Apabila Perdana Menteri, Najib Razak dengan pantas menolak cadangan Tun Mahathir Mohamad mengenai penubuhan Majlis Orang-Orang Lama untuk memberi nasihat dan pandangan kepada kerajaan, yang pertama terlintas di fikiran kebanyakan orang ialah sama ada beliau tidak suka mendengar nasihat atau sudah pun memiliki pasukan penasihat yang lebih dipercayainya.
Apa masalahnya dengan nasihat daripada orang-orang lama itu?
Memanglah semua orang faham, penubuhan Majlis Orang-Orang Lama itu tidak termaktub dalam perlembagaan sepertimana yang dihujahkan oleh Najib, tetapi apa halangan mengenai kewujudannya jika seorang Perdana Menteri atau kabinet bersetuju dengannya?
Bolehkah kita percaya Najib hanya mentadbir negara ini berdasarkan pemikirannnya seorang diri saja?
Apakah tiada penasihat lain yang menasihatinya dalam mentadbir negara ini yang mungkin terdiri daripada rakan-rakan atau individu tertentu yang dipercayainya?
Adakah kewujudan penasihat itu pula dibenarkan oleh perlembagaan?
Berdasarkan apa yang berlaku kepada negara selepas Tun Mahathir bersara pada 2003, tidak dinafikan kewujudan Majlis Orang-Orang Lama ini dikira penting kerana bukan rahsia ada pemimpin yang lebih banyak mendengar cakap ahli keluarga, menantu dan sebagainya dalam menguruskan negara ini.
Meskipun ada barisan menteri kabinet yahg mengelilingi Perdana Menteri, tetapi seringkali ia tidak berperanan dengan sewajarnya kerana perlantikan dibuat semata-mata berdasarkan "ikut suka" sesiapa yang menjadi ketua kerajaan. Akhirnya kabinet hanya menjadi badan "endorsment" sahaja
Dengan itu, barisan kabinet selalunya akan mengiyakan apa saja perbuatan dan tingkah Perdana Menteri, walaupun kadang-kadang diketahui salahnya, merugikan negara dan ditentang oleh rakyat.
Dalam masa yang sama, kedudukan sebagai menteri pula seringkali menjadi kriteria utama pemilihan seseorang untuk menduduki kerusi MT UMNO. Jarang benar seseorang yang dilantik sebagai menteri tidak berjaya menduduki kerusi MT UMNO.
Dengan itu, jika Perdana Menteri mahu seseorang itu mempunyai kedudukan dalam MT atau berpengaruh dalam UMNO, maka ia boleh dipermudahkah dengan memberikannya jawatan yang baik-baik dalam kerajaan.
Akhirnya, orang yang sama menyokong Perdana Menteri adalah juga penyokong kuat kepada Presiden UMNO.
Dengan itu, selain beberapa perkembangan semasa yang memperlihatkan penjawat jawatan Perdana Menteri kerapkali tersasar daripada landasan yantg sewajarnya, kewujudan Majlis Orang-Orang Lama ini tidak harus diabaikan keperluannya.
Majlis Orang-Orang Lama ini selain dianggotai oleh bekas-bekas pemimpin ternama, dikenali dan ada rekod perkhidmatan yang baik, ia juga boleh dianggotai sama oleh tokoh-tokoh berpengaruh dari pelbagai bidang dalam masyarakat.
Yang diperlukan ialah idea, pemikiran dan pengalaman mereka untuk sama-sama mencurahkan kebaikan kepada negara. Tidak semestinya semua pandangan majlis ini mesti didengar dan diambil tindakan oleh Perdana Menteri, tetapi sekurang-kurangnya beliau ada pandangan kedua yang boleh diambil kira atau dijadikan timbang tara.
Tidak semestinya juga mesti Tun Mahathir mengetuai Majlis Orang-Orang Lama ini, walaupun cadangan itu datang daripadanya. Tetapi, harus diakui, dalam perkiraan sekarang beliaulah yang paling layak mengetuainya.
Namun, tidak perlu bimbang sangat dengan Tun Mahathir kerana beliau sudah berusia 90 tahun dan sedang berada di peringkat usia bonus sekarang ini.
Lambat-laun atau kemudiannya, tokoh lain pula yang akan mengetuai Majlis Orang-Orang Lama itu. Yang mustahak, ia perlu ditubuhkan terlebih dahulu.
Selain itu, jika Najib tidak mahu menubuhkan Majlis Orang-Orang Lama itu di peringkat kerajaan, ia juga boleh diwujudkan dalam UMNO. Najib boleh meminta persetujuan MT UMNO untuk mewujudkan majlis tersebut.
Berbeza dengan ahli MT UMNO yang lebih cenderung menyokong Presidennya, tetapi Majlis Orang-Orang Lama ini boleh berperanan sebagai penegur atau badan "semak dan seimbang" kepada seseorang Presiden UMNO yang biasanya adalah juga seorang Perdana Menteri.
