahulu.

    Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, PAS juga tidak kisah dengan kekalahan parti itu di peringkat pusat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan berharap kerajaan berkuasa sekarang menyelesaikan perkara tersebut terlebih dahulu sebelum PAS merampas tampuk pemerintahan pada PRU akan datang.

    “Ambo (saya) pun suka tidak boleh perintah Malaysia lagi. Sebab hutang banyak, nak bayar macam mana.

    “Jadi Tuhan bagi orang lain ambil dulu, selesaikan hutang Malaysia. Lima tahun lagi kita ambil Malaysia,” katanya dalam satu ucapannya di Kota Bharu, pada Sabtu.

    Menurutnya, apabila parti lain menang di Malaysia, mereka akan selesaikan segala masalah yang ada, termasuk isu 1MDB.

    “Selepas selesai semuanya, kawe (kita) pula akan ambil lima tahun lagi. Kita pula duduk di sana,” kata beliau.

    Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, perkara sama berlaku apabila PAS kalah di Kelantan pada tahun 1978 dulu.

    “Serupa kita kalah 1978 dahulu. 12 tahun orang perintah, orang lain buat pembangunan, buat pejabat dan sebagainya, siap semua sekali, bagi kepada kita.

    “Jadi tidak leloh (letih) kita. Kita boleh perkara yang dah siap,” kata Nik Amar.

    Sebelum ini, Mohamad Amar juga pernah mengelurarkan kenyataan mendakwa PAS sengaja tidak bangunkan Kelantan kerana takut rakyatnya tidak sedia untuk menghadapi pembangunan itu.

    ReplyDelete
  34. BR1M dah jadi BAHAM! ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
    BY PEWARIS MELAYU | PUBLISHED 27.5.18


    Dulu..
    Nama: Bantuan Rakyat 1 Malaysia
    Singkatan: BR1M
    Status: Haram, rasuah, dedak

    Sekarang..
    Nama: Bantuan Harapan Malaysia
    Singakatan: BAHAM
    Status: Halal lagi suci

    ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

    #selamatmembaham

    ReplyDelete
  35. Portal PakDin.my

    Menolak Fitnah – Menyanggah Persepsi

    HOME :: BLOG :: BERITA
    ISU SEMASA
    KHAS
    MANDARIN POLITIK INFOGRAFIK SELANGOR

    Banyak agensi Islam ditutup orang Melayu kena buang
    Posted onSunday, May 27, 2018 -05-27 16:59:50'


    Sekiranya ini terjadi….jgn marah kalau Melayu Islam bangkit…

    Dalam satu surat pembaca di portal Malaysiakini, sudah dinyatakan ura ura kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menutup lebih banyak agensi di bawah kementerian tertentu dengan alasan untuk melaksanakan penjimatan perbelanjaan kerajaan.

    Ada cadangan melalui surat itu untuk menutup atau menggabungkan sesebuah kementerian dan agensi serta ada juga agensi yang dicadangkan untuk diletakkan di bawah agensi lain yang akan ditubuhkan kemudian. Agensi yang besar seperti Lembaga Tabung Haji (TH), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga mungkin akan ditutup.

    Penulis surat itu, Gerard Lourdesamy mencadangkan agar agensi berkaitan agama Islam di bawah kerajaan ditutup dan dipindahkan di bawah kementerian berbeza kononnya untuk memudahkan pengurusan kementerian berkenaan dilaksanakan. Dengan Kementerian Kewangan kini diketuai oleh pemimpin dari DAP, kemungkinan ia strategi licik untuk memansuhkan perkara berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.
    https://www.malaysiakini.com/letters/426700

    Menurutnya, selepas 13 kementerian sudah diumumkan oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, kini ada baki 11 kementerian yang wujud di zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) masih tidak diumumkan pelantikan Menterinya. Baki kementerian itulah yang dicadangkan untuk diubahsuai pentadbirannya.

    Dia mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sudah sekian lama mengawal selia perkara berkaitan umat Islam di negara ini terutamanya dari aspek pensijilan halal dipindahkan di bawah satu entiti baru iaitu Bahagian Hal Ehwal Islam (IAD).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia tidak akan lagi diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti dahulu yang mana Perdana Menteri berkuasa dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam ketika zaman pentadbiran BN. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan juga dicadangkan untuk diletakkan di bawah IAD.

      Jabatan-jabatan besar yang menguruskan hal ehwal orang Islam akan diletakkan di bawah satu unit atau bahagian yang lebih kecil serta akan dikawal dengan lebih ketat lagi oleh IAD dan bukan lagi di bawah JPM. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) juga akan diletakkan di bawah IAD.

      Dalam surat itu, dia mencadangkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pun akan diletakkan di bawah IAD. Bayangkan dek kerana mahu perubahan dengan undi PH, kini umat Islam menanggung akibatnya dan kesannya. Jika ia dilaksanakan, habis jabatan dan agensi milik umat Islam akan dihapuskan atau kuasa mereka akan menjadi lebih terhad.

      Seperti yang dimaklumkan tadi, TH yang menjadi tempat simpanan pendeposit yang hendak pergi menunaikan haji yang berjumlah berbilion akan dipindahkan ke bawah IAD. Entah ada entah tidak Tabung Haji selepas ini. Bagaimana jemaah haji dari Malaysia hendak pergi menunaikan ibadah itu di Tanah Suci.

      Peruntukan khas Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri juga akan dipindahkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ini cadangan yang melampau kerana mahu bertindak tanpa rujuk terlebih dahulu pada Raja Raja Melayu.

      FELDA juga yang banyak membantu orang Melayu akan dipindahkan kuasanya di bawah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, iaitu Azmin Ali. Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) tempat orang Melayu buat wasiat juga akan dipindahkan. Ini adalah satu bencana besar untuk orang Melayu dan Islam jika ia benar benar berlaku.

