Berdepan kritikan dan syak wasangka pelbagai pihak tentang kemungkinan sudah membuat pusingan U, berpaling tadah dan menerima dedak berikutan secara terbuka meminta maaf kepada Najib Razak di majlis memperingati 10 tahun pemergian Tun Ghafar Baba Ahad lalu, Tamrin berkata, prinsipnya bersama dalam perjuangan untuk menyelamatkan negara ini tidak pernah berubah.
"Itu prinsipnya, malah sebelum program di Melaka itu saya juga sudah memaklumkan kepada Tun Mahathir Mohamad mengenainya dan beliau memahaminya," kata Tamrin lagi.
Sehubungan itu, jelas Tamrin, isu sama ada beliau sudah membuat pusingan U, berpaling tadah atau menerima dedak daripada Najib tidak berbangkit sama sekali.
Sabtu lalu, ketika majlis memperingati 10 tahun pemergian Tun Ghafar Baba di Bukit Peringgit, Melaka yang turut dihadiri oleh Najib, ucapan Tamrin yang meminta maaf kepada Perdana Menteri telah menjadi viral di media sosial dan dalam perbualan umum serta dikaitkan dengan pendirian politiknya.
Tamrin sebelum pilihanraya 2013 lalu telah keluar UMNO dan menyertai Pas. Beliau bagaimanapun kemudiannya meninggalkan Pas dan kekal tidak menyertai mana-mana parti sehingga kini, tetapi kerap muncul bersama Tun Mahathir sejak timbulnya isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang melibatkan Najib.
Menjelaskan tindakannya meminta maaf di majlis yang dihadiri Najib dan sebahagian besar pemimpin UMNO itu, Tamrin berkata, beliau bukan saja meminta maaf kepada Najib, tetapi juga kepada semua yang hadir atas kelemahannya sebagai manusia dan jika terdapat sebarang kesalahan yang dilakukannya terhadap mereka.
Menurut beliau, meminta maaf itu hanya menunjukkan sikap merendah dirinya sebagai manusia yang beragama Islam terhadap sesama manusia yang lain.
"Ia tidak lebih daripada itu, lagi pun bukankah saling meminta maaf itu amat digalakkan dalam Islam?
"Selain itu, kita juga tidak tahu bila masanya kita akan dipanggil mengadap Tuhan, maka ada baiknya saya meminta maaf secara terbuka kerana saya juga banyak mengkritik mereka secara terbuka," tambahnya lagi.
Mengenai projek menaiktaraf Memorial Tun Ghafar yang diumumkan oleh Najib ketika majlis tersebut, beliau menjelaskan ia bukanlah perkara baru, malah sudah diluluskan kira-kira sembilan tahun lalu ketika Rais Yatim menjadi Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Pelancongan lagi.
Namun, katanya, projek itu tertangguh sekian lama berikutan difahamkan kerajaan tiada peruntukan kewangan untuk melaksanakannya.
Kata Tamrin, projek menaiktaraf Memorial Tun Ghafar menjadi bangunan dua setengah tingkat adalah di bawah Arkib Negara, sebuah agensi di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan beliau tidak terlibat sedikit pun dengannya.
Jelasnya, beliau menyerahkan sepenuhnya mengenai pembinaan dan apa-apa yang berkaitan dengan memorial itu kepada kerajaan untuk menguruskannya.
"Bagi saya yang penting ialah pembinaan Memorial Tun Ghafar itu menjadi kenyataan kerana ia merupakan sesuatu yang bernilai dari segi sejarah dan juga kepada generasi muda," jelasnya lagi. (SH 25/04/2016).
Budin,
ReplyDeleteMengenai Tamrin ini saya rasa tak yah nak jadi isu la,kerana hal tamrin ini tak boleh nak ubah apa apa sentimen pun,malah individu ini pun yang kerap berubah parti sudah boleh menjelaskan keperibadian beliau,cuma disini saya rasa siTamrin mungkin dia malu alah sebab kerajaan Najib telah menganjur satu majlis dan membina memorial bapa nya jadi kena la rendah diri sikit sebab mengenang bapa yang telah berjasa.
Budin nanti kamu tengok blog ini akan dipenuhi oleh entri tah apa apa yang merepek dengan hal tak relevan dgn tajuk di nyatakan oleh penulis.
Nampaknya, dalam bahasa Melayu, "meminta maaf" tak lagi bermakna "meminta maaf".
ReplyDeletePatutlah pencuri boleh menafi mencuri ....
Sumbangan org yg tanam padi lebih hebat. Sumbangan nelayan juga hebat
DeleteSumbangan tukang jahit juga hebat.
sumbangan guru juga hebat
dan lain lain lagi. Mereka tak kecoh pun..
