Thursday 14 July 2016

SEPERTI YANG DIJANGKA...


Ini kata Setiausaha Agung Pas....


Ini pula kata Ketua Dewan Ulama Pas...

Hmmm....nampaknya saranan baik Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai genjatan senjata dan perlunya menggembleng tenaga menumbangkan BN hanya ibarat mencurah air ke daun keladi. (SH 14/07/2016).

36 comments:

  1. Golongan ini sudah tidak sesuai berada dalam arena politik tanahair. Mereka terus berhalimunan mampu mentadbir Malaysia bersendirian. Pekerjaan mengurus negara bukan seperti mengurus madrasah atau mengurus (baca memaksa) jemaah mendengar tazqirah mereka ketika khutbah jumaat dan traweh.

    Kelayakkan mereka adalah pendakwah, dan dakwah boleh dilakukan tanpa kuasa sejajar dengan matlamat mereka akhirat bukan Putrajaya. Flip flop, u turn dan meraban bukan ciri-ciri Muslim yang baik, apatah lagi pada susuk yang bergelar (atau mengelarkan diri sendiri) agamawan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang x kan x paham Budin, ini strategi PIS nak mainkan PH.

      Haji Hadi ngan the gang sedang syok berzikir, mana ada masa nak ingat rakyat senang ka susah. Rahmat Allah hanya untuk ahli dan kepimpinan PIS saja. Mereka senang hidup dlm syurga ciptaan sendiri bersama anak bini menantu dan pengikut yg selesa berserban dan berperut boyot seolah2 berperut boyot ini adalah sunnah kpd kepimpinan2 PIS.

      Delete
    2. Selagi Geng dedak-nasi kangkang menguasai PAS, selagi itu lah PAS berada dlm keadaan celaru harubiru...
      Kesian ahli ahli PAS kena tipu dek lebai2 musang berjanggut.

      Delete
    3. Pakaian org sombong.. harap2 tak jauh la dia org melangkah...

      Delete
  2. Pakatan Harapan needs to wash its hands with that party pas. It is wasting its valuable time needed to raise voters who understand the significance of their votes... But then the country and the Pakatan Harapan may not yet have their fill of suffering in the hands of the tyrants? So, que sera sera, what will be, will be.

    ReplyDelete
  3. Selagi Lobai Tarbus,pogang kuaso,dapek "DODAK" dari si Najib/rosmahpuako,sampai bilo-bilo..kito takkan Aman..
    Bapa' den selalu posan/khobankan..hati-hati dongan lobai-lobai tarbus..Bilo dio' selalu banyak sobut pasal ugamo, cubo perhatikan perbuatan dio..Balak kelantan habiss licin disapu oleh lobai2 tarbus..baru2 ni adun rantau pjg saman geng2 lobai tarbus terengganu sapu ratus ekar tanah kelantan.

    Haa..haaa ..pak lobai nak ubah ..dekelerasi rakyat" "Selamat kan negaro dgn islam" hehehh HAMPEHH botolll" lobai tarbus ni...yg eloknya statement untuklobai2 ini....."Mari kebas tanah bersamo ulamak" atau "Kebas licin balak besama ulamak" atau "Bersamo kemungkaran dgn ulamak" baru botulll.

    ReplyDelete
  4. Memang sudah dijangka dulu
    Presideng pink tak mahu berpadu
    Dengan si jibbo ianya malu
    Umpama pengantin masuk beradu

    Jika ada gencatan senjata
    Pembangkang bersatu tamat sengketa
    Gembeling tenaga turunkan tahta
    Si jibbo jatuh Presideng derita

    Apa agaknya sudah dijanji
    Bersama jibbo ahli dah benci
    Presideng lupa untuk mengkaji
    Dia dianggap jibbo balaci..





    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan sate bercocok-cocok,
      Sate dicampur sambal gerodog,
      PM Najib memang tidak cocok,
      Sebab dia si Pariyah Dog...

      Delete
  5. penyakit gila mikrofon sudah lama menjangkiti Pemimpin PAs.. asal tanya di jawab.. lepas tu nafi atau di ulas semula.

