Pas kini bukan setakat bermain mata lagi, bahkan sudah mula berani hendak "berdating" dengan UMNO walaupun masih malu-malu untuk mengakui mahu menjalin hubungan secara terbuka.
Selepas dua tiga kali "dating" barangkali dan kemudian memupuk keserasian, logiknya tidak mustahil jika kedua-duanya akan menikah dan membina kehidupan bersama.
Begitulah perumpamaan paling mudah untuk menggambarkan hubungan Pas dengan UMNO sekarang. Daripada beberapa perkembangan yang jelas menampakkan tidak mahu lagi bermusuh dengan UMNO seperti menyatakan tidak mahu berebut kuasa, berkecuali dalam menolak Bajet 2016 dan kadang-kadang lebih daripada UMNO memusuhi DAP serta mula menjauhi kekasih lamanya, Pakatan Harapan, Hadi Awang akan duduk sepentas dengan Najib Razak dalam program multaqa ulama serantau pada Disember nanti.
Selain beberapa kali kunjungan peribadi Najib terhadap Hadi Awang ketika di katil hospital, multaqa ulama ini adalah "dating terbuka" yang pertama antara kedua-duanya.
Selepas ini mungkin tidak kekok lagi untuk mereka tampil bersama dengan lebih kerap lagi. Hanya jodoh yang menentukan "perkahwinan" Pas dengan UMNO akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.
Jika berkahwin, hanya peredaran masa yang akan menjadi ujian sama ada perkahwinan itu akan bahagia atau berkekalan untuk tempoh yang lebih lama.
Tetapi jika tidak jadi juga berkahwin dengan UMNO, memang malang benar nasib badan Pas kali ini. Selain pernah bersama UMNO tidak lama dulu dan apabila berpisah kemudiannya, sama ada ketika bersendirian atau kahwin sekejap dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat, Pas memang menjadikan UMNO musuh nombor satunya.
Selain macam-macam yang diumpatnya, bahkan tuduhan kafir dan taghut juga dilemparkannya kepada UMNO.
UMNO pun sama jahat mulutnya di mana Pas turut diumpat kejinya merata-rata sehingga kepada dakwaan "parti ajaran sesat" dan serangan balas itu lebih berbisa kerana media arus menjadi miliknya.
Maka, memang eloklah jika perkahwinan UMNO - Pas itu menjadi kenyataan akhirnya. Selain mudah-mudahan ia berkekalan dan Najib serta Hadi Awang dapat saling "menggaru belakang" masing-masing sambil bergurau senda, tidak sanggup rasanya untuk mendengar umpat keji dan saling menceritakan keburukan jika jodoh tiada juga buat kali kedua nanti.
Ini kerana sudah tentu umpat keji dan saling mengata selepas perkahwinan kali kedua tidak menjadi kenyataan lebih dahsyat lagi jadinya.
Kepada Pakatan Harapan pula, lebih baiklah dilupakan terus Pas untuk melalui hari-hari depannya. Lagi pun bukankah Amanah sudah ada sebagai ganti Pas untuk menjadikan gabungan Pakatan Harapan yang kini dianggotai PKR - DAP - Amanah sudah lengkap sebagai alternatif baru kepada rakyat membuat pilihan?
Pas memang ingin menjauhi DAP dan Amanah, tetapi parti itu kelihatan masih "tergedik-gedik" kerana PKR tetap cuba ingin bermesra dan bersama dengannya. Sebaiknya PKR membuat keputusan yang lebih berani dengan meninggalkan terus Pas dan menumpukan seluruh jiwa raga dan kasih sayangnya kepada DAP dan Amanah saja.
Dengan PKR melupakan terus Pas sama ada untuk kepentingan Selangor atau lain-lainnya, ia secara langsung dapat membuatkan sesetengah ahli dan pimpinan Pas yang masih berbelah bagi untuk menentukan hala tuju yang jelas sama ada kekal dalam parti itu atau memilih wadah perjuangan yang baru.
Oleh itu, PKR tidak perlu terus membuang masa dan lebih baik menumpukan perhatiannya kepada agenda perubahan dalam pilihanraya akan datang kerana kedegilan Najib untuk bertahan harus dimanfaatkan dengan mengumpulkan kekuatan dan bukannya melayan perkara-perkara yang boleh melekakan serta tidak bermanfaat.
Melupakan Pas tidak dinafikan adalah langkah terbaik bagi Pakatan Harapan untuk masa depannya kerana hakikatnya tidak guna lagi mengharapkan "kekasih lama" yang nampaknya lebih mendamba dan mengejar kekasih baru yang seluruh dunia tahu begitu banyak duit dan hartanya. (SH 17/11/2015)
"..tidak guna lagi mengharapkan "kekasih lama" yang nampaknya lebih mendamba dan mengejar kekasih baru yang seluruh dunia tahu begitu banyak duit dan hartanya.."
ReplyDeleteDayusnya PKR kerana masih mendambakan kasih sayang kekasih lamanya yg mata duitan..
Hehehehe..
Ishh..xkan Dr maza pi kata lagu tu kot?? Buat malu org peglih ja laa..
ReplyDeleteHang pernah tengok tak tarian kuda kepang.. gitulah politik dan kerja gomen di Mesia..PKR DAP AMANAH UMNO BN.. sumer jabatan gomen dan swasta.. 2x5 ja..
ReplyDeleteRasa mcm bunuh diri pun lebih baik dari layan orang Mesia.. cam cilaka ja lembabnya..
