Tanpa diduga dan tidak juga muncul apa-apa tanda sebelumnya, tiba-tiba saja politik Terengganu bergelora dengan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dilaporkan bermasalah besar dengan pihak istana sehingga gelaran "Datuk Seri" beliau ditarik serta merta.
Apakah punca masalah itu semata-mata kerana sebaris ayat dalam ucapan Ahmad Razif yang menyentuh Yayasan Mizan yang dikatakan menyinggung Sultan Terengganu sehingga baginda menjadi murka atau sebenarnya ada sebab-sebab lain yang kita tidak ketahui?
Apa pun punca masalahnya, ketegangan itu sudah berlaku dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diselesaikan dalam sekelip mata.
Dalam hal ini apakah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan hubungan kerajaan negeri dan UMNO dengan pihak istana terus bertambah buruk?
Meminta semua pihak bertenang atau Ahmad Razif sendiri berdiam diri serta mengelak daripada bersuara bukanlah cara yang betul untuk merungkaikan kekusutan yang berlaku itu.
Malah, lagi beliau berdiam diri dan mengelak bercakap dengan wartawan, lagi banyak spekulasi yang timbul.
Harus diakui bahawa jika Menteri Besar bermasalah dengan pihak istana sehingga ke tahap semua gelaran sudah ditarik balik, itu tandanya ia sudah terlalu serius dan amat menyinggung perasaan Sultan Terengganu.
Sebagai menghormati kedudukan Sultan dan demi kepentingan rakyat Terengganu, jalan terbaik ialah Ahmad Razif perlu berundur dan menulis surat perletakan jawatannya dengan seberapa segera.
Lupakanlah "cakap besarnya" sebelum ini bahawa beliau pantang dicabar dan darah yang mengalir dalam tubuhnya pula keturunan Bugis kerana jika ingin bertahan juga, bermakna yang dilawannya ialah Sultan sendiri iaitu payung kepada seluruh rakyat Terengganu.
Gunalah sifir macam mana sekali pun, hakikatnya tiada guna beliau bertahan dan tidak berguna juga untuk sesiapa mempertahankannya lagi di kerusi Menteri Besar itu. (SH 25/04/2016).
bak kata rosmah.redha je la pak mat dugaan belaka.sbb dok tanggung bala.paham2 la noh
ReplyDelete...jangan saja letak jawatan mb, letak jawatan adun sekali, lagi baik.
DeleteAmanah, pas, umno, semua boleh test water. Tak gitu
...rasanya kalau ada prn ganu, umno yang dah cium mulut dengan pas nampak macam nak bungkus. Amanah & pkr bintang terang
DeleteKalau sudah tiada rezeki ...redho je lah...semuanya itu,adalah ujian dari Allah
DeleteMemalukan bugis..! byk ahli politik yg mngaitkan nama dan keturunan utk kepentingan diri sendiri..sejarah para pemimpin bugis dlm tuhfat al nafis berbeza dgn pemimpin yg ada sekarang..semangat perjuangan pada pemimpin dahulu tak lagi diguna pakai..biarlah buruk hanya pd nama,hanya pada diri yg membuat saja,jgn dikaitkan lagi keturunan utk kepentingan..
ReplyDeleteLagi2 bugis, lagi2 bugis... bila berkait saja dgn bugis , mesti bermasaalah besar.. dahlah pahlawan bugis yang sorang tu pun penyamun besar, ni lagi sorang bugis bagi masaalah...
DeleteAku yg berketurunan Bugis dari salasilan Daeng Chelak pun dah malu nak mengaku Bugis. Bukan semua orang berketurunan bugis yang bermasalah. Ada jugak yang baik. Tapi akhir-akhir ni bugis disebut-sebut dah macam satu trademark pulak. Kerana setitik nila rosak susu sebelanga.
DeleteNasib baik ko bkn keturunan Daeng Ghincu, kalau tidak mesti bibir ko merah...
DeletePulok dah...Keturunan daeng ghincu nak berbaloh dgn keturunan daeng chelak...
