Monday 3 October 2016

HALA TUJU EZAM DIKETAHUI MINGGU DEPAN?


Setelah mengumumkan keluar daripada UMNO semalam,  apa yang menjadi perhatian mengenai Ezam Mohd Nor sekarang ialah tentu saja tentang hala tuju baru yang bakal menjadi pilihannya.

Apakah beliau akan kembali kepada PKR, menyertai wadah baru PPBM atau menumpukan sepenuh masanya kepada NGO menentang rasuah yang telah ditubuhkannya sebelum ini?

Dalam hal tersebut, sumber yang dekat dengan Ezam memberitahu, bekas Senator itu dijangka akan membuat pengumuman mengenai pendirian barunya pada minggu depan.
Kata beliau, hala tuju baru Ezam itu dibuat setelah beliau membuat pertimbangan yang semasak-masaknya berdasarkan beberapa perkembangan yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini.

Tambah sumber itu lagi, pilihan yang bakal dibuat Ezam itu juga akan bersesuaian dengan kenyataannya semalam yang membangkitkan beberapa isu dalam  negara seperti rasuah, ISA, OSA dan sebagainya.

Sementara itu, dengan keluarnya Ezam yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor daripada parti itu, bermakna sudah dua orang pemimpin bahagian tersebut yang berbuat demikian. Ezam memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding pada pemilihan 2013 yang lalu.

Sebelum ini, Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Mohd Hamidi Abu Bakar turut meninggalkan UMNO sebagai menyahut cabaran Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz yang mencabarnya berbuat demikian.

Nazri mencabar Mohd Hamidi meninggalkan UMNO berikutan kritikannya terhadap tindakan yang diambil MT UMNO terhadap Muhyiddin Yassin yang dianggapnya bakal membawa bencana kepada parti.

Pada minggu lalu, Mohd Hamidi menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PPBM dalam satu majlis yang dihadiri oleh Mukhriz Mahathir.

Apakah kedua-dua bekas pemimpin UMNO Bahagian Kota Raja ini bakal sekali lagi bergandingan dalam PPBM? (SH 03/10/2016).

33 comments:

  1. Umno tak boleh menang di selangor..buang masa, buang duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Ezam kluar UMNO ni pun, adalah strategi Najib jugak. Masuk mana2 parti, lepas tu jadikan parti tu kacau bilau. Lps tu masuk UMNO balik. Ezam ni xdak masalah nak jadi apapun. Buat muka tebal jer.

      Dlm kepala hotak dia cuma tersemat perkataan, "ADA AKU KESAH???"

      Delete
  2. Tak payahlah harapkan parti UMNO nak buat perubahan, tukar pemimpin tetap sama. Harapan kepada pembangkang, andai kata menang PRU, hasil negara untuk manfaat semua, bukan hanya ekslusif untuk ahli parti, macam umno skrg. Harta negara jadi macam harta mak bapak dia yang punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau dah dapat share kekayaan Selangor ke?.Selangor tidak di perentah oleh Umno ,tentu orang Selangor dah dapat habuan bersama kalau ikut pandangan kau ni.Tapi aku dengar di Selangor air pun tak dapat sama rata,ada yg tak boleh mandi kerana tak ada air.

      Delete
    2. Takde pun. Aku org klang. Elok je mandi 1Hari 3 Kali. Mane ko dengar, TV3 utusan. Dari masa Dia org menang Sampai sekarang, aku tak Pernah bayar Bill air. Bapak aku meninggal dulu dpt gak $2500. Buat kenduri Dgn kepuk kubur. Sebelum ni tak Pernah Rasa.

      Delete
    3. Ko pulak Dari mane. Ape pulak yg kerajaan dah Kongsi Dgn Ko. Brim. Kat sini pun ada. Cume aku tak dpt la. Pasal laki bini kerja. Bagi org lain la pulak. Nak ikut kan air, kat pekan pahang pun TV3 Pernah tunjuk yg masaalah air. Sampai pengundi baling timba, yg Menangis pun ada. Tu ko percaya tak.dlm you tube ada. Ko cari TV3 malu kan najib.

      Delete
  3. Harap halatuju dia bukan Bersatu. Kalau dia join Gerakan atau MIC, lagi bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hala tuju dia ,tubuh NGO lagi ,macam GERAK yg dah tak bergerak .Itu lah Ezam ,asal ada masalah je dia akan blah,dia tak pernah selesaikan masalah pun.Ada saja alasan yg dia akan beri utk lari dari masalah pribadi dia.

      Delete
  4. Suruh dia tubuh part baru.ajak
    berahin ali.parti lompat sikatak
    lompat

    ReplyDelete
  5. Ezam akan tubuh NGO yang samada makan dedak UMNO atau tiada hala. Lebih baik buka gerai, jual nasi lemak.

    ReplyDelete
  6. Orang macam ni patut diharamkan masuk parti Bersatu.

    ReplyDelete
  7. Mungkin beliau boleh tubuhkan ngo yg berkonsepkan 'cari makan'. Dato Hasan Arifin boleh jadi penaung.

    ReplyDelete
  8. Minta Ezam duduk diam diam di Jakarta dan tumpukan pada Hisbah Centre of Reform yg beliau sertai di Jakarta.Terjermah lah buku arab ke Bahasa Malaysia termasuk buku rasuah yg sedang dia buat di Jakarta.Tak payah berpolitik dan juga jangan jadi duri dalam daging pada mana mana pihak.Jika dia nak cuba jadi terkenal di Indonesia,sudah berlalu.

