Thursday, 14 July 2016

KENAPA BANDINGKAN PARTI BARU TUN M DENGAN SEMANGAT 46? MENGAPA TIDAK DENGAN PKR ATAU PAS?


Seperti terpercik nada kebimbangan serta kegusaran,  walaupun tidak dinyatakan secara langsung, apabila beberapa pemimpin UMNO memberikan reaksi berhubung  penubuhan parti politik baru oleh Tun Mahathir Mohamad yang dijangka dimuktamadkan dalam waktu terdekat ini.

Ismail Sabri Yaakob cuba mengingatkan Tun Mahathir mengenai nasib parti Semangat 46 yang tidak mampu bertahan lama dan akhirnya semua pimpinannya kembali semula ke pangkuan UMNO.

Nazri Aziz pula seolah-olah menyindir dengan menafsirkan bahawa hasrat menubuhkan parti baru itu menunjukkan Tun Mahathir tidak diterima untuk menyertai mana-mana parti pembangkang sedia ada.

Jika benar parti baru yang ditubuhkan oleh mana-mana bekas pemimpin UMNO tidak mampu bertahan lama, bukankah ia sesuatu yang seharusnya menggembirakan UMNO?

Sepatutnya, biarkan saja ia ditubuhkan dan tidak perlu diperingatkan apa-apa kerana akhirnya hanya menjadi suatu pemburuan cita-cita Tun Mahathir yang tidak kesampaian ke mana-mana.

Tetapi, benarkah semua parti baru yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin UMNO atau serpihan parti itu tidak mampu bertahan lama atau tidak berupaya menyaingi UMNO?
Bagaimana jika parti baru inisiatif Tun Mahathir yang turut disertai oleh bekas pemimpin UMNO lain yang dipecat dan kemudian bergabung dengan Pakatan Harapan, ia kemudian mampu menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang?

Kenapa sejarah Semangat 46 saja yang selalu diambil sebagai contoh untuk mengingatkan kegagalan menubuhkan parti-parti baru?

Apakah Tun Mahathir tidak sedar mengenai perkara itu?

Tidakkah Ismail Sabri maklum bahawa Semangat 46 ditubuhkan kerana ingin menentang Tun Mahathir dan kembalinya ahli serta pimpinan parti itu ke pangkuan UMNO adalah juga atas daya usaha dan kelicikan bekas Perdana Menteri itu?

Bagaimana dengan sejarah Pas yang juga merupakan parti serpihan UMNO, tetapi masih mampu bertahan sehingga sekarang?

Begitu juga dengan PKR yang ditubuhkan setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO, bukan saja sekarang dapat menguasai Selangor, bahkan terus menjadi parti yang mampan dan berkembang?

Dalam pada itu, jika benar tafsiran Nazri Aziz bahawa parti baru itu menunjukkan Tun Mahathir tidak diterima menyertai mana-mana parti sedia, sudah tentu ia akan bergerak bersendirian saja  untuk menentang UMNO dalam pilihanraya nanti.

Namun, barangkali Nazri terlepas maklumat bahawa Pakatan Harapan amat mengalu-alukan parti baru itu dan sedia untuk bekerjasama demi mencapai matlamat yang sama memulihkan kembali imej negara yang telah dirosakkan oleh Najib.

Akhirnya, kiranya Pas masih mampu bertahan sehingga sekarang dan menguasai Kelantan dan dengan PKR  berkembang sehingga dapat menawan Selangor, bahkan Najib dengan segala kekuatannya pun gagal merampas negeri paling kaya itu pada pilihanraya 2013 lalu, apakah  mustahil Tun Mahathir dengan parti barunya yang disertai kelicikan dan pengalamannya selama ini, bersama pula dengan Pakatan Harapan, akan mengorak satu lagi sejarah dengan mampu menakluk Putrajaya sudahnya? (SH 14/07/2016).

42 comments:

  1. Sokong tun m
    Parti baru
    Rampas putrajaya
    Bungkus najib lemak

    ReplyDelete
  2. Tambah pening lah Najib. Bila 600 ahli umno d Batu Sapi keluar parti baru2 ni umno kata mereka ahli pembangkang dan ahli yg bangkrap n muflis.
    Ironic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ismail Sabri@ Mail kerbau dok nampak dan dok intai jawatan naib presiden umno.
      Ada hati juga mail kerbau ni nak jadi tpm

      Delete
    2. Tertubuh saja parti baru di sabah di bawah pimpinan shafie apdal maka akan berkuburlah career politik si keruak karabau tu.

