Monday 31 October 2016

ADUN2 BN SELANGOR HANYA TAHU MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI!!


Untuk menunjuk kononnya mereka sebagai pemimpin yang baik dan menghormati Dewan Negeri Selangor, semua 12 Adun BN mempamerkan plakad bertulis "Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat" selepas Menteri Besar, Azmin Ali selesai membentangkan Bajet Selangor 2017.

Sesiapa pun yang membaca berita tersebut pasti terasa pelik dan kemudian ketawa berdekah-dekah dengan gelagat Adun-Adun BN berkenaan.

Apa sebenarnya yang mereka mahu tunjukkan?

Mempamerkan plakad bagi pemimpin politik ialah tanda sama ada untuk menyokong atau membantah. Jika bersama kerajaan, ia mesti berbentuk sokongan, manakala sebagai pembangkang, ia hendaklah suatu bentuk bantahan.
Sebagai Adun pembangkang di Selangor, Adun-Adun BN itu sepatutnya membantah apa yang dilakukan oleh Azmin Ali atau kerajaan negeri, jika terdapat sebarang kesalahan yang dapat dikesan.

Tetapi dengan mempamerkan plakad bertulis "Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat" itu, siapa yang mereka bantah dan siapa yang mereka sokong?

Perbuatan itu sebaliknya hanya menunjukkan mereka  menyokong tindakan sendiri yang tidak berganjak ketika Azmin membentangkan bajet yang dianggap sebagai menghormati Dewan dan mandat rakyat. Ia tidak ubah seperti  badut yang masuk bakul angkat sendiri atau syok sesama sendiri.

Adakah Adun-Adun ini faham peranan dan kedudukan mereka?

Tidakkah dengan mereka duduk diam dalam Dewan dan kemudian mengambil bahagian ketika perbahasan, sudah cukup untuk menunjukkan mereka menghormati Dewan dan mandat rakyat?

Kenapa sampai perlu tergedik-gedik masuk bakul angkat sendiri? Bertambahkah sokongan pengundi dengan kelakuan sedemkian atau ia hanya menambahkan ketawa rakyat semata-mata?

Jika pun mereka menaikkan plakad itu bertujuan untuk menyindir Ahli-Ahli Parlimen  pembangkang yang keluar Dewan Rakyat ketika Najib Razak membentangkan Bajet 2017 baru-baru ini, ia juga  sama sekali tidak kena keadaannya.

Ini kerana Azmin tidak ada isu seperti Najib dan ucapannya juga tidak berbentuk provokasi kepada sesiapa. Maka, tiada keperluan mempamerkan plakad seperti itu.

Malah dengan mempamerkan plakad tersebut, selain menunjukkan "kebodohan"  sendiri, mereka secara tidak langsung menyerlahkan ketidakupayaan untuk menjadi pembangkang yang berwibawa di Selangor, jauh sekali untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan dalam PRU 14 akan datang. (SH 31/10/2016).

41 comments:

  1. Apa yg ada lagi kebanggaan rakyat malaysia pada ahli parliment atau ahli dun bn sekarang? Mereka semua sudah hilang maruah diri sebagai pejuang dan pembela bangsa malaysia. Akibat harta dunia, mereka hilang maruah diri. Mereka lupa sumpah keramat wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat.
    Mereka semua jadi orang bodoh yang tidak dapat menentukan mana yang benar dan salah.
    Mungkin ini balasan dunia terhadap dosa dosa mereka. Kita rakyat biasa sama sama kita tunggu dan lihat apa akan jadi kepada pengkhianat pengkhianat negara ini.
    Insha Allah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pru 14 pastikan pembangkang zero di selangor

