Siapa Tawfik Tun Dr. Ismail?
Selain umum mengenalinya sebagai anak bekas Timbalan Perdana Menteri kedua yang agak disanjung ramai, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfik sebaliknya tidaklah begitu dikenali walaupun pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut selama sepenggal antara tahun 1986 hingga 1990.
Beliau barangkali dipilih sebagai calon untuk bertanding dalam pilihanraya untuk mengenang jasa dan sumbangan ayahnya atau kerana UMNO mahu melihat waris Tun Dr Ismail terus menyumbang untuk negara, tetapi sepertimana kata pepatah "kuah tidak selalunya tumpah ke nasi", Tawfik gagal menyerlah sebagai pemimpin politik yang diharapkan mewarisi darah perjuangan ayahnya.
Di Parlimen, walaupun beliau agak ramah dan suka berbual, tetapi penonjolannya di dalam Dewan boleh dikira gagal sebagaimana harapan UMNO terhadapnya. Lantaran itu, beliau hanya dijadikan Ahli Parlimen selama sepenggal sahaja tanpa sebarang rekod yang boleh menyebabkan namanya dikenang.
Selepas itu, namanya tidak lagi pernah di sebut di mana-mana, bahkan jika orang berselisih bahu dengannya pun, barangkali ramai yang yang tidak mengetahuinya sebagai bekas Ahli Parlimen dan anak kepada Tun Dr Ismail yang disanjung itu.
Hanya baru-baru ini saja, apabila Tawfik bercakap mengenai banyak perkara dalam temubual dengan media sempena penerbitan sebuah buku mengenai bapanya, tiba-tiba namanya sebagai anak Tun Dr Ismail disebut semula.
Antara yang disentuhnya dalam temubual itu ialah mengenai kepimpinan Najib, hasil pertemuan dengan Muhyiddin dan Tun Mahathir, kekecewaan bapanya dengan pemerintahan semasa serta mencadangkan pemansuhan Jakim.
Diketahui juga beliau kini turut menganggotai Kumpulan G25, sebuah kumpulan pesara awam Melayu ternama yang non-partisan, berjuang untuk mengukuhkan institusi serta menggalakkan kesederhanaan dalam Islam.
Selama ini yang selalu tampil bercakap dengan media atau memberikan kenyataan mengenai G25 ialah bekas diplomat, Noor Farida Ariffin, tetapi nampaknya seminggu dua ini nama Tawfik lebih menonjol dikaitkan dengan kumpulan tersebut berbanding Noor Farida.
Walaupun selepas itu Kumpulan G25 ada mengeluarkan kenyataan bahawa pandangan Tawfik dalam temubual itu adalah pandangan peribadinya, kaitan beliau dengan kumpulan itu tentu sukar dikikis. Orang akan terus mengaitkan G25 dengan Tawfik, lebih-lebih lagi apabila bercakap mengenai Muhyiddin dan Tun Mahathir, beliau turut mengaitkan kumpulan pesara itu.
Beberapa pandangan dan luahan hati Tawfik dalam temubual itu jelas tidak sederhana, malah sedikit ultra dan ekstrem terutama mengenai cadangannya agar Jakim dimansuhkan dan menolak agar Najib yang banyak masalah daripada disingkirkan.
Apa masalah beliau dengan Jakim dan kenapa hanya jabatan berkaitan Islam itu saja yang menjadi sasarannya?
Apakah hanya kerana hal-hal jabatan itu berkaitan brandy, wiski dan anjing serta keinginan menjulang hak peribadi saja sudah memadai untuk mewajarkan Jakim dimansuhkan tanpa melihat peranan dan sumbangannya yang lebih besar kepada agama dan umat Islam?
Mengapa pula kewujudan banyak kementerian dan terlalu ramai menteri dalam kabinet Najib tidak ditegurnya? Bahkan, kenapa banyak hal lain yang lebih besar yang berlaku dalam negara tidak menjadi sasarannya?
Mengenai Najib yang dipercayainya masih boleh dikekalkan serta dalam masa yang sama tidak dapat mengenalpasti siapa benar dan siapa salah dalam kontroversi 1MDB serta derma RM2,600 juta, sekali lagi ternampak Tawfik semakin jauh daripada naluri kesederhanaannya.
Sukarkah difahami salah atau benar dalam kemelut 1MDB berlaku sehingga berlaku pemecatan, penyingkiran dan kacau ganggu di beberapa agensi penguatkuasa kerajaan?
Sukarkah juga ditimbang salah atau benarnya bila wang berbilion-bilion masuk ke dalam akaun peribadi seorang Perdana Menteri yang pada mulanya cuba dinafikan tetapi kemudian diakui setelah tidak mampu diselindungkan lagi?
