Hari demi hari semakin banyak pendedahan serta pembongkaran di peringkat antarabangsa mengenai Najib Razak, 1MDB, wang yang masuk ke akaun peribadinya serta bagaimana perbelanjaan mewah dilakukannya.
Dulu ramai yang sudah cukup terkejut apabila diketahui wang yang pernah masuk ke akuan peribadi Najib adalah berjumlah RM2,600 juta, tetapi kini nampaknya angka itu makin membesar sehingga didakwa mencecah RM4,200 juta.
Angka itu tentu saja menarik kerana ia secara kebetulan bersamaan dengan 10 peratus daripada hutang keseluruhan yang ditimbun oleh 1MDB iaitu RM42,000 juta.
Apa makna 10 persen bagi kebanyakan orang biasa apabila dikaitkan dengan politik dan perniagaan?
Negara-negara yang sedang menyiasat 1MDB juga turut bertambah iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Switzerland, Hong Kong dan terbaru sebuah negara yang jarang kita kenali, Luxembourg.
Pendedahan mengenai percutian, perbelanjaan mewah dan membeli barang kemas yang melibatkan Najib dan Rosmah juga kian bertambah, bukan saja dari segi jumlah wang yang dibelanjakan dan barang-barang yang dibeli, bahkan turut melibatkan Reza Aziz, anak Rosmah daripada perkahwinannya yang terdahulu.
Dalam pendedahan terbaru WSJ, dilaporkan bahawa Reza melalui syarikat filemnya, Red Granite yang menerbitkan filem separuh porno, The Wolf of Wall Street didakwa telah menerima dana berjumlah AS$155 juta atau RM603 juta melalui laluan berliku yang diipercayai daripada 1MDB.
Dana itu diterimanya dalam tiga peringkat pada tahun 2012 iaitu RM60 juta, RM45 juta dan RM50 juta.
Selain itu, WSJ turut melaporkan bahawa pihak berkuasa UAE telah mengeluarkan perintah larangan perjalanan dan pembekuan aset dua bekas eksekutif syarikat pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company atau IPIC berhubung transaksi kewangan melibatkan 1MDB.
Tindakan terhadap kedua-dua eksekutif itu, Khadem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Huseiney, jelas menunjukkan ada kemajuan dalam siasatan mereka lakukan.
Untuk hari-hari seterusnya pula, terutama kerana banyak siasatan sudah bermula, tidak diketahui apa lagi pendedahan lain yang bakal terdedah mengenai Najib, 1MDB serta lambakan wang yang dibelanjakan berkaitan dengannya.
Kita juga tidak mengetahui berapa banyak lagi maklumat sulit yang ada dalam tangan WSJ, ABC News, Sarawak Report dan sebagainya yang mungkin hanya menunggu masa untuk disiarkan ke seluruh dunia.
Untuk itu, masa yang mendatang ini boleh dikira detik paling kritikal kepada Najib dalam usaha untuk mempertahankan kuasa pemerintahannya.
Walaupun tidak semua penyiasatan itu menjurus kepada Najib secara langsung, tetapi sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat dan orang yang bertanggungjawab menubuhkan 1MDB, kesan politiknya tentulah paling terkena kepada Najib.
Dalam pada itu, memandangkan berbagai negara sudah melakukan siasatannya, tidakkah di akhirnya nanti ia akan menjurus kepada Najib juga berikutan hubungannya yang rapat dengan 1MDB?
Dan selagi beliau memimpin UMNO serta kerajaan, selagi itulah juga kesan buruknya akan menimpa parti dan negara.
Meskipun secara teorinya Najib masih boleh bertahan selagi Ahli Majlis Tertinggi, menteri kabinet dan Ketua-Ketua UMNO bahagian berpihak kepadanya, tetapi sudah tentu apabila semakin banyak pendedahan dan pembongkaran mengeluarkan bau busuknya, ia akan menyebabkan sokongan rakyat mereput secara perlahan-lahan kepadanya.