    UMNO tahu kelemahan orang-orang PAs. tahu bagaimana nak jinakkan mereka sorang-sorang. wala adalah senjata UMNo.
    pegang hadi dan harun din.. maka ahli PAS akan wala..
    jika gencatan senjata asli tidak berlaku.. seperti kata tulang bosi.. mengundi PAs = mengundi UMNO. UMNO akan tetap bertakhta di Malaysia sampai bila2..

    ReplyDelete
  6. Budin,
    PAS ini sekarang dan pada saat ini bukan lah parti semasa zaman Dr Burhanudin,tapi ahli PAS masih bermimpi dan berangan angan yg parti ini boleh bawa mereka ke syurga.

    Sebenarnya seperti juga UMNO,PAS hari ini sudah simpang jauh kerana seperti juga UMNO nafsu habuan dunia lebih utama,selagi org melayu mudah ditipu dgn menguna agama dan perkauman selagi itu la hayat hidup kedua dua masih boleh bertahan.

    Dari kenyataan diatas iaitu mula dr dewan ulama dan kedua dr setiausaha kerja jelas la dlm PAS eddy ah wang dan haron din al jin bukan bersendirian malah hampir kesemua pemimpin dalam PAS memang bernafsu berkerjasama dgn Najib yg tidak amanah,penipu dan mungkar dunia akhirat dan pemimpin PAS sanggup membaruakan diri mempertahankan najib,nampaknya PAS sekarang lagi najis dan hina berbanding UMNO sudah jadi paria politik,parti seperti ini lebih setaraf munafiq yg dilaknat dan wajib di buang untuk kebaikan umat islam seMalaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sungguh, saudara Roslan. Sheikh Burhanuddin adalah seorang pejuang nationalisme Melayu berpaksikan Isle klasik yang terkenal sebagai golongan ulamak dan waliullah "kaum tua". Itu jam Kelante kita betul betul serambi Makkah, tidak luput kenangan jasa dan keilmuan tokoh2 seumpama Tok Kenali dan Tokku Paloh. Maka lama kelamaan ikut angin ribut politik kaum Wahhabi dari Saudi ke dunia, Yusuf Rawa pun bawa fahaman kaum muda itu kepada rantau kita, dan PAS bermula meletakkan ketrampilan berpolitik atas akidah yang tulen, iaitu awwaluddin makrifatullah, hablun minallah wa hablun min an-nas.

      Delete
  7. Budin,
    PAS ini sekarang dan pada saat ini bukan lah parti semasa zaman Dr Burhanudin,tapi ahli PAS masih bermimpi dan berangan angan yg parti ini boleh bawa mereka ke syurga.

    Sebenarnya seperti juga UMNO,PAS hari ini sudah simpang jauh kerana seperti juga UMNO nafsu habuan dunia lebih utama,selagi org melayu mudah ditipu dgn menguna agama dan perkauman selagi itu la hayat hidup kedua dua masih boleh bertahan.

    Dari kenyataan diatas iaitu mula dr dewan ulama dan kedua dr setiausaha kerja jelas la dlm PAS eddy ah wang dan haron din al jin bukan bersendirian malah hampir kesemua pemimpin dalam PAS memang bernafsu berkerjasama dgn Najib yg tidak amanah,penipu dan mungkar dunia akhirat dan pemimpin PAS sanggup membaruakan diri mempertahankan najib,nampaknya PAS sekarang lagi najis dan hina berbanding UMNO sudah jadi paria politik,parti seperti ini lebih setaraf munafiq yg dilaknat dan wajib di buang untuk kebaikan umat islam seMalaysia.

    ReplyDelete
  8. biarkan lah pas bersendirian n 'melukut d tepi gantang'.

    kebanyakan ahli tinggal 'theologians' yg amat bersemangat nak laksanakan hukum hudud versi mereka. ds najib amat bijak main tarik tali.

    kita tunggu n lihat.

