Friday 15 April 2016

RAMAI YANG TAK FAHAM, LEBIH RAMAI YANG TIDAK MAHU MEMAHAMINYA


Semalam Muhyiddin Yassin merungut kerana masih ramai ahli UMNO tidak faham berkaitan kemelut 1MDB dan kaitannya dengan desakan agar Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri.

Malah menurut beliau, di kawasannya sendiri di Pagoh, sudah berkali-kali taklimat serta penjelasan diberikan mengenai isu itu, namun mereka masih juga tidak faham-faham.

Rungutan Muhyiddin itu bukan saja ada benarnya, malah itulah realitinya. Pengalaman saya bercakap dan berbual-bual dengan pemimpin dan ahli UMNO, majoriti antara mereka bukan saja tidak faham mengenai 1MDB, bahkan turut keliru berapa sebenarnya jumlah RM2.6 bilion itu.

Harus diakui bahawa kemelut perjalanan 1MDB itu agak berbelit-belit dan bersimpang siur keadaannya. Ia seolah-olah sengaja dibuat begitu agar tidak ramai yang betul-betul faham dan mampu berhujah dengannya.Dan apabila ramai yang tidak faham, memutar-belitkannya menjadi lebih mudah lagi.

Antara hutang, terbitan bon, pelaburan di Cayman Island, simpanan di Singapura, sebab wang dibawa merayau-rayau ke beberapa negara, komisyen, cagaran sekuriti dan sebagainya - semuanya amat berbelit-belit dan memerlukan kesabaran untuk memahaminya bagi mereka yang bukan dalam bidang kewangan.

Di sinilah terletaknya kehebatan "mastermind" 1MDB itu. Tidak mustahil Najib sendiri pun tidak faham sepenuhnya mengenai perjalanan dan liku-liku 1MDB, sebab itu beliau hanya tandatangan saja semua kebenaran berkaitan kewangan atau pelaburan tanpa menyedari kesan serta risikonya.

Sementara ramai ahli UMNO yang tidak faham, sebahagian besarnya pula hanya menjawab, "itu biarlah orang-orang di atas menyelesaikannya,  yang penting UMNO ini berkaitan Melayu dan kuasa yang ada padanya perlu dipertahankan."

Ada juga yang memberi jawapan, "semua Perdana Menteri pun melakukan benda yang sama, cari duit untuk parti dan untuk menang pilihanraya."

Yang lebih totok atau mungkin setelah disuapkan sedikit dedak, akan berkata pula, "mempertahankan Najib dan UMNO adalah sama dengan mempertahankan kuasa Melayu dan Islam."

Dalam pada itu, selain tidak faham sepenuhnya,  ada yang menganggap bilion itu ratus atau puluh juta saja dan  ada juga yang mengatakan "bilion"  dan "milion"  adalah jumlah yang sama.

Itulah sebabnya dalam blog ini saya menulisnya sebagai RM2,600 juta, walaupun mula-mula dulu menulis RM2.6 bilion juga. Saya mahu orang  benar-benar faham bahawa wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib itu adalah jumlah yang sangat-sangat besar dan boleh jadi antara yang terbesar dalam sejarah dunia.

Apabila jumlah wang yang dipercayai masuk ke akaun peribadi Najib meningkat kepada AS$1.051 bilion  atau RM4.2 bilion, saya lebih suka menulis dengan angka 4,200 juta berbanding 4.2 bilion.

Seorang kenalan UMNO yang berjawatan eksekutif di sebuah syarikat swasta terperanjat apabila diberitahu wang yang masuk ke akaun peribadi Najib itu ribu-ribu juta jumlahnya, bukan ratus juta yang dianggapnya sebelum ini.

Tidak mengejutkan sebenarnya apabila orang UMNO yang tinggal di kampung-kampung dan hanya menonton TV3 atau membaca Utusan, tidak akan faham-faham sehinggalah mereka mati dalam mempertahankan kepalsuan akhirnya.

Ketidakfahaman mereka, sama ada berkaitan 1MDB atau jumlah sebenar wang yang terlibat,  tidak lain ialah kerana mereka malas untuk mendalaminya, tidak rajin untuk membaca dan menyelidik atau sengaja tidak mahu faham tentangnya.

Sebab itu ramai di antara mereka, termasuk yang ada jawatan kanan dalam UMNO bahagian, tidak berapa gemar untuk berbual secara detail dan mengikut perkembangan terkini mengenai 1MDB dan wang melibatkan Najib itu.

