Friday, 13 November 2015

BEGINIKAH RUPA PEMIMPIN KITA?

Pendedahan pertama - Empat individu dalam Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam ( YaPEIM), sebuah yayasan naungan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap orang miskin dan anak-anak yatim, didakwa menerima pendapatan mencecah hampir RM2 juta setahun.

Mereka didakwa menerima gaji dan elaun yang tinggi itu melalui pelbagai jawatan dalam anak syarikat yang berada di bawah YaPEIM. Lebih menggerunkan, suami dan anak lelaki salah seorang "orang besar" dalam YaPEIM itu juga turut menerima habuan lumayan melalui pelbagai jawatan yang disandangnya.

Pengerusi YaPEIM didakwa menerima pendapatan bulanan berjumlah RM73,000.00 sebulan manakala timbalan pengerusinya bersama suami dan anak lelakinya dipercayai mengumpul pendapatan bulanan sebanyak RM81,700.00

Salah seorang daripada "orang besar"  YaPEIM terbabit adalah pemimpin Pergerakan Wanita UMNO di Kelantan.

Pendedahan kedua - Lawatan seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap YaPEIM ke Amerika Syarikat pada 2014 yang didakwa menelan kos keseluruhan sebanyak RM410,978.00, juga dengan menggunakan wang yayasan tersebut.

Lawatan menteri yang turut disertai oleh isterinya itu turut diselitkan dengan acara membeli belah, bermain golf, makan malam dan pembelian cenderahati yang juga dibayar oleh YaPEIM.

Melalui invois yang diperolehi menunjukkan tiket pergi balik menteri terbabit dan isterinya saja berjumlah RM274,493.00.

Kedua-kedua pendedahan ini dibuat oleh Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW.
Sehingga ini, semua yang didakwa  dalam pendedahan NOW itu, sama ada menteri terbabit atau kedua-dua "orang besar"  dalam YaPEIM itu,  belum lagi memberi sebarang ulasan atau penjelasan mengenainya.

Tetapi isu ini telah menjadi perbualan hangat di seluruh negara dan jika betul semua pendedahan NOW itu, ia benar-benar memalukan agama, bangsa dan negara kita.

Ini kerana mereka yang didakwa itu bukan saja bergelar pemimpin, tetapi juga kerap melaungkan perjuangan membela Melayu dan kalimah-kalimah suci Al Quran turut jarang terlepas daripada pengucapan.

Terlihat juga kadang-kadang antaranya tampil dengan jubah, kopiah dan pakaian sopan menutup aurat.

Tetapi, kenapa nikmat duit dan dunia juga yang digilai? 

Inikah rupa dan perangai mereka yang bergelar pemimpin yang kita ada?

Orang  miskin, anak yatim dan mereka yang dibela tak seberapa dapatnya, tapi yang sedia kaya tanpa segan-segan mengaut labanya.

Sudah masuk hari ketiga pendedahan ini dibuat, kenapa pihak yang berkenaan masih berdiam diri? (Terbaru - petang tadi Jamil Khir sudah tampil dengan penjelasannya dan menuntut permohonan maaf daripada NOW tetapi tidak menafikan pemergian dan perbelanjaannya ke Amerika Syarikat itu. Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi YaPEIM belum tampil lagi dengan penjelasan mereka).

Kenapa lambat sangat memberi jawapan jika pendedahan NOW itu tidak benar dan berupa fitnah belaka, bahkan boleh saja dibuat laporan polis atau dihantar surat saman untuk membersihkan nama?

Tapi kenapa semuanya tidak dilakukan?

Kenapa? Kenapa? Kenapa? (SH 13/11/015)

28 comments:

  1. Benar lah kata najib cash is king. agama itu sebagai komoditi aje, biasa la

    ReplyDelete
  2. Ni kes kecik ja tuan tanah. Merembat duit anak yatim sangat dituntut agama UMNO. Tuhan depa pun rembat 2600 juta. Ini x sampai 2 juta, xder sapa nak amek peduli pun.

