Sunday 30 October 2016

KENAPA PERLU TERLONCAT GEMBIRA, KHAIRUDDIN BUKANNYA MASUK UMNO PUN?


Apabila Khairuddin Abu Hassan, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang dikenali mempunyai hubungan rapat dengan Tun Mahathir Mohamad mengambil keputusan keluar dari PPBM atas alasan untuk memberi tumpuan kepada beberapa kes mahkamah yang sedang dihadapinya, ada pemimpin UMNO yang tiba-tiba terloncat kegembiraan.

Mereka terus membuat kesimpulan bahawa PPBM tiada masa depan, sedang berpecah dan sebagai tanda hilang keyakinan terhadap parti itu.

Tidakkah UMNO sedar mereka sudah kehilangan bekas Presiden, bekas Timbalan Presiden, bekas Naib Presiden, bekas Pengerusi Perhubungan Kedah serta ratusan ribu ahlinya sejak PPBM ditubuhkan?

Lagi pun, Khairuddin hanya keluar PPBM untuk menumpukan kes-kes mahkamahnya tanpa mahu dikaitkan dengan parti itu dan tidak sama sekali beralih arah untuk menyertai UMNO.

Malah, Khairuddin tetap kekal dengan perjuangan untuk menyingkirkan Najib Razak yang dianggapnya sebagai Perdana Menteri paling korup yang  sedang memimpin sebuah kerajaan yang kleptokrasi di negara ini.

Selain itu, beliau juga berikrar untuk terus menyumbang ke arah mengukuhkan PPBM untuk menambah keahlian serta sebagai wadah perjuangan untuk menggantikan UMNO dan BN.

Jadi, di mana untungnya UMNO dengan keluarnya Khairuddin daripada PPBM itu? Di mana tanda-tanda PPBM sedang berpecah?

Untuk seterusnya, bacalah kenyataan penuh Khairuddin mengenai tindakannya itu seperti di bawah ini:- (SH 30/10/2016)


PARTI BERSATU TETAP KUAT TANPA SAYA!! TIADA SIAPA BOLEH PISAHKAN SAYA DENGAN YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD KECUALI ALLAH SWT!!

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetap kuat dan utuh tanpa saya!! Saya hanya ahli biasa yang amat kerdil!!  Walaupun saya meninggalkan Bersatu untuk tumpu agenda jatuhkan Najib Tun Razak melalui saluran undang-undang; parti Bersatu tetap popular!!

Generasi muda dan rakyat atas pagar tetap memilih parti Bersatu sebagai platform baru perjuangan lawan perdana menteri paling korup serta kerajaan kleptokrasi!!

Pemimpin-pemimpin kaki bodek minda lemah otak udang UMNO jangan cuba alih perhatian dan laksanakan propaganda kononnya penarikan diri saya menunjukkan Bersatu bakal hancur!!

Siapalah saya ini yang nak boleh mengakibatkan parti Bersatu gagal?! Saya keluar dari parti Bersatu tidak meninggalkan sebarang kesan atau impak langsung!! Ini adalah kerana saya bukan tokoh pemimpin parti Bersatu!! Saya hanya ahli biasa!!

Dalam apa kapasiti dan di mana saya berada setakat ini; secara jujur dan ikhlas saya merayu serta memohon kepada keseluruhan rakyat jelata untuk sokong parti Bersatu!!

Insya-Allah parti Bersatu bakal bawa satu dimensi perubahan politik secara total di tanahair kita kearah untuk Selamatkan Malaysia!!

Saya akan tetap berkempen untuk menambah keahlian parti Bersatu!! Saya juga akan tetap membantu parti Bersatu dari luar demi wadah perjuangan untuk tumbangkan lanun bugis @ Najib Tun Razak, UMNO dan Barisan Nasional!! Saya tidak akan tinggal parti Bersatu secara total pada hakikatnya!!

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad adalah segala-galanya bagi saya!! Tiada siapa yang boleh pisahkan saya dengan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad kecuali Allah swt!!

Selagi hayat dikandung badan; maka selagi itulah saya akan memperhambakan diri untuk YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad!!

