Saturday, 2 April 2016

BILA SALLEH DAH TAK MAMPU BERHUJAH...

Berikutan pendedahan yang semakin rancak mengenai Najib Razak berkaitan wang yang masuk ke akaun peribadinya, di seluruh dunia dan juga di Malaysia, berhujahlah Salleh Said Keruak atau panggilan glamornya SSK dengan berkata, "Perdana Menteri telah menjadi mangsa ketidakadilan melampau di media dan disabitkan di mahkamah pendapat umum semata-mata berasaskan dakwaan."

Justeru, kata Salleh lagi, pihak yang memfitnah itu harus memohon maaf kepada Najib.

Hahaha....fitnah dan minta maaf konon????

Siapa yang fitnah?
Adakah laporan WSJ dan ABC News Australia berupa fitnah?

Apakah laporan mereka tentang wang RM2,600 juta dan yang terbaru jumlahnya dikatakan sudah meningkat kepada RM4,200 juta yang didakwa berada dalam akaun peribadi Najib, suatu fitnah?
Apakah perbelanjaan mewah, membeli barang kemas dan percutian mahal yang didakwa dilakukan Najib untuk keluarganya, berupa fitnah juga?
Selain itu, adakah semua laporan media ini turut berupa fitnah, fitnah dan fitnah juga?

Kalau fitnah, mengapa masih terhegeh-hegeh untuk melakukan saman? 

Berapa banyak Selasa lagi mahu ditunggu sebelum surat saman mahu dilayangkan?
Kenapa kali ini Salleh tidak menggunakan kepakarannya untuk menjawab segala apa yang didedahkan oleh media antarabangsa itu?

Kalau benar ia berupa fitnah dan tiada kebenaran dalam semua laporan itu, ia sepatutnya dijawab dengan hujah serta fakta dan bukan dengan menggesa meminta maaf.

Meminta maaf pun mestilah dibuktikan ia benar-benar fitnah terlebih dahulu. Jika fitnah tidak dapat dibuktikan, bagaimana mahu meminta orang lain meminta maaf?

Di ketika yang sama, tidakkah dengan hanya mampu mengatakan serangan terhadap Najib berupa fitnah dan pemfitnahnya perlu meminta maaf,  itulah tanda-tanda awal Salleh sudah kehabisan hujah untuk mempertahankan bossnya, tetapi dalam masa yang sama perlu dilihat "tidak makan gaji buta"  kerana asas beliau dilantik sebagai menteri pun tidak lain ialah kerana kegigihannya mengampu dan membodek Najib semata-mata?

Maka, tentunya beliau perlu dilihat terus bekerja mempertahankan Najib, walaupun tiada lagi kata-kata bermakna yang mampu diluahkannya.

Fitnah lagi???

Opppps...sebelum terlupa dan sekadar mengingatkan,  apakah media-media kerajaan seperti TV3, Utusan, blog dan portal yang diberi dedak bulanan serta lain-lainnya begitu suci dan tidak pernah sama sekali terpalit  dengan unsur-unsur fitnah dalam laporan mereka mengenai musuh-musuh Najib? (SH 02/04/2016).

28 comments:

  1. SSK must work harder to prove Pok Jib is innocent.
    Sebelum tu biarlah Pok Jib mintak maaf dng rakyat Malaysia dulu sbb harga barang dan perkhidmatan melambung tinggi, rakyat makin susah.

    ReplyDelete
  2. Kruak, hujah tahap kota belud tak applicable di kalangan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berpengetahuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro., boleh kita buat kesimpulan bahwa kalau si anu tidak lulus universiti dengan cemerlang si anu tak layak jadi PM Malaysia. Negara bukan milik bapaknya.

      Delete
    2. 11:06, setuju. Tak lulus U, layak jadi MB Kedah jerrr

      Delete
  3. Salleh Keruak sudah bermula bercakap macam tikam lidah di kedai kopi. Kemungkaran tahap global tidak boleh di nafikan secara bangang dan jemuan.