    Tak nak bongkar ka projek2 raja sbg Ketua Agama merembat duit dgn buka kilang arak, conquer sumer projek perumahan dalam negeri, pusat2 judi, duit kutipan zakat setiap tahun dibalun keluarga raja2.. tak nak kecoh sbb derang ketua agama Islam ka? Projek2 raja yg terlalu membazir guna dana dari duit rakyat.. Dah berpuluh tahun begini.. raja pun kerja membodohkan melayu juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 19.40

      Cakap memang senang, budak tadika pun boleh buat. Kalau betul tuduhan-tuduhan kamu tu, apa kata sertakan bukti seperti mana dibuat oleh NOW.

      Kalau tidak ada, tuduhan kamu itu adalah fitnah besar.

      Delete
    2. Gila yang buat report dgn bukti kena tangkap dan disoal, kan stail negeri negeri tanah melayu, jgn dibukti kesalahan dewa dewa tanah negeri negeri melayu baik raja raja, memanda menteri menteri dan kroni kroninya berdosa besar yg kepeminpananya diketuai oleh parti melayu totok dan skg ni parti pak lebai pun nak tumpang sekaki dua

      Delete
  3. Oh malaysia tanahair ku......bila islam digunakan untuk merembat duit derma untuk org miskin.x takutkah pemimpin yg bertopengkan ugama.khir....kau x layak jadi pemimpin dan harus letak jawatan.sprm tunggu aps lagi....jalankan sisatan dan dakwa mereka.sumbat dlm penjara.......

    ReplyDelete
  4. Kenapa terlalu keji sifat anda wahai pemimpin umno???anda lebih keji daripada syaitan Dan yahudi!!!!anda suruh rakyat berserdehana sedangkan anda sebaliknya....laknat Allah swt kepada anda pemakan harta anak yatim....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita semayang hajat jerubu ilang.......apakata kita semayang
      hajat bagi mamat2 munafikun ni lenyap dari bomi mesia dan laknat sukusakat mereka sehingga kiamat tiba.......kami dizalimi ya ALLAH...

      Delete
  5. Anon 1940...sya setuju dgn anda...tapi apa bukti yg anda ada utk menguatkan dakwaan anda...kalau anda asa bukti jgn belengah2 lagi...ini tanggunjawab anda..lapurkan pada pehak yg berwajib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencacai UMNO dan dan Pascahai akan cakap mcm tu,
      Gerenti yg buat report dgn bukti kukuh kena dakwa dan disusah susahkan.
      Hang buta ke dgn realiti negara kita skg ni,
      Allah Maha Adil sifatNya Maha Adil, menjadikan ketua yg tak Adil dan sesiapa sokong kepimpinan yg tak Adil masuk disiksa dalam neraka kekal dIdalamnya
      Pilih peminpin yg Adil tulah kejayaan dunia dan akhirat

      Delete
  6. kalau betul aku nak tarik balik sumbangan bulanan aku kat yaPEIM. Zakat pun aku nak bagi sendiri kat org yg layak. last sekali aku tak halal duit titik peluh aku untuk manusia keji ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun.sruh semua yg beri sumbangan tu tarik balik.bar x berelaun dia orang

      Delete
    2. Betul2.. kami pun tgh pakat2 nak berhenti potongan gaji ke YaPEIM ni.. sebagai tanda protest.

      Delete
  7. Saya menyeru kpd penjawat2 awam yg ramai membuat potongan gaji bulanan sebagai sumbangan kpd YaPIEM utk bersegera mengambil tindakan utk menghentikan pitongan gaji tersebut. Selama berpuluh tahun kita buat sumbangan bulanan kpd YaPIEM..tetapi ini yg diorang buat. Silalah menulis secara terus kpd pihak YaPIEM utk pemberhentian potongan gaji dan memaklumkan kpd bahagian kewangan pejabat masing-masing. Lebih baik jumlah yg kita sumbang bulan2 tersebut disumbangkan kpd surau atau masjid di kariah kita sendiri atau disumbang kpd badan badan lain yg lebih telus.

