Saturday 23 July 2016

MAMPUKAH NAJIB MENJADI SEPERTI ERDOGAN?


Dalam percubaan menghiburkan hati dan mengubati duka lara Najib Razak berikutan saman penyitaan hartanah dan aset berkaitan dana 1MDB yang diselewengkan oleh Jabatan Kehakiman AS, Salleh Said Keruak memberitahu bahawa Perdana Menteri itu mempunyai ramai penyokong yang masih meyakini kepimpinannya, tetapi berdiam diri.
Memberikan kata-kata ucapan sempena hari jadi Najib, beliau berkata, terdapat ramai rakyat Malaysia yang menyokong Najib, tetapi hanya ingin berdiam diri kerana menganggap sebagai sia-sia untuk berdebat mengenai sesuatu isu yang tidak mendatangkan hasil.

Benarkah begitu?

Beranikah Najib mengadakan pilihanraya umum secara mengejut sebagaimana Lim Guan Eng tidak takut mengadakannya di Pulau Pinang?

Bagaimana pula jika Perhimpunan Bersih 5.0 diadakan dalam waktu terdekat ini?
Mampukah Najib mengajak rakyat bangun mempertahankannya sebagaimana Erdogan melakukannya di Turki baru-baru ini?
Apakah kerana lebih ramai penyokong Najib memilih berdiam diri itu menyebabkan  pra-perhimpunan baju merah di depan Sogo petang tadi yang dipersiapkan untuk berhadapan dengan Bersih 5.0 hanya suam-suam kuku saja kehadirannya? (SH 23/07/2016).

31 comments:

  1. Nak penyedap hati tu Din..mcm kes org cina angkat placard I Luv PM ramai2 masa PRU13 dulu tu..nmpk mcm sokong kuat..abis PRU..abis kena tsunami cina..kat keruak ni x tau..yang silent majoriti ni pun sebenarnya lagiiii ramai yang menyampah dgn najib..x sabar2 mereka ni semua nak tggu PRU14..x caya..cuba test ah jib bubar parlimen dan adakan PRU utk menunjukkan ramai org sokong dia..tu kalau berani lar..pemilihan PAU pun tangguh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul..
      orang umno lg ramai yg menyampah sekarang..
      yg ada ramai hanya sokong membawa rebah..

      Delete
    2. Kruak ni kalau nak bodek tahap dia sampai makan najib pun dia sanggup. Apa saja keluar dari mulut kruak ni semuanya tahap2 sampah belaka. Adoii kruak kruak....

      Delete
    3. Najib jujur. Zahid mengaku pernah jumpa penderma itu. Tidak mungkin Zahid Penipu. Hidup Najib!!! Hidup Zahid!!!

      Delete
    4. Dalam usaha menyingkir Najib, jangan lupa singkirkan sekali Zahid yang sanggup menipu demi Najib.Down with Najib! Down with Zahid!Down with semua pengkhianat-pengkhianat UMNO!

      Delete
    5. 1. Desas desus pembubaran Dun Penang makin kuat. CM khabarnya telah mengadap TYT dua hari lalu. Adakah bubar atau tidak? Yang boleh menjawab soalan tu hanya Lim, TYT dan Mejar Zaidie.


      2. Penang ada 60 hari utk Prn selepas pembubaran. Jika Isnin depan 25hb Julai bubar, tarikh akhir Prn adalah 25hb September. Lim akan menghadapi perbicaraan penuh pada 22hb September.


      4. Adun2 Penang mengangkat sumpah selpas Pru13 pada 28 Jun 2013. Ini bermakna 28 Jun 2016 ni genap 3 tahun. Dan selepas tarikh itu jika ada kekosongan kerusi, Spr tidak akan mengadakan praya. Tarikh itu telah berlalu.

      5. Kedudukan sekarang adalah 19 Dap, 10 Pkr, 10 BN dan 1 Pas. Jika Lim masuk penjara, Dap akan berkurang satu. Lim sangat kalut kerana tak mahu korbankan 1 kerusi Dunnya. Adakah Lim akan bertanding jika ada Prn? Jawapannya tidak. Ini kerana jika dia bertanding dan menang, kerusinya tetap akan kosong. Dia boleh pilih kerusi lain di penjara nanti. Jadi, apa perlunya Prn?

      6. Lim pening kepala. Sepatutnya dia letak jawatan sebelum 28 Jun lagi. Ini penting bagi menyelamatkan kedua2 kerusi. Siapa jua pakar strategi Lim, ternyata gagal membaca ancaman masa hadapan. Semua strategi Lim tak betul. Lim kena terima hakikat dia akan korbankan 2 kerusi serentak. Lim tak berpeluang mengundi membantah RUU. Sudah tentu pada tarikh undian RUU, Lim di kandang tertuduh mahkamah. Penulis menjangkakan ramai pakar2 di Penang Institut yang akan dipecat.