    ReplyDelete
  9. Ezam bertindak menandakan...
    Konfirm BN/UMNO kecundang di PRU14.
    Konfirm BN/UMNO akan di talqinkan.
    Bersatulah wahai...
    Muhyiddin (Bersatu)
    Wan Azizah (Keadilan)
    Mat Sabu (Amanah)
    dan
    Lim Kit Siang (Dap)
    Ini kalilah!
    Lain kali, tak maulah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga kata Anon 10:37.
      Dalam politik macam-macam boleh berlaku.
      Gunakan peribahasa ini:
      "Buang yang keruh, ambil yang jernih".
      Berpersangka baiklah sesama kita.
      Mari kita semua membina Malaysia Baru.

      Delete
    2. Jangan terkejut dalam waktu terdekat ini, ramai lagi orang kuat BN/Umno akan melarikan diri dari bahtera yang kini sudah nampak hampir nak karam...

      Delete
    3. Malaysia Baru yang cemerlang boleh terlaksana apabila pemimpin-pemimpin mendengar (antaranya) keluhan rakyat dan diperjuangkan serta tidak rasuah. 10 pemimpin yang dijangka akan membawa Malaysia ke arah itu ialah;
      1. Anwar Ibrahim
      2. Muhyiddin Yassin
      3. Wan Azizah
      4. Mat Sabu
      5. Lim Guan Eng
      6. Azmin Ali
      7. Rafizi Ramli
      8. Husam Musa
      9. Tony Pua
      dan
      10. Saifuddin Nasution
      Serta ramai lagi yang berkelayakan yang tak mampu nak dicatatkan.

      Delete
    4. terlalu awal, tapi boleh diterima...

      Delete
  10. Sdr Budin,
    Saya berpendapat hal Ezam md nor ini tak payah lah nak diulas panjang , sama ada beliau ada atau tak ada sudah tak begitu mempengaruhi arena politik malaysia , beliau ini sudah tersilap langkah apabila menyahut seruan pak lah apabila menyertai rejim pak lah ketika itu.

    Kalau tak silap Ezam ini sudah tertinggal bas yang sepatutnya dia naik, kalau nak banding populariti beliau dengan Rafizi, Azmin , muhkriz , Salehudin Ayop dan lain lain yang aktif dibahagian depan parti masing masing beliau dikira sudah kekurangan pengikut. Begitu lah politik , sekarang ini dia nak harapkan penyokong dari umno....ha ha ha lebih baik jadi NGO kalau poket itu tak cukup nak main dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. tak payah risau pasal mamat ni... buang masa je, Sdr Budin

      Delete
  11. Apa Nazri, anjing salakan( barking dog) Najib tak cabar mana2 pemimpin Umno keluar dariumno???

    ReplyDelete
  12. Tidak payah berpolitiklah.Tumpukan NGO pun dah cukup bagus. Beliau telah meninggalkan barisan pembangkang agak lama. Nak catch up tidak semudah itu. Nak perkara kena tahu.

    ReplyDelete
  13. Sdr Budin,
    Saya berpendapat hal Ezam md nor ini tak payah lah nak diulas panjang , sama ada beliau ada atau tak ada sudah tak begitu mempengaruhi arena politik malaysia , beliau ini sudah tersilap langkah apabila menyahut seruan pak lah apabila menyertai rejim pak lah ketika itu.

    Kalau tak silap Ezam ini sudah tertinggal bas yang sepatutnya dia naik, kalau nak banding populariti beliau dengan Rafizi, Azmin , muhkriz , Salehudin Ayop dan lain lain yang aktif dibahagian depan parti masing masing beliau dikira sudah kekurangan pengikut. Begitu lah politik , sekarang ini dia nak harapkan penyokong dari umno....ha ha ha lebih baik jadi NGO kalau poket itu tak cukup nak main dedak.

    ReplyDelete
  14. Hati hati dengan Ezam kotak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di luar sana ada lebih ramai lagi anak melayu yg berpendidikan tinggi, berintegriti.
      Bagilah peluang kepada mereka. Bukalah pintu kepada mereka dan bagilah mereka tunjuk ajar untuk mereka berpolitik.
      Amalan rasuah telah menghancurkan umno dan telah merosakkan pekerti orang2 Melayu.
      Bapa menerima rasuah. Membesar anak2 dgn duit rasuah sehingga ke anak cucu.

      Delete
  15. Ezam telah hilang segala krebiliti beliau. Adalah lebih baik dia tidak menyertai mana mana parti politik, kerana tidak ada orang yang akan percayainya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa Ezam dah berlalu. Sudah sudahlah.

      Delete
  16. Saya percaya bahawa Ezam ni dibayar oleh pembangkang utk keluar UMNO BN sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan ahli dalam UMNO. Mereka dibrainwashkan dengan cerita2 karut mengenai DSN, Datin Rosmah, dan barisan UMNO lain. Seharusnya UMNO berhati-hati agar tidak mengambil golongan pengkhianat dalam parti nanti..

    @@HIDUP UMNO@@@
    @@@LAWAN TETAP LAWAN@@@@
    @@@KAMI BERSAMAMU UMNO@@@@

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno perlu dibersihkan. Kita mahu piawaian tahap mat maslan dan ahmad bashah dalam umno. Kita mahu lebih ramai mat rempit dan mereka yang dah dapat kad PR pusat serenti masok umno....kah kah kah

      Delete
    2. Anon 12.25,
      Jgn nak buat lawak la pembangkang bukan umno byk dedak..kau masih belum bangun tidur kut.

      Delete
  17. Ezam...join parti nallakarupan pon ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, yg tu aku support. Mane la tau Bleh dpt tan Sri pulak. Dulu masa dpt pangkat, mcm tak cukup pentas Dia kutuk bekas bos. Ni dpt tan Sri tak tau ape kotak pulak dia nak buka.

      Delete
  18. sdr shah
    siapalah dia. tak perlu lah menulis ttg dia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...