Tuesday 4 October 2016

SIAPA SEBENARNYA LEBIH MAHU MUKHRIZ JADI PERDANA MENTERI?


Apa agaknya mimpi buruk yang sering menghantui pemimpin-pemimpin UMNO sejak kebelakangan ini?

Ingatkan hanya Salleh Said Keruak atau Abdul Rahman Dahlan saja yang selalu tampil dengan idea atau kata-kata meracau, rupa-rupanya Annuar Musa juga, sejak dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO menggantikan Ahmad Maslan, seperti turut dijangkiti masalah yang sama.

Semalam Ahli Parlimen Ketereh itu dilaporkan mengalu-alukan sekiranya Mukhriz Mahathir mahu menyertai semula UMNO jika benar bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Kalau betul Mukhriz nak jadi Perdana Menteri, tidak mustahil. Kalau nak balik, kita boleh bincang, katanya lagi.

Kenapa UMNO tiba-tiba ambil berat sama ada Mukhriz mahu jadi Perdana Menteri atau tidak?
Tidakkah UMNO sendiri sudah ada beberapa nama yang mengidam untuk menjadi Perdana Menteri, antaranya Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussien serta Khairy Jamaluddin?

Mengapa perlu dipelawa Mukhriz yang sudah dipecat daripada UMNO untuk menyertai semula parti itu dan digambarkan seolah-olah hanya melalui UMNO, seseorang itu dapat menjadi Perdana Menteri?

Bukankah pemimpin UMNO sendiri selalu mengecam tindakan Tun Mahathir Mohamad yang didakwa tidak habis-habis campurtangan dalam politik negara, meskipun sudah bersara sejak 2003, dengan menggambarkan ia untuk memastikan Mukhriz dapat menjadi Perdana Menteri?

Lalu, kenapa sekarang UMNO sendiri seperti memberi laluan kepada Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri?

Ataukah kenyataan Annuar itu menggambarkan ketakutan UMNO terhadap penerimaan rakyat kepada PPBM, lalu cuba menunjukkan sikap lunaknya supaya parti itu terus berkuasa?

Sesuatu yang Annuar, pemimpin UMNO atau macai berbayarnya mesti sedar ialah, majoriti rakyat sudah hilang keyakinan terhadap UMNO, BN dan kerajaan yang sedia ada.

Sebagaimana mereka sudah menunjukkan keinginan melakukan perubahan melalui isyarat 52 peratus undi popular menolak BN dalam pilihanraya 2013 lalu, iltizam itu semakin meningkat sekarang ini berikutan pelbagai masalah yang semakin buruk membelenggu kepimpinan Najib.

Kalau pun ditakdirkan UMNO dan BN terus kekal berkuasa, ia bukanlah disebabkan penerimaan rakyat sudah berubah atau mereka menerima Najib sebagai pemimpin yang baik dan boleh dimaafkan, tetapi lebih kerana berlakunya perpecahan di antara musuh-musuhnya.

Namun demikian, semua itu sedang diuruskan  sekarang kerana parti-parti pembangkang juga tidak mustahil menjadi lebih bertolak ansur lantaran memikirkan  keinginan perubahan di hati majoriti rakyat, lebih-lebih lagi Tun Mahathir turut sedang menggunakan pengalamannya selama ini untuk tujuan yang sama.

Dalam soal ini, yang penting bukan soal sama Mukhriz dapat menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya, yang jauh lebih utama ialah kejayaan menyingkirkan Perdana Menteri sedia ada.

Bagi sesiapa yang inginkan perubahan dan seterusnya membawa kebaikan kepada rakyat, menjadi Perdana Menteri mungkin merupakan impian, tetapi memegang jawatan itu atas tiket UMNO yang telah dibusukkan ke seluruh dunia oleh Najib, bukanlah lagi suatu kebanggaan.

Maka, Annuar tidak perlu bersusah-payah melobi  mana-mana pemimpin PPBM, termasuk Mukhriz untuk ditonjolkan menjadi Perdana Menteri atas tiket UMNO. Yang perlu beliau risaukan ialah ada lagikah hayat politik Najib dan UMNO selepas ini?  (SH 04/10/2016).

