Saturday 22 October 2016

"KEBANGGAAN" BAJET 2017 - HAPUS WAWASAN 2020 LEGASI TUN M, NAJIB ANJAK 30 TAHUN LAGI MAJUKAN MALAYSIA


Tanyalah siapa saja, rata-rata mengatakan Bajet 2017 yang dibentangkan Najib Razak semalam paling tidak menarik sekali. Tiada apa-apa yang luar biasa yang ditawarkan, walaupun seperti banyak gula-gula, semuanya hanya ala kadar dan biasa-biasa saja.

Ramai juga yang tidak mahu berbicara mengenainya, malah mengatakan tidak mustahil nanti akan dirombak semula seperti tahun lalu atau mungkin banyak projek yang ditangguhkan kerana ketiadaan wang.
Pemotongan subsidi minyak masak dan lain-lain barang pengguna yang tidak diumumkan turut menjadi kebimbangan ramai bahawa ia akan dilakukan kemudian atau sebulan dua selepas ini.

Bagi pihak pembangkang, mereka menyifatkan Bajet 2017 sebagai tidak realistik, tidak telus dan tidak seimbang antara perbelanjaan dengan  hutang.
 
Daripada mana wang diperolehi juga tidak jelas, kata mereka.
Lagi-lagi senjata Najib adalah BR1M, tetapi dalam masa yang menyasarkan kutipan cukai GST yang lebih tinggi berbanding RM30 bilion yang dikutip tahun ini. 

Maknanya GST akan terus menjerut leher rakyat.

Peruntukan untuk Bajet 2017 ialah sebanyak RM260.8 bilion yang merangkumi RM214.8 bilion untuk belanja mengurus, RM46 bilion untuk pembangunan, RM77.4 untuk emolumen dan RM32 bilion untuk perkhidmatan serta bekalan.

Dalam erti kata lain, perbelanjaan banyak tertumpu untuk membayar gaji dan elaun, sementara jika Malaysian Official 1 sebagaimana yang didedahkan oleh Jabatan Kehakiman AS yang didakwa menerima AS$731 juta atau kira-kira RM3 bilion wang 1MDB yang dilencongkan ke dalam akaun peribadinya, peruntukan RM46 bilion untuk pembangunan bagi 30 juta rakyat Malaysia itu hanya menyamai kewujudan 15 orang MO1 sahaja.
Kurangnya peruntukan untuk pembangunan bermakna kurangnya kemudahan yang disediakan untuk rakyat. Yang menjadi kebanggaan Najib hanyalah BR1M.

Kalau ada pun perkara lain yang boleh menjadi "kebanggaan" mengenai Bajet 2017 ialah kejayaan Najib menggantikan Wawasan 2020 dengan TN50 atau Transformasi Negara 2050 yang sekaligus bermakna penghapusan legasi Tun Mahathir Mohamad.
Ia dengan sendirinya mengesahkan Najib telah gagal meletakkan Malaysia sebagai negara maju pada 2020 sebagaimana yang disasarkan oleh Tun Mahathir dan menganjakkan lagi selama 30 tahun ke hadapan bagi mencapainya.

Bermakna, jangkaan Tun Mahathir bahawa Wawasan 2020 akan gagal disahkan dengan sendirinya oleh Najib.

Selain menjadikan majlis pembentangan kali ini sebagai acara populis dengan antaranya membawa pemenang pingat emas paralimpik dan orang asli ke Parlimen, layar besar di Dewan Rakyat turut dipenuhi dengan lambang BN sewaktu Najib menyampaikan ucapan yang jelas sebagaimana yang dikesali oleh Ahli Parlimen Pas, Nasaruddin Hassan adalah bermotifkan politik kepartian.

Ini bajet negara atau bajet BN? soal Ahli Parlimen Temerloh itu.
Sebelum pembentangan Bajet 2017 juga, Najib ada mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima 8,352 cadangan daripada rakyat dan akan mengambil kira sebahagian daripadanya.

Dengan bajet yang sedemikian rupa dan tidak ada apa-apa yang istimewa ini, berapa banyak daripada cadangan rakyat itu yang diambil kira oleh Najib atau semuanya juga satu sandiwara dan gula-gula untuk menggambarkan dirinya pemimpin berjiwa rakyat? (SH 22/10/2016).

106 comments:

  1. Bajet 2017 petanda negara miskin lagi bermasalah 2020 dan hanya mampu pulih 2050 selagi umno memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2050 najib dah mampus takde sapa nak tanya berjaya ke tak TN50. Hati-hati, 2017 kerajaan nak kutip cukai kaw-kaw sbb 2018 nak pilihanraya. Ni namanya bajet gali lubang tutup lubang. Rakyat jadi mangsa.

      Delete
    2. Ini bukan kebanggaan tetapi kebangangan mutlak.

      Delete
    3. Tolak Najib dan BN,,habis cerita...!!

      Delete
    4. Bagi kunci Baitulmal kepada Kepala 40 Lanun. Kemudian amanahkan dia untuk uruskan dan agih-agihkan. Agak-agak apa Kepala Lanun tu buat?

      Tak ada negara maju dan bertamadun dalam dunia yang bagi platform sebegini rupa kepada koruptor sebesar ini. Hanya di Mesia!

      Delete
  2. What the hell he knows bout economics..jus sweet talk the kampong folks and his job is done..

    its so easy to be a dumb politician and get away with it in our country..

    ReplyDelete
  3. Petikan Berita Harian:-

    "Perdana Menteri berkata, proses demokrasi yang diamalkan di negara ini sewajarnya dihormati melangkaui sempadan perbezaan pegangan politik dan ideologi.

    "Kita mesti hormat proses demokrasi dan segala nilai yang bersangkut paut dengannya. Ini penting kerana di negara maju pun mereka boleh berbeza pendapat tapi mereka tidak berkelakuan sedemikian."

    Macam mana pulak dgn diri najib sendiri yg kalau org tegur kena gantung, tukar, pecat.....kalau org bukak mulut tanya pasal 1MDB sikit kena bawak balai....reporter Australia pun kena tahan balai dan dihantar balik hanya sebab tanya pasal 1MDB....

