Sunday, 10 April 2016

TOLAK UMNO, TOLAK DEKLARASI RAKYAT TAPI SOKONG PAS...EHEM, EHEM...

Ini barangkali pendirian terbaru Ibrahim Ali dan NGO Perkasa yang dipimpinnya sekarang.

Berucap di perhimpunan anti DLP di Tasik Titiwangsa semalam, Ibrahim Ali berkata, "kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang gagal. Sudah gagal dalam segala-galanya, gagal mementingkan citarasa majoriti penduduk, kaum Bumiputera khususnya Melayu muslim.

"Kita secara jelas menolak kerajaan yang ada hari ini. Saya yakin masa depan orang Melayu Bumiputera bukan lagi terletak pada UMNO, tetapi pada Pas."

Namun, dalam masa yang sama Ibrahim Ali juga menolak untuk menandatangani Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Tun Mahathir Mohamad bersama parti-parti pembangkang.

Bermakna, sementara menolak UMNO dan tidak mempercayai lagi kerajaan yang ada hari ini, Ibrahim Ali juga menolak untuk bersama dengan gerakan menjatuhkan Najib Razak.

Sebaliknya yang disokong dan dipercayai oleh Ibrahim Ali ialah Pas.

Kenapa Pas jadi pilihannya?

Apakah beliau tidak sedar Pas juga mungkin akan bekerjasama dengan UMNO berdasarkan kecenderungan Hadi Awang dan Harun Din semenjak dua menjak ini?

Atau mungkinkah semua itu merupakan tanda-tanda awal Ibrahim Ali sekali lagi bakal bertanding atas tiket Pas dalam pilihanraya akan datang nanti? (SH 10/04/2016).

33 comments:

  1. Dia tu katak. Satu Msia dah tahu katak tu siapa. Kata tu apa.
    Bila hujan saja katak pun berbunyi dan menarilah.
    Mcm2 alunan bunyi yg ada. Sekarang ni alunan bunyi dikir barat pasir mas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gilo talok doh tok ain ni.
      Mu tak takut ko tok ain nanti mu keno cerai bini mu dgn talok tigo.
      lagu mano tok ain? Mu nok ko?

      Delete
    2. itu namanya "POLITIK". apa nak heran. esok kawan hari ni musuh. fitnah itu kebiasaan. Duit ada kuasa takde itu tak bermakna. duit ada kuasa ada itu baru POWER!!. Jadi apa nak heran. kita rakyat macam ni jugak. Diakhirnya kita juga yg kena usaha untuk sesuap nasi. Dimana mana pun sama. Jadi buat apa nak emosi. LAYAN AJER LAAA... nak senang masuk politik. Tapi kena laa jadi penipu pemfitnah peminum arak..pencuri dan segala yg buruk.
      diakhir akhir sekali... NERAKA laa tempat kamu. apa boleh buat ..cari makan..

      Delete
  2. Gila talak dengan UMNO tapi malu nak cakap, daripada melepas langsung takpalah kahwin dgn adik tiri umno dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuduhan Pas akan berganbung dengan Umno adalah tuduhan jahat dan satu dayah politik kotor,selagi Umno dan Pas tidak berganbung secara rasmi selagi itulah dikatakan fitnah.

      Delete
    2. belum ug lagi, baru jv. Sabar ye baiti...

      Delete
    3. Najib kan dah berjubah dan bersila dalam mesjid dengan budak-budak PAS.

      Macamana Najib terlepas dalam isu 1MDB macam itu juga lah Najib mengaturkan rancangan berkerjasama dengan PAS.

      Delete
  3. Replies
    1. Mu nok jadi perdana menteri ke tok ain?
      Kalau lagu tu mu keno kahwin dgn katok dulu.
      Setakat ayam seramo tak leh

      Delete
  4. Budin,
    Ibrahim Ali ini seorang politikus yang banyak berpengalaman dalam bertukar tukar parti takpa la itu kebolehan beliau ,ini pasal PAS ini yang semakin tak jelas hala tuju,nak kata masih berjuang utk hudud dok nampak macam "go head gostan" fatwa kafir umno oleh presiden PAS pada 1984 dah nampak macam buat buat lupa tak ingat serupa munafik la..nak kata negara kebajikan tengok kelantan paling banyak kena tubuh badan kebajikan tak pernah nak maju,Nak kata tak pernah ada skandal dan suhut buka sejarah sama ja macam macam ada,hai malang melayu ini nak harap umno era najib ini semuanya pemimpin lemah dan bermasalah imej korup dah jadi sebati ,sebalah sini konon islam tapi pada nama ja...elok la dua dua parti ini buat JV supaya kita tak tertipu berkali kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyatalah pendirian akidah Ibrahim Ali. Kononnya NGO keMelayuan...Tak cukupkah kaum Wahhabi PAS telah pecahbelahkan negara Melayu dengan mengkafirkan dan mempahitkan sesama Muslim demi cita politik kuasa mereka?

      Delete
  5. Lompat si katak lompat
    Lompatlah tinggi tinggi
    Cepat si katak cepat
    Dedak dah tak banyak lagi

    ReplyDelete
  6. Kita boleh nampak hala tuju PAS. PAS berjalan seiring dgn UMNO. Sikap PAS mendiamkan diri dlm isu-isu besar negara memberi kesimpulan yg jelas kpd kita.