43 comments:

  1. Elok Anuar Musa dan lain lain pemimpin umno yang menyedari hakikat umno sedang ditolak diperingkat bawah mohon masuk BERSATU, siapa jadi PM bukan satu halangan dan bukan juga satu jaminan kepada sesiapapun asalkan bukan lagi Najib dan umno. Bukan Zahid dan umno, bukan hishamuddin dan umno dan bukan khairy dan umno, asalkan bukan dari umno.

    Seperti kata Muhyiddin, umno adalah parti paling korup di dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti penyamun adalah untuk spesis yang sewaktu dgnnya saja.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

    3. Salam 1 Nakhoda,

      Entah kenapa aku turut terpanggil untuk berbicara tentang isu nakhoda. Bagaimana kamu terlalu dungu tidak mahu menggunakan iman,ilmu & akal?

      Tiada seorang pun yg bersyahadah dan berbangsa Melayu (yg dipandu iman,ilmu & akal) akan melihat UMNO sebagai pembela bangsa & agama. Jika neraca pertimbangan wajib memberatkan kepada sebangsa & seakidah dengan kita...walaupun melakukan kesalahan, nescaya tiada banduan di dalam penjara yg berbangsa melayu & beragama islam.

      Jasad & roh perjuangan asal Umno telah lama terkubur sama sekali dek kerana sikap pemimpin2 di dalamnya begitu taksub & rakus dengan pangkat & harta.

      Masihkah kamu mahu berkiblatkn nakhoda "berhati dubuk" seperti yg ada di dalam Umno sekarang?

      Hatta sekawanan biri-biri yg lincah di padang ragut juga memilih yg terbaik di kalangan mereka untuk menjadi nakhoda. Apakah nakhoda yg pecah amanah, rasuah, salah guna kuasa, boros, lemah mentadbir..masih layak diangkat sebagai nakhoda? (Wat malu je ngan kambing hihihi)

      Raja di rimba juga seperti sekawanan singa akan mengantikan nakhoda mereka kepada nakhoda yg baru setelah didapati nakhoda yg lama "lemah" untuk memimpin mereka.

      Bukankah telah aku katakan sejak sekian lama bahawa politikus "berhati dubuk" seperti Umno itu sudah tidak relevan mentadbir negara. Ingatlah bahawasanya Umno & Rasuah berpisah tiada...dulu, kini & selamanya.

      Politikus "berhati dubuk" seperti Umno juga selalu membawa janji2 dusta setiap kali PRU diadakan bagi menawan hati pengundi2 kampung & felda. Bukan sekali dua janji2 Umno tidak ditepati malah telah dicapati.

      Demikianlah niat pokok yg aku selalu nyatakan adakah masih mahu berkiblatkan nakhoda yg korup & lemah serta "berhati dubuk" seperti yg ada sekarang?

      Di mana kewarasan akal mu tatkala kamu bagai rela dipimpin oleh "si buta hati" untuk melintasi "jalan hidup" yg penuh pancaroba?

      Kalian "berhijrah" untuk mengejar segala janji2 dusta sekalian politikus "berhati dubuk", ibarat "si buta hati" bermimpi keindahan syurga.

      Jika aku mengambil neraca pertimbangan seperti kamu wahai sahabat, nescaya aku akan lebih kesat celaan, adu domba, gelar yg aib & fitnah yg akan aku kalungkan kepada parti Umno politikus "berhati dubuk" itu.

      Bukankah selama ini hukum rimba yang menjadi kiblat politikus "berhati dubuk" seperti Umno. Mereka akan saling berkhianat @ dikhianati & berpakat disebalik tabir untuk mendapat lebih banyak kuasa. Contoh yang terbaru adalah pemecatan TSMY tanpa diberi ruang & peluanb untuk membela diri sebelum dipecat.

      Dulu,kini & selamanya kamu masih dengan bangganya untuk kekal diperbodoh oleh politikus "berhati dubuk" yg membawakan janji2 dusta setiap kali PRU menjelma tiba.

      Sila desak kepada politikus "berhati dubuk" yg ada di dalam Umno, agar melantik NAKHODA di dalam bahtera berlandaskan nilai2 sifat terpuji yg tidak terpalit dengan salah guna kuasa serta bersih, cekap & amanah.