Apatah lagi, apabila dipusing-pusingkan cerita dengan menyembunyikan sebahagian kebenarannya, malah ditambah dengan sentimen kepartian atau keMelayuan, isu sebenar berkaitan 1MDB dan wang yang ada dalam akuan peribadi Najib akan tenggelam begitu saja.

Mereka tidak sedar sebenarnya, di sebalik ketidakfahaman itu, rakyat biasa yang tidak berparti sudah begitu meluat terhadap Najib dan UMNO berikutan isu 1MDB dan wang RM4,200 juta itu. 

Rakyat tidak berparti, lebih-lebih lagi yang menyokong pembangkang, lebih tinggi pemahamannya.

Rata-rata merasakan tidak wajar sama sekali seorang pemimpin membenarkan dalam akuan peribadinya tersimpan wang sebanyak itu atas apa hujah sekali pun.

Ia adalah kemungkaran paling maksimum seorang pemimpin, selain suka berbelanja mewah dan membenarkan anak isteri disaluti perhiasan dan aksesori mewah dalam kehidupan.

Tanpa sedar, meskipun Najib sukar dijatuhkan melalui UMNO berikutan ketidakfahaman itu, majoriti rakyat sebaliknya hanya menunggu masa saja untuk menjatuhkan hukuman kerana  Perdana Menteri keenam sekarang dilihat membawa malapetaka paling besar dalam sejarah negara. (SH 15/04/2016).

24 comments:

  1. Agaknya masa duit ratusan juta masih dalam akaun bank peribadi Najib dan tiba tiba Najib mampos, jadi instant bilionaire lah bini Najib, Rosmah Mansor tu. Bahaya betoi laki bini dua orang ni. Nampak sangat puak dedak dlm UMNO ni bengong boleh benarkan dan terima amalan songsang mcm ni. Tapi apa nak buat, dah tertelan dedak tangas kangkang laki bini tu. Abis semua jadi bengong dan baghal tahap gaban.

    ReplyDelete
  2. Mulai sekarang tulis sahaja Ringgit Malaysia 4,200,000,000.00. Hanya dengan itu (mudah-mudahan) makcik pakcik Felda lebih faham. Begitu juga dengan jumlah yang ghaib dari 1MDB Ringgit Malaysia 28,000,000,000.00. Dan bandingkan dengan jumlah universiti, hospital, empangan mega atau konsensi lebuhraya yang mampu dibina/dibatalkan dengan jumlah sebanyak itu. Mudahan mereka faham betapa besar dana tersebut dan ianya adalah hak rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..aslkm....yg ni ana ckup stuju dgn bro kita ni cik Din...anta ana tak tau lah...tp yg ana tau nak bgi mudah paham apa bab pun....tok wan kata...pgi2 amal minum telok ayam kemuruk 2 biji campur cuka getah 2camca besak..amal 3pgi turut2...sah mudah paham lepas tu...paling mustajab kalau kawan2 melayu umno kita yg amal...lgi kelea... hrap2 depa cuba test try p tngok ...jdi atau dak kuasa tuhan semua... minta maaf kot silap petua...

      Delete
  3. Bab duit jarang melayu tak faham,cuma buat2 tak paham!
    Yg penting jawatan dlm umno mesti dikekalkan sampai mati dan tempat seberapa banyak yg boleh. Bila tengok rumah2 pemimpin korup ni rasa jijik plak....besar2 tersergam indah. Jawatan kecil je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bang ...saya doakan ramai lagi kat luar sana ada pikiran macam abg ...

      Delete
  4. Ada satu perdana menteri, rosak binasa seluruh negeri, porak peranda dia khianati,malu negara dunia perhati..

    Ada satu perdana menteri, rugi negara kerana emdibi,kampung dan felda kena fahami, wang yang hilang berjuta lori..

    ReplyDelete
  5. Kalau hendak mempertahankan diri secara senang seseorang (A) itu hendaklah juai agama dan agama sehinggakan puak bawahan berjaya diperbodohkan sehingga percaya bahawa kalau bukan kerana seseorang (A) tidaklah bangsa puak itu maju dan akan kompom masuk neraka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juai agama dan bangsa sambil merembat kekayaan negara/ rakyat untuk diri sendiri.kalau bukan laluan karpet merah dalam politik berkemungkinan didalam penjara kerana dihukum atas kesalahan mencuri setin milo berharga rm26.00.inilah kelebihan pemerintahan politik anak beranak berbanding kepimpinan secara rambang terpilih dari rakyat yang berbakat diberi peluang untuk menjadi pemimpin

      Delete
  6. Budin,
    Sebenar bukan la tak faham sangat tapi ada beberapa sebab :

    1.Terlalu byk pemakan dedak dlm umno walaupun yg diterima cuma ciput.