      Ingat balik apa yang Penang Institute dan DAP pernah cakap dulu sebelum mereka berkuasa. Mereka hendak buang penjawat awam. Ramai tidak percaya. Kini bukan sahaja penjawat awam Melayu yang ramai kena buang pada bulan Ramadhan ini, institusi berkaitan Islam juga mahu dibuang oleh kerajaan PH.

      Ternyatalah apa yang DAP hendak diikutkan sahaja. Benarlah kata Hew Kuan Yaw, Supermaan DAP bahawa DAP mahu perkudakan Tun Mahathir sahaja.

      17,000 kena buang, 3,600 guru agama kena buang dan semua ketua ketua kampung di seluruh negara turut kena buang.

      Selepas ini Tok Imam, Tok Siak dan bilal masjid pula menunggu masa. Entah entah kami pun tidak dapat elaun lagi kerana kerajaan PH hendak berjimat. Ikut sangat cakap DAP sampai habis orang Melayu kena buang.

      Rasa Hati,
      Tok Siak Masjid

      Delete
    2. Pecat je imam kepartian semua...dok memecah perpaduan jer

      Delete
  36. #KOMENTAR BR1M : DIANTARA DEDAK, RASUAH DAN SIMPATI


    Oleh : Ratu Sentap*

    BR1M tak boleh.
    Hish. Dedak tu.
    Rasuah tu.
    Nak tagih simpati tu.

    Buat mereka yang tak layak dapat BR1M, tu sajalah yang mereka sembang. Dalam hati sakit sebenarnya, sebab mereka tak dapat. Yang tak patut minta pun, sengaja isi borang untuk BR1M. Manalah tahu boleh dapat. Punyalah muka tak malu.

    BR1M tu subsidi yang punya target pada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Bukan untuk mereka pergi bercuti di luar negara. Bukan untuk mereka membeli tudung berjenama itik.

    Rasionalisasinya?

    Mereka akan menggunakan RM300 untuk setiap kali mereka dapat duit tu untuk membeli benda yang mereka mungkin teringin. Bukan banyak pun mereka boleh beli. Bila mereka membeli, pastinya penjual pun untung. Penjual juga pengguna dan ia akan menjadi satu rantaian pergerakan ekonomi setempat. Itulah tujuan BR1M.

    Saya dulu pun tidak faham apa tujuan BR1M. Tapi setelah meneliti fakta, dan bukan auta, yang tersirat dan tersurat, saya setuju dengan BR1M.

    Pihak kerajaan sebelum memenangi PRU14, punyalah menentang BR1M. Segala bahasa dilemparkan.

    Tapi hari ini, mereka menjilat kembali ludah mereka. Tidak sampai 3 minggu mengambil alih tampuk pemerintahan negara, ini bukan tindakan pertama mereka lakukan begitu.

    Adakah dengan BR1M digantikan dengan nama yang lain akan menutup kedangkalan mereka? Ternyata mereka itu setaraf dengan pengundi-pengundi mereka yang akalnya pendek. Tidak berpendidikan sama macam pengundi-pengundi yang termakan politik persepsi.

    Dedak yang mereka akan berikan kali ini hanya kepada 2 juta orang. Yang lagi 5 juta, termasuklah yang bujang-bujang tu, yang bersorak sakan semasa kemenangan PRU14 hanya mengigit jari. Benar sekali sangkaan saya, mereka inilah pak kaduk. Itulah akibat dek ikut emosi dan darah muda.

    Saya hanya menunggu dan melihat apakah lagi permainan mereka-mereka yang mewarnai barisan kabinet yang pada asasnya menaakul matematik pun gagal.

    ReplyDelete
  37. #KOMENTAR MELAYU LUPA ASAL

    Oleh : Ratu Sentap*

    Asalnya dia budak dari kampung. Keputusan Darjah 6 boleh dikatakan baik. Maka, dia mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh tajaan kerajaan pada masa itu sepenuhnya. Diberi segala kelengkapan termasuk lah kasut dan baju sekolah. Beruntungnya dia. Maklumlah di rumah sendiri serba kekurangan dan kedaifan.

    Tamat Tingkatan 5, dengan kemudahan infrastruktur yang baik sepanjang dia bersekolah, keputusan SPM yang cemerlang membolehkan dia mendapat biasiswa. Untuk melanjutkan ke peringkat ijazah.

    Kini, sudah mampu menjawat posisi tinggi dalam salah satu Goverment-Link Company. Bergaji 5 angka, hidup serba mewah. Bercuti langsung tidak ada dalam negeri. Namun, dia mendabik dada. Ego setinggi langit. Terlupa barangkali dari usia 12 tahun, dia menggunakan status hak istimewanya sebagai Melayu untuk dia mendapat tempat di sekolah berasrama.

    Mendapat tajaan untuk menuntut ilmu dan membawa pulang sekeping ijazah juga berdasarkan hak yang sama. Malah bekerja pun di syarikat yang berkait rapat dengan kerajaan terdahulu yang pastinya dipenuhi bangsa Melayu untuk memegang tampuk kepimpinan.

    Tidak cukup dengan itu, anak-anak sendiri pun dimasukkan ke sekolah berasrama, kononnya mahu meneruskan legasi kejayaan dalam akademik.

    Bukankah sangat ironi tatkala dia dan rakan-rakan yang sama melaungkan yang mereka mahukan Malaysian Malaysia? Malaysian Malaysia yang punya kesamarataan hak tidak berlandaskan bangsa, itulah yang mereka propagandakan?

    Bukankah sangat hipokrit? Bila sudah bersenang lenang, sudah meningkat taraf sosial, sudah tidak bertongkat, mereka dengan angkuh mengatakan bantuan yang mereka terima dahulu itu, kerana itu hak mereka. Hak apa lagi? Bukankah mereka sendiri perjuangkan kesamarataan.