      Delete
  3. Tuuuu dia puak penyamun penyangak dah ketag lutut....nk habag mai kat hangpa....semua ribut topan yg berlaku masa mahadiaq jd pm ....tk kemane pun...semangat 46 terkubog.pkr melanguih...nk tau sb ape...sb depa semua nk perancoq tun mahadiaq...tp mahadiaq kilaih depa..semua tersungkok...jd jgn hingat parti baru mahadiaq ni hangpa nk kilaih mudah...ingatttt....hangpa lawan magadiaq....dan nk habaq,p kat hangpa....la ni mahadiaq nk p langgaq hangpa...dah tkdak brake dah ni...semua yg langgaq dia hancoq...la ni dia nk p langgaq...tkrau lah..kot dia blh hancoq...dia bukan pakai kederat...dia pakai otak..lagi berusia lg matang...selamat bwrjuang tun..saya doakan yg twrbaik buat tun....saya akan bantu tun kot belah utara perak.ni...kita satu kepala...satu nada satu perjuangan...la ni dok susah nk canteh dahan..kita tebang pokok..boh pokok lain..hidup tun .ikhlas dari...mantan sub umno.... mantan ahli umno..

    ReplyDelete
  4. Jika kena caranya, PH PLUS Parti melayu Mahathir dpt tawan putrajaya. Zaman S46,Zaman takada internet.

    ReplyDelete
  5. Ismail Sabri boncit mungkin pun tidak tahu yg
    bos nya Najib tidak hadirkan diri di-pertemuan ASEM-
    Asia-Europe Meeting yg sedang berlansung di-MONGOLIA
    sekarang.

    DPM Zahid Komidi pula yg mengambil alih
    tugas Najib...semua yg hadir adalah PM atau pun President.
    Sekali lagi Najib "meyembuyikan diri"...apa yg di-takut kan nya kali ini??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut apa lagi kalau bukan "HANTU" Altanttuya. Mana menghilang nya para bomoh dan dukun si Minah Gedik?

      Delete
    2. Najib takut rosmah marah

      Delete
    3. Dia takut bapak Altantuya upah orang pukul dia untuk membalas dendam di atas kematian misteri anaknya..!!!
      Dan lagi mana dia nak letak muka di
      mesyuarat nanti sebab seluruh dunia dah tahu "pekong" dia..

      Delete
  6. Walaupun saya ,bukanlah penggemar Mahathir,tapi bila mahathir kembali pada "Rakyat" Insyallah kami sekeluarga akan support.Perbezaan S46,Adalah mereka tubuhkan parti bukan memperjuangkan Rakyat,Tapi perjuangan mereka nak isi tembolok sendiri.Tak caya tenguk Kuli,Rais yatim,Shabiry chik dan ramai lagi,terhegeh-hegeh tak malu masuk balik join umno.Bila Mahathir dan group kembali pada rakyat,insyallah parti melayu ini akan melahirkan melayu yg berintigrity,yg bekerja kuat,melayu yg tidak perkauman,bersaing bersama dgn bangsa2 yg maju di dunia dan takut tuhan.Kita tak mahu melayu yg pemalas,selalu nakkan dedak,kaki gaduh dgn bangsa2 lain.
    Saya cadangkan pada group2 Mahathir agar parti baru ini dilancarkan di Johor,seperti parti pekembar,ianya diresmikan oleh sultan Johor,sultan Johor adalah satu2nya sultan amat vokal dgn Najib dan umno.

    ReplyDelete
  7. Tun teruskan perancagan tun walaupun menubuhkan parti baru kami rakyat yg dihina ditindas tetap berjuang bersama tun kenapa barua dan anjing2 umno nak sibuk biarkan mereka menjilat duit2 haram dan rasuah itu tahniah tun teruskan

    ReplyDelete
  8. Bro 9.01 nak tumpang sikit..maaf lari dari tajuk kita..
    Memang betul. Semalam dlm TV ada ditunjukkan. Semua yg menghadiri ASEAN European meeting di Mongolia terdiri drp Perdana2 Menteri dan Presiden. Kenapa jibbo wakilkan TPM? Jibbo takut ke Mongolia ke? Rakyat Mongolia nak mintak autograph tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penganjur Asean European Meeting pun satu.
      Dah tahu Najib ada kes dengan Altanttuya.
      Pasal apa mesyuarat diadakan di Mongolia.
      Atau nak test Najib ada teloq ke tidak.
      Sah dia takda teloq sebab Zahid yang hadir.

      Delete
    2. Zahid bonggok macam lembu cocok hidung,,dia ikut saja perintah boss nya, kalau tak turuti perintah tak dapat cekek dedak...!!

      Delete
  9. Dia takut hantu & keluarga Altuntya tunggu kat dewan mesyuarat tu dengan sepandok - SIAPA BUNUH ALTUNTYA...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu Hussain Najadi, Kevin Morais? semoga Allah merahmati mereka yang dipulangkan ke alam barzakh dulu .......

