Sesiapa yang mengatakan Najib Razak sudah bersih daripada kemelut 1MDB hanya berdasarkan Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen Khamis lalu, sebenarnya lebih menyerlahkan mereka tidak membaca dan meneliti sepenuhnya laporan tersebut.
Oleh yang demikian, khususnya kepada penyokong Najib, daripada menteri hinggalah kepada blogger berbayar, jika masih malas juga membaca laporan setebal 106 muka surat itu, ada baiknya mereka meneliti kenyataan salah seorang anggota PAC, Tony Pua ketika mengadakan sidang akhbarnya pagi tadi.
Antara yang disebut oleh beliau yang boleh dijadikan pencerahan ialah:-
- "Apa yang disebut oleh Naib Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw bahawa Najib tidak dikaitkan dengan sebarang kesalahan sebenarnya adalah khusus berdasarkan dokumen 1MDB yang kita lihat setakat ini dan bukannya berdasarkan keseluruhan dokumen milik syarikat pelaburan itu.
"Dokumen yang ada (sudah disiasat) memang tidak ada penglibatan Najib. Dokumen yang tidak ada (tidak diberikan oleh 1MDB kepada PAC), kita tak tahulah.
"Seperti yang saya pernah sebut dalam kenyataan sebelum ini, masih banyak dokumen yang tidak diserahkan kepada PAC. Kenapa tak bagi?"
- "Antara dokumen yang tidak diserahkan ialah rekod dan penyata perbankan bagi transaksi 1MDB di luar negara. Memandangkan dakwaan salah laku terhadap Najib, khususnya berkaitan wang derma yang diterimanya melibatkan transaksi luar negara, jika semua dokumen itu diserahkan, PAC dan Jabatan Audit Negara dapat membersihkan nama beliau.
"Sebab itu saya minta Najib mengarahkan 1MDB untuk menyerahkan semua dokumen kepada PAC dan Ketua Audit Negara untuk penelitian selanjutnya. Jika tidak, Najib akan terus dicemari persepsi takut kepada kebenaran."
- "Hanya kerana seorang lelaki (Tun Mahathir Mohamad) memetik angka yang salah untuk jumlah tabung yang tidak jelas, tidak bermakna tiada wang berbilion dolar telah hilang.
"Kami sudah mengesahkan sekurang-kurangnya AS$5.5 bilion wang dan aset 1MDB tidak boleh disahkan oleh Ketua Audit Negara, selepas siasatan dijalankan selama setahun."
- "Tidak semua pihak dipanggil memberi keterangan kepada PAC. Kita ingin memanggil wakil Bank Negara dan seorang lagi bekas CEO 1MDB, Mohd Hazeem Abdul Rahman, tetapi Pengerusi PAC, Hasan Ariffin enggan berbuat demikian.
"Bantuan Bank Negara khususnya adalah perlu untuk mendapatkan dokumen transaksi di luar negara.
"Pengerusi PAC sebelum ini ( Nur Jazlan) mendengar kedua-dua belah pihak. Kami semakin sukar mendesak sesuatu perkara sekarang ini seperti kes melibatkan bekas Pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh misalnya, hanya setelah didesak berulangkali, barulah beliau dapat dipanggil untuk memberi keterangannya."
- "Kita akur untuk membentangkan laporan yang tidak sempurna kerana berkejar dengan masa. Mungkin jika tidak dibentang dalam sessi Parlimen sekarang, ia tidak dapat dibentang langsung dalam sessi Parlimen akan datang, mungkin kerana subjudis atau seumpamanya.
- "Kita berharap PAC akan menyiasat beberapa perkara yang diabaikan kali ini dalam siasatannya di masa akan datang."
Ada penyokong Najib yang masih tidak faham? (SH 08/04/2016).
Berserabut hampir satu dunia tengah korek....boleh ke relaks?
ReplyDeleteBanyyak sangat persoalan lisan yang belum sesiapa jawab.
Tuan Penasihat Musang Berjanggut,
DeleteMohon sedikit nasihat dan pencerahan ttg halal haram duit hadiah 4.2billiong tu
...maka berkatalah tuan penasihat, tuan gundu lebai marang; cukuplah sekadar seekor kambing hitam untuk bayar dam. Maka sucilah segala transaksi.
DeleteRakyat malaysia boleh tidur lena kalau najib letak jawatan. Najib sendiri pun boleh tidur lena sbb rakyat x kutuk lg.
ReplyDelete...kalau tak lena juga, telanlah pil kuda. Tak gitu
Deletekalau najib nak bersihkan diri senang aje. suruh rosmah beli klorok dan rendam najib dalam klorok selama satu mlm. gerenti bersih...
ReplyDeleteBanyakkan buat umrah... siar kat tv..
DeleteYang makan dedak akan tak sokong bila dedak habis. Yang dah balun nasi kangkang, sampai lubang kubur pon akan sokong. Dapat lain kapan free pon happy habis. Kesian.
ReplyDeleteMacam mana ya orang yang mengaku diri sebagai bangsawan boleh sanggup mengkhianati berjuta2 rakyat?