DeleteLaeh....nanti keturunan daeng songel ikut campor habislah klian.....hehehe
Jangan permainkan keturunan orang. Kalau anda org Islam yg mengucap 2 kalimah syahadah tentu tak tergamak nak persendakan keturunan org. Macam mana kalau org lain persendakan keturunan kamu pula? Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar.
DeleteJangan sia-siakan didikan agama yg kamu terima.
DeleteMasalahnya siapa yang mula-mula terpekik terlolong mendabik dada mengistiharkan diri dan keturunannya?
Ingat kita pada keruntuhan bumbung stadium Sultan Mizan pada 2009... tak tahu Idris Jusoh itu buat kerja apa ketika dia jadi MB Trengganu?
ReplyDeleteNampaknya penulis Shahbuddin dot com sekali lagi cuba nak melaga-lagakan Istana dengan PEMIMPIN UMNO. Yang penting, kerajaan Persekutuan telah mengambil berat terhadap isu ini kerana ia melibatkan pihak Istana. Shahbuddin dot com, jangan nak cuba mencurah garam atas luka.
ReplyDeleteAmpun Tuanku.
Bodoh, dh mmg blaga pn
DeleteKenapa perlu libatkan kerajaan persekutuan? Ni soal pentadbiran negeri, bukan persekutuan. Macam la kerajaan pusat tarak kerja, masalah rakyat bertimbun, tak selesai jugak. Hal Ganu, orang Ganu selesai. Penyelesaiannya mudah...buang umno.
DeleteDah mamat 13.37 tu penjilat pungkok Najib..dia nak cakap bodo tahap gaban pon..ade dia kesah..padulik sama dia..hehehe..mampuih kering la kau kat situ!
Delete1337 tggu kpusat buang dedak kat soltan ka?ini sultan melayu da pantang undur bkn bugis da ludah jilat reverse osmosis.dongibab dudebest jilakee
DeleteSemua kemelut diatas berpunca dari Najib ,mula mula nak tipu sultan dan MB mat said dalam isu TIA kemudian tukar 1MDB bila Sultan dan MB Mat said tak setuju maka dendam la ,2014 pancung mat said ,bila pancung bubuh pula MB tah apa apa yang terlalu jaga hati najib sultan pun dia buat mudah ,Trengganu sudah hidup dalam nyawa nyawa ikan masih nak berkomplot maka jadi la macam ini ,jnis ada PM bodoh dan lmah maka hasil pun lmah la
DeleteBuat macam serawak...kerajaan persekutuan Tolak tepi...knp ganu kerajaan persekutuan nak masuk campur
Delete...pelaga apa...pelaga telok ayam kemuruk boleh la...betoi apa Din kata...nasib baguih la tu...pingat logam keling betoi pun x mau beli yg sultan minta balek...patut buang negeri hantar p duduk diGolok saja...jd tokay bar...'BAR UMNO KIN DADAK'
DeletePRN terangganu adalah "kayu pengukur" tahap penerimaan dan kepercayaan rakyat terhadap najib. Sekiranya PRN diadakan dan bn/umno hilang kuasa di terangganu, diharap dapat membuka mata majlis tertinggi umno samada hendak mempertahan najib sebagai presiden umno dan pm dalam menghadapi pru14 nanti atau tidak.
ReplyDeletejoe Harry,
Deletesaya setuju dengan pandangan anda kerana nak mengukur PRN Sarawak tak begitu tepat kerana dari maklumat kawan kawan saya di sarawak mereka berbelah bagi dengan election negeri sebab bagi mereka Adnan Satem ada nampak faktor boleh diharap untuk memimpin sarawak,walau pun majoriti orang sarawak cukup benci najib dan kuncu kuncu nya sebab hal GST dan penyelewengan Derma RM 2.6 B yang semua orang tak percaya ceritanya tapi dalam election negeri hati mereka 50%/50% ,tapi kalau Pilihan raya parlimen kemungkinan BN akan menemui masalah pada PRU 14 disarawak nanti. Sebab itu PRN serawak kalau RH boleh kurangkan majoriti BN itu pun dikira BN akan menghadapi problem besar pada PRU 14 bila election utk kerusi parlimen dibuat disarawak nanti.