    Org kritik sikit pun kena tindakan....ada yg pasport ditahan tak boleh ke luar negara.

    Ada beberapa blogger yg diblock blognya sampai sekarang....media berita internet Malaysian Insider dah gulung tikar....The Edge dulu pun pernah digantung. Yg komen dlm FB pun kena jugak.

    Org yg merepot duit lesap pun ditangkap....ambik lawyer, lawyer pun kena sumbat sama.

    Pendek kata sape yg berbeza pendapat, berani soal pasal 1MDB dan duit lesap memang akan kena tindakan.

    Jadi sape yg tak amalkan demokrasi bila tak sependapat?? Bila cakap tak serupa bikin tentu org tak hormat. Bila org tak hormat, kata org yg jahat, tak baik.

    Takkan hidup ni nak suruh org puji memuji jer....kena sependapat jer....tak boleh nak kritik tegur sikit pun.

    Sape yg banyak melanggar proses demokrasi sebenarnya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petikan Berita Harian di atas ialah ekoran tindakan pembangkang keluar dewan masa pembentangan bajet semalam.

      Delete
    2. Petikan Berita Harian itu adalah ekoran surat khabar jenis kaki ampu,,,biasa la negara maju macam Jepun,Taiwan ...France ,Australia yang dalam rekod aku la dah banyak kali keluar dewan ,Najib saja Bangang.

      Delete
    3. Surat kabar US pun sama..pro demokrat.. apa2 pasal obama.. sumer mcm utusan, bh komen pasal UMNO jugak la..

      X banyak akhbar oversea yg cool.. even media pun 2x5 cam hampeh sokong gomen. Kaki bodek pun ramai gila. Mcm mesia jugak la.

      Delete
    4. Anon 12.08,
      Kamu tu akhbar luar negara pun tak baca pandai nak komen...ampu akhbar tahap gila babi bro.

      Delete
  4. Patut tak payah susah2 ambik gambar pegang fail sulit dan umum pakai baju melayu di parlimen. Bajet belacan macam ni buat sidang akhbar je. Memang patut pun pembangkang keluar. Najib kering idea sbg menteri kewangan. 2017, 6 billion lebih utk brim. 2018 dia kena naikkan lagi entah brapa billion utk ambik hati rakyat dlm masa yg sama potong peruntukan penting2 spt. pendidikan walaupun kerajaan dah takde duit. Najib dah terjerat bila amalkan cash is king..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BRIM la terbaik. Sbb golongan sasaran yg gaji atau pendapatan rendah ni terlalu ramai perlu dibela dan dididik menjadi bigot.

      Pentingnya membela bigot dan badut ni ialah utk menjamin dapat undi. Bigot ni apa pedulik pasal negara, janji bil api free, dapat BRIM ok la.

      Ingat senang ke nak dapat 100 sebulan?? Pada bigot, dedak 100 sebulan tu dah tahap tuhan bagi rezeki dah woo.

      Delete
  5. Don't worry be happy,lepas pru 14 hampa tengoklah,kemungkinan bajet BR1M ini untuk piliharan raya mungkin pertengahan tahun hadapan.Sekarang ini benda yang tak pernah disiar pun dah disiar oleh RTM hari ini dalam sejarah bagi mengambil hati kaum pendatang.Nanti cerita C.peng pun akan diolah bagi mengambil hati sebagai hero.terdesak boleh jual apa saja.

    ReplyDelete
  6. Seperti ramai yg tahu cakap sipenipu tidak boleh dipercayai..mmengikut pengalaman yg lepas lepas ialah budget negara yg disediakan oleh najib tidak pernah diikuti, peruntukan yg disediakan tidak dapat dan banyak budget adhoc yg tiada dlm perancangan di adakan..so budget 2017 lebih merupakan satu tradisi, sandiwara semasa dan gula2 kepada rakyat..apa yg dicakap tidak dikuti, janji najib pasti dicapati...

    ReplyDelete
  7. Ni baru bajet on paper je.....pelaksanaannya belum tentu sama macam yg on paper tu. Belum tentu pelaksanaan sama macam yg dibentangkan.

    Setakat cakap, semua org boleh cakap.....tapi yg penting ialah pelaksanaan dibuat dan berapa peratus pencapaian yg dapat dicapai. Selalunya bukan semuanya 100% berjaya.

    Cakap milion, bilion.....tapi mana kita tau berapa sebenar yg dah dibelanjakan utk satu2 bahagian tu?? Sama ke tak macam figure on paper tu??

    Bagi makcik2 dan pakcik2 kampong mereka akan percaya....tapi bg yg berpelajaran susah nak caya.

    Duit rakyat yg lesap tu terus sunyi sepi....langsung tak berbunyi.....bijak2....

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Tidak banyak beza budget malaysia dan budget zimbabwe. Tahniah najib! Anda setanding robert mugabe.

      Delete
    2. 07.47 mabuklah kau dgn gula2 najib. Ada tak dia sebut berapa peruntukan utk bayar hutang negara yg bertimbun tu??

      Sedangkan bajet utk hutang tu pun kena diambik kira jugak. Bukan ke nak bayar hutang tu pakai duit negara jugak?? Kenapa tak sebut??

      Delete
  9. Bajet jamal apa cerita? Naik tak? Penat kena reman & sidang media dalam jamban.

    ReplyDelete
  10. Kesimpulan bajet yang dibentang oleh najib semalam...adalah bajet hensem!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib bajet bagus

      Delete
    2. kah kah kah bagus untuk Rosmah peruntunkan pada PMO...kepala toya bagus.

      Delete
    3. Boleh sambung shopping sakan.