Berita saya keluar dari parti Bersatu menjadi viral oleh puak-puak bangang UMNO kerana mereka amat takut dengan kebangkitan Bersatu!!

Insya-Allah dari luar saya akan tetap main peranan untuk mengukuhkan parti Bersatu agar ia akan menjadi sebuah parti yang paling dihormati dalam lanskap politik tanahair kita!!

DATO SRI KHAIRUDDIN ABU HASSAN
29 Oct 2016.

46 comments:

  1. Khairuddin keluar BERSATU petanda Najib dan UMNO suci dan bersih !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i. 7 juta Melayu jadi pengemis tunggu sedekah BR1M
      ii. 200,000 graduan (Melayu) menjadi penganggur
      iii. Bisnes GLC rugi atau tutup - 6000 Melayu juga kena buang kerja
      iv. hospital tak cukup duit beli ubat
      v. universiti tak cukup duit mengajar kursus pengajian
      vi. jabatan kerajaan tak cukup duit buat latihan
      vii. Ringgit jatuh merudum jadi RM4.18 / US$
      viii. Pertumbuhan ekonomi merudum dekat 4% sahaja
      ix. Petronas rugi diseluruh dunia kecuali Afrika Selatan
      x. Kerajaan hilang lebih RM50b hilang dicuri oleh MO1

      Delete
    2. Lagi mau bertuankan Najib...
      Kah... kah... kah...

      Delete
    3. Jgn pilih bini yg gemok pendik...

      Delete
    4. 17.55..mungkin kau dari keturunan keluarga tak beradap dan kurang ajar..sbb tu suka menghina orang..

      Delete
    5. aku benci najib.. dan aku taknak undi BN... errrr errr tapi.. saper pulak aku nak undi.?

      Delete
    6. Monyet bila terkena belacan akan meloncat-loncat, beza dengan monyet dapat bunga, monyet tersebut akan merosakkan bunga tersebut.apakah bangsa melayu bersikap seperti sakai bila mendapat kuasa umpama monyet mendapat bunga, bangsa dijuai agama digadai, akhirnya huruhara tiada kesudahan berbanding kemajuan yang dikecapi rakyat marhaen yang tinggal dan hidup di negara kafir harbi.

      Delete
    7. Bro Kluangman.....ko perli ke apa ni??

      Delete
  2. oklah tu.
    jangan khairuddin buat begitu kerana
    dapat dedak najib sudahlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam keadaan UMNO kini terkapai-kapai.
      Macam-macam cara mereka akan lakukan.
      Maklumlah kapal dah nak tenggelam...

      Delete
    2. Tunggu mati saja...

      Delete
    3. Khairuddin keluar PPBM sebab tak mahu PPBM DIKAITKAN dgn kes mahkamahnya nanti.

      Kahiruddin tak mahu kesnya itu membawa apa2 KESAN kepada PPBM.

      Saya percaya Khairuddin akan masuk balik ke PPBM setelah kes mahkamahnya itu SELESAI dgn selamat.

      Delete
    4. Khairudin yang kita tahu amat sangat anti-penyamun.

      Dialah yang terkena sumbat dalam lokap dengan peguamnya selepas buat laporan tentang duit rakyat yang kena rompak tu.

      Delete
    5. Dia juga yg sumbat peliwat ke penjara dulu

      Delete
  3. Perspektif saya, it is a strategy. Khairuddin would not want BERSATU to be involved in his numerous court cases.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U are absolutely right but......those STUPID & BLOODY FOOLS can't think of this rational n logic reason.

      They are too stupid to understand.

      Delete
    2. Those idiot ministers are not stupid they just do reverse psychology to cover up their strong worry.....!!! Say no to BN & Umno

      Delete
  4. Ex WargaUmnoMarhaen30 October 2016 at 13:44

    Kot apa sekalipun strategi yg ada saya rasa TIDAK molek DS Khairuddin ambil tindakan sebegitu... Buat apa kamu beri direct free kick kepada Umno?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi penalti kick berhadapan goalkeeper 91 tahun pon player umno tendang tak masuk

      Delete
    2. Saya rasa wajar Khairudin buat macam tu sebab para penyamun akan cuba kaitkan apa2 saja perkara yg timbul dari kes Khairudin tu dgn PPBM utk tujuan nak busukkan PPBM dan bagi pandangan tak baik pada PPBM sebab mereka tak mahu rakyat pangkah PPBM.

