Tun Mahathir Mohamad selalu dilihat sebagai pemimpin yang hebat kerana aspirasinya membawa pemodenan kepada negara selama 22 tahun berkuasa. Beliau kerapkali disebut sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.
Tun Razak Hussein pula dikenali sebagai peneraju pembangunan berikutan dasar-dasarnya yang praktikal untuk semua rakyat dan bermanfaat sehingga ke hari ini, khususnya untuk golongan miskin. Lantaran itu, beliau lebih dikenali dengan Bapa Pembangunan negara.
Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan serta banyak memainkan peranan dalam menyatupadukan rakyat dengan sikap toleransi dan bijaksana dalam memimpin negara. Disebabkan sumbangannya memerdekakan negara, nikmatnya dirasai oleh kita semua sehingga hari ini.
Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi juga tidak kurang pencapaiannya ketika memimpin negara, tetapi harus diakui kedua-duanya sekadar "biasa-biasa" saja pencapaiannya.
Tahun 2016 ini bermakna Najib Razak sudah menjangkau tempoh tujuh tahun sebagai Perdana Menteri. Terbukti hanya dalam tempoh sesingkat tujuh tahun, Najib sebenarnya layak dinobatkan sebagai Perdana Menteri "terhebat" yang kita pernah ada.
Kehebatannya tak terlawan dek semua Perdana Menteri yang sudah dan banyak berjasa kepada kita sebelum ini.
Malah, disebabkan "kehebatannya" itu, mungkin tidak ditemui lagi sesiapa yang mampu menandinginya. Siapa pun yang menjadi Perdana Menteri selepas ini, hakikatnya teramat sukar untuk melepasi "pencapaian" Najib.
Sumbangan terbesar Najib kepada rakyat ialah memperkenalkan perkataan dan angka bilion kepada rakyat. Sebelum ini ramai yang tidak pernah mendengar, menyebut dan jauh sekali bermimpi untuk memiliki wang berbilion-bilion.
Tetapi dengan terdedahnya mengenai Najib membenarkan wang sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadinya, ramai yang jadi biasa menyebut perkataan itu, walaupun ramai yang tidak pernah melihat berapa banyaknya wang 1 juta sekali pun.
Ramai juga yang sebelum ini tidak tahu dengan tepat makna satu bilion. Kebanyakannya menyangka bilion itu hanya ratus juta, tetapi kini semua sedar, termasuk budak-budak sekolah bahawa satu bilion itu ialah seribu juta.
Bermakna Najib telah mencelikkan rakyat dalam satu lagi ilmu kira-kira yang sebelum ini tak berapa diambil peduli oleh rakyat kebanyakan.
Hebatnya Najib juga ialah kerana mampu menjadi "selamba derk" di sebalik semua dakwaan skandal yang dikaitkan dengannya. Muhyiddin sendiri hairan bagaimana Najib boleh begitu "selamba" seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan, sedangkan seluruh dunia memperkatakan tentang wang yang masuk ke akaun peribadinya.
Dalam isu RM2.6 bilion atau RM2,600 juta yang masuk ke akaun perbadinya misalnya, di sebalik majoriti isi dunia meragui wang itu sebagai derma, malah Tun Mahathir secara terbuka mengaitkannya sebagai pencurian wang, Persidangan Anti Rasuah merumuskannya sebagai memenuhi semua syarat untuk rasuah dan Akta SPRM sendiri menyebut menerima derma bagi penjawat awam adalah rasuah, Najib tetap "selamba jerrr" menghadapinya.
Lebih mengkagumkan, berbanding sebelum timbulnya isu wang tersebut, Najib juga kelihatan lebih kerap memunculkan dirinya dengan memakai jubah, kopiah putih dan bermesra-mesraan dengan golongan agamawan selepas ia semakin diperkatakan ramai.
Ini merupakan kehebatan yang luar biasa sebenarnya. Di kampung-kampung dahulu, apabila seseorang itu diperbualkan dengan kegiatan jahat seperti disyaki mencuri dan sebagainya, mereka bukan saja menjauhkan diri dengan masyarakat, selalu hilang daripada kampung, malah tidak mungkin berani singgah ke surau atau masjid untuk bercampur gaul dengan golongan yang semuanya berkopiah putih.
Dengan Najib mampu berbuat sebaliknya, beliau nyata benar-benar "hebat" dalam hal ini.