Selain itu, hujah terbaru Tawfik bahawa lebih banyak wang lesap di zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri berbanding 1MDB, sebenarnya sudah pun dijawab oleh bekas Perdana Menteri itu sebelum ini dengan mengatakan semua yang berlaku ketika era pemerintahannya diketahui untung rugi serta ke mana perginya wang yang didakwa hilang itu.
Lebih dari itu, ketika wujud dakwaan kerugian dalam pelbagai projek yang diilham di era Tun Mahathir, tidak ada sama sekali tuduhan atau bukti mengenai kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya sepertimana yang berlaku kepada Najib.
Dalam temubual yang sama juga, Tawfik turut menjangkakan jika masih hidup, bapanya tentu kecewa dengan pemerintahan yang ada sekarang kerana keadaan yang kucar kacir, hubungan kaum tergugat serta pemimpin lebih sibuk mempertahankan Perdana Menteri sahaja.
Jika begitu, kenapa Tawfik ingin menjadi sebahagian komponen yang turut mempertahankan Najib?
Apakah beliau sedar, Najib sebenarnya lebih dipertahankan kerana kepentingan peribadi dan bukannya untuk masa depan negara?
Di manakah sederhananya G25 melalui pendirian Tawfik untuk terus mengekalkan Najib yang dibelenggu isu 1MDB dan derma yang menjadi bualan seluruh dunia sedangkan dalam masa yang sama beliau juga yakin arwah ayahnya pasti turut sama kecewa dengan keadaan negara sekarang?
Sebagai bekas kakitangan awam yang berpengaruh, G25 mungkin boleh memainkan peranan baiknya untuk negara, tetapi penonjolan Tawfik tentang beberapa isu yang diperkatakannya, tidak dinafikan telah mencalar keyakinan ramai terhadap kesederhanaan kumpulan itu.
Malah, tidak mustahil ada yang beranggapan terselit sama unsur-unsur kepentingan peribadi dalam sesetengah anggota Kumpulan G25. (SH 12/11/2015)
Ada kekosongan lagi ke kabinet bangang najib ??harap najib create menteri bangang tugasan khas untuk beliau....jgn biarkan orang sebegini lari agar cita2 najib untuk hidup 1000 tahun lagi berkecai....
ReplyDeleteTuan ,
ReplyDeleteJangan marah kalau saya kata UMNO dah terlalu rosak dan nazak kerana terlalu banyak pemimpin( cuma segelitir yg elok ) yang dah korup perjuangan hanya fikir hal kepentingan diri , Tawfik ini adalah salah seorang dari mereka ,walau pun kurang aktif jiwa dan nafsu serakah masih kekal , mungkin dah sampai masanya UMNO di bersihkan dengan ditarik kuasa pemerintahan untuk mereka balik ke pangkal jalan dengan kepimpinan , semangat perjuangan yang baru .
Admin jagan lupa, sekarang ni Tawfik adalah "hero" baru dan tidak mustahil diangkat sama taraf dengan Salleh Said Keruak.
ReplyDeleteYang penting boleh setia dan boleh bercakap sedikit sebanyak, bintang dan masa depan sangat.cerah.
Kalau Tawfik ini tidak sebut nama Mahathir, agaknya teggelam dalam.lumpir keujudannya.
Taufik becakap kurang menggunakan akan..banyak menggunakan emosi. Dia anak TPM ketika tu, sama baya dng anak PM Razak, iaitu Najib, Jadi sama2 mengenali semenjak kecil. Tu fasal bagai nak rak mempertahan Najib walaupun sah telah menerima RM2.6 billion dan RM42million rasuah.
DeleteBandingkan kenyataan2 Tawfik dan Nazir Razak mengenai 1MDB dan jawatan PM. Berbeza sungguh. Dan bandingkan kedudukan Tawfik dan Nazir didunia ni. Itu bukti cakap Tawfik ni penuh emosi.
G25 tu persatuan org² kaya yg takut dorg & keturunan mereka akan jd kurang kaya.Bkn nk jg masyarakat pun.X pyh komen la...semua mereka tu golongan bangsawan...
ReplyDeleteG25 tu persatuan org² kaya yg takut dorg & keturunan mereka akan jd kurang kaya.Bkn nk jg masyarakat pun.X pyh komen la...semua mereka tu golongan bangsawan...
ReplyDeleteApa benarkah TAWfik ini anak Tun Dr Ismail?
ReplyDeleteDak ehhhh...dia anak mak dia
DeleteAda aku kisah siapa bapaknya...yang aku nak najib turun dan sumbat dlm penjara.
