Sunday 17 July 2016

PATUTLAH 'KOTOR' NAJIB PUN TAK NAMPAK!!


Dua  pemimpin UMNO (kali ini malas nak sebut nama) memberi ulasan yang agak pelilk berhubung parti baru yang akan ditubuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Seorang daripadanya berkata, dengan penubuhan parti baru itu ia merupakan tamparan buat PKR, DAP dan Amanah kerana ia menunjukkan ketidakyakinan bekas Perdana Menteri itu terhadap ketiga-tiga parti sedia ada itu.

Kalau Tun Mahathir yakin dengan rakan-rakan dalam pembangkang, beliau tidak perlu keluar daripada persaraannya untuk menubuhkan parti sendiri, kata pemimpin tersebut.

Seorang lagi pemimpin UMNO pula berkata, penubuhan parti baharu itu sebagai bukti Pakatan Harapan tidak menerima Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz, untuk menyertai mana-mana parti sedia ada.

Kata pemimpin terbabit, Pakatan Harapan tidak sedia menerima pemimpin seperti Tun Mahathir kerana tahu niatnya menyertai pakatan berkenaan adalah untuk menaikkan anaknya, Mukhriz.

Tidakkah komen dan reaksi kedua-dua pemimpin tersebut kelihatan pelik? 

Apakah sebagai menteri, mereka tidak sedar bahawa penubuhan parti baru itu telah pun dialu-alukan oleh Pakatan Harapan sebelum pun ia ditubuhkan lagi?

Tidakkah kedua-dua menteri itu sedar bahawa selepas Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan, bekas Perdana Menteri itu sudah membuat pengumuman bahawa sebuah gabungan pembangkang baharu melihatkan PKR, DAP, Amanah dan parti yang akan ditubuhkannya akan muncul untuk menyaingi BN dalam pilihanraya akan datang?

Lebih dari itu, meskipun dengan adanya parti baharu, ia bukan bermakna wujudnya permusuhan atau perselisihan sesama sendiri, sebaliknya tetap bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menentang BN.

Dengan semua alasan itu, maka di mana munasabahnya hujah kedua-dua menteri terbabit?

Penubuhan parti baru sama sekali tidak ada kena kaitan dengan soal ketidakyakinan Tun Mahathir untuk menyertai PKR, DAP dan Amanah atau sebagai bukti Pakatan Harapan tidak mahu menerima kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke dalam mana-mana parti.

Penubuhan parti baru itu sebenarnya lebih bertujuan untuk meluaskan lagi jangkauan sokongan di kalangan rakyat, di samping mengekalkan sokongan sedia ada untuk menghadapi BN dalam pilihanraya akan datang.

Bukankah lagi banyak parti lagi meluas jangkauan sokongan yang boleh dicapai?

Jika kewujudan satu parti merupakan sesuatu yang lebih baik, mengapa tidak ditukar saja BN menjadi sebuah parti tunggal yang dianggotai oleh  semua komponennya?

Soalnya, adakah kedua-dua pemimpin tersebut tidak melihat kewujudan sokongan yang sudah ditunjukkan oleh Pakatan Harapan terhadap Tun Mahathir itu?

Tidakkah mereka  juga melihat bagaimana bukan sekadar sokongan yang diberikan, malah hubungan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dengan Tun Mahathir turut makin akrab sejak akhir-akhir ini?

Adakah sesuatu yang pelik apabila perkara semudah itu pun tidak mampu dilihat oleh kedua-dua menteri tersebut?

Ia tidaklah pelik sebenarnya, sebab itu pemimpin yang sama tidak nampak "kekotoran" yang ada pada Najib, tidak nampak isu 1MDB, tidak nampak memiliki wang ribu-ribu juta sebagai suatu kesalahan, tidak nampak pembaziran serta macam-macam salah laku yang lain dan terus mempertahankannya, meskipun seluruh dunia sedang memandang serong dan mencemuh Perdana Menteri kita. (SH 17/07/2016).