    ReplyDelete
  4. Samanlah kalau semua itu FITNAH....!!! Itu sahaja cara terbaik Najib nak bersihkan namanya yang sedang berbau Hanyir dan Pekong di seantero Malaya dan juga Dunia. Kalau dah takut nak saman..., jalan terbaik BerUndur. Biar Rakyat pulak saman dia. Buat malu orang Melayu ajer perangai buruk Najib dan Isterinya. Puihhh...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro kalau ye pun janganla nak bising2. Tunggula Selasa depan. Ni baru hari Sabtu. Hari Selasa je boleh saman. Hari lain tak boleh...haram.

      Delete
  5. Senang aje memanda menteri......org kampong pun tahu....kalau dah fitnah....saman lah..menang kes....boss u dpt bnyk duit.
    Tengok pemimpin singapore....beberapa bnyk pembangkang dah bankrap akibat saman fitnah.
    Ape tungu lagi....biar mahkamah tentukan sama ada fitnah atau fakta betul.

    ReplyDelete
  6. ssk try tnya bos dedak ko tu ada bran ka nk saman...buktikan sume tu fitnah jgn bran kt donia maya je

    ReplyDelete
  7. Salleh ni bongok atau apa?. Dia membabi buta dan hentam keromo menafikan pengembala aka tuan besar pembekal dedaknya Najib Razak tidak melakukan kesalahan walhal dia sendiri tak pun pernah melihat transaksi akaun 1MDB, akaun bank Najib Razak mau pun aliran debit kredit akaun Credit Card Najib Razak. Dengan kata lain anak Kruak ini hanyalah memukul tong kosong, bingit dengan bising saja tapi "hampas".

    Sebagai panglima perang Najib bersama Rahman Dahlan, mereka ni tak ubah bagai pesilat pulut depan pengantin saja, sekadar menjadi tontonan hiburan tetamu dan pasangan Najib Rosmah. Hakikatnya mereka sendiri tak yakin apa yang mereka silatkan.

    Kalau Salleh Kruak dan Rahman Dahlan ni betul pahlawan Sabah aka panglima Najib yang berintegriti, sewajarnya mereka menasihati dan meminta izin kepada Najib untuk menyaman WSJ, FORTUNE, Media Australia mau pun Sarawak Report andai mereka yakin apa yang dilaporkan media massa itu adalah FITNAH dan PEMBOHONGAN. WSJ malah FORTUNE yang merupakan media berpengaruh di dunia jelas memperlekehkan tuan besar mereka Najib Razak dan melondehkan Najib serendah dan sehinanya, malangnya dua orang ini cuma mampu berpencak silat pulut dan berkuntau sendirian sedangkan media massa berkenaan makin hari makin galak MENCABAR. Apakah Salleh Kruak dan Rahman Dahlan sama dayus dan baculnya dengan tuan mereka PM Najib Razak. Masih mimpikah Salleh walhal kepala tuannya Najib Razak saban hari diinjak dan dipijak oleh WSJ, FORTUNE dan banyak lagi media di luar sana?.

    Maka tidak sukar untuk memahami bahawa mereka ini hanyalah pemakan dedak, berlakon dan beraksi kosong semata mata mengharapkan huluran dedak lebih banyak dari tuannya. Kegagalan, keengganan dan seribu satu alasan yang diberi Salleh Kruak bagi pihak PK Najib untuk menyaman media media berkenaan adalah BUKTI KUAT bahawa PM Najib ini memang kian terdesak dengan kesalahan dan penyelewengan yang telah dibuatnya berkait wang 1MDB, wang SRC malah barangkali banyak lagi yang tersembunyi yang pastinya akan terdedah dan terselak satu persatu sedikit hari lagi.

