Wednesday, 6 April 2016

EZAM TIDAK LAGI BERSAMA NAJIB, SUDAH LETAK JAWATAN PENGARAH KOMUNIKASI MOF

Hari ini ramai penyokong Najib Razak "terkejut beruk"  dengan kenyataan Ezam Mohd Nor yang menyifatkan langkah penahanan Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA sebagai langkah ke belakang oleh kerajaan.

Meluahkan di laman Facebooknya, Ezam berkata, "menahan Rafizi atau sesiapa pun di bawah OSA adalah salah dan langkah ke belakang."

"Saya sudah tegaskan berkali-kali, baca hujah penghakiman KN Segara pada 2003 yang membebaskan saya setelah dua tahun ditahan.

"Penahanan itu diputuskan salah. Banyak ruang pencabulan hak membongkar rasuah dalam kes itu. Penahanan OSA mesti atas asas keselamatan negara semata-mata, bukan alasan lain," tegas Ezam.

Pendirian Ezam itu menyusul selepas sekian banyak bantahan diluahkan terhadap penahanan Rafizi yang ditahan dibawah OSA kerana mendedahkan apa yang dianggap maklumat sulit dalam isu berkaitan LTAT dan 1MDB, lebih-lebih lagi kerana beliau juga ditahan di Parlimen.

Bagi yang mengenali Ezam, mereka menyifatkan kenyataannya itu adalah berikutan apa yang dihadapi Rafizi sekarang sudah dilaluinya sebelum ini.

Lantaran itu, Ezam berhak meluahkan isi hati dan kebenaran berkaitan penahanan Rafizi itu.

Namun, bagi penyokong atau cai Najib, ramai yang "melompat"  dengan kenyataan itu, apatah lagi Ezam diketahui umum dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan sejak Mac 2014 untuk membantu Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam menangani isu-isu berkaitan langkah transformasi ekonomi agar lebih rancak dan berkesan.

Sebelum itu pula,  Ezam juga dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sejak 2010, namun kemudian meletakkan jawatan untuk berkhidmat sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan.

Apa sudah jadi dengan Ezam, dapat macam-macam daripada Najib tetapi tiba-tiba tak sokong "boss"  sendiri, demikian antara luahan raza kecewa para penyokong Najib.

Dalam hal ini, seorang  kenalan rapatnya memberitahu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan sejak 1 April yang lalu.

Walaupun kontraknya masih ada sehingga tahun depan, beliau memutuskan ingin berundur lebih awal daripada jawatan tersebut, kata kenalannya itu.

Kenalan itu juga berkata, antara sebab Ezam meletakkan jawatan ialah kerana tidak sanggup lagi "melihat terlalu banyak benda-benda tidak baik melintas  di depan matanya"  semasa berkhidmat di Kementerian Kewangan itu.

Selain itu, kata kenalan itu lagi, Ezam juga kecewa kerana wujud pertentangan yang ketara antara lafaz kata dan perbuatan yang dilakukan oleh Najib sejak akhir-akhir ini.

Ditanya mengenai pendirian Ezam, kenalan itu berkata, "secara mudahnya beliau bolehlah dianggap tidak lagi menyokong Najib sekarang ini."

Kenalan itu turut mengesahkan Ezam kini banyak menghabiskan masanya di Indonesia dan dijangka tampil dengan satu "projek khas" demi negara tidak lama lagi.  (SH 06/04/2016.

53 comments:

  1. Elok la tu Ezam.masih belum terlewat.
    Mari sama-sama lawan kemungkaran dan penyelewengan.buang yang keruh ambil yang jernih.
    Negara lebih penting dari individu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dengar dari ezam, ...Hassan Ali, zul nordin; senyap je.

      Delete
    2. Tak lama lgi Izam akn d tangkap atas kesalahan yg d ada2kan.

      Delete
    3. Tak lama lgi Izam akn d tangkap atas kesalahan yg d ada2kan.

      Delete
    4. wowwww,peluang terbaik untuk penasihat penasihat dari parti lebai untuk mengisi kekosongan jawatan yg ditinggalkan oleh Ezam...ke guaner Din?