37 comments:

  1. Itulah contoh Menteri BANGANG!

    ReplyDelete
    Replies
    1. menteri2 BN ingat rakyat malaysia ni bodoh...tak tahu nenilai.....

      Delete
    2. Dulu najib pun pernah kata menteri2 dia bangang. Sebab itu ismail sabri bertukar untuk jadi agresif akhir2 ni tapi segala apa yg dia kata tetap bangang juga. Jadi kita gelar dia mail bangang

      Delete
    3. Menteri2 tahap SRP. Di kedah kalau ada SRP dah boleh menjadi MB.

      Delete
    4. Itu yg dok sapu kayu balak sampai habis tu.

      Delete
    5. SRP.....SIJIL RAKAN PERASUAH....ke SIJIL RAKAN PENGKHIANAT. Ok ke?

      Delete
  2. Menteri umno memberi komen ttg oarti baru sbb nk tunjukkan pada najib yg mereka membuat kerja......xphm ker?????

    ReplyDelete
  3. Manipulative statements supaya rakyat confuse.

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan umum ...kedua menteri adalah banggap tapi tidak pada NAJIB sebab nya keperibadian dan akal kebijaksanaan mereka telah berjaya menonjolkan MARUAH NAJIB YG MISKIN AHKLAK dan KEWIBAWAAN PENTADBIRANNYA selama ini.
    Pecayalah walaupun LAPORAN AUDIT NEGARA telah di viralkan SR namun kalau HATI DAH HITAM melihat wajah di cermin pun tidak dapat menerenung kesilapan yg mereka telah lakukan.
    OK lah...kepada semua rakyat MALAYSIA...TERIMA LAH SEADANYA YG MENYAKITKAN HATI KITA DI ATAS KESILAPAN DAN KELEMAHAN PM NEGARA NI.
    NAJIB ADALAH SATU SATU MANUSIA YG BOLEH MEMBENTUK maruah,intigreti,keaiban serta kemewahan harta kita kepada yg lebih terbaik di mata dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malang sungguh orang yg dah ditutupkan pintu hatinya oleh Allah....sehinggakan yg haram pun tergamak dimakan, dipakai. Dengan Allah pun dia tak takut....inikan pula sama2 manusia.

      Delete
  5. Menteri umeno bengong belaka

    ReplyDelete
  6. Selagi kesetiaan hadi awang teguh bersama pm dan selagi kesetiaan 70peratus ahli PAS terhadap hadi awang selagi itulah kita akan melihat komen2 di luar otak dpd pucuk pimpinan UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno dan Pis adalah senasib....akan hancur dari dalam akibat menipu rakyat dan menipu Allah.
      Mana ada manusia jahat boleh selamat?

      Delete
  7. Salam Bro

    What do you expect from Najib's ministers? They are the brainless lot.

    Remember one of the cleverest minister who said "Tak kan PM sebodoh tu, masuk duit (rasuah) dalam akaun peribadi" and "Dengan GST harga barang akan turun"

    Satu lagi tin kosong yang sekarang ni pergi India...yang cakap "Kita tahu dalang pencerobohan Lahad Datu...dan akan dakwa mereka"

    Semua menteri menteri UMNO memang dunggu. Itulah orang makan nasi mereka makan dedak!...dedak makanan binatang...

    Apa orang kata?...You are what you eat?...ada betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tu bodoh tahap 3.85

      Delete
    2. PM nya bodoh, menteri2nya 10x lebih bodoh dari PM sebab mereka ni dpt dedak seciput je, yg besar bahamnya si PM.

      Delete
  8. Saya akan menjadi ahli parti baru TM.

    ReplyDelete
  9. Elokla yak payah sebut nama menteri2 tu..loya geli tekak klu dengar nama mereka...nk termuntah hijau bila dengar menteri lidah2 ular dn biawak tu berkata2..