Indikator baik kalau PRN terengganu diadakan demi penyelesaian kemelut politik diterengganu kerana MB terengganu tak boleh biarkan Dewan negeri tergantung terlalu lama kalau mat said dan geng berkecuali sekarang pun nat said dah buat dirinya adun bebas ini pun dah buat kerajaan BN terengganu dalam goyah dan payah nak meluluskan sebarang projek negeri kalau dewan macam ini , Jalan baik bubar dan biar rakyat tentukan samada Najib ini relevan atau tidak disamping kita lihat kelibat parti AMANAH membuat debut awal mereka . OK Bro.
Teloq di hujung tanduk..
ReplyDeleteRasa rasa NAJIB tengah sibuk cari DEDAK EMAS buat masa ni...tolong jangan buat SULTA MURKA lagi wahai NAJIB ...ingat Dedak kamu tu telah di kenal pasti DEDAK yg di proses secara HARAM DAN DALAM BENTUK PENIPUAN...bab ni ARUL yg beritahu aku terbaca tadi..BETUL KE?
ReplyDeleteBetooool..zaman najib ni mane ade yang betol..semuanye adalah tidak betol melwinkwn tidak betol belake!!
DeleteSetuju dgn anon 14.18
DeleteSistem pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP yang lemah adalah punca bantuan kepada golongan miskin tidak dapat disampaikan.
ReplyDeleteDemikian disuarakan oleh dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan yang kecewa apabila
usul mereka terhadap pembangunan rohani rakyat negeri itu asyik ditolak.
ADUN Penanti dari PKR, Dr Norela Ariffin mendedahkan usulnya di DUN telah ditolak secara mengejut sebanyak 13 kali sejak tahun 2013.
“Saya tidak tahu kenapa usul saya ditolak tetapi ia tidak akan membuatkan saya berhenti untuk bersuara demi orang ramai yang menghadapi banjir kilat dan masalah gangguan elektrik di kawasan luar bandar.
“Peruntukkan yang diberikan bagi kawasan saya terlalu kecil untuk saya suarakan masalah ini. Saya perlu memperbetulkan masalah ini dengan membawa usul berkaitan namun ia ditolak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.
Sementara itu, ADUN Berapit dar DAP, Lydia Ong Kok Fooi juga kesal apabila tidak diberikan penglibatan penuh sebagai salah seorang penggubal undang-undang di Pulau Pinang.
Menurutnya, beliau telah bekerja siang dan malam selama lapan tahun dan isu-isu yang diketengah seperti kesesakan lalu lintas dan perancangan yang kurang baik kerajaan tempatan tidak pernah diberi perhatian.
“Saya telah menyuarakan rungutan orang ramai di kawasan DUN saya tetapi amat menyedihkan apabila tiada apa yang telah dilakukan,” ujarnya.
Anon 14.14.
DeleteDengan menengahkan kepincangan lim guan eng dengan memetik apa yang ditulis NST langsung tidak membantu umno atau untuk dapat balik Pulau Pinang dengan isu GST dan penyelewengan Najib dilihat lebih besar dan merugikan rakyat , Lim Guan Eng untuk makluman siapa yang tak tahu langsung hal pulau pinang biar saya cerita sikit disini sebenarnya DAP pulau pinang pun tak nak pada Lim Guan Eng kerna perangai tokong beliau ,dan pada PRU 13 lalu memang ada ura ura yang KM pulau pinang nak di ganti oleh anak tempatan mengikut tradisi sejak dulu zaman perikatan lagi ,malang nya guan eng masih KM sehingga sekarang jadi bagai mana untuk menjatuhkan guan eng senang saja guna YB umno penang bodoh yang tak buat kerja asyik jaga business saja dan salurkan maklumat dalaman DAP mesti melompat dengan ini tektik sabotage lebih senang dengan salahkan umno yang jadi kuda tungang kerana DAP penang tahu rakyat pulau pinang seperti selangor dan kelantan bukan lagi menjadi kubu BN ,BN di Pulau pinang sudah lumpoh. bukan kata orang cina mlayu sini pun dah mnyampah dengan umno sejak isu Najib dan Najib adalah faktor umno lumpoh dan lingkup disini. Tapi perkara ini tidak mahu diakui oleh pemimpin umno kerana masih mimpi dengan harta mereka ada serta jawatan yang dimiliki ok tak pa la kalau mau UMNO lingkup terus pada PRU 14 ,jadi anon 14.14 bagus la sekiranya berita buruk Guan Eng diusaha utk diketengah kerana membantu DAP dan PKR pulau pinang untuk dapatkan KM anak tempatan tapi tak membantu untuk dapatkan balik pulau pinang untuk BN boleh mimpi la
Selangor dahulu bumi kering kontang buat PAS. Negeri maju dan berbilang kaum ni kata orang tiada tempat buat PAS. Adakah Sawak akan menjadi seperti Selangor... apabila orang melihat PAS dengan budiperketi dan politik matang.
