Friday, 27 November 2015

LIMA TAHUN BUKANNYA LAMA

Melihat kepada pelbagai kerosakan yang telah dilakukan oleh Najib Razak dalam memimpin negara selama ini, barangkali ramai yang tiada masalah untuk bersetuju dengan pandangan terbaru Tun Mahathir Mohamad bahawa tidak ada parti yang harus memerintah untuk selama-lamanya dalam sebuah negara demokrasi.

Ini kerana jika BN terus berkuasa dan dalam masa yang sama Najib kekal lagi sebagai Perdana Menteri, kemungkinan lebih banyak kerosakan tentu saja sukar untuk dielakkan. Menteri-menteri yang tidak berguna juga akan berterusan "membodohkan"  kita semua.

Akhirnya semua orang makan hati, sakit hati, terbakar hati dan hancur hati. Tiada kegembiraan lagi dalam negara ini.

Lalu, untuk mengelakkan lebih ramai sengsara jiwanya, jika Najib berdegil juga untuk bertahan sehingga PRU 14 nanti, pilihan yang ditunjukkan melalui kenyataan Tun Mahathir iaitu memberi peluang kepada parti lain selain BN menerajui negara pula haruslah dijadikan kenyataan.

Bagi Tun Mahathir, demokrasi yang baik ialah sistem dua parti di mana pembangkang cukup kuat untuk mengambil alih kerajaan serta menawarkan alternatif kepada rakyat. 

Dalam konteks itu, kiranya parti baru gagal membawa khabar gembira kepada rakyat,  menukarnya adalah lebih mudah dan memilih semula BN yang ketika itu tentunya bukan lagi dipimpin Najib, dalam pilihanraya seterusnya. 

Lagi pula,  lima tahun bukannya lama.

Tetapi jika di ketika Najib yang paling bermasalah ini pun BN dikekalkan juga, bermakna lebih banyak masa diperlukan lagi untuk memberi kesedaran kepada rakyat agar berani melakukan perubahan yang diharapkan itu.

Dalam PRU 13, keinginan rakyat untuk berubah hakikatnya telah terpamer melalui 52 peratus undi popular yang menolak BN, cuma sistem pilihanraya ala British yang kita amalkan saja sebagai penyelamatnya.

Untuk pilihanraya akan datang, peratusan undi popular itu mungkin perlu ditingkatkan kepada 60 atau 65 peratus agar perubahan yang menjadi dambaan benar-benar menjadi kenyataan.

Lagi pula dengan menjadikan kerajaan boleh ditukar ganti, mesejnya ialah rakyatlah paling berkuasa dalam negara ini, manakala pemimpin hanyalah alat semata-mata. (SH 27/11/2015)

16 comments:

  1. Mungkin untuk mengelakkan rakyat hanya jadi kaldai cucuk hidung , mungkin ini lah masanya kita terpaksa menerima hakikat sebenar bahawa seharusnya parti politik menjadi kuda rakyat untuk kebaikan negara dan rakyatnya dan mana mana parti politik yang hanya hidup dengan cerita kejayaan lampau dari pemimpin lampau tapi pemimpin sekarang atau yang sedia ada teruk macam sial harus ditentang kedalam jail atau pencen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau dengar tu adnan mansor??? Lebih baik kau gali lubang kubur kau sekarang ni.Tiba masanya kau terjun sajalah

      Delete
  2. Tumpaskan UMNO dahulu dlm pilihanraya baru bole ubah UMNO sepenuhnya.. Umno skrg adalah hasil buah tangan tun juga..cumer lagi parah tanpa rasa bersalah pun. Sistem da rosak dari akar umbi ke pucuk nya...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sokong buat apa lagi pemimpin yg curi duit rakyat dan jual harta negara sesuka hati. Dah lah jual. Untung tak ada. Rugi memang dah nyata

      Delete
  3. 5 tahun untuk pemimpin memang tak lama, tapi rakyat biasa ni yang rasa sangat lama...dibebani dengan masalah yang disebabkan oleh kecuaian dan ketidakcekapan pentadbiran oleh kebanyakan pemimpin...harap2 bebanan rakyat ini dapat dikurangkan oleh pemimpin yang lebih cekap dan jujur...

    ReplyDelete
  4. dear bro, for themmm....talk is cheap., nothing to weep
    for us ....lay at night on thorn of roses

    ReplyDelete
  5. Betul juga.Partai Golkar lama majoriti di DPR-RI dan memerintah dan akhir terpaksa akur.Demokrat juga sejarang PDIP,tak ada masalah pun dan President di hadkan cuma 2 penggal.Indonesia tidak menyebut parti pembangkang tapi parti pengimbang.

