Sunday, 31 July 2016

MAHFUZ TANYA, NAJIB ADA MASALAH PENDENGARAN KE?


Kenyataan Media Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

1. Khairul Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam sidang media di balai polis pada 26 july 2016 selepas beliau membuat laporan polis terhadap tiga Tan Sri menyatakan dengan jelas yang dia mewakili Pemuda Umno. Dalam erti kata lain *budak Khairul buat laporan polis terhadap tiga Tan Sri dalam pengetahuan dan pesetujuan Pemuda Umno serta dalam pengetahuan Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno*. Khairy Jamaludin adalah ahli mesyuarat MT Umno yang bertaraf Naib Presiden.

2. PM Najib kurang pendengaran ka sehingga berkata laporan polis yang budak Khairul buat atas sifat peribadi. Bukan atas nama Umno. *Najib jangan memperbodohkan rakyat. Najib dan Umno jangan cuba untuk memisah diri dari laporan polis yang budak khairul buat*.

3. Tolonglah mengaku yang budak Khairul buat *laporan polis atas restu Najib dan Umno untuk melindungi dan mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu perompak negara yang memiliki kekayaan hasil penyelewengan dan pencurian wang 1MDB* kepada isu kononnya ada pegawai dan bekas pegawai tinggi kerajaan nak guling PM Najib dan kerajaan Malaysia dengan menjual maklumat kepada Amerika Syarikat.

4. Persoalan yang timbul kenapa Najib sendiri yang bagi kenyataan dan tidak dua Naib Presiden. Kenapa Najib ambil masa hari ke 4 selepas laporan dibuat untuk buat kenyataan. Kenapa Khairy Jamaludin (KJ) Ketua Pemuda Umno hanya menyatakan tindakan laporan budak Khairul Naib ketua Pemuda Umno tiada kena mengena dengan Umno dan Pemuda Umno dan itu hal peribadi budak Khairul sehari selepas Najib. *Kenapa Khairi tidak menyatakan  pendirian selepas budak Khairul buat laporan Polis pada 26 July 2016*. Kenapa 30 July 2016 baru buat kenyataan. Kenapa tunggu Najib buat pendirian dahulu. Jelas *Pemuda Umno hanya jadi pak turut, tak ada telur*.

5. Pemuda Umno tidak membawa suara keberanian anak muda. Pemuda Umno tidak menghayati pepatah berani kerana benar. *Pemuda Umno berdiri atas takutkan dedak tidak melimpah ke mulut*. Umno dan Pemudanya takut dengan *gelombang kemarahan rakyat khususnya pegawai kerajaan yang merasai mereka tidak lagi dilindungi walaupun kerja betul yang mereka lakukan seperti yang dilakukan oleh tiga Tan Sri*.

6. Saya percaya rakyat khususnya pegawai dan kakitangan kerajaan tidak akan mempercayai helah Umno kononnya budak Khairul buat laporan polis atas sifat peribadinya. *Rakyat tetap mempercayai tanpa restu Umno budak Khairul tak akan berani buat laporan tersebut dengan membuat tuduhan jahat terhadap tiga Tan Sri yang telah berkhidmat dan menyumbang jasa yang besar pada Malaysia*.

#BeraniKeranaBenar
#TakutKeranaTakadatelur
#SelamatkanMalaysia.

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
5pm Taman Malewar KL
31July 2016/26 Syawal 1437H.

42 comments:

  1. Benteng umngok kleptokrasi masih kukuh.

    1. Benteng ahlul bait
    2. Benteng penguatkuasa
    3. Benteng media massa
    4. Benteng politik agama dan bangsa
    5. Benteng dedak

    Hanya pengampu, pendedak penjilat dan pemakan dedak hidup harmoni dengan tong taik umngok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Gani dan Kassim kena.
      Aku tak heran kerana banyak dosa.
      Padan pun muka mereka.
      Tetapi Zeti, ini sudah melampau.

      Delete
    2. Kalau lebih melampau sekalipun, rakyat tetap boleh berdoa saja. Tukar Najib jadi Taya Lori pun x boleh.

