Harapan rakyat negara ini untuk menyaksikan debat antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berkaitan kemelut syarikat sarat hutang itu akhirnya tidak kesampaian dan terkubur di tengah jalan.
Setelah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berdebat tanpa syarat, pihak lain pula yang banyak "songeh" dengan mengeluarkan pelbagai pandangan, kemungkinan malah ugutan untuk meletakkan jawatan sekiranya debat itu berlangsung juga.
Semuanya menjadikan kedudukan Tony Pua dalam PAC sebagai alasan serta hujahan untuk memberi tekanan kepadanya.
Salleh Said Keruak yang pada awalnya membenarkan RTM menyiarkannya secara langsung, turut "korner baring" di saat-saat akhir dengan mengatakan siaran langsung melibatkan Tony Pua hanya akan diadakan jika beliau berundur terlebih dahulu daripada PAC.
Dengan Tony Pua terpaksa memilih antara berdebat atau kekal dalam PAC, beliau akhirnya memutuskan untuk tidak berdebat, sebaliknya kekal dalam PAC kerana peranan dan pengetahuannya selama ini berkaitan syarikat bermasalah itu dikira penting untuk terus mencari kebenaran berkaitan dengannya.
Dan Salleh sekali lagi "korner baring" dengan mengatakan tiada siaran langsung akan disediakan kerana katanya, siaran langsung hanya untuk Tony Pua dengan Arul saja.
Mula-mula ada siaran langsung, kemudian bertukar dengan syarat jika Tony Pua berundur daripada PAC, akhirnya bertukar dengan tiada sama sekali siaran langsung. Jika benar debat 1MDB penting untuk pengetahuan rakyat, apa salahnya diteruskan siaran langsung itu.
Patutlah Najib Razak suka dengan menteri macam ini...
Meskipun berdebat dengan Arul Kanda dianggap penting, tetapi melakukan tugas menyoal dan menyiasat 1MDB atas kapasitinya sebagai anggota PAC, tentulah jauh lebih penting bagi Tony Pua dan Pakatan Harapan.
Berdebat hanyalah sekadar menunjukkan kepakaran berhujah dan membentangkan fakta, namun berperanan dalam PAC untuk mencari menyoal tentang 1MDB menjadikan tugas itu bukan saja direkodkan di Parlimen, malah menjadi keperluan untuk pengetahuan rakyat seluruhnya.
1MDB bukan saja menjadi kebimbangan rakyat, malah adik Najib sendiri iaitu Nazir Razak terus membangkitkan kesukaran untuk menarik pelabur selagi isu berkaitan syarikat itu tidak diselesaikan.
Dalam hal ini, Tony Pua tidak boleh dianggap seorang yang penakut untuk berdepan dengan Arul Kanda, sebaliknya kerana beliau memikirkan kemelut 1MDB lebih mustahak untuk dicari titik penyelesaiannya demi rakyat dan negara.
Sekiranya Tony memilih untuk berdebat dan terpaksa melepaskan kedudukannya dalam PAC, kemenangannya dalam debat itu juga tidak semustahak tugasnya menyoal dan menyiasat melalui jawatankuasa Parlimen itu.
Lebih merugikan jika Tony Pua memilih untuk berdebat dan Arul kemudian hanya berhujah sambil lewa sebagaimana pendedahan Muhyiddin Yassin ketika Presiden 1MDB itu hanya datang dengan "tangan kosong" ketika memberi penjelasan kepada kabinet, maka akhirnya debat menjadi tidak bermakna dan siasatan PAC juga tidak ke mana.
Sebab itu, pilihan Tony Pua untuk berundur daripada berdebat dan kekal dalam PAC adalah pilihan yang tepat. Baginya kepentingan 1MDB kepada negara dan rakyat jauh lebih penting daripada yang lain-lainnya.
Jika benarlah "kejantanan tidak tercabut" di pihak kerajaan, Tony Pua seharusnya dibenarkan berdebat dan dibenarkan juga terus kekal dalam PAC.