      Delete
    5. Tahniah pada ezam kerana berprinsip.at least dia tak termasuk dalam golongan pemakan dedak

      Delete
    6. ezam KKS(kurang kasih saying) dari najib. Dulu KKS dgn bang nuar

      Delete
    7. Hari ini rakyat tak fikir hal parti lagi dah.
      Kepentingan dan masa depan lebih penting
      Najib setakat cakap besar bolehlah
      Habuk pun tarak.
      Laki bini gila glamour punya manusia

      Delete
  2. Elok betul jika Ezam bekerjasama rapat dgn Rafizi. Demi negara Ezam segera buang yg keruh ambillah yg jernih. Rapatkan saf kepimpinan PKR dan Amanah dalam PH. DAP takda masalah besar.

    ReplyDelete
  3. Bukankah LTAT tengah berkira-kira untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi? Kenapa tak boleh tunggu? Rafizi kena ambush di luar bangunan parlimen bukan pasal dokumen LTAT tu sangat tetapi lebih kepada komen-komen beliau yang mengugut untuk mendedahkan senarai nama pesara tentera yang belum menerima gratuiti dan juga pendedahan beliau yang mengatakan hanya penerima BR1M sahaja yang layak menerima pembiayaan penuh ptptn. Isu-Isu ini sangat sensitif kepada kerajaan pada waktu ini. So it is a matter of time before they will act. Mat Saleh kata Rafizi just hit a raw nerve..

    ReplyDelete
  4. 1. Suatu yang sangat menghairankan saya ialah bila pemimpin yang tidak berkuasa seperti Tun Mahathir dikecam dan diserang oleh penjilat dan pencium tangannya satu ketika dahulu yang terdiri daripada pemimpin Umno Bn. Tun M bersalah, Tun M pengkhinat, Tun M hendak jatuhkan Kerajaan Melayu pakat dengan Cina dan macam-macam lagi kesalahan Tun disebut Umno Bn. Politik hari ini seolah-olahnya Umno Bn Pembangkang dan Tun M Masih Perdana Menteri.
    MENYALAHKAN TUN M : UMNO MENDEDAH KEBODOHAN SENDIRI.
    2. Kini kenyataan terbaru Tan Seri Anuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN yang menyalah Tun Mahathir atas kegagalan Proton adalah suatu yang sangat memalukan dan menyerlahkan sifat tolol diri sendiri, Umno/Bn dan Kerajaan.

    3. Kenyataan mereka bila dibaca menjadikan pembaca termuntah. Apa tidaknya, kecaman terhadap Tun M hanya selepas Tun M tidak berkuasa dan melepaskan semua jawatan lantikan termasuk dalam Proton. Umno Bn sedang berperang dengan Pemimpin pencen walhal dahulunya semasa Tun Berkuasa sebagai PM mereka inilah menjilat dan mencium tangan Tun M berulang-ulang.

    TUN M HANYA BERSALAH KERANA MAHU NAJIB UNDUR.

    4. Persoalan saya, kalau pimpinan Umno Bn hari ini menyatakan kesalahan lampau Tun M, di mana mereka pada waktu itu? Kenapa mereka mendiamkan diri? Kenapa hari ini baru mereka menghasut rakyat untuk menyalahkan Tun M? Mengaku sahajalah kamu semua bodoh dan bacul. Keberanian kamu hanya pada orang yang sudah tidak lagi berkuasa. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana hendak menyembunyikan jenayah PM Najib yang berkuasa.

    5. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana Tun M mahu Najib berundur dan reformasi negara mesti disegerakan. Kalau Tun M tak minta Najib undur pasti Tun tidak salah. Proton bawah pimpinan Tun menyerlah. Proton idea Tun kebanggaan Malaysia. Proton lambang Malaysia Boleh. Macam-macam lagi ungkapan puji pada Tun. Buat Najib dan pemimpin Umno Bn, berhentilah memperbodoh dan menakutkan rakyat. Kepada seluruh rakyat jangan sembunyi dan lindungi jenayah pemimpin yang berkuasa. "BANGKIT DENGAN KEBERANIAN BUANG KETAKUTAN, TENTANG KEMUNGKARAN, TEGAKKAN KEADILAN, JUNJUNG KEBENARAN"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong!
      Semakin mereka memburuk-burukkan Tun Det,semakin orang menyampah. Terasa lambat benar datangnya PRU14. Nak tengok, sejauh mana Najib dapat sokongan.

      Delete
    2. Anon :16.57,

      Huah hh , Wa jadi manyak semangat maa aa . You cekap manyak betut lor rr .

      UMNO sikalang ,eah hh itu UMNO atak lagi kaa ?.

      Delete
  5. Banyak sangat wayar short dalam Malaysia kebelakangan ni.....sebab El Nino kot!