    Pengakuan Nazir Razak berkenaan US7 mil yang diterimanya dari Najib menjelaskan bahawa Nazir sendiri semakin resah dengan apa yang telah dan sedang berlaku dengan berbillion duit yang masuk ke akaun bank peribadi Najib. Betapa haram jadahnya seorang PM yang boleh pula memasukkan wang yang bukan miliknya ke akaun sendiri. Dan jika kita perhatikan gaya hidup laki bini Najib Rosmah ini serta keluarga terdekatnya, tidak syak lagi apa yang dilaporkan oleh WSJ, FORTUNE, media Australia berkenaan pasangan ini ada kebenaran dan faktanya. Dan lebih menyakinkan bila panglima silat pulut Najib iaitu Salleh Kruak dan Rahman Dahlan ini cuma mampu memukul tin kosong dan tidak berani bersama tuan besarnya berperang di medan sebenar iaitu mahkamah, baik di dalam negara sendiri mahu pun di luar sana. Apa yang pasti dan jelas, Salleh Kruak, Rahman Dahlan bersama tuannya Najib Razak adalah manusia dan spesis pimpinan bacul, dayus dan tidak punya kejantanan sebenar. Manusia begini sama sekali tidak layak dihormati dan diangkat sebagai pemimpin. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, jangan sampai perbodohkan diri sendiri mempertahankan kelompok pimpinan dayus dan bacul begini. Akibatnya petaka kepada negara dan bangsa.

    ReplyDelete
  8. Org Sabah kenal sangat la dgn DSk ni.
    Satu acuan dgn NR. Born with silver spoon. A politician whose attitude is play safe.
    Ini bukan fitnah ya. Arwahnabg saya pernah jadi staff dia ketika dia jadi KM Sabah.

    ReplyDelete
  9. Said Kerak, tuduh org fitnah jibby itu akan sendirinya menjadi fitnah apabila terbukti org yg dikatakan memfitnah itu sebenarnya berkata benar. Ko kena duruh jibby minta maaf kt Tun M jugak sebab banyak sangat dia duk fitnah Tun

    ReplyDelete
  10. Nama PM Najib akan di sanjungi tinggi suatu hari nanti dengan kesabaran beliau yang amat luar biasa,beliau redha dengan tuduhan media asing WSJ dan FORTUNE terutamanya tanpa bangun membela diri dari tuduhan tersebut walaupun beratus kali hari selasa yang keramat bagi beliau untuk menyaman fitnah.

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya pemakan2 dedak ni tahu tuannya tu bersalah. Tapi tetap dibela untuk kemewahan duniawi.

    Sebab tu kalau depa mempertahankn tuannya macam budak tonggong. Sebab tak sepenuh hati. Depa tahu tuannya memang rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dedak kesialan ni apabila si tamak haloba menelannya benak jadi cecair nenas.

      Delete
  12. Yg patut minta maaf ialah pemimpin yg mentekedarah duit rakyat menyamun duit rakyat minta maaf kpd 30juta penduduk negara jni pokok tak akan bergoyang kalau tidak ditiup angin cuma anjing2 belaan saja tak percaya kerana dah di beri dedak begitulah ceritanya

    ReplyDelete
  13. Yg patut minta maaf ialah pemimpin yg mentekedarah duit rakyat menyamun duit rakyat minta maaf kpd 30juta penduduk negara jni pokok tak akan bergoyang kalau tidak ditiup angin cuma anjing2 belaan saja tak percaya kerana dah di beri dedak begitulah ceritanya

    ReplyDelete
  14. SALLEH KRUAK NI PUN ..BUKAN PEMIMPIN PUJAAN ORANG SABAH..
    KAKI LOMPAT NI ..DAH BERAPA PARTI DIA MASUK ..LEPAS NI KALAU LAH UMNO TUMBANG ..SAH DIA MASUK PKR PULAK..

    ReplyDelete
  15. Ada satu Saleh keruak, dulu sekejap ketua menteri, modal habis cakap banyak,nampak bodoh diri sendiri.

    Ada satu Saleh keruak, dapat dedak gila sokong, bukak mulut jadi lawak, nampak sangat otak kosong..