    ReplyDelete
  6. Apa yg dikatakan oleh tun itu benar selama ini org melayu ditakutkan dgn klu umno kalah org melayu akan dihina saya mohon org melayu buka minda ubah paradigma kuburkan umno buat sementara waktu dgn pemimpinya sekaliyg tak boleh berubah hanya al quran yg lalin semuanya tak kekal org melayu bukalah minda anda jgn takut dgn umno

    ReplyDelete
  7. Umno tertubuh atas kesepakatan pertubuhan2 Melayu untuk menentang Malayan Union. Persatuan2 Melayu setiap negeri dan pelbagai pertubuhan lain menghantar wakil ketika perhimpunan menentang MU hingga melahirkan Umno. Sekian lama Umno dominan dalam politik tanahair, kebanyakan pertubuhan yang mendokong pembentukan Umno menjadi semakin malap dan banyak yang pupus. Walaupun kemudian wujud GPMS, MAYC dan ABIM, serta yang terkini Perkasa misalnya, dominasi Umno dalam politik adalah terlalu besar berbanding pengaruh pertubuhan NGO yang ada. Berbeza dengan Cina yang walaupun telah wujud MCA dan sekarang DAP sebagai parti politik dominan, pertubuhan pendidikan dan perniagaan mereka mempunyai pengaruh dan peranan yang llebih besar dalam menyatukan kaumnya. Dalam demokrasi, bukan parti politik sahaja yang berperanan untuk melakukan peranan pengimbang. Pelbagai pertubuhan bukan politik turut mampu melakukan peranan yang serupa. Yang penting, wujud kepemimpinan yang cukup berkaliber dan sokongan yang mencukupi di kalangan masyarakat terhadap pertubuhan merentas ideologi berkenaan. Tanpa sistem dua parti pun demokrasi boleh hidup dan membawa kesejahteraan asalkan wujud pengimbang dari luar politik untuk mengawal kerakusan dan dominasi parti politik. Sikap masyarakat perlu berubah dan perubahan itu telah semakin ketara dengan kegelisahan dan caca marba yang berlaku sekarang. Peranan pengimbang oleh entiti bukan politik adalah lebih berlandaskan kejujuran dan kebenaran kerana mereka bebas dari kerakusan untuk merebut kuasa. Council of Elders yang disebut oleh Tun M sebelum ini boleh bergerak sebagai NGO kerana dengan pengaruhnya mereka mampu menyekat dominasi parti pemerintah khususnya dan peranan entiti politik keseluruhannya.

    ReplyDelete
  8. salam BUDIN....kau ni banyak belah parti mat sabu kan ..PAN...kau ni nampak macam tak suka dengan umno dan pas tapi beriya iya sokong MAT SABU....aku per hatikan ...kau ni anti Najib, TSMY TGH tapi yak pernah kutuk MAT sabu lim guan eng dan atok gay anuar.....pandai kau melakukan perang saraf macam2 kau kata kt TSMY..kau perkecIlkan kan dia,,,,KAU angkat husam KAU HENTAM TGH.....aku percaya andainya najib turun TSMY naik PAS BERSATU dengan umno TUN sokong.....aku percaya tulisan kau akan menjurus ke sokongan penuh ke mat sabu, lge...dan tok gay....Hentam plak TUN....sebenar nya budin kau main wayang banyak sangat kalau nak berjuang biarlah ikhlas...ANUAR masuk dalam pasal dia memang gay..mat sabu pas tolak dia pasal dia asyik kalah jr bertanding lepas tu lebih kat dap...HUsam sultan kelantan tolak dia.....budin kau sokong PAN kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. melayu bodoh mcm hang ja pikiaq tanpa usul periksa. Mengkala najib suruh makan taik, blom sempat suruhan tamat, hang dah abih telan dah satu tong taik.

      Mcm ni la yg UMNO nak lihat melayu jadi bodo piang mcm hang selama2nya.

      Cukup memalukan. Silalah bunuh diri kerana hang memang tiada lagi kebaikan untuk terus hidup menghabiskan oksigen. Membunuh diri adalah satu ibadah hang yg terakhir demi kemaslahatan malaysia. Kendian tolonglah mereput sensorang ya.