    Nasib baik tak ada kebakaran kalau tidak habislah bomba, sibuk tak tentu arah.

    ReplyDelete
  6. Yg waras akan tau menilai. Sudah saja..

    ReplyDelete
  7. Orang nak mati selalunya berubah tabiat.

    Bagus lah kalau Ezam nak lawan Najib.

    Semana yang boleh perbetulkan lah kesalahan yang lalu.

    Tapi saya tidak akan memberi kepercayaan dan penghormatan saya pada Ezam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang aku bimbang.
      U-Turn Ezam sebagai syarat
      dedak dah nak habis perlu ditambah.
      Apabila dedak dapat diamlah dia.
      Harap-harap taklah begitu jadinya.

      Delete
    2. Mat Ezam sokong UMNO dulupun sbb dedak la jugak. Dok blok pembangkang x dpt dedak..

      1646..nak ajak Ezam masuk PH.. utk ganti Saiful buat kes liwat baru pun dia sanggup.. boleh la selagi ada dedak...

      Umat Islam mmg biasa masuk lubang biawak.. masuk je..

      Delete
  8. Saya baru layari Sarawak Report sabentar tadi dan didalamnya banyak didedahkan Ambank statement wang keluar masuk dari akaun Najib.Banyak transaksi pada bulan Julai 2014

    ReplyDelete
  9. Kelompok yang sama dengan Rafizi, pemikiran dan kebijaksanaan nya, adalah orang seperti Nazir dan Wahid.

    Menangkap Rafizi adalah satu penghinaan kepada orang seperti Nazir dan Wahid.

    Apakah orang-orang yang sehebat Rafizi ini di biarkan diperlakukan sebegini?

    Maaf ini cakap melayu dengan melayu. Malu lah kalau orang cina lagi yang membela Rafizi ...

    ReplyDelete
  10. Ezam dah tak sanggup makan dedak lagi.
    Ezam bukan seperti pemakan dedak yang lain, yang si beri upah. Ezam memang telah dibekal dengan dedak secukup-cukupnya samada bersuara mempertahankan Najib atau diam tak buat apa-apa langsung.

    Kalau Ezam yang telah diberi bekalan dedak secukup-cukupnya pun tak sanggup lagi "melihat terlalu banyak benda-benda tidak baik melintas di depan matanya" ... yang dapat sekampit dua dedak, itu pun tenguk stok, sudah-sudah lah, jangan lah menipu diri sendiri.

    ReplyDelete
  11. DIDI KOTA BELUD6 April 2016 at 20:33

    Hahhahahahahhaahahahahahahahaha...KALAU PILIHANRAYA ITU DAPAT MENGUBAH SESUATU....SUDAH LAMA PILIHANRAYA ITU DI HARAMMMMMMMMMMMMMMMMKANNNNNNNNN...MHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA...DAN DIOSAKAN..DISOSAMAKN..DAN DIPOTAKAN.......STOP MIMIPILAH SEMUA..STOP TOTALLLLLLL.

    ReplyDelete
  12. Ezam perlu ada alasan lebih kukuh lagi dari sekadar tidak sanggup lagi "melihat terlalu banyak benda-benda tidak baik melintas di depan matanya".

    Kerana 'benda-benda' tersebut adalah benda biasa yang langsung tidak memudaratkan masa hadapan negara, bagi pemimpin UMNO.

    Najib yang telah berbelanja berjuta ringgit semata-mata beli pakaian pun menjadi tidak hal pada pemakan-pemakan dedak.

    Benda apakah yang sebenarnya yang membuat Ezam tidak lagi sanggup bersama Najib ?



    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda apa lagi? Rasuah lah
      Ada ker semua perdana menteri msia sebelum ni mempunyai wang berbilion ringgit mcm najib? Dalam akaun peribadi pulak tu.
      Mcm Tun M katalah arab gila pun tak akan derma duit sebanyak tu.
      Siapa yg pernah pergi buat haji di Mekah tahulah perangai orang arab berniaga mcm mana.

      Delete
  13. Ezam dah bertaubat dan buat u-turn, saya ucapkan Syabas dan tahniah di atas pendirian anda....!!!!!

    ReplyDelete
  14. Sekurang-kurangnya Ezam berani buat U-turn berbanding
    Wahid dan lain-lain. Namun saya masih meletak harapan,
    mungkin as`time goes by, lebih ramai 'intelligent people' buat U-turn dan tinggalkan Najib

    ReplyDelete
  15. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjaan.

    kalau untuk tegak kebenaran bukan hanya kerana keberanian
    hendaklah kerana Allah

    ReplyDelete
  16. Apakah Najib dan Khalid ini takut melakukan kezaliman !!!

