Mengapa tiba-tiba saja Arul Kanda Kandasamy, CEO 1MDB mengatakan syarikat pelaburan itu mungkin menjadi mangsa penipuan berhubung bayaran sebanyak AS3.51 bilion yang dibuatnya kepada Aabar Investment PJS Ltd atau Aabar BVI?
Apakah beliau sekarang sudah mula goyang dan perlahan-lahan mengakui kebenaran pelbagai pendedahan yang dibuat WSJ dan Sarawak Report sebelum ini serta penyiasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Switzerland?
Melalui pelbagai pendedahan sebelum ini, Aabar BVI dipercayai ada kaitan dengan Khadem Al Qubaishi, bekas Pengarah Urusan IPIC dan Mohamed Badawy Al Husainey, bekas Pengerusi Aabar Abu Dhabi yang merupakan anak syarikat IPIC.
Mengapa sebelum ini, 1MDB begitu mempertahankan Aabar BVI adalah anak syarikat International Petroleum Investment Corporation atau IPIC dan setiap kali dakwaan dibuat terhadap kesahihan syarikat itu, setiap kali juga akan mengatakan ia adalah tuduhan kitar semula yang diulang-ulang?
Jika benar 1MDB mangsa penipuan, malah benar-benar tidak mengetahui Aabar BVI sudah pun ditutup pada pertengahan 2015 yang lalu, siapa perancang utama penipuan itu dan seperti kata Tony Pua juga, apakah Arul yang mula menjadi CEO 1MDB pada Januari 2015, langsung tidak mengetahuinya?
Apakah perancang penipuan itu ialah Khadem Al Qubaishi dan Mohamed Badawy Al Husainey yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa antarabangsa atau ada pihak-pihak lain yang terlibat sama?
Jika benar 1MDB ditipu, apakah yang menipunya hanya dua orang Arab itu saja?
Apakah hanya merka berdua saja yang menyonglap wang sebanyak AS$3.51 bilion atau kira-kira RM14,000 juta itu dan membahagikannya sesama sendiri saja?
Tidak mungkinkah ada pihak lain tumpang semangkuk dengan wang tersebut?
Bagaimana pula dengan penyiasatan pihak berkuasa Switzerland sebagaimana yang didedahkan oleh WSJ bahawa syarikat filem anak tiri Najib, Red Granite turut mendapat manfaat daripada wang yang disalurkan melalui Aabar BVI?
Malah, adakah wujud persamaan sebagaimana yang pernah disebut oleh Red Granite sendiri kepada New York Times, pelabur utamanya ialah tokoh perniagaan Abu Dhabi, Mohamed Ahmad Al Husainey?
Apa hubungan Mohamed Ahmad Al Husainey dengan Mohamed Badawy Al Husainey?
Walaupun 1MDB juga menafikan menyalurkan sebarang dana kepada Red Granite, sama ada secara langsung atau tidak langsung, hakikat yang nampaknya mula diakui ialah syarikat pelaburan strategik itu mungkin ditipu oleh Aabar BVI.
Sedikit masa lagi, melalui keagresifan pelbagai pihak di peringkat antarabangsa untuk mendedahkan kebenaran, sama oleh media dan pihak berkuasa undang-undangnya, tembelang berkaitan Aabar BVI itu pasti akan terdedah juga akhirnya.
Selain itu, persoalan mengenai kehilangan wang yang dikaitkan dengan 1MDB sebenarnya tidak saja melibatkan RM14,000 juta itu saja, tetapi dalam banyak kesangsian lain seperti sama ada pelaburan di Pulau Cayman sebanyak AS$2.318 bilion sudah dibawa balik atau tidak, AS$700 juta dan AS$330 juta yang dibayar kepada Good Star milik Jho Low, AS$940 juta yang disimpan dalam bentuk unit di BSI Bank Singapura dan AS1.56 bilion yang dilabur dalam 1MDB Global Investment Ltd.
Secara keseluruhannya, jumlah wang yang dipercayai hilang melalui 1MDB ialah sebanyak AS$7 bilion atau kira-kira RM28,000 juta.