      Delete
    2. Nordin Abu Bakar, jika PAS masih dengan 'angin' mereka sekarang silap haribulan UMNO rampas Selangor. Jemaah PAS yang 'wala' (baca taat mengkhinzir buta) kepada Abd Hadi Awang sedang 'berperang' dengan PH. Dari membantu calon PH menang sebaliknya jemaah ini lebih sudu dari kuah daripada UMNO. 10 ahli pembangkang Dewan Selangor tidak bekerja kerana mereka dibantu 'mujahidin Hadi' menghentam dan menjatuhkan PH. Dan mereka sedang hebat bekerjasama, masakan Hadi kerap turun Putrajaya lewat ini jika tidak matlamat 'taawun'nya. Rakyat boleh terus bermimpi untuk menukar kerajaan selagi jemaah 'parti Islam' terasuk jampi Hadi.

      Delete
    3. Dari perspektif lain, "Mungkin ini balasan dunia terhadap dosa dosa rakyat itu sendiri jua."

      Pengajaran - jgn diulangi silap lampau...

      Delete
    4. Betul tu pru14 majoriti Melayu memberi sokongan padu pada BN, BN saja la satu2nya parti yg layak mengurus, mentakbir, menyelia segala tugas yg diberi mandat supaya parti2 yg kecewa dgn BN tidak berupaya melawan sebab keputusan rakyat yg matang mempastikan tiada lagi pisang berbuah dua kali. Harap betul apa yg diperkatakan 21:24

      Delete
    5. Dari segi istilah pun, rakyat mudah diperbodoh...

      Mana ada pembangkang memerintah...? Kalau parti pembangkang utk kes federal memerintah di negeri; parti tersebut adalah parti 'pemerintah' di negeri tersebut...

      Bodohh...

      Delete
    6. Yes definitely absolute double triple correct ... agak perahsantan kot. Apanama pemerintah negeri yg dah lama digilap BN .... muka tak malu.

      Delete
    7. 21:08
      Siapa yg duduk sampai habis & siapa duduk sekerat jalan nak cakap ....
      Mereka lupa sumpah keramat wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat.
      Awak mimpi ka ilusi ka angan ka deman. Ini lah wakil yg kita mahukan baru berbaloi, ini monyek2 dilantik. Kalu daPIG tak pe la atau mmg semua dah menjadi penjilat tegar tak cebok pun jilat lagi.

      Delete
    8. Anon 22:21,

      Belajar dulu perjalananan mesyuarat dewan...

      Bila tgh bentang; yg boleh adalah 'mencelah'. Itu pun atas budi bicara si pembentang berikan laluan utk mencelah. Bknnya terus berbahas time orang tgh bentang...

      Ada slot khusus utk membahaskan pembentangan...

      Tak de hal pun, time pembentangan sekiranya semua lari keluar. Setakat nak tahu apa yg dibentangkan; ada hardcopy bertulis utk sesiapa pun study balik dan kemukakan perbahasan...

      Bodohh... tp nk tunjuk pandai...

      Delete
    9. Cth utk Anon 22:21,
      ...di mana apa yg disebutkan dlm pembentangan, TAK TALLY dgn laporan pembentangan hardcopy... Utk kes yg begini, lagi lah bangang tahap cipan namanya...!

      "Najib dalam ucapannya menyebut SKMM akan membelanjakan RM1 bilion untuk menaik taraf liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara sedangkan dalam anggaran perbelanjaan yang diperuntukkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimeda yang menaungi SKMM, hanya RM57.5 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan untuk projek jalur lebar."

      Delete
    10. Tak habis2 rakyat kena kencing...

      Bodoh teramat si rakyat Msia ni kot...

