Monday 4 July 2016

PRU 14 BAKAL DILAMBATKAN LAGI!!


Dengan tak semena-mena Lim Guan Eng kini dianggap sebagai wira. Pendakwaan di mahkamah yang dihadapinya menjadikan dirinya semakin dilimpahi sokongan pelbagai lapisan masyarakat.

Di Pulau Pinang semalam, sebagai tanda solidariti, ribuan manusia pelbagai golongan dan lapisan hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan kepadanya.

Di lain-lain tempat, malah di mana-mana, boleh juga didengari rasa curiga rakyat terhadap pendakwaan itu yang mereka sifatkan lebih bermotif politik tujuannya.
Semuanya kini serba tak kena bagi UMNO dan BN. 

Mendakwa Guan Eng di mahkamah tidak menjadikan DAP dan Pakatan Harapan lemah, bahkan tindakan menampilkan Peguam Negara, Apandi Ali sebagai ketua pendakwaraya dan meletakkan jaminan setinggi RM1 juta bagai menambahburukkan lagi keadaan.

Kemudian, tindakan DAP mewujudkan tabung khas untuk orangramai menderma di mana sasaran kutipan berjaya dicapai hanya dalam tempoh 21 jam menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN semakin lemas dengannya.

Dengan kecenderungan ini, sama ada Guan Eng bakal didapati bersalah atau sebaliknya pada perbicaraan yang bermula September nanti, beliau tetap akan dianggap sebagai wira.

Tidak mustahil, jika dipenjara, sokongan yang akan diterimanya lebih melimpah-limpah  lagi.

Dan nampaknya, tarikh pilihanraya juga tidak mungkin diadakan dalam waktu terdekat ini. (SH 04/07/2016).

27 comments:

  1. Semua lapisan masyarakat sudah luat dengan BN.....tapi Saya tetap mereka tetap menang, sebab jentera and SPRM akan berusaha memastikan BN menang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau begitu SPRM telah sesat jalan seleweng dari kebenaran...

      Delete
    2. Dah lama dah SPRM dan jabatan2 kerajaan serta GLC juga raja sultan bahlul bait bahu mambahu demi kejayaan BN.

      Tak sedar2 lagi ka??? Haha..yo la yo.. pagi petang ditipu RTM, Utusan Mesia, Berita Harian.. Hari Jumaat, kene tipu ngan tok imam baca khutbah jaga kebersihan hapuskan aedes.. lailatul qodar.. ilusi melayu cukup gampang siot.. patut la kene tipu dek BN setiap kali nafas disedut..

      Delete
    3. Skrg pula, parti PIS join BN utk pastikan BN monang. Makan dodak lo 1malaysia sampai akhir hayat.

      Delete
  2. Ada terbaca satu komen, acquited and he will be a hero, convicted and he will be a martyr. Betul sangat, sebab either way, BN dah tak ada moral standing lagi dari semua segi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan si DAP tu teladan baik dengan politik dalaman nya yang tidak demokratik sangat. Tapi dengan diri apa lagu sendiri Ahjibgor mahu mendakwa orang lain berasuah? Jangan main politik! Menegakkan prinsip!!!

      Delete
  3. jangan terlena dan percaya pada BiN. mesti waswas sebab kepala thing tank BiN Ma Tiew Kui sentiasa berkempen seperti menyerah leaflet dan roadshow tentang kes rasuah dan penyelewengan Dapigs kepada orang ramai. mereka merancang seperti tahun 1998. banyak lagi tak tau mengenai pemborosan dan 1MDB. sbebab cara penyampaian yang salah. kena buat buku ringkas cam 50 dalil
    kena di kawasan panas seprti di Pagoh, Kedah, Semporna dan Sabah.

    ReplyDelete
  4. Jangan bimbang LGE tidak akan kelihatan seperti wira bila fakta fakta kes ini di kemukakan semasa perbicaraan. Sama macam Annuar, bila kat luar mahkamah berani sangat. Bila dalam mahkamah tak berani beri keterangan pun. Peguam dia pun tak dapat jawab macam mana air mani dia boleh ada dalam dubur Saiful. Wira? Tahanan Politik? Buah kerandut kecut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersahur dgn dedak ke pagi tadi?

      Lagi banyak hujah peguambela DS anwar yg tak dijawap oleh pihak pendakwa.

      Sudah2 lah buat kerja menipu dan berbohong kpd rakyat.

      Delete
    2. Aik...baru lepas makan taik ke?? Komen mcm org tkde akal le nick khalid samad ni...

      Sesekali cuba le makan nasik ye...! Asyik mentekedarah taik siang mlm pagi petang...sampai otak bekarat kaler taik je ko ni...haha

      Delete
  5. Salam EN. Khalid Samad,

    En. kalau tak reti perundangan Islam mahupun perundangan konvensional baik tak usah cakap bulan Ramadhan yang mulia ni.

    Ingat, surah An-Nur ayat 4 tentang amaran Allah menuduh zina (termasuk juga liwat) tetapi tidak dapat mengemukakan saksi.

    Encik yang sepatutnya disebat, dianggap fasik dan pembuktian Encik tidak akan langsung diterima di mana-mana mahkamah Islam!!

    Kes Anwar kalau di mahkamah barat atau mahkamah yang betul-betul Islamik dah kena buang kes, tak perlu dibicarakan pun!!!

    Tak payah cakap banyak sangatlah En. Khalid Samad, beritahu saya, di dalam mahkamah tu mana bukti yang menunjukkan air mani Anwar dalam jubur Saiful???

    Nak jadi fanatik pun jangan tunjuk diri sendiri bodoh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah fanatik , memang jadi bodoh, macam kau lah.

      Delete
    2. Di malaysia ni org melayu sungguh taat pd pemimpin... Kes annuar n najib ada persamaan dr pro masing2 walaupun sudahnyata apa Yg berlaku... Bg mata dia org pemimpin ini tiada Yg salah betul belaka... Ini menjadi bakal bakal pemimpin akan mengumpulkan seberapa ramai pengikut untuk menjadi tulang belakang Yg sanggup bermati matian mempertahankan mereka walaupun bersalah

      Delete
    3. Okaylah En. Anonymous,

      Kata saya fanatik, mana bukti bahawa air mani Anwar dalam jubur Saiful???

      Kalau kita tak setuju dengan Anwar pun, dia tak pernah kenakan GST, harga minyak tak pernah naik, bonus zaman Anwar kurang-kurang berbulan-bulan, ekonomi meningkat 8-10%.

      Tak kisah kalau tak setuju tetapi kenapa fanatik fitnah air mani Anwar dalam jubur Saiful???

      Lepas itu cakap orang lain fanatik. BODOH!!!

      Delete
  6. Tahniah LGE anda memang seorang wira rakyat akan tetap sokong DAP dan Pakatan dlm pru14 umno ni hanya parti haprak saja sekarang oni siapa jadi pemimpin dia ada kuada boleh kayaraya sampai 7keturunan pun tak payah kerja org melayu yg sokongnya hanya jadi tukang sapu bontot saja mengampu

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya Najib terlebih dahulu di bawa ke mahkamah, yang ini semua orang tahu ada kes !!!!!

    ReplyDelete
  8. Tahniah LGE anda memang seorang wira rakyat akan tetap sokong DAP dan Pakatan dlm pru14 umno ni hanya parti haprak saja sekarang oni siapa jadi pemimpin dia ada kuada boleh kayaraya sampai 7keturunan pun tak payah kerja org melayu yg sokongnya hanya jadi tukang sapu bontot saja mengampu

    ReplyDelete
  9. Setiap kali ada isu baru,semua orang berpaling kepada PAS.Mahu dan teruja dengar ulasan dari mulut PAS sendiri terutama dari Presiden atau Timbalannya.Terbaru kes Lim Guan Eng.Masing-masing mahu ulasan dari PAS.Baik dari BN maupun PH.


    Ulasan dari PAS akan menghasilkan "isu yang baru" pula.

    Apabila Lim Guan Eng ditangkap atas kes pembelian rumah,tentunya pihak PH menduga PAS akan jawab seperti Khir Toyo jawab,"Padan Muka". Ini kerana kelibat Lim Guan Eng lah siang malam menyerang dan menghina Presiden PAS. Tentunya musuh akan mengutuk musuh yang berada dalam situasi kesusahan.

    Seperti kes PMNajib,begitulah cara penyelesaian kes LGE.PAS mahu PMNajib dibawa ke mahkamah dan mahkamah akan menentukan samada bersalah atau tidak.Masalahnya,kes PMNajib ini tiada kelibat berani dakwa beliau.Maka ramailah kempunan untuk melihat PMNajib meniti tangga Istana Kehakiman.

    Itu bukan salah PAS.

    Begitu juga kes Lim Guan Eng.Bawa dan dakwa.Lihat hujah dan keputusan hakim.Tiadalah LGE bersalah selagi tiada bukti kesalahan.

    Masalah minta cuti,itu masalah teknikal dan prinsip.Tiada sangkut paut dengan prinsip perjuangan PAS.Peliknya mengapa Khairudin Abu Hasan sekonyong-konyong babitkan PAS dengan isu ini.

    Jika PMNajib tidak mahu letak jawatan,itu bukan salah PAS.Jika LGE mahu kekal jadi Ketua Menteri itu bukan salah PAS.Soal Dr Harun Din minta LGE bercuti itu pandangan peribadi.Mungkin dengan bercuti LGE boleh buktikan dirinya berprinsip.Itu sahaja.Sekadar cadangan dari Dr Harun Din.

    Oleh kerana PAS amalkan politik matang dan sejahtera,semua pihak mahu PAS bersama menyokong di pihak mereka.Mereka ingat PAS jenis parti Cap Ayam ! Boleh jadi khadam mereka.

    Apabila PAS amalkan polisi politik Matang dan Sejahtera,ramai pihak mula beralah,memujuk dan malu mata terhadap PAS.

    Kepada UMNO,tentunya mereka pelik apabila dalam satu situasi PAS memuji UMNO kerana tolong bawa RUU 155 dalam Parlimen dan dalam hal lain,PAS menentang UMNO dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

    Manakala kepada DAP,kematangan PAS membuatkan DAP malu mata terhadap PAS.Apa tidaknya,apabila LGE di dakwa rasuah,PAS masih tidak percaya LGE rasuah sehingga terbukti rasuah.PAS tidak menyerang kepada pihak yang menyerangnya siang malam.

    Cuma kepada PAN,hati semakin sakit dan jiwa semakin merana.Biasalah apabila terbina atas dasar khianat dan dendam ianya berlarutan.Penyakit jiwa.

    Dulu Anwar selalu jadi mangsa atas kejadian berlaku.Anwar punya pasal lah.Kini sejak Anwar duduk dalam sel,PAS pula jadi "kambing hitam".

    Najib tidak letak jawatan,PAS bersalah.
    PAS masuk PRK,PAS bersalah.
    LGE di dakwa,PAS berkomplot.
    PAS bawa RUU 155,PAS ditipu.
    RUU155 diluluskan,PAS berpakat.

    Akhirnya pengkritik PAS akan mati terkangkang dn dalam longkang.Bukan macam LGE boleh mati berdiri.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS tu sekolah pondok.

      Delete
    2. PIS parti Isle.Ahlinya ahli surga. Jgn hina PIS. Dosa besar.Ramai malaikat dlm PIS.

      Delete
    3. Malaikat dalam pis tu perutnya buncit juga ker?

      Delete
    4. Salam En. Anonymous,

      Yang cakap pengkhianat, munafiq haraki, hilang akidah, rosak akidah, tolol, jebon, barua dan lain-lain tu pemimpin DAP ke???

      Parti maki hamun jual agama mensyirikkan Allah dengan mengatakan kalau tak taat kepada PAS hilang akidah, itu nak ikut???

      Fikirlah, Allah bagi otak suruh guna. Bukan suruh ikut orang syirik penjual agama!!!

      Delete
  10. Seorang bekas pemimpin DAP menyelar program ‘Sesi Penerangan Ketua Menteri bersama Rakyat’ anjuran kerajaan Pulau Pinang semalam kerana ia menghina proses mahkamah.

    Bekas setiausaha publisiti DAP Selangor Tan Tuan Tat berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjuran program itu.

    “Apabila Lim Guan Eng didakwa dia tidak boleh berbuat begini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Beliau mendakwa Guan Eng sekali lagi cuba mendapatkan simpati rakyat, seperti yang dilakukannya dalam kes bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pada 1995.

    Dalam kes itu, Guan Eng didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan bagi kesalahan menghasut orang ramai dalam satu ceramah umum dengan mendakwa negara ini mengamalkan undang-undang ‘berat sebelah’, selain penjara 18 bulan atas kesalahan menerbitkan berita palsu.

    “Dulu pun dia buat untuk tarik simpati, tetapi masyarakat sekarang tidak bodoh untuk ditipu setiap kali,” katanya yang mengambil keputusan untuk keluar parti pada 2012.
    Untuk rekod, pertubuhan Amnesty International menamakan Guan Eng sebagai banduan nurani bagi kes itu.

    Sementara itu, Tuan Tat menggesa kerajaan Pulau Pinang disiasat berikutan kemungkinan salah guna kuasa kerana menganjurkan program tersebut.

    “Ini kes peribadi. Guan Eng tidak boleh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri dan setiausaha agung DAP sebagai perisai. Dia patut jawab tuduhan di mahkamah, bukannya di jalanan.

    “Dia mesti meletakkan semua jawatan demi menyelamatkan kerajaan negeri malu. Dia juga patut letak jawatan sebagai setiausaha agung parti,” katanya.

    Kedua-dua kerajaan dan Pakatan Harapan Pulau Pinang sebelum ini memutuskan Guan Eng tidak perlu meletakkan jawatan atau bercuti atas dasar dakwaan tersebut bermotif politik dan peranan ketua menteri tidak akan mempengaruhi badan kehakiman.

    “Adakah Guan Eng ini terlalu istimewa sehingga tak perlu berbuat demikian? Saya kenal dia sudah 18 tahun. Saya harap akan ada pemimpin DAP yang berani tegur perkara ini,” katanya.

    Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 30 Jun lalu mendakwa Guan Eng di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, atas tuduhan salah guna kuasa bagi kepentingan diri dan isterinya dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014.

    ReplyDelete
  11. Salam En. Anonymous,

    Kalau dikira menghina mahkamah DS Najib lah penghina sistem perundangan Malaysia no 1!!!

    Ketua SPRM dan Timbalan yang kata 1MBD ada kes tak disambung kontrak!!!

    Gabernor Bank Negara Tan Sri Zeti yang kata 1MDB ada kes tidak disambung kontrak!!!

    Peguam Negara dipecat diganti dengan si bahlol ni!!!

    Lepas tu Encik highlightkan kata-kata bekas pemimpin DAP bahawa tindakan ini menghina mahkamah!!!!

    Tindakan Najib merosakkan seluruh sistem perundangan negara siap sokong!!!

    Encik ni biul ke hapa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn biul tpi salah mkn obat.. tu yg meracau mcm murai gila tercabut ekor.
      bahlol 16:21 ape yg kau melalut nii...?? kalu dah memejam sebelah mata mana mungkin boleh nampak keseluruhan alam lagi..
      belajar2 lah jadi org yg jujur, kalu pun bukan pd org lain, pd diri pun nak tipu juga kaa...!!

      Delete
  12. Salam En. Anonymous,

    Kalau dikira menghina mahkamah DS Najib lah penghina sistem perundangan Malaysia no 1!!!

    Ketua SPRM dan Timbalan yang kata 1MBD ada kes tak disambung kontrak!!!

    Gabernor Bank Negara Tan Sri Zeti yang kata 1MDB ada kes tidak disambung kontrak!!!

    Peguam Negara dipecat diganti dengan si bahlol ni!!!

    Lepas tu Encik highlightkan kata-kata bekas pemimpin DAP bahawa tindakan ini menghina mahkamah!!!!

    Tindakan Najib merosakkan seluruh sistem perundangan negara siap sokong!!!

    Encik ni biul ke hapa???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...