ReplyDeleteBila sokong bapa rasuah iaitu najib dan jilat balik kata kata sesatyang dulu digelar umno kafir mana ada matang bangang ada la.
Delete...politik natang.
DeleteTamaddun Melayu cukup dilanda bencana PAS yang berfahaman mengkafirkan sesama muslim dan bertujuan ramapa kuasa politik ... yang mahu jadi pak unta wahhabi itu sila balik kampung tanah gersang ... sana bolehlah kafir-mengkafir saling berperang!
DeleteBismillahir Rahmanir Rahim
Delete"Demi Masa,
Sesungguhnya manusia dalam keadaan kerugian,
Kecuali mereka yang beriman dan mengamal kebaikan
Dan mereka yang saling menasihati pada yang hakikat dan pada kesabaran."
(surah al-Asr)
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kecewa dengan tindakan PKR bertanding di lima kerusi yang telah diberikan kepada DAP.
ReplyDeleteJusteru, DAP memutuskan untuk meletakkan calon di kerusi Batu Kitang sebagai menjawab keengganan PKR mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui secara bertulis oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 7 April lepas.
“Kalau satu kerusi mungkin kita boleh maafkan, tetapi bagaimana untuk maafkan lima kerusi? Kami rasa DAP telah ditipu.
“Apa yang berlaku sejak 7 April sehingga hari ini adalah persetujuan bertulis tidak dipatuhi. Tiada kesungguhan untuk mematuhi persetujuan itu. Saya rasa tindakan itu amat mengecewakan dan ia boleh menyebabkan penyokong keliru,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon Senadin hari ini.
Malam tadi, FMT dimaklumkan bahawa DAP akan mengetengahkan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa sebagai calon di Batu Kitang selepas rundingan antara kedua parti menemui jalan buntu.
Di penamaan hari ini, sekurang-kurangnya enam kerusi, iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Mambong, Simanggong dan Ngemah menyaksikan pertembungan antara DAP dan PKR.
Sementara itu, Malay Mail Online melaporkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai berkata pertembungan dengan DAP merupakan peristiwa malang.
“Sehingga malam tadi, kita semua berbincang dan melahirkan rasa bimbang beberapa kerusi yang menjadi pertikaian masih belum dapat diselesaikan walaupun di saat-saat akhir,” kata Azmin kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.
Azmin berkata kepimpinan induk kedua-dua parti akhirnya bersetuju perkara itu sesuatu yang perlu diputuskan oleh kepimpinan parti di peringkat negeri.
“Kita perlu menghormati autonomi mereka,” kata Azmin, dan menambah perjanjian yang ditandatanginya sebelum ini bukan persefahaman yang muktamad.
“Persefahaman tidak muktamad kerana rundingan diteruskan setelah dokumen itu ditandatangani,” jelas Azmin, yang menambah dokumen itu tidak menamakan calon atau kerusi secara khusus.