    ReplyDelete
  9. Saya pun sebenarnya tak sokong Pas berbaik semula dengan Pakatan Harapan. Seperti yg saya komen semalam. Mereka berbaik tu bersebab. So cukup2lah pemimpin PAkatan Harapan dok tergila2kan Pas. Biar dia orang hanyut. Mulakan gerak kerja bagaimana untuk menarik undi pengikut Pas supaya sokong Pakatan Harapan.

    ReplyDelete
  10. Bagi orang yg berjiwa keugamaan sekarang ini lebih menitik beratkan HUKUM TUHAN SELARAS DGN HUKUM DUIT.
    BIAR MATI DENGAN DUIT DAN IMAN HANYA PERLU ADA KEMATIAN YG DI BERLEBEL DUIT.
    HUKUM CERAMA UGAMA HANYA PERLUKAN NADA KESIAN BAGI MEMASTIKAN BAYARAN CERAMA UGAMA SETIMPAL DGN DUIT YG DI NILAIKAN KETUA ULAMAK.
    PENAMPILAN DIRI YG MENGRUJUK PAKAIAN KEUGAMAAN YG BERJENAMA DUIT...
    ORANG YG SUKA BERCAKAP BERKENAAN DGN HUKUM UGAMA SEKARANG INI LEBIH CENDERUNG KEPADA PERCAKAPAN NILAI DUIT AGAR MUDAH DI BERI PERHATIAN OLEH PENONTON YG NAIF UGAMA...macam orang orang UMNO dan juga pengikut setia PAS.

    ReplyDelete
  11. amno islam pas islam tapi sampai sekarang
    tak boleh bsersatu untuk tegakan hukum hukum islam
    dalam negara islam
    kesian

    ReplyDelete
  12. Wasabi pegang dua ekoq ni hadi sotong dan haron jin dah cukup untuk tarik pas masuk gaung.

    ahli pas pulak bengong, wala tak tentu hala....senang saja Wasabi jinakkan pas.

    Hadi bukan nabi, bukan maksum.,.

    ReplyDelete
  13. Wasabi pegang dua ekoq ni hadi sotong dan haron jin dah cukup untuk tarik pas masuk gaung.

    ahli pas pulak bengong, wala tak tentu hala....senang saja Wasabi jinakkan pas.

    Hadi bukan nabi, bukan maksum.,.

    ReplyDelete
  14. "Sesungguhnya Iblis memerlukan ugama, lebih drp manusia memerlukan Tuhan - untuk memecah-belahkan sesama manusia."

    ~ Alhamd, London 2016.

    ReplyDelete
  15. Kemungkinan besar duta kearab saudi saumur hidup jadi hak milik pas selepas pru14 nanti.Itulah matlamat untuk memenohi hawa nafsu kehidupan.Tak guna tanam pokok mangga kiranya tak berbuah.Lu orang fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  16. BILA mana tentera sudah tidak tahu mana satu musuh yang menjadi sasaran, lalu mereka menembak sesama sendiri.

    Situasi tersebut ibarat keadaan parti politik di Malaysia hari ini yang lebih banyak menghalakan senjata kepada bukan sasaran sebenar. Akibat dari kecamuk ini, kekeliruan timbul - siapa ialah musuh sebenar?



    Nampaknya musim melawaskan sudah tiba, di mana daun keguguran dan hasil sangat berkurangan bagi parti-parti politik di Malaysia. Barangkali inilah putaran politik negara sebagaimana putaran semua perkara.

    Apakah harus kegawatan ini dibiarkan berterusan?

    Negara perlu diselamatkan dari kerosakan yang sangat menakutkan sekarang.

    Kedudukan kewangan negara yang kritikal, bebanan kos hidup rakyat yang meningkat, puluhan ribu rakyat kehilangan pekerjaan, peruntukan kerajaan yang terpaksa dipotong, penyelewengan, pencucian wang haram, rasuah dan pembaziran di kalangan pemimpin utama negara yang semakin menjadi-jadi, isu kebejatan moral masyarakat yang makin menipis adalah antara ratusan isu besar yang memerlukan perhatian.

    Sepatutnya semua menghalakan senjata kepada musuh sebenar, kerana sekuat mana musuh sebenar apabila semua serangan dituju kepadanya akan pasti tumbang akhirnya.