      Delete
    4. Anak sundala kambulamma,anak pottele combi...lase mu... tilaco maneng.... ettu muala... parakang

      Delete
  11. http://theunspinners.blogspot.my/2016/10/bajet-alternatif-bodoh-hingga-ibrahim.html?m=1

    ReplyDelete
  12. Wawasan 2020 tak tercapai dan terpaksa di enjak tapi masih tak mengaku yang negarakita ini 'failure state'.
    Lagi 50 tahun dia boleh jamin ke yg dia masih hidup untuk melihat TN50 berjaya. Kenapa tak letak saja TN80 atau TN100?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TN50 tu belum tentu capai tapi TNT C4, ari tu dah pakai..hihihi

      Delete
    2. Anjakan Wawasan 2020 tu cuma alasan nak ketepikan Tun M. Dia org saja nak tunggu Tun pergi.....cara dia org buat Tun sangat buruk macam Tun tak penah buat satu jasa pun. Tak der langsung rasa terima kasih.

      Kalau kita tengok ucapan Tun....Tun hanya kutuk pasal duit rakyat yg lesap, pembaziran dan rasuah yg ada dlm umno tu jer. Topik yg ni jer yg Tun duk ulang bila berucap. Yg lain Tun tak kutuk. Tapi memang patut dikutuk pun sebab rasuah dan pecah amanah memang terkutuk...!!

      Insya-Allah tiap perbuatan mereka yg melampau buat Tun macam sampah utk membodek mengipas boss besar dia org tu akan ada padahnya....begitu jugak dgn PAS yg menyokong duit rakyat dirompak....amin....

      Delete
  13. budget bangang dari pencuri and penyamun duit rakyat !!!
    maka pencacai umno and menteri umno bn yg bahalol pun tepok meja tak henti henti.
    tapi rakyat malaysia bukan semua bahalol macam depa din...
    duit nak bayar interest 1NDM pun tak ada...kononnya budget rakyat ???
    For sure umno and bn akan bungkuih kali nie....
    Hidup bersatu...hidup pakatan....

    ReplyDelete
  14. Untuk meneruskan kelangsungan hidup kita harus sama2 menjadi cowboy dlm sebuah negara cowboy.

    Malaysia juga tercipta utk kesejahteraan warga asing. Jadi kalau nak hidup dan berjaya marilah kita menyamar sebagai warga asing. Sama2 join mereka. We hang sikit dapat kerja. Lagipun gaji warga asing lebih lumayan sekarang.

    Banyak majikan lebih minat ambil warga asing dari warga Malaysia di pelbagai sektor.

    Cuma semasa menyamar sebagai warga asing kita perlu berhati2 kerana kalau warga asing dapat tangkap kita menyamar mereka akan belasah dan halau kita.

    ReplyDelete
  15. Budget mat jenin. Budget bawah pohon kelapa.

    ReplyDelete
  16. This is a result of to many lies and deception. This is a story of a boy who cry wolf. Mark my words, 2017 will the year of hardship for us. By the way pls do not forget brim sudah naik,and the RM500. If election on March 2017, jangan lupa kepada tangan yg memberi, tetapi pls, pls, pls lupakan tangan yg telah mengambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BRIM dinaikkan utk pancing undi.

      Tapi ramai yg lupa GST yg merwka bayar dalam setahun tu LEBIH BESAR DARI BRIM YG MEREKA DAPAT.

      Tamhan kanan beri tangan kiri ambik balik.

      Delete
  17. Syarikat yang di kuasai oleh pengurusan melayu menjadi lingkup sebab melakukan perkara yang sama seperti MAS dan kini diikuti oleh sebuah bank berkepala harimau dimana asalkan tukar Ketua peringkat tertinggi atau pertengahan, mereka akan melenyapkan apa jua bekas atau belang yang di tinggalkan atas nama pembaharuan.

    Adakala mencecah beratus ribu untuk mengubah tempat kerja dan me'turn over'kan proses kerja dengan memasukkan orang-orang nya dengan kenaikan pangkat.



    ReplyDelete
  18. 03:56, setuju sekali, dia ingat dia bercakap depan umgok kot. Tu sikit saja yg you bagi. Bila membaca saya ingat dia kata dekat jamal baju merah. Saya silap rupa nya. Defination Democracy depa lain daripada the rest of the world. Autocratic democracy kot. Ada kah istilah ni. Disini selalu ada orang yg claim dia amat cerdik dari kita. Mungkin dia boleh bantu saya.

    ReplyDelete
  19. Komen dari Ameno World

    Dituduh Sandiwara, Pembangkang Keluar Dewan Beramai2, La Terasa Ka? - Sembang #Bajet2017





    Pembangkang sentiasa ada alasan. Kenapa dorang masuk dewan. Kenapa dorang keluar dewan. Kenapa dorang ponteng dewan. Alasan. Alasan. Alasan.

    Dorang punya alasan. Boleh dipersetankan. Rakyat undi bukan nak dengar alasan atau terima tengok propganda mereka.

    Yang kita tahu. Ko ahli parlimen. Buat cara ahli parlimen.
    Ko adun. Buat cara adun.
    Wayang korang neh dah over sangat.
    Dah masuk tahap meluat.

    Tengok Wan Azizah. Lemah jiwa aku. Ketua Pembangkang paling lemah. Senang gila kena pijak. Jangan kata orang luar. Parti sendiri pun tak hormat. Azmin macam boss. Wan Azizah neh macam alat perhiasan buat pelengkap barang ja. Bukan kerana dia wanita. Seperti juga lelaki. Menjadi ahli politik atau leader kena ada ketokohan, pengalaman, gaya, ketegasan dan intergriti. Tak payah nak up2 sangat la. Benda takde aura tetapla takde aura. Cakap terus terang ja. Main dengan kipas pandai la kot.

    Apa pun aku percaya tahun depan PRU. Dalam bajet Najib tadi. Ada bahas isu ;

    1. Elaun siak, bilal, naik.

    2. Kawasan kampung diberikan penekanan.

    3. Elaun JKKK naik.

    4. Lampu baru, jambatan baru, repair rumah.

    5. Sekolah tahfiz terima dana

    6. Brim naik 1200 terus

    7. Focus Sabah, Sarawak.

    Najib tackle mood orang melayu.
    Najib tackle mood Sabahan, Sarawakian.
    Bajet 2017 ialah bajet kempen PRU.
    PTPTN pun ada rebate.

