Monday, 25 July 2016

1MDB AUTOMATIK MENJADIKAN MALAYSIA DIKENALI SEBAGAI NEGARA PENCURI


Tidak semena-mena perkataan kleptokrasi tiba-tiba popular dan menjadi sebutan ramai di sebalik tindakan menggemparkan dunia yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS mahu menyita harta-harta yang dikaitkan dengan 1MDB.

Menurut kenyataan yang dibacakan oleh Peguam Negara AS, tindakan menyita harta-harta berjumlah kira-kira RM4,000 juta berkaitan 1MDB yang dilakukannya adalah di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi.

Buat seketika ramai yang tidak tahu apa itu makna kleptokrasi. Barangkali majoriti kita tidak pernah pun mendengar perkataan itu sebelum ini. Setelah ditinjau dalam google dan dicari maklumat dalam wikipedia, kleptokrasi rupa-rupanya memberi makna yang cukup memalukan kepada Malaysia.
Dalam ertikata mudah, kleptokrasi adalah kerajaan pencuri yang mencuri duit rakyat untuk memperkayakan diri sendiri dan kelompok tertentu yang dekat dengan pemimpinnya. Secara langsung ia sangat bertentangan dengan makna dan amalan demokrasi yang dijunjung selama ini. 

Di media-media sosial, barangkali untuk kemudahan pakcik kampung dan makcik Felda memahaminya, kleptokrasi disimpulkan berasal daripada cantuman perkataan "klepet"  dan "kelentong" yang berselindung di sebalik demokrasi.

Sebab itu, dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS, harta-harta yang disita berkaitan 1MDB itu akan dikembalikan semula kepada pemunya asalnya.

Rupa-rupanya juga, dalam kita bergembira kerana AS mahu mengembalikan semula harta-harta yang disita itu kepada kita, Malaysia juga turut mendapat malu kerana kini lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi.

Dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman, selain harta-harta yang bakal disita, mereka juga tanpa ragu-ragu mengatakan wang RM2,600 juta yang dimasukkan ke akuan peribadi Malaysian Official 1 adalah juga berasal daripada 1MDB.

Makna kata, dalam maklumat yang ada dalam tangan Jabatan Kehakiman AS dan FBI, tidak ada sama sekali individu Timur Tengah, anak raja Arab atau sesiapa yang lain yang kononnya pernah ditemui oleh Zahid Hamidi yang dikenalpasti sebagai penderma wang tersebut.

Curi jugalah maksudnya wang RM2,600 juta itu.

Hanya kerana 1MDB, Najib Razak dan Jho Low, seluruh dunia dalam sekelip mata mula mengenali negara kita sebagai negara pencuri. 

Malu beb...melainkan bagi mereka yang sama-sama pencuri.
Keadaan ini, mahu tidak mahu, dengan sendirinya meletakkan beban yang berat kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tahun-tahun mendatangnya. Tentunya tidak ada di antara kita yang waras mahu Malaysia terus dikenali sebagai kleptokrasi atau negara pencuri.

Di dunia moden sekarang, tidak ada negara lain yang dilabel sebagai negara pencuri melainkan negara kita. Pelabur dan pelancong tentu saja akan memikir lebih daripada sekali untuk datang ke sini selepas ini.

Kecuali bagi yang tiada rasa malu, tidak terhina walau sedikit pun atau terus bergantung kepada dedak dalam kehidupan, menyingkirkan Najib, sama ada dalam masa terdekat atau ketika pilihanraya nanti, sudah menjadi keutamaan  buat semua kita.

Jika tidak, Malaysia akan terus dikenali sebagai negara pencuri untuk selama-lamanya. (SH 25/07/2016).

71 comments:

  1. Pemimpin mencuri..mengkayakan keluarga sendiri. Harta mewah, kahwin mewah, percutian mewah dll..tapi rakyat kena GST.

    Kaya dunia dengan sumber haram...hari2 disumpah seranah oleh rakyat..tak berkat hidup korang dunia akhirat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Admin tolong keluarkan story PAS daripada blog ini.

      Aku langsung tak berminat nak baca story PAS = Pengikut Ajaran Sesat.

      Tanah air kita dalam bahaya dengan perbuatan najib dan lakinya, dunia dok kutuk kita, mamat ni dok nak promote pas kat sini pula.

      Delete
    5. Setuju dgn. sdr.09:55...

      Admin.., tlng. klaih-klaih sama entry yg. masuk diblog nie. Ada yg. cuba nak promosikan ideologi mrk. Eloklah diberhentikan...!!

      Anon 09:31..., ape yg. kamu merepek, meghaban nie...??
      jngn. jdi. syok sendiri laa.., Orng. lain punya hujah, kamu diamkan, kamu asak dgn. idology kamu supaya orng. lain mesti terima. ape nie..!!
      Konsep kamu nie same saja macam yg. dibawakan m'sia offocial no.1..

      Biarkanlah si luncai terjun dgn. labu2nya...
      biarkan.., biarkan...!!!
      Jngn. mare....!!!

      Delete
    6. Dia nak jual ubat kuat pas lah tu.

      Delete
    7. Umngok penjuai bangsa dan pas penjuai agama, maka hanya dengan memperhebatkan jualan agama dan bangsa sahaja yang dipercayai boleh mengalih tumpuan isu pemimpin mencuri wang rakyat.

      Delete
    8. 1. Desas desus pembubaran Dun Penang makin kuat. CM khabarnya telah mengadap TYT dua hari lalu. Adakah bubar atau tidak? Yang boleh menjawab soalan tu hanya Lim, TYT dan Mejar Zaidie.


      2. Penang ada 60 hari utk Prn selepas pembubaran. Jika Isnin depan 25hb Julai bubar, tarikh akhir Prn adalah 25hb September. Lim akan menghadapi perbicaraan penuh pada 22hb September.


      4. Adun2 Penang mengangkat sumpah selpas Pru13 pada 28 Jun 2013. Ini bermakna 28 Jun 2016 ni genap 3 tahun. Dan selepas tarikh itu jika ada kekosongan kerusi, Spr tidak akan mengadakan praya. Tarikh itu telah berlalu.

      5. Kedudukan sekarang adalah 19 Dap, 10 Pkr, 10 BN dan 1 Pas. Jika Lim masuk penjara, Dap akan berkurang satu. Lim sangat kalut kerana tak mahu korbankan 1 kerusi Dunnya. Adakah Lim akan bertanding jika ada Prn? Jawapannya tidak. Ini kerana jika dia bertanding dan menang, kerusinya tetap akan kosong. Dia boleh pilih kerusi lain di penjara nanti. Jadi, apa perlunya Prn?

      6. Lim pening kepala. Sepatutnya dia letak jawatan sebelum 28 Jun lagi. Ini penting bagi menyelamatkan kedua2 kerusi. Siapa jua pakar strategi Lim, ternyata gagal membaca ancaman masa hadapan. Semua strategi Lim tak betul. Lim kena terima hakikat dia akan korbankan 2 kerusi serentak. Lim tak berpeluang mengundi membantah RUU. Sudah tentu pada tarikh undian RUU, Lim di kandang tertuduh mahkamah. Penulis menjangkakan ramai pakar2 di Penang Institut yang akan dipecat.

      7. Menghadapi Prn pula ada risiko. Pertaruhkan 1 kerusi utk risiko 19 kerusi yang dah menang. Semua penganalisa politik sepakat Pru13 adalah kemuncak sokongan kepada pembangkang oleh kaum bukan Melayu. Prk Sg Besar dan Kuala Kangsar pula menyaksikan kemerosotan undi. Cina sudah kembali ke MCA. Paling kurang 30 peratus. Ia tinggi dalam masa gawat politik sekarang ini. Pkr smart. Pkr tidak cepat2 setuju dengan Prn kerana bukan sekadar risiko pada Dap, malah pada Pkr. Jadi apa pilihan yang ada?

      8. Buat la pilihan elok2. Jangan salahguna kepercayaan rakyat. Jangan jadikan rakyat bosan. Mahal harganya. Ramai yang akan terkorban nanti. Lim memang dah terkorban. Yg dah terkorban tu pakat2 la bakar kertas merah. Jadi, nasihat penulis, yg masih hidup perlu teruskan hidup tanpa Lim. Belajar menerima hakikat Lim telah tiada. Carilah pengganti Lim.

      Delete
    9. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali hari ini menempelak Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor, Saari Sungib dengan bertanya jika mahu memancing jawatan jawatankuasa eksekutif (exco) negeri tersebut.

      "@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan EXCO ke?" sindir Azmin di akaun Twitter beliau pagi ini.

      Walaupun timbalan presiden PKR itu tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan satu baris itu, ia dipercayai merujuk kepada kenyataan Saari semalam yang mempersoalkan sekiranya menteri besar itu sedang bermain 'politik istana' bagi memberi alasan untuk mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.

      Dalam forum anjuran Gerakbudaya di Petaling Jaya malam semalam, Saari meminta Azmin menjelaskan sama ada beliau mengamalkan budaya berbahaya iaitu permainan "politik istana" dengan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.

      Kata Saari, timbalan presiden PKR itu perlu menjelaskan persepsi bahawa beliau memenuhi kehendak istana supaya kerajaan negeri dianggotai oleh majoriti orang Melayu.

      "Dengan hormat kepada Azmin, saya masih bantu dan sokong kerana beliau cuba bermain dengan budaya yang bahaya iaitu permainan politik istana.

      “Isu yang akan ditekan di kerajaan Selangor ini (perlu) diterajui oleh majoriti Melayu,” kata Saari yang juga adalah ADUN Hulu Klang.

      Kerajaan Selangor terdiri daripada wakil rakyat PAS, PKR dan DAP, walaupun Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh ketiga-tiga parti itu sebelum ini tumbang.

      Delete
    10. Najib wajib ber undur sekarang..!!!
      Dah tak boleh tutup lobang lagi..!!!

      Delete
  2. KLEPET TO KASI...APA,AMA,AKA,ANER. Lebih memalukan mereka masih mentadbir negara!! Atas dasar apa? Kayu2 beliau masih pertahankan beliau, mengapa? Pematuk Dedak masih berkeliaran,menjual maruah dgn mengutip dedak2 yg telah ditaburkan,sampai bila? Ada satu je jawapan. MELAYU MMG BODOH.SANGGUP DI MALUKAN.
    Spesis mcm ni bersepah skrg, humbankan biawak2 ni. Kerja haram diorang,sampai cucu kita besok nak kena tanggung,tu tak kira hari2 dok balun duit kita tu. Kat atm machine lagi dah kena 6%,sampai lah berhenti membeli. Tak kira lah status anda oku ke,miskin ke,TETAP KENA! Apa punya haram kerja diorang.
    Sampai konon taraf ulama,pun sokong!Ptuiiiii
    Haramjadah punya bangsat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape laa kamu nie sdra...!!
      guna bahasa " haram jadah punya bangsat"...
      gunalah perkataan2 yg. lembut sikit spt..,
      hawak ker..., bewak gabok ker.., kan sedap sikit..??

      Delete
  3. Satu lagi ciri kleptokrasi yang saya ada terbaca ialah ia akan mengenakan rakyat dengan berbagaibagai cukai yang membebankan untuk menampung pendapatan negara.Satu deskripsi tepat tapi menakutkan dgn apa yang berlaku di malaysia..dan memilukan dan memalukan.

    ReplyDelete
  4. Ostad Hadi mahu main merah jambu meriah dengan Jibby Bangsatwan ke? Kasihan... dia tak nak hukum hudud atas pencuri gergasi tu! Potong tangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya' kepada manusia dan sebenarnya dia tidak beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah; kemudian batu itu ditimpa hujan lebat yang menjadikan dia botak (licin). Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir (kufur nikmat, syirik riya', sombong bongkak dan tamak haloba)"
      (Al-Quran, 2:264)

      Delete
  5. Dahlah no 1 lemah dlm kepimpinan,senang ditipu(?)atau penipu,pembohong (mula tiada kemudian ada) kekayaan anak tidak tau mana datangnya kalau kekayaan anaknya bukan dari dialah!,pandai tandatangan je...inilah pemimpin Yg diiadamkan olih melayu terutama umno...bahasa mudah ada aku kisah katanya

    ReplyDelete
  6. Dah ada istilah tepat, mudah lah tok iman masukkan dlm doa Jumaat....Ya Allah hantarkan malikilmaut ambil pemimpin klepetokrasi ku ni bawa balik ke mahkamah mu bersama AG

    ReplyDelete
  7. Tiada istilah yang tepat dalam bahasa melayu berkait dengan kleptokrasi kecuali kerajaan pemimpin laknat ,haramjadah,sial, dan ....tambah sendiri la no ikut kesukaan perasaan anda kerana Najib dan lain lain menteri dan kepimpinan BN memang layak di maki laknat oleh rakyat.

    Jadi apakah perkara yang paling penting dalam istilah Kleptokrasi ini ,Ya "NIAT" atau "INTENTION"dalam bahasa orang putih.Jadi wahai kaum melayu(kerana puak ini yang masih gilakan penyeleweng)Kita punya seorang pemimpin yang niat memimpin untuk mencuri dan menipu harta rakyat ,kita bukan saja mempunyai pemimpin yang tidak AMANAH malah mempunyai pemimpin yang berniat JAHAT dan MUNGKAR kepada AGAMA ISLAM yang kita anuti.Kita mempunyai seorang pemimpin yang berniat kufur kepada syariat allah swt dalam hudud(sekatan)amalan memimpin(jangan jadi macam lebai sial PAS menipu umat hudud cuma pada jenayah saja)Jadi wahai melayu sekiranya ini la pemimpin yang kita ada kita pula beriman dengan ajaran islam wajib ka manusia begini dijadikan kalifah.

    Begitu juga kalau satu kerajaan yang terdiri dari menteri menteri yang melindungi pemimpin yang mempunyai niat jahat memimpin untuk mencuri wang rakyat ,wajib ka mereka semua dibiar memerintah negara ,mereka juga secara tak langsung mempunyai nawaitu untuk mencuri demi peribadi kerana kleptokrasi adalah kerajaan mencuri termasuk juga pihak pihak yang bersekongkol yang hidup dalam istilah TALAM DUA MUKA iaitu munafik laknat tullah maksud saya HADI AWANG ,HARUN JIN dan lain lain pemimpin PAS yang sealiran dengan nya semuanya kita orang melayu wajib tolak ,malah PAS dan UMNO adalah dua intiti merosakkan masa depan orang melayu dan islam .kalau dinilai pada senario sekarang.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 9.15
      Aku rasa sekarang ini PAS lagi bangsat dari DAP kerana berbaik dan membantu kerajaan mencuri wang rakyat DAP walau pun kau orang kata kafir harbi(itu istilah ulama barua kepada rasuah) tapi mempunyai penderian tegas terhadap penyelewengan wang rakyat (Guan Eng tu dia punya pasal la beli rumah pakai duit dia).Jadi sedar sikit.

      Delete
    2. Hoiiii Mat Pas. Pi cerita hal parti kau dalam harakah. Bukan di sini.

      Delete
    3. 19.15 & 19.25 org yg sama. Umno punya barua

      Delete
    4. Aku penyokong tegar Tun Mahathir. Aku tak ada kena mengena dgn umno. Faham!!!!!

      Delete
    5. anon o9:15...!!!

      disyurkan kpd. anda nasihatkanlah m'sian off.no.1 dulu.., letak jawatan. kes Najib lebih awal dr. LGE
      nape kamu diam saje...??
      malah pemimpin2 kamu dgn. 1,001 kenyataan yg. menyinggung rakyat.

      ape.., kamu & parti kamu sebhgian dr. penerima dedak ker...???

      sudah laaaah....!!!


      Delete
    6. 9.15...apa Yg ditakutkan Klu pp mengadakan pru segera...umno n BN dah yakin bolih rampas pp dr dap...kk n sb telah beri petunjuklah katakan... Berbincanglah dgn umno pembahagian kerusi dr satu mungkin dpn Sepuloh... Pas bukankah dah jd penasihat umno... Ini pun medan menguji makna setiakawan antara umno n pas tak gitu...

      Delete
    7. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  9. PAS menafikan ia membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan langkah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendedahkan korupsi dan kecurian wang dalam syarikat milik negara 1MDB.

    Sebaliknya, Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata parti itu hanya mahu mengingatkan sejarah kuasa besar itu apabila melibatkan negara Islam.

    “Siapa tidak kenal Amerika terhadap negara umat Islam,” soal Idris.

    “Kononnya Osama Bin Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. Di Syria atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. PAS konsisten mengenai hal kedaulatan negara,” katanya.

    Idris menambah PAS berpendirian sama dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

    “Jangan pula penyokong Umno hendak membela isu pendedahan Jabatan Kehakiman dengan alasan campur tangan asing. Sedangkan TPPA, Umno/BN menyokong kuat,” katanya.

    Dengan pengecualian Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pimpinan tertinggi PAS kebelakangan ini dilihat tidak ke depan dalam isu membabitkan 1MDB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 9.16,
      Itu maknanya PAS talam dua muka ,kata tak sokong disebalik itu beri kenyataan macam apa yang berlaku Tak betul kerana AS cuba dan telah menceroboh dan sama pula dengan mengelirukan orang melayu yang mudah ditipu lebai lebai syaitan dengan menyamakan isu Iraq dan syria.

      OK Idris kalau kamu bodoh diam ,Kes 1MDB AS terpaksa siasiat dan ambil tindakan kerana kes ini berlaku di negara mereka ,Najib dan kumpulan pencuri wang telah guna sistem bank mereka dan juga membeli dan berurusan dalam negara AS ,jadi kalau AS tak berhubung dengan 1MDB di malaysia pun bukan masalah mereka kerana tak akan penyiasat nak minta bantuan pencuri yang mereka syak. Jadi wahai idris jangan jadi talam dua muka macam Hj Hadi atau dalam islam sebut munafik kalau kamu bodoh.

      Delete
    2. orang orang pas ni memang bodoh bodoh belaka.Bukannya reti melayu pun.

      Delete
    3. Yg berlaku ni kes politik ke?....apalah org pas ni... Yg buat jahat kat negara dia org buat apa? Itu hak mereka n undang2 mereka...Kenapalah bekal sangat

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    5. PAS(PIS) DAN UMNO KEDUA DUA PARTI INI PENIPU RAKYAT. KEDUA DUA AKAN HANCUR MENANGGUNG DOSA.....LIHAT LAH SIFAT PEMIMPIN KEDUA DUA PARTI...ANDA AKAN FAHAN.

      Delete
  10. Tiada istilah yang tepat dalam bahasa melayu berkait dengan kleptokrasi kecuali kerajaan pemimpin laknat ,haramjadah,sial, dan ....tambah sendiri la no ikut kesukaan perasaan anda kerana Najib dan lain lain menteri dan kepimpinan BN memang layak di maki laknat oleh rakyat.

    Jadi apakah perkara yang paling penting dalam istilah Kleptokrasi ini ,Ya "NIAT" atau "INTENTION"dalam bahasa orang putih.Jadi wahai kaum melayu(kerana puak ini yang masih gilakan penyeleweng)Kita punya seorang pemimpin yang niat memimpin untuk mencuri dan menipu harta rakyat ,kita bukan saja mempunyai pemimpin yang tidak AMANAH malah mempunyai pemimpin yang berniat JAHAT dan MUNGKAR kepada AGAMA ISLAM yang kita anuti.Kita mempunyai seorang pemimpin yang berniat kufur kepada syariat allah swt dalam hudud(sekatan)amalan memimpin(jangan jadi macam lebai sial PAS menipu umat hudud cuma pada jenayah saja)Jadi wahai melayu sekiranya ini la pemimpin yang kita ada kita pula beriman dengan ajaran islam wajib ka manusia begini dijadikan kalifah.

    Begitu juga kalau satu kerajaan yang terdiri dari menteri menteri yang melindungi pemimpin yang mempunyai niat jahat memimpin untuk mencuri wang rakyat ,wajib ka mereka semua dibiar memerintah negara ,mereka juga secara tak langsung mempunyai nawaitu untuk mencuri demi peribadi kerana kleptokrasi adalah kerajaan mencuri termasuk juga pihak pihak yang bersekongkol yang hidup dalam istilah TALAM DUA MUKA iaitu munafik laknat tullah maksud saya HADI AWANG ,HARUN JIN dan lain lain pemimpin PAS yang sealiran dengan nya semuanya kita orang melayu wajib tolak ,malah PAS dan UMNO adalah dua intiti merosakkan masa depan orang melayu dan islam .kalau dinilai pada senario sekarang.

    ReplyDelete
  11. Apa rakyat buat dgn tindakan najib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat? Masih ramai buat tak tahu.....buat tahu dah lama najib melingkop kena kerjakan!
      Marilah kita balun biawak2 ni....

      Delete
  12. Kalau inilah ceritany, jgn kata malaysia, Islam mmg mendpat malu.. berapa ramai penganutny, boleh goyah pegangnny.. mengangkat pemimpin yg bertuhankan material, mengiktiraf kefasikkannya, yg menjadi punca bakaran api marak menyala2... insaf dan undurlah wahai barisan pemerentah..

    ReplyDelete
  13. Najib boleh gelak gelak suka
    Rakyat buat ape?
    Raja raja huat ape?

    ReplyDelete
  14. Kebanyakan rakyat yg celik dan ikut perkembangan sudah lama yakin 100% wang 1MDB diseleweng. Cuma kami berdoa dlm diam pihak berkuasa asing akan membuat tindakan segera, memandangkan pihak berkuasa negara banyak yang telah dilumpuhkan.
    Najib oerlu dipecat segera. Masalahnya: pengganti perlu berwibawa. Dgn tiadanya TSMY dan MM dlm UMNO, tak nampak sesiapa lagi dlm parti itu yg layak. Zahid: terbukti beberapa kali tidak telus. Contoh: mendakwa jumpa penderma arab, kes bangla labors. Anak jadi ketua perbarisan boleh dpt dato membuktikan telah amal salahguna kuasa dari dulu lagi. Hisham: the only reason dia kini ada hawatan tinghi hanyalah sebab dia dulu allowed to overstay sbg ketua pemuda begitu lama, so dptlah kumpul kroni dlm parti yg ramai. Itu pun nyaris jalah dgn MM kalau tak sebab wahyu. Prestasi sbg pemimpin: tengok sendirilah cara dia handle lahad datu, mh370, etc. Pernah ke prestasi mana2 ministry dia jaga yg people took notice.
    KJ: cummon..100M duit ministry kena songlap selamba cakap tak realize as if nothing happened. Xde accountability langsung.
    So, we are grateful tun m in the midst of forming a new party!

    ReplyDelete
  15. Rakyat skrg ramai yg celik dan cerdik, propaganda dah tak pengaruhi fikiran lagi, tambahan dengan masaalah besar pemimimpin yg tak amanah, korup. Hanya tunggu semboyan SPR saja , nak buat kejutan kali ni nak kubur parti perosak negara

    ReplyDelete
  16. Duit terlebih belanja untuk kawin anak(harga bunga dll je dah juta2), bercuti mewah (naik kapal mewah lagi) beli harta mewah dan berbagai lagi TETAPI rakyat jelata dikenakan gst, tol dan berbagai lagi. Pemimpin jenis apa ni, teramat lah zalim tiada yang lebih zalim melainkan zalimnya najib! Rakyat punya lah sabar dan mempercayai beliau TETAPI telah disalah anggap rakyat sebagai bodoh rupanya olih najib dan kuncu2nya.Tunggu lah satu ketika nanti akan hilang kesabaran rakyat bila tiba masanya. Kita tunggu dan lihat pemimpin durjana akan jatuh terguling.doa dari damerdeka.

    ReplyDelete
  17. PAS = Parti Anak Syaitan. Di pimpin oleh pemimpin syaitan, Pope Hadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar tu Mat PAS.
      kau jangan datang sini lagi lah. Pi main jauh jauh...soo...soooo...sooooooo

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  18. Sebuah kerajaan HARAM JADDAH pimpinan PM Haram Jaddah serta Regim Haram Jaddah WAJIB DITUMBANGKAN SEGERA!!! DEMO MEGA perlu segera digerakkan!

    ReplyDelete
  19. La padanlah Nazri barua sokong nak mampus Najib ni. Takyah buat promo lagilah bab Visit Malaysia. Najib dah tolong banyak. Budget promo boleh Nazri tambah bini baru ..hahahaa

    ReplyDelete
  20. Ramai yg Minat nak tahu brp indeks maqasid shariah yg Di kelentong macai2 jakim kaki golf dan pembantunya wajdi yg beria2 cium Tangan boss.. indeks untuk 1mdb yg dituboh utk seleweng duit besar-besaran.

    Atau ada tak definasi kleptokrasi dlm konsep dongeng wasatiyyah yg diagung2kan dimana pemimpin buat lari khazanah Negara dan biar rakyat tanggung musibah.

    Hadi dan Harun telah jelas pendirian PIS proUmno kena beri peluang betulkan keadaan walaupun Negara akan dibebani Hutang dan rakyat akan tanggung kos yg tinggi. PIS telah dibutakan mata mengenai citarasa dan kealpaan rakyat marhaen.





    ReplyDelete
  21. Umno sudah tak relevan lagi bagi orang melayu. UMNO ibarat saekor ikan dimana kepalanya sudah busuk. Ini bermakna seluruh ikan sudah busuk layak untuk kucing kurap saja. Kucing parsi tak hinggin dia dengan ikan busuk, Yang masih dok menjilat dan mengongong ikan tersebut adalah kucing kurap saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sape kucing kurap tu?? parti yang mengaku islam ker??

      Delete
  22. Lani ada sekumpulan kucing2 kurap yg nampak macam kucing elok tapi bila di selak bulu nya penuh dengan kurup dok berjinak dengan kucing2 kurap. Jenis yg sama juga suka kepada benda busuk. Birds of the sama feather flock together

    ReplyDelete
  23. Lani ada sekumpulan kucing2 kurap yg nampak macam kucing elok tapi bila di selak bulu nya penuh dengan kurup dok berjinak dengan kucing2 kurap. Jenis yg sama juga suka kepada benda busuk. Birds of the sama feather flock together

    ReplyDelete
  24. Negara bukan saja dicop negara pencuri,kini kita semakin kehilangan tokoh2 yg di segani yg tak mampu bersuara lagi:
    1. Maslan 3.85 bernilai 2mil
    2. Salleh kerakkuruk
    3. Ali rasta
    4. Idris harun
    5. En azlina
    6. Rahman dahlanchow
    7. Shahril uban sejuta
    8. Erni erna urnu
    9. Mailpenyu
    10. Asan apambalik
    11. Nuar musang
    12. Tengku dapur hangus
    13. ....pada yg tertinggal nama sori beb!
    Sesekali bersuara tu,sumbang pulak. Hahaha.

    Kalian cuba tanya diri kalian apakah Allah jadikan kalian utk menjadi bodoh dan bebal atau sebaliknya. Bodoh ni bukan keturunan tau....lepas tu saya nak tanya sikit...seronok ke jadi bangang ni? Agaknya lagi bangang jawapan anda lagi mahal bayar kot?
    KAH KAH KAH KAH KAH....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sorang lagi Tok Pa..ik Kong

      Delete
  25. Dear Shah, your fifth paragraph from the top on klepet and kelentong is pure brilliant! But I am not sure that what you said is true language wise. But who cares?

    Another thing is concerned with the other side of what you wrote - Malaysia is made shameful, etc. What is it? A blessing in disguise really for from now on we can stop hearing from the so called our leaders that Malaysia is a model country for the rest of the world. Believe it or not, every single time I hear such words I would want to puke.

    Why? To know that many of us are still struggling to bring food to the table while a small minority live like kings and queens. And this is happening in Malaysia blessed by Allah swt with so much resources and people willing to work very very hard every single day while earning little! How on earth could we be a model to others? And let us not talk about so many other forms of injustice taking place in various walks of life.

    Truly 1MDB is a blessing too. And believe it or not, more blessings from the 1MDB shall come our way in days and weeks to come. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  26. Kalau ketua kleptokrasi dah tentu pembodek tegar adalah kaki klepet.Negara dicop pencuri tapi pis kata perlu 4 saksi.Pis ni buta, sekarang saksinya 4 orang itu terdiri daripada 4 ag negara luar.baguih pi candat sotong #besotong pis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 saksi 1mdb iaitu

      1. Ag Amerika
      2. Ag Singapura
      3. Ag Switzerland
      4. Ag Hong kong

      Hanya negara Arab duk diam seperti mengiyakan derma.

      Delete
    2. Mana boleh.... sebab syarat 4 saksi mestilah adil. Mesti 4 saksi AG luar negara tu mesti KAFIR. PAS mana terima yg kafir. Wassaytiyah shj dia terima.

      Delete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Pas ...kau ni tak reti bahasa ker. Orang cakap hal lain kau cakap bab lain. Dah lah masuk ke dalam rumah orang tak bagi salam nak buat propaganda pula.
      Lebih baik kau berambus. Aku jubur kau nanti. kau nak?

      Delete
  29. Ramai org felda tu memanglah bodoh pasal kleptokrasi kita pun sama cuma tahu selepas diberitahu tapi yg anihnya sibangang sibangsat yg pandai2 tu masih tak nak terima lagi kata org asing jangan campur hal negara kita itu lagi bangang agaknya binatang seperti lembu dan kambing pun tahu jadi wahai penyamun dan pencuri makanlah duit haram tu sama dengan anak cucu bakinya bawa kat padang mahsyar nanti utk diagih2kan itu lah agaknya malunya malaysia ini

    ReplyDelete
  30. Ramai org felda tu memanglah bodoh pasal kleptokrasi kita pun sama cuma tahu selepas diberitahu tapi yg anihnya sibangang sibangsat yg pandai2 tu masih tak nak terima lagi kata org asing jangan campur hal negara kita itu lagi bangang agaknya binatang seperti lembu dan kambing pun tahu jadi wahai penyamun dan pencuri makanlah duit haram tu sama dengan anak cucu bakinya bawa kat padang mahsyar nanti utk diagih2kan itu lah agaknya malunya malaysia ini

    ReplyDelete
  31. Mat Hillybilly dari Texas:
    Negara aku USofA sajalah yang hebat mengamali demokrasi di dunia ini. Tiada tolok bandingannya. Apa -asi kah yang negara nko amali ni ha, wahai Mat Ikan Tongkol?

    Mat Ikan Tongkol:
    Nko ingat nko sorang je dalam dunia ni yang amali demokrasi? Alo brader, kat negara aku bukan hanya demokrasi yang kami amali. Kat negara aku kami amali demokrasi berperlembagaan. Atau dlm basa hang, constitutional democracy tau tak?

    Mat Hillybilly dari Texas:
    Nko salah eja kot. Maksud nko -asi yang hang amali ialah Najibkasi berperlembagaan.

    ReplyDelete
  32. Orang -orang muda Trg terutamanya menggunakan bahasa slanga "Klepek" merujuk kepada mengambil sesuatu secara senyap-senyap dan dalam keaadan selamba. Perbuatan ini dilakukanan oleh org yg mempunyai akses kpd sesuatu. Jumlah yg diambil tidak lah banyak seperti pencuri yg mengangkut semua jika dia mencuri sesuah rumah yg ditinggalkan penghuni dlm j/masa yg lama.

    ReplyDelete
  33. Nah.. baca ni, penulis dari group LHDN

    Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.

    Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

    Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

    Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

    Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

    Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

    a. Belanjawan Tahunan

    Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.

    Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.

    Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:

    Perbelanjaan (P) Hasil (H)

    2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
    2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
    2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
    2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
    2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
    2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
    2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
    2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion

    b. Hutang Negara

    Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.

    Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

    Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

    1997 RM90 bilion
    1998 RM103 bilion
    1999 RM112 bilion
    2000 RM125 bilion
    2001 RM145 bilion
    2002 RM164 bilion
    2003 RM188 bilion
    2004 RM216 bilion
    2005 RM232 bilion
    2006 RM247 bilion
    2007 RM274 bilion
    2008 RM317 bilion
    2009 RM376 bilion
    2010 RM405 bilion 2011 RM465 bilion
    2012 RM501 bilion
    2013 RM546 bilion
    (Sumber International Monetary Fund)
    2014 RM677 bilion
    2015 RM847 bilion
    (Sumber The Economist)

    Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.

    Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.

    Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.

    Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.

    c. Ketirisan Perbelanjaan

    Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.

    Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaa
    n merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion.



    ReplyDelete
  34. Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

    Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

    Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat.

    GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.

    GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas.

    Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin.

    Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.

    Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.

    MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAG RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT YAKNI CUKAI.
    CUBA KITA KIRA - 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA:
    847000,000,000/30=
    RM28233.3 JUTA, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 BILION.
    JADI JIKA PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2......

    Copy n paste dr group LHDN utk sama2 Kita fikirkn bagai mana utk menghadapi situasi yg genting ini. [truncated by. WhatsApp]

    TOLONG VIRAL KAN AGAR SEMUA RAKYAT TAHU TAK KIRA LA ANDA DI PIHAK YG MANA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Wayne.
      Sedikit pembetulan..
      RM847,000,000,000÷30,000,000
      =RM84,700÷3
      =RM28,233.33 seorang.

      Delete
    2. Saudara Wayne.
      Sedikit pembetulan..
      RM847,000,000,000÷30,000,000
      =RM84,700÷3
      =RM28,233.33 seorang.

      Delete
  35. Assalam Tuan Budin.
    Banyak komen menteri dan cai najib kita dengar.
    Angkara yahudi lah, amerika nak guling kjaan lah dan ada yang samakan dengan situasi di iraq dan syria!
    Seronok baca komen2 orang2 yang desperate.....semuanya jadi hiburan.....kelakar.
    Dok tunggu ni....mana lah tau ada menteri yang akan keluarkan kenyataan bahaya 1MDB bukan sovereign fund dari malaysia tapi 1 Mali or Maldives or Mauritius Development Board!

    ReplyDelete
  36. Nama hamba Hang Najik anak Tun Seri Lajak..hamba tidak dapat bersetuju bila perkataan "kleptocracy" dikatakan berasal dari perkataan yunani..ituuuuu tidak benaaar bahkan fitnah semata-mata. Perkataan ituuu..sesungguhnya berasal dari perkataan melayu jua tuan-tuan hamba! Hamba dan sahabat-sahabat hamba seperti Engku Denan Sempit, Diponogoro Jahed Kumidi, Abang Salih Karabau, Kang Majelan, Abang Man Dahalan dan lain-lain yang seperguruan dengan hamba yang menciptanya..berasal dari perkataan "KELEPEK" ..sepatutnya disebut "KLEPEKTOCRAZY"..tapi..biasalah..dasarrrbenggali puteh..takkan akui kebolehan dan kebijaksanaan anak watan..tambah bengkak hati mareka bila anak watan berjaya mendobi ringgit di negara mareka yang kononnya mempunyai kanun jinayah yang canggih lagi cekap..itu benar-benar mencabar kejantanan mareka..tapi mareka lupaaa..darah pahlawan yang mengalir ditubuh hamba yang diperkasakan lagi dengan mantra guruji yang hamba jemput dari negara Hindustani..hamba pasti mareka akan jadi bingung..akhirnya mareka mendakwa ini semua pekerjaan para jin yang dikuasai oleh Tun Haruan Jin jua..hehehe..

    ReplyDelete
  37. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...