Bagaimanapun, dengan Pakatan Harapan sedang memilih pengganti Tony Pua, debat 1MDB itu tetap menarik, apatah lagi "10 soalan bocor" sudah pun dipersiapkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu untuk dijawab oleh Arul Kanda dengan jujur, ikhlas serta berdasarkan fakta kebenaran.
Yang penting, jika jawapan dalam debat tidak memuaskan hati, Tony Pua masih ada ruang untuk menyoalnya melalui PAC pula. (SH 04/112015)
Tony telah memilih jalan terbaik iaitu pentingkan PAC dpd berdebat dgn Arul. Biarlah macai2 umno/bn, termasuk menteri2 dan MPs mereka, tuduh Tony takda 'T'. Anjing menyalak bukit takkan runtuh bukit...
ReplyDeleteCuma rasanya ramai rakyat dukacita kerana Speaker tak jadi letak jawatan.
Sandiwara bertajuk '1MDB' berterusan episodnya. Ini yg merisaukan adik PM sendiri, Nazri, yg menyatakan sukar mendapat keyakinan pelaburan asing sekarang.
This comment has been removed by a blog administrator.
Deleteumno dan speaker yang diumnokan sedaya upaya mencari seribu helah untuk mengagalkan debat tersebut memandang mereka mengetahui hal-hal sebenar 1MDB dimana ia tidak akan memihak kepada mereka jika debat diteruskan. Rahsia akan terbocor dan orang terperlihara mereka berkemungkinan besar didakwa dan ditempatkan disel bersebelahan dengan DSA seumur hidup...
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteTony telah memilih jalan terbaik iaitu pentingkan PAC dpd berdebat dgn Arul. Biarlah macai2 umno/bn, termasuk menteri2 dan MPs mereka, tuduh Tony takda 'T'. Anjing menyalak bukit takkan runtuh bukit...
ReplyDeleteCuma rasanya ramai rakyat dukacita kerana Speaker tak jadi letak jawatan.
Sandiwara bertajuk '1MDB' berterusan episodnya. Ini yg merisaukan adik PM sendiri, Nazri, yg menyatakan sukar mendapat keyakinan pelaburan asing sekarang.
Sasaran utama mereka adalah untuk mengeluarkan Tony Pua dari PAC. Itulah syarat awal Arul. Bila Arul ketepikan syarat itu setelah didesak pelbagai pihak, kenalah pistol berpindah tangan. Pandikar punya pistol sebagai Speaker diarahkan kepada Tony Pua. Jawapan awal Tony Pua kepada Arul perlu diimbas kembali. Sepatutnya Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang perlu meletak jawatan kerana wujudnya konflik kepentingan dalam siasatan. Sekurang2nya Najib perlu bercuti selama siasatan dijalankan untuk menjamin ketelusan dan integriti. Jika tidak bersalah tentulah ada keberanian untuk bertindak secara gentleman. Bila terus berdegil serta melakukan beberapa tindakan yang jelas mengganggu dan menjejaskan siasatan, semua dapat membaca apa yang tersirat. Buatlah apa rancangan rasionalisasi pun, yang faham tidak akan u-turn. Dengan pelbagai kecelaruan yang berlaku, semakin nyata siapa yang sepatutnya diheret ke mahkamah. Enam tahun buat hytang, enam bulan diminta untuk bayar hutang. Tinggal kurang daripada 40 hari tempoh enam bulan yang disebutkan. Tenggelam kisah 1MDB, kisah debat yang lebih hangat. Kita pun terikut2.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteSalleh Keruak punya lah cuak mana tahu jika Pua ingin teruskan debat dengan meletak jawatan maka Salleh Keruak pun kata tidak ada siaran langsung.
ReplyDeleteAntara PAC dan debat, pada mula nya saya pilih PAC sebab dalam hal-hal macam ini tidak boleh di selesaikan dengan debat. Tetapi apabila melihat tindak-balas UMNO yang tidak tentu arah dan berdolak-dalih, saya bertukar bahawa debat lagi baik. PAC makan masa berbulan-bulan dan mungkin hasil siasatan tidak di umumkan. Jika di umumkan hasil siasat jumlah peratus yang tahu sedikit dengan jumlah peratus yang mengikuti debat secara langsung yang berpuluh juta orang.