Najib tidak mustahil boleh dipertahankan sekurang-kurangnya sehingga tarikh pilihanraya umum diadakan, namun mampukah UMNO dan kerajaan terus dikekalkan jika penerajunya terus sarat dengan masalah dan isu yang tidak mampu untuk dijawab dan dihujah balas?
Jika keadaan itu berterusan, mempertahankan Najib hanya menjadi kerja sia-sia kerana UMNO tetap kalah dan ditolak rakyat juga akhirnya.
Apakah dalam waktu yang masih ada ini, pemimpin-pemimpin UMNO tidak terfikir bahawa lebih berbaloi jika mereka turut sama mendesak pengunduran Najib dan seterusnya memberi peluang kepada pemimpin baru memulihkan keadaan? (SH 03/04/2016).
10 persen...??? Muka tamak kebulur duit mcm itu cukup ke takat 10 persen? Paling kurang 30 persen tu kalau disiasat betul2. Dasar penyamun laknat.
ReplyDeleteInilah balasan tuhan kepadamu wahai Najib. Dulu bukan main ligat lagi sebarkan video buka aib pemimpin pembangkang semata-mata nak menang besar pilihan raya. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Sekarang satu dunia bertungkus-lumus sedang melondehkan seluarmu untuk tatapan masyarakat seluruh dunia. Nah rasakan bahana hukum karma peringkat global. Atau glokal.
ReplyDeleteAmin. Cara dia org menjatuhkan AI terkeluar dari batas Islam. Christians Amerika pun tidak nenghina Clunton sebegitu teruk.
DeleteMuda2an Allah memberi pembalasan yg setimpal dgn perbuatan busuk mereka.
Pertahan najib bakal membenamkan umno. Nmpk mcm dah beyond repair.
ReplyDeleteUtk penyokong penyokong tegar BN, maybe, due time to change next PRU.
Demi orang mukmin, ini bukan Umno lagi! Ia adalah kanser samseng Taigor Jib!
DeleteUntuk menutup bangkai2 dia, dia telah mempergunakan jentera2 kerajaan Dan anggotanya, ahli2 umno Dan lain2, memburuk2kan tun Mahathir, merobek2kan pencapaian2 Kita selama, kejayaan2 Dan merosakkan masa depan negara Dan bangsa. Manusia2 jenis ini tak layak dilepaskan begitu Dari tindakan undang2 dengan sekeras2 peruntukan yang Ada.
ReplyDeletemempertahankan najib yg byk masalah bakal menjadikan umno pembangkang...hukum keadilan dan kebenaran akan terlaksana juga akhirnya
ReplyDeleteTengoklah hutang negara byk mana dah hari ni. Siapa nak tanggung kesemua hutang2 ni?
DeleteRakyat lerrrrrt...
Kepada macai2 pengampu Ahjibgor:
ReplyDeleteBaik balik kampung cari tempat bawah pokok durian dan tanam kepala kedalam tanah secara burung unta. Durian jatuh hanya sakit punggung tak sakit kepala. Tak payahlah berbincang bab hati! Semua khianat kamu dah terdedah sedunia!
Kerja utk mempertahankan Najib hanya bolih dibuat olih Annuar Musa.
ReplyDeleteKeruak, Rahman, Azalina, Ismail, Nan Mansor, Nazri, mat Mslan, Fuad Jasa patut berhenti jadi menteri & penjawat awam kalau nak mempertahankan Najib. Gaji kau orang dibayar olih rakyat. Masalah rasuah najib, masalah persendirian dan tiada kena mengena dgn Kerajaaan Msia.
Apa pasal berhenti?
DeleteSPRM patut siasat terperinci.
Berapa mereka dapat duit (dedak) 1MDB.
Kalau ada bukti dan bersalah.
Sumbatkan mereka dalam JAIL.
Poad jasa. Lagi tak berguna. Apa sumbangan dia kpd negara melainkan phooooooaaaatttttt...
DeleteWeiii geng... Jangan kutuk2 le...
DeleteTeori RAHMAN disambung lagi jadi RAHMAN PUTRA
Rahman - Abd Razak - Hussein - Mahathir - Abdullah - najib...
Lepas Najib???
P = phooooooaaaatttttt...
P = Pu**Mak
DeleteU = UMNO
T = Teuku Nan Haram Jadah
R = Rosmah Imelda
A = Asylum to Kyrgyzstan
Memang benar apa yang dikatakan oleh Tun M. Bukan pembangkang yang akan jatuhkan UMNO tapi Najib sendiri yang akan jatuhkan UMNO akibat skendal rasuah(salahlaku)dirinya sendiri.
ReplyDeleteApalah guna hidup ini sebagai pemimpin penuh dengan kuasa dan politik kayaraya penuh dengan harta tetapi bergelumang dengan dosa rasuah penipuan penyelewengan hidup mewah tetapi rakyat hudup penuh dengan penderitaan semoga doa rakyat yg teranuaya ini dimakbulkan oleh allah aaammmmiiiiinnnnn
ReplyDeleteJangan lah siasatan ke atas Najib selesai sebelum Tun Mahathir buat 'sesuatu di luar jangkaan'.
ReplyDeleteTun Mahathir, tolong lah buat 'sesuatu di luar jangkaan' sebelum siasatan' mendedahkan lebih banyak lagi mengenai duit haram yang telah digunakan oleh Najib.
Nanti dah tak jadi 'di luar jangkaan' pulak.
Harap-harap tekaan saya betul.
Rakyat Malaysia yang terlibat dengan perfileman terutama orang Melayu yang asyik dengan cerita hantu, ingat lah peribahasa 'kera dihutan di susuk, anak sendiri kelaparan'.
ReplyDeleteNak jugak berkempen untuk UMNO lagi?
Dalam satu konsert, ada penyanyi rock dari NS, dengan berbangga mengaku ahli UMNO dan penyokong BN semasa kempen pru yang lepas.
Ramai lagi artis yang sokong UMNO ... sekarang 'Padan Muka Lu'
Maaf
DeleteBukan susuk. Susuk.
Lagi sekali. Maaf.
DeleteSusui.
Salah lagi lantak lah.
Sampai bila nak bohong Najib. How many bigger lies can you invent. It is getting bigger n bigger now. Penjilat2 tegar kamu dah tak tahan lagi. Setiap hari dibabikan oleh rakyat. Faggots like Azlina n gangster Nazri will not stand by you when it matters. Infact, they will desert you n join the opposition . Infact Rosmah pun akan lari. Your only hope in your family n brothers. Your only way out is to repent n berserah sepenuh pada Allah yang paling nengerti . Salam
ReplyDeleteWahai si Najib yang BANGANG,....ketahuilah kamu,...memburukkan Mahathir itu tidak akan menyelamatkan kamu.Kamu sedang membina jalan ke penjara.
ReplyDeleteMahupun lalai daripada pembalasan akhirat...kita semua kena tercabar melalui as-Sirat yang di bawahnya menyalar api neraka.
DeleteBetul Tn Shahbudin,
ReplyDeletePuak yang pertahankan Najib Razak ni tak ubah macam menjadikan NAJIS yang busuk sebagai barang perhiasan disayangi dalam rumah masing2. Pada mereka NAJIS ini wangi dan memberi rezki sedangkan tetamu yang datang nampak dan perasan amalan songsang mereka.
Aku harap takde siapa akan lepaskan Pengkhianat Negara ini dari hukuman. Begitu juga yg bersubahat dgnnya. Biar jadi teladan kepada semua rakyat jelata.
ReplyDeletePeguam negara dah bngun tido ke belum tu???
ReplyDeleteyang tak ada kena mengena dengan umno boleh berambus..nampak komen2 sini macam sial ikut sedap mulat terikut2 melalut dan nampak macam orang dah tak siuman tak berakal..
ReplyDeleteHang ingat Malaysia ni hak orang UMNO dan kepala bpk deoa saja ka? Boleh buat sesuka hati dan menyamun sana sini? Duit yg lesap tu duit semua rakyat, bkn duit UMNO BN saja. Awat la hang ni bangang sangat?
DeleteAnon 13:41....kalau dah tak siuman manalah ada akal lagi! Kamu cakap lagi teruk dari orang gila. Nak sial kan orang ingat senang ke? Mentong!
DeleteAnon 1341 sini kau. Biar aku samak mulut kau dgn berus tembaga.
DeleteOh yaa...mana perginya KETUA PUTERI UMNO yg dulu tu buat laporan polis ke atas WSJ dan perginya Ketua Pemuda UMNO serta orang orang kuat mengampu membabi buta tu semua...AKU RASA MACAM TAK PECAYA APA YG ADIK NAJIB MENGAKU PASAL MASUK KAN DUIT HARAM TU KE DALAM AKAUN SEKUTU NAJIB ATAU ORANG BARUANYA...Mungkin ni yg menggecutkan mereka kot utk bersuara lagi atau baru mereka sedar yg si BINI NAJIB berbelanja lebih dari mereka dapat sedangkan yg kerja macam BABI GILA adalah mereka yg penat membaruakan akar umbi...ATAU baru tercekit tekak mereka bahawa selama ni duit yg mereka dapat dan makan anak beranak adalah duit HARAM DARI HASIL JUDI LA VAGES kot...sebab tu la apa jua CUBAAN MELINDUNGI NAJI TIDAK DI BERKATI ALLAH rupanya...NAK MUNTAHKAN BALIK DAH JADI TAHI PUN SEBAB DAH BERTAHUN DAH SO PALING BAIK SAMAK KE ANAK TEKAK TU DENGAN AIR LUMPUR ATAU AIR LONGKANG JE MACAM MAKAN BAK BI ...oops terlajak kata tapi tapa terlajar laris memalukan NEGARA serantau BUMI.
ReplyDeleteSaya x faham kenapa masih ada gagasan yang hendak mempertahankan UMNO Baru (walaupun tiada bagi hulubangang bugis kecuali yang berkepentingan).
ReplyDeleteMinta maaf Budin saya kena berterus terang bahawa hang adalah salah seorang (dan Dr M terang tanpa suluhan lagi sbg contoh lagi satu) dpd orang-orang yang mati-mati mahu mempertahankan UMNO Baru (namun demi Hulubangang bugis tidak).
Hulubangang Bugis apabila dijatuhkan dan kemudian digantikan dgn lagi satu hulubangang entah dari mana pun tidak akan mengubah keadaan.
Keadaan kemudiannya adalah serupa 2x5 yang terhidang sekarang: taik. Keadaan akan hanya berubah apabila UMNO Baru jatuh. Selepas itu Budin, saya percaya UMNO Baru akan berubah kepada sesuatu yang lebih selesa untuk disantapi rakyat jelata.
Tolong jangan menipu diri sendiri dan zuriat-zuriat kita Budin.
Nampaknya orang2 UMNO lebih rela UMNO mengalami kekalahan dalam PRU nanti daripada mendesak PM Najib (Presiden UMNO) mengundurkan diri.Biarkanlah Si Lunchai terjun dengan labu-labunya...., Biarkan, biarkan....!
ReplyDeleteSyaitan memang suka sangat masuk bagi membolehkan gulai menjadi dalca.Jika sedap orang makan dia pun tersenyum dan jika rasanya meloyakan orang akan sumpah seranah .ingatan kepada Anon 1341,maka tanggonglah habuanya.Komenlah dengan apa yang dipaparkan oleh tuan punya blog dan ulas dengan akal dan pengtahuan tentang cerita yang diperkatakan.
ReplyDeleteBiarkan...biarkan...Phoooooooaaaatttt
ReplyDeleteWoiii najib....Phooooooaaatttt!!!!
ReplyDeleteBiar luncai terjun dengan labunya
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete