Friday, 27 November 2015

DI SEBALIK KELUHAN AKAR UMBI, APA KATA JIKA NAJIB DAN MUHYIDDIN SAMA2 UNDUR DIRI?


Berbual dengan kawan-kawan lama yang menjadi pemimpin UMNO di peringkat  bahagian dan cawangan kadang-kadang menyerlahkan hakikat sebenar kedudukan parti itu di peringkat akar umbi dan beban yang sedang mereka hadapi.

Jika pemimpin bahagian dan cawangan itu jenis yang kritikal, lantang bersuara dan tidak terlalu taksub kepada pemimpin, luahan hati mereka mungkin boleh diketahui ke mana arahnya serta lebih terbuka sifatnya.

Kalau pun mereka itu tidak termasuk dalam golongan yang berani menyatakan pendirian sebagaimana beberapa Ketua UMNO Cawangan yang secara terbuka mendesak Najib Razak meletakkan jawatan baru-baru ini, sekurang-kurangnya mereka tetap tidak takut mengatakan bahawa  masa depan UMNO agak sukar dan kelam dalam pilihanraya akan datang.

Tetapi tentu mengejutkan apabila pemimpin UMNO bahagian dan cawangan yang kerap mempertahankan parti serta pemimpin, bukan saja secara terbuka, malah juga melalui tulisan di laman sosial masing-masing, rupa-rupanya turut mempunyai sisi berbezanya.

Ramai rakan-rakan dalam UMNO yang saya temui dan berbual sambil minum kopi dengan mereka, malah sebahagiannya yang kerap menonjol dengan sokongan terbuka,  rata-ratanya juga tidak yakin lagi UMNO ada masa depan dalam pilihanraya akan datang selagi Najib Razak masih mengetuai parti dan kerajaan.

Kata mereka, isu yang terlampau sarat membeliti Najib dan sesetengahnya tergantung tanpa jawapan, adalah persoalan yang menyukarkan mereka untuk berhadapan dengan pengundi untuk meyakinkan mereka agar terus memilih BN.

Hampir keseluruhan rakan-rakan saya dalam UMNO percaya, harapan untuk menang itu hanya akan menjadi lebih baik sekiranya Najib sedia mengundurkan dirinya.

Dengan Najib terus kekal, bagi mereka, ia adalah suatu hakikat yang menyusahkan mereka di peringkat akar umbi untuk menjalankan tugas demi menyelamatkan parti.

Bahkan oleh kerana Perdana Menteri nampaknya terus berdegil untuk bertahan dan tidak mahu melihat realiti sebenar, ada yang turut mengeluh, "sampai hati Najib menyusahkan kami."

Najib, kata mereka, dalam keadaan seperti sekarang, seharusnya mengutamakan parti daripada dirinya.

Dalam konteks ini, berbagai luahan perasaan kedengaran. Ada yang mengatakan Najib dan Muhyiddin harus mengundurkan diri secara serentak untuk memudahkan usaha  menyelamatkan parti yang kemudian akan diteruskan dengan pengambilalihan oleh pemimpin yang lebih muda.

Oleh kerana Najib dan Muhyiddin sudah menjadikan sokongan dan keadaan dalam UMNO berpecah, maka jalan terbaik ialah kedua-duanya perlu mengundurkan diri. 

Najib tentu tidak mahu berundur jika tempatnya diambil alih oleh Muhyiddin tetapi Muhyiddin mungkin tiada masalah untuk sama-sama berundur secara serentak dengan Najib demi untuk menyelamatkan UMNO. 

UMNO semua peringkat barangkali lebih terbuka dengan idea ini yang dilihat proses  "menang-menang"  untuk semua.

Susulannya, ada yang percaya gandingan Zahid Hamidi dan Hishammuddin, jika diberi peluang, mampu membawa kemenangan dalam pilihanraya akan datang, tetapi ramai pula yang tidak yakin dengan kemampuan Zahid Hamidi untuk mengemudi kejayaan.