      Delete
  2. Itu namanya pesakit mental mcm kluar dari rumah sakit jiwa.yg hormat dewan tu smua penjilat bapak botak tu mcm kluar dari zoo.alahai apa la nk jd kt negara malaya yg trcinta selagi najib pgang.onemedebe dgn 2.6 x boleh disebut dlm parlimen.org barat lg bijak pndai dh tahu skandal tok guru kau satu dunia tahu.tok guru kau yg kau agungkan ingt rakyat bodoh ka.rakyat tahu la.saya tgk senate dewan rakyat kt amerika antara parti gop dgn democrat lagi matang walaupun parti brhaluan liberal dgn konservatif brbeza.semasa era Tun M mmbentang bajet setiap tahun adun bn masa tu xde pamer kad kt pmbangkang semasa zmn Tun M.bn zmn skrng mcm smpah pncacai.sapa yg dok tegur sebut 1amdibe dgn 2/6 belion kna tahan tngkap bwh akta dot dot dot.tunggula pru nnti mari kita pangkah tanda AMANAH PKR atau Bersatu asalkan bkn BN yg khianat.kita doakan parti ketiga2 boleh memegang kerajaan mnggantikan kerajaan skrng.dari Taylor Swift University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taylor Swift University eloklah tak layak masuk ipta maka masuk la ipts, nasib baik org tua mampu mungkin disebabkan tak ramai boleh la di htr dan nasib baik la tak ptptn atau mara yg beri bantuan. Dah bergaul dgn org tak cebok tu terpaling kena kat muka doktrin daPIG dan hilang maruah sesat apalagi bersyukur bahawa jasa Umno BN lah memberi perbagai kemudahan yg difikir itu tanggungjawab walhal mendapatkan kemudahan melalui pahit getir pimpinan dulu memastikan bantuan dapat disalurkan pada pelajar Melayu tapi akhirnya mengigitkan bagai pepatah Bagai melepaskan anjing yg tersepit.

      Delete
    2. Penjilat detected...

      Delete
    3. Tu aja kah jilat ... pergi tido

      Delete
    4. 22.01, kamu tu yang menjilat. Bukan setakat menjilat je, mengelat. Perasan je lebih

      Delete
  3. selangor patut mnjalnkn rnd untk mnjadi lbih olid dlm mnjana kekayaan.mula2 dgn bidng murh ykni pmbngunan software enjin netwrk krn potensinya untk mnjana pendapatan lumayn.klu slngr mpunyai 100 pakr brknaan ,pndptn slngr akn brtmbh lumayn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen ini kita mahukan bukan melolong menyalak.

      Delete
  4. Menunjukkan mereka menjalankan tugas biar pun byk donggeng didondangkan .. dondang syg ... tak macam Belanjawan 2017 diarah oleh tangan ghaip mcm lembu dicucuk hidung suruh mkn berak telah pun berak .... patut dgr sampai ... baru betul menjalankan tugas yg diamanahkan .... esok2 tak tahu tapi dah diberitahu, jadi lah lagu arwah Ali Mamak dipanggil pekak ... pekak la badak. .. jgn pulak nak marah2. Betul tak ... betul kan ... dah la mcm budak2 awak ni semua nak saya sekolah lagi.

    ReplyDelete
  5. Tuan Shah....
    Apa yg nak dibanggakan dgn pemimpin yg GAGAL jaga wang amanah rakyat??

    Hanya pemimpin yg LEMAH saja yg tak boleh kita harapkan utk jaga wang rakyat dan amanah negara.

    Di saat kos sara hidup rakyat semakin terhimpit susah....semua barang naik....tetiba duit rakyat boleh hilang lesap dirembat oleh invisible penyamun.

    Kalau dah wang rakyat pun boleh lesap dgn tak ada sebab musabab jawapan yg tepat dan pasti......di mana kita nak letak kepercayaan kita???

    Jadi tak menghairankan langsung kalau ada segolongan ahli2 kabinet kayu yg bersikap macam budak2 tadika....dah tua pun bertindak bangang. Tu namanya tua kutuk.

    ReplyDelete
  6. Undi lah lagi dacing nanti kalau nak terus diperbahlolkan oleh bn

    ReplyDelete
  7. Bgus la pak botak dgn isteri dia skrng pegi ke ngara zhou tong xia harga minyak naik 15 sen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang haram jadah !!