    Dalam belanjawan PH pula. Aku baca dorang minta naikkan riba PTPTN. Aku baca review ekonomis kat Telegram tadi. Ini klu BN guna modal, mampus la korang pembangkang. Dengan gagal settle masalah dalaman within sesama parti, within parti2 komponen, gagal settle masalah dgn pas, gagal nak 1 lawan 1. Lagi nak buat belanjawan yang makan diri. Kenapa tak konsisten dgn free education? Uturn neh penyakit berjangkit politician ke apa. ..Choii..

    Fahamila kalu tak bersedia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tanya kenapa tak konsisten dgn free education??
      Sebab senario sekarang dah berbeza....duit negara dah dirembat berbilion2....duit negara dah kurang....hutang besar gunung tu pun nak dibayar jugak....jadi semua benda kena ubah ikut keadaan semasa.

      Usul yg dulu hanya sesiai dgn keadaan masa tu jer.
      Sebab masa tu duit negara masih ada dalam simpanan....belum dirompak lagi.

      Sekarang duit dah dilencongkan ke lain, lesap dirembat dan secara tiba2 Malaysia rugi berbilion2.

      Apa kata ko pujuk perompak pulangkan duit rakyat yg dia curi tu??

      Delete
    2. Anon 11:05
      Itu semua untuk beli undi ja untuk bn..org kampung, tok siak, tok bilal,jkkkkkk memang antara full supporters diorang...adakah najib dihormati oleh semua ahlinya sekiranya tiada dedak diberi ..rasanya tidak..dunia mencela malaysia kerana skandal 1mdb..itu lu taknak kira ka..lg lu mau bangga sama mo1..yg aku tau dia memang dikuti oleh ahlinya dalam hal songlap duit..ramai government servant di tangkap rasuah..bak kata pepatah melayu..pm borek, org bawahannya rintik..toksah le alih isu kepada pemimpin pembangkang..apa pembangkang dah buat..ada deme songlap duit negara ker..keluar dewan pun korang nak kecoh..

      Delete
    3. 11.05
      Tiap usul yg dibuat akan berdasarkan kpd keadaan waktu itu.

      Bajet mesti ikut berapa kukuh ekonomi waktu tu dan berapa duit simpanan negara ada.

      Masa dulu duit negara masih dalam tangan, belum disamun lagi, jadi bolehlah buat pendidikan percuma. Tapi sekarang berbilion duit dah lesap dan disamun, macam mana nak buat pendidikan percuma??

      Malaysia tanggung KERUGIAN YG AMAT BESAR akibat wang negara disamun.

      Dulu lain sekatang lain. Dulu hutang negara belum bertimbun macam sekarang. Lubang hutang tu pun nak dikambus juga. Mana nak cekau duit?

      Tu bajet nak pancing undi org2 kampung sebab taktik ni tak boleh jalan dgn org yg berpelajaran (educated).

      Org yg berpelajaran selalu baca berita seluruh dunia, akal mereka tak boleh terima logik bajet kipas tu sebab dia org tahu semua pasal cerita2 yg dihalang dan disembinyikan dari masuk berita tv dan akhbar arus perdana. TV3 tak sebut langsung pun berapa duit rakyat yg kena rembat.

      11.05, org yg ada logik akal boleh fikir, bukan merapu macam kau. Kau tahu cakap tapi tak tahu fikir.


      Delete
    4. Negara lain pembangkangnya siap bertumbuk, baling kerusi, hempas itu ini.

      Di sini pembangkang keluar dewan pun nak kecoh. Yg rompak duit rakyat tu apa tak kecoh??? Patutnya itu yg diberatkan dulu!!

      Keluar dewan dengan merompak duit rakyat....mana yg lebih besar impaknya pada negara????

      Blah la lu 11.05 penjilat tegar dan tukang kipas.

      Kipassssssss laju2 sikit!!!

      Delete
    5. Ia betul, 1 lwn 1 msh tiada persetujuan gaimana nak hadap pru14 dijangka tgh tahun 2017, masa yg tggl mcm masa kecerderaan je. Cerita perompak ka. bagai2. tak jadi apa2, saya tanya bila mau lagi seiya sekata. Fahami la tempoh yg pendek ni sempatkah pergabungan, kalu takda nescaya Najib memimpin lagi. Cela2 tak dtgkan hasil beb.

      Delete
    6. Nak tengok hasil tunggu next GE babe. Cerita perompaklah yg buat negara ni malu. Yg tak pedulik pasal wang dirompak tu ialah spesis cam kau. Tukang jilat tukang kipas.

      Kau jangan risau pasal pembangkanglah. Lagi baik jaga hal ehwal penyamun. Kau urus macam mana nak cover hancing pekung wang haram tu lagi baik. Satu dunia dah tau. Dgn org kampung kau boleh jual temberang.

      Jangan cakap besarlah. We'll see who gets the last laugh. Apa pun Allah tetap akan jatuhkan pemimpin korup macam firaun dan Namrud.

      Delete
  20. Banyak juga Permata dapat budget.... Admin tak nak komen ka?

    ReplyDelete
  21. Show me the money bro...
    Gomen ada duit ke?....bajet tu atas kertas je...angka yang diputar belit.
    DUIT ada ka?...sampai masa orang mintak duit ...semua ditimbang semula...duit tarak...bayar elaun pelajar pun lambat...tak mustahil satu hari nanti gomen pinjam duit nak bayar gaji kakitangan gomen.

    Gomen ada VSS ke?...mana tau nak kurang jumlah kakitangan...option VSS boleh kan?

    Poodah!...

    Unjuran pendapatan kerajaan sama sekali tidak realistik...Cukai pendapatan menjadi teras sebanyak 43%...sape yang bayar cukai ni...majoriti adalah warga korporat dan business entity...kalau melihat business climate masakini...amat sukar untuk warga korporat dan business entities ni nak berkembang...terutama dengan nilai Ringgit yang terus menjunam....kos meningkat (untung merosot=cukai juga merosot)..tapi bila kos naik GST tetap ikut naik. GST sape bayar bro?

    Daripada 260 bil belanjawan 214bil (80%) adalah untuk operating exp...dan hanya 46bil (17%) untuk pembangunan....itu semua cakap je...Najib ni boleh pegang ke cakap dia?...yang aku ingat cuma haramjadah dan bangsat je.