Dan untuk makluman makcik Felda, jika RM1 juta dalam wang kertas RM50 mungkin lebih kurang sama saiznya dengan seguni baja kelapa sawit, bayangkan jika guni baja itu ditimbun sebanyak 28,000 kampit di tepi ladang mereka.
Dalam hal ini memang melucukan apabila Najib hanya membangkitkan soal RM42,000 juta yang dipertahankannya sebagai tidak hilang, namun langsung tidak berani menyentuh mengenai kehilangan RM28,000 juta atau setidak-tidaknya mengenai RM14,000 juta yang dibayar kepada Aabar BVI yang akhirnya bak kata Mahfuz Omar, adalah sebuah syarikat jebon semata-mata.
Jika tanda-tanda sudah mula kelihatan bahawa 1MDB mengakui ia mungkin mangsa penipuan, siapakah yang sepatutnya dipertanggungjawabkan?
Bekas CEO, Lembaga Pengarah atau Pengerusi Lembaga Penasihat yang tandatangannya adalah wajib dalam setiap urusan?
Yang pasti, 30 juta rakyat Malaysialah menanggung beban kehilangan tersebut. (SH 14/04/2016).
Kalau kena tipu mesti buat aduan kepada polis. Kalau tidak makna dia bersekongkol.
ReplyDeleteAnon 11.18,
DeleteYang pelik nya Arul saja rasa kena tipu yang lain terutama Najib tak rasa pun ,mungkin yang tak rasa ini depa dah rasa duit songlap 1MDB ,
Persoalannya mana pergi wang tersebut setelah IPIC dan Aabar tidak mengaku mereka ada terima wang dari 1MDB dan terlibat berurus niaga dengan 1MDB nampaknya mimpi ngeri najib baru nak mula....padan muka kita lihat drama seterusnya .
Kuncu kuncu ,menteri menteri dan pemakan dedak lebih baik tinggalkan najib nanti terpalit sama badinya.
mACAM MANA NAK RASA KENA TIPU SEBAB DIA YANG MENIPU
DeleteDerma rakyat marhaen kepada najis.
ReplyDeleteskim jebon untuk merompak duit rakyat.
ReplyDeleteKalau nampak ular dengan k#$*!* kita bunuh mana satu dulu?
ReplyDeleteNak wat camner..., yg tampuk2 tinggal yg tolol2...
ReplyDeleteSedihnya, yg diperintah pulak, majoritinya 'lebih tolol' dari itu - yg hanya pandai mengangguk2...
Satu hujung, bapak tiri sign bayar cek billion2...satu hujung lagi kawan baik Cina gemuk dan anak tiri terima duit bayaran, berdekah2 menari dgn Paris Hilton durian runtoh!!!!
ReplyDeleteTak perlu jadi saintis roket nak kata ni bukan kes mangsa penipuan tapi kes mangsa tamak haloba seduttt
Hasil PAC tidak menunjuk 1MDB ada lah mangsa penipuan.
ReplyDeleteSiasatan pihak berkuasa luar negara ia lah untuk mengetahui punca nya atau cari orang yang mengetuai komplot. Orang ini lah Ketua nya yang memasukkan duit ke akaun lain dan akhirnya masuk semula ke akaun nya.
Salleh S Keruak akan jelaskan.....
ReplyDeleteHa ha ha Boleh, tapi nak kena tunggu taburan dedak dulu.
Deletementeri 3.85 x pandai jawab meeeh???
DeleteRealiti menteri di Malaysia hari ini."Yang remeh dan Yang temeh berlegar disekililingmu,buatlah....buatlah....buatlah tak tahu..Rela jadi TUNGGUL,rela jadi PATUNG tunggu di Lelong...suruh angguk-angguk,suruh geleng-gelang, ohhh...pujilah...ampulah aku senang hidupmu..ada tangan Tadah, ada maruah campak...
ReplyDeleteRealiti menteri di Malaysia hari ini."Yang remeh dan Yang temeh berlegar disekililingmu,buatlah....buatlah....buatlah tak tahu..Rela jadi TUNGGUL,rela jadi PATUNG tunggu di Lelong...suruh angguk-angguk,suruh geleng-gelang, ohhh...pujilah...ampulah aku senang hidupmu..ada tangan Tadah, ada maruah campak...