Dalam aspek yang lain, dengan terbukti dalam akaun peribadinya pernah berlabuh wang sejumlah RM2,600 juta, kemudian disebut juga oleh media-media antarabangsa sebanyak RM4,200 juta, Najib juga merupakan Perdana Menteri "terkaya" berbanding pendahulu-pendahulu yang pernah menerajui negara ini.
Selain itu, meskipun diri dan keluarganya sering dikaitkan dengan perbelanjaan mega, perhiasan mahal dan percutian mewah, tetapi Najib dan Rosmah Mansor juga selalu mengingatkan rakyat tentang jimat cermat, jangan boros berbelanja dan memberi nasihat agar rakyat "memiliki dua pasang baju sahaja" ketika Hari Raya.
Jika dirangkumkan semua "kehebatan" itu dengan hutang negara lebih RM800 bilion, jumlah kabinet paling besar, penasihat bertaraf menteri paling ramai, mengambil rakyat asing sebagai penasihat media, perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri juga paling besar dan banyak lagi perkara yang menjadi tatapan kita semua sejak 2009 lalu, ternyata Najiblah yang "terhebat" sekali antara semua Perdana Menteri kita.
Yang lepas-lepas, daripada Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj hingga Tun Abdullah Badawi telah terbukti tidak mampu menandinginya, di masa depan pula, sosok "sehebatnya" mungkin tidak akan kita temui lagi. (SH 29/04/2016).
"Bapa 2.6 bilion"
ReplyDeleteBapa 1MBDB
DeleteBillion Dollar Man
Two Point Six Billion Dollar Man
DeleteBillion Dollar Mangkuk, Billion Dollar Penyamun, Billion Dollar Pengimport Bangla,
DeleteAku suka yg ni...
DeleteTwo Point Six Billion Dollar Man
Better still En. Din:
Delete1Man(with)Billion of Dollars Banked(-in)
Selepas ni boleh tubuh Institut Pemikiran Najib bagi mengkaji kehebatan auta PM terhebat ini.
ReplyDeleteTun Razak Bapa Pembangunan ..Najib Bapa ......
ReplyDeletesyaitan,,,,hahahaha
DeleteTak baik bro ..iblis lagi kena ..hahahahaaa
DeleteNajib....bapa tanpa telur!
DeleteHahaha
Tun Razak...... Bapa Najib.....
DeleteNajib adalah Bapa Segala Toyol.Toyol pun lari tengok dia.
ReplyDeletePak Shah, agaknya Ahjibgor boleh di katakan sebagai seorang yang berpura memimpin tapi dia mempunyai ego yang paling dahsyat dalam menuntuti kepentingan nafsu peribadi.
ReplyDeleteyang pilih orang jadi pemimpin rakyat tapi
ReplyDeleteada rakyat tak tau guna kausa mereka
dah tau puak ni memang tak boleh diharap
duk gagah lagi pilih padan muka kena tindih
ada pemimpin bial ada kuasa sombong dan selalu
bekata apa guna aku jadi pemimpin
patut nya rakyat sedar apa guna kami pilih lu
jadi pemimpin kalau takmau dengar desakan kami
sedarlah kuasa rakyat dlm pru
Lagi dulu aku dah kata NAJIB NI LEBIH BIJAK DARI ORANG BIJAKSANA YG DI TAULIAKAN MENGIKUT PERMARKAHAN PENILAIAN PEMEREKSAAN SEKOLAH DAN AKEDEMIK ....HAbis Hakim..Peguam..Ketua Polis ..SPEAKER DEWAN dan ahli ahli PERUNDANGAN serta ahli ahli perlembagaan di raja di PERBODOHKANNYA...tapi ada juga orang yg se LEVAL dgnnyaMEMPERKUATKAN DAN MENYOKONGNYA MEMBABI BUTA TANPA HAD... HARI NI SATU GLOBAL Termenung Berok dgn KEHEBATAN sehingga tiada seorang pun mampu MENEBALKAN KULIT MUKA DAN MEMBATU sepertinya....aku ingat rakyat MALAYSIA JE RUPA RUPANYA SATU PELUSUK SUNIA DI KENCINGnya..MALAYSIA BOLE ...
ReplyDeleteDS Najib : Bapa Tak Tau Malu....
ReplyDeleteNajik..bapak aku daa..pi mabok la korang..hehehe..
ReplyDeleteIkhlas dari-
Najibbur Bangla mari
Saudara Shahbudin....
ReplyDeleteKita harap selepas ni Msia jangan lagi dapat PM terrhebaaat spt masakini.