    Taubatlah Khalid apa yang kau buat sekarang. Kau ingat menjadi macai Najib dan kuasa IGP itu boleh kekal selama-lamanya ke ? Khalid !!! letaklah jawatan atau pergi tangkap najib itu hadapkan ke mahkamah.

    ReplyDelete
  17. Masa dia join najib dulu memang aku terkejut. Bila dia angkat kaki blah taklah aku terkejut. Ezam yg aku pernah kenal memang ada sikit pikir punya orang. Benda gila jadi depan mata dia takkan dia biarkan. Dia bukan macam duta tak sekolah kita yg kat indon tu. Cakap macam tau semua hal. Sakit inferior dia ni memang susah nak ubat. Kena lempang je mungkin boleh elok.

    ReplyDelete
  18. "antara sebab Ezam meletakkan jawatan ialah kerana tidak sanggup lagi "melihat terlalu banyak benda-benda tidak baik melintas di depan matanya" semasa berkhidmat di Kementerian Kewangan itu."

    Allo Ezam, ada tak nampak 6 bijik kotak melintas kat depan ?
    Allo Ezam, kotak mana, kotak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6 biji kotak tu kau tanyalah bang nuar kau.Bang nuar kau yg kelentong ezam.Ezam pulak masa tu bodoh main ikut aje.Masing2 mendapat lah kan.

      Delete
    2. kotak2 tu mengandungi botol2 ky gel

      Delete
    3. tk penting 6 kotak tu

      sekarang focus kotak 2.6b

      sebelum jho low habiskan berjudi kalah 40 ari 40 mlm lagi

      Delete
  19. Betul ke atau hanya wayang politik saja inilah dia perangai org umno habis madu sepah dibuang ramai juga anjing2 yg ada tu dahulu menjilat Tun tetapi sekarang menghina dan mengutuk nya

    ReplyDelete
  20. Betul ke atau hanya wayang politik saja inilah dia perangai org umno habis madu sepah dibuang ramai juga anjing2 yg ada tu dahulu menjilat Tun tetapi sekarang menghina dan mengutuk nya

    ReplyDelete
  21. Ezam Md nor dulu org kuat Anwar,knp dia khianat eh? DS Anwar berat sebelah kpd Azmin kah puncanya?

    ReplyDelete
  22. Apa ada pada Ezam?

    Yang pergi Ezam seorang.
    Yang nak kan jawatan Ezam iaitu Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan ramai.

    Tak kan selama-lama nya nak makan jenis dedak yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dedak bukan kebaikan di dunya atawapun di akhirat. Makan rasuah membawa ke darul jahannam.

      Delete
  23. ramai sayang rafizi..manusia yg hari2 memfitnah manusia sehingga ramai yang terpengaruh meskipun dia hanya mencuri data2 yg tidak sahih! mana akal kamu yg menyokong dia! syaitan ini perlu dihentikan sbelum melayu yg hancur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang 'setan' sebenarnya orang macam kamu, yg terus menegakkan benang yg terang-terang basah. Yang akan melingkupkan Melayu juga adalah mangkuk hayun macam kamu yg menjulang perkara-perkara batil hanya kerana kedudukan dan ringgit.

      Delete
    2. Yang mengamalkan rasuah dan ambik duit rakyat adalah yaitan dari gulongan manusia.
      Najib pengamal rasuah, maka adalah dari makhlok syaitan. Bagitu juga penyokong pengamal rasuah, mereka juga adalah gulongan syaitan. Tak hairan syaitan marah kat Rafizi..memang tabiat syaitgan tak suka orang yg mendedahkan kemungkaran dan penyeleweangan geng 2 syaitan.

      Delete
    3. ..bodoh punya melayu. Tu fasal najib dan Rosmah berhari raya sakan dgn duit rakyat sebab banyak melayu2 yg bodoh yg menyokong dia....melayu bodoh lantik penyamun jadi ketua dia,

      Delete
  24. Nie rupanya org kuat pelaksana GST..pendirian bole berubah sbb kepentingan diri shj...mcm haramjadah

    ReplyDelete
  25. Maaf cakap..sewajarnya kita bersangka baik dengan Ezam tetapi wajib berhati-hati..semoga beliau tidak menjadi askar Trojan yang berniat untuk menyusup dan memecah-belahkan PH sebagaimana yang berlaku dalam PAS. Waullahu'lam.