    Namun, apa yang terjadi ialah masing-masing ingin menjadi hero bagi membuktikan ‘akulah yang berjaya menumbangkan musuh.’ Maka, sesiapa yang berpotensi menjadi hero mesti dihapuskan dahulu kerana masing-masing percaya bahawa diri sendiri sahaja yang layak menumbang musuh.

    Setelah saingan dikalahkan, barulah senjata dihalakan kepada musuh sebenar. Inilah situasi terkini dunia politik tanah air.

    Apakah musuh telah berjaya menyerap masuk dalam kem lalu menyamar sebagai kawan sehingga mencetuskan porak-peranda dari dalam sehingga masing-masing hilang kepercayaan antara satu sama lain?

    Lihat sahaja kemelut yang berlaku dalam PKR, Pas, PAN, DAP dan semua parti utama termasuklah juga apa yang berlaku dalaman BN khasnya Umno.

    Di kalangan blok pembangkang juga tidak kurang hebatnya di mana ahli parti menyerang kepimpinan parti sendiri dan antara satu parti menyerang parti lain.

    Rakyat teramai keliru dan ada yang ketawa sendirian dan ada yang menggeleng kepala melihat keadaan politik pembangkang hari ini. Semua tersekat di dalam lumpur. Nak ke depan tak jelas jalan mana. Nak undur ke belakang rasa nak ke hadapan. Nak kekal tak jadi sebab dah tahu pasti tenggelam. Inilah yang sedang dirasai rakyat teramai.

    ReplyDelete
  17. Persoalannya, apakah ada jalan keluar?

    Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar (Umno-BN).

    Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.

    Apa yang penting dilihat ialah masa depan negara. Kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara.

    Kedua ialah mencari titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.

    Namun, jalan kompromi ini tidak mudah.

    Pertama, tiada satu ubat mujarab yang dapat menyembuhkan luka mendalam di hati antara parti-parti pembangkang.

    Kedua ialah apakah perkara yang perlu di kompromi dan apa yang tidak boleh di kompromi?

    Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza. Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan.

    Dalam setiap kali kerjasama politik, sejarah telah membuktikan bahawa Pas sebagai parti lama selalu mengambil sikap berjiwa besar mengorbankan kerusi, berkongsi jentera serta memberikan bantuan kewangan kepada rakan-rakan parti.

    Apakah ini tidak cukup sebagai rakan parti?

    Bagi Pas, semua tahu bahawa Pas tidak akan berkompromi dalam perkara yang menjadi dasar dan prinsip Islam yang tidak akan melampaui dan mencabul hak bukan Islam.

    Pas tegaskan bahawa kami tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan Pas sejak ditubuhkan dan inilah pegangan semua kepimpinan parti dari dahulu sehingga kini.

    Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa Pas adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi Pas memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada.

    Dengan niat yang betul, kompromi boleh dicapai dengan hanya memfokuskan apa yang boleh disumbangkan oleh setiap parti tanpa perlu menggadaikan dasar parti masing-masing.

    Jika titik kompromi tidak dapat dicapai, terpaksalah semua parti pembangkang bersedia untuk menang jadi arang, kalah jadi abu di PRU akan datang.

    Jika titik kompromi dijumpai, percayalah yang menjadi abu hanyalah satu, iaitu Umno-BN.

    TUAN IBRAHIM TUAN MAN
    Timbalan Presiden Pas
    13 Julai 2016

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz yang di-hormati, selagi ustaz Hadi tidak tarik balik Amanat Takfirnya terhadap ummat Melayu Islam yang terus menghantui kesejahteraan masyarakat Muslim di Malaysia, selama itu lah PAS akan dihantui sesuatu kemusykilan yang berlanggar dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Tidak kah tuan presiden pernah bersangka bahwa pendakwaan kafir itu akan jatuh ke atas kepalanya sendiri? Sekira sebahagian besar kita orang mukmin dengan ikhlas merasa kita tidak pernah kufur kepada Allah Subhanahu wa Ta'Ala...