    ReplyDelete
  16. Rakyat makin sengsara. Najib wajib minta maaf. Dia hanya berani berhujah dalam kalangan penduduk pendalaman Sarawak sahaja. Mereka tak tahu benda lantaran saluran komunikasi yang terhad. Media arus perdana ambil peluang keadaan di Sarawak untuk meng'hero'kan Najib. Salleh keruak, bertaubatlah dan hentikan membuat dosa dan Kamu yang juga patut minta maaf kepada rakyat. Bagi malu je!

    ReplyDelete
  17. Najib mangsa FITNAH?...tapi tahu tak mengapa NAJIB jadi mangsa FITNAH sebab dia orang melayu Islam yg bercakap Dan bersikap seperti orang yg KURANG AKAL Dari orang bukan Islam...mulut di BAU LONGKANG DAN KULIT BADANNYA SETEBAL LEMAK BABI...aku day kurang hormat dengan PM Ni bila apa yg selama Ni Kita di sumbat berita dia di fitnah tapi bola keluar berita yg sama dengan penjelasan yg tapi mengikut fakta isi Selasa Dan dahulu nampaknya Ada KEBENARANYA...peliknya mengapa SUSAH SANGAT NAK SAMAN PERFITNAH LUAR NEGARA NI...paling ketara BINI BERGAYA MEWAH; KELUARGA BERMAJLIS MEWAH...HIDUP TIDAK BERSENADA DGN PENDAPAT ..ITU PUN SUSAH NAK MENAFIKAN..kalau ada MARUAH pekara paling jujur dan senang di lakukan TUNJUK BUKU AKAUN tu...dan adik sendiri dah mengaku .
    Jadi apa lagi yg perlu di sorok dan menuduh orang MEMFITNAH nya..KESIMPULANNYA NAJIB...senang cerita awak lah sebangsat manusia melayu dalam MALAYSIA ni buat aku orang UMNO LAMA MENYOKONG PATI HARAM JADAH KAMU UMNO...Tak salah lah kalau orang kata kau ni namanya MELAY ISLAM TAPI PERANGAI MACAM ORANG MAKAN BABI..baru aku faham..harap harap emak bapak kau serta keluarga kau tidak lah seperti KAU YG MAKAN BABI NI..tak akan aku. Undi BN ni lagi..SELAMAT TINGGAL seeloknya aku pangkah DAP walaupun tak makan BABI tapi aku tak berperangai macam BABI.

    ReplyDelete
  18. Ssk must prove his worth to Najib. Tapi sayang ilmu Ssk tak kemana. Cetek dan bodoh. Kita tunngu waktu Najib terajang beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat! KITA TERAJANG SEMUA TU DULU....Dimulakan dgn najib

      Delete
  19. Tara ku cha cha2 April 2016 at 21:53

    Alo ssk, husseiny kat uae dah masuk lokap dan arul kat sini cakap pun macam nak letak jawatan je, tapi hang masih nak berhujah? Hari hang nak berhujah pun pada April Fools day la SSK! FBI dah datang ni, dan soalan pertama mereka ialah kenapa uae dah tangkap husseiny tapi di malaysia kenapa depa belum buat apa-apa tapi masih lagi bermesyuarat kat sungai? It's a sinking ship la ssk. Run while you can like what intelligent arul is going to do.

    ReplyDelete
  20. Tidak ada apa apa kepandaian bah si salleh ini selain daripada mengamput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...siapa yang dia amput?

      Delete
  21. Susah-payah Tun M menaikkan nama dan imej Malaysia di mata dunia, senang-senang Najib dan pembodek-pembodeknya macam SSK, menjatuhkan dan memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia.

    ReplyDelete
  22. Rakyat makin sengsara. Najib wajib minta maaf. Dia hanya berani berhujah dalam kalangan penduduk pendalaman Sarawak sahaja. Mereka tak tahu benda lantaran saluran komunikasi yang terhad. Media arus perdana ambil peluang keadaan di Sarawak untuk meng'hero'kan Najib. Salleh keruak, bertaubatlah dan hentikan membuat dosa dan Kamu yang juga patut minta maaf kepada rakyat. Bagi malu je!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...