      Delete
    2. Do the math, mana paling tinggi kenaikannya..petrol 15sen, br1m rm200? Cipan punya PM

      Delete
    3. Tangan kanan MEMBERI......tangan kiri MENGAUT.
      Tapi kaut LEBIH dari yg diberi.

      Delete
  8. Adun dan ahli parlimen BN memang tidak bijaksana menilai situasi dengan tindakan. Sudah tidak waras seperti badut sarkas rupanya. Entah la jika terus diberi undi lagi pru akan datang.

    ReplyDelete
  9. Biasa la pru14 besok turun la sikit rega tu dan dah bersediakah msh silap mata ka esok2 ngadap Najib lagi. Parti carba merba nak lawan parti yg sudah terbukti berjasa pada rakyat .... main lagi lagi la rekod buruk 1mdb & 2.6 mcm duit awak semua kena curi ... tak reti nak bandingkan 50 bilion / 2.6 bilion ( pun gossip/tohmahan cerita dongeng) lwn dgn yg betul2 kroni2 ratusan bilion campur lagi ratusan bilion hilang masa 22 tahun tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjilat kahak memang modalnya itu je pusing2 mcm anon 0032 ni.

      "Parti terbukti berjasa"

      Nak termuntah aku mendengarnya

      Padahal kot iya pun sehingga 10 tahun lepas.

      Skg ni mcm Haramjadah adalah.

      Delete
    2. Yesssss.......Mr Tajul !!!

      Delete
  10. kalau Azmin boros dan bentang bajet sendiwara.. dan bini azmin dapat peruntukkan .. memang kena lah dengan plakad.

    Sebab azmin ikut apa yang Najib buat.

    Lagi pun ada ke speaker halau adun BN semasa sidang ?

    ReplyDelete
  11. Hidup selangor
    Tumbang dan hancurkan bn umno di kedah. Johor. Sabah. Terengganu. Melaka. Negeri9. Perak. Pahang
    Musnakan. Lenyapkan..sejarah umno.bn

    Keris pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mana tu keris pahang sdgkan pembangkang tak bekerjasama, ko boleh mimpi dgn angan2 ciptaan ko dan geng2 ko sendiri.

      Delete
  12. Kenapa Adun Umno nak keluar Dewan? Tak ada sebab depa nak keluar dewan. Ucapan Azmin bukannya dengan ucapan menyindir dan memperli macam ucapan yang lagi sorang tu. Kebas duit dari perbendaharaan berbilion-berbilion, buat tahi hutang berpuluh-puluh bilion, ada hati nak nak menghina pemimpin terdahulu yang banyak berjasa kepada negara. Bak kata Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku, '..dasar jantan tak tahu malu, setelah harta negara kau kikis, jasa pemimpin dahulu kau cuba nak kambus pula, sudah! pergi kau tonton filem wolf of wall street, buat apa kau terhegeh-hegeh tabur dedak lagi di sini..'

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe
      aku dpt bayangkan
      dlm bentuk hitam putih pulak tu

      Delete
  13. Itu jer lah Adun Umno mampu buat. Gaji berpuluh-puluh ribu kerja angkat plakad jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji puluh2 ribu, dedak berjuta juta bro..

      Delete
    2. Ko tak paham ka apa ditulis di plakad tu beritahu tak kan keluar kan tak mcm berok2 yg ko rang lantik tu.

      Delete
    3. Gaji puluh2 ribu, dedak berjuta juta bro.. sama ja ko juga yg terkejut baru sada rupa2nya dia rang nak kayakan diri sendiri, bagus sekrg krgnya ko faham skrg.

      Delete
  14. Apa nak hairan ,itulah saja mentality adun BN.

    ReplyDelete
  15. เว็บไซด์เกมออนไลน์มหาสนุก pgslot โบนัส100 เล่นง่ายได้จริงไม่มีโกง
    https://www.slotv9.com/pgslot

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...