    2.Ini lah budaya dlm umno sejak 25 tahun iaitu harap habuan dan terima habuan dan berebut jawatan tak kira apa saja sama parti dah nak mampos atau di lihat kotor oleh org atas pagar,sentiasa rasa selesa bila jadi budaya,tak boleh la buat apa apa.

    3.Dakyah hanya umno saja tempat melayu bergantung,jadi bila terlampau taksub maka jadi lah bahalol seumur hidup jadi pemimpin atas boleh la buat apa saja sah bahalol akan sokong buta tuli mcm PAS la lebih kurang.

    ReplyDelete
  7. Budin,
    Sebenar bukan la tak faham sangat tapi ada beberapa sebab :

    1.Terlalu byk pemakan dedak dlm umno walaupun yg diterima cuma ciput.

    2.Ini lah budaya dlm umno sejak 25 tahun iaitu harap habuan dan terima habuan dan berebut jawatan tak kira apa saja sama parti dah nak mampos atau di lihat kotor oleh org atas pagar,sentiasa rasa selesa bila jadi budaya,tak boleh la buat apa apa.

    3.Dakyah hanya umno saja tempat melayu bergantung,jadi bila terlampau taksub maka jadi lah bahalol seumur hidup jadi pemimpin atas boleh la buat apa saja sah bahalol akan sokong buta tuli mcm PAS la lebih kurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu macam PAS janji Syurga jadi yang bahalol sokong buta tuli.

      Delete
    2. Dalam pada Jibby join dgn Hadi: maka satu janji dedak dunya, satu lagi janji dedak akhirat ... punahlah tamaddun Melayu!

      Delete
    3. Cik Lan ooii..teman setuju bebenor dengan mike. Dedak..dedak jugak..tapi teman rase..ni mesti Najik paka mandrem atau ilmu pelalau..jangan tak caye..ni same dengan kes pukau..kene samun pon tak sedor..tak cam muke saspek..same la ngan Najik..power tu ilmu guruji India maghi.

      Delete
  8. Professor P.Ramasamy digesa meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kerana terlibat dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).


    Desakan itu dibuat oleh laman dbsjeyaraj.com yang menjelaskan LTTE adalah kumpulan militan yang berjuang untuk kemerdekaan bahagian utara dan timur Sri Lanka.

    “LTTE adalah satu-satunya kumpulan militan yang membunuh dua pemimpin dunia: Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa pada tahun 1993 dan bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi pada tahun 1991.

    “LTTE mencipta tali pinggang bunuh diri dan merupakan pelopor pengeksploitasi wanita dalam serangan berani mati. Ia mempunyai rangkaian dengan organisasi keganasan lain terkenal termasuk Al-Qaeda dan telah menghantar senjata, pakar pertempuran dan pakar-pakar bahan letupan kes Selatan Filipina untuk melatih dan ahli Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang dikaitkan dengan serangan di Lahad Datu.

    “Hasil daripada taktik keganasan itu, LTTE kini ditetapkan sebagai organisasi pengganas oleh 32 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, UK, India dan semua 27 negara-negara Kesatuan Eropah,”lapornya.

    Kelab Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mendedahkan beberapa bukti pautan media sosial yang membuktikan Ramasamy adalah penyokong dan aktivis LTTE.

    “Serangan LTTE paling sadis adalah di Masjid Meera Jumma, Kattankudy, ketika jemaah sedang solat Isyak. Membunuh 103 jemaah dan mencederakan 70 yang lain. Serangan dilakukan menggunakan senapang automatik dan bom tangan,”lapornya. - AIDCNews

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woit mangkok ayon anu1558.mana ada ltte lgi tentera sri lanka da cuci bersih ltte dari sri lanka.mgkn kompius pil kuda ni.hang tak pyah bawa crita internasional ko main lokal sudah..

      Delete
    2. Ingat kan LTTE telah membunuh dua orang pemimpin Islam.

      Dey ! Poh ! Poraah...

      Tan Sri Khalid cuba mendapatkan undi dan sokongan kaum India. Sampai masalah Sri Lanka pun jadi modal. Ada masalah dengan PAS lah, orang India tak sokong PAS.