      Memang penyamun2 menunggu alasan dan point-point yg boleh digunakan utk burukkan PPBM.

      Jadi sementara tunggu hingga kes mahkamah tu selesai eloklah Khairudin ambil jalan tengah dulu.

      Delete
  5. Insya-Allah dari luar saya akan tetap main peranan untuk mengukuhkan parti Bersatu agar ia akan menjadi sebuah parti yang paling dihormati dalam lanskap politik tanahair kita!!
    Bagaimana
    menolong dgn tiada apa2 jawatan, amat heran masa keluar dia sendiri cakap byk serba tak kena dlm ppbm.
    Kebykkan rakyat berpuas hati dgn br1m didepan mata tapi kalau tiada unsul sabotaj 1mdb mahu br1m 2017 boleh dpt sekrg krg 1.5k dan sekrg nak trgkan lampu jalan sepelusuk kg dan Tafiz diberi peruntukkan 30 juta. Adakah ini semua atas kertas putih, hanya masa menentukan, Mahathir baru skrg mengaku mahu beri royalti pada Kelantan, dia deman ka rakyat nak digula2kan, Oo mungkin sama juga alasan, kerajaan kena bincang dulu serupa la skrg ni Muhyideen masa di London mengaku bakal pm dan tanya bila ditanya kali kedua diberitahu tgk dulu. Bai, boleh percaya ka? ... dan terserah pada tuan2 puan2 yg masih lagi percaya. Cuba fikir balik kalau dulu jadi pm, skrg semua masa Najib kena sekat tentu dia kena betulkan supaya segala berjalan saperti mana yg sepatutnya saperti dimahukan kroni2nya. Ini kah yg dikatakan mahu Selamat Malaysia sebagai alasan supaya Mukhriz sambungkan kronism. Pihak yg dulunya marahkan Mahathir masih boleh ka menerima bila dia berbaik dgn musuhnya Anwar, atau penyokong pembangkang memang dari dulu tidak suka pemerintahan Melayu tidak kira siapa memimpin dari Arwah Tengku sampai skrg Umno menjadi kerajaan ... dan demi menjalankan niat kiasu ingin menjadi M'sia republik. Alangkah malang Melayu ini perangai dengki tamak dendam dan petualang pengkianat bangsa menjadi darah daging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adohai..

      Panjang pulak kokoknya..

      Hujah2 yg bodoh bin bangang

      1) byk serba xkena dgn ppbm
      - bila masa dia cakap?

      2) kebanyakan rakyat bpuas hati dgn brim
      - brim dan gst umpama dpt seringgit tapi lepas kena curi 2 ringgit. Org bodoh mcm kau memang la puas hati

      3) 1mdb disabotaj
      - kalau sapa pun xsebut psl 1mdb maka xapalah hutang Negara makin naik ekonomi making teruk duit makin jatuh duit bebilion makan dek najip pun xapa la dek engkau ya? Walhal yg lebih tepatnya 1mdb yg sabotaj Malaysia

      4) Mukhriz sambung kronisme
      - Kalau iya dah sah Tun buat masa dia jd pm dulu. Mcm pak lah dgn KJ dulu

      5) tak suka pemerintahan melayu dari Tunku abd Rahman sampai skg
      - Tunku sampai Tun - OK
      - pak lah - BOLEHLA
      - najip - HARAMJADAH

      6) Menjadikan Malaysia Negara republic
      - dah xpasal2 nak jual nama Cina pulak.. Ramuan basi amno.. Agong & raja2 tu nk campak mana?

      7) Alangkah malang Melayu ini perangai dengki tamak dendam dan petualang pengkianat bangsa menjadi darah daging
      - kau bercakap pasal diri kau sendiri kan? Xapa aku xnk komen. Tak salah mengaku salah sendiri.

      Kesimpulan:

      Dia ni la waghih buangan tu. Dah byk post dia buang loghat rosmahnya tu. Tapi isinya masih sama tahap kebangangannya.