DeleteAdoyai Najib...di mana maruah & harga diri kamu? Berundurlah sebelum lebih banyak celamu dibongkar satu persatu...
ReplyDeletePuak2 kau yang celaka tak Ada maruah buat fitnah siang malam 24jam..cermin diri dulu..
DeleteOi kena pukau ka anu0043 pi main jauh2 jgn komen dedak.puiih
DeleteCerita P.Ramlee pun bersambung-sambung dari Do Re Me tangkap pencuri sehingga jadi bomoh. Filem Bujang Lapuk pun bersambung-sambung jadi pendekar sampai jadi Seniman Bujang Lapuk.
ReplyDeleteMacamana UMNO buat Liwat 2 macam itu juga lah ada 1MDB siri 1 dan siri 2.
Dokumen tu dah ada tak payah minta sebab negara luar mahu Najib bertanggungjawab. Cuma kerana menjaga hubungan diplomatik dan tidak boleh mencampuri politik negara lain, dokumen tersebut tidak boleh didedahkan dan tidak dapat disahkan.
Selagi Najib,umno dan BN yg memerintah,masaalah IMDB tak akan selesai.SPRM,PAC,AG dan polis semua ikut arahan.langsung tiada integrity
ReplyDeleteBila anak2 tercedera atau kemalangan kerana kecuaian dan kealpaan mak bapak, mak bapak dipanggil dan disiasat polis, jika terbukti ada kecuaian, silap2 mak bapak masuk lokap. Tapi dlm kes 1MDB ni, bila anak buah buat hal sendiri hingga duit lesap berbilion entah ke mana, pengerusi dan penasihat aka pengasas dan boss teratas langsung tidak disentuh malah boleh pula tukar dan hentikan mereka yang menyiasat sesuka hatinta malah boleh pula sembunyi2 dokumen dari diperiksa dan dilihat penyiasat. Kalau pengerusi dan pengasas aka penasihat ni cuma seperti mak bapak2 orang biasa yang melayan penyiasat cara begitu, rasanya dah lama dan berkali2 makan terajang dan penyepak para penyiasat. Inilah tak betulnya bila bilis diminta menyiasat jerung. Kesudahannya sudah dapat diduga. Siasatan PAC terhadap Najib tak ubah macam tu lah, tak lebih dan tak kurang macam sebuah opera lawak sedih saja. Skrip sdh ditentukan agar ending opera tidak mematikan "hero" yang sebenarnya adalah "kepala penyamun dan pembelit".
ReplyDelete- "Tidak semua pihak dipanggil memberi keterangan kepada PAC. Kita ingin memanggil wakil Bank Negara dan seorang lagi bekas CEO 1MDB, Mohd Hazeem Abdul Rahman, tetapi Pengerusi PAC, Hasan Ariffin enggan berbuat demikian."
ReplyDeleteWhat do you expect from Hasan cari makan. He owe his job from PM. His parliament seat too. He's not going to throw sands into his rice bowl.
Artikel 117 M & A 1mdb dengan jelas mengatakan apa-apa transaksi perlu mendapat consent dari PM. Jangan main wayang der. Penasihat 1mdb dia, menteri MoF dia, PM pun dia. Tak lari mana pun. Semua pun pusing - pusing kat dia jugak.
ReplyDeleteUnless dia nak lepas dia petik nama bini sendiri lah.
PM hanya cerdik untuk membodoh-bodohkan rakyat,,semuanya dia sudah atur sebaik mungkin dan jadikan seorang mangsa "kambing hitam" sejak dulu tektik yang serupa di gunakan ...!!!!
ReplyDeleteAda persamaan kes altantuya? Orang upahan jadi kambing hitam.
ReplyDeletedi surga boleh pakai kambing hitam? Mukin sudah di atur oleh Mufti2 jawi dan bersangkutan . Oh...HADI/HARON DIN MUKIN DOAIN HARIAN.
ReplyDeletePenyamun menteri kita skrg dlm posisi no 5 dlm senarai pemimpin korup satu kejayaan yang amat membanggakan.i love pm + mem badak forever
ReplyDeleteTaik kau lah..
DeleteApabila pac dibuat lantikan semula maka keputusan siasatan selepas itu sudah boleh dijangka. Walaupun terdapat anggota pac dari kalangan pembangkang, namun apa yang sampai kepada mereka adalah sesuatu yang sudah ditapis oleh orang suruhan.
ReplyDeleteSebab itu kita lihat banyak perkara yang masih tergantung dalam keputusan pac. Peliknya, kenapa najib tak arahkan 1mdb menyerahkan dokumen yang diperlukan pac??
Pac mencadangkan siasatan lanjut dibuat. Akhirnya akan ada orang yang diheret kemahkamah untuk dikambing hitamkan.
