Berucap di majlis perhimpunan sokongan terhadapnya di Pagoh semalam, Muhyiddin Yassin secara jelas menunjukkan beliau masih tidak berbeza, jauh sekali untuk mengendur daripada apa yang sudah dimulakannya sebelum ini yang menyebabkannya dipecat daripada kerajaan pada Julai lalu.
Sambil gembira dengan sokongan rakyat Pagoh, termasuk parti-parti komponen BN terhadapnya, beliau berkata, tindakannya bersuara mengenai 1MDB dan derma RM2,600 juta melibatkan Najib Razak ialah kerana tidak mahu menanggung dosa jika hanya berdiam diri berkaitan perkara itu.
Beliau seterusnya menyatakan kesediaannya untuk dipecat daripada UMNO berikutan sikap berterusannya membangkitkan dua isu yang menjadi perhatian rakyat itu.
Muhyiddin juga mempersoalkan tindakan MT UMNO yang tidak membenarkannya merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tahun ini dengan mengatakan apakah seorang individu sepertinya begitu ditakuti oleh Najib?
"Najib kata beliau ada sokongan tiga juta ahli UMNO, tetapi di Pagoh, anda sokong beliau?" soalnya kepada hadirin.
Timbalan Presiden UMNO itu juga menerima sorakan gemuruh apabila beliau menanyakan sama ada mereka masih sanggup menerimanya sebagai wakil rakyat Bebas kiranya dipecat nanti.
Selain menggambarkan mahu terus bersikap kritikal dan lantang, Muhyiddin sebenarnya turut sedar bahawa tindakan pemecatan makin dekat menghampirinya, namun kesediaan warga Pagoh menerimanya sebagai wakil rakyat Bebas selepas apa-apa terjadi kepadanya barangkali memberi suntikan semangat buat dirinya.
Tidak dinafikan, ucapan Muhyiddin di Pagoh semalam mulai menggembirakan ramai orang yang amat mengharapkan agar beliau terus konsisten, lantang dan agresif dalam perjuangannya menegakkan kebenaran berikutan beliau dilihat agak perlahan dan banyak berdiam diri kebelakangan ini.
Tambahan lagi, ketika ini semakin ramai Ketua-Ketua UMNO cawangan seluruh negara sudah pun berani bangkit secara terbuka menolak kepimpinan Najib yang dianggap tidak mungkin mampu membawa kejayaan berikutan terlalu sarat dengan isu yang menghakis keyakinan rakyat membelenggui dirinya.
Tentu saja ramai yang kecewa jika kebangkitan suara akar umbi yang mula membuak itu tidak disambut dengan sewajarnya oleh Muhyiddin yang menjadi harapan mereka untuk agenda perubahan dan kejayaan buat UMNO.
Selain itu, Muhyiddin juga dilihat tidak ada pilihan lain selain terus melawan berikutan Najib dipercayai akan terus mengenepikannya daripada berperanan sebagai pemimpin nombor dua yang dipilih secara sah melalui undi perwakilan.
Berdiam diri dan tidak melawan hanya akan menjadikan dirinya lenyap begitu saja.
Setelah dikekang daripada merasmikan perhimpunan sayap-sayap, kini menjadi perbualan ramai pula bahawa Muhyiddin sedang dicari sebab untuk dihalang daripada berucap di acara penutup Perhimpunan Agung UMNO.
Kebimbangan Najib ialah sudah tentu ucapan Muhyiddin itu nanti berupa kritikan terhadapnya, khususnya berkaitan 1MDB dan derma ke akaun peribadi yang sukar untuk dijawabnya dengan jujur dan seikhlas hati.
Tidak dinafikan ucapan Muhyiddin semalam akan terus membangkitkan rasa tidak senang Najib terhadapnya dan sekaligus juga mungkin merupakan peluang kepada para pengampu dan pembodeknya untuk menambah lagi garam kepada luka dalam hati dan perasaan beliau itu.
Akhirnya, Najib tidak ada pilihan selain bertindak terhadap Muhyiddin yang dianggap menyusahkan dan beban kepadanya.