      Yang benar,
      Bapak Tiri Mat "Nakhoda"


      Delete
  2. Aikk takkan dh ludah jilat balik .dulu ckp tun M baling gelas pun x pecah . Skrg lu goyang ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah musang makan bangkai

      Delete
    2. Harap semua di PPBM TAK TERMAKAN UMPAN hanyir.

      Percayalah sokongan rakyat pada PPBM semakin BERTAMBAH dan BERKEMBANG.
      Ramai yang sedia kalih ke PPBM.
      Ramai yang dah BUKA MATA.

      CERAMAH, FORUM, PERJUMPAAN PPBM mesti DITERUSKAN, jadikan ia AGENDA UTAMA.
      Masuk ke kampung-kampung, daerah-daerah kecil, jumpa para petani, nelayan, penoreh getah, beri PENERANGAN JELAS pekung yang disembunyikan dari pengetahuan awam.
      BE DOWN TO EARTH, berendah diri dan ikhlaslah anda dengan rakyat.
      Sesungguhnya keikhlasan anda dapat DIBACA oleh rakyat.

      Masyarakat bandar terutama yang berpelajaran (educated) ramai yang telah buka mata kerana mereka terdedah kepada media-media internet tempatan dan juga luar negara.
      PPBM tak ada masalah dengan masyarakat yang EDUCATED.
      TUMPUAN SERIUS perlu diberikan kepada mereka di LUAR BANDAR.

      Kawan-kawan saya yang menjadi kakitangan kerajaan pun ramai yang sokong PPBM tapi mereka tak berani nak daftar jadi ahli PPBM.
      Mereka akan bertindak memberi undi semasa PRU nanti.

      Kepada PPBM, TERUSKAN PERJUANGAN......sekali melangkah PANTANG BERUNDUR...!!
      Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

      JANGAN TERMAKAN UMPAN dan TAKTIK KOTOR.
      BERKORBANLAH demi RAKYAT.
      TUJUAN PPBM ditubuhkan adalah untuk SELAMATKAN RAKYAT, AGAMA dan TANAHAIR.
      Jangan sekali TERBABAS dari LANDASAN sebenar.

      IKHLASKAN HATI dalam PERJUANGAN anda dan Allah akan membuka mata rakyat Malaysia untuk bersama anda berjuang.

      JANGAN pandang ke belakang lagi.
      Kita tak perlukan parti KARAT mengkhianat rakyat dalam gelap.
      Rakyat dah NAMPAK kepincangan dan penyelewengan yang ada.
      Kita perlukan perjuangan yang TULEN demi RAKYAT....bukan berjuang untuk anak-bini dan keluarga.
      Bukan berjuang mengumpul harta untuk kedarah 7 keturunan!!

      Semoga PPBM terus MARA!!
      Ameen ya rab.

      Delete
    3. Aminnn....komen yang bagus

      Delete
  3. Din, UMNO terpukul dengan tindakan mereka memecat Mukhriz. Anak Dr Mahathir ini sangat dekat dengan belia dan pegundi muda. UMNO akan hilang Kedah PRU14 kerana golongan muda dan pengundi atas pagar akan memilih BERSATU manakala golongan tua akan memilih PAS sepertimana PRU12. Ketakutan kalah banyak kerusi Parlimen dan hilang Putrajaya semakin ketara sekalipon selepas berjaya meninggikan ego PAS dan mengoncang pakatan pembangkang.

    Kenyataan Zaid Ibrahim mengenai pengukuhan PH bersama BERSATU tanpa PAS perlu dipandang serious kerana ianya vaksin kepada keresahan rakyat yang khuatir UMNO-BN dapat dikalahkan PRU14 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annuar dah takut kerana pengikut-pengikut Mahathir dan Mukriz ramai dalam Umno. Dan bila-bila masa saja akan menyeberang ke Bersatu. Apabila Bn/Umno kalah dalam Pru14, Sungai Buloh atau Kemunting atau Kajang sedang menunggunya kerana kes Mara beli bangunan di Australia dan beberapa kes lagi. Macam juga Ezam, Annuar pun tau bahtera Bn/Umno dah hampir nak karam...