      Delete
    2. Kalau diri tak bersalah kenapa takut untuk menghadirkan diri. Lu fikirlah sendiri.

      Delete
    3. Kalau diri tak bersalah kenapa takut untuk menghadirkan diri. Lu fikirlah sendiri.

      Delete
    4. Takut bini marah maa

      Delete
  10. Akan join parti baru jika Tun M penasihatnya. sekian

    ReplyDelete
  11. Sebab yg membuat perbandingan tu orang BANGANG, dia buat utk menyedapkan hati nya saja. LINGKUP lah kau...

    ReplyDelete
  12. banyak yg masih keliru. tun tidak menentang UMNO tapi 'pemimpin' yg tlh menjadi beban (liability).

    'd enemy of my enemy is my friend'. harap semua mengerti makna ungkapan ini. jadi jgn salah faham.

    pendirian saya ada lah sama. tidak terdapat d mana2 yg bolih menandingi semangat kerja sama n setiakawan yg tlh/sedang d amalkan olih BN hinnga sekarang.

    saya berdoa agar asas nya (foundation) akan dpt d pulih n d perkukuhkan selepas era ds najib berakhir.

    hope this happens sooner rather than later.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak keliru eh....semuanya jelas. Ramai tengah tunggu langkah Tun, ini berita baik.

      Delete
  13. Salam Bro

    Eh!...hidup lagi si anjing salak Najib ni...Ingatkan Salleh je yang masih bernyawa...atau munkin top up dedak raya dah masyuk...menyalak lah sikit. Bukan apa...si tukang salak Nazri ni memang berdendam dengan Tun M...nak ajak bertumbuk lagi nampaknya.

    Si Ismail Sabri telur penyu ni bukan ape...terkenang pada semangat 46. Kalau semangat 46 lahir hasil serpihan UMNO yang diharamkan dan melawan tokoh unggul Tun M....memang lah tak sampai kemana...Tun M pegang UMNO Baru....Ku Li dan Musa Hitam mana setanding dengan Tun M.

    Kali ini UMNO memang dah kena HIV Najib...dah nampak simtom AIDS dan tunggu bacaan talkin je. Tun M "TERPAKSA" menubuh parti baru yang putih bersih tanpa ajenda peribadi dan akan bergandingan Pakatan Harapan dalam PRU kelak. Anjing salak UMNO bukan apa cakap begitu...saje nak sedapkan hati dan angkat boss. Angkatlah...angkat lagi boss korang yang semakin hari semakin tersepit dengan "FITNAH" Sarawak Report dan Laporan Auditor General tu.

    Angkat dan angkat tinggi tinggi lagi si Najib tu...biar dia jatuh terhempas! Lagi tinggi lagi bagus...biar jatuh berkecai!

    ReplyDelete
  14. Perghhhhh stedy la jawapan penulis.. terbaek2

    ReplyDelete
  15. Perghhhhh stedy la jawapan penulis.. terbaek2

    ReplyDelete
  16. Baik Ismail Sabri mengingatkan dirinya sendiri dengan pesanan Al-Quran Hakim yang selama-lamanya tidak akan luput: "kullu syain zaikatul maut"
    Dia pasti mati juga ...

    ReplyDelete
  17. PAS ditubuh setelah golongan ulama tidak diberi jawatan utama dalam kabinet.
    S46 ditubuh selepas TG gagal dalam pertandingan jawatan presiden.
    PKR ditubuh setelah anwar dipecat atas isu peribadi.
    Ketiga parti itu adalah serpihan umno tetapi penubuhannya atas ketidak puasan hati serpihan pemimpin umno itu sendiri yang mahu jawatan dan kuasa.
    Manakala parti yang bakal ditubuhkan oleh tun (sekiranya ada) adalah parti yang dinantikan oleh sebahagian rakyat yang amat tidak puas hati atas kepimpinan najib. Sekarang ini pengundi yang pro BN, tetapi menyampah dengan najib tidak ada pilihan selain terpaksa juga undi BN dari undi pembangkang.
    Mungkin dalam fikiran mereka jika pembangkang menang, siapa yang nak jadi pm dan menteri kabinet.???
    Kemampuan ketua parti-parti pembangkang hanya diiktiraf oleh penyokong parti mereka saja dan bukan semua penyokong pembangkang. Contoh anwar, hanya penyokong pkr saja yang yakin dia boleh jadi pm tapi tidak bagi pas atau dap. Begitu juga dengan hadi, penyokong pkr dan dap tidak yakin dia boleh jadi pm. Apatah lagi bagi pengundi yang tidak berparti atau yang pro umno tapi anti najib, sudah tentu lebih tidak yakin pada mereka.
    22 tahun tun jadi pm, semua rakyat boleh nilai terutama yang hidup sebelum,semasa dan selepas pemerintahan tun. Bagi yang busuk hati saja yang menyangah jasa tun. Oleh itu jika tun tubuh parti baru, menyatu padukan pembangkang dan menampilkan kepimpinan yang boleh menyakin rakyat maka peluang kalahkan bn amat cerah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita pastikan passport geng2 penyamun di blacklist sebelum pru14,kerana di kuatiri mereka dapat meloloskan diri ke pulau terpencil di hujung dunia.