    Inilah Melayu lupa daratan. Lupa asal usul. Lupa diri tidak sedar diuntung. Lupa selupanya. Padahal anak sendiri pun masih menagih simpati di MRSM yang ditubuhkan untuk Melayu. Melayu yang sama berlumba-lumba tarik segala kabel yang ada untuk memasukkan anak ke sekolah berasrama elit. Melayu yang sama yang berebut-rebut mahu anak-anak menuntut di universiti awam dengan kuota Bumiputera. Melayu yang sama bercakaran untuk tajaan biasiswa. MELAYU!

    Sudah-sudahlah. Teringinkan Malaysian Malaysia? Mengidamkan satu status yang sama untuk semua? Maka lepaskan dulu apa yang selama ini dipegang! Tidak tahu malu ke apabila diri sendiri masih mengharapkan bantuan tetapi di mulut berkata bongkak seolah-olah diri sendiri sungguh gah.


    ReplyDelete
  38. AHAD, 27 MEI 2018
    Jamal dakwa diri dizalimi, tindakan bermotif dendam
    Faiz Zainudin


    Jamal Yunos berharap polis tidak ditekan kerajaan Pakatan Harapan untuk menganiaya dan menzalimi dirinya.



    Jamal mendakwa polis membuka kembali kertas siasatan yang tiada tindakan lanjut, termasuk kes tunjuk perasaan Baju Merah. (Gambar bernama)


    PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Yunos mendakwa ada pihak tertentu cuba menggunakan pihak berkuasa untuk menzalimi dan membalas dendam kepadanya, susulan tuduhan demi tuduhan terhadapnya termasuk melarikan diri selepas didakwa.

    “Apa yang berlaku ini tidak adil dan tekanan dan ingin menakutkan saya sebagai seorang pemimpin masyarakat. Saya berharap polis tidak mendapat tekanan daripada kerajaan yang baru ini untuk menganiaya dan menzalimi saya,” katanya kepada FMT.

    Ketua Umno Sungai Besar menafikan dia melarikan diri kerana penahanan remannya memang sepatutnya berakhir pada hari kejadian, iaitu pada Jumaat.

    “Saya dibenarkan keluar oleh pihak hospital pada hari itu,” katanya menjawab laporan dia meninggalkan Pusat Perubatan Ampang Puteri, di mana beliau dirawat di wad premier bagi masalah sakit belakang, ketika polis dan peguam sedang melakukan dokumentasi jaminan mahkamah.

    Jamal berdepan 3 pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hospital, iaitu untuk tuduhan melakukan mudarat dengan mempamerkan senjata api berdasarkan gambar tular di media sosial, melakukan mudarat di kawasan awam apabila memecahkan botol arak menggunakan penukul besi sebagai simbolik bantahan terhadap pesta arak, dan yang ketiga dipercayai kerana menceroboh sebuah pusat judi haram di Ampang.

    Beliau mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan pemimpin Umno itu diikat jamin RM3,000 bagi setiap kes.

    “Kalau saya nak lari hari Rabu atau Khamis saya dah lari. Saya keluar hospital pada Jumaat sebab saya tahu reman sudah habis,” katanya.

    “Saya percaya dengan integriti dan kredibiliti polis tapi bimbang apa yang berlaku ini caranya seolah polis mendapat tekanan daripada pihak tertentu. Saya tak mahu tuduh.”

    Jamal yang terkenal dengan gimik tunjuk perasaan antara pemimpin Umno yang ke depan mengkritik Pakatan Harapan, terutama Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjadi menteri besar Selangor, antaranya bertuala di luar bangunan kerajaan negeri sebagai membantah masalah bekalan air atau meletakkan beberapa katil di luar bangunan kerajaan negeri sebagai membantah masalah rumah urut.

    Beliau mendakwa polis membuka kembali kertas siasatan yang tiada tindakan lanjut, termasuk kes tunjuk perasaan Baju Merah.

    “Saya bukan melakukan jenayah jadi tolong berikan hak saya, jangan aniaya saya,” kata Jamal.

    “Biarlah pihak berkuasa bebas menjalankan siasatan. Jangan ada tekanan dan desakan daripada pihak tertentu. Kita lihat zaman Datuk Seri Najib Razak, pembangkang berani buat itu dan ini tapi kerajaan mengambil tindakan mengikut undang-undang.”

    Sementara itu, beliau menepis dakwaan melarikan diri dari pihak berkuasa tidak munasabah kerana semua kos perubatan dan dokumen-dokumen yang perlu diselesaikan sebelum “hilang”.

    “Saya sudah ambil ubat dan surat-surat hospital. Kalau melarikan diri saya tak bayar ubat dan surat hospital. Ini tohmahan yang cuba merosakkan imej saya selaku pemimpin,” katanya.

    Selepas mengeluarkan diri daripada hospital, Jamal berkata dia bergegas ke Tabung Haji dan bank untuk menyelesaikan urusan kewangan pada hari yang sama.

    “Bila saya keluar dari Tabung Haji saya dihubungi mengatakan saya ada reman lagi. Saya tidak pulang ke hospital sebab saya dah boleh keluar.”

    ReplyDelete
  39. 25 Mei 2018
    Tak Jadi Hapus PTPTN: Penganalisis Kata Pembangkang Munafik, Tipu Anak Muda

    http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/727109-tak-jadi-hapus-ptptn-penganalisis-kata-pembangkang-munafik-tipu-anak-muda.html

    Tak Jadi Hapus PTPTN: Penganalisis Kata Pembangkang Munafik, Tipu Anak Muda
    Details
    Published on Friday, 09 March 2018 12:00


    Berdegar-degar dipentas ceramah pembangkang malah anak muda juga diheret ke jalanan pra Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) enam tahun lepas, bagi mendesak hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dihapuskan.