Zahid, kata sesetengah daripada mereka, terlalu lemah dalam konteks rakyat keseluruhannya kerana sokongannya hanya berakar di kalangan ahli UMNO dan sekelompok kecil orang Melayu saja.

Lantaran itu, ada yang mencadangkan agar gandingan Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin diberi laluan segera untuk mengemudi parti dan negara menghadapi pilihanraya akan datang atas keyakinan kedua-duanya yang masih dalam kategori pemimpin muda, mampu menarik sokongan yang lebih baik di kalangan rakyat.

Bagaimanapun, Hishammuddin juga nampaknya menerima keyakinan yang berbelah bagi di kalangan sesetengah pemimpin akar umbi UMNO - ada yang yakin, ada yang ragu-ragu terutama kerana banyak masalah dan kelemahan dipamerkannya ketika menjadi Menteri Dalam Negeri tidak lama dahulu.

Hanya Khairy Jamaluddin kelihatan lebih ramai yang menaruh lebih keyakinan terhadapnya sebagai antara bintang harapan masa depan.

Pokok pangkalnya, jika UMNO dan BN ingin terus berkuasa, perubahan mesti dilakukan kerana Najib bukan lagi faktor pembawa kejayaan, sebaliknya lebih membawa keruntuhan.

Namun demikian, apa pun perubahan dalam kepimpinan UMNO dan negara sebelum pilihanraya akan datang, segala-galanya bergantung kepada Najib.

Jika Najib masih tidak sedia berundur di sebalik pelbagai beban yang diakibatkan olehnya, maka selagi itulah beliau akan terus menyusahkan parti serta pemimpin di peringkat akar umbi dan seterusnya menjadikan rakyat dan negara dalam ketidaktentuan . (SH 27/11/2015)

21 comments:

  1. Kalau nak overhaul parti, buat betul2, bukan setakan sorang dua jerr yang berundur. Najib dan TSMY memang patut undur. Di MKT, hanya Mustapha patut kekal. Dah meluat dengat hisham zahid, nazri, kj...semua. Bagi laa golden handshake kat dia orang, contohnya bagi loan buat bisness bela lembu macam NFC ke....bela kerbau kat kota belud ke...bela kambing.....meningkatkan tahap pengeluaran daging negara adalah satu amanah.

    ReplyDelete
  2. Kalau tengok betul-betul si Shahbudin ni, beliau berasa kecil hati, sebab itu terus menentang Umno. Shahbudin kini bukan lagi ahli Umno, buat apa beliau terus mengkritik Umno? Nak meroyan, meroyan dalam bilik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makluman, saya masih lagi ahli UMNO yang sah. Saya belum pernah dikenakan apa-apa tindakan, bahkan sepucuk surat amaran atau tunjuk sebab belum pernah diterima lagi. Maka, saya berhak memberi teguran, kritikan, saranan atau sebagainya.

      Delete
    2. Yg ni jenis serbu ja. Kalau nk jd tukang fitnah, dh ada kelayakan.

      Delete

    3. 14 47 ini sama otak macam SUA UMNO yang mengatakan Tun Mahathir selalu kritik parti.

      Bila masa tuan mengkiritik UMNO? Si polan ini mesti kena kelentong dengan pro Najib yang memberitahu tuan bukan ahli UMNO supaya si polan ini jangan ambil peduli apa yang Tuan dedahkan.

      Orang melayu yang lemah dan takut kepada kebenaran sahaja yang berpikiran macam ini. Sama juga dengan Husam mengkiritk pemimpin PAS dan Husam di suruh keluar. Cuma UMNO baik sikit sebab tidak suruh orang yang mengkritik keluar dari parti.

      .

      Delete
  3. walaupun umno itu milik ahli2 nya tapi negara ini milik rakyat semua oleh kerana PM orang umno maka rakyat ada hak untuk mengkritik kerajaan dan PM, sewajarnya najib, Tan sri muhyidin dan zahid hamidi berundur, bagi peluang kpd shafie afdal dan hismudin menerajui kepimpinan umno dan kerajaan sementara pemimpin muda menjadi lebih matang dan berwibawa dan lebih patriotik

    ReplyDelete
  4. Bersihkan Umno drpd semua parasit2 regim Najib.