ReplyDeleteTipah Tertipu...!!!
ReplyDeleteTipah Tertipu...!!!
Ini lah sandiwara dunia yang fa'na ini...!!!
Lu rakyat tak boleh tipu!
DeleteSaya seorang Sultan Tipu Ulung saja!
Kalau nasi kanda saya bagi makan, sila lah!
Ada pemimpin, pemimpin pulak buat hal.
ReplyDeleteMangsa penipuan apa? Bila orang buat lapuran supaya di siasat, tuduh yang buat lapuran nak sabotaj ekonomi negara dan mengancam keselamatan negara.
ReplyDeleteIni bukan mangsa penipuan. Tetapi mangsa di pukau. Mereka baru tersedar dari pukau.
Dah lah keselamatan perairan negara di bolosi, kehadiran pendatang tidak terkawal, sekarang boleh kena tipu !!
Yang tang boleh kena tipu ini yang tak masuk akal.
Orang yang kena tipu macam ini ialah orang yang tamak, nak cepat kaya dan juga sama-sama kuat menipu nya.
Tipu tak tipu. Itu kau punya pasal. Tapi memang sah RM 3.5 billion kau orang yang punya kerja.
Macam Tun Mahathir kata mana dokumen nya ? Tak kira lah apa pun, mesti ada dokumen.
Setuju.
DeleteDulu bila Tun Mahathir kata ada duit hilang, dia org kata fitnah. Dah tu sekarang memang betul pun.
Masa keluar laporan dlm WSJ dan Sarawak Report semua kata fitnah sampai blog SR diblock.
Perasan tak semua maklumat penyelewengan datang dari siasatan pihak luar bukan dari pihak pengurusan 1MDB.
Semua dikantoikan oleh pihak luar.
Org luar yg bagitau kita rumah kita bocor berlubang sana sini.
Sedang kita yg duduk dlm rumah tak tahu menahu rupanya ada kebocoran.
Sungguh memalukan.
Wahai anjing2 penyamun penyagak pengampu dan pemakan dedak apakah inilah sykat yg terulung termaju yg teruntung termashor diseluruh dunia kan ramai yg kaya sampai duit masuk akaun sendiri pun tuan empunya akaun tak tahu he he hebat malaysia tanah air ku
ReplyDeletePM HALOBA BANGANG AKA MENTERI KEWANGAN PEMBELIT AKA PENGERUSI DAN PENASIHAT 1MDB BENGAP WAJIB DIPERSALAHKAN. KALAU SEMUA DIA TAK TAHU MENAHU, HARAM JADAH APA JADI PM, MENTERI KEWANGAN, PENGERUSI DAN PENASIHAT 1MDB. KAN ELOK PERGI MAMPOS DAN JAHNAM LAGI BAIK DAN AFDAL DARIPADA MENYUSAHKAN BERJUTA2 RAKYAT MALAYSIA
ReplyDeleteBro slow sikit, kang kena tangkap kang. Dia org ada OSA, ingat tu.
DeleteNajib Razak dan regim ni adalah puak penyamun, perompak dan pembelit siang hari, tak segan silu dan takut menyamun hak rakyat. Depa ni elok sumbat dalam tong taik lagi baik. Dah terang2 berak dan mencirit tengah jalan boleh tak mengaku lagi. Haram jadah betoi puak laknat ni. Kalau Islam memnbenarkan orang macam ni dibunuh, rasanya dah lama mampos puak ni dikerjakan.
ReplyDeleteTak menjadi masaalah bagi pemimpin kalau keadaan dah kantoi...buatlah UMRAH ke? Selawat/zkir perdana ke?
ReplyDeleteSungguh melucukan apabila lihat Najib...Ku Nan...Khir Baharom...Zahid...Hishamudin...pakai jubah dan ketayap putih....konon2 dalam golongan orang2 alim.
Lakonan beginilah yang paling bahaya sekali...pasal orang2 kampong akan mempercayai yang tidak mungkin pemimpin2 UMNO menipu mereka...kalaulah orang Jepunlah majoriti Islam kat negara ini...penipuan macam ni tak akan berjaya...