      Delete
    2. Jgn cakap byklah annuar musang. Umno kelantan pun nak gulong tikar dah.
      Tinggal nyawa nyawa ikan saja lagi. Ketereh pun nak jadi budu dah. Tunggu hari saja lagi

      Delete
  4. Sebenarnya Mukhriz yg angkuh dan bongkak. Dia seharusnya bersikap hormat terhadap Dato Seri Najib sebagai pemimpin yg lebih senior drp dia. Mukhriz masih muda dalam memegang jwtan politik. Dia tdk boleh mengikut rentak papa dia madey sbbnya madey dah lama berkecimpung dlm politik. Sikap angkuh Mukhriz ni sudah lama didedahkan oleh beberapa org UMNO. Dulu masa ada krisis dgn DSN, DSN cuba menawarkan pelan damai antara UMNO dgn Mukhriz ketika pergolakan politik di Kedah, Tapi Mukhriz mewarisi sikap bapanya. Dia angkuh dgn menolak tawaran tersebut. Kali ni tgok, UMNO masih lg berbelas kasihan terhdp Mukhriz. Siap menawarkn lagi Mukhriz masuk semula ke dlm politik. UMNO masih boleh mmberi Mukhriz peluang utk menjd PM. Mukhriz boleh lah angkuh skrg selagi madey hidup. Kalau madey dh tak de nanti. Baru ler nk kembali balik ke UMNO. Buanglah sikap angkuh wahai Mukhriz. Masih belum terlambat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Junior atau senior, kompromi boleh dalam soal-soal dasar dan pengurusan.

      Tetapi tiada kompromi untuk melindung dan menutup salah laku, maksiat dan jenayah lebih lebih lagi hingga tergadai maruah rakyat, ugama, bangsa dan negara.

      Delete
    2. Pelan damai taik kucing apa bongok. Itu sekadar nak divert. Mukhriz bawa isu penting, tanya pasal derma 2.6b dan rm42m duit SRC. Tak ada jawapan meyakinkan, jadi dia lawan boss. Anak jantan, bukan macam orang lain, dok angguk angguk macam lembu kunyah rumput. Kerana mukhriz lah, ramai anak muda tinggalkan umno. Peduli apa sama umno.

      Delete
    3. Umno dah nak karam la 15.64...tak ada siapa bincang pasal umno, orang nak bincang pasal Bersatu.

      Delete
    4. Parti Bersatu ditubuhkan sebagai alternatif kpd UMNO yg ada skrg. Penubuhan parti tu sbnrnya hanyalah mainan politik dan strategi madey utk memecah-belah pmbangkang. Apabila pembangkang berpecah, pengaruh cina komunis dpt dilumpuhkn. Mn mgkin BERSATU bergabung dgn pembangkang. BERSATU adlh parti berhaluan kanan. Pembangkang adlh parti berhaluan kiri (radikal). Apabila PKR-DAP-AMANAH berpecah belah, BERSATU akan meresap ke dlm UMNO. BERSATU bkn lg nama BERSATU. Ia akan ditransformasikan dgn nama UMNO Baru.

      Delete
    5. 16.17....bangang, mungkin dah pekena nasi kangkang. Pi berubat.

      Delete
    6. Anon 15.54,
      Sebenarnya kamu ini sama la dengan jamal ikan bakar bodoh otak udang,kalau ikut syariat Najib ini dah di masukkan dalam golongan pemimpin yg wajib di buang oleh umat yg beriman dgn Allah swt kerana menipu dan zalim.

      Rasullah saw tak terima sesiapa yg menyokong pemimpin seperti ini sebagai umat dan dihalang menghampiri telaga syurga masa akhirat nanti..merujuk hadis riwayat Abu hurairah...jadi tepat la tindakan mukhriz menegur Najib malah menentangnya kerana membuat mungkar merompak wang kerajaan serta zalim membebankan rakyat dgn mcm mcm jenis cukai. Kamu nak melingkup dan termasuk golongan yg di benci Rasulullah saw ikut suka kamu tapi jgn tunjuk bodoh dan buta perut disini.