      Delete
  6. kalu beckp tengok kaki la..
    ckp lebih ada yg marah pulak.. pemimpin dulu-dulu agenda nak martabatkan mlayu.melantak ada juga seket-seket lama-lama jd bukit,, ank-ank mentri depa hantor sekolah olang putih..
    mentri jd penyamon berlesen, mcm tun M
    taraf hidop mcm qarun dan firaun. begitu juga dgn pemerintah dan mentri-mentri malaisa yg laennya..
    bila pemerintah dan mentri-mentri sibok nak jd mcm qarun dan firaun.. bangsa mlayu mesken terus menjadi malaoun..
    kalu tak pecaya tanya sama jakpag onn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 14:47 tepat sekali, saya sokong 100% ini la terjadi org Melayu jenis nak kaya cara dapat kuasa pulum duit rakyat sambil menyelam sambil telan air najis yg di anggap rezeki tak mengapa diakhirat nanti menunggu mudah2an cepat la sekalian supaya diri tu duduk ditempat bersih jgn menyokong puak2 dajjal ni

      Delete
  7. Terima kasih Dato Khairuddin......sebak saya mendengar luahan ikhlas tentang kasih sayang Dato terhadap YAB Tun.Semuga Dato dirahmati Allah dalam perjuangan Dato bersama YAB Tun.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. 14:57
    Kasih syg pada Tun sampai merajuk tak dapat pegang jawatan tinggi dlm hanya jawatan peon saja. Khairuddin pun mmg dah kaya elok la belek bini dirumah lagi seronok sementara hadir hearing mahkamah sekali sekala nasib krg baik jadi teman Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1554 kau belek dulu bini kau yg mcm tong drum tu.

      Bini khairudin lebih cantik drp bini kau.

      Jadi jgn jeles.

      Delete
    2. 15.54 Khairudin ada kes mahkamah bongok. Tentulah dia nak jaga nama PPBM jangan esok kesnya tu dikait-kaitkan dgn PPBM.

      Kalau dia masih duk dalam PPBM org puak penyamun akan kaitkan ahli kuat PPBM kena itu kena ini atau misalnya didenda itu ini.

      Jadi dia fokus dulu pada kes mahkamah tu sampai selesai paham?

      Delete
    3. Sepatutnya najip pun macamtu.

      Dok luar sekurang2nya dari jawatan kerajaan bila ada siasatan

      Tapi org dh buat salah mana nk buat mcmtu kan..?

      Delete
  9. Apa punya cite le puak umno ni..khairuddin kuar parti pun nak kecoh, mcm dah x de cite lain le politik malaysia ni..seorg je kuar parti dah nak runtuh...biar betul, guna le skit ilmu matematik tu...sia sia je blaja tinggi..dah xde modal lain le tu nak spin rakyat dari isu 1mdb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah parti pulun memang suka ambil kesempatan atas satu2 benda.

      Ingat tak lama dulu dia org kata org DAP pun sokong Permata, kemudian tak lama tu org DAP tu sendiri buat kenyataan sebenarnya maksud dia lain.

      Pantang org buka mulut sikit depa akan potong sekerat2 cakap org tu utk ambil faedah kpd diri mereka.

      Benda ni dah lama diamalkan, dah jadi air minum depa. Ni amalan biasa kepada mereka.

      Delete
  10. Propaganda mail sabri@ mail kerbau yg bercita cita nak jadi naib presiden umno yg tidak menjadi terhadap khairudin.

    Bera adalah kawasan yg sudah tidak selamat untuk kau mail oiiii...


    Belum lagi sampai pru 14 kau dah kalah.
    Taburlah lagi dedak byk2 dan kau akan terus berkubanglah di dalam tasik selama lamanya.

    ReplyDelete
  11. Lari dari tajuk.
    KuTipu@Denan melalak diparlimen
    konon dia beri pas percuma di KL.
    Masuk bakul angkat sendirilah tu.
    Mahathir buat KLCC, Putrajaya
    dan entah-entah apa-apa lagi.
    Tak berdetik apa-apa pun.
    Lepas PRU14 taulah nasib kau Denan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf.
      bas percuma bukan pas percuma.

      Delete
  12. Tak kesahlah berdaftar atas 'ahli' mana pun... yg TERPENTING - time buang undi...

