Friday, 20 November 2015

KENAPA BERITA INI DISIARKAN SERENTAK DENGAN KETIBAAN OBAMA?

Adakah ini hanya kebetulan atau memang dirancang sedemikian rupa dengan teliti?

Presiden Amerika, Barack Obama tiba di Malaysia pada 3.20 petang Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN - Amerika Syarikat yang mana tahun ini negara kita menjadi tuan rumahnya.

Ini adalah lawatan kali keduanya ke Malaysia setelah lawatan kali pertama berlangsung pada April 2014 lalu.

Najib Razak tentu saja gembira dengan lawatan Obama ini, bukan saja kerana kedudukannya sebagai manusia paling berkuasa di dunia, tetapi juga disebabkan hanya dalam tempoh kira-kira enam tahun menjadi Perdana Menteri, sudah dua kali Presiden Amerika Syarikat itu menjejakkan kakinya ke sini.

Sebelum Obama, kali terakhir seorang Presiden Amerika Syarikat membuat lawatan ke Malaysia ialah pada tahun 1966 iaitu Presiden Lyndon B Johnson.

Tetapi serentak dengan ketibaan Obama, sebuah akhbar Amerika Syarikat, The New York Post melaporkan mengenai besan Najib dan Rosmah yang berasal dari Kazashtan, Maira Nazarbayeva yang dikatakan cuba mengugut mahu mencederakan seorang ahli perniagaan dengan kata-kata, "Kamu kenal anak saya? Beliau adalah menantu Perdana Menteri Malaysia. Saya akan cederakan awak dan keluarga jika menyaman saya."

Memetik kenyataan saman di Mahkamah Persekutuan Manhattan, Amerika Syarikat, akhbar itu melaporkan, Maira dituduh mengambil 12 beg tangan jenama Hermes bernilai kira-kira AS$400 ribu atau RM1.7 juta daripada daerah perniagaan Samilor tanpa membayarnya.

Apabila Presiden Samilor, Bella Belkin mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berikutan pengambilan beg tangan tanpa membuat bayaran itu berlaku sejak  2014 lagi, ketika itulah Maira didakwa mengeluarkan kata-kata ugutannya.
Daripada satu segi melalui penyiaran berita ini, selain merancakkan perbualan rakyat dengan pelbagai andaian, teori dan analisa, ia tentu juga sedikit sebanyak mengganggu emosi Najib yang antara gembira untuk menyambut Obama dengan tertekan dek kemelut politik dalam negara yang dihadapinya serta persepsi antarabangsa tentang dirinya berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta.

Benarkah nama Najib dijaja dan dipergunakan oleh besannya? Berpengaruhkah nama Perdana Menteri kita di Amerika Syarikat atau ini merupakan "cara halus" besannya itu agar Najib tolong melangsaikan pembayarannya?

Kenapa akhbar Amerika menyiarkan berita itu hampir serentak dengan kedatangan Obama ke Malaysia? Kenapa tidak disiarkan sebelum atau selepas ketibaan Presiden Amerika Syarikat itu?

Mungkinkah ia sekadar kebetulan semata-mata? Dalam masa yang sama, bolehkah kita percaya negara yang penuh strategi seperti Amerika Syarikat hanya menyiarkan berita itu sekadar kerana nilai beritanya saja?

Bagaimana jika ada muslihat lain yang terselindung di sebaliknya?

Apa agenda sebenar Amerika Syarikat dalam hal ini dan apa lagi persetujuan yang dimahukan oleh Obama daripada negara kita dengan menjadikan pelbagai isu berkaitan Najib sebagai umpannya. (SH 20/11/2015).

12 comments:

  1. Malaysia dikenali mempunyai pemimpin paling sembab. Bukan sahaja dikawal isteri, golongan korporat malah pemimpin luar. Insiden berganda MAS dimana kedua-dua pesawat adalah keluaran Boeing berpusat di Amerika, pendedahan gaya hidup mewah mereka anak beranak di negara barat oleh jurnal dan rangkaian tv berpengaruh di Amerika, tindakan FBI yang memulakan siasatan ke atas aliran tunai berkaitan SRCI dan 1MDB serta sikap endah tak endah Obama terhadap ugutan China ke atas Laut China Selatan, tidak lain hanyalah bentuk-bentuk ugutan terhadap lelaki tidak bertelur itu supaya tunduk kepada tuntutan TPPA. Ternyata strategi tersebut berjaya. Rakyat tidak putus ditimpa malang.