Arul tidak boleh datang dengan 'tangan kosong' seperti mana kata Muhyidin. Ini sebab rakyat bukan kabinet yang ramai dengan kaki ampu dan lalok dan ketika itu rakyat mengikuti siaran langsung. sudah parti Arul kena pertahankan dirinya dan 1MDB.
Pua bukan penakut kemungkinan besar Pua akan letak jawatan. Dan UMNO pun sedar akibat nya sekira debat di teruskan dengan siaran langsung.
Keputusan membatalkan debat telah memberi kemenangan moral kepada pembangkang belum lagi sekiranya debat di teruskan.
Bukan macam setengah2 orang yang melihat jawatan lebih penting Dari tugas pac
ReplyDeleteSedar atau tidak sebenarnya tindakan UMNO BN yang sering klik kluk klik kluk dan U Turn dalam berbagai isu dengan bermacam alasan adalah petunjuk bahawa UMNO BN ini adalah parti pembuli dan suka mempermain dan memperlekehkan parti oposisi.. Kerajaan yang terbentuk dari UMNO BN ini adalah sebuah kerajaan yang kurang ajar dan amat biadap. KIta sering dihidangkan dengan isu buli dijalan raya mau pun di sekolah sekolah dan asrama, tetapi pembuli paling dahsyat adalah UMNO BN yang kerap memperlakukan oposisi tak ubah macam pariah dan hamba. Aku sama sekali hilang hormat kepada para pimpinan parti pembuli dan samseng begini. Suka suka kepala bapak dia saja nak buat. Masalah 1MDB ni pun berlaku kerana kepala parti pembuli dan samseng ini menganggap 1MDB tu macam hak kepala bapak dia punya.
ReplyDeleteSetuju dengan saudara. Kelakuan macam makcik merajuk lagi, Speaker yang mengugut hendak letak jawatan jika perbahasan diteruskan. Kalau berani, letaklah jawatan, who cares?
Deleteaku setuju jugak, macam puak singkat akal......tak layak jadi speaker dewan raayat...jadi speaker kat karaoke ok leer.....man with no intregity...wooooo cares!!!
DeleteNiat mereka untuk memerangkap Tony dan sekaligus menyingkirkannya dari PAC tidak kesampaian.
ReplyDeletePerancangan awal untuk membiarkannya terlebih dahulu berdebat dan penyingkiran dibuat selepasnya dengan alasan tersebut juga menghadapi risiko jika perdebatan itu memihak kepada Tony.
Sudah tentulah kata pemutus datang dari orang yang paling berkuasa di Malaysia...sebab itulah juga kita saksikan Salleh bertukar warna setiap hari..pagi hijau, petang biru, malam kuning semata mata untuk justify dan selamatkan keadaan.
Dalam hal ini, kita saksikan juga zahid dan hishamuddin sebenarnya tidak dalan inner circle dan tiada pengaruh berbanding Shahrir dan Salleh.
Keadaan itu menunjukkan muhyiddin adalah benar, dia tidak tahu menahu dengan mendalam dalam hal 1MDB semasa pegang TPM....
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteApa kata RTM buat acara pertandingan lumba kerbau dan sabung ayam peringkat daerah kota belud....buat siaran live...ratings sure tinggi punya...
ReplyDeleteBetul pilihan Tony Pua. Dari awal lagi perbahasan terus-menerus disabotaj. Jika TP pilih perbahasan dan perbahasan dipaksa tidak dapat dijalankan, kes 1MDB akan terus berkubur. Kecuali jika perbahasan dijalankan di tempat yang mana menteri-menteri bahlol cum bangang tidak dapat bersuara. Saya rasa TP akan pergi, tapi AK tidak.
ReplyDeleteTugas PAc adalh untuk menyiasat PAC. Dari semua ahli2 PAC, hanya Tony Pua mempunyai kepakaran dlm bidang ekonomi untuk menyoalsiasat Arul dan lain2 peg 1MDB. Tanpa tony Pua dlm PAC, hanya 'half past six' penyiasat shj yg berada dlm PAC. Semuanya akan dikelentongkan olih Arul.