      Delete
    7. Aku setuju sesangat la kalau Kate muhkriz ni ego. Sepatutnya Dia diam je ape bos Dia buat. Lantak la negara nak lingkup ke nak kene jual ke, yg penting aku dpt Jadi PM. Jadikan durhaka pun takpe. Janji dpt kuasa. Ala yg nak gadai pun org melayu. Lantak la sape nak beli. Janji Bukan cine yg dpt duit. Tu silap anak tun yg sorang ni. Kalau Dia diam je dah selamat. Tak payah sesusah nak buat parti baru. Sape sokong aku. Angkat tangan. Bleh la.join aku Jadi pendurhaka pada negara.

      Delete
    8. Mukriz bukan ego, tapi orang yang tak boleh ditegur itulah yang ego sebenarnya. Bukak mulut nak soal sikit pun dah dibawak ke balai. Tegur sikit terus dicantas, pecat. Kritik sikit kena tukar sana sini. apa kebendanya tu, bukan ego ke namanya tu??

      Nak disuruhnya orang semua tunduk angguk2 je pada dia. Tak boleh ada orang yang membantah, membangkang. Tanya pun tak boleh. Kalau nak selamat, semua mesti setuju dan ikut cara mana yang dia nak je. Orang macam ni bukan ke orang yang ego??

      Gila ke apa, walaupun dia buat benda mungkar, mencuri, menyamun pun nak disuruhnya orang halalkan apa yang dia buat? Orang biol, sewel je yang akan kata yang salah tu betul. Orang waras takkan nak setuju dgn benda haram.

      Hakkktuiii boleh blah la lu !!!

      Delete
    9. Tok2 lebai pas jgn dok sibuk sgt dgn ruu lah. Ni bangkai rasuah yg membusuk menanah depan mata apa cerita?
      Apa hukum?
      Tak keluarkan fatwa ker?
      Kitab dah hilang kot
      Lancaulah eddie ah wang!!!!!!

      Delete
    10. Kepala hotak hang 15:54,.....munafik!

      Delete
  5. Anon 15:54 apa mahu lagi bincang tentang DMM,sudah tutup buku tak ada kene mengena dengan UMNO atau sebagai ahli,dah tutup.manusia yang tidak berperisip saja maseh bergayut dengan umno buat masa ini,Umno memerintah buat masa sekarang ini macam dalam Malaysia tiada ada lagi orang yang berkebolihan bagi menjalankan tugas baik dalam pentabirab mahu pun menteri-menteri.berpenyakit,berumur masih disimpan untuk menjalan kan tugas.Apa yang kita dapat dari secara efective?.Bila orang muda bagi pandangan kita tak bagitu gemar,macam bahasa juga menteri melayu sendiri bercakap dalam bahasa asing dengan orang melaysia,ini apa?,Sepatutnya kita cari/bawa orang-orang yang tahu memterjemahkan sesatu ilmu berkenaan sesatu pekara itu dari bahasa asing kapada bahasa malaysia inilah cara yang betul.Chaina agung dengan bahasa ibundanya danmereka berusaha memterjemehkan ilmu dari bahasa asing kapada bahasa mereka.senang mereka mereka cipta sesatu teknologi untuk pasaran.kita tahu bahasa asing dah nak tunjuk lagak,kadang-kadang ilmu yang dipelajari tak dapat diterjemahkan dalam amali.Malaysia sekarang ini pemimpin nya tak ubah sebagai lembu cucuk hidung.orang lain yang bagi arahan.LU orang fikirlah sendiri dan buka mata hati untuk melihatnya,

    ReplyDelete
  6. Orang perli pun awak tak faham!

    ReplyDelete
  7. Saya cukup yakin bahawa umno sekarang cukup goyang. Sudah takut bayang bayang sendiri. Pokok bergoyang di sangka ada hantu pada hal tupai yg melompat.

    Begitulah nasib satu parti yg tidak pernah bertanding menggunakan lambangnya sendiri

    ReplyDelete
  8. Masih ramai yang bodoh, yang akan undi umno nanti. Tahap bodoh tak boleh diajar.