    Sudah terang lagi bersuluh kerosakkan yg berlaku tapi semua buta hati atau membuta sampai tengahari.

    Cash is king pembunuh segala maruah pemimpin2 Umno regim Najib.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Setuju cadangan tuan agar najib n mahyudin direhatkan tetapi nak selamatkan umno zahid hishamudin su agong t adnan dan ahmad maslan pun harus direhatkan beri genetadi muda kj dan mb kedah mukris baik pulih umno yg dah rosak imejnya tu baru ada reformadi bukan ke begitu

    ReplyDelete
  7. Setuju cadangan tuan agar najib n mahyudin direhatkan tetapi nak selamatkan umno zahid hishamudin su agong t adnan dan ahmad maslan pun harus direhatkan beri genetadi muda kj dan mb kedah mukris baik pulih umno yg dah rosak imejnya tu baru ada reformadi bukan ke begitu

    ReplyDelete
  8. KJ pun dibelenggu dengan skandal ECM Libra. Sampai ke sudah tiada siasatan dan tiada jawapan. JK Disiplin pun pernah sabitkan KJ salah tapi cuma diberi amaran. Pemimpin macam itukah yang mahu selamatkan Umno? Semua belum lupa lagaknya ketika bapa mertua jadi PM. Dialah antara perintis wujudnya pasukan dalam pasukan, mengetepikan kabinet dengan kumpulan tingkat 4. Ramai lagi orang muda yang boleh disandarkan harapan untuk memulihkan Umno dan menyegarkan perjuangan bangsa yang lebih bersih darpada KJ. Bukankah KJ salah satu daripada masalah sekarang melalui cash is king dalam pemilihan ketua pemuda Umno hingga didapati bersalah dahulu. Buang penyamun naikkan penyangak pulaklah kalau macam tu. Sanggup jadi despatch hantar pasport Anwar byhand tu. Takkan Shahbudin pun mudah lupa pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah salah satu sebab mengapa Najib jadikan UMNO parah macam ini. Kalau tak di parahkan Najib, Muhyiddin yang parahkan. Kalau tak Muhyiddin yang parahkan, tak KJ, Hisham. Tak Hisham, KJ.

      Yang berani ialah beberapa cawangan tetapi mereka tidak boleh pegang jawatan tersebut secara mengejut. Cawangan yang lain kena menyokong dan ambil tindakan yang sama, baru lah sesiapa yang jadi ketua berhati-hati.

      Kebanyakan cawangan dalam parti politik, ada kumpulan, konon saling mengenali dan mudah berkerjasama. Dalam PAS siap buat cai.Tapi bukan untuk kerjasama memajukan parti, melingkupkan dan menjahanamkan adalah.

      Di biarkan sahaja mati lembu. Tidak di biarkan mati panda.

      Delete
  9. Admin ni buat lawak ler pulak!! he he he!! Gandingan apa ? zahid hisham /hisham khairy? zahid? tak payah cerita la apa masaalah wak ni barangkali ramai sedia maklum,Hisham?hikayat KERIS mahawangsa dia pun masih ramai yg tak lupa,Khairy? Kita dah lupa ke camana ganazzz nya dia waktu dinasti pak metoa nya dulu,Tiga tiga pun berpotensi jadi lebih pelingkup ,mungkin najib pun boleh kalah dgn dema ni. Paling malang ketiga tiga nya bersikap tidak bertanggunjawab membiarkan kemungkaran yg sedang berlaku dan langsung tak berani bersuara demi rakyat.Wallahi Wabillahi !! saya tidak kenal T.Sri Muhyiddin secara peribadi i.Tapi bagi saya dgn sikap kebranian kejujuran dan keikhlasan nya yg telah beliau tunjukkan saya beliau saja sandaran yg kita harap.Kita tak nafikan beliau mungkin ada kelemahan sedikit sebanyak tapi itu tidak menjadi hal yg besar.Yg penting sikap Kertanggunjawaban beliau hingga beliau disisih kan Itulah yg kita hargai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, antara ramai-ramai dalam UMNO yang berani bertanya dan mempersoalkan isu 1MDB ialah Muhyiddin. Jika Muhyiddin senyap terus dan buat bodoh.. rasa nya tidak ada cawangan yang usul Najib letak jawatan, Hamidah pun tak kena pecat dan mesyuarat MT tak perlu di buat di Parlimen.