Cukuplah sekali kita lalui zaman masakini.
Dah serik rasanya.
Biarlah kita tersiksa tak apa.
Tapi jangan sampai anak keturunan kita terkena spt kita.
Mohon Allah lindungi dan selamatkan anak keturunan genarasi akan datang.
Jangan mereka lalui zaman penuh munafik, dusta dan kepura-puraan spt kita.
Harap dapat pemimpin yg dapat beri contoh tauladan nilai insan yg baik kpd generasi muda.
Harap apa yg kita lalui di zaman masakini menjadi nukilan sejarah rakyat dan negara yg TERRRHEBAAAT.......
Moga kita semua beringat dan mengambil iktibar.
Jadikan pengalaman masakini sebagai garis panduan hidup utk kita dan anak keturunan kita semua.
Jangan ia berulang lagi.
CUKUPLAH SEKALI.
En Budin,
ReplyDeleteAda tiga sebab jelas dan terang mengapa Najib sah menyeleweng ,
1. Kes wang SRC RM 42 juta yang dimasuk kedalam Akaun Najib yang disahkan oleh peguam dan najib sendiri di parlimen dan bila membuat soal balas dalam kes saman keatas Tun lim leong sik .Alasan yang najib tidak terlibat cuma peguam nya beritahu tak ada bukti macam mana wang tersebut boleh masuk ke akauan Najib jawapan sama juga diberi diparlimen dan alasan haram jadah seperti ini diterima oleh AG ghani dobi untuk tutup kes.
2.Seperti disebut En .budin tiada pejawat awam boleh menerima hadiah atau derma dalam kapasiti jawatan beliau masih menjawat tersebut akta rasuah SPRM dikira suapan , Tak ada satu pun manusia dalam dunia ini boleh percaya yang ada manusia begitu baik hati apatah lagi Tok Arab gila sex boleh bagi duit beriduit berbillion ringgit kemudian boleh ikhlas suruh buat apa suka ,dia tok arab gila sex ini bagi duit dekat palestine pun dia cukup berkira itu orang betul betul perlu ini boleh bagi dekat orang yang tak perlu kemudian suruh joli katak pula ,yang paling best si yang terima berbillion ini boleh ambil sikit pulang balik semua ,rasa orang gila nak mampos saja yang bagi balik derma, kalau tau duit derma. Kemudian sampai hari ini nama tok Arab pun tak jelas nama yang keluar pulak jelas mengelirukan seorang sama dengan putera yang dipenjara sebab kes rogol dan bunuh ada di penjara UK seorang itu ada jawatan tapi macam tak mengaku ada seorang itu bukan putra betul tapi bukan orang kaya berbillion billion tapi ada terlibat dengan menyamun 1MDB tapi tok tok arab yang macam ini menteri menteri guna coverline ,malang nya samapai hari ini akaun number mengesahkan wang datang dari tok arab tak dapat dibukti yang terbukti dari akaun syarikat palsu masuk akaun najib.
3.Bukti paling ganas dan jelas terang benderang apabila laporan PAC menyebut artikal 117 M&A 1MDB najib terlibat dalam semua transaksi melabur wang ,pembayaran ,meluluskan sebarang projek projek 1MDB dan bukan setakat menasihat malah berkuasa penuh sebagai executive chairman untuk execute sebarang tindakan 1MDB ,ini dah jelas tak yah lagi nak korek sana sini mana pergi wang lesap sebanyak RM 14 Billion patutnya orang ini dipancung ,tapi nak coverline loyar umno dan Najib No 1. boleh membangangkan dirinya dan boleh biar diri di ketawakan satu dunia dengan menarafkan diri dengan orang bodoh tak belajar Law dengan mengatakan najib sign tapi tak semesti dia tahu apa yang dia sign.
Ketiga tiga perkara ini jelas najib menyeleweng tapi orang berimankan Najib sebagai tuhan yang mereka puja mati mati dengan muka tak malu membasoh najis najib dengan yakin.
Bapa Billionaire Malaysia
ReplyDelete1MDB = 1 MALAYSIA DIBODOHKAN.
ReplyDeleteterpalit abis ke semua hamba rakyat dari yg masih didalam kandungan sampai la yg da nak masuk liang lahat..semua diGSTkan gara-gara nak bayar utang yg dibuat oleh sisetan sekor tu..