      Delete
  9. Aku sokong tuan budin, tulah contoh orang Islam bukan lebihkan kemelayuan dalam menegur
    Kalau lebih kan kemelayuan jadi lah mcm orang cari mkn didunia dapat upah kalau adalah,
    Semuga Allah beri pahala pada Tuan Budin dgn usaha Tuan menerangkan kebenarankan kat manusia, melayu khususnya

    ReplyDelete
  10. Bukan setakat jatuh kan umno,semua sampah2 tu kena humban msk SG.buluh.semua sekali...najib,Rahman dahlan,salleh keruak,nazri aziz, sharir Samad,1mdb,Ahmad maslan,azalina,semua haramjadah2 penjilat najib tu

    ReplyDelete
  11. “Melihat kepada pelbagai kerosakan yang telah dilakukan oleh Najib Razak dalam memimpin negara selama ini” Menteri-menteri yang tidak berguna juga akan berterusan "membodohkan" kita semua...tapi bila nak suruh buktikan jawabnya “seperti yang dikatakan Dr M sendiri “Saya tidak akan buat laporan polis menentang sesiapa. Saya tidak punya cukup bukti”.
    Malaysian Insider 10 Oktober 2015.”… dann paling mudah fikir ialah kenapa pakar strategi DAP Tony Pua yang selama ini hebat menyerang PM melalui 1MDB tiba2 terpusing2 jalan berundur macam ayam kena sampar bila cabarannya untuk berdebat telah disambut oleh Arul Kanda…sepatutnya peluang mudah untuk menjatuhkan PM ini mesti disambut dengan beraninya oleh Tony Pua dengan dibantu oleh mereka seperti Dr.M, Muhyiddin serta termasuklah ketua2 cawangan yang bersetuju dengan tuduhan berat keatas DS Najib hingga berasa patut disingkirkan…ganyanglah DS Najib hingga lumat dalam debat terbuka itu…tapi akhirnya pakar DAP tu jadi Puan Tony meninggalkan orang UMNO sendiri berbalah dalam parti sendiri…atau pun memang itulah tujuan asal DAP yang sejak dari dulu mahu UMNO dipecahbelahkan…Ingatlah pesan Mohamad Razali,bekas Setiausaha Politik Lim Guan Eng bekas Ketua Organisasi DAP Bahagian Jelutong… Ketua Pakar Strategi DAP ialah Tony Pua…DAP ni, sebelum dia buat satu-satu benda, dia akan spin dulu. ..lepas itu kita akan tengok reaksi rakyat Malaysia macam mana. DAP ada tiga plan..A, B dan C kami dilatih hampir 3 tahun oleh Israel…Dilatih oleh pihak Mossad…Dia (Nat) pernah jadi Setiausaha Eksekutif kepada Pengerusi Foundation for the Future iaitu Anwar..“Selain membantu Tian Chua, dia menulis dalam Malaysiakini dan dipercayai masih berperanan dalam sebarang program “educating Malaysia for democracy” yang dibiayai oleh CIA,” ulas The Unspinners..For too long now, I think Anwar, PKR and Pakatan have become convinced that they can get away with murder, because they believe those of us who hunger for change simply have no other options..This story suggests that we are on the edge of a crisis; that forces linked to former PM Dr Mahathir are looking to dethrone PM Najib, and instigate an era of unprecedented racial and religious strife...

    ReplyDelete
  12. Nak ada 2 parti?? Dah nak mampos ka mamak kutty ni? Dia online dengan tuhan mana ni hah???

    Selagi ada ROS dan SPR..jangan mimpi la nak wujud 2 parti. Sumer agensi2 dan jabatan2 kerajaan termasuk semue jabatan2 zakat kebajikan dan agama Islam hanyalah ditubuhkan untuk membodohkan rakyat semata2.

    Agama jika disalahgunakan, adalah perkakas paling ampuh untuk mengawal dan membodohkan rakyat. Sebab itulah benda adil jika diletakkan dgn cara batil, ianya batil dan bohong belaka. Begitulah raja sultan yg maha fukimak ini.. semuanya menjadi ketua agama Islam. Sebab apa? Sbb merekalah berkuasa menggunakan semua kuasa perkakasan ini juga mengawal rakyat serta mengkaplavutokan segala2 agensi agama dan kerajaan untuk sesuka hawa nafsu mereka semata.

    Apa lagi kuasa yg rakyat ada? Kuasa turun ke jalan raya pun dikawal polis dan segala perkakasan agensi kerajaan yg ada. Boleh turun tanpa senjata?.. haha.. sorilah.. sedangkan apparat kerajaan dilengkapi segala peralatan untuk melawan kebangkitan rakyat.

    Berhentilah mengharap yg Malaysia akan berubah dlm masa 50 tahun lagi. Mustahil dan kebarangkaliannya adalah terlalu nipis. Berdoa pun cuma boleh berdoa.. laksana rakyat Palestin melawan Zionis Israel juga rakyat Syria melawan Assad. Bila pemimpin sudah dicengkam nafsu dan wang serta kebejatan berleluasa, nyawa manusia sudah tiada harga lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...