    Bro...Track rekod Najib ni semua orang tau...

    Hutang negara macamana?...belum lagi hutang 1MDB. Kalau kita ingat belanjawan kali ini memperuntukan 260 billion...angka ajaib...RM 2.6 billion telah masuk dalam poket Najib...ingat tak?...memang cantik...2.6bil = 1% belanjawan negara.

    Jangan lupa angka ajaib ini...angka 2.6bil telah disahkan oleh AG Pandi...tak kan tak percaya AG kita.

    MO1 PENCURI!...

    BRIM itu RASUAH.
    Pepatah omputih ada cakap "Don't give the man fish, teach him how to fish"...lebih kurang gitulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro....show u the money...??
      U want to see the money....it's in the birkin bag.

      Delete
  22. Adoh, ni budget ke ceramah macam biasa. Satu ayat yg aku setuju adalah rakyat undi bukan nak dengar alasan dan propaganda. Tambah sikit, juga bukan penyamum, penipu dan penakut. Above all yg salahguna kuasa bagi menyelamatkan diri. Sampai kemulian dewan rakyat pun dah dinodai. Biar lah ahli dewan menjalan amanah rakyat bertanya perkara yg rakyat sering bertanya yg tidak mendapat jawapan diluar. Jangan buat dewan rakyat macam mesyuarat agong umno.

    ReplyDelete
  23. Dari bajet ia datang, kepada Pembodek ia kembali

    Dari BR1M ia datang, kepada GST ia kembali
    Dari GST ia datang, kepada 1MDB ia kembali
    Dari 1MDB ia datang, kepada MO1 ia kembali
    Dari MO1 ia datang, kepada Badak ia kembali

    ReplyDelete
  24. Lepas ni kutip cukai banyak2 ya najib bagi BRIM kat org2 kampung, kat org2 PPR naikkan gaji gomen tinggi2 supaya dorang soma dok pakat peluk cium hang ramai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukai, saman, dan lain2 akan dinaikkan selepas PRU. Sekarang semua ditahan jangan bagi naik dulu sebab nak pancing undi. Kalau naik sekarang nanti tak ada siapa nak undi. Jadi tunggu lepas PRU.

      Delete
  25. Bajet ini khas utk PRU dijangka selewat lewatnya tgh tahun 2017 sepena dan berkebetulan dinama bajet 2017, Ada kah waktu utk 1 lwn 1 menjadi kenyataan, kalu tak Najib lagi la korang hadap. Choi..

    ReplyDelete
  26. Hari tu suruh kita guna barang second hand. Semalam suruh kita jadi drebar teksi. 2017 nanti mungkin suruh kita tinggal macam bangla, satu rumah 30 orang. Inilah wawasan TN50.

    ReplyDelete
  27. Aku harap pihak pembangkang lepas ni betul2 bersatu ..toksahlah dok gaduh hal remeh2 lg lepas ni..aku x kisahlah..walaupun DAP sekalipun aku akan pangkah dari dok tgk pemimpin melayu saban hari merompak menyamun dan menganiaya dan jahanamkan nasib dan masa depan anak2 melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, setuju kena siap siaga dari skrg.

      Delete
    2. Yg pasti pas akan diperalatkan utk pecahkan undi lqwan 3 penjuru. Ini satu taktik kepala perompak untuk survival dia.
      .

      Delete
  28. maka selesai lah pembentangan bajet dari ketua penyamun ...dan projek2 yang dirancang untuk dirembat oleh kroni perompak nya...linkup malaysia

    ReplyDelete
  29. Tiap2 tahun bajet untuk bayar gaji 1.6 juta penjawat awam, serta bayar pencen berjuta bekas kakitangan awam, merupakan peratusan yg sangat tinggi. Inilah harga tinggi perlu dibayar rakyat undi bn. Sebahagian wang itu sebenarnya boleh diguna sebagai bajet pembangunan kalau jumlah kakitangan sektor awam dikurangkan separuh; banyak penjimatan jangka pendak dan panjang. Kakitangan awam adalah vote bank bn, sebab tu makin bertambah, kerja cam taik jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji mahal kerja pemalas, lembab, English sepatah haram tak tau, banyak birokrasi. Macam bangang!!

      Delete
    2. kerja gomem terjamin masa depan,malah pakcik makcik di kampung senyum sampai ke telinga bermenantukan pekerja kerajaan walaupun seorang peon di pejabat sekolah,apatah lagi menjadi seorang guru.
      Mereka semua ni lah FD barisan nasioanal apabila pilihan raya nanti di samping undi pos gomem beruniform.

      Delete
  30. Setuju dgn anon 12.14..kerja org gomen tahap mcm cibai wlupn gaji makin naik lg2 yg keja kat kaunter..muka masam mcm cuka

    ReplyDelete
  31. Bajet belacan..komen paling win..

    ReplyDelete
  32. Pembangkang2 yang melalak-lalak memang layak duduk kat utan. Mereka lebih layak bersahabat dan berperdana menterikan orang2 utan mcm cipanzi, ungka liar, babun, monyet dan sebagainya. Benarlah kata tan Sri Noh, kalau x suke sangat sistem parlimen, berpindahlah kalian ke hutan. Banyak hutan di Malaysia ini. Taman Negara ada, Taman Negara endau ada, taman negara Bako ada khususnya utk pembangkang drp Sarawak dsb. Kalian bole membina petempatan di sana. Lantiklah kalangan kalian jd perdana menteri di dlm hutan....

    Sindiran Tajam Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. bn memang patut dapat respek tahap tu jerr..kau nak komplen apa? Newcastle kau pon ciplak, kitorang bagi respek kat kau tahap khaaark thuiiih jerr.

      Delete
    2. Weiii...kellie's castle mulot haram jadah !!!

      Ko suruh kepala penyamun masuk hutan. Hutan tu memang tempat penyangak, pencuri, penyamun. Jangan tau nak duduk tempat cantik lawa, kedarah sedap2, berjalan shopping sakan kesana kemari atas duit free, duit haram.