      Delete
  18. Tak apa-apa lagi Khalid Samad telah menunjukkan kekhaledaiannya. Susulan pandangan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Khalid menuduh PAS sebagai tidak tetap pendirian dan punca perpecahan pembangkang. Idea TITM dijadikan buah tanggung oleh Khalid Samad. Nampak sangat tak profesionalnya Pengarah Komunikasi PAN ini.



    Tak professional bukan kerana ambil kesempatan membantai lawan. Sebaliknya, tak professional dari sikap tidak cerdiknya. Khalid tak faham kata kunci idea TITM. Khalid faham seolah-olahnya PAS nak kembali bersekongkol bersama PH atau PR. Berikut kata kunci tulisan TITM.

    Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar iaitu UMNO/BN. Kedua, ialah mencari titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.

    Dalam perkara pertama dan kedua itu, ada TITM sebut PAS akan kembali kepada PH atau PR seperti yang digambarkan oleh Khalid? Jawapannya tiada. Bukankah sebelum ini pun TITM telah tegaskan bahawa andai berlaku kerjasama antara PAS dengan PH bukan bermakna leburkan prinsip dan menjual kerusi. Kata kunci tulisan TITM seterusnya, PAS tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS sejak ditubuhkan. PAS sendiri pun selalu ingat agar tidak disengat dari satu lubang dua kali. Jadi tak perlulah aku menulis panjang untuk menjelaskan benda yang mudah itu.

    Motif tulisan aku adalah untuk menunjukkan betapa tersasaunya si Khalid ni. Dan jangan pula orang lain turut tersasau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pun sasau....makan pulut potong dengan keris dua depa...

      Delete
  19. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Musfafa Ali menegaskan jangan ada mana-mana pihak menyalah tafsir kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tentang kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang.

    Beliau berkata, kerjasama politik boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk dan tidak semestinya kerjasama itu berlaku apabila PAS menyertai Pakatan Harapan.

    "PAS tidak akan masuk Pakatan Harapan tetapi dalam waktu yang sama PAS menjalinkan kerjasama dengan PKR iaitu salah satu anggota Pakatan Harapan. Tetapi dalam kepala orang di luar sana kerjasama ini bererti masuk Pakatan Harapan. Ini tidak betul," katanya kepada Harakahdaily.

    Apa yang penting, tegasnya pembangkang perlu memastikan kerjasama terutama soal strategi yang boleh diambil dalam pelbagai bentuk seperti memastikan satu lawan satu menentang Umno BN di dalam PRU14 nanti.

    Jelasnya, iaitu satu lawan satu antara pembangkang dengan BN yang telah melakukan kerosakan kepada negara hari ini.

    Tambahnya, pembangkang boleh melaksanakan kerjasama politik seperti tahun 2008 di mana PAS tidak bekerjasama dengan DAP tetapi bersama dengan PKR setelah DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada tahun 2001.

    "Waktu itu PAS tidak duduk semeja dengan DAP tetapi boleh berlaku satu lawan satu dengan BN, yang mana ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perantara.

    "Begitu juga pada tahun 1990 dan 1995, PAS menjalin kerjasama dengan Semangat 46 dan tidak juga duduk semeja tetapi boleh lawan BN satu lawan satu. Tidak berlaku tiga penjuru. Tengku Razaliegh Hamzah sebagai perantara," jelas beliau ketika dihubungi.

    Di dalam konteks yang ada pada hari ini, jelas Mustafa pembangkang wajar mengambil pengajaran dalam siri pilihan raya kecil lepas yang menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru, akhirnya menguntungkan BN.

    Kerjasama ini, katanya tidak akan mengorbankan prinsip PAS iaitu perjuangan Islam yang menjadi prinsip PAS sepanjang masa.

    Justeru katanya, di dalam suasana PAS masih menjalinkan kerjasama dengan PKR eloklah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memainkan peranan ini bagi menghadapi PRU14 nanti.

    "Dengan kewujudan mereka yang keluar daripada Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan-rakannya yang benar-benar hendak lawan Umno juga boleh memainkan peranan, mahu kerjasama dengan pembangkang tanpa duduk dalam Pakatan Harapan," jelas beliau lagi.