    ReplyDelete
  2. Kena sangat penyamun berbisan dengan perompak. Yang menariknya ialah kedua dua betina ini jenis gila beg tangan mewah. Hanya penyamun mengenal penyamun. Sehati sejiwa. Dalam berbilion penduduk dunia, spesis penyamun juga jadi pilihan sebagai bisan. Orang kata, nak kenal seseorang, kenalilah sahabat baiknya. Bisan sesama bisan bukan sekadar sahabat baik saja malah lebih dari itu. Ya tak? Kalau tak masa kan kenduri kahwin gah dan hebat bukan main. Duit mudah dapat ya tak?. Asal saja teringin beg mewah, sebat saja. Asal nak bergaya dan melaram, duit 2.6 billion yang kononnya derma dari manusia paling pemurah didunia itu entah berbaki entah tinggal serdak saja. Bodoh agaknya si perderma kerana menderma kepada manusia yang jenis gila kemewahan dan mabuk harta benda. Malanglah si perderma bongok itu atau rakyat yang sengaja dibongokkan untuk menutup kurap dan sopak ditubuh.

    ReplyDelete
  3. Awat yg bengap sgt org tua ni..dia xtau ka spesis pjajah ni klu kta mtk tlg depa atau jdkan depa tempat bgantung ibarat kita ni low class..lemah,xbguna..yg dia tgedik2 tiru obama tu.kwn tu naik jet,dia pn gatai pi bli jet..duit rkyat jgk yg jd mgsa. Lani brita di sana dok crita pasai sopak dia.padan muka.bini puaka,besan pn puaka jgk. Ambik hang..

    ReplyDelete
  4. nk bg nama pakjib glemer kt us...nt leh la saman wsj...slasa dh dekat tarikh je xtau bila

    ReplyDelete
  5. Kemungkinan nak pujuk pula sekiranya Malaysia bermurah hati dapat di sedekah satu tempat dimana floting base untuk US navy dapat berlabuh.(South Chaina Sea).

    ReplyDelete
  6. Ini lah harga yang terpaksa ditanggung oleh negara dan rakyat malaysia apabila mempunyai pemimpin lemah dan terlalu banyak skandal , sudah di jangka oleh kita sejak dulu lagi apabila Tun M pernah menyuarakan rasa bimbang dengan pemimpin semacam ini ,masa itu di tujukan kepada Anuar , kerana apabila mempunyai pemimpin species semacam ini negara dan rakyat sentiasa dipertaruhkan untuk menyelamat kedudukan pemimpin lemah seperti ini , Negara luar apatah lagi kuasa besar akan mengugut dan menkotak katik pemimpin berkenaan semata mata mau mendapat apa yang mereka hajad , sebenar US amat suka menyimpan pemimpin semacam ini dan perkara ini telah di lakukan di banyak negara dunia ketiga dan hampir kesemua negara arab kebanyakkan nya rakyat yang sangsara tapi tapi pemimpin lemah yang tiada maruah ini US biar hidup senang , saya sekarang bukan kuatir akan isu TPPA tapi kemungkinan negara kita mahu di jadikan pengkalan stratejik untuk menghadapi kebangkitan China , India dan Rusia memang kedudukan kita adalah yang paling stratejik , hai habis la dasar luar yang dibina oleh Tun M dimana orang menghormati kita tapi sekiranya nya ini berlaku orang akan lihat kita seperti bangsa barua dan habis la dasar dasar bumiputra akan tenggelam di ganti metrokrasi kerana polisi kerajaan sudah tentu diubah . Najib ! najib ! lebih baik mampos dari hidup sekiranya perkara ini berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni manusia bangang,najib punya hal a nwar juga kau salahkan.jamil menteri makan duit anak yatim Kau tak mau salahkan.

      Delete
    2. En Roslan Othman sudah-sudah lah tu. Yang jadikan 1MDB dan SRCI bermasalah dan sarat hutang, terima MYR2.6 billion 'derma' politik, bersungguh mahu TPPA terlaksana dan membuka pintu negara seluasnya kepada penjenayah agama/pembunuh umat Islam Rohingya Myammar dan Pattani Thailand melalui Perjanjian ASEAN adalah Mohd Najib Abd Razak dan pemimpin UMNO/BN. Anwar Ibrahim sudah 11 bulan dalam penjara dan pembangkang sudah berpecah belah. Tidak takutkah fitnah itu kembali pada diri dan kemurkaan Allah yang maha berat hasil menipu daya?

      Delete
    3. Inilah hikmahnya Anwar masuk penjara. Tuhan nak tunjukkan kpd rakyat siapa dia pengkhianat bangsa Melayu & perompak Negara yg SEBENAR!!!

      Delete
    4. tapikan....anwar masuk jail sebab kes liwat....apa kna mngena dgn masalah negara kita nih.......������...curious...

      Delete
  7. Obama dtg ke Malaysia untuk melawat negara jajahan mereka.....xpercaya korek kubur arwah j.j Tanya....

    ReplyDelete
  8. Mana jurucakapnya atau menterinya takan bisu seribu bahasa atau kelu lidah utk berkata2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...