Siapa yang membuat PAS terpaksa bergabung dengan Umno sekiranya bukan DAP yang mempergunakan PAS dan sifat Talam dua muka PKR yang terus memilih DAP tetapi menyokong PAS. Nampaknya Pakatan yang ditubuhkan lebih mementingkan kepentingan parti masing-masing dan bukannya nasib rakyat.
ReplyDeleteApa pulak Saudara? Rakyat sudah lama ada pembelanya - dulu, kini dan selamanya - ia itu UMNO/BN..
DeletePakatan pembangkang yg ditubuhkan mmg mementingkan agenda masing2..
Musuh rakyat bukan Pakatan pembangkang yg tak pernah berkuasa pun. Musuh rakyat ialah pemimpin yg telah diberi kuasa yg telah mengkhianati mereka.. dulu, kini dan selamanya..
Harap saudara & seangkatan saudara faham baik2 akan hakikat ini..
Anon 11.04
DeleteApakah selama ini PAS menjaga kepentingan rakyat? Haji Hadi kah yang menolak perlaksanaan GST dan pengurangan peruntukan pendidikan hanya untuk membesarkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2016? Haji Hadi kah yang menentang perlaksanaan TPPA pelan ekonomi mengkayakan Yahudi? Haji Hadi kah yang membantah 'derma' MYR2.67 billion yang diguna merasuah pengundi? Haji Hadi kah yang menentang penjualan asset kuasa negara kepada negara asing? Haji Hadi kah yang menentang penyenaraian FELDA yang menjadikan ia kini syarikat yang kerugian? Haji Hadi kah yang menentang 'penyelarasan' tol lebuhraya serta tambang pengangkutan awam KTM dan RapidKL? Haji Hadi menjaga kepentingan rakyat yang mana? Sebagai wakil rakyat kerjanya selalu ponteng, bagaimana mampu menjaga urusan negara? Berhati-hati sebelum menguna lidah/jari. Rakyat sekarang tidak bersetuju membabi buta seperti zaman pasca Jepun/British/Mahathir.
Kekasih lama janda orang...janda tahap nenek pulak tuuu....
ReplyDeletePAS telah menjual agama demi dunia..sekarang dah tak lagi jadi pejuang ISLAM tetapi pejuang SELAM..sama-sama akan tenggelam dengan Umngok.
ReplyDeleteNampak gayanya bolih lah Najib mempertahankan kuasanya dgn mendapat sokongan dr pas....Yg pastinya berita ini mengembirakan menteri menteri Najib...
ReplyDeleteSebab nya merasa akan menang dlm pru nanti...
Dgn adanya sokongan ahli pas....seperti dgn pkr n dap Yg dapat mempergunakan ahli pas dlm pru lepas
Nampak gayanya bolih lah Najib mempertahankan kuasanya dgn mendapat sokongan dr pas....Yg pastinya berita ini mengembirakan menteri menteri Najib...
ReplyDeleteSebab nya merasa akan menang dlm pru nanti...
Dgn adanya sokongan ahli pas....seperti dgn pkr n dap Yg dapat mempergunakan ahli pas dlm pru lepas
tghh...sedarlah, jangan kamu bersekongkol dengan golongan munafikun...........smga ALLAH menghidayati kamu
ReplyDelete....lepas multaqa december nanti, elok lah gi kursus rumah tangga di paris. Tak gitu.
ReplyDeleteBetul. Jika tidak di Paris, di Las Vegas atau Los Angeles. Kursus 4 jam, kemudian 4 hari shopping dan enjoy di casinos...
DeleteAbang besar bila dah bolih berdating sekatil pulak,x lama lagi adik kecil yg telah digula kan di rogol dan ditinggalkan keseorangan
ReplyDeleteRamai antara kita yang ditutup aqal dan hatinya oleh Allah tidak dapat melihat permainan Haji Abd Hadi Awang dan Mohd Najib Abd Razak. 'Perjuangan' rakan kerjasama ini beserta kuncu-kuncu mereka bukan demi agama, rakyat dan negara, sebaliknya kerna kuasa semata-mata. Hanya kaum Cina yang majoritinya kafir, 'licik' dan 'jahat' itu terlihat oleh mata aqal dan hati mereka permainan jijik ini. Allah tidak membutakan mata hati mereka kerana kaum Cina lebih disiplin dan fokus dalam apa yang mereka hajati dan rancangkan. Hati mereka tidak mudah berbolak balik seperti rata-rata umat Melayu bertauhidkan Allah, termasuk yang besar serban dan labuh jubahnya.
ReplyDeletePKR masih dalam sindrom 'aura Anwar'. Para pemimpinnya masih bergantung kepada manusia agung itu. Mereka tidak berani bertindak dengan ilmu dan pengalaman yang mereka ada. Mereka tidak mempercayai kekuatan diri sendiri. Selagi yang ada memimpin PKR tidak bertelur seperti Rafizi Ramli, maka selagi itu PKR akan mencium kaki sesiapa sahaja dan mengguna alasan diplomasi dan keadilan. Untuk memimpin perlu ada keberanian dan kematangan tindakan.
Jika pemimpin Pakatan Harapan tidak berbuat sesuatu terhadap drama PAS, rakyat akan berbuat sesuatu kepada mereka. Jangan ingat rakyat ini tolol. Ini bukan masa untuk gila kuasa!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAku nak juga tengok wajah Hadi memakai gincu, agak-agak komer...lawa tak?
ReplyDeleteShahbudin dulu umno sekarang dap
ReplyDeleteTuan Shah blogger paling menyerlah skg. Tulisan yang bagus utk menghilang kan keresahan kesusahan hati pembaca dan surfer dialam.maya.
ReplyDeleteLega rasa nya bila selesai membaca.
Terus kan semuga Allah memberi ganjaran pahala yg berlipat ganda