Aku ni dok doalah. Semoga panjang umur dapat aku tengok najib dengan bini masuk penjara. Semoga Allah makbulkan doa aku
ReplyDeleteSetakat ini Najib masih maintain membingunkan rakyat tak tau akan datang rakyat terus dapat dibingunkan nya.
ReplyDeleteLagi pening, Majlis Tertinggi UMNO, Ketua Bahagian UMNO, Kabinet masih menyokong Najib. Najib tidak bersalah. Apakah nilai akhlak semuanya ini. Fikir2lah sendiri.
ReplyDeleteNajib mata duitan,,tak boleh nampak duit langsung,,semuanya habis di kebas kalau boleh dinding-dinding Istana pun habis dikopak dan digadai....!!!! Kita semua tak dapat se zaman dengan Fir'aun,Namrud, Abu Jahal & Abu Lahab tetapi Allah Ta'ala kirim kepada rakyat Malaysia Pemimpin persis macam mereka iaitu PM Najib yang sama kelakuan dan tabiat jahat...!!! Bertaubat lah PM sebelum ajal menjemputmu,,balik lah kepada ajaran Islam yang benar dan ikut syariat Nabi Muhammad Saw,,berundur lah dengan cara baik dan terhormat....!!!!
ReplyDeleteHakikatnya, kita duduk di Malaysia. Bukan Filipina, bukan Libya, bukan Indonesia... Sedangkan Lembu Fidlot NFC boleh terlepas, inikan pula gandingan Badak & Biawak 1MDB. Kalau Penasihat 1MDB, Menteri Kewangan dan PM jatuh sekalipun, dah cukup lengkap segalanya ada di luar negeri. Duit yg dah dibalun takkan dapat ke Malaysia balik. Yang mungkin kena nanti adalah pemakan2 dedak yg ada sekarang. Waktu itu Apai Besar dan Bik Mama dah selamat melancong dan ketawakan rakyat Malaysia. Waktu itu nanti, rakyat cuma dpt 'balas dendam' kepada pemakan dedak saja. Itulah hukum di negara kita. Rakyat Malaysia, yg marhaen dan miskin saja yg layak jadi mangsa undang2... Wallahua'lam.
ReplyDelete1MDB = 1 MATA DAJAL BERKUASA...
ReplyDeleteSYURGA di Tangan Kirinya tapi HAKIKAT sebenarnya Neraka dan Neraka di Tangan Kanannya namun HAKIKAT sebenarnya ialah SYURGA..
Siapa yg Melawannya maka Neraka Dunia lah Nasib yg akan menimpanya dan
Siapa yg Memujanya maka Syurga Dunia lah ganjarannya pula..
Tanda-Tanda KIAMAT kian di MATA kita...
Yang aku pelik tu ialah mangkuk2 dalam kabinet Dan umno yang bebal Dan benak. Si najib dah lah satu Hal, yang ADA dikeliling yang nengaku Dan berlagak seolah2 macam pandai pun satu Hal pulak
ReplyDeleteBukan yang terhebat sebaliknya yang ter musibat.....!!!!!
ReplyDeleteBiarlah dia kumpul banyak harata duit berkuasa tetapi mati besok pakai kainputih saja lepasa itu jawablah diakhirat dari mana harata yg bayak itu diperolehi dan bagaimana dibelanjakan biarlah dia hebat macam manapun ingatlah balasan diakhirat aammiinn
ReplyDeleteBiarlah dia kumpul banyak harata duit berkuasa tetapi mati besok pakai kainputih saja lepasa itu jawablah diakhirat dari mana harata yg bayak itu diperolehi dan bagaimana dibelanjakan biarlah dia hebat macam manapun ingatlah balasan diakhirat aammiinn
ReplyDeleteJasa Tun Mahathir
ReplyDelete1)membangun Negara dengan pesat
2)membina Putrajaya/cyberjaya
3)melancarkan Proton
4)membangun KLCC
5)membangun menara Petronas
6)membina KLIA
Jasa Najib Tun Razak
1)memberi GST
2)mengorbankan Altantuya
3)membeli kapal selam scorpene yang tak boleh selam
4)merompak RM2.6B (derma)
5)merancang kes Saiful Bukhari fitnah DS Anwar Ibrahim
6)mencuri duit 1MDB
7)SRC investment ghaib
8)rasuah Berleluasa dan hidup berfoya -foya
9)memberi dedak kepada kroni-kroni nya
10)jual tanah Negara dengan harga murah
Ada mata lihat,,ada telinga dengar dan ada minda buka lah tengok siapa yang lebih hebat......!!!!!