Dengan itu, lebih selamatlah negara berbanding amalan biasa yang ada sekarang. Majlis Orang-Orang Lama ini memang kelihatan "pelik" dan tidak pernah ada sebelum ini, tetapi ia barangkali sesuai untuk membendung dan menangani perangai-perangai "pelik" Perdana Menteri selepas era Tun Mahathir yang telah sama-sama kita saksikan dan mungkin lebih "pelik" lagi ditampilkan oleh peneraju-peneraju negara selepas ini. (SH 16/11/2015).
Org baru dgn idealisme baru....cara baru menjahanamkan negara
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteDia nak nasihat dari Presideng PAS
ReplyDeleteNajib lebih suka diberi nasihat oleh consultan berharga 7 billion ( fakta dari parlimen yang diberi oleh menteri najib) tapi hasil hanya sama dengan jalang jalang murahan . Ini lah dia najib bugis suka boros dan habis kan duit negara.Tujuan penubuhan badan penasihat orang orang yang berpengalaman dan yang banyak berjasa bukan lah untuk mengambil alih kuasa tapi semata mata untuk memastikan perjalanan urus takbir negara dan pembangunan keseluruhan sentiasa dilandasan betul dengan acuan kita sendiri tampa dipengaruhi oleh lain lain unsur yang boleh mempengaruhi sekiranya pucuk pimpinan itu lemah terutama macam najib bugis ini ,sudah tentu pihak najib tak setuju kerana Najib sentiasa kena kemut (loghat utara kena control) Seperti kata punjangga barat , Setiap wanita yang kuat dan perkasa semesti selalu ada lelaki"idiot" dibelakangnya , a bloodyful man .
ReplyDeleteSorry silap eja a Bloodyfool man ya itu betul.
ReplyDeleteBodoh sombong lah tu....... Dahlah bodoh sombong pulak tu...
ReplyDeleteSemua standard 385
Jangan salahkan Najib. Ada jugak orang lama yang dah nyanyuk. Teringat kisah seorang orang lama masuk wad kat HKL. Wad khas tingkat atas menghala ke masjid HKL. Komplen kat Sister nak pindah wad sebab azan menganggu dia tidor.. Kalau orang tua macam ni masuk majlis orang lama alamat haru birula. Takpe dia dah mati.
ReplyDeleteIni pandangan org Yg dah nyanyok...
ReplyDeleteNajib x kan dengar nasihat sesiapa pun kecuali isteri tersayangnya nenek mah.....nenek mah lah intan payung buah hati pengarang jantung....eh eh kenapa aku pula yg nak termuntah ni...wek wekkkkk
ReplyDeleteNama saja perdana menteri tetapi segala galanya diatur oleh bini. Najib ni mr Yes man saja
DeleteNajib memiliki segala-galanya untuk mendapatkan maklumat samada dari audit, penyelidikan bebas, polis, tentera, para akedamik dan dari blog politik tetapi semua maklumat dan maklum balas ini tidak di menafaatkan langsung oleh Najib.
ReplyDeleteSelagi Rosmah ada apa majlis sekali pun termasuk Majlis Raja-Raja akan di tolak mentah begitu sahaja oleh Najib !!
nok Tanya sikek ke tok adi......xde hajat ko nok ganti bang jamil?
ReplyDeleteSETIAP TIAP TAHUN ANJUR MUSABAKKAH AMTARABANGSA, NEGARA ISLAM..... TETAPI PENUH DENGAN KORUPSI, PECAH AMANAH DAN SALAH GUNA KUASA..... APA NAK JADI ?
ReplyDeleteMajlis Orang-Orang Lama..singkatannya adalah "M.O.O.L"..kalo ikut sebutan inggeris, ia berbunyi "MUL"..dan perkataan yg ada dlm bahasa inggeris hampir dgn bunyi tu adalah "MULE" atau dlm bahasa melayunya bermakna "KELDAI"..hah..elok la tu..ambik nasihat dari kaldai..kah..kah..kah..
ReplyDeleteKalau dipendekkan lagi jadi "M.O.L"..perkataan yg ada dlm bahasa inggeris hampir dgn bunyinya ialah "MOLE" yang bermakna "TAHI LALAT"..ermmph..setakat jadi tahi lalat..sape nak dengor...kah..kah..kah
ReplyDeleteSaipa 'orang lama' ? Yang bijak dan berani pun dua tiga orang.
ReplyDeleteNak harap Rais Yatim dan Isa Samad, lupakan lah. Harap Pak Lah payah lah .. Kenalah harap pada bekas Presiden parti MCA dan MIC. Najib akan di lihat lemah kerana di beri nasihat oleh MCA dan MIC.
Majlis orang-orang lama ini cuma boleh memberi pandangan mengenai keputusan Najib sebagai PM bukan sebagai Presiden. Selagi kedudukan Najib sebagai Presiden tidak tergugat, buat apa dia nak dengar nasihat atau terima pandangan orang-orang lama.
Ramai yang tidak sedar sebenarnya Najib berfikiran futuristik dalam isu ini. Apa tidaknya, selepas dia bersara dari jawatan PM nanti dia malaslah nak sibuk2 dan memeningkan kepala dalam hal pentadbiran negara lagi. Tentu dia nak joli sakan wang billion2 yang ada dalam genggamannya, sebab itulah dia tidak mahu tubuhkan majlis tersebut....Sekianlah kisahnya.
ReplyDelete