    Naib Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad Pengarah Komunikasi parti dipetik Suara Keadilan pada 2013 berkata, dasar pinjaman oleh PTPTN membebankan rakyat dengan memberi kesan hutang berpanjangan.

    "Harus diingat, kebanyakan mahasiswa yang menggunakan kemudahan PTPTN merupakan mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Sekiranya keluarga mereka mampu, sudah tentu mereka tidak meminjam dana PTPTN," kata Nik Nazmi.

    Alih-alih menjelang PRU14, Pakatan Harapan membuat pusingan-U untuk tidak bercadang untuk menghapuskan hutang PTPTN tetapi menangguhkannya sehingga peminjam memperoleh gaji sehingga RM4,000.

    Penganalisis politik, Abdul Rahmat Omar Tun Hanif menyifatkan langkah ini sebagai satu pembohongan pembangkang kepada orang muda.

    "Enam tahun yang lepas, semasa kita semua sibuk membuat persiapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13, Pakatan Rakyat yang kini terkubur telah berjanji untuk menghapuskan PTPTN.

    "Hari ini, Pakatan Harapan sekali lagi tampil memberi harapan palsu kepada anak-anak muda," katanya.

    Sebelum PRU13 lalu, Pakatan Harapan (dahulunya dikenali Pakatan Rakyat) mendesak agar PTPTN dihapuskan diatas sebab pendidikan adalah hak rakyat.

    Pada waktu itu, lebih 300 mahasiswa berhimpun di Dataran Merdeka menuntut penghapusan PTPTN yang turut disertai Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, selain melancarkan 'Occupy Dataran' selama seminggu bagi tujuan sama.

    "Kalau dulu Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan PTPTN, kali ini Pakatan Harapan yang dikepalai oleh satu fossil hidup berumur 93 tahun yang kerap menjadi perabut Institut Jantung Negara bila ceramahnya tidak mendapat sambutan, mengubah janji tersebut dari pemansuhan kepada penangguhan pembayaran.

    "Jadi, adik-adik, sekali lagi anda tertipu kerana setiap janji yang dibuat oleh Pakatan tidak akan ditunaikan. Malah, mereka lebih gemar membuat U-turn demi U-turn," kata Abdul Rahmat.

    Sekali lagi, Pakatan Harapan berbohong berkaitan janji memberikan cuti bersalin sehingga 120 hari sepertimana disebut dalam bajet alternatif 2018 sebagai saingan kepada cuti bersalin sehingga 90 hari ditawarkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Tetapi menerusi manifesto PRU14 yang dilancarkan baru-baru ini, cuti tersebut kini dikurangkan kepada 90 hari.

    Hal ini sekaligus memperakui kenyataan 'kepala' Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad kebanyakan janji-janji yang disebutkan mereka sukar dicapai.

    Abdul Rahmat kemudiannya memetik sabda Rasulullah SAW bermaksud

    "Ada tiga tanda orang munafik, iaitu apabila dia bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia ingkar dan apabila diberi amanah dia khianat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    "Munafik! Inikah golongan yang anda ingin jadikan pemimpin?" tegas Abdul Rahmat.

    ReplyDelete
  40. Jangan ugut kerajaan, kata Anwar kepada ahli politik PH
    Mohamad Fadli | May 27, 2018
    Ketua umum PH itu juga menyeru rakyat jangan bertolak ansur dengan ahli politik PH yang bermewah-mewahan.

    Anwar berucap di majlis berbuka puasa di Kampung Pandan Dalam.

    KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada ahli-ahli politik gabungan itu jangan mengugut pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan jawatan dan kekayaan.

    “Saya sebagai rakyat biasa akan memantau semua wakil rakyat supaya budaya mengugut untuk dapatkan habuan, pangkat, harta dan kuasa perlu ditolak,” katanya di majlis berbuka puasa di Masjid Nurul Hidayah di Kampung Pandan Dalam hari ini.

    Beliau tidak menamakan mana-mana individu dalam ucapannya itu.



    Anwar, yang dibebaskan dari penjara sejurus kemenangan Pakatan Harapan pada 9 Mei lepas, merupakan pilihan asal Pakatan Harapan untuk jawatan perdana menteri namun Tun Dr Mahathir Mohamad memastikan kemenangan gabungan itu. Mengikut perancangan mereka, Anwar akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri selepas beberapa tahun mentadbir negara.

    Dalam masa yang sama, beliau mengajak rakyat memantau pemimpin-pemimpin PH, termasuk isterinya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, agar mereka tidak bermewah-mewahan selepas mendapat kuasa.

    “Saya sama sekali tidak boleh menerima wakil rakyat yang bermewah-mewah hanya selepas 3 bulan menjadi wakil rakyat.

    “Ini tugas kita sekarang, bukan cerca tetapi tegur dengan kasih,” katanya.

    Sementara itu, Wan Azizah berkata PH memerlukan sokongan rakyat dalam mengubah dan mebangunkan negara, seperti sebuah pasukan bola sepak.

    “Marilah kita mengisi kemenangan atau peralihan ini dengan mendapat keredhaan Allah. Rakyat dan kerajaan bersama sebagai satu kumpulan,” katanya.

    ReplyDelete

  41. Ahad, 27 Mei 2018
    Guan Eng terlebih lajak, gopoh tentang hutang, kata Kadir Jasin
    FMT Reporters


    Bekas pengarang itu berkata menteri kewangan terlalu ghairah untuk membuktikan Najib salah berhubung angka hutang dan liabiliti kerajaan.



    Lim terlalu teruja tentang hutang negara, kata Kadir Jasin.