      7. Menghadapi Prn pula ada risiko. Pertaruhkan 1 kerusi utk risiko 19 kerusi yang dah menang. Semua penganalisa politik sepakat Pru13 adalah kemuncak sokongan kepada pembangkang oleh kaum bukan Melayu. Prk Sg Besar dan Kuala Kangsar pula menyaksikan kemerosotan undi. Cina sudah kembali ke MCA. Paling kurang 30 peratus. Ia tinggi dalam masa gawat politik sekarang ini. Pkr smart. Pkr tidak cepat2 setuju dengan Prn kerana bukan sekadar risiko pada Dap, malah pada Pkr. Jadi apa pilihan yang ada?

      8. Buat la pilihan elok2. Jangan salahguna kepercayaan rakyat. Jangan jadikan rakyat bosan. Mahal harganya. Ramai yang akan terkorban nanti. Lim memang dah terkorban. Yg dah terkorban tu pakat2 la bakar kertas merah. Jadi, nasihat penulis, yg masih hidup perlu teruskan hidup tanpa Lim. Belajar menerima hakikat Lim telah tiada. Carilah pengganti Lim.

      Delete
  2. Ada gak lagi yang nak cari habuan walaupun dah tahu banyak hasil yang dah kena sita. Agaknya mereka ni nak saki baki dedak kot? Hoi dedak dah nak habih baju merah ooi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Species kedarah dedak ni, depa pedulik hapa?? Yg tau ialah nak gagau ja. Selagi boleh gagau, depa gagau walaupun tau akan dapat bara api neraka sekalipun, depa tetap akan gagau.

      Dah sama2 menjunjung dibawah United Melayu No Otak, belajar pun kaki ponteng, keciciran pelajaran. Masuk UMNO ni untung, degree boleh dijual beli. Sumer yg dok atas tu, kaki mcm burung merak ja. Tayang degree-master-phd, walhal otak level tukang kebun sekolah yg SRP-LCE pun satu subjek nak lulus pun dah separuh nyawa belajar. Golongan inilah yg menghuni FELDA-FELCRA dan org kampung yg kuat sokong UMNO kerana ada bantuan dari UMNO guna duit cukai rakyat kebanyakan.

      Walaupun depa kena tipu, kurang2 dpt la jugak dedak lumayan sekali dua. RM50 tu kira ok la. Lagikan 500. Ada nasib bodek menjadi, dpt la 2-3 juta mcm Mat Maslan, Jamal Pak Tongkol n da gang.

      Hina UMNO mcm mana sekalipun, UMNO adalah agama depa. Presiden dan kepimpinan adalah tuhan yg memberi rezeki. Gitu juga dgn PAS, Presiden adalah nabi junjungan besar. Sukar percaya, tapi itulah reality umat melayu yg ada. Mereka menyembah manusia.

      Terasa nak marah? Pendamkan saja dulu. Lihat dan perhati dgn tenang.

      Delete
    2. 00.44 pendapat tuan ada kebenaran. Melayu takda beza dengan orang asli....tiada maruah diri....'kamu nak curi....curi lah janji aku boleh makan nasi'.....hina sangatkah keturunan melayu?..
      ..sijil saja berjela jela....ini bangsa penyembah manusia....mengaku saja islam..

      Delete
  3. Toksah la pakai cakap salleh kerak ni.,menteri reject !
    Satu dunia pun boleh teka dengan tepat tanpa ragu-ragu siapa dia Malaysian Official No.1 ni. Sekarang pun dah jadi bahan jenaka. Pandai berseloka jugak DOJ ni.

    Pi la bubar parlimen tengok betul ke ada sokongan padu. Cakap tak pakai akal. Pemalas berfikir salleh kerak ni..bahaya virua dedak ni.

    Ramai rakyat Malaysia yang puaa dengan tindakan DOJ ni. Bukan macam tukang dobi dan raja tweet. Satu persatu DOJ bariskan pemindahan wang dari bayaran untuk capital 1mdb-psi yang dibayar kepada good star seterusnya ke akaun prince turki seterusnya ke entah mana mana. Rakyat Malaysia tak mau menteri kewangan sebangang ni. Langsung tak bertindak. Kena resign menteri kewangan ni.

    Satu ni aje pun cukup untuk rakyat Malaysia tolak Malaysian Official No.1 ni. Apasal tak ada tindakan ?

    Baju merah ni nak buat apa lagi ?
    Tunjuk samseng ?
    Berhentikan la..jamal
    Orang Melayu sendiri pun dah muak dengan perangai samseng tak ada masa depan ni.

    Malaysian Official No.1 ni pun mengaku la..dah terang tak payah disuluh memang dia la Malaysia Official No.1. Kudis dah lama bernanah.