    ReplyDelete
  9. Bukan semenanjung sahaja umno akan hilang kerusi malah negeri sabah yang menjadi deposit undi mereka juga mungkin akan terjejas akibat pemecatan shafie afdal..tu yg anuar gabra tu...dah nampak dah keruntuhan umno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Runtuh dah umno sabah.
      Lepas ni karuak si karabau menganggurlah

      Delete
    2. Keruak dah sekian lama mentekedarah dedak.......!!

      Delete
  10. Org yg makan duit org miskin memang akhirnya cakap merapu. Pedulilah nuar musa ni. Dia ni antara calon masuk penjara ni nanti. Sel dia ni sebelah rahman dahlan.

    ReplyDelete
  11. Aku tak percaya Mukhriz ni gatal nak jadi PM dan aku tak percaya Mahathir buat ni semua untuk bina laluan Mukhtiz jadi PM.

    Annuar Musa ni pergi bikin psychology lain la. Manusia macam ni yang umno nak harapkan...hancur bersepai la umno ni ! Belum pernah dalam sejarah umno ada jurucakap2 umno yang cakap merapu2 macam sekarang. Ni ketua perhubungan umno yang bercakap ni...

    Dan belum pernah dalam sejarah perhimpunan umno, perwakilan tidak BEBAS berbahas...apa isu pun ! Tak kan nampak lagi betapa un-DEMOKRATIK nya umno ni ?

    Pergi telokop la umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annuar musa nak urus pasukan bola sepak kelantan pun tak mampu.
      Kalau datuk dr. Vida tak tolong lama dah pasukan kelantan tu bankrupt.

      Delete
  12. Anuar Musa kalau masih bermimpi nak jadi PM ke MP ke MIMPI ke dijemput join Bersatu, satu-satunya parti yang akan mampu menjana PM baru.

    ReplyDelete
  13. Cakap besar saja annuar musa ni. Umno asyik kalah saja di kelantan tu.
    Tak ada harapan pun nak menang.
    Sial sungguh nasib kau annuar oiii

    ReplyDelete
  14. Annuar musa meracau tu,ckp pun tak tentu arah..silap2 msk tanjung rambutan nanti.

    ReplyDelete
  15. Alahai org kelantan ini jaga umno kelantan sudahlah jangan nak sibok dgn anak Tun pula kita org melayu tetap sokong Tun bukan umno kelantan

    ReplyDelete
  16. Kepuraan dari pihak umno memang terselah,kononnya nak terima mukriz, dijangkan jika dah menang nanti mereka akan sewenang2 tendang mukriz,
    Macam yang sudah berlaku yangmana ,kerana faktor mukriz umno menang dikedah sehingga beliau di angkat jadi menteri besar kedah TETAPI lihat apa terjadi sekarang, senang2 beliau ditendang dari umno.
    Umno najib memang terkutuk.

    ReplyDelete
  17. Umno Xperlu diselamatkan lagi....umno telah mereput hingga ke akar umbi. Noktahkanlah bernostalgia ttg umno lagi krn negara telah hancur dilacurkan oleh pengkhianat & pemakan dedak dlm umno yg majoriti berjuang utk membesarkan tembolok masing2 hingga makan 7 keturunanpun Xkan habis. Rakyat yg terpaksa menanggung segala beban hutang yg ditinggalkan oleh musibat & penyamun tarbus umno. Cukuplah kita terpedaya dgn retorik terpekik terlolong pemimpin umno lagi kononnya perjuangan demi bangsa.... Perjuangan mrk semata2 utk menambahkayakan diri sendiri & kroni2.... Itulah hakikatnya....

    ReplyDelete
  18. Tengok saja muka annuar musang. Kau ingat dia pandai dan lulus sekolah ? Hahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah sy amati MUKA nya..maka betul lah kata saudara. JANGGUT dia pun "tak centre"...apa tah lagi OTAK nya.

      Delete
  19. Alahai org kelantan ini jaga umno kelantan sudahlah jangan nak sibok dgn anak Tun pula kita org melayu tetap sokong Tun bukan umno kelantan

    ReplyDelete
  20. Untuk bangsa kita menjadi hebat dan kuat serta bermaruah,........jatuhkan UMNO dan BN.Pastikan semua yang terlibat ke penjara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...