Thursday, 28 July 2016

KENAPA KJ ENGGAN MENGULAS?


Sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal atas talian, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan enggan memberikan sebarang komen berhubung tindakan naibnya, Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis terhadap tiga Tan Sri yang didakwa berkonspirasi mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak.

Beliau dikatakan memberi isyarat demikian dengan bergegas meninggalkan majlis selepas menghadiri sebuah program di ibukota, meskipun menyedari puluhan petugas media sedang menunggunya.
Logiknya, KJ tentu sedar bahawa petugas media yang menantinya itu tidak lain ialah untuk mendapatkan reaksinya berhubung tindakan Khairul Azwan yang telah mencetuskan pelbagai persepsi dan spekulasi dalam masyarakat.

Lebih-lebih lagi, kebiasaannya juga KJ agak mesra dengan media dan tindakan bergegas itu memang jelas memberi maksud beliau enggan memberi sebarang ulasan mengenai isu tersebut.

Kenapa KJ enggan mengulas? Apa yang dibimbangkannya?

Apakah beliau sedang terperangkap dengan emosi yang tidak menentu berikutan laporan polis yang dibuat naibnya itu?

Sesuai dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar bahawa pihak polis akan menyiasat Khairul Azwan terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat daripadanya, takkanlah KJ tidak boleh sekadar mengatakan "biarlah pihak polis menjalankan siasatannya" atau "oleh kerana laporan polis sudah dibuat, maka kita serahkan kepada pihak polis menjalankan tugasnya"?

Kenapa perlu melarikan diri dan buat-buat bergegas meninggalkan majlis?

Atau KJ memang sengaja membiarkan orangramai terus berandaian dan membuat bermacam-macam spekulasi berhubung laporan polis itu yang mustahil dilakukan tanpa pengetahuan dan restunya sebagai Ketua Pemuda UMNO? (SH 28/07/2016).

39 comments:

  1. Pasal nak jaga periuk nasi tu sebab kj tak nak komen. Dia tahu bawah najib kena jadi yes man...faham2 aja le

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu dah tak boley control anak buah sendiri.. jalan cepat skit la bro... tak pun lu lompat masuk pas... sesuai sangat..

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Apa hal mamat ini meroyan ,cerita isu A dia cerita isu B

      Delete
    4. Nampak semacam ala-ala Najib lari dari wartawan.

      Delete
    5. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat seolah-olah memberi kata dua kepada PKR dengan mendesak parti Keadilan itu untuk bersetuju mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara mengejut di Pulau Pinang pada tahun ini juga dan bukannya ‘menggantung’ keputusan tanpa memberi tempoh masa.


      “Biarlah rasional. Kalau kita cakap tahun depan, ia memang tidak munasabah.

      “Anda tidak boleh tetapkan tempoh masa, tetapi jika anda cakap mengenai tahun depan, maka adalah mustahil ketika ini.

      “Bila kita bercakap tentang pilihan raya, ia perlu dilakukan dengan segera. (Ia) tidak boleh dilambatkan melainkan keadaan baharu yang terjadi atau terdapat perubahan,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

      Guan Eng berkata sedemikian ketika mengulas keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR malam tadi memutuskan bahawa parti itu masih belum bersetuju dengan cadangan DAP mengadakan PRN itu.

      Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, parti itu mempunyai beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan PRN mengejut di negeri berkenaan.

      “Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat telah memutuskan sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

      “Walau bagaimanapun dalam semangat setiakawan, PKR tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan parti rakan di dalam Pakatan Harapan,” katanya.


      Sementara itu, Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin mengulas lanjut berkaitan keputusan parti Keadilan yang tidak begitu bersetuju dengan PRN mengejut di Pulau Pinang itu.

      Menurutnya, PRN mengejut itu lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan untuk Pakatan Harapan (PH).

      “Antara pro dan kontra, terlalu banyak kontra, benda negatif yang timbul dari PRN ini. Kita akan berjumpa dengan DAP untuk beritahu sebabnya (ketidakyakinan),” katanya.

      Delete
  2. Brader,

    I have to play safe. That's all I can say ok! Don't ask any more quesion about this. Dont make my body turn green...

    KJ

    ReplyDelete
  3. Sdr budin,
    Ada pepatah orang tua tua menyatakan bahawa kalau nak lihat keadaan manusia atau rakyat sesuatu negara dimasa depan maka lihat la pemuda nya atau anak anak muda nya masa kini.Pemuda UMNO era 50han, 60han,70han merupakan pemuda berjuang untuk kesinangbungan maslahah umat melayu masa depan,masuk era 80han pemuda ketika itu mula berjuang untuk pengisian pasca kemerdekaan terutama dengan pemodenan negara bangsa.

    Masuk era 2000 pemuda UMNO dah mula hilang fokus perjuangan apabila kemewahan dan kebendaan mula menjadi igauan pemimpin pemimpin dalam UMNO kerana fahaman masuk umno untuk projek dan business dah jadi ungkapan biasa rakyat malaysia wal hal gejala ini la yang mengajar ahli UMNO bergelumang dengan rasuah "CASH IS KING".

    Sekarang ini ,pada waktu ini Pemuda UMNO era Najib/KJ sudah rosak secara total. Mentaliti dan perjuangan jauh tersimpang dari perjuangan asal UMNO lebih 50 tahun dulu,walaupun sudah tersimpang jauh mereka iaitu baik ketua nya iaitu KJ dan pemimpin bawah dan ahli nya masih dengan tak malu (muka kulit khinzir) menyatakan perubahan perjuangan sekarang ikut zaman wal hal satu malaysia tahu Pemuda sekarang lesu ,bersifat kebendaan,tiada semangat memelihara maruah bangsa dan agama ,pengampu presiden,bertindak ikut nafsu bodoh tampa berfikir dan yang paling malang sekali pemuda sekarang hilang penderian hanya menjadi bahan sindiran dan gurauan rakyat malaysia tak lebih dari itu.

    Pemuda UMNO bukan lagi Pressure Group demi kebaikan bangsa dan agama seperti dulu tapi lebih kepada kumpulan penyemak masyarakat dengan suka bermain menguna isu isu rektorika yang tiada faedah bagi pembendukan negara bangsa moden dan bermaruah ...ini semua kerana mereka memiliki ketua yang datang dari hasil korup dengan barisan pemimpin dan ahli yang juga korup.

    Kata ahli punjangga inggeris -corrupt mind corrupt everythings.....walla hua'lam.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Saudara Roslan,

      Satu pendapat yang bernas dan tepat.


