Tuesday 24 November 2015

MUHYIDDIN DISINGKIRKAN, NAJIB UNTUNG ATAU ZAHID MUDAH JADI "CENCARU MAKAN PETANG"?


Pemecatan atau penggantungan Muhyiddin Yassin yang tujuan utamanya untuk menghalang Timbalan Presiden UMNO itu berperanan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 8 - 12 Disember ini barangkali sudah terlalu sukar untuk dielakkan.

Berdasarkan kepada "bau yang semakin kuat dapat dihidu", Najib sebenarnya tidak mahu lagi Muhyiddin terus diberikan ruang atas platform UMNO untuk terus mengkritiknya dan kerajaan, khususnya berkaitan 1MDB dan wang derma yang semakin menghenyak imejnya di mata umum.

Mengawalkan tarikh mesyuarat MT dan mengadakannya di pula Parlimen yang ketat kawasan keselamatannya, matlamat besarnya tidak lain ialah agar sebarang tindakan terhadap Muhyiddin dapat diminimakan kesan protesnya.

Lebih-lebih lagi, bersekali dengan Muhyiddin yang digelar anggota Kumpulan Tujuh yang bakal diambil tindakan,  bertebaran juga "baunya" bahawa Tun Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal juga akan turut dikenakan tindakan yang sama.

Maklumat yang diperolehi malam tadi turut mengatakan bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Hamidah Osman akan turut dikenakan tindakan kerana kritikan dan serangannya sejak sekian lama terhadap kepimpinan Najib.

Dalam jangka pendek, tindakan terhadap Muhyiddin tidak lain ialah untuk menghalangnya daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta berucap di majlis penggulungan di hari terakhir itu.

Begitu juga dengan Shafie, Najib turut tidak mahu bekas menteri itu turut berucap dalam majlis penggulungan kerana bimbang timbulnya kritikan yang tidak digemarinya.

Dengan ketiadaan Muhyiddin dan Shafie dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti, Najib beranggapan selamatlah beliau daripada sebarang kritikan dan serangan yang boleh menyebabkan mukanya bertukar menjadi kemerah-merahan seperti udang kena baru keluar dari ketuhar.

Malah, tidak mustahil perhimpunan kali ini sudah siap mahu diorkestrakan dengan segala macam ucapan pujian dan sanjungan yang kemudian melalui media arus perdana akan digambarkan seolah-olah Najib mendapat sokongan berterusan untuk menerajui negara ini.

Sekali imbas, tidak dinafikan memang Najib nampaknya lebih selamat melalui penyingkiran Muhyiddin berserta Shafie itu. Ini kerana Najib bukanlah pemimpin yang berani berdepan dan petah berhujah dengan musuh-musuhnya.

Beliau adalah elitis bangsawan yang hanya suka dipuji, dipuja dan dicium tangannya. Kalau bercakap pun, kegemarannya ialah sehala saja. Kebelakangan ini, Najib juga tidak mengadakan lagi sidang akhbar terbuka sebagaimana biasa di mana beliau boleh ditanya di mana dan apa saja.

Lihat bagaimana beliau melarikan diri daripada program Nothing2Hide tidak lama dulu semata-mata kerana takut untuk berhadapan dengan Tun Mahathir yang turut hadir untuk bertanyakan soalan kepadanya.

Oleh kerana Tun Mahathir bukan lagi berada dalam hireaki kepimpinan dan beliau mungkin boleh mengelak daripada bertembungnya dengannya, kini musuh utama yang mahu diketepikannya ialah orang nombor duanya sendiri.

Najib barangkali tidak bimbang berdepan dengan Muhyiddin dalam pemilihan, tetapi ketakutannya ialah untuk berhadapan dengan kebenaran. Sebab itu, menyingkirkan Muhyiddin ialah untuk mengelak bekas Timbalan Perdana Menteri itu melontarkan soalan dan memberi ucapan untuk bertanyakan memgenai kebenaran kepadanya.

Tetapi jika Najib fikir hanya dirinya saja yang untung di sebalik tindakan terhadap Muhyiddin, beliau harus berfikir lebih daripada sekali mengenainya. 

Untungnya Najib jika Muhyiddin disingkirkan hanyalah kerana dapat mengelakkan sebarang kritikan dan serangan dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini dan menukarnya sebagai medan puji dan puja terhadaapnya.

Namun, kesan selepas itu mungkin lebih besar lagi. Selepas dipecat atau digantung, Muhyiddin pasti tidak akan duduk diam merintih nasib atau lebih banyak berada di atas tikar sembahyang saja. Muhyiddin pasti akan pergi ke seluruh pelusuk negara untuk bertemu akar umbi menjelaskan mengenai pemecatannya.