Anon 14.24,
DeleteSekiranya ini berlaku saya kira satu insiden malang bagi umno kerana jelas menunjukkan DAP bukan la parti dominan dalam PH ,jadi umno tak payah la nak takut orang melayu lagi kerana PKR dan Amanah sentiasa boleh mengantikan umno yang bila nak kuasa cari melayu dan perbodoh bila nak duit cari taukey cina , disini lama kelamaan DAP kena akur dengan parti lain dalam PH yang memreka cuma diminati dikawasan cina dan untuk hidup dan sambung hayat mereka tidak boleh mengada ngada dengan kawasan majoriti melayu yang sudah tentu PKR dan Amanah sedia menanti kerana UMNO sudah dilihat jijik dengan rasuah .Dan DAP juga harus akur yang PKR juga ada calon bukan melayuyang boleh di letak dikawasan bukan melayu .
Ini semua kisah di sarawak nak buat buat macam mana di sarawak ketua ketua parti masing masing jenis berkeras rotan tapi di Semenanjung isu ini langsung tidak timbul kerana pengagihan kerusi sudah pun dipersetujui sekian lama jadi tak payah la nak gembar gemburkan isu kerusi ini kerana bila PRU 14 keadaan sudah lain sarawak akan betanding kerusi parlimen bukan lagi negeri sudah lain waktu itu rakyat sarawak tak peduli dengan federal,memnag sentimen benci najib terlalu meluap berbanding benci adnan satem jadi kamu relax la sikit.
saintis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Faisal S Hazis menyimpulkan pertandingan pelbagai penjuru antara DAP dan PKR dalam pilihan raya negeri Sarawak.
ReplyDeleteMengulas perkelahian sesama rakan Pakatan Harapan di Mambong, Batu Kitang, Simanggang dan Mulu, Faisal berkata kepimpinan pembangkang baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan nampaknya gagal melihat gambaran yang lebih besar.
Maksudnya, mengutamakan pembentukan perikatan pembangkang yang berdaya maju, bukan sekadar pertahan atau perbanyakkan kerusi semata-mata.
“Ini menunjukkan terputusnya kepimpinan Pakatan Harapan di peringkat kebangsaan dengan kepimpinan negeri,” katanya, dan menyifatkan perjanjian pilihanraya antara parti-parti pembangkang yang bercakaran ini merupakan satu “keajaiban”.
Faisal bagaimanapun berpendapat perkelahian ini akan menyukarkan pembangkang di kerusi-kerusi bertindih, ia belum tentu menjamin kemenangan BN.
“Satu lagi dinamik yang perlu diambil kira adalah perkelahian sesama BN dan parti-parti pecahan pro-BN di kawasan-kawasan yang menjadi pertelingkahan antara mereka,” katanya merujuk kepada percakaran antara SUPP-UPP dan SPDP-TERAS.
Faisal berkata di penamaan calon DUN Batu Kawah hari ini, bekas pengerusi bahagian UPP Liu Thian Leong yang akan bertanding sebagai calon bebas nampaknya membawa lebih ramai penyokong ke pusat penamaan berbanding Presiden SUPP, Prof Dr Sim Kui Hian dan penyandang DAP, Christina Chiew.
Malah, di DUN Batu Kitang dan Bawang Assan, calon-calon bebas yang bertanding di kedua kawasan itu didakwa punyai kaitan dengan PBB.
DAP dan PKR akan bertembung meskipun perjanjian Pakatan Harapan antara lain berjanji untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN dalam semua pilihan raya.
Minggu lalu, DAP dilaporkan akan mungkir perjanjian pengagihan kerusi sekiranya PKR berbuat demikian, dan Pengerusi DAP SaraWak, Chong Chieng Jen menyeru PKR supaya akur persetujuan yang telah dicapai antara mereka.
Ahad lalu, Chong menegaskan DAP akan bertanding di kerusi Batu Kitang, yang telah diberikan kepada PKR sekiranya parti itu meletakkan calon di kerusi Tasik Biru, Mambong, Simanggang, Bukit Semuja dan Mulu, disamping calon yang telah diumumkan DAP.
Terdahulu, Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian tidak berpuas hati kerana pemimpin DAP dan PKR peringkat kebangsaan, iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menyimpang daripada pengagihan kerusi yang telah dipersetujui oleh PKR Sarawak dan DAP Sarawak.