ReplyDeleteSecara peribadi saya tak kisah sangat tentang G25, G whatever. Yang penting negara stabil, makmur, maju, rakyat idup aman damai, tak miskin dan mampu dalam serba serbi. Yang penting kerajaan yg mentri2 tak rasuah, buat kerja dengan amanah dan betul. Tentang Jakim..saya rasa patut di bubarkan saja termasuk majlis agama negeri sekali...umat islam tak perlu badan2 berkenaan. Lebih lagi, bagi saya kita tak perlu majlis fatwa. Iman dan islam adalah hal peribadi..buku rujukan yang terunggul (alquran) ada...tak perlu lagi untuk manusia lain nak menggubal atau menentu hukum hakam dalam islam, itu kerja Tuhan.
ReplyDeleteApa maksud ijma' ulama?
DeleteSiapa yg berhak mengeluarkan fatwa, adakah secara peribadi atau menerusi kesepakatan?
Kenapa ada Majlis Syura di zaman Rasulullah?
Bagaimana AlQuran dikumpulkan, adakah secara individu atau sokongan berkumpulan?
Apa maksud berpesan2 kpd kebenaran, dan berpesan/menasihati dgn kesabaran. Apa tugas seorg individu dan jemaah muslim?
Sdr,
ReplyDeleteG25 perlu nilai semula ahli-ahlinya. Kalau tidak sia-sia shaja ianya ditubuhkan. Orang seperti Mat Taufik ni hanya akan jadi parasit dalam grup itu.
Seperti juga Mat Taufik ni, org seperti Mat Maslan, Mat Nazeri, Mat Saleh, Mat Denan (dan ramai lagi dlm kabinet) adalah seperti aset lupus menanti masa diluput. Mereka ini tak sedar bahawa "their brain does not function anymore. Half of it is already dead."
Nak mansuhkan Jakim camana? Ramai pulak menteri dan pegawai2 penasihat agama hadhari al wasatiyah kene berenti keje kang. Pikirlah sikit org tu ramai yg cari makan. Kalau tak jual agama tak laku pulak sijil diploma ijazah belajar Mesir Jordan dulu.Takkan nak jadi kerani tak class pulak. Bila ada Jakim baru budak2 grad agama ni boleh menonjolkan diri dan keterlebih pandaian diorang dalam agama. Kalau diorang takde tak laku pulak kitab2 agama di pasaran tempatan. Rugilah bookstore2 yg terbitkan majalah agama. Apa punya cadangan la Tawfiq ni nak mansuhkan Jakim pulak. Agama dan kitab2 tu kan bisnes paling vintage dan laku sekali dalam sejarah tamadun manusia. Itu sebab la dia main politik 1 term je. Dia tak paham yg tanpa agama org2 politik ni akan susah dapat kuasa dan pengaruh. Itulah antara sebab kenapa Jakim ditubuhkan Fiq.
ReplyDeleteSebenarnya Najib konon2 nak salahkan Dr M balik pasal dia yg dulu tubuhkan Jakim tu. Mmg lah Tun M yg mula buat Jakim tapi zaman tu takdelah sampai tahap nak bakar2 quran. Habis kuat pun Tun M rampas je tukar dg quran usmaniah. Sampai kat Najib quran lama kene bakar terus pasal nak meniaga quran baru banyak2. Kau tgk la sendiri cina buat sapu berak pun ada quran yg kau buat. Tak hina ke Islam pasal perubahan yg kau buat? Apa maju sangat ke Islam bawah Jakim?
Dia adalah anak bapa dia tetapi dia bukan bapa dia. Dia tidak pernah seperti bapa dia.
ReplyDeleteBerani tapi tak berani. Takut tapi tak takut. Entah lah.
ReplyDeleteTawfik bercakap berlandaskan nama ayah dia yang sudah tiada.
Apa maksud tersirat bila dalam masa mempertahankan Najib,Tawfik mengatakan jika masih hidup, bapanya tentu kecewa dengan pemerintahan yang ada sekarang kerana keadaan yang kucar kacir, hubungan kaum tergugat serta pemimpin lebih sibuk mempertahankan Perdana Menteri sahaja.
Ini bukan pandangan peribadi tapi keputusan G25 iaitu mempertahankan Najib sedangkan Tawfik berpendirian sebaliknya maka di kata lah sekiranya ayah masih hidup ...
Dengan mohon maaf, Tun Dr Ismail bukannya baru meninggal sebulan dua ini ....
Mat Taufik dipanggil oleh PM, Dr M. Dr M kata, kamu kecewakan aku, kamu tiada bakat seperti bapak kamu , maka aku tak sambung MP mu.
ReplyDeleteItu sebab le dapat sepenggal.