ReplyDeleteSemua pilihan yg diberi untuk jayakan debat 1mdb haramjadah nih adalah pilihan2 bangsat..semua pilihan mati.
ReplyDeleteYg jadi kehairanan, atas kapasiti apa pandikar amin mulia ni nak halang debat..adakah kuasanye terlalu besat setaraf ketua hakim negara atau peguam negara...lagi pun debat bukan dibuat di dalam parlimen. Ini lah speaker dewan rakyat yg paling teruk pernah dilihat...perasan dia pendekar..padahal pandikar jee. Bangsat punye pandikar amin muia..puiii
Sangat terang kita boleh nampak yang perbahasan ini memang tidak akan terjadi dari awal lagi. Berbagai cara telah digunakan untuk memastikan ia tidak dapat dilaksanakan dengan betul. Najib PM paling teruk, berselindung di belakang menteri yang seteruknya. Kita mesti pastikan yang Najib dengan menteri2 yang setolol dan seburuknya tumbang terus dalam pilihanraya - ku nan, ahmad 385, zahid mat bangla, rahman tol bangun pagi, leow kaki ampu, said tak boleh bahas...adoi! Banyaknya, lingkuplah kabinet...
ReplyDeleteAbdullah Ahmad Badawi yang dikatakan lembik lebih bertelur dari Mohd Najib Abd Razak. Walaupon beliau tidak turun berdebat sebagai Ketua Kerajaan sekurang-kurangnya beliau menghantar menteri kanannya berdebat dengan Ketua Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim dengan liputan secara langsung oleh RTM. Debat tersebut juga tidak diletakkan sebarang syarat dan diancam dengan pelbagai ugutan oleh mereka yang tiada kena mengena pon dengan debat. Itulah debat pemimpin kerajaan dan pembangkang yang pertama dan (barangkali) terakhir di Malaysia.
ReplyDeleteAnnuar Musa patut labelkan pondan kepada bosnya di Dewan Rakyat, bukannya MP Pandan. Maaf, pondan sekarang ramai yang sangat berani. Label pondan tidak layak untuk Najib. Beliau lebih hina dan rendah dari pondan.
Dia orang ni dah kena suap nasi kangkang ke? Tak pernah aku tengok anggota2 kabinet, YB2 dan ketua2 bahagian buat komen2 bodo cam nie....malu la sikit kat anak bini woi...pi berubat cepat.
ReplyDeleteAnon 11:26...
Deletedepa nie dah bnyk kali pee berubat.., tapi gamaknya blm kena ubat yg sesuai kot...?? atau lupa makan ubat .., tue yg jadi x ketahuan...
Saya sebenarnya tidak setuju dari awal Pua buat debat pasal 1mdb kerana beliau dalam PAC. Yang penting sekarang ialah PAC sebab ada orang BN dan pembangkang dalam badan yang sama. Yang lebih penting ialah kandungan laporan Audit Negara yang dikatakan sudah membuat beberapa permerhatian terhadap 1mdb. Inilah yang saya nak baca dan dengar dari PAC. Jadi Pua, lain kali jangan suka debat tetapi utamakan kerja dalam PAC. Banyak benda yang boleh disiasat oleh PAC. Akan tetapi saya juga nak tengok tatacara dan gerak geri si Pengerusi baru PAC. Nak tengok macam mana dia pulak buat kerja.
ReplyDeleteStuju tak stuju bukan msalahnya,klu BN telus dan ada intigriti atau 1mdb tdk bermsalah biarkan mreka berdebat.Biar rkyt yg jadi hakimnya..
DeleteMacam mana rakyat nak jadi hakim ? Klu kita dah jadi hakim dah lama bangang2 BN kena tendang masuk gaung !
DeleteKeruak bertukar warna setiap hari.....kah kah kah,buat aku tergelak berguling guling.Keruak ni spesis sesumpah ke? Kalau tahap menteri yg meraban,melalut mcm ni habis lah rakyat Malaysia.
ReplyDelete