    PETALING JAYA: Bekas pengarang terkenal, Datuk A Kadir Jasin menyifatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sudah melalui ujian getir selepas pendedahan terbaru beliau berhubung jumlah penuh hutang dan liabiliti kerajaan.

    Ramai berpendapat Lim terlebih lajak dan terlampau gopoh berhubung pendedahan angka itu, pendapat yang disetujui oleh Kadir.

    Komen beliau dibuat sehari selepas Lim berdepan kritikan antarabangsa dan domestik dan respons sinis daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mengucapkan “tahniah” kepada beliau kerana menakutkan pasaran kewangan dan saham.

    Dalam kenyataan Twitter malam tadi, Najib secara sinis menyebut tentang pemulihan luar biasa ekonomi negara daripada hampir musnah semasa kempen pilihan raya kepada berkeadaan baik beberapa hari selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

    Semalam, Kadir di blognya berkata, Lim “terlalu memainkan isu hutang negara”, walaupun jika kerajaan baru Pakatan Harapan mendapati “kerajaan lepas berbohong tentang kewangan kita.”

    Katanya, Najib, yang juga merupakan menteri kewangan, sebelum ini hanya mendedahkan hutang rasmi kerajaan tetapi tidak bercakap tentang hutang dan liabiliti agensi kerajaan yang dijamin oleh kerajaan pusat.

    Apabila kedua-dua angka itu dicampur, jumlahnya lebih besar dan disitulah silap Lim, kata Kadir.

    “Beliau terlalu teruja ketika menjumpai angka yang membuktikan PH memang betul selama ini, tetapi beliau terlupa akan implikasi pendedahannya itu.”

    Kadir mengingatkan menteri dan pegawai mereka supaya lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan kepada media.

    “Kelebihan politik tidak sama dengan kelebihan ekonomi. Apa yang baik untuk politik tidak semestinya baik untuk ekonomi dan pasaran,” katanya.

    Pemimpin PH perlu berfikir dengan cermat apabila menjalankan agenda reformasi mereka.

    “Kita tidak perlu mensensasikan atau menjerit lagi kerana kita kerajaan sekarang. Memang kita perlu hukum pesalah kerajaan lepas tetapi mestilah mengikut undang-undang,” katanya.

    Malam semalam, Najib menempelak Lim dan PH, lanjutan komennya pada Khamis yang menyindir Lim kerana menakutkan pasaran.

    Najib membandingkan retorik kempen pilihan raya pemimpin PH tentang ekonomi negara menuju kemusnahan dengan kenyataan terbaru mereka bahawa ekonomi berada dalam keadaan kuat dan kukuh.

    Secara sinis beliau mengucapkan tahniah kepada PH kerana memulihkan ekonomi hanya beberapa hari selepas berkuasa.

    ReplyDelete
  42. 27 Mei 2018
    Apa Maksud KJ Mahu Institusi Raja Melayu direformasi ???


    Apa Maksud Kadir Jasin Mahu Institusi Raja direformasikan ???


    Petikan Tulisan Kadir Jasin di Sinar Harian


    Dalam proses penyiasatan dua kes rasuah terbesar dalam sejarah negara itu, peranan raja-raja menarik minat ramai. Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, mendakwa "SPRM hampa" dalam usaha mendapatkan campur tangan Majlis Raja-raja. Beliau membuat dakwaan itu dalam sidang akhbar 22 Mei.

    Sejak itu, Majlis Raja-raja telah mengeluarkan kenyataan menyangkal dakwaan berkenaan. Saya tidak berani mengatakan sejauh mana percubaan meminta bantuan raja-raja itu telah dibuat. Yang saya masih ingat ialah pada 5 Oktober 2015 Raja-raja telah mengeluarkan kenyataan meminta kerajaan mempercepatkan siasatan kes 1MDB dan mengambil tindakan wajar ke atas pihak-pihak yang terbabit.

    Saya tidak tahu sejauh mana titah itu dipedulikan. Yang kita tahu ialah tidak sampai empat bulan kemudian, Peguam Negara baharu ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengisytiharkan tidak ada kes jenayah melibatkan 1MDB. Mohd Shukri mendakwa SPRM menemui Majlis Raja-raja dua kali untuk memaklumkan mengenai siasatan 1MDB/SRC yang melibatkan Mohd Najib.

    Dalam konteks yang lebih luas, mungkin baik kita menilai semula tindak balas raja-raja terhadap aduan berkenaan 1MDB, khususnya dan hal-hal lain yang melibatkan institusi raja kerana negara kini ditadbir oleh kerajaan baharu.

    Kerajaan Harapan mungkin dituduh gagal dalam tugasnya menyelamatkan negara dan menyejahterakan rakyat jelata kalau institusi raja tidak dikaji dan difahami. Ini adalah kerana raja berperlembagaan adalah antara institusi utama negara.

    Dalam kempennya, Harapan mendakwa kerajaan pimpinan Mohd Najib telah menodai dan merosakkan banyak institusi utama negara lantas berjanji melakukan reformasi institusi (institutional reforms). Maka wajarlah institusi raja dikaji dan, jika perlu, direformasi.

    Hal ini sangat relevan kerana majoriti yang mengundi Harapan adalah generasi muda dan ramai daripada mereka tidak begitu memahami institusi raja. Kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta.

    Raja-raja kita adalah raja-raja berperlembagaan. Kuasa dan kegiatan mereka tertakluk kepada perlembagaan. Lebih daripada itu, sumpah jawatan mereka dibuat dengan nama ALLAH. Mereka adalah ketua agama Islam.

    Mereka dibayar gaji oleh rakyat jelata dan segala keperluan rasmi mereka ditanggung oleh kerajaan. Dalam keadaan di mana hidup rakyat susah dan kewangan negara sempit, kerajaan tidak boleh sekali-kali membazirkan wang untuk sesiapa pun. Biarlah saya kata macam ini: Istana-istana yang ada itu sudah mewah.