      Allah Taala x perkenankan doa sbb rakyat bacul. Org bacul doanya payah dimakbulkan. Rakyat bukan teraniaya, tapi BACUL.

      Faham maksud bacul dulu. Baru tahu kenapa payah doa nak makbul.

      Delete
    3. https://www.youtube.com/watch?v=AQERzlHjjZ0

      Dah 5 tahun dah video ni kluaq.. melayu x pedulik pun.. aku rasa hang Budin, cuba buat tagline video ni kat blog hang.. sikik hari Najib huluq dedak macam ayaq sungai la masuk akaun hang..

      Anak mahathir beli bisnes arak RM2900 juta cash.. beli esso malaysia RM1700 juta cash.. sama ligat macam Najib jugak..

      Tu blom kira dan check akaun Muhyiddin Yasin dan Shafei Pak Bedal lagik tu..

      Menteri Shahrizat pun senang2 boleng RM250 juta.. SIAP SUMER GOMEN AGENSI COVER UP GILER2 lagik..

      Kes terpencil ker ha?

      Delete
    4. 11.46....anak mahathir buat busines minta duit nenek kau?
      Dia tidak jual tanah air port sg besi....tidak jual tanah quater jalan ceras!!. Dia tidak suruh gomrn jadi penjamin.
      Tapi bapak tiri hang pinjam duit suruh gomen jamin...jual tanah gomen bayar hutang.
      Hang ini jenis makan dedak takda rasa tanggung jawab pada negara sendiri...malaysia nak hancur pun tak kesah janji hang dapat dedak.

      Delete
    5. Bro anon 1146..kes anak mahathir,tsmy dan shafie apdal tu xde fakta kes mahkamah..jd org x nak ambik port sgt..
      Tp tang shahrizat lembuuu tu kantoi masok mahkamah..satu Malaya tau..
      Jadi apa cadangan tuan untuk tindakan susulan ke atas 4 orang individu tersebut..kami Melayu bawahan ni SANGAT PEDULI perkara tersebut..

      Delete
    6. “Sudah-sudahlah keluarkan kenyataan berbelit. Kita bukan sahaja mahu tumbangkan Perdana Menteri tetapi Barisan Nasional (BN) keseluruhannya”


      Itu kenyataan Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar yang dipercayai ditujukan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mula mempersoalkan sumbangan PAN dalam Pakatan Harapan sejak parti serpihan PAS itu tewas dalam dua Pilihan Raya Kecil baru-baru ini.

      Kata Fakhrulrazi, beliau selaku pimpinan PAN tidak akan berdiam diri bila partinya dihina dan diperlekeh dengan memberi peringatan sejarah Tentera Al-fateh yang kecil boleh menumbangkan kerajaan byzantine yang besar.

      “Paling menduka citakan apabila ada yang sanggup memperkecilkan kemampuan rakan kompenen pembangkang sedangkan mereka lebih mesra dengan BN.

      “Jangan kerana sayangkan jawatan sanggup gadai kepentingan rakyat dan hasrat rakyat. Kuasa yang dimiliki ini hanya sementara. Jangan sampai peluang yang ada kini terkubur dek sikap kita yang berbelit kata.

      “Lama dan baru bukan ukuran, cuma yang bodoh berfikiran begitu,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

      PKR baru-baru ini menuduh DAP dan PAN punca Pakatan Rakyat berkubur pada tahun lalu menyebabkan PAS tersingkir daripada gabungan parti pembangkang.

      Tuduhan itu dibuat kerana PKR tidak bersetuju dengan cadangan DAP untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal di Pulau Pinang.

      PKR tidak yakin Pakatan Harapan dapat mengekalkan penguasaan di Pulau Pinang kerana akan berlaku pertadingan tiga penjuru dengan PAS.

      DAP mahu mengadakan PRN lebih awal bagi memperkukuhkan kedudukan parti itu di Pulau Pinang disebabkan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berhadapan perbicaraan kes rasuah dan salah guna kuasa di Mahkamah.

      PAS sebenarnya disingkirkan oleh PKR dan DAP daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dilihat boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pakatan.