    ReplyDelete
  10. Elokla yak payah sebut nama menteri2 tu..loya geli tekak klu dengar nama mereka...nk termuntah hijau bila dengar menteri lidah2 ular dn biawak tu berkata2..

    ReplyDelete
  11. go go go PH and new party led by Tun..we Rakyat behind you.Let Najib ,hadi and half past "kitchen cabinet" barking the mountain.

    ReplyDelete
  12. niat yang satu nak turunkan najib
    bial najib berjaya diturunkan
    maka akan keluarlah ayat baru
    tujuan utama telah berjaya jadi untuk kebaikan
    negara eloklah amno dikekalkan
    tapi yang penting budaya kotor dalam amno mampukah nak di cuci
    adakah jaminan hukum hukum karut nak dibuang
    adakah osa kan kekal untuk lindungi salah laku
    puak tertentu lagi
    jangan cepat terpedaya dengan ucapan lunak
    dari puak dedak
    toke dedak dibenci tapi pati dedak tetap dihati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keruak...keruak...keruak...keruak...keruak..

      Delete
  13. Din, kita mgkin nampak kebodohan ayat ayat pemimpin umno ini. Tapi ayat ayat itulah yg mudah diterima oleh orang orang kampung.
    Pemimpin pembangkang byk retorik dgn bahasa kelas tinggi tapi org kampung susah nak proses.

    Agenda parti baru mesti mudah difahami. Jgn buat buku macam buku jingga hanya utk org bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. strategi umno taknak tukar sistem pelajaran agar rakyat kg tetap bodoh.

      Delete
  14. Penubuhan parti baru itu sebenarnya disasarkan kepada ahli-ahli serta penyokong umno yg sudah kecewa tetapi tidak berminat menyertai sama ada parti pkr,amanah atau sebagainya yg mana lebih sesuai dgn aspirasi mereka.Inilah cabaran dan kenyataan yg perlu dhadapi oleh umno dimana lebih ramai lagi raayat akan menyertai pembangkang.(sekadar pandangan. Wallahualam.)

    ReplyDelete
  15. Kalau mata dah ditutup dgn duit rasuah penyangak penyamun maka semua yg haram jadi halal apa yg ada sapu je janji perut buncit

    ReplyDelete
  16. Kalau mata dah ditutup dgn duit rasuah penyangak penyamun maka semua yg haram jadi halal apa yg ada sapu je janji perut buncit

    ReplyDelete
  17. Najib muka selamba saja seolah-olah macam tak ada apa-apa yang berlaku 'muka ikan sadin',terlalu banyak dalcah dia sudah buat tapi dia pandai apa apa keadaan dia akan suruh anak buah dia untuk kedepan hadapi rakyat,ini macam punya orang pun boleh jadi PM juga,sudah kehabisan orang yang layak untuk memimpin Negara barangkali..

    ReplyDelete
  18. Menteri2 kita sebenarnya bkn bengong tapi buat2 jadi bengong senab dedak dah menutupi pemikiran waras mereka.selagi rural area voters tak sedar kemungkaran yg dilakukan kerajaan skrg,bn akan menang lebih besar di pru 14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan akan berterusan begitu. Yang kotor jadi lebih kotor, yang busuk lebih busuk, hingga reput, bersepai, jadi habuk.

      Sejarah dunia banyak macam itu. Ada beberapa tamadun manusia (civilization) yang lenyap dari dunia sebab korapsi berbagai bentuk dan cara. Tamadun Aztec di Amerika Selatan, Tamadun Khmer di Cambodia dll. Mesir (Egypt) pun gemilang 4,000 tahun lalu, sekarang ha nya ada Aswan Dam dan relics of antiquities.

      Takda jalan lain, buang Najib, kikiskan mentaliti UMNO sekarang, coba cara dan pemikiran baru memerintah negara ini. Penubuhan parti baru dek Tun mahathir nampak nya arah ke situ.

      Delete
  19. Mana Najib boleh nampak kotor. Yang dia nampak ha nya lah tanda $SSSSSSSSSS.