      Tetapi yang sebenar-benarnya berani ialah Tun Mahathir, orang yang aku benci tapi rindu.

      Delete
  10. Nak selamatkan UMNO apa lagi.. biaq lingkup saja la.. PAS pun dah melingkup.. biaq sama2 melingkup..

    La ni pun.. gaji 10000 dah macam 1000 dah.. duit RM dah mcm x laku dah..

    Naik menteri dan PM baru.. rasanya lagi teruk drpd Najib...paling baik.. bubar semua parti.. sumer mcm celaka saja.. kalu Sultan dan Raja perintah.. lagi mcm sial..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro jangan cakap pasal duit. Aku jadi risau dan pening.

      Time time ini pulak peti sejuk dah mula meragam. Dulu nak renew ins dan road tax lagi tidak ada masalah. Sekarang kena bersedia dari 4 bulan.Kereta dah sampai time macam-macam kena tukar, baru tukar mounting ... tunggu masa minyak hitam leaking jeee.. Yang dalam simpanan semakin berkurangan...

      Naik darah kalau cakap pasal nilai duit RM...

      Delete
  11. Adakah perlu dalam usaha kita menyelamatkan negara dan bangsa, kita juga harus menyelamatkan UMNO? Bukankah UMNO itu yang sedang merosakkan negara dan bangsa? Tidak bolehkah kita buang UMNO demi menyelamatkan Malaysia dan masa depan anak2 kita?

    Bagi saya, tanpa UMNO atau lebih tepat lagi, tanpa kerosakan dan rasuah yang menjadi darah dagingnya (budaya dan politik UMNO yang menghasilkan manusia2 seperti najib, zahid, Tengku Adnan dan Nazri), Malaysia akan lebih maju dan rakyat terutamanya orang2 Melayu akan turut sama mendapat kebaikan. Lihat sahaja para pimpinan UMNO sekarang dan juga para pelapisnya, adakah ada diantara mereka yang sanggup kita pertaruhkan negara dan bangsa kepada mereka2 itu? Saifuddin yang nampak seperti seorang yang jujur serta amanah sifatnya juga telah terhumban keluar.

    Demi menyelamatkan Malaysia dan orang2 melayu, mengorbankan satu parti politik adalah harga yang sangat murah malah besar faedahnya terutama jika parti politik itulah punca negara ini bermasalah. Pilih Malaysia atau UMNO? Rasa2nya Tun Mahathir pun tau apa jawapannya! Dengan segala kerosakan yang sudah dilakukan oleh pemimpin2 UMNO, ahli2 UMNO sudah sepatutnya berasa malu dan tercalar maruah mereka dan bagi menebus kesilapan yang dilakukan ahli2 UMNO seharusnya rela UMNO diturunkan dari tahta pemerintahan. Tanpa hukuman yang sewajarnya, kesilapan serta kesalahan tidak dapat diinsafi dan UMNO sudah sepatutnya bersedia menghadapi hukuman atas kerosakan yang mereka lakukan dan bukannya masih berangan2 untuk memerintah lagi!

    Nic.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan pandangan tuan... dimana kah maruah kita orang Melayu bila saban hari kita lihat pelbagai keaiban dipertontonkan oleh mereka yang bergelar pemimpin bangsa?

      Delete
  12. Inilah akibatnya yg kita warisi apabila pemimpin2 yg hebat spt KULI. & ANWAR IBRAHIM diketepikan

    ReplyDelete
  13. Ahmad Maslan for PM...dalam ramai2 org besar umno dia sorang je yang berani cakap PM sekarang bebal yg amat sangat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...