    ReplyDelete
  4. Najib akan jadi lebih hebat dari Erdogan. Percayalah abg din. Najib ada Jamal Yunos. Dia ni tido depan kereta kebal pun boleh kalau dapat duit belanja. Dia pun dah panggil org dajal. Kira ugama dia ni pun hebat pasal kalau ikut cakap dia, banyak dajal kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
  5. Tak payah layanlah mat salleh si karabau pahlawan sabah tu. Cari makan saja dia ni

    ReplyDelete
  6. nak dibanding najib denagn erdogan
    toke ikan bakar dah mula nak bakar
    jangan smapai hangit udah lah

    ReplyDelete
  7. Sudah tibe masenya pakatan harapan mempunyai logo sendiri gabungan parti2 seperti mane bn dgn lambang dacingnya.name dah ade logo tu buatlah satu supaya boleh digunekan pru14 nanti.bukan susah mane pun buat logo perpaduan pakatan harapan itu pun kene ajarka?logo pakatan penting supaya pengundi2 yg mudah keliru bile hari mengundi tidak lagi sukar untuk bezakan yg mane kawan yg mana musuh.dlm manifesto pakatan tu nanti tolong letak 7 perkare utame pakatan akan buat jike berjaye tewaskan bn umno pru14.Yakinlah dgn 7 perkare ini jadi agenda utama ramai rakyat yg akan berikan undi mereka pada Pakatan Harapan PRU14,insya Allah.

    1.Hapuskan terus GST
    2.Turunkan harga minyak ke tahap minimum munasabah
    3.Bersihkan semua sistem yg sudah tenat akibat rasuah
    4.Tangkap,siasat,dakwa dan penjarakan semua yg terlibat dgn jenayah rasuah
    5.Atasi kebanjiran pendatang asing yg kronik
    6.Selesaikan masalah pengangguran yg terlalu tinggi
    7.Atasi masalah muflis yg begitu ramai jumlahnya.

    #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo tumpu PRU, jgn harap boleh menang!!! UMNO BN cuma perlukan 9% saja peratusan undi utk majoriti mudah dgn 120 kerusi. Ada barua dlm agensi gomen mmg kerja depa utk bagi BN menang.

      Pada mereka, mereka berkuasa sama mcm tuhan dlm apa saja perkara. Kita saja perasan mcm boleh menang PRU2x bodo ni.

      Delete
  8. Aku akan turun BERSIH 5.0. Harap dapat bertembung dengan Jamal face to face. Pattani Warior sentiasa bersedia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiduppp Pahlawan Pattani! Bakar je ikan bakar tu!

      Delete
    2. Si Mappadulung dan Macai tu telah menjatuhkan maruah Melayu dan menggadaikan nasib ekonomi anak-cucu kita! Sekarang dia mahu main catur "RASIS" untuk terus hidup bermaharajalela. Buruk muka tebal tak terhingga dia tu!

      Delete
  9. NAJIB hanyalah Tali Barut kepada puaka sebenar. Proksi kepada tamak haloba kuasa takhta kepada ROSMAH MANSOR. Anak perempuan sendiri dedahkan tembelang busuk nie. Jamal tongkol hannya picisan.

    ReplyDelete
  10. Baju merah?..takde faedah langsung. Konon sanggup mati kerana bangsa tanahair. Baju merah pun bertempiklah. Lagak pendekar Melayu diserang Portugis! Semata2 nak selamatkan seorang pemimpin. Bukan kerana agama, bangsa negara.Kalau betul untuk bangsa, jaga betul2 anak2 Melayu. Bagi kesedaran kat anak2 Melayu bahaya rokok, dadah, merempit, buang bayi dll. Galakkan anak2 Melayu membaca, sukakan ilmu.Masuk kampung tolong benteras gejala sosial. Ini tak, majlis2 ilmu tak suka. Kerja2 tak berfaedah, bagi kat dia. Pakai baju merah terpekik terlolong. Ajak pulak bangsa lain bergaduh. Yg buat onar, yg buat salah pemimpin bangsa sendiri! Bukan orang lain.
    Ini bukanlah pahlawan. Kalau nak dikenang sejarah sebagai hero,benteras kemungkaran.Sayangkan negara lebih dari individu. Apa lagi jika individu tsbt pemimpin bermasalah.Dicemuh seluruh dunia. Sokongan baju merah menjadi sia sia belaka.Apa faedahnya?

    ReplyDelete
  11. Bosan dgn kenyataan barua najib

    Hapuskan najib dan konco2 nya

    Ayuh bersih besar besaran

    Bantahan 30 julai

    ReplyDelete
  12. Kalau merah 300.000
    Bersih 3 000.000 seluruh negara bantahan 30 julai

    Nyatakan lokasi setiap negeri pasti lumpuh najib dan sekutunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Najib hantar Polis & Tentera dari Sabah & Sarawak yg tidak berhati perut, sanggup kah abang2 Tentera & Polis Semenanjung membela orang2 Semenanjung nanti?