      Delete
  9. Pengalaman sendiri dengan orang UMNO rata-rata sama seperti yang En Shah sampaikan. Kalau ada yang berfikir lebih, orang itu pun mengeluh dengan tahap pemikiran ahli-ahli UMNO.

    Semasa kehilangan MH, masing-masing beri hujah mengikut pandangan masing-masing. Si Mamat ini yang hanya mendengar dan diam pun keluarkan cerita dia yang mengatakan satu konspirasi. Untuk menguatkan kata dia, dia.terpaksa dedahkan satu sumber sulit dari SB. Mamat ini punya kerja dua kali lebih tinggi dari kenalan Eksekutif En Shah. Ingat bila dia kata maklumat baru tentu lebih canggih sebab tentu dia bercampur dengan orang-orang macam En Shah ke? Rasa nak simbah air sirap kat muka dia. Langsung rosak mood kita orang nak berborak lagi.

    Yang satu ini lagi menyakitkan hati. Jawatan lebih dari jawatan kanan dalam UMNO Bahagian. Kalau sebut nama En Shah kenal lah walaupun orang nya tidak menonjol. Ingat dapatlah maklumat yang power atau hujah yang bertaraf 5 bintang. Sampai cerita pasal masalah Najib dan negara tup-tup dia kata nasib baik sebab Malaysia tidak jadi macam Somalia.

    Ahli UMNO tak suka cerita high profile. Dia orang tak suka cerita siasatan internal affairs yang berat-berat. Jadi lantaklah apa pun sedangkan kehidupan mereka sendiri pun semakin susah. Apa lagi anak muda yang nak mula hidup baru lebih lagi susahnya.

    Biarlah orang atas yang menyelesaikannya ... selesai macamana hutang negara mengunung tingginya.

    ReplyDelete
  10. Faham, kurang faham, buat-buat tak faham atau pun mmg bebal tak faham langsung, terima kasihlah UMNO kerana berjaya meletakkan orang melayu sebagai bangsa terbodoh didunia atau boleh dinobatkan sebagai bangsa yg paling tak bertanggungjawap.

    Malu kita dgn bangsa lain yg sikap bertanggungjawabnya tinggi walaupun salahlakunya kecil saja.

    ReplyDelete
  11. Menlu Arab Saudi tak tahu dlm minda mcm mana sahkan derma kpd Najib sebagai memberi kelegaan sementara selepas berbulan2 Najib dan kuncu pusing round the world cuba beri helah.

    Sebelum Najib dan geng menari kesukaan ala Jho Low dan Paris Hilton
    bersukaria lepas durian runtuh tergolek dari 1MDB..awas bom nuklear yg lebih ganas akan datang dari penyiasatan antarabangsa Swiss, Luxemborg, US

    Kita lihat pattern yg sama telah berlaku.. Tiap kali lembu2 Najib keluar sijil halal seolah memperlekehkan penyiasatan serious antarabangsa kes wang rasuah dan gubahan dari 1MDB yg lalu sistem mereka.. Lepas Pandi NFA, Swiss AG tembak, sekarang PAC Cari Makan bagi line clear, Swiss AG dan IPIC tembak. Ni lepas Menlu bagi chom baru, saya ingat Mamak conman 2 ekor ditahan diAbu Dhabi akan bocor semua rahsia siapa punya yg rancang scam ni.

    Kalau Swiss dan US boleh gabung mantap pekenakan kes lebih high profile rasuah top boss FIFA semua Mat Salleh Blatter, Platini dsb.. Mereka akan pasti cikai orang2 Asia tidak mempermainkan integriti mereka tak kira taiko Cash-is-king Malaysia ke Arab!!!

    ReplyDelete
  12. Isu derma telahpun mendapat penjelasan daripada negara ARAB sendiri, tapi masih ada pihak cuba memberi padangan negatif untuk mengeruhkan lagi keadaan.

    ReplyDelete

  13. Saman je Mahathir ...

    Bila Muhyiddin tanya kenapa tak bagitahu ...

    ReplyDelete
  14. Itulah keadaan penganut Islam yang mementingkan luaran dari 'subtance'

    ReplyDelete
  15. tidak bopeh yakinkan rakyat...kita kelirukan mereka..mgkn itu lah yg berlaku

    ReplyDelete
  16. tidak bopeh yakinkan rakyat...kita kelirukan mereka..mgkn itu lah yg berlaku

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...