      Nak mewah, nak jadi billionaire kena cari duit kederat titik peluh sendiri. Bukan merompak mencuri merembat duit org. Tak ada shortcut untuk jadi billionaire tau tak!!

      Tau nak jadi tuan jer....teragak nak rembat duit, rembat, nak kedarah duit, kedarah.

      Kellie's castle...ko cakap dgn tuan ko.....kalau tak suka dikritik ditegur, jangan masuk politik bahalol...!!

      Kalo nak suruh org angguk setuju manjang jer.....baik jangan masuk politik.

      Bangang lu kellie's castle....apa ko ingat org ni robocop ker!!!

      Org tak bodoh macam ko la. Ko pegi masuk hutan Batu Gajah ler...!!

      Delete
    3. Lulus newcastle ciplak layak bawak teksi uber

      Delete
    4. Kadang2 kalo dah rasa diri bagus sgt, kotabaru pun tukar jadi newcastle..hakikatnya masih lg batu...

      Delete
    5. Lain kali jgn di layan mamat ni. Dia seronok kita komen posting dia. Lama2, dia senyap le... Aku pun ni kali akhir komen mamat Bengong ni, Insya Allah

      Delete
    6. Alaa...korang terase benor kenapa? Mamat ni troll ameno jer ler...nganjing maslan je tu....sebodoh-bodoh penjilat dedak gred F pn tak de ler jauh pikiaqnye rosmah jd PM...

      Delete
  33. erm, bagaimana sifatnya lidah apabila ia lebih membinasa dari tajamnya mata pedang, apabila kamu melihat kepada golongan yang jahil apabila mereka mula berbicara.

    Tiada sekalipun sejak dari zaman Tunku sehingga ke zaman Najib,si jahil itu mengerti atau sekurang-kurangnya menahan diri dari memperlihatkan kebodohannya terhadap apa yang ia tidak ketahui melainkan sedikit (Bajet Tahunan Negara).

    Tiba-tiba sekalian si jahil itu menjadi "terlajak bijak" - mengetahui apa yang zahir dan yang terselindung,hatta si jahil itu juga mampu mengetahui hijab di hari esok.

    Khabar politikus berhati serigala - GST dinaikkan kepada 8 peratus didalam Bajet 2017 - Ia segera menjadi "kebenaran" terhadap setiap satu dari si jahil yg taasub.

    Khabarnya lagi - subsidi minyak masak akan dimansuhkan pada bajet 2017 - maka setiap dari golongan yang bingung itu segera "membenarkan" -

    Dikhabarkan juga - Bajet 2017 hanya pada kepingan kertas kerana kerajaan tiada sumber kewangan selain dari dengan menaikkan kadar GST serta pemansuhan subsidi - maka seluruh sijahil itu tanpa ragu mempercayai seluruh jiwa raga.

    Kadang-kadang terbit juga fikiran kotor - kemudian dikhabarkan juga para politikus berhati serigala " taik itu wangi" - maka sekalian golongan yang jahil itu segera menggenggam seketul najis untuk membenarkan khabar dari politikus berhati Serigala. Nauzubillah. Maaf.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Nakhoda, ak bersamamu. Dan kamu sentiasa bersamaku. Sama2 kita bersabar mendengar tembakan peluru panas pembangkang2. Kita berdua sudah lali dan kebas membaca sindiran dan caci maki..

      Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University

      Delete
    2. Caci maki melampau secara psikologi memberi simpatik ku kepada mangsa spt. presiden pas dan menjadikan ku mula membenci pembangkang.

      Delete
    3. Kita tegur elok2, pemimpin buat bodoh. They deserve the caci maki. Full stop. Kau nak sokong umno, silakan.

      Delete
    4. Anon 14.19, 14.28 dan 15.15.
      Orang maki hamun bila kehilangan wang rakyat tak ada pembelaan. Sudah lama rakyat tunggu dan tunggu utk dibela tapi hingga sekarang tidak ada jawapan yg pasti tentang kehilangan wang negara.

      Tentang hutang dan faedah hutang negara yg berbilion pun tidak dusebut secara terang dan detail.

      Mana rasa tanggungjawab terhadap berbilion wang rakyat yg hilang lesap tu?

      Tidakkah ada rasa bersalah kerana gagal menjalankan amanah rakyat?

      Kalau buat baik, dibalas baik tapi kalau buat jahat, maki hamunlah yg dapat.

      Setiap perbuatan akan dapat balasan yg setimpal.

      Delete
    5. Kalau kita lihat balik rakyat mahein yang dok maki-hamun kerajaan rata2 nya bknlah dari kalangan mereka yang berkelulusan tinggi spt doktor, jurutera, arkitek dan lain2. Kebanyakan mereka dari kumpulan bkn kerja tetap. Kelulusan mereka setakat tahap SRP. Di tambah pula dgn mentaliti lulusan SRP kebanyakan mereka 'kurang cerdik' berbelanja. Baru sebulan keje, mereka kejarkan high branding spt kereta besar, sport rim bersilau, eksos besar dan lain2 lagi. Sbb tu ler mereka mudah terpengaruh dgn janji2 mustahil spt air percuma, rumah percuma, elektrik percuma, dan semuanya nk percuma. Inilah yg diimpikan oleh kaum2 'kurang cerdik' yg rata2 nya dr kelulusan rendah. Apa boleh buat, mgkin rezeki mereka tahap tu shj...

      Nukilan Khas Alumni Newcastle University

      Delete
    6. Ya yg tak berpelajaran setakat dengar berita tv...baca suratkhabar melayu...english pun tonggang terbalik tu spesis macam ko.

      Berlagak jer...temberang lebih2. Nak tipu tak kena gaya. Sampai org boleh tangkap tahap education ko.

      Dulu ko cakap penang tak boleh laungkan azan....fakta apa yg ko pakai??? Mana datangnya fakta tu??? Mulot main sedap cakap jer. Betul ke tidak tak tahu.

      Pastu ko cakap Tun Mahathir lesapkan duit 100 bilion. Ko korek gali fakta dari mana tu??? Dari mana ko dapat idea 100 bilion tu??