    ReplyDelete
  20. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Selangor menyambut baik kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru "gencatan senjata" sesama pembangkang dan kembali kepada agenda utama untuk menumbangkan BN demi kepentingan masa depan negara dan rakyat.

    Pengerusi Ikatan Selangor Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman melihat usaha ini merupakan langkah awal dalam menghentikan pertelingkahan sesama sendiri sehingga tujuan asal diketepikan menyebabkan BN terus berkuasa.

    "Untuk mencari kerjasama baru ini memerlukan perbincangan yang serius antara parti-parti terlibat, ini memandangkan persetujuan yang wujud di dalam Pakatan Rakyat sebelum ini dikhianati dengan begitu mudah," katanya kepada Harakahdaily.

    Jelasnya, setiap parti perlu menyatakan pendirian mereka dan berbincang secara terperinci dalam mencari titik pertemuan agar sebarang kesulitan mengenai pendapat parti masing-masing tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak ataupun menimbulkan ketidakpuasan hati antara parti-parti lain.

    "Jika perkara ini tidak menjadi keutamaan, ia akan menemui kegagalan dalam kerjasama tersebut.

    Ikatan Selangor turut berpendapat, setiap parti perlu menghormati sesama sendiri dan sebarang kenyataan yang menyerang sesama sendiri perlu dihentikan segera,"ujarnya.

    Katanya, perbuatan menyinggung atau mempertikaikan prinsip rakan-rakan parti perlu dihapuskan segera, ini bagi mencari prinsip kerjasama yang lebih harmoni serta politik yang berhemah.

    "Sama ada PAS, PKR, DAP mahu pun Amanah perlu menjadikan prinsip demokrasi serta Perlembagaan Persekutuan sebagai garis panduan asas, dan ini memastikan hak setiap kaum dapat dihormati termasuk intitusi Di Raja," katanya.

    Sebagai rakan blok ketiga bersama PAS, Ikatan bersedia untuk turut sama dalam perbincangan tersebut bahkan Ikatan juga bersedia untuk mengutarakan pandangan dalam memperkukuhkan kerjasama ini.

    Ikatan Selangor berharap kerjasama ini menjadi kenyataan dan menjadi gabungan terkuat dalam menghadapi BN pada PRU14 akan datang.

    "Gabungan ini juga diharapkan dapat mengembalikan keyakinan rakyat untuk terus menyokong Pakatan Harapan. Apa yang paling penting adalah gabungan kerjasama baru ini bukan hanya tertumpu pada peringkat atas semata-mata tetapi turut berlaku sehingga peringkat akar umbi," katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Tertinggi Ikatan.

    ReplyDelete
  21. Tawaran gencatan senjata sesama pembangkang oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh ditafsirkan sebagai percubaan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.


    "Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam) Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku," katanya.

    Khairuddin berkata PAS cuba membina satu sistem politik baru yang tidak terhad kepada sistem dua parti.

    "Sistem dwi-parti ternyata merosakkan kerana setiap parti akan memejam mata (atas) kesilapan parti mereka, akan mempertahankan kerosakan dan kebatilan.

    "Itu berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Lihat banyak onar dalam DAP tapi kita pejam mata kerana menjaga Pakatan Rakyat, itu bahaya bagi negara," katanya.

    Sementara itu, Khairuddin berkata, kenyataan Tuan Ibrahim adalah semata-mata satu nasihat kepada parti-parti Pakatan Harapan.

    "Kenyataan Tuan Ibrahim menyeru supaya Pakatan Harapn tak perlu menyerang PAS dalam menentang Umno, jadikan Umno sebagai musuh politik, itu sahaja," kata Khairuddin.

    Berhubung gesaan Tuan Ibrahim supaya parti-parti pembangkang berkompromi, Khairuddin berkata ia adalah dalam konteks berhadapan dengan Umno.

    "(Kita) tak pernah terkhilaf dalam isu itu.

    "Tapi Pakatan Harapan secara jahat cuba menggambarkan PAS telah mula bersama Umno. Itu adalah satu tohmahan yang sangat jahat, satu usaha untuk merosakkan reputasi PAS.