Budin,
ReplyDeleteMengenai Tamrin ini saya rasa tak yah nak jadi isu la,kerana hal tamrin ini tak boleh nak ubah apa apa sentimen pun,malah individu ini pun yang kerap berubah parti sudah boleh menjelaskan keperibadian beliau,cuma disini saya rasa siTamrin mungkin dia malu alah sebab kerajaan Najib telah menganjur satu majlis dan membina memorial bapa nya jadi kena la rendah diri sikit sebab mengenang bapa yang telah berjasa.
Budin nanti kamu tengok blog ini akan dipenuhi oleh entri tah apa apa yang merepek dengan hal tak relevan dgn tajuk di nyatakan oleh penulis.
Kenapa kita perlu bersangka buruk kpd Tamrin?
ReplyDeleteJasa Tun Abdul Ghaffar Baba tak kurang besarnya dgn jasa Tun Abdul Razak terhadap orang orang Melayu. Mereka mempunyai sejarah perjuangan yg sama2 hebat dan diperakui oleh semua orang orang Melayu.
Bagi pendapat saya tak salah kalau Tamrin menghadirinya dan tak salah untuk Tamrin memohon maaf kepada sesiapa sekali pun najib kerana ini adalah adat manusia. Tak semestinya bermaaf maafan hanya semasa hari raya sahaja. Inilah mulianya bangsa kita.
Kawan tetap kawan. Politik tetap politik.
Tuhan pun tak menyuruh kita memutuskan silaturahim.
En Shah,
ReplyDeleteSaya rasa cuba anda ulas berkenaan isu IPIC dan hutang 1MDB yang najib dan kuncu kuncu nya dah terkantoi,tanah TRX yang dibuat sebagai jaminan kerajaan dah sekarang kmungkinan besar akan hangus melayang tergadai tak boleh diselamatkan ,ingat tabung haji dan wang simpanan pekerja yang digunakan akan hilang lesap sebab beli tanah TRX yang tak boleh pindah milih sebab digadai sebagai swap entities(harta).Isu ini lagi bagus daripada siTamrin ini.
Kerana hutang 1MDB, Malaysia sudah mula dijajah. Tapi ramai yg tak mau sedar, hingga dah benjol kepala baru nak tengadah.
DeleteInilah akibatnya mempunyai PM - Pembohong Mega.
ReplyDeleteinagt pun kerana ada sebab bukan betul punya ingat
ReplyDeletemanapi duit habis nak buat memorial tu pun tak boleh siap
ini semua muka tak boleh percaya punya
pi mampuih la lagi baik
Masalah nya projek itu tertangguh sekian lama berikutan difahamkan kerajaan tiada peruntukan kewangan untuk melaksanakannya.
ReplyDeleteMasa ekonomi ok ... negara tak berhutang sampai berbillion, tertangguh tapi sekarang boleh bina pulak.
Kalau sekian lama tertangguh mengapa tak tunggu selepas Najib di pecat.
Barangkali selepas ini lagi sukar untuk mendapatkan tanda tangan rakyat untuk menyokong deklarasi mendesak Najib letak jawatan.
Yang mana lebih diutamakan ? UMNO kalau buat apa benda tidak ada yang tak menguntungkan pemimpin mereka.
dalam Islam, memang meminta maaf sesama manusia digalakkan. Tetapi satu pihak yang memohon maaf mestilah terlebih dulu menyedari sama ada dia telah meakukan kesalahan kepada yang memohon maaf. Apabila kita mengkritik Najib akibat segala porak peranda yang berlaku kepada negara, ini bukan kesalahan. Dalam Islam diwajibkan mengkritik malah menentang pemerintah yang rasuah, salahguna kuasa dan membawa penderitaan kepada rakyat. mengkritik pemimpin zalim dan rasuah bukanlah satu dosa, tetapi Islam menerimanya sebagai berani dan diberi ganjaran. maka sebab itulah, dalam sejarah islam banyak pejuang tulen sehingga sanggup berperang dengan pemerintah zalim. Sayapun tidak tahu apa alasan Tamrin perlu meminta maaf secara terbuka kepada Najib. Justeru seolah-olah dia berasa bersalah dan najib adalah pemimpin maksum atau bersih dari segala-galanya. Tamrin perlu sedar, memorial ayahnya Tun Ghafar dibina bukan dari sumbangan peribadi Najib tetapi adalah peruntukan duit kerajaan (duit rakyat) sebagai mengenang pemimpin seperti ayahnya yang banyak berjasa. Saya harap Tamrin tidak keliru dengan perkara ini. Kita lihat nanti, selepas ini adakah Tamrin akan terus lantang bersuara atau sekadar diam saja. kalu ini terjadi, maka kita faham-faham sajalah. Hanya dirinya saja yang tahu.
ReplyDeleteAku setuju dengan pendapat ko!
DeletePendapat yg jujur n tepat...TQ sudi berkongsi
Aku setuju 4.2B peratus!
Tamrin pun mengaku yang prinsipnya tak berubah, iaitu macam dedalu mana pokok rimbun dia melekat.
ReplyDelete