Sehari sebelum majlis perasmian pada 10 Disember nanti, biasanya akan diadakan mesyuarat MT UMNO dan disitulah dipercayai Muhyiddin akan diambil tindakan sama ada pecat atau gantung keahlian yang sekaligus menghalangnya daripada berucap di majlis penutup atas kapasiti Timbalan Presiden.
Tetapi, percayalah pemecatan itu adalah lebih baik untuk Muhyiddin kerana ia bukan saja akan menyebabkan lebih ramai Ketua-Ketua cawangan dan ahli akar umbi bangkit menolak Najib, bahkan juga menjadikan sokongan dan simpati rakyat melimpah ruah kepadanya.
Dengan lebih ramai yang berani bangkit, perubahan lebih mungkin menjadi kenyataan dan menjadikan kedudukan Najib semakin tidak selamat.
Tidak kira sama ada melalui UMNO atau kuasa rakyat, perubahan yang berlaku itu mahu tidak mahu bukan saja akhirannya menjadikan Najib tersingkir daripada singgahsana kuasa, tetapi juga berupaya mengangkat semula nama Muhyiddin di pentas politik negara. (SH 30/11/2015).
secara ringkas kita boleh kata kan...kerana harta ,tahta, wanita .........pemimpin terguling
ReplyDeletePeperangan sbenar baru bermula...
ReplyDeleteCerita smakin menarik...
Diluah mati mak ditelan mati bapak..
Najib sudah pheningg lalat laa!!!!
Agak-agak PAU kali ini inti apa?.
ReplyDeleteInti dedak! Kikiki
DeleteUmno skrng dibangsatkan oleh ketuanya
ReplyDeleteMuhyidin..muhyidin.. hang ni lembik.. kluaq UMNO ja.. jadilah selipar buruk.. dah berbulan dah.. hangat2 taik ayam ja.. x mcm anwar..
ReplyDeleteHang bukan mcm Najib.. dia boleh bagi beg itam berkepok2.. ratus billion dah dia rembat.. bukan 2600 juta jer.. takat 21000 ketua cawangan tu.. xder hal punya..
Ye la sbb dia yg pegang menteri kewangan, semua hasil pendapatan Msia bwh dia...Najib pun ckp cash is king, bole la dia rasuah semua org...ko bole la ckp dia kuat skrg....bila dia x jadi PM/Kem Kew nnti, dia akn jadi lebih teruk dr Pak Lah...satu hari dia akan jatuh jgk...jgn sampai jadi mcm Gadafi dah la...hampir semua rakyat Msia skrg dh mula hilang pertimbangan....jgn cabar kami
Deletetak payah la terasa tercabar.. muhyiddin ni lembik.. kes projek dia pun banyak blom dilondehkan lagu..
Deletebuka sumer kes2 ni.. bungkuih la muhyiddin.. sbb tu la muhyiddin ni flipflop..ada banyak kes..
ps: blom dapat beg itam lagi ka? kahkahkah..
Jgn berkokok je.... Suroh Najib kesayangan anda bertindak keatas Tsmy.... Kalau Tsmy flipflop knp komen anda mcm org. Ketakutan
DeleteBermula siri liwat ke 3...
ReplyDeleteMuhyiddin di ingatkan jangan ambil anak muda buatkan kopi dan jadi pembantu. Kalau boleh buat kopi sendiri atau jadikan isteri sebagai pembantu dalam semua hal.
Fitnah ke fitnah punya ...
Bagus nya Mahathir dengan Pak Lah ialah bila kedua-dua nya dapat signal untuk berundur, mereka tidak tunggu lama. Mahathir semasa umum kan pengunduran nya menyebut 'dah lama dah...' dua tiga kali. Sebab itu pada hari Mahathir mengumumkan pengunduran, hanya dia seorang sahaja yang tahu. Jika ada orang kedua yang tahu sudah tentu sukar Mahathir nak buat keputusan.
ReplyDeletePak Lah ambil tanggung-jawab apabila tidak mendapat kejayaan yang baik selepas pru. Pak Lah tidak mahu kesan tindakan nya lebih besar terhadap parti. Pak Lah tidak perlu tunggu cawangan-cawangan mendesak dia berundur.
Mahathir buat keputusan sendiri. Mahathir berani.