    "Semua orang tahu PAS antara parti awal berjuang menentang Umno, PAS konsisten menentang Umno," katanya.

    ReplyDelete
  22. Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya Pakatan Harapan meminggirkan PAS, kata aktivis Datuk Dr Ahmad Farouk Musa.

    Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) itu berkata demikian kerana hingga ke saat ini, PAS mempunyai penyokong komited dan tegar.

    “Tidak ada mana-mana penyokong parti di Malaysia yang sanggup korbankan masa, wang dan tenaga untuk parti melainkan penyokong PAS.

    “Mana ada orang akan panjat pokok kelapa untuk pasang bendera melainkan penyokong PAS dan mereka tidak lakukan itu demi wang,” katanya.

    Dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini, Farouk menjelaskan selagi pergelutan kerusi berlaku antara PH dan PAS, selagi itulah blok pembangkang tidak mampu menewaskan BN.

    ReplyDelete
  23. Kemungkinan parti baharu akan ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa bekas pemimpin Umno boleh memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN), tetapi ia mungkin juga mengulangi sejarah Semangat 46 yang akhirnya terkubur.

    Penganalisis politik Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata sebarang kegagalan kepimpinan parti itu mungkin menyebabkan ia ditimpa nasib sama dialami Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, yang pernah menggegarkan politik negara pada 1988.

    “Saya jangka ia akan bekerjsama dengan blok pembangkang sebagaimana yang pernah Semangat 46 lakukan melalui Angkatan Perpaduan Ummah dan akan memberikan kesan kepada Umno pada satu atau dua pilihan raya akan datang,” katanya kepada FMT.

    Razaleigh menubuhkan Semangat 46 pada 1988, selepas perpecahan dalaman Umno susulan pertandingan jawatan presiden yang dimenang tipis Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

    Semangat 46 yang turut disokong Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Ibrahim Ali, sebahagian daripada “Team B” Umno pimpinan Razaleigh, kemudiannya menjalinkan kerjasama dengan PAS dan beberapa parti kecil lain, sehingga membawa kepada kejayaan PAS menjatuhkan pemerintahan Umno di Kelantan pada pilihan raya umum 1990.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm....banyak posting...utk dapat dedak bulanan ke?? atau utk dapat pulut potong dengan keris dua depa...masyuukkkk....dua hinggit satu posting utk macai...tu je nilai macai??? orang lain dapat range rover...kereta mewah dua biji...ni je kau dapat?? sehari 10 posting...dapat 20 hinggit...

      kesian macai....demi sesuap nasi...posting jer....tak kira fitnah ke tidak yer...itu suku kira...asal dapat dedak...halal haram lain kira...

      Delete
    2. Apa pulak ko mimpi Semangat 46 ? Itu dah lebih 20 tahun punya cerita. Ko baru kuar dari gua ya ? Kesian macai ni. Skang dedak bukan kasi makan lagi. dia kasi duit daa. Podah dei !

      Delete
  24. Orang konpius. Parti konpius. Mau konpius rakyat pulak yer ? Podah dei !

    ReplyDelete
  25. Gunakan perkataan atau nama2 yg sesuai untuk merujuk pada parti atau nama seseorang. Kalau kita asyik melabel nama2 individu atau parti2 dengan panggilan yang kurang sopan boleh menyemarakan lagi kebencian sesama parti2 pembangkang dan mungkin sukar untuk kita berkerjasama menumbangkan umno@BN.
    Tujuan kita untuk bersatu dlm apa jua situasi..lupakan persengketaan yang pernah dilalui oleh berbagai pihak yang pernah tak sehaluan sekita dahulu baik dari kem pro dato sri anwar, tun mahathir,tok guru hadi awang dan lim ki tsiang.
    sekarang masa untuk bersatu tenaga menumbangkan umno dan bn yg tak relevan untuk semua bangsa di malaysia 

    ReplyDelete
  26. Pas ni memang tak blh percaya. Hari ni cakap lain, esok buat lain. Suka tikam dari belakang. Semua pemimpin Pas perasan yg mereka adalah maksum.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...