Apa ini blog cerita kemelut Terengganu kamu merepek diSarawak tak relevan la lepas tu guna Anon pula.
DeleteKehadiran PAS ke Sarawak bukan semata-mata untuk penyertaan dalam pilihan raya, tetapi meletakkan kesediaan untuk membawa agenda lebih panjang menerusi dakwah.
ReplyDeletePerkara itu dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man semasa menyampaikan taujihat di Markas Operasi PAS di Taman Tunku, di sini hari ini 23 April.
Sehubungan itu, para petugas PAS katanya mesti menampilkan sebaik-baik akhlak sebagai usaha dan ikhtiar menarik hati dan sokongan penduduk di sini.
Menurut beliau, masyarakat di sini lebih cenderung kepada suasana yang damai dan harmoni.
"Hati manusia ini Allah jualah yang pegang, maka kita kena berterusan meminta doa kepada Allah. Allah yang akan memberi kecenderungan kepada siapa dikehendaki-Nya," jelas beliau.
Terangnya, dengan tekanan yang kuat kepada PAS dari pelbagai tuduhan memburukkan, maka perlulah para petugas teguh menguatkan diri bergantung kepada Allah disamping gerak kerja dilaksanakan.
Seru beliau, para petugas ketika ini mesti meninggalkan 'batton' yang baik untuk diteruskan kesinambungannya oleh petugas selepas ini.
"Biar jadi rujukan untuk diikuti sahabat yang datang kemudian. Siapa buat kebaikan, dia akan mendapat kebaikan dilakukannya dan yang diikuti mereka yang melakukannya," ujar beliau.
Semua petugas PAS juga katanya, mesti meletakkan misi tersebut dijayakan dengan membuktikan hakikat sebenar PAS dengan akhlak terbaik sekali gus menjawab tuduhan-tuduhan buruk kepada PAS.
lagi satu tak relevan dgn tajuk blog ini ,apa kamu ini mimpi ka ,PAS di Sarawak macam alien di bumi la ,maaf cerita pasal kawan orang cakap mereka tak minat parti jenis jual agama untuk dapat kuasa dunia.
DeletePakatan Harapan memulakan laluan berliku pada pilihanraya Sarawak ke-11, apabila berlaku pertindihan pencalonan bagi enam kerusi.
ReplyDeletePada penamaan calon hari ini, pegawai pengurus pilihan raya di Sarawak mengumumkan PKR dan DAP akan bertarung antara satu sama lain di enam kawasan pilihanraya.
Kerusi terbabit adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.
DAP mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Batu Kitang, walaupun sebelum ini diperuntukkan kepada PKR sebagai 'membalas dendam' kerana PKR memungkiri janji.
Lima kerusi lain itu sebelum ini diperuntukkan kepada DAP.
"Mereka (kepimpinan negeri) memberikan saya watikah (surat kebenaran), dan berkata 'anda teruskan', dan saya teruskan
"Sebab mereka kata saya berhak menerimanya," kata calon PKR untuk Mulu, Paul Baya, kepada pemberita di Marudi.
Di Batu Kitang, calon DAP Abdul Aziz Isa duduk dalam kenderaannya yang diletakkan berhampiran pusat penamaan calon sehingga beliau menerima berita bahawa PKR meletakkan calon bagi Mambong. Beliau kemudian menyerahkan borang pencalonan.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan beliau memberi kuasa kepada pengerusi PKR Sarawak Baru Bian untuk mengeluarkan surat kebenaran kepada lima calon terbabit.
Azmin bagaimanapun tidak menyatakan bila mandat itu diberikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara khusus untuk memberi lampu hijau menentang DAP.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu merasa "diperdaya".
"Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan kita boleh cuba untuk melupakan tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang?" katanya kepada pemberita di Miri.
Sebanyak 80 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Sarawak menjadi rebutan, selepas BN menang dua kerusi tanpa bertanding. Di bawah adalah senarai kerusi yang ditandingi oleh PKR dan DAP.