      Delete
  18. Tun teruskan perancagan tun walaupun menubuhkan parti baru kami rakyat yg dihina ditindas tetap berjuang bersama tun kenapa barua dan anjing2 umno nak sibuk biarkan mereka menjilat duit2 haram dan rasuah itu tahniah tun teruskan

    ReplyDelete
  19. Tun tubuhkan si parti baru
    Kabinet kayu jadi celaru
    Resah gelisah cakap merapu
    Parti jibbo makin tak laku

    Baling gelas si tua tak pecah
    Kenapa sekarang di ambil kisah
    Mungkin tahu si tua menyerlah
    Kabinet kayu seluar nya basah

    Bertemulah buku dengan ruas
    Gunalah wang kuasa sepuas
    Rakyat tetap akan membalas
    jibbo dan hippo pasti dipulas..

    Pada nazri dan ismail sabri
    Cukup lah sudah taktik membuli
    Rakyat menyampah tekak pun geli
    Lepas Pru mana nak pergi..?



    ReplyDelete
  20. Kalau parti baru ni disertai org yg nak melayu lebih baik takpe, negara lebih baik, pentadbiran lebih baik, lebih bersih, lebih amanah, lebih taqwa, tapi kalau jadi macam pkr dan 46 didisi oleh orang kecewa sbb tak dpt jadi pemimpin maka akan kadi lagi satu bebanan utk rakyat Malaysia khasnya orang melayu.

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah....satu perkembangan yang mula menyinar. Allah akan mengganti sesuatu yang lebih baik jika keikhlasan dan kebenaran di tegakkan.

    Ramai orang Johor akan mengundi selain BN....dan pasti akan mengundi Parti yang Tun tubuhkan....

    Hidup Shafie...Mukhriz...TSMY dan saya sanjungi Tun Mahathir.

    ReplyDelete
  22. Tun Mahathir pemimpin kami.

    ReplyDelete
  23. Seminggu ni...ramai diam...hishamudin, kj, shahrizat...budak pink, semua diam. Terkejut dengan berita dari london kot....lepas tu Tun nak buat parti baru...hari ni london hantar berita lagi hangat...ramai terkencing dalam seluar ni...entah apa lagi minah omputih tu ada...

    ReplyDelete
  24. bn umno dah meroyan meracau meraban tak henti.belum pun parti tu tubuh sudah terketar ketar.tunggu ja parti tu wujud mau 200000 umno bn seluruh negare keluar ramai2 dan masuk parti tun,mukhriz,muhyiddin dan shafie ni nanti.dulu puak bn umno jgk kate pkr akan berkubur begitu sahaje sekarang lihat sendiri.pas pun same kate amanah perti nyamuk tapi 2 prk lepas lihat ape jadi?jadi rakyat boleh nilai sendiri perangai BN UMNO dan PAS sebelum nk undi pru 14 nanti.

    ReplyDelete
  25. mahade nak jatuhkan najib saja
    pembangkang nak jatuhkan amno bn
    bial amno pulih mahade kutuk pembnagakng pulak
    itu aja kerja dia
    budaya ynag ada dalam amno pun memang dah ada sejak dari mahade lagi
    22 tahun tanam sikalang sudah jadi sebati
    susah nak buang

    ReplyDelete
  26. Timing tarikh PRU 14 adalah masa yang menjadi musuh UMNO sekarang. 1MDB semakin panaasss.

    ReplyDelete
  27. Najib berharap dgn mendiamkan diri n mengambil langkah langkah yg dirasakan wajar lalu dia mungkin akan selamat.namun kelihatannya en wan em di binya spt bom jangka yg ingin meledak.najib tak dpt dicabut dr umno yg sememang spt dia juga.baguslah
    Jika tun masih ingin fikirkan penyelesaiannya.begitupun ada yg buat mengutuk pas dgn mengatakan berpihak kpd najib.padahal pas hanya punya masaalah dgn dap.kata org pas Tn ibrahim bentangkan hasil audit yg benar kalau serawak repot salah.org pan pulak tak semena mena katakan org pas itu bangang.presidennya pulak tu.tak sudah juga org tu nak memalukan parti sendiri.diangkat jd presiden semata mata krn ingin dpt restu dap.

    ReplyDelete
  28. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...