    Pendirian dia Cash Is King itu betul. Tun Dr Mahathir yang kata. Najib kasi tahu dia. Masa berbual berkenaan cara nak menang undi gamak nya.

    ReplyDelete
  20. Yes najib. U are the best pm in the world. Cash is king. Just donation. No corruption. Hihi.

    ReplyDelete
  21. DAP mengakui kesukarannya untuk menang dalam PRU-14 nanti. Begitu juga kedudukan Pulau Pinang yang pasti tidak menentu disebabkan beberapa faktor yang mendatang.

    Sokongan Melayu yang selama ini didapati daripada PAS tidak lagi menjamin kedudukan untuk beberapa kawasan kerusi bercampur. Walaupun DAP berikan sokongan hampir 100% dengan jentera dan pemikir membantu parti PAN tetapi prestasi PAN tidak menunjukkan satu yang dibanggakan.

    Malah kajian terakhir yang dibuat oleh DAP menunjukkan PAN & perang dengan PAS antara faktor besar sokongan Melayu lari. Serangan kepada DAP oleh UMNO tidak dapat dipatahkan dan lebih buruk apabila sebahagian ahli PAS turut menyerang DAP dikala itu.

    Pengundi Cina memang memberikan sokongan masih utuh, tetapi sokongan sebelum ini sudah maksimum tidak menjatuhkan BN. DAP perlu orang Melayu untuk menjatuhkan BN disamping sokongan Cina.
    Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong 21 Jun 2016 lalu ada membuat kenyataan

    "Adalah satu kegilaan untuk pembangkang berterusan memberi tumpuan kepada taktik kuno dengan membentuk satu blok tunggal dan memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya mengalahkan BN"

    "Ada yang berpendapat bahawa pihak pembangkang hanya perlu membentuk satu blok tunggal sekali lagi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang suapaya pertandingan satu lawan satu menenatng BN.


    “Tetapi adakah ini yang pengundi mahu lihat? Adakah keputusan pilihan raya umum akan datang hanya berdasarkan pertandingan satu lawan satu terhadap BN?
    Liew Chin Tong berkata keyakinan kunci kejayaan bukan terletak pada pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya mahupun penubuhan sebuah blok pembangkang tunggal, tetapi dalam melibatkan rakyat dan menulis semula politik Malaysia.

    Jika orang yang 'celik akal politik' akan membaca kenyataan ini bahawa DAP tidak lagi yakin dengan PAKATAN HARAPAN. Antara sebabnya masalah dengan PKR terutama dengan Azmin Ali yang tidak dapat dikontrol oleh DAP. DAP lebih suka menyokong Wan Azizah kerana dia lemah dan boleh dimanipulasikan oleh mereka.

    PAN pula tidak membantu menarik sokongan PAS dan Melayu. Malah PAN pula menjadi beban kepada DAP untuk ditanggung.

    Apa lagi DAP boleh DAP dengan Pakatan Harapan?

    Oleh itu pertemuan Lim Kit Siang dan beberapa orang pimpinan DAP dengan Tun Mahathir mencetuskan idea untuk menggantikan PAKATAN HARAPAN dengan satu lagi blok politik SELAMATKAN MALAYSIA.

    Jangan anda terkejut parti baru itu adalah ciptaan bersama Lim Kit Siang dan Tun Mahathir.

    ReplyDelete
  22. Semasa PRK Sungai Besar, PKR mempunyai formula untuk PRK itu dimana PKR akan bertanding di Sungai Besar dan PAS akan bertanding di Kuala Kangsar. Kononnya formula ini telah dipersetujuai oleh DAP dan PAN. Azmin Ali menjadi orang perhubungan.

    Mereka membuat perjumpaan dengan Iskandar Abdul Samad dan beberapa exco PAS di Selangor. Kemudian ada pertemuan dengan Tuan Ibrahim. Mereka menyebar maklumat hanya Abdu Hadi sahaja yang tak setuju. Ini perang PERSEPSI terhadap PAS dan ABDUL HADI.