Pak Lah lebih bertanggung-jawab. Pak Lah ada maruah.
Ini jawatan PM. Sebagai PM bukan kira mana banyak baik atau mana banyak buruk. Bila dah keadaan tidak menetu, PM perlu berundur.
Jawatan lain dalam kerajaan atau parti boleh kita lawan dan pertahan.
Pok Din.......jangan lembik,keraskan sedikit anu tu...
ReplyDeletebestarinet bakal menjadi jajaan seluruh malaya....pembohongan pertama akan menyusul pula pembohongan kedua selagi kejujuran dan kebenaran tidak ditempatnya
ReplyDeleteSetuju. Cerita tanah dan projek pembangunan di zaman beliau MB Johor akan dibuka dan dijaja. Siapa lagi dalangnya jika tidak anak si Maslan, wanita berupa lelaki dan beberapa lagi ketua bahagian yang suka mencium tangan perempuan puaka. Muhyiddin akan dilondeh hingga tiada seurat benang. Jasa 37 tahun tiada apa-apa makna. Ikut telunjuk atau kami tunjukan jalan keluar, itulah sifat UMNO Baharu.
DeleteHa..ha.. padan muka semua yang menyokong umngok.Dulu bila rakyat menentang umngok dituduh rakyat ni yahudi.Sial kejadat melayu bangsat ala umngok. Padan muka.Macam mana rakyat rasa dahulu, sekarang rasa la pula penyokong2 umngok. Untuk Agama, bangsa dan tanah air. Cis , podah, kerja asyik tipu melayu.Padan muka semua, terutama sekali Madet situa tu.
ReplyDelete09.16 dan 09.59.
ReplyDeleteTak kiralah apa skandal atau kesalahan TSMY semasa ia berkuasa, takkan ada yang seteruk, sehebat atau setanding dengan 1MDB atau "derma" RM2.6 billion angkara pahlawan Bugis tersohor.
Persoalan sekarang bagi AKU, bukan takat Najib sudah tak relevan.
ReplyDeleteUMNO pun dah TAK RELEVAN sekarang. Betullah, la ni UMNO tu tak lebih kepada parti buat duit, cari projek dan terbaru penjilat tegar (mengalah penagih tegar).
Umno hanya parti pegampu lagi ramai ketua cawangan buat protes lagi baik nanti semuanya akan dipecat macam D Hamidah ketua cawangan pun bukan dapat apa2 pun yg untug ketua bahagian
ReplyDeleteUmno hanya parti pegampu lagi ramai ketua cawangan buat protes lagi baik nanti semuanya akan dipecat macam D Hamidah ketua cawangan pun bukan dapat apa2 pun yg untug ketua bahagian
ReplyDeleteINI KISAH BENAR,Tiap kali Para Pemimpin melawat negara ini....samada yang masih memimpin atau yang telah ditendang jadi pemimpin,lagaknya ku semangat..Nak di puji dan dipuja..Tuan Tuan..kami di negara yang bukan dalam bayang bayang ANDA dan perlu pengaruh ANDA,kami hanya ingin menyambut ANDA kerana sebagai Pemimpin TANAH AIR kami hanya meraikan ANDA di Negara yang ANDA lawati ini,selebihnya..kami hanya ingin berkata"Jaga amanah rakyat Malaysia"itu saja,Kami tak perlu sokongan anda di;luar negara,Kami Ok Ok saja.Kalau anda nak Dinner dan bertemu dengan Rakyat Malaysia atau pelajar Malaysia di Negara ini,Kami boleh bayar ikhlas tanpa bertemu kami pun.Yang penting kami yang telah berdikari diluar negara,Jaga TanahAir,Jaga Hati Rakyat yang pemilih ANDA.
ReplyDeleteMuhyiddin pengecut. Najib Penakut.
ReplyDeleteAnwar berani. Mahathir pun berani.
Muhyiddin dengan Najib dari awal hanya bukak langkah dan kekuda. Mulut je berbunyi 'yah' 'yah'...tumbuk tak jugak. Senang cakap macam boxing antara Labu dengan Labi ..
Kita rugi kerana sepatutnya Anwar yang memimpin negara sepertimana Mahathir telah memimpin negara.