      Delete
    2. Kalau nak buat Bersih 5.0
      jangan di Kuala Lumpur saja.
      Buat serentak di
      * Johor Bharu
      * Melaka
      * Seremban
      * Ipoh
      * Pulau Pinang
      * Alor Setar
      * Kangar
      * Kota Baharu
      * Kuala Terengganu
      * Kuantan
      * Kota Kinabalu
      * Kuching
      Barulah Jamal Ikan Tongkol tak boleh lawan.

      Delete
  13. FBI checkmate menteri. Maka terbongkarlah cerita mengapa perkara yg sepatutnya diterangkan kepada rakyat tidak didedahkan melainkan berputar lidah demi untuk melindungi bos yg disayangi.
    Duit berbiliun disakau dengan rakus. Patutlah mereka ding dong buat sisatan acuh tak acuh aci ade aje.Adooiiii.

    ReplyDelete
  14. '..ramai rakyat Malaysia yang menyokong Najib, tetapi hanya ingin berdiam diri kerana menganggap sebagai sia-sia untuk berdebat mengenai sesuatu isu yang tidak mendatangkan hasil'

    Diam bukan tanda menyokong bang Salleh. Diam tu tanda 'bersetuju' dengan segala bukti-bukti yang telah didedahkan oleh DOJ Amerika. Rakyat bukan bodoh khususnya yang tinggal di bandar. Mereka ni bukan saja bermaklumat tapi computer savvy dan sosial media savvy. Bukti-bukti yang didedahkan tersangatlah kukuh lagi utuh. Mereka tertanya-tanya kenapa pihak berkuasa dalam negara tidak berbuat apa-apa walaupun bukti-bukti sudah terang dan nyata.
    Diam bukan bermaksud sokong. Diam bermaksud 'secretly agreed' tanpa membuka mulut. Macam orang masuk meminang la. Kalau bertanya kepada pihak perempuan adakah dia bersetuju dengan pinangan si polan bin polan, kalau dia diam tu maknanya dia bersetuju la tu. Benda yang simple macam ni bukannya susah nak faham.

    ReplyDelete
  15. Rakyat Msia..taklah sebodoh anak Keruak ni. Jamal Ikan pun kalau tak disuap RMmillion olih NAJIB tak akan menyokong Najib.

    Yg menyokong Najib adalah haiwan2 yg telah diberi makan olih Najib.

    ReplyDelete
  16. Kata ramai rakyat silent majority yang sokong Najib, habis kenapa Salleh Keruak susah payah blok macam-macam website blogger dan portal online yang mengkritik (1MDB) Najib? Nampak sangat takut bukti kebenaran sampai kepada rakyat. Nampak sangat usaha berterusan untuk menutup penyelewengan Najib. Nampak sangat takut jumlah rakyat yang membuak-buak membenci Najib semakin memuncak.Nampak sangat takut jumlah rakyat yang tak inginkan Najib sebagai PM melebihi yang menyokongnya.

    ReplyDelete
  17. salam sdr budin

    org melayu khususnya ahli umno dan pas selagi tak nampak neraka dg jelas selagi tu dia ttp sokong nsjib dan adi.

    ReplyDelete
  18. Baru bangun awal pagi
    Ada menguap dan sikit sikit kentut
    Breakfast ada mee dan nasi
    Tapi kruaak kruaak makan rumput

    ReplyDelete
  19. Kumpulan baju merah yang dipimpin oleh seorang bertaraf Ketua Bahagian jika dilihat dari dulu peranannya amatlah bercelaru, memual dan menjengkelkan!!!Ini kah idea yang hanya boleh dicetuskan oleh seorang Ketua Bahagian atas peranannya! Kesian aku kat orang2 Sungai Besar dapat ketua bahagian macam ni! Paling memalukan insiden Petaling Street dan demonstrasi "tunjuk kuat" di SOGO..... memalukan melayu dan tergolong di dalam individu yang "MELAYUKAN" umpama bunga layu kepada bangsa melayu atas kepentingan segelintir individu.....Patutnya sebagai ketua bahagian bagilah idea yang cukup ampuh dan mapan untuk ugama,bangsa dan negara.....Alahaiii kesiannya aku......Buka minda seluas-luasnya sebelum mengambil tindakan yang dilihat lebih menjerumuskan provokasi terutamanya sesama melayu.....Jangan lupa kuat/gagah bukan milik kita, tak lain utuh kekal milikNya.....TIDAK AKAN BERGERAK WALAU SEBESAR ZARAH TANPA IZINNYA.....Jangan dilupa wahai si baju merah!!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...