Tu ler..Mcm pelik bila puak2 ni berjubah.......Tun xda pun nak paakai jubah....Ni nak tunjuk alim konon n tak buat benda2 tak elok....Org mcm mi memg bahaya.......
DeletePuak berjubah ni buat duit ni fan segala khazanah negara mcm duit bapak dia orang saja bukan duit rakyat.
DeleteSebab apa? Sebab mereka menteri. Sebab mereka berkuasa nak buat apa saja.
Bagi mereka rakyat nak hidup boleh pergi pi kait kelapa sawit toreh getah pukat ikan atau pun pi tanam padi saja. Ini saja hak rakyat.
Bro 13.12, tak per bro, bia dia org berlakon. Lagi dia org belakon lagi le Allah bagi bala. Betambah le dosa. Sok lagi Allah tunjukkan jahat dia org. Dia org tak percayakan Allah agaknya. Tu yg jadi berani menipu dan menipu.
DeleteSkrg sejak keluar penafian IPIC tu.....pengampu2 jibby semua senyap.....tersedak kot......termasuk komen2 dari Penjilat taik Najib ni....Dah xda...kah..kah..kah.........Dulu kata semua fitnah...Last2 apa yg dilapurkan semuanya benar......AG Swistzelnd pun dan minta MLA dgn Singapore dan luxemburge.........Tunggu masa FBI plak......
ReplyDeleteAda penipuan..pegi balai polis..di balai polis..polis tak de...hahahahaha
ReplyDeleteGi mahkamah...di mahkamah...mahkamah dah tutup....hahahaha
Lawak pokitik kerajaan....
Salam,
ReplyDeleteAuditor Delloitte pun boleh kena kencing. PAC kena kencing. 1Malaysia kena kencing.
Jadi keputusan PAC baru - baru ini boleh kira "void" sebab maklumat dah berubah. Sekarang persoalannya, siapa yang suruh bayar pada IPIC BVI? IPIC, BOA, BOD, CEO atau PM?
Sebab masa pembayaran dibuat, Artikel 117 masih diguna pakai. Confirm PM sign yang disaksikan wakil MoF inc dan wakil IMDB. Tapi masalahnya, wakilnya semua orang yang sama iaitu Najib. Macamana PAC kata Najib tidak terlibat?
Dalam hansard PAC, tiada langsung wakil dari MKD atau MoF sendiri selain dari Najib, mereka semua menafikan penglibatan atau pengetahuan tentang urusan 1MDB.
TQ
'syarikat filem anak tiri Najib, Red Granite turut mendapat manfaat daripada wang yang disalurkan melalui Aabar BVI'
ReplyDeleteKena ucap tahniah dekat anak tiri Mohd Najib sebab berjaya tipu syarikat yg tipu 1MDB. Sekurang2nya dapat balik duit 1MDB walaupun ke dalam kocek sorang rakyat Malaysia.
Tahniah Reza Aziz. Lepas ni buat filem 'Wolf of Seri Perdana' pulak, boleh?
Wolf of pekan versus wolf of rembau.
DeleteKarabau jantan kota belud vs Ular sawa umno
Delete....ularmark of marang
Deleteciiss cerita pasal binatang2 saja
Deleteptui
Cakap jangan sebarangan.....kang korang kena timpa daulat panglima/pahlawan Islam kang...!!
DeleteArul gempaq seolah-olah penipuan berlaku semalam. Pundek punya budak!
ReplyDeleteKalau tak silap pemindahan $3.5b ke akaun Aabar BVI tu berlaku pada tahun 2014, bermakna lebih 2 tahun dahulu 1MDB adalah dlm seliaan beliau.
Arul juga terkilan kenapa IPIC hanya sekarang gempaq (seloah-olah pemidahan itu berlaku semalam). Sekali lagi pundek hang, bukan main sikit punya sandiwara.
Bermakna dlm tempuh lebih 2 tahun itu tiada seorang pun gempaq.