      Bila tuan blog ni Shahbudin cakap 2.6b pun org boleh kesan....nikan pulak 100b jumlah yg besar lagilah org boleh kesan.

      Bila tuan blog ni bagi sebijik sejibun kat muka ko......terus ko senyap bisu tak sebut lagi dah dua hal bangang pasal azan penang dan tun lesapkan 100 bilion tu.

      Bila org hempok ko.....ko marah...tapi bodoh ko....ko tak nak kaji.

      Org tak sekolah jer yg cakap dgn fakta bodoh tau tak???

      Kellie's castle....u are worth for nothing...!!

      Delete
    7. He aint no newcastle grad. Just a moron enjoying a little confrontation which he thought is of intellectual discourse..i.e. syiok sendiri.

      Delete
  34. cara PENYAMUN/KETUA GENGSTER,memerintah negara.

    Nak naikkan ekonomi negara kenakan 'GST',naikkkan percentage setiap tahun.

    Bila bugdet,aMbil sikit dari kutipan 'GST',tabur dedak kat kaki2 pukul,dan sipenerima dedak utk sokongan,rakyat cuma dapat ciput ajerr.

    Macam nilah cara memerintah negara,ATOK akupun bole.

    ReplyDelete
  35. Nakhoda dan kellie's castle, sambutlah saranan pm, pi jadi drebar taxi uber

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berkelulusan dari Newcastle, Uk. Adalah tdak layak bg saya mencari duit sbg pemandu Uber. Bahkan kerjaya sbg pemandu Uber lebih layak utk kalian drp pembangkang yg berkelulusan rendah. Mohon jangan terasa ea dgn sindiran pedas lg halus spt jarum drp saya.

      Sindiran Halus Alumni Newcastle University

      Delete
    2. Kellie's castle....what the hell are you talking about?? Ko ingat pembangkang ni takat PMR, SRP, SPM jer ke? Ko tau tak org lulusan Dr, lawyer, yg ada Phd, masters, degree ada dlm pembangkang. They have certified qualifications....dan ada tu yg pegang 2 qualifications. Bukan setakat menyamar menipu.

      Normally those with high education n well educated will not brag themselves like u do.

      Ko simpan sikit bodoh ko boleh tak??? Jangan bagi nampak sangat bangang ko tu. Ko datang dari planet mana?

      Tapi ko jangan risau sebab sekarang ni kalo takat SRP, SPM....yg english tonggang terbalik macam ko pon boleh jadi menteri. So u have a great potential to join those people.

      Your boastful manner reveals the level of your thinking. Keep on exaggerating, trying to prove yourself.

      U are just worth for nothing not even a penny.

      Delete
    3. Can even write in simple english and yet still wanna claim to be a uk grad. Talk nonsense, just like your leaders do. Aku tak terasa pon sindirin orang bahlol cam kau, kellies castle ooi...nak menyamar pon pakai otak la sikit. Stupidity of the highest order, but anyway, a true representation of the type of supporters the bn has.

      Delete
    4. Uk grad ehhh? Blimey...you are trying too hard that you cant even fake it anymore. I have asked you 4 simple questions about the british economy and british political scenario post brexit in previous posts, and you conveniently forgot to answer any. The reason is pure and simple, you cant answer, because you are a much ado about nothing. A total crap.

      Delete
    5. That skunk won't understand "a much ado about nothing". Never read literature.

      Delete
    6. Heh heh he was probably born in a house of seven gobloks.

      Delete
    7. Actually he's the example of people called'kurang kasih sayang' syndrome..always try to gets people attention and show off but always end up in the stupid ways...

      Delete
    8. This kurang kasih sayang syndrome is pretty much a kampong boy syndrome. You see this a lot in places like felda and kawasan2 sekampong dengannya. They rempit, act samseng, have all sorts of disciplinary problems in school, they can even create problem in an empty room. A public appearance without a cigarette is a no no. Machoness is defined by how loud the voice is. I was in boarding school from form 1 to 5, i saw all this rubbish from the kampong boys. Really sad. Patut la wawasan 2020 dah kena postpone pi 2050.

      Delete
  36. 2050 kamu dah jadi baja tanah,kerabatdan legasi kamu berada dalam penjara.

    ReplyDelete
  37. Woi apa dok bising2 ni nak tanya dah bersedia pru14 pada tgh 2017, cepat2 pergi nasihat Dap, Pkr, Pan & Ppbm merging supaya 1 to 1 boleh dijelmakan. .Choi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawan 3 penjuru la. Buang PAS sekali. Kalu PAS join pakatan, shafei tak leh dapat sabah, kadazan tak sokong nanti. Kedah dah kalih ke bersatu. Orang selangor dan johor pon dah boring ngan PAS, diaorang ingat orang selangor dan orang johor ni macam orang kota baru. Tganu dan klatan bagi PAS pon tak pa, tak rugi.

      Delete
  38. TN 2050...................KIHKIHKIHKIH.
    This means Bijan nak jadi Perdana Menteri lagi 30 tahun.
    Nampaknya Mugabe pun kalah............HEHEHE.
    Bijan guna quotation Mugabe:

    "Any man who successfully convinces a monkey that honey
    (money-BRIM)is sweeter than banana (GST), is capible of convincing......HEHEHE ANYTHING "

    ReplyDelete
  39. Tak payah lagi layan nakhoda dan kellies castle, seorang grad uk fake, sorang lagi sekolah pondok. Dia makin syiok bila kita layan dia. Tahap SRP jerr...layan pon tak guna. Aku pon ni kali last layan.

    ReplyDelete
  40. TAMBAHAN:

    "Any man who successfully convinces a monkey that honey
    (money-BRIM) IS SWEETER THAN BANANA (GST), is capible of voting ANYTHING".......including the monkey!

    ReplyDelete
  41. Nampaknya rakyat dah kena kencing dan bonus rm250 n rm500 nak beli seluar dalam dan baju dalam pun tak cukup hidup melayu dgn brim utk makan satu tahun he he he he hebat hebat

    ReplyDelete
  42. Nampaknya rakyat dah kena kencing dan bonus rm250 n rm500 nak beli seluar dalam dan baju dalam pun tak cukup hidup melayu dgn brim utk makan satu tahun he he he he hebat hebat

    ReplyDelete
  43. Saya pun sungguh hairan TN2050 yg tiba2 diucapkan oleh beliau $inisemalam apa benda sebenarnya.