Satu masa yang amat sukar untuk najib dalam mempertahankan diri. Semua jentera parti dan kerajaan dikaldaikan bagi membersihkan dirinya. Sedangkan tindakan dan tingkahlaku najib dalam menangani isu melibatkan dirinya tidak langsung mengambarkan dirinya bersih. Contoh, duit 42juta yang "termasuk" dalam akaunnya, selamba saja bagi jawapan tiada rekod. Dimana rasa tanggungjawap?? Sekiranya rakyat malaysia masih mengagong dan menyokong beliau, saya percaya najib tak akan menjadikan semua ini sebagai teladan dan sempadan dalam hidupnya. Malah ia akan lakukan lebih dasyat dari apa yang telah berlaku sekarang demi kesenangan dan kesinambungan kuasanya.
Banyak duit bolehlah pi umrah.lepaih umrah bersih sebersihnya putih bersih umpama kapas
ReplyDeleteberapa saman trafik tertunggak korang?
ReplyDeleteSalam Din,
ReplyDeleterata rata rakyat and kawan kawan yang aku jumpa semua gelak terbahak Bahak bila baca laporan pasai pac . Sapa pun tak percaya melainkan kabinet imdb and umno dedak najib.depa ingat rakyat bodoh and bengong cam depa kot ? Di kedah la nie dah banyak Muka badut lekat Kat signboard and shows how kedahan meluat Kat dia nie.
Mati hidup balik pun tak Akan percaya Harami nie...
Saya berfikiran macam ni...
ReplyDeleteKalaulah kita membeli aset pada mulanya dengan harga murah (at par) tentunya modalnya adalah rendah sahaja. Tetapi kenapa perlu berhutang RM50 Billion untuk membayar harga aset-aset yang rendah tadi.
Sekarang kalau nilai aset semasa adalah 53 Bilion dan masih untung RM3 Biliion, tetapi kita telah kehilangan aset yang pada mulanya milik kita semua (Kerajaan).
Itulah yang saya musykilkan!
Sepatutnya nilai aset sekarang RM53 Billion ditolak pembelian nilai aset dengan harga par tentunya masih banyak yang berbaki. Mungkin lebih dari separuh keuntungannya.
Itulah yang bermain difikiran saya yang mana setelah hutang 1MDB langsai nanti turut langsai adalah aset-aset yang pada mulanya telah menjadi milik kita tetapi sekarang telah bertukar tangan menjadi milik asing. Dimana yang untungnya?
Untungnya dah buat kenduri, pergi melancong, shoping.. hahahaha
DeleteIsu macam ini minta dedahkan gambar kuncu-kuncu Najib sekali.
ReplyDeleteBiar mana dia pergi silap-silap orang cam muka dia.
Inilah yang dikatakan oleh tok nenek kita dulu Menang Sorak Kampung Tergadai...
ReplyDeletepilu beb terkenang nasib anak cucu kita nanti..
Hanya pembidek penyamun penyangak anjing belaan saja yg kata tidak ada penyelewengan berlaku 30juta rakyat tetap mengutuk pemimpin yg raduah ini buatlah apa saja dosanya tidak siapa nak maafkan kecuali anjing2 belaansaja
ReplyDeleteSwiss AG adalah lebih bijak dan credible dari Apandi dhoby. Kalau dia cakpa US4billion wang 1MDB munkin diselewengkan, ia adalah fakta yg credible.
ReplyDeleteTak de beza Apandi, Khalaid dn Hasan 'cari makan' PAC. Tanggungjawab mereka adalh utk menutup kesalahan Najib. Khalid pi kacau siaataan SPRM mengenai RM42million, Apandi halang SPRM dari teruskan siasatan RM2.6billion dgn enggan mengeluarkan MLA letters dn Hasan Apandi menentukan hanya saksi yg tak akan thabitkan Najib akan dipanggil. Mcm perbicaaan mahkamah, kalau pendakwa tak panggil saksi penting, terlepaslah tertuduh.
Lagu Klasik:" Hassan budak jaga lembu..hari hari curi Kayu..kalau emak engkau tahu..tentu engkau kena palu. "
ReplyDelete"Hasnah jugak budak jahat, suka curi ikan sepat, kalau emak engkau lihat, tentu engkau kena sebat.."
Lagu sekarang: " Hassan budak jaga Najib, bohong fakta itu wajib, Kotor sapu bawah karpet, wang negara dia kelepet.."
"rosmah jugak budak jahat, suka mewah sangat dahsyat, beg mahal bertingkat tingkat, banyak guna duit rakyat.."
Hanya pembidek penyamun penyangak anjing belaan saja yg kata tidak ada penyelewengan berlaku 30juta rakyat tetap mengutuk pemimpin yg raduah ini buatlah apa saja dosanya tidak siapa nak maafkan kecuali anjing2 belaansaja
ReplyDeletePembunuhan Atlantuya pun belum bersih sampai ke hari ini...
ReplyDeleteSambungan 11.29 chorus lagu Klasik:" Hassan tidak suka Mandi, badan dia banyak daki kalau masuk keperigi, ikan habislah mati.."
ReplyDeleteLagu sekarang. Chorus: " Hassan kena pusing bijak, marah nanti Najib razak, perut sudah kenyang dedak, kena singkir tak nak tak nak.."