Tak kan odit luar pun tak gempaq? Kita bercerita pemindahan RM14b yang amat besar sekali tetapi mereka mendapati pemindahan itu suci daripada debu?
Tak kan odit luar tidak menyemak ke akaun siapa pemindahan itu dibuat memandangkan begitu banyak duit yang hendak dipindah? Apa kah odit luar itu kes bangang?
Dei Arul, hang pi kat BVI dan mintak perincian siapa empunya akaun Aabar BVI tu. Lepas tu hang gempaq satu Malaysia tentang tuan empunya akaun tu. Sila buat.
Hendak seribu daya hendak tipu seribu dalih. Hang ni dah nak masuk dalam bab persekongkolan.
Silap tu Bang, dei pegi BVI makan angin jelah... Co dah tutup lepas duit masuk. Hahaha. Memang skim penyangat mcm tu satu co bukak utk sekali sedutje.. Nati oditke apa, interpol cari nama nya safe haven.. Cayman, BVI seme tempat sedut
DeleteBetul ke Arul punya hal atau dia mengikut "arahan"??
DeleteRM28B hilang tidak ada jawab, si Najib diam sahaja, tidak terperanjat langsung. si Arul baru sedar atau buat-buat sedar sebab lbang tidak boleh tutup lagi. Kalau ditipu pergi report polis segera, apa yang ditunggu lagi. menteri-menteri jebon najib diam seribu bahasa.
ReplyDeletejangan sampai nanti dia kata Tun M yang hilangkan duit 1MDB !!!!. Sekarang rahsia najib bukan Tun yang selongkar tapi akhirnya kebenaran akan muncul. Najib tunggu apa lagi, ada maruah diri ke, ingatlah awak tu bawa legasi Tun Razak, jangan cemarkan. Letak jawatan segera, lagi segera lagi bagus, ada maruah sikit.
Sudah sudah lah kita melalak PM masih teguh dan makin kuat yg dok mengampu dok sokong dia ramai dia makin selesa xde siapa bleh sentuh dia dah tunggu dia mati dan kena seksa dlm kubur jer lah
ReplyDeleteArul sudah tidak ada pilihan lain lalu terpaksa mengaku berlaku penipuan. Selama ini, tidak pernah dia terfikir berlaku penipuan. Hanya sekarang selepas AG Swiss membuat kenyataan, baru Arul terbangun dan melihat kebenaran. Sebelum ini, WSJ, SR dan The Edge turut dengan lantangnya membuat kenyataan sama tetapi tidak dipedulikan sama sekali oleh Arul. Malah Arul boleh menyanggah dengan angkuhnya mengatakan yang mereka terlibat dalam konspirasi memalukan 1mdb yang diketuai oleh Najib bin Tun Razak, seorang yang mengakui dirinya Pahlawan Bugis tetapi ayahnya pula adalah tokoh Melayu yang disegani dan dihormati.
ReplyDeleteOleh kerana AG Swiss ini hebat sangat sampai membolehkan Arul melihat kebenaran, maka kerajaan Malaysia patut mencari jalan bagaimana mereka boleh mendapatkan perkhidmatan AG Swiss ini kerana nampaknya tidak ada orang di Negara ini yang sebijak dan sepandai AG Swiss ini sampai Arul akhirnya boleh melihat dan terima kenyataan bahawa 1mdb telah tertipu, ditipu dan menipu.
You are so great Mr Swiss AG !!
ada diorang buat report tak bahawa diorang dah ditipu? takde kan?
ReplyDeleteso jangan percaya auta si kanda arul tu. bank statements pun pura2 tak faham. nampak sangat penipu.
Tahniah bang budin.. Teruskn pembongkaran, andaian2 berasas tuan.. Mmg terbaik, cegah sebelum parah..
ReplyDeleteSi Alor Kandang ni baik cepat belah dari Mesia sebab apajua tembelang dia dok cuba cover dah habis terlondeh lah ni!
ReplyDeleteAdakah ARUL masih menafikan yang wang 1MDB masuk ke akaun Najib
ReplyDeleteMuka Arul dan muka Najib tak ada rupa mangsa penipuan pun.
ReplyDeleteTak ada rasa kesal dan keciwa macam orang kena tipu.