Batu Kitang:
Lo Khere Chiang (BN)
Abdul Aziz Isa (DAP)
Voon Shiak Ni (PKR)
Othman Bojeng (Bebas)
Sulaiman Kadir (Bebas)
Mulu:
Gerawat Gala (BN)
Paul Baya (PKR)
Paul Raja (DAP)
Roland Dom (Bebas)
Murum:
Chuk Tai Ugun (BN)
Mathew Silek (DAP)
Abun Sui (PKR)
Stanley Ajang Bato (Bebas)
Simanggang:
Francis Harden Holis (BN)
Norina Umoi anak Utot (PKR)
Leon Jimat Donald (DAP)
Ngu Piew Seng (Bebas)
Mambong:
Jerip Susil (BN)
Sanjan Daik (DAP)
Willie Mongin (PKR)
Ngemah:
Alexander Anak Vincent (BN)
Richard Anak Lias (DAP)
Thomas Laja Anak Besi (PKR)
Joseph Jawa Anak Kendawang (Bebas)
Kesian orang PAS. Hidup merempat.
DeleteNak buruk kan orang, merayau-rayau ke rumah orang.
Dengan jumlah kerusi yang di pertandingkan, PAS sudah kalah.
DeleteNak berdakwah apa macam ini?
Anon 1558 depa tu merayau rayau ke rumah orang bukannya untuk berdakwah tapi cari peluang nak mengintai anak bini orang.
DeleteHuh..jgn sesekali percaya kat lebai lebai ni. Perut buncit tapi nafsu mcm kuda
Lebai? Kaki menutuh tu!
Delete
ReplyDeleteJangan libatkan Sultan dengan dedak emas. Sultan kuasa tertinggi memutuskan siapa jadi MB. Kalau setakat dedak, awal-awal Sultan minta digantikan. Tapi yang ini Sultan murka. Sultan murka apabila titahnya tidak di junjung. Apabila negeri nya di pergunakan oleh UMNO untuk menubuh 1MDB. Apa yang rakyat negeri nya dapat? Adakah Jho Loh cina Terengganu? Malah hidup Jho Loh lagi mewah dari Kerabat Terengganu!
UMNO kena berunding dengan Ahmad Said dan dua lagi Adun Bebas. Kalau berunding guna dedak lah, macam biasa. Itu pun belum tentu sebab Sultan sudah murka.
Hanya pilihanraya jalan penyelesaiannya atau dakwa mereka yang terlibat dan bertanggung-jawab mengenai isu TIA.
Dalam syarikat bila Lembaga Pengarah dah marah dan x suka pada CEO, memang kena pecat. Dalam negeri bila Tuanku dah marah, MB selaku Ketua Pentadbir bagi negeri memang seharusnya letak jawatan. Tapi dinegara MalAYSIA yang tercinta ini, bab letak jawatan memang sukar. Kenapa??
ReplyDeletePKR hari ini merakamkan kekesalan kerana kecuaiannya menyaksikan BN menang tanpa persaingan di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.
ReplyDeletePengarah Operai Bilik Gerakan Utama, PKR, Ismail Yusop dalam satu kenyataan media berkata calonnya di Bukit Sari, Alex Lihan tidak hadir ke pusat penamaan pagi ini tanpa sebarang alasan.
“Kami amat kecewa dengan perubahan keputusan pada saat-saat terakhir ini dan kes ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Displin.
“Penamaan calon Pantai Damai (Morni Samsudin) terbatal disebabkan beliau muflis kerana menjadi penjamin pinjaman. Parti akan meneliti semula proses penyemakan calon,” katanya.
Dengan perkembangan itu, BN hari ini mengekalkan kedua-dua kerusi berkenaan oleh kedua-dua penyandang, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di Bukit Sari dan Dr Abdul Rahman Ismail di Bukit Kota.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media di pejabat SPR Sarawak di Kuching.
Bagi Awang Tengah, yang adalah Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), ini kali kedua beliau menang tanpa saingan selepas PRN 1996.