    Raja-raja juga tidak kekal. Yang di-Pertuan Agong misalnya boleh disingkirkan oleh Majlis Raja-raja dengan lima daripada sembilan Raja-raja Melayu menyokong ketetapan berkaitan dengannya.

    Dalam usaha kerajaan baharu mempertahankan hak rakyat jelata dan melindungi institusi negara daripada sebarang bentuk pencabulan maka adalah penting diambil tahu pembabitan raja atau istana dalam kegiatan-kegiatan tidak rasmi seperti perniagaan dan sosial.

    Kalau perlu kita kaji semula perlembagaan dan kontrak sosial bagi mengambil kira suasana dan realiti yang ada pada hari ini bagi mengharmonikan perjanjian antara raja dan rakyat jelata.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Ulasan Panglima:

      1. Mahathir sudah dikenali melakukan reformasi institusi Raja semasa menjadi PM dahulu dengan membuat reformasi kuasa raja dan membuat mahkamah khas mendakwa mereka.

      2. Selepas KP SPRM membuat kenyataan 'hampa' selepas dua kali menemui Majlis Raja-Raja dalam kes 1MDB selepas itu Majlis Raja-Raja Melayu terus membuat kenyataan menafikan dakwaan 'bodoh' tersebut.

      3. Agenda apakah yang sedang berlaku melainkan usaha memburukkan Majlis Raja-Raja dengan cuba dipotretkan seolah mendiamkan diri melihat skandal fitnah PH terhadap 1MDB yabg dikaitkan dengan bekas PM DS Najib.

      4. Apabila blogger merangkap wartawan Kadir Jasin mahu reformasi dilakukan terhadap Institusi Raja maka sejarah silam seakan mahu berulang.

      5. Tidak cukup YDP Agong dihina dan dicaci di media sosial apabila majlis mengangkat sumpah diadakan lewat, kini mereka cuba mengheret Majlis Raja-Raja Melayu ke kancah pertelingkahan politik.

      6. Kita sudah banyak bersabar dan masanya untuk pembela Raja Melayu agar bangkit menentang usaha mereka ini di media sosial dan membuat sebanyak mungkin laporan polis atas dakwaan Blogger Kadir Jasin ini untuk menghasut rakyat.

      7. Jika kita masih berdiam diri maka jangan ditangisi jika selepas ini hanya nama dan batu nesan sejarah ditinggalkan untuk anak cucu kita kerana kesilapan kita tidak berbuat apa-apa dalam hal ini.

      Semoga Allah memelihara Raja yang menjaga agama Islam kita dari fitnah puak yang dilihat mesra dengan fahaman sesat dan songsang seperti liberal LGBT komunis wahabi syiah ateis yang berlonggok dalam parti politik PH hari ini dan semoga kekal berdaulat Islam di Nusantara...

      Daulat Tuanku!!!

      Delete
  43. BAHAYA KERAJAAN TIDAK FAHAM KEWANGAN
    cranell | May 27, 2018
    Akhirnya kerajaan menjawab tentang hutang negara RM1 trilion yang disebut-sebut baru-baru ini.

    Betul seperti telahan saya bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengambil kira hutang yang dijamin oleh kerajaan berjumlah RM199.1 bilion sebagai hutang negara.

    Selain itu kerajaan juga mengira komitmen bayaran berkala seperti bayaran sewa, penyelenggaraaan untuk projek pembangunan sekolah, hospital, balai polis di bawah Public Private Partnership (PPP) berjumlah RM201.4 bilion.

    Kementerian Kewangan juga mengesahkan hutang kerajaan dalam bentuk sekuriti iaitu bon berjumlah RM686.8 bilion (setakat 31 Disember 2017) yang merupakan jumlah hutang rasmi mengikut standard laporan hutang kerajaan yang diamalkan di seluruh dunia.

    Di dalam tulisan saya beberapa bulan lepas: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10215317941879807 saya menerangkan kenapa hutang yang dijamin oleh kerajaan tidak dikira sebagai hutang kerajaan. Hutang yang dijamin ini termasuk hutang PTPTN berjumlah RM40 bilion. Ini tak termasuk deposit yang dijamin oleh kerajaan seperti KWSP, Tabung Haji dan BSN yang mana jika dikira sekali sebagai hutang kerajaan akan menjadikan hutang negara melebihi RM2 trilion, Tidak ada negara lain dalam dunia yang mengira hutang yang dijamin sebagai hutang negara.

    Kerajaan baru ini cuba menggambarkan seolah-olah hutang yang dijamin kerajaan ini disorok atau disembunyikan daripada umum sedangkan ia diterbitkan setiap tahun untuk tatapan umum melalui Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan malah rating agencies seperti Moody’s, S&P dan Fitch juga tahu butiran dan jumlah hutang yang dijamin kerajaan ini.

    Saya tak faham kenapa Dr. Mahathir bin Mohamad dan Lim Guan Eng cuba menggambarkan yang angka ini disembunyikan oleh kerajaan sebelum ini. Kalau orang biasa seperti saya boleh jumpa angka ini di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), apatah lagi rating agencies, pelabur-pelabur dan orang lain. Agenda politik menakutkan rakyat? Atau sengaja dibangkitkan untuk dijadikan alasan tidak menunaikan janji-janji pilihanraya?