    Mengikut sumber PAS pimpinan PAS dan exco Selangor telah mengadakan perjumpaan dengan Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama. Hasil perbincangan yang panjang lebar baik buruk dan kajian sokongan orang bawahan PAS (grassroot) PAS membuat keputusan bertanding di dua kerusi berkenaan.

    Memang tidak dinafikan formula PKR yang dibawa Azmin pun ada baiknya tapi PAS mengambil jalan yang terbaik. PAS melihat bukan hanya untuk 2 PRK itu sahaja. PAS melihat bagaimana Islam boleh 'selesa'.

    Apabila Tuan Ibrahim Tuan Man menulis dalam facebooknya mengenai "Apakah ada jalan keluar?" yang menekankan tentang fokus kerja pembangkang bukan menyerang sesama sendiri maka akhbar pro pembangkang menggunakan kenyataan facebook ini dengan tajuk "PAS menawarkan gencatan senjata".

    Untuk melariskan cerita akhbar mereka wartawan mereka pun pergilah tanya orang politik apa pendapat gencatan senjata ini. Azmin Ali menyatakan rasa gembira. Iskandar Samad mencerita bahawa kalau pembangkang gaduh sama sendiri maka BN boleh menguasai Selangor, Mahfuz yang lama tak jumpa mic pun beri komen PAS haru bersama dengan PAN dan pembangkang lain.

    Penulis-penulis pula mengulaslah berdasarkan kenyataan akhbar sedangkan mereka tidak melihat isi kandungan sebenar kenyataan Tuan Ibrahim. Ada yang menyokong dan ada yang membuat andaian kenyataan ini perlu mendapat restu ulama dan sebagainya.

    Cybertropper dan PAN pula menyarang PAS dengan membuat andaian ulama dalam PAS tak akan setuju dan komen-komen untuk membuangkan Hadi daripada PAS mengantikan TITM tersebar luas.

    Apabila Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan keduanya "Apakah Ada Jalan Keluar? Bahagian 2" maka sekali lagi akhbar pro Pembangkang Malaysiakini membuat PERSEPSI buruk kepada PAS kononnya Tuan Ibrahim membuat u-turn.

    Malaysiakini keluarkan berita "Tuan Ibrahim kini bercakap tentang 'rela bersendirian'". Penulis upahan pula cuba melagakan Presiden PAS dan Timbalannya Tuan Ibrahim. Mereka dibayar gaji oleh parti PAN untuk menulis dan mengerakkan radio online. Greenboc cuba tunjukkan kononnya ada percanggahan antara TITM dengan Ulama PAS. Ramzi Redang pula menulis kononnya "Kem Ulama PAS Berpecah lagi"

    Sepatutnya mereka faham apa yang Tuan Ibrahim ingin sampaikan, antaranya,

    Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar (Umno-BN).

    Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.

    TITM menekankan bahawa cybertropper yang suka memutar belit ini akan sentiasa ada dan kerjanya melagakan, mereka ini sebenarnya tongkat UMNO.

    ReplyDelete
  23. majoriti orang melayu pengundi bn akan mengundi parti baru pimpinan tun M sebagai pilihan terbaik. termasuklah ramai di kalangan orang umno sendiri.
    kekuatan bn dalam pru14 hanya terletak pada kekuatan calon yang bertanding dan bukan pada nama bn lagi seperti dalam pru13 dan sebelumnya. nama najib sudah lama hilang dalam arus pilihanraya dan apa yang tinggal sekarang hanyalah bn..

    ReplyDelete
  24. KDN da mula pantau parti yg baru ditubuhkan..lain mcm je..ape citer?nampaknya da ada ura nak jalankan kuasa veto..

    ReplyDelete
  25. Mrk jd menteri sbb mrk bodo..yg cerdik x jd menteri bwh najib

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...