Orang kena tipu tergesa-gesa buat mesyuarat tergempar.
Dari ke najib, Arul kanda, hassan ariffin hinggalah sampai kepada macai2 pemakan dedak, mereka semua tu spesis yang "kecik2 dulu tak nak mampus. Dah besar sekarang ni menyusahkan rakyat malaysia sampaikan kepada bayi yang baru lahir pun dah ada hutang puluh2 ribu". Masih lagi rakyat Malaysia nak UMNO memimpin negara ni????Kalau bagi kat PAS pun 2 x 5 gak! Pak2 Lebai tu bukan reti apa2 pun. Tu yang puak2 serban tu ingat kalau belanjawan negara tak lulus kakitangan kerajaan tak dapat gaji! Apa lah bangangnya puak2 ni! Lagak lebih tapi otak singkat sama je macam Najib dan geng2 macai UMNOnya.
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.
DARI AWAL PUN PM NAJIB BERKALI KALI MENIPU KERANA REALITINYA 1MDB NI MEMANG DIPROJEKKAN UTK MENIPU. 1 MALAYSIA DI BODOHKAN. 1 MALAYSIA DI BAHLOLKAN 1 MALAYSIA DI BAGHALKAN OLEH LAKI BINI PUAKA DAN REGIM SEPETNYA.
ReplyDeleteSETUJU...!!!
DeleteLaporan PAC tidak dapat kesan penipiuan bayaran kepada BVI, sahlah Laporan PAC ini setaraf tisu najis yang sudah digunakan.
ReplyDelete1MDB diwujudkan oleh Najib untuk menipu dan mencuri harta negara dengan bertopengkan syarikat pelaburan strategik sebagai alat beliau dan team menggunakan wang rakyat wang kerajaan asset kerajaan sebagai modal mudah bagi mereka melabur dalam pelbagai perniagaan di luar negara, misalnya membeli hartanah, movie production dll yang kesemuanya atas kapasiti peribadi mereka bukan atas kapasiti negara. Penipu pencuri scammers.
ReplyDeleteKalau bukan krn Jho Lho kawan rapat Riza Aziz, tak mungkin Jho Lho rapat dgn Rosmah dan lakinya Najib Razak. Kerana rapat dan kamcenglah maka Jho Lho dpt projek TIA yg kmdn di 1MDB kan. Klu bkn krn Jho Lho, PM Najib tak kan kenal 2 Arab penipu IPIC dan Aabar tu. Semuanya krn Jho Lho yg memberi jalan buat laki bini Najib Rosmah. Dan klu Riza Aziz bkn anak Najib Rosmah, jangan harap ratusan juta mudah masuk ke syarikat filem lucah Riza Aziz yg tak pernah orang Hollywood kenal sebelumnya. Adakah Aabar dan IPIC terlalu bodoh nak buang ratusan juta duit senang2 pada sykt cap ayam yg tak pernah orang kenal pun kalau bukan krn ada link dan planning bersama para penyamun berkenaan utk buat begitu. Tak payah cakaplah soal kebetulan krn memangnya puak penyamun dajal ni dah rancang begitu. Ini semua hasil kowtim china sepet Penang tu dgn laki bini Rosmah Najib dan Riza Aziz yg China kenal lama masa study dulu jadi jambatan dia mendekati Rosmah Najib utk bersama merembat duit rakyat. Inilah sebabnya Jho Lho ni bagaikan kebal tak dipanggil langsung oleh PAC dan SPRM krn Rosmah Najib adalah penghalangnya. Aku setuju sangat klu org cakap laki bini dua orang tu memang lanun jenis puaka. Nafsu mewah Rosmah tu luar biasa, pariah yang mengidam jadi brahmin atau gelandangan yg teringin menjadi raja.
ReplyDeleteSi Arul kanda betul betul punya son of the gun aka "anak pistol"
ReplyDeleteDei alur(longkang)arul tony pua nak debat mcm2 alasan sampai dia kena pilih antara pac dan debat skrg apa crita.belit2 senditi terperangkap.kmu juga harus dihukum dan harta benda disita.
ReplyDelete