    Yang ketiga adalah bayaran sewa (lease) kepada syarikat-syarikat tertentu pemegang konsesi di bawah projek Public Private Partnership (PPP). Kerajaan ada membelanjakan sejumlah wang setiap tahun untuk projek pembangunan di luar daripada bajet tahunan sama seperti pembangunan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan yang dibina oleh Putrajaya Holdings Berhad (PJH) di mana kerajaan membayar sewa lebih RM1 bilion setahun kepada PJH sehingga sekarang di bawah perjanjian sewa selama 25 tahun. Ini saya pernah terangkan tahun lepas: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10214020113514909

    Jika pembayaran sewa ini dikira sebagai hutang negara, sebahagian daripada yang menyumbang kepada kenaikan hutang negara adalah Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan “arkitek” kepada pembangunan projek mega luar daripada bajet kerajaan seperti Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Creative accounting” ini adalah amalan sejak zaman Mahathir lagi dan diteruskan oleh kerajaan sebelum ini di bawah Pak Lah dan Najib untuk projek-projek berkepentingan rakyat seperti pembinaan sekolah, universiti, hospital dan balai polis. Tak usahlah Mahathir mahupun Lim Guan Eng buat-buat terkejut seolah-olah ini benda baru yang disembunyikan daripada pengetahuan umum.

      Seperti yang saya kata sebelum ini tak ada apa pun isu hutang RM1 trilion ni. Ianya lebih kepada modal politik yang digunakan sebelum pilihanraya untuk menakutkan rakyat Malaysia dan kerajaan yang baru terbawa-bawa dengan mentaliti pembangkang mereka.

      Tapi harus kita akui ramai yang percaya dengan propaganda hutang RM1 trilion ini.

      “Much ado about nothing”

      Dengan asas ekonomi yang kukuh, sektor kewangan yang stabil dan sektor perbankan yang sihat Kerajaan mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar tanggungan dan obligasi mereka setiap tahun. Itu yang paling penting. Ini Menteri Kewangan yang baru yang cakap.

      Dulu memang dia selalu cakap negara kita ni menuju kebankrapan dan sebagainya, tak tahu la magic apa dia guna lepas 2 minggu jadi kerajaan ekonomi negara jadi kukuh, sektor kewangan stabil dan sebagainya.

      Delete
  44. NAJIB HAIRAN PAKATAN HARAPAN SIFATKAN EKONOMI NEGARA KUKUH
    rhg | May 26, 2018
    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kehairanannya terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang menyifatkan ekonomi negara kini kukuh.

    Beliau berkata, ini kerana sewaktu pemerintahan kerajaan terdahulu iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, Pakatan Harapan meletakkan ekonomi negara sebagai dalam keadaan krisis dan gagal.

    “Saya hairan betapa cepatnya ekonomi negara bertukar dari kononnya dalam keadaan krisis dan gagal sebelum PRU-14 kepada keadaan ekonomi yang kuat dan kukuh. Cuma dua minggu lebih sahaja?” soalnya dalam laman Facebook, di sini hari ini.

    Najib berkata demikian bagi menyelar kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kepada pemberita semalam yang menegaskan asas ekonomi negara kekal kukuh, sektor kewangan stabil, sektor perbankan mempunyai permodalan yang kukuh dan kecairan yang mencukupi dalam pasaran.

    Guan Eng berkata, pihaknya percaya dengan pentadbiran baharu yang berfokus kepada kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan, keyakinan pelabur akan kukuh dari semasa ke semasa.

    Menteri Kewangan itu turut mengumumkan jumlah hutang kerajaan Persekutuan dan liabiliti berjumlah RM1.087 trilion atau 80.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat 31 Disember 2017.

    Guan Eng mendedahkan, daripada jumlah itu, hutang kerajaan Persekutuan berjumlah RM885.9 bilion yang mana ia merangkumi hutang rasmi kerajaan Persekutuan RM686.8 bilion atau 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Jaminan Kerajaan RM199.1 bilion atau 14.6 peratus daripada peratus KDNK. – UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
  45. SAHARA YAACOB TIDAK AKAN LUPA JASA NAJIB DAN BN
    rhg | May 25, 2018
    Sahara sayu terkenang pengalaman bersama Najib

    Kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14 menyebabkan berakhirnya hayat politik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri sejak April 2009.

    Beliau kemudian diganti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh apabila Pakatan Harapan (HARAPAN)memperoleh mandat daripada rakyat yang mahu melihat perubahan berlaku dalam kerajaan dan negara.

    Bagaimanapun, berbanding majoriti rakyat yang menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir dan HARAPAN, penyanyi Sahara Yaacob mempunyai pendirian tersendiri mengenai Najib.

    Kata Sahara, 62, mana mungkin dia melupakan budi baik pernah diberikan Najib sebelum ini.

    Justeru hingga kini dia masih terkenang-kenang waktu berbuka puasa bersama anggota parlimen Pekan itu.

    “Di bawah pimpinan Datuk Seri Najib, beliau banyak membantu.

    “Dulu saya hidup susah duduk di rumah ibarat stor, tak makan, pakai baju koyak-rabak sampai ditertawakan orang.

    “Pengalaman paling membuatkan saya terharu selepas itu adalah apabila diundang pada majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak seni tahun lalu. Saya terasa amat dihargai.

    “Kini saya sayu mengenangkan pengalaman itu yang mungkin tidak akan dirasai lagi,” katanya kepada Malaysiakini.

    BN banyak membantu

    Kata penyanyi yang pernah diberi julukan Tina Turner Malaysia itu, dia pernah menempuh “zaman perit” sebagai anak seni sewaktu pemerintahan Dr Mahathir.

    Juga melalui pemerhatiannya pada waktu itu, Sahara mendakwa Dr Mahathir tidak pernah memberikan layanan seperti diberikan Najib, malah dakwanya, ada artis diharamkan daripada muncul di TV.

    “Selama 22 tahun Dr Mahathir memerintah saya tak pernah menerima layanan atau sedekah kepada golongan artis seperti kami, baik kerana sakit mahupun tua.