    ReplyDelete
  44. Saya pun sungguh hairan TN2050 yg tiba2 diucapkan oleh beliau semalam apa benda sebenarnya.

    ReplyDelete
  45. aku nak kan ic fotocopy ngan ic ori utk tukar alamat mengundi bkn alamat umah24,25,26,27 dh start program bg ic,utk tawan selangor setiap ic dpt rm 50.00,masa megundi (X)BN bawak bukti dpt rm 300.00

    ReplyDelete
  46. TN50 pada pandapat saja tahun najib keluar penjara kot.

    ReplyDelete
  47. Aaa ... May..mang tu la dia wakil pembangkang ... apa dewan tu sarkis badut2 ka? Tgh tahun 2017 percaya la mkg krg dah badut2 Melayu ni didewan kalu msh tak selesei lagi 1 lwn 1, Rata2 Melayu rasa tertipu dah tak mau lagi undi Pkr, Pan dgn Ppbm & dlm blog penghidu pembangkang ini akan bertukar jadi ganas merusuh diserata tempat terutama di Sogo sampai Dataran Merdeka dgn kemeja T kuning (rata2 Melayu baghal semuanya) bawak sepandok MO1, 1mdb & Spr korup & sebagainya. Sbb tak boleh terima kekalahan. Mulai skrh & tak sampai 8 bulan lagi Pru14 msh lagi dok main wayang. Jadi tak usah lagi tulis bagai2 sbb hang semua mana tahu mau komen. Dgn hanya komen banggang dan andaian sebiji Melayu Zombie yg tak pernah berani menghadapi dugaan hidup yg tahu hanya melalak sepanjang hidup.

    ReplyDelete
  48. Bila cakap dikata membebel...
    Rakyat ditindas
    Di seksa
    Dipenjara
    Didera

    Mahu lagi rakyat papa kedana?


    Rakyat juga berkuasa
    Keris pahang

    ReplyDelete
  49. Bila cakap dikata membebel...
    Rakyat ditindas
    Di seksa
    Dipenjara
    Didera

    Mahu lagi rakyat papa kedana?


    Rakyat juga berkuasa
    Keris pahang

    ReplyDelete
  50. Apakah bodoh punya org 2020 cuma ditambah TN50 dan 1mdb disabotaj, mudah2an akan Allah swt beri balasan pada org2 yg jahat mulai skrg tak kira semua peringkat dari atas hingga ke pencacai/pemuja blog2 pembangkang, ya Allah pada kau juga kami dibelah kepimpinan M'sia kami serahkan yg berusaha membuat kebaikan tapi ramai yg kufur nikmat yg telah kau berikan melalui kepimpinan ini, hanya kau juga maha pembalas. Amin ya rabbil alamin

    ReplyDelete
  51. Bro yg membangkang yg aftif di brog2 adalah 75% drpd 100% akan tetapi yg tongong menyokong kerajaan aftif diblog samada pro & anti kerajaan hanyalah 1% drpd 100% tu pasal Najib masih lagi kehadapan biarlah apa saja ko selar mereka2 ni penyokong senyap ...bagai2 la diselar mereka tetap pengundi setia kerajaan yg tahu erti kesyukuran dan keamanan. Jadi eloklah belajar berbanyak2 bersabar yg diibarat 1 iggt ko derma ikhlas maka yakinlah 100 iggt rezeki yg dtg saperti ajaran Nabi kita yg penting yakin usaha dan banyak beramal soleh. Contoh ada kawan2 saya dan terdengar juga yg byk bergaji rendah, sederhana dan tinggi tapi disebabkan lalai/lagha dlm soal penglibatan politik lbh byk menyelar tahu2 byk rintangan mereka2 ini terima, duit hilang, brg perkakas rumah terbeli mahal sebab percaya sgt pada jenama disangka berkualiti tapi cepat rosak, kereta hilang/selalu meragam, diri dan keluarga selalu sakit, selalu ditipu kwn dan sdr mara, sering gagal bila mohon kerja dan mohon pinjaman, dapat menantu yg menyusahkan/bercerai berai, beristeri atau bersuami yg curang, anak2 terlibat dlm genjala social terlibat dadah dan arak dan menyusahkan org tua, sdr, kwn2 dan org sekeliling. Sebabnya mereka2 kebykkan tidak reti bersyukur dan buka la minda banding lah sejujurnya antara negara jiran mahu negara jauh M'sia la negara yg amat perihatin dgn rakyat selama Bn Umno memerintah ... cuba sdr2 nama negara mana yg lebih hebat penjagaan terhadap rakyat, yang tahu negara yg walaupun percuma bagai perubatan, pelajaran atau lain2 tetapi cukainya amat tinggi melebihi 40% dari gaji/upah diterima. Adalah elok/molek sdr2 brek emosi selangkah kebelakang dan melangkah kehadapan dgn berlapang dada agar kehidupan ini lebih bahagia drpd memikir kenapa org atas tu senang ja pelahap duit/reta sesuka hati, tak semua mereka2 ini dari apa yg sdr2 sangkakan, tetapi kita2 ni la kena tanya kemana arah yg dituju demi masa dan setiap masa yg berlalu dipenuhi dgn amalan samada keberuntungan diakhirat nanti atau dan masa yg berlalu tak dapat diulang semula dan apakah himpunan yg kita memperolehi samada sejahterakah kita ni nanti apabila nyawa dihujung hidup.
    Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu hidup hanya sementara. Dari mula zaman Arwah Onn Jaafar, Tunku, Razak, Hussein, hidup skrg lagi Mahathir, Abdullah selalu ditakut2kan M'sia bangkrap dimulai daPIG adik Kuan Yew Kit Siang dan ironinya Melayu Zombie menyambung isu ini sebenar kita2 ni la yg bangkrap drpd amalan wajib yg patut kita penuhi terhadap Allah taala yg kita leka dan persia2kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...