Pada pilihan raya negeri 1996, beliau menang tanpa bertanding di DUN Lawas, yang kemudian ditukar nama kepada Bukit Sari pada 2006 berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Awang Tengah, adalah Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Industri Sarawak, merupakan Anggota DUN empat penggal di Lawas iaitu 1987, 1991, 1996 dan 2001 serta dua penggal di Bukit Sari pada 2006 dan 2011.
Pada pilihan raya negeri 2011, beliau menewaskan calon PKR Japar Suyut dengan majoriti 5,063 undi.
Bagi Dr Abdul Rahman pula, ini kali ketiga beliau menang di Bukit Kota sejak 2006.
Pada pilihan raya 2011, beliau menang dengan menewaskan calon DAP, Leong Kwang Yew dan dua calon Bebas iaitu Usop Jidin dan Ladis Pandin dengan majoriti 5,061 undi.
Hoi anon bebal..komen ikut tajuk. Lu apa hal..Sarawak nak istihar sbuah negarapun pegi mabuk ler..
DeletePKR atau DAP boleh dipecat dari Pakatan Harapan kerana melanggar perjanjian bersama pakatan pembangkang yang baru ditubuhkan tahun ini dengan bertanding menentang satu sama lain di Sarawak.
ReplyDeletePersetujuan umum yang ditandatangani oleh ketiga-tiga parti Harapan pada Januari lalu dengan jelas menyatakan walaupun parti bebas untuk memilih calon-calon mereka, pembahagian kerusi akan diputuskan oleh jawatankuasa pilihan raya.
Semua keputusan juga mesti diluluskan oleh Majlis Presiden.
"HARAPAN hanya akan letakkan seorang calon untuk mewakili pakatan itu dalam mana-mana pilihan raya," kata Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata pada majlis pemeteraian perjanjian itu di Shah Alam ketika itu.
Ini, katanya pada Januari lalu adalah untuk menamatkan pertandingan tiga penjuru.
Setiausaha Penganjur AMANAH, Suhaizan Kaiat juga ketika itu memberitahu, jika mana-mana parti yang didapati melanggar perjanjian berkenaan, parti lain dalam HARAPAN mempunyai hak untuk memecat pihak yang ingkar itu daripada gabungan pembangkang.
Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk menghentikan persetujuan untuk tidak bersetuju, yang membawa kepada terkuburnya Pakatan Rakyat.
Sombong mb ni
ReplyDeleteMb kedah baru bsha sombong juga
ReplyDeleteHoi orang orang bn gulung tikar la awk...
ReplyDeleteNajib nak mengadab Sultan. Mungkim sultan akan bertitah begini: " YOU SHUT UP. Nanti beta usulkan Royal Commission of Inquiry keatas 1MDB dan derma 4.2 bilion pada persidangan majlis raka raja bulan depan.
ReplyDeleteHihihi time traveller ka hang ni?
DeleteInilah akibatnya bn ingat dia boleh buat apa saja tak suka dan tak sokong dia tarik jawatan mb terengganu mb kedah Tpm Menteri sekarang apa jadi org umno kata bn mantap diterengganu bertemu bukj dgn ruas itulah dia kita merancang allah menentukan kalau mendongak kelangit jangan lupa rumput dibumi jangan pijak sesuka hati fiki2kanlah
ReplyDeleteJika tiada angin masakan pokok bergoyang
ReplyDeleteIni puting beliung yg DATANG,
DeletePokok mesti TUMBANG..hihihi
Tahniah sultan terengganu....
ReplyDeleteMana tak murka jika tanah diberi kpd warga asing tanpa perkenan sultan....
Tahniah sultan terengganu....
ReplyDeleteMana tak murka jika tanah diberi kpd warga asing tanpa perkenan sultan....
Umpama mimpi dalam mimpi..!!!!
ReplyDeleteSokong sultan terengganu..ini bukti raja melayu jgn disinggung
ReplyDeleteApasal pan msuk cmpur.. melukut tepi gantang. Jln bertatih bertongkat DAP. Kotorkan tanah swak je
ReplyDeleteHello This is a HD movie site kindly visit I am sure your will really enjoy. Thanks
ReplyDeleteWatch Online Movie Free