    ReplyDelete
  8. selama ni aku derma kpd YaPIEM untuk tembolok si munafik...haram2

    ReplyDelete
  9. Apa kata semua kakitangan awam yg melalui potongan gaji dgn yaPIEM,cancel potongan itu,jika kita berdiam,itu lah membuat pencuri naik kaki kekepala kita,jgn jd bodoh dgn perembat duit kita.
    Dimana ada amno disitu ada rasuah,
    Amno & Rasuah tak dpt dipisahkan,hanya rykt yg dpt pisah kan mereka dgn tolak dan kubur parti yg bernama Amno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 21.35, cakap jangan sebarang cakap. Kalau engkau jadi pencuri, perompak dan penyamun, bolehkah aku anggap dan tuduh semua anggota keluarga dan keturunan kau adalah pencuri, perompak dan penyamun juga?

      .

      Delete
    2. Makan dari sumber yg haram akan menjadi keturunan anda jadi kacau bilau

      Itu sebab keturunan UMNO skg ni buat
      negara kira kacau bilau adanya realiti keadaan sekarang ni,
      Pegi undi dari dulu buat apa perangai mereka dah mula dari dulu lagi, skg ni masih byk org bercita cita nak menumpang tak kira org biasa atau pak lebai

      Delete
  10. yang syoknya yapeim ada org ni
    Ketua Sektor Sumber Amal, Penerokaan Pelaburan dan Sumber Baru
    dan juga ini
    Ketua Sektor Sumber Daya Insani, Pelaburan, Pentadbiran dan Kewangan.
    Bila org soal mana banyak dapat duit takde sapa pun nak jawap. Bagilah tau duit zakat ke, derma ke, sedekah ke, bisnes kitab ke, dana bajet bagus 20 bilion JPM hari tu ke. Senang sikit rakyat nak audit. Ni tau2 dah sampai US je. Nak melabur mesti ada modal. Kalau setakat jual sijil halal takkan boleh untung bilion2. Dah lak hukum Allah Taala yg dia pegi jual. Ada hati pulak tu JAKIM nak seru org ramai mempertahankan sumber career dan periuk nasi dia menjual agama dgn harga yg sedikit. Apa Jakim ni tak sedar ke dia menyeru nyeru manusia melanggar hukum Allah? Menghalalkan penjualan hukum Allah dan kitab2 agama secara sah.
    Kalau taknak mansuhkan JAKIM korang tukarlah jadi Jakun ke atau jabatan kemajuan hadhari, jabatan kemajuan wasatiyah malaysia pun ok. Asalkan jgn guna nama dan label Islam. Buat malu org Islam je tgk perangai tamak pencurik korang. Memang parah.

    ReplyDelete
  11. Kenapa Menteri tak gunakan peruntukan JPM untuk tugas rasminya? Kenapa kena gunakan dana anak yatim begitu banyak untuk tugas rasmi kerajaan? Ini yang rakyat pertikaikan sekarang?

    ReplyDelete
  12. Kenapa Menteri tak gunakan peruntukan JPM untuk tugas rasminya? Kenapa kena gunakan dana anak yatim begitu banyak untuk tugas rasmi kerajaan? Ini yang rakyat pertikaikan sekarang?

    ReplyDelete
  13. Bukankah "derma" itu sudah jadi "halal"...

    ReplyDelete
  14. Bukankah "derma" itu sudah jadi "halal"...

    ReplyDelete
  15. mintak pcik adi beri dokwoh sikek.......makanmg arta anok yating tu menda....macang makamng nasi lemok ke......cu citer sikek

    ReplyDelete
  16. Sekiranya benar, Sape yang luluskan elaun elaun yang begini lumayan? Teruk kah kerja yang dibuat?

    ReplyDelete
  17. Salahguna duit lg.. lepas satu skandal satu lg kuar.. x berenti renti.. amaun pulak x ada yg kecik.. sumenya ratus ribu dan juta juta je.. masa guna duit tu x ada perasaan bersalah ke.. sedap agaknya dapat duit free kan..

    ReplyDelete
  18. Subhanallah ya allah tunjukanlah kami jalan yg lurus supaya kami tidak mrlakukan perkara2 yg mungkar ameen

    ReplyDelete
  19. Subhanallah ya allah tunjukanlah kami jalan yg lurus supaya kami tidak mrlakukan perkara2 yg mungkar ameen

    ReplyDelete
  20. 1. banglo
    2. anwar
    3. amerika
    4. paris
    jamil, jamil kusangka 3 rupanya 4.
    eh... eh... eh... eh... eh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...