Program jelajah ke seluruh negara itu pasti lebih meriah lagi jika Tun Mahathir dan Shafie yang mungkin dipecat atau digantung sama, ikut berbuat perkara yang sama.

Berdasarkan beberapa perkembangan sehari dua ini di mana semakin ramai Ketua UMNO Cawangan berani tampil mendesak pengunduran Najib, tentu saja boleh dibayangkan kedudukan Najib dan UMNO akan semakin getir jadinya jika pemecatan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua diteruskan juga.

Hakikatnya, untung yang akan diraih Najib tidaklah seberapa  berbanding kerugian yang mungkin datang bertimpa-timpa. 

Tetapi melalui pemecatan Muhyiddin, siapa yang lebih besar untungnya?

Sudah tentu Zahid Hamidi. Beliau bukan saja akan diberi peluang merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri  pada 8 Disember ini, bahkan hireakinya dalam parti akan dilonjakkan dengan diberi tanggungjawab menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO yang secara automatik menjadikannya orang nombor dalam parti.

Apabila tekanan di luar UMNO melalui gerakan Tun Mahathir, Muhyiddin, Shafie dan mereka yang dipecat itu beriringan dengan semakin ramai Ketua-Ketua UMNO cawangan yang berani  tampil mahukan Najib berundur, natijahnya tidak lain ialah UMNO semakin lemah dan harapan menang pilihanraya tertutup sama sekali.

Dalam keadaan seperti itu, apakah Zahid akan terus mempertahankan Najib? Kalau mahu dipertahankan pun, mampukah beliau melakukannya?

Apakah tidak mungkin nanti Zahid melalui gerakan dalaman akan turut sama mendesak pengunduran Najib atas alasan untuk menyelamatkan UMNO dalam pilihanraya?

Jika dilihat ketika itu, dua pemimpin yang ada pengaruh dalam UMNO iaitu Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin lebih banyak berdiam diri daripada mempertahankan Najib. Kalau ada pun mereka bersuara, nadanya lebih menampakkan keinginan mempertahankan UMNO berbanding pemimpin.

Tidak mustahilkah, setelah Muhyiddin disingkirkan, Zahid akan menjadi "cencaru makan petang" bersama Hishammuddin, Khairy Jamaluddin yang kemudian berpusu-pusu pemimpin bahagian lain turut menyokongnya? (SH 24/11/2015)

18 comments:

  1. Zahid pun tak leh pakai...cakap aje lebih...bila mintak bukti...diam....susah klau jadi PM macam tu...nak selamat...bagi pada KJ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini zahid cakap tak serupa bikin punya manusia. Dulu dia yg paling beria ia nak dedahkan kepada rakyat Malaysia dalang di sebalik serangan askar upahan sultan sulu di Lahad Datu.Dia kata dia ada bukti.

      Sekaran Nurul Izah pergi berjumpa dgn Jacel Kiram anak perempuan sultan sulu siap bergambar sambil makan bersama sama.

      Apa yg Zahid buat? Apa tindakan Zahid? Yang mati kerana mempertahankan kedaulatan negara kita tu siapa kepada Zahid? Anak patong ker batu ker kayu ker?

      Zahid Oiiii Zahid mana dia undang undang negara.? Kenapa tidak ada tindakan undang2 terhadap Tian Chua dan Nurul Izah? Buah hati kau ker Nurul Izah tu? Buahati kau ker Tian Chua tu?

      Delete
    2. Zahid ke Kj ke dua sama jer UMNO tetap cara umno habiskan burihh .Bagi penyamun bolih harap ke ? Tolak umno/bn .

      Delete
    3. Selama ni dia juga yang sibuk sangat pasal konspirasi nak tumbangkan kerajaan. Apabila Ahli Parlimen pergi ke Filipina berjumpa dan bermesra dengan musuh negara yang pernah membunuh perajurit kita kenapa dia buat tak kisah saja.

      Woiii Jawa cukup ker dengan bagi amaran lisan saja? Berbanding dengan harga nyawa rakyat kita yg terkorban tu.

      Lain kali kau sendirilah yang pergi angkat senjata dan berjuang menentang tentera upahan suluk tu.