    ReplyDelete
  26. Sila beri satu contoh aktiviti Pakatan Harapan yang betul-betul berjaya dan bertenaga sejak ketiadaan PAS? Inilah hakikat yang tetap dinafikan oleh PAN, PKR dan DAP. Rakyat dan pencakna politik boleh lihat sendiri kegagalan dan kelesuan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan sejak PAS dipinggirkan. Akhirnya, apabila gagal PAS pula dipersalahkan hatta Rafizi Ramli ditangkap pun, PAS jadi mangsa kutukan. Memalukan diri sendiri. Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.


    Berapa orang hadir dalam demontrasi anti-GST? Paling maksimum pun 5 000 orang. Gambar-gambar sekitar demontrasi itu amat lesu berbanding dengan gambar-gambar ketika demontrasi Bersih dulu. Deklarasi Rakyat? Nampak Dr Mahathir sahaja yang bercakap kini. Mahathir akui sukar untuk mendapatkan sokongan 24 wakil BN untuk guling PM Najib. Nampak benar kekecewaan Dr Mahathir. Dan sampai ke mana sudah tandatangan yang sejuta itu?

    Pakatan Harapan yang konon-kononnya gah kini tersumbat dengan kemelut baru yang melingkari Lim Guan Eng. Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkena sumpahan daging beracun ulama itu hanya menunggu hari untuk mengucapkan selamat tinggal. Beliau diserang dari segala penjuru, bukan sekadar musuh mereka UMNO tetapi turut disertai oleh pemimpin partinya sendiri, Gerakan, MCA dan Parti Cinta Malaysia. Akhbar berbahasa Cina sendiri mendedahkan isu Taman Manggis dan banglo mewah beliau.

    Pakatan Harapan sekali lagi terpukul dengan isu doa ustaz Badrol Amin, keberkecualian Dr Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah dalam penglibatan Dr Mahathir dalam Deklarasi Rakyat. Angin keras yang berdebu mula memisahkan keluarga Anwar dari Azmin Ali dan Rafizi Ramli. Selain keluarga Anwar dan Ustaz Badrol Amin, yang lainnya lebih mendambakan bisa Dr Mahathir yang sudah pun cair.

    Pakatan Harapan sama ada DAP, PKR dan PAN kutiplah mana-mana tokoh sekalipun, tanpa PAS segalanya tidak akan menjadi. Inilah bahananya hasil dari kecerdikan Langkah Kajang Rafizi, kesombongan Lim Guan Eng dan keprofesionalan Khalid Samad. Gabungan bijak pandai inilah yang meletakkan blok pembangkang berada pada situasi kini. Entah ke mana UG yang diratib. Rupa-rupanya berUG pulak mereka dengan Muhyiddin Yassin dan sekutu-sekutunya. Lucu Mak Andeh ooiii!!!

    Akhirnya, kegagalan mereka adalah kegagalan total. Andai PAS juga gagal ,PAS masih ada modal termahal yakni ‘Redha Allah’ yang selalu mereka persendakan. Sila persendakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kita senda. Apa salah kalau kita persendakan ? Bila Hadi cakap satu dunia boleh ketawa. Sbb kita dah tahu maksudnya tak sama dengan kepala dia. Amanat Hadi kau dah lupa ? Mana tak dipersendakan !

      Delete
    2. Kalau tokoh bangang sering dilayani dengan kehormatan nanti kelak hari kita sokmo jadi jemuan.

      Delete
    3. Apa proram yang Pas buat dan berjaya selepas keluar PR? Apa program kerajaan yang Pas lawan yang masuk akal sikit? DLP?

      Delete
  27. Kalau ikut cakap Annuar, mungkinkah kerana tidak menerima dedak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar anwar habis lah punggong

      Delete
    2. Punggong lagi baik sebab boleh keluar dedak !

      Delete
  28. Anon 8:55,

    Takper la..berjaye atau idak tak mustahak..yang mustahak dalam setiap hati rakyat udah benci dengan umno..nanti sampai mase..orang pakat ludah ape saje yang berbrandkan umno..kome tabor dedak banyak mane pon tak disior orang..jangan harap la orang nak pangkah kome..ingat..doa rakyat yang kene zalim takde hijab..Allahuakbar!!

    ReplyDelete


  29. Rahsia Besar Ezam Kotak Berpaling Dari Najib Terbongkar !! ……
    >>> KLIK HERE !! <<<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...