    “Masa itu juga, cakap sikit – kena gam, jadi ramai artis tidak bekerja disebabkan radio dan televisyen tidak berani ambil mereka. Zaman Dr Mahathir menjadi perdana menteri kerajaan beri tekanan hebat kepada anak seni,” katanya.

    Sahara berpendapat untuk membela nasib anak seni seseorang pemimpin harus ada perasaan kasihan dan ambil peduli.

    Malangnya, kata Sahara, dia tidak nampak sifat itu ada pada Dr Mahathir.

    Terdahulu, di media sosial penyanyi lagu Peronda Jaket Biru itu mengucapkan terima kasih kerana BN juga banyak berjasa kepadanya.

    “Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Salleh Said Keruak, kakitangan kerajaan BN dan Wanita Umno kerana membantu saya memiliki rumah, menjejakkan kaki ke Mekah, mendapat bantuan kesihatan percuma, zakat, pencen dan bantuan kewangan untuk konsert I Am Back,” katanya.

    Malaysiakini sebelum ini melaporkan Sahara membawa diri ke Mesir pada 2002 sebelum pulang beberapa tahun kemudian. Namun nasib yang baik tidak menyebelahinya apabila hidup dalam kemiskinan pada 2007.

    Baca M Nasir mahu menyanyi dalam jujur

    Bagaimanapun, Sahara berkata dia tidak berniat untuk berdendam kepada sesiapa sebaliknya ingin melihat Dr Mahathir memberi perhatian kepada golongan sepertinya.

    “Saya berharap Dr Mahathir membuktikan kerajaan baru boleh membantu. Allah bagi peluang kedua untuk beliau menabur budi, buatlah. Biar aksi menentukan. Kita sebagai umat Islam bersifat pemaaf,” katanya.

    Dalam pada itu, menurut Sahara dia tidak kisah seandainya berdepan kecaman kerana meluahkan perasaan yang terpendam yang memihak kepada Najib.

    “Orang nak fikir apa, fikirlah. Itu hak mereka kerana kita ada kebebasan untuk bersuara. Mereka ada hak untuk membenci dan saya ada hak untuk menyukai,” katanya.

    ReplyDelete
  46. 27 Mei 2018
    Kerajaan PH Ibarat Tempe - Pemangku Presiden UMNO @Zahid_Hamidi @umnoonline

    Kerajaan Baru PH Ibarat Tempe… Pagi Masih Kacang, Petang Jadi Tempe, Esok Dah Berkulat – Zahid


    27 May 2018

    Azlina Rosdy


    KUALA LUMPUR, 27 Mei – Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan yang sentiasa tidak konsisten dalam memberikan fakta.

    Jelas beliau, akujanji yang diucapkan oleh mereka sehingga kini tidak satu pun dilaksanakan.

    "Selaku kerajaan baru, sudah pasti mereka akan diperhatikan. Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.



    "Mereka juga isytihar GST akan dihapuskan tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST 0 peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga. Begitu juga kalau kita lihat PTPTN, apabila mereka kata berpendapatan RM4 ribu ke bawah tidak perlu bayar maka situasi untuk pembiayaan semula melalui PTPTN tidak dapat dilaksanakan.

    "Mereka juga mengatakan hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya domestic debt iaitu pinjaman dalam negara… ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara," ujar beliau dalam program berbuka puasa bersama Ketua-ketua Penerangan Bahagian UMNO.

    Selain itu jelas Zahid, kerajaan baru juga menuduh kerajaan terdahulu membuat pinjaman dalam bentuk US dollar dan yen tetapi kenyataan dari Bank Negara membuktikan hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam bentuk US dollar dan satu peratus dalam yen.

    "Ertinya pinjaman kita dalam bentuk ringgit…. Mereka juga kata Bursa KL akan meningkat tapi akhirnya merudum jatuh….

    "Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrup tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh. Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe… pagi masih lagi kacang, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat," selar beliau.

    Justeru, beliau berharap agar semua Ahli Parlimen BN bersatu menjadi pasukan pembangkang yang efektif di Dewan Rakyat bagi mengekang fitnah dan tohmahan tidak benar kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan. – MediaUMNO

    ReplyDelete
  47. I am begining to dislike most of the comments here like Kejora Bzp sbd Mahligai Seni. Apa you all ni. Dulu masa PH belum berkuasa, madih memjafi parti pembangkCall us to know your status winning level

    03-79587275ang, kan main lahi suka dan sokong PH utk tumbangkan Najib/Bn. masa tu setonok ye hentam BN. uMNO, Najib dan pemimpin2 lain pro BN. Tetapi bila PH da beraya menngalahkan Najib dan menang undi rakyat. Mcam2 pula hangoa cuba lagakan PH dan PBBM. What is wtong with you people.Takde fasal cari fasal. Itu fasal tak hasail

    ReplyDelete
  48. Sokong kenyataan Mahligai seni...memang ada logiknya. Spt kata DSAI, kita sebagai rakyat berhak untuk memnatau segala gerak geri kerajaan PH ni..kalau tak betul, kita kena tegur dan ingatkan mereka. Jangan pulak besar kepala sampai tak boleh ditegur langsung..ingat, mereka semua merasa jawatan tinggi tu kerana undi rakyat..jangan sekali2 memungkiri janji dan tanggung jawab yang telah diberikan. DSAI sebagai politican otai perlu memainkan peranan penting sebagai pembangkang kedua bersama2 dengan UMNO/PAS agar kerajaan baru ni tak terkucil dari landasan urus tadbir yang baik demi kesejahteraan rakyat Msia. Ayuh mahligai seni..teruskan memberi komen2 yang bernas agar mereka yang kat atas tu tak berada berada di alam fantasi sejak duduk di kerusi empuk tu. ingat....kalau senang nak naik..dah tentu senang jugak untuk diturunkan..itulah karma dalam kehidupan beb !!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...