      Delete
    4. Ini menteri menteri semua ada pistol tapi bikin temberang temberang saja. Bila musuh serang negeri Sabah ini menteri menteri mana berani pergi berperang. Bikin apa kami lantik kamu jadi pemimpin kalau kamu takut mahu jaga keselamatan rakyat.Bikin apa ada pistol kalau takut bertembak. Tapi kalau cari perempuan suluk bikin main kamu oranglah yang paling champion.

      Delete
  2. Aku harap sgt kalu TSMY dipecat sekali dengan TunM dan Shafie. Pas tu Zahid akan naik. Pas tu penyokong Zahid pulak akan mula dengan penyokong najib. Pas tu penyokong orang yg lebih cerdik dan pandai seperti Hisham dan KJ juga akan berebut. Pas tu nasib Umno sudah deketahui. Pas tu ..... dah kol 2, aku nak pii cari makan lerr.

    ReplyDelete
  3. Kita cakap la apa pun En Budin ooi.. tak mungkin UMNO BN akan kalah PRU14. Dengan kekuatan agensi kerajaan juga jentera2 kerajaan diperkudakan UMNO semahunya, tidak kelihatan tanda2 parti atau pakatan lain mampu memenanginya lagi melainkan BN UMNO.

    Jika 100% rakyat kebanyakan dan pekerja sektor swasta memberi undi pada pakayan selain UMNO BN sekalipun, UMNO BN tetap menang.

    Memang ramai menaruh percaya pd agensi kerajaan. Minta maaf sajalah. Ini sumer angan2 kosong yg tak mungkin berlaku untuk 200 tahun lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu orang di semenanjung jangan undi sama BN lagi bah. Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri Malaysia dulu cukup aman dan maju. Ini negara cukup maju. Mahu cari makan pun senang. Sekarang apa ada. Rasuah sahaja di sana sini sehinggakan askar suluk yang bersenjatakan senapang buatan sendiri pun boleh serang dan bertapak di Sabah. Orang awam pun senang senang saja kena culik oleh suluk. Orang orang di Sabah sudah jadi barang dagangan yang paling laris. Sekali kena culik kerajaan akan bayar berjuta juta ringgit sama suluk. Kehidupan hari ini adalah lebih untung jadi suluk daripada jadi rakyat di negeri sendiri. Culik satu orang sudah boleh jadi jutawan

      Delete
    2. Umno bn susah nk kalah.aku dh tua dan seumor umno.parti parti pembangkang huru hara kerja nya.

      Delete
  4. Terasa macam malaysia takda timbalan perdana menteri laaa. Kosong lepas muhyidin turun. Adapun zahid.. Rasa macm menteri biasa.. Ucapan zahid tak terasa mcm malaysia punya timbalan perdana menteri.. Tiada wibawa.. 'timbalan perdana menteri piihan perdana menteri.. Bukan pilihan rakyat'... Pendapat saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalah nasib Malaysia ini. Ada perdana menteri pun buduh macam karabau

      Delete
  5. Ya betul itu. Ini orang memang tidak layak jadi TPM bah. Dia cuma layak jadi anggota RELA saja. Suruh saja dia jaga parking kereta. Bikin malu saja Malaysia di mata dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan
      mmg zahid tak layak jd tpm
      tapi jgn meremehkan peranan Rela kerana mrk lebih efektif mjalankan tggungjawab mereka

      Delete
  6. Anon 16.34 - jangan kita takbur dan mendahului takdir Tuhan. Kerajaan Firaun, Namrud boleh tumbang. Gaddafi, Saddam dan Hosni yang jauh lebih kuat drp BN pimpinan Najib pun tumbang juga akhirnya. Tidak ada mustahil sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau najib tumbang saya sembelih karabau buat kenduri untuk rakyat

      Delete
  7. tambang lrt, komuter, ktm naik mendadak mulai december 2, 2015... beratus ribu orang orang KL, selangor dan seremban ok dengan harga baru syed hamid albar dan Najib rosma ??

    ReplyDelete
  8. Kadar tol 8 tol akan naik, siap lah kita berjihad untuk negara.Kita kena ikat perut untuk pemimpin kita bershopping dan berehat di luar negara.Kesian pemimpin kita bekerja keras sehingga mampu menjadikan hutang ke angka trillion.Kita mesti bekerja keras untuk memakmurkan pemimpin kita.Jangan bertanya apa pemimpin buat dgn 1mdb kerana tanpa 1mdb rakyat akan kebuluran.Tanpa derma 2.6b menyebabkan ramai rakyat miskin.Olih itu kita harus berganding bahu memuja memuji pemimpin kita saperti ahmad maslan,saleh keruak dl. Tanpa mereka siapa lah kita.....

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...