    W/pun ia hak masing2; tp dgn keadaan sekarang, siapa yg masih pangkah BN... memang bangsat betul lah...

    ReplyDelete
  13. PERINGATAN:
    Perlu juga diberikan perhatian ialah, Ambiga dan Maria Chin sebelum ini telah mengakui BERSIH telah menerima wang daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) yang menerima dana secara langsung daripada US National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute milik George Soros.
    Laman sesawang NED sendiri sebelum ini merekodkan yang mereka telah membiayai BERSIH secara langsung.
    Beberapa tahun dahulu, Mahathir telah menuduh Soros cuba menggunakan agenda Yahudinya untuk menukar rejim pentadbiran di Malaysia bagi membolehkan semuanya berada di bawah kawalan Soros. Tetapi Mahathir sudah pun diserang penyakit lupa yang sangat teruk atau barangkali tidak peduli langsung asalnya, matlamat Boboi untuk menjadi Perdana Menteri terhasil.
    Soros bekerjasama dengan salah satu daripada entiti CIA iaitu NED yang terlibat dalam penggulingan kuasa di seluruh dunia. NED diharamkan di Russia dan China.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg TERPENTING - time buang undi...

      W/pun ia hak masing2; tp dgn keadaan sekarang, siapa yg masih pangkah BN... memang bangsat betul lah...

      Delete
    2. Itu lebih mulia dari rompak duit rakyat dan menipu rakyat.

      Tidak Amanah dan Tidak bercakap benar.

      Delete
    3. Apa bezanya yahudi dgn penyamun yg bawak lari duit rakyat?

      Apa bezanya kapir dgn Islam kalau org Islam tu sendiri pun perangai lebih dari yahudi makan duit haram?

      Menipu, membohong, berpura-pura, mencuri, hidup atas duit haram, kalau tak tahu nak bezakan halal dan haram samalah juga dengan yahudi kan??


      Delete
    4. Pemimpin yg ada skang ni pon berkerjasama ngan syarikat yahudi..korang ni kalo bab spin cerita mmg hebat..yasser arafat pun dikatakan agent yahudi...

      Delete
    5. Anon 1820 ni la waghih buangan tu

      Ingat org xperasan

      Mulut kau busuk sgt sampai kat screen pun tkeluar baunya

      Delete
  14. Tidak lama suatu masa Khairuddin bersuara mahukan jawatan Timbalan Presiden PPBM diisi oleh si boboi Mukhriz ku tido ye cayang ...(dia tak setuju bila Muhyideen dilantik jawatan Timbalan Presiden - ini yg dikatakan tidak setuju dan amat kecewa secara langsung ketidak adilan ppbm bermakna awal2 lagi sudah berperang saf.

    Tiba-tiba kedengaran dia mahu keluar atas alasan sama seperti tidak mahu masuk PPM sebelum ini iaitu mahu tumpukan masa kepada kes-kes undang-undang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la masuk tak dgr (sbb awal2 dah tak setuju masih lagi berkira kira nak isi borang) tiba tiba sudah umumkan keluar ppbm sdgkan umum tak tahu dia masuk secara senyap. Ini yg pelik pada Khairuddin. Cakap la terus terang pada Mahathir bahawa tak setuju kalau Muhyideen dilantik Timbalan Presiden ppbm kan senang daripada cakap berbelit belit.

      Delete
  15. Org melayu ini memang bangang yg padai politik org cina pusing sana sini dia org yg untung sebab itu kita harus sokong DAP lepas ini dia org ambil melaka pula johor padan muka bn umno pas hidup dap biarkan pemimpin celaka yg tindas rakyat berkubur amin

    ReplyDelete
  16. Org melayu ini memang bangang yg padai politik org cina pusing sana sini dia org yg untung sebab itu kita harus sokong DAP lepas ini dia org ambil melaka pula johor padan muka bn umno pas hidup dap biarkan pemimpin celaka yg tindas rakyat berkubur amin

    ReplyDelete
  17. เว็บไซด์เกมออนไลน์มหาสนุก pgslot โบนัส100 เล่นง่ายได้จริงไม่มีโกง
    https://www.slotv9.com/pgslot

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...