    ReplyDelete
  7. Ini dajal zaman kita,,tengok muka dia sahaja memang muka cari kebencian orang.Pergi telan bom lah Ibrahim ....!!!

    ReplyDelete
  8. Pulok doh..doh mu guaner hal pulok tok heng. Sekejap umno skejap pas tukor bebas pahtu perkasa. Alih-alih pas smula..Aku dok pahang mu ni tok heng..Ikut panda mu lah eh nok jadi mende pung..

    ReplyDelete
  9. Lompat sikatak lompat ia sangat sinonim dgnnya bolehkah kita percaya dgn manusia begini perjuangan Tun adalah tepat pada masa dan waktunya janganlah terpedaya dengan manusia yg lidah bercabang ni depan cakap lain belakang cakap lain kami doakan Tun terus berjuang bersama rakyat yg teraniaya

    ReplyDelete
  10. Lompat sikatak lompat ia sangat sinonim dgnnya bolehkah kita percaya dgn manusia begini perjuangan Tun adalah tepat pada masa dan waktunya janganlah terpedaya dengan manusia yg lidah bercabang ni depan cakap lain belakang cakap lain kami doakan Tun terus berjuang bersama rakyat yg teraniaya

    ReplyDelete
  11. Beza lompak katak dgn dap ialah lompak katak bertuhankan Allah. Dap x bertuhankan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertuhankan allah tp xnak ikut perintah allah...boleh ke?

      Delete
  12. Katok pun teringin nok makan dedak jugok. Selamo ni dok makan lalat jer

    ReplyDelete
  13. Adakah tok him mendapat gambaran kenyataan beliau melalui buah dadu seniman arwah Ibrahim pendek???

    ReplyDelete
  14. Ibrahim Ali kena bubarkan perkasa...tubuh parti tin Milo sayap Baru pas...paling koman pun 2 penggal dpt jadilah jadi raja kapor kat pasir mas tu...x nak jadi raja jadi prebet KOPASKA indon pun boleh....sinonim dgn tok him...

    ReplyDelete
  15. DIDI KOTA BELUD10 April 2016 at 23:53

    Musim kemarau el neno ni.jangankan katak..berudu pun bolum tontu boleh bernapas hidup hidup...hehehehheeheh

    ReplyDelete
  16. Look at the other side of the coin...dia nak buat cam ner...dah tak ada orang nak kawan ngan dia!

    ReplyDelete
  17. Pembangkang...dah la lemah.. berpecah dan berpuak pula, bagaimana nak hadapi bn yang korup???
    Pengundi yang menyampah dan meluat dengan najib dan umno terpaksa undi parti pembangkang yang dia sendiri tak yakin???
    Baru berapa saja parti pembangkang yang ada tapi dah bersaing nak tunjuk lebih hebat. Macam mana nak ganti bn??
    Hujan lebat, guruh berdentum, dipondok ini atapnya bocor.. pondok sebelah tiang dan lantainya reput... dimana dapat ku menumpang teduh????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan.. untuk mencapai kematangan berpolitik seperti di Amerika dan Britain, sangat2 la kita ni jauh.

      Tuan buka Youtube dan tgk sendiri pemilihan Republikan dan Demokrat yg sdg berlangsung di US. Mmg Donald nampak extreme mcm Tok Heng jugak. Tapi boleh berdebat dgn professional sesama calon masing2. Ada juga insiden kecil. Ini biasa.

      Tak macam disini. Mcm cilaka. Kampung gila. Org asli hidup dlm hutan pun, lebih bertamaddun dari kita yg tinggal di bandar. Amat memalukan.

      Delete
  18. Selagi Najib ada sebagai presiden umno, aku keluar umno Jadi bebas.

    ReplyDelete
  19. Zahid keluar air mata sebak bila jumpa Harun Din kat IJN. Harun Din dam Hadi bagi green light Najib bersih 1MDB.. Makin sebaklah ulama siku dan lutut No 2 Umno dah kowtim abis..soalnya Tok Beghahim nak celah kat mana?

    ReplyDelete
  20. ...konfom tok him tanding tiket pas. Tapi dalam senario politik kelantan harini, nampaknya pas memerlukan tok him lebih dari tok him memerlukan pas.
    Tgna dah tiada, husam attack pas dari dalam, umno dah sokong hudud. Amanah dah bertapak di k'tan.
    Pas k'tan dah nak lemas, maka berpaut kat tok him. Tok him boleh lah di ibarat pelampong untuk pas k'tan.

    ReplyDelete
  21. Bangsat ni tak boleh percaya lansung.
    mulut pun bau najis.hj hadi percaya
    dengan bangsat ni.dia nak tanding guna
    tiket pas di pasir mas.harap pengundi
    pasir pas tak ditipu dua kali oleh bangsat
    katak ni

    ReplyDelete
  22. Oghe Klate meme penganut PAS.

    ReplyDelete
  23. Lompat sikatak lompat. Bawa bendera Pas lompat. Bila tak menang tak apa. Lompat balik !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...