      “Fokus kuatkan Pakatan Harapan yang sudah terbina bukan berlakon bersama Pakatan Harapan tetapi lebih nak menjaga perasaan mereka diluar pakatan. Jangan jadi hipokrit,” kata Mohd. Fakhrulrazi lagi.

      Delete
    7. Pimpinan DAP dan PKR patut berasa malu dengan cara mereka menangani perbezaan pendapat dalam isu pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang. Walaupun kedua-dua parti berdiri di landasan yang sama dan juga berdiri sama tinggi, kegagalan mereka untuk menangani isu ini dengan baik menyebabkan tercetusnya perbalahan di kalangan pimpinan dan akar umbi masing-masing.

      Saya masih ingat apabila Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 2008 rakyat Malaysia seumpama diberikan peluang untuk menekan butang “reset” untuk negara ini. Butang reset ini penting untuk menghapuskan masalah rasuah, salah guna kuasa, ekonomi yang tidak menentu dan ketegangan agama dan kaum. Anak muda macam saya berasa teruja dengan masa depan negara ini walaupun hanya belajar di sekolah menengah pada waktu itu.

      Selepas menjejak kaki ke menara gading saya pula berkecimpung dalam aktivisme mahasiswa dan mula bekerjasama dengan parti politik khususnya DAP dan PKR. Oleh sebab aktiviti kami yang sering melibatkan demonstrasi jalan raya maka tidak hairanlah untuk kami bermalam di lokap. Peguam yang datang tolong kami juga daripada DAP atau PKR.

      Kami ditahan pada 1 Ogos 2015 di pasar raya Sogo sebab menganjurkan demonstrasi #TangkapNajib sempena skandal 1MDB yang baru meletup. Turut ditahan bersama saya aktivis daripada kumpulan anak muda Demi Malaysia yang dipimpin Adam Adli.

      Kami disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang mengatakan kami melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen. Saya hairan kerana sejak bila melaksanakan hak untuk berhimpun yang dijamin di bawah Artikel 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan boleh dikatakan sebagai melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

      Saya masih ingat peguam kita yang datang untuk membantu kita semasa prosiding reman. Ada dalam kalangan mereka merupakan pimpinan DAP dan PKR masing-masing. Gobind Singh Deo, Lim Lip Eng dan Thomas Su merupakan ahli Parlimen DAP sedangkan Sivamalar Genapathy dan Melissa Sasidaran merupakan pemimpin wanita dan anak muda dalam PKR.

      Saya juga tidak melupakan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Cyrus Tiu, Rajsurian Pillai, Dinesh Munthal dan John Das. Begitu juga dengan peguam daripada NGO masyarakat sivil seperti Dato Ambiga Sreenevasan dan Eric Paulsen.

      Mereka bekerjasama untuk kepentingan yang sama iaitu tegakkan keadilan dan mempertahankan demokrasi. Saya menceritakan semua ini kerana saya percaya sebagai manusia kita perlulah tahu mengenang budi dan jasa orang yang pernah tolong kita dan saya percaya kebersamaan ini pada waktu susah lebih kuat daripada faktor yang memecahbelahkan kita.

      Setahun berlalu dengan sekelip mata dan saya kini melangkah keluar ke dunia pekerjaan tetapi idealisme dan semangat saya tetap kuat dan ingin melihat perubahan di tanah air yang tercinta ini. Namun banyak benda berubah belakangan ini. Pakatan Rakyat kini berkubur tanpa batu nisan manakala gabungan baharu Pakatan Harapan dengan parti Amanah masih kurang meyakinkan rakyat jelata perubahan kerajaan pusat akan berlaku dalam masa terdekat.

      Delete
    8. Soalan yang sering ditanya adalah ke mana hala tuju kita ataupun Quo Vadis dalam bahasa latin.

      Parti pembangkang mula tunjuk kelemahan dalam pentadbiran masing-masing dan sering terlibat dalam perebutan kerusi, perbalahan sesama pimpinan parti dan juga serangan peribadi antara pimpinan parti pembangkang.

      Keadaan ini tidak dibantu dengan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga berdepan dengan pendakwaan di mahkamah. Isu yang paling hangat di Pulau Pinang adalah spekulasi pilihan raya mengejut dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

      Isu pilihan raya mengejut ini kini mendapat liputan media dengan komen pimpinan DAP dan PKR dengan kritikan dan tuduhan yang dilemparkan antara satu sama lain. Isu ini pada pandangan saya sekiranya DAP bertegas hendak menjalankan pilihan raya mengejut hendaklah mendapatkan kebenaran rakan daripada parti PKR dan Amanah.

      Keputusan ini melibatkan semua pihak dan berdasarkan prinsip setia kawan dan solidariti jikalau salah satu parti membantah keputusan tersebut pilihan raya mengejut ini tidak haruslah diteruskan. Sekiranya DAP masih dengan egonya untuk meneruskan hasrat mereka tanpa persetujuan PKR dan Amanah maksudnya DAP tidaklah banyak berbeza daripada Umno.

      Malang sekali pimpinan DAP dan PKR membawa perbezaan pendapat mereka ke ruang awam dan berpaksikan satu pertunjukan yang tidak senang dilihat orang awam khususnya penyokong masing-masing.

      Keadaan bertambah teruk apabila macai parti masing-masing ambil peluang ini untuk membodek pimpinan masing-masing dengan menyokong pendirian parti mereka. Macai ini kemudian menyerang antara satu sama lain di media sosial. Tindakan mereka langsung tidak mencerminkan semangat ukhuwah yang ditonjolkan masing-masing pada 2008 dan 2013 semasa pilihan raya umum.

      Saya mengakui kini setiap parti dalam Pakatan Harapan mempunyai kepentingan masing-masing daripada segi perebutan kerusi, jawatan kerajaan negeri dan berlumba-lumba mengejar habuan dalam bidang politik. Setiap kritikan yang pernah dilontarkan mereka terhadap Umno dan BN kini boleh digunakan balik terhadap mereka. Dan di mulut rakyat jelata dan mula kami mendengar kata-kata Pakatan Harapan tiada banyak perbezaan dengan BN.

      Yang menghairankan saya adalah ke mana perginya suara anak muda dalam parti pembangkang yang selalunya menjadi suara hati nurani. Anak muda parti pembangkang dilihat menyokong sebulat-bulatnya keputusan orang tua dalam parti. Mungkin cara terbaik untuk mendapat dedak daripada parti adalah menjadi Pak Turut. Tetapi lama kelamaannya kita akan melihat kesan buruk yang bakal datang ke parti tersebut.

      Budaya tanggungjawab kolektif dalam politik adalah untuk mewujudkan kebersamaan dalam tindakan dan bukannya budaya Pak Turut semata-mata. Sekiranya kita mengikut jejak langkah ahli Umno dan BN yang membuta tuli menyokong pimpinan yang melakukan kesalahan maka kita sememangnya tiada perbezaan dengan mereka yang kita mengutuk.

      Sudah tibanya pimpinan DAP dan PKR perlu mengakui mereka tidak akan menang PRU14. Mereka perlu mengakui banyak kesilapan dilakukan dalam pentadbiran mereka sepanjang pilihan raya umum yang lepas hingga sekarang. Dan selepas berani mengakui kesilapan tersebut bolehlah mereka memperbaiki kelemahan masing-masing dan kembali ke pangkal jalan.

      Saya menyeru anak muda dalam parti pembangkang melaksanakan peranan tradisi masing-masing sebagai suara imbang kuasa dan bersuara terhadap pimpinan parti masing-masing yang membawa kita ke mana kita berada pada hari ini.

      Masa untuk menjadi lena dan leka sudah berakhir. Ketahuilah selepas pemenjaraan dan pendakwaan terhadap pimpinan masing-masing akan meninggalkan satu vakum atau ruang kosong yang perlu diisi untuk meneruskan perjuangan masing-masing. Tetapi perjuangan tersebut tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya anak muda masih terikut-ikut dengan politik lama dan enggan memeluk idealisme politik baru.

      Delete
  2. let najib do whatever he want. all malaysiam knows that najib is a big thief.
    and every malaysia knows that najib is teally worried right now. najib knows he cannot escape once america proceed to charge 1MDB.
    hg buat la apa yg patut najib. lubang hg gali dah besaq dah. dah tak boleh kambuih dah.
    kami rakyat malaysia dok tengok hg dok berjoget la.
    HARAM JADAH PUNYA NAJIB

    ReplyDelete
  3. Bantahan rakyat 31 ogos seluruh negara
    Gabungan pecat. Tangkap najib hanvur umno bn

    ReplyDelete
  4. barisan najib
    banyak najis
    banyak nafsu
    banyak nangoi
    banyak nipu
    bnayak noda
    bnayak nanah
    barisan neraka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli neraka jahanam depa semua tu,
      Tiada apa lagi yang boleh di lakukan oleh rakyat malaysia di waktu sekarang ni,kebanyakan badan penguatkuasa di bawah bidang kuasa mereka termasuklah penagih dedak BRIM dan 1.6juta gomen staff iaitu penyokong sanggup mati tercekik dedak masih ada,hiduplah PM untuk selamanya..

      Delete
  5. Zaman umno susah dulu memang ramai pemuda harapan bangsa. Sanggup hidup susah kerana mendahului kepentingan anak bangsa lebih daripada kepentingan peribadi. Apabila umno dah ada harta hasil pejuangan dan keringat pemimpin yg terdahulu. Ibu pejabat pun tinggi melangit di Putra World Centre. Duit pun bermilion. Perjuangan dan amanah para pemimpin yg terdahu langsung tidak diingati lagi.

    Umno berubah menjadi sebuah kolomongerat. Bukan lagi sebuah parti yg dulunya didominasikan oleh guru guru yg menjadi kepercayaan dan harapan orang2 Melayu.

    Kami hari ni telah menjadi orang2 tua yg langsung tidak dikenali lagi jauh sekali dihiraukan.

    Kalau dulu kami menaiki keretapi dan tinggal dirumah tumpangan untuk menghadiri mesyuarat pemuda di kuala lumpur hari ini kami hanya menjadi penonton setia telivisyen untuk mengetahui perkembangan umno.

    Aku selalu tertanya tanya dimanakah silapnya kami dulu sehingga pemuda umno hari ini sanggup menjadi tunggul dan Mr. Yes man sahaja.

    Pemuda umno hari ni bukan lagi menjadi kumpulan pendesak sebaimana kami dulu tetapi hanya menjadi sayap saja dan mudah dikepit.

    Apa dah jadi kepada Tan Sri Musa Hitam.

    Alfatehah aku hadiahkan kepada Allahyarham Syed Jaafar Albar Singa UMNO. Penergian mu cukup aku rasai.

    Patah tetap akan tumbuh. Tapi hilang belum berganti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tuan..
      Umno hari ini memecah belahkan orang Melayu,mengajar bangsa agar bertuhankan duit,mengajar pemuda jadi samseng daripada menjadi pejuang,menghina martabat bangsa sendiri,menjatuhkan maruah dan membusukkan nama bangsa..
      Kepimpinan dato seri fulan bin Tun Razak ni cuba mencipta nama dan legasi dgn cara paling kotor..mencedok idea pemimpin terdahulu slps itu dicemuh kembali pemimpin tersebut..hina sekali tindakan nya itu..blom yg bab skandal2 lain lagi..
      Orang2 spt ini tak patut diberi peluang lagi. Tunggulah hari pembalasan kelak..perbuatan anda semua sedang diperhatikan..
      Kpd anak muda,sedarlah,bangkitlah dari lena kemewahan,kesenangan yg tak akan kekal lama ini..kembalilah kpd perjuangan sebenar..





      P/s: lagu "KAMI ORANG MELAYU daripada kumpulan KEMBARA didekasikan khas utk pembaca berbangsa Melayu..hayatilah bait2 liriknya..sekian..

      Delete

    2. Sangat setuju dengan pendapat 23.57.

      Pada zaman waktu itu semuanya dilakukan secara ikhlas. Keluar duit poket sendiri untuk menampung segala aktiviti. Perjuangan Pemuda UMNO waktu itu yang suci dan ikhlas demi Alif, Ba, Ta.

      Namun itu semua berlalu selepas berakhirnya era Datuk Suhaimi Kamaruddin.

      Insan yang menyusul selepasnya membawa politik wang, pink form dan ahli korporat.

      Maka tersingkirlah dominasi guru dalam UMNO dan politik lurus dan bersih dan digantikan oleh politik wang dan projek untuk kepentingan diri masing-masing.

      Mungkin sekarang ini merupakan hari-hari terakhir UMNO yang korup dan penuh tipu daya ini memerintah sebelum ianya dikuburkan.

      Wallahualam.

      Delete
    3. Perjuangan UMNO dulu bermula daripada kampong2 sahaja.Dulu zaman susah. Anak2 muda byk yg tercicir dari alam persekolahan kerana kudrat mereka amat diperlukan bagi membantu ibu bapa. Kehidupan orang2 Melayu dulu cukup daif. Kemiskinan adalah musuh yg paling utama.

      Anak gadis melayu dulu berkahwin dalam usia yg amat muda. Usia yg sepatutnya dihabiskan dibangku sekolah. Usia 17 tahun dikira tua kalau belum berkahwin. Begitu juga dgn pemuda melayu. Usia 18 tahun wajib berkahwin.

      Tugas guru2 masa itu masuk kampong keluar kampong untuk mumujuk dan merayu kpd ibu bapa supaya menghantar anak2 mereka ke sekolah. Ini lah peranan guru2 dalam UMNO ketika itu. Kelas dewasa dibuat diwaktu malam. Segala galanya adalah percuma. Tidak pernah mengharapkan sebarang balasan. Akhirnya kami berjaya membasmikan buta huruf dikalangan orang2 melayu. Tidak ada berita yg paling gembira kpd kami ketika itu selain dapat melihat anak2 melayu melangkah kaki ke menara gading.

      Untuk melihat anak melayu sampai ke menara gading yg cuma ada di kuala lumpur ketika itu. Orang2 melayu masa itu sanggup bergolok gadai kerana ingin membantu sesama sendiri. Ada yg sanggup jual ayam di reban. Lembu di kandang kerana terlampau gembira dan ikhlas membantu.Masjid dan surau berperanan memungut derma ikhlas untuk menampung perbelanjaan se orang anak melayu untuk sampai ke menara gading.

      Begitulah perjuangan kami dahulu.

      Delete
    4. Umno bermula rosak sejak makhluk yg sudah kena kurung(bulan puasa syaitan kena ikat) memegang tampuk kuasa dan bercita tinggi.
      Sejak itu umno mulai rosak moral secara meluas.
      Bila penyamun ambil alih...umno tak dapat diperbaiki lagi.
      Eloklah sangat Tun M tubuh parti baharu....saya akan berkempen secara percuma untuk parti Tun M.

      Delete
  6. 31 ogos buat demo ramai2 di setiap negeri.klu syg malaysia mobilisasi rakyat harus digerakan untuk melumpuhkan kleptokrasi.#patriot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Jangan di KL sahaja.
      Meliputi setiap negeri termasuk;
      Johor Bahru
      Alor Setar
      Kota Kinabalu
      Seremban
      dan
      Kuala Terengganu.

      Delete
    2. Saya tak setuju 31 Aug.

      Kalau nak buat,buat hari lain.
      Walaupun marahkan kerajaan bagaimana sekali pun,buat hati lain.31Aug kan hari merdeka, pihak kerajaan ada program dan orang comfirm ramai.jangan nanti ada pertembungan dan sesuatu kejadian tak di ingini berlaku.biarlah resional sikit kalau nak buat sesuatu perkara.Ok??

      Delete
    3. ingat, 31 ogos kemerdekaan malaya.
      bukannya kemerdekaan malaysia.
      ingat, 16 september kemerdekaan malaysia.
      bukannya kemerdekaan malaya.
      ingat, malaya, sarawak dan sabah
      digabungkan menjadi malaysia.
      bukannya sarawak dan sabah negeri dalam
      malaysia seperti johor atau selangor.
      orang sarawak dan sabah patut faham ini.
      taraf malaya, sarawak dan sabah adalah sama.

      Delete
  7. Najib tak pekak sama sekali,tetapi dia giler kuasa dan tamak nauzubillah ..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah miring hilang akal! Bila dipecat nanti tak payah hantar ke Sg. Buloh. Sana takde fasilitas untuk si gila hilang kuasa secara peribadi.

      Delete
  8. Najib, KJ, macai2 UMNO pengecut, penakut, BACUL. Luar je tampak macho. Selak dalam...kocut macam bijik sawi!

    ReplyDelete
  9. telur setengah masak aje yang

    ReplyDelete
  10. Tak pernah dalam sejarah Malaya Malaysia kerajaan dan pemimpinnya begitu keparat dan tak ada maruah. Demi wang dan kedudukan UMNO ditunggang oleh pemimpin2nya yg keji budi pekerti tingkahlaku.

    ReplyDelete
  11. Umno,mca,mic,gerakan,ppp semua harus hilang dari bumi malaysia.semua bangsat dan haram jadah

    ReplyDelete
  12. Marilah 31 ogos ni kite brkumpul. Sama2 dtg menonton dan mnyambut kmerdakaan negara. Tunjukkn sokongan utk perjuangan membebaskn negara dri kleptokrasi. Semua pegawai kerajaan ptut trun dn bwk ahli keluarga. Sama2 kite tuntut kmerdekaan.

    ReplyDelete
  13. Tak terduga buat petama kalinya saya menyokong mahfus Omar, steady orang kampung

    ReplyDelete
  14. Bukan saja hilang pendengaran tetapi telah hilang akal tak tahu nak beristigifar nanti dipadang mahsyar baru tersedar kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nah, ini Malaysian official nombor 1 bergaya macam khalifah tapi malangnya bukan daripada yang "dapat petunjuk (rashidin)"! Dia curi dari Baitul Mal ummat muslimin, untuk memegahkan sendiri dan keluarganya ... munafik haramjadah!

      Delete
  15. Bukan saja hilang pendengaran tetapi telah hilang akal tak tahu nak beristigifar nanti dipadang mahsyar baru tersedar kot

    ReplyDelete
  16. Baru blk dari kelantan menhadiri kenduri. Sedih betapa masih ada yg tidak tahu tentang kemelut yg melanda negara kita. Sumber maklumat hanya dari paper dan tv bn shj.

    Sebenar nya depa zero knowledge tentang bagaimana wang kita disonglap oleh penyamum penyamun yg bergelar YB. Saya terpaksa membuat penerangan semampu saya.
    saya dapati amat mudah mematah hujah hujah depa,

    Dari sini jelas yg kita yg sayangkan negara dan bangsa ni kena turun membuat penerangan sebanyak dan seramai mana yg boleh. Jika kita blh menyakin saorang saja pun sudah memadai kerna dari situ kita akan mendapat 10 lagi saudara mara dia.

    Selamat berjuang melawan pelesit2 penyebab musibah ni bagi memudahkan penambahan ahli kepada parti yg akan ditubuhkan kelak. Berjanjilah yg kita tidak akan berhenti selagi mereka mereka ni turun dan berhadapan dengan muka pengadilan dan seterus nya diberi hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Bangsa kita berhak mendapat pemimpin yg tulus, iklas dan beramanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..kena rajin beri penerangan..kalau x smpai bila2 pon org kampong xtau cerita sebenar..nak harapkan info dari whtsapp,fb dan sewaktu dgn nya blom tentu cqpai target..line internet pon blom tentu ada kat kampung2.
      Kalau nak lagi advance,ikut cara lama..edar risalah yg boleh difotostet secara pukal..selitkan sekali kronologi prestasi burok pentadbiran jibby dan plan money laundering 1mdb bg sng org kampung phm..hehe..
      Amcm?ok..?

      Delete
    2. Kita tak perlu angkat senjata untuk jihad....kita perlu angkat pen dan buka mulut memberi penerangan kpd kawan dan saudara mara kita.
      Kita perlu selamat kan negara kita....kita perlu beri penjelasan sabenar 1MDB kepada mereka.

      Delete
    3. Ini jihad dizaman kita. Datuk nenek kita dah pun memberi kita sebuah negara. Kini tugas kita pulak memelihara negara ini dari makluk2 perosak. Tak perlu lagi kita meninggalkan negara yg baik kepada anak cucu kita tetapi kta tinggalkan kepada mereka manusia yang baik dan amanah memerentah negara ini

      Delete
  17. Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata hari ini bahawa kepercayaan dan keyakinan di antara ahli Pakatan Harapan telah “lama hilang”.


    “Mereka tidak bertindak sebagai satu parti perikatan. Berdasarkan satu sidang media yang diadakan oleh (Lim) Guan Eng, jelas beliau kelihatan tidak begitu gembira tentang hakikat itu,” kata Khoo kepada portal FMT.

    Khoo memberikan komen terhadap sebuah sidang media yang diadakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam, mengumumkan bahawa DAP telah membatalkan niat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk membuka laluan kepada pilihan raya mengejut susulan bantahan PKR.

    Ketua menteri itu berkata keputusan DAP tersebut dibuat selepas pucuk pimpinan sekutunya, termasuk timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, tidak bersetuju dengan idea pilihan raya mengejut dan adalah menjadi pegangan partinya bahawa persidangan hanya boleh diadakan dengan persetujuan tiga lagi parti yang lain.

    ReplyDelete
  18. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan ahli perniagaan kelahiran negara ini, Jho Low supaya pulang jika beliau tidak dapat mencari tempat yang selamat berikutan tindankan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang mengaitkannya dengan dakwaan penyalahgunaan dana berkaitan 1MDB.


    Dalam satu kenyataan media yang sarat dengan sindiran, Tuan Ibrahim berkata, memang tidak ada tempat lain yang lebih selamat untuk Low.

    “Apabila Jho Low kembali ke Malaysia, yakinlah dia akan dirai. Malah akan dijemput makan bersama oleh VIP-VIP untuk membincangkan projek seterusnya,” katanya.

    Tambahan pula, kata Tuan Ibrahim, ahli perniagaan itu pasti lega dan berasa lebih yakin kerana Akta Majlis Keselamatan Negara sudahpun berkuat kuasa.

    “Baliklah Jho Low. Tak perlu malu-malu. Nak berjoli, berjolilah di Malaysia, sekurang-kurangnya duit yang ada itu digunakan di dalam negara.

    “Malah, kerajaan boleh kutip GST lagi,” katanya.

    Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim berkata, Malaysia Official 1 pun boleh terasa lega, kerana Low tidak akan direman di mana-mana negara.

    Menurut pemimpin PAS itu, di Malaysia, 1MDB walaupun kelihatan cacat, akan tetapi ia tidak kelihatan cela dan pelbagai agensi kerajaan menyatakan tiada duit yang hilang daripada 1MDB, dan tiada siapa yang melakukan kesalahan.

    “Setakat ini, isu 1MDB masih tiada kes di Malaysia meskipun ia digembar-gembur merata dunia.

    “Bukan itu sahaja, malah di Malaysia, mereka yang menyoal 1MDB akan disiasat, bukan sebaliknya.

    “Mereka yang meneka siapa Malaysia Official 1 akan dipanggil. Di sini, tiada kes sivil untuk menyita harta meskipun ada duit berbilion masuk ke akaun peribadi,” katanya.

    Selain daripada Low, tuntutan mahkamah DOJ juga menamakan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.

    Antara lain, dana 1MDB didakwa digunakan untuk membeli hartanah mewah, karya seni mahal, menyelesaikan hutang judi, dan juga membeli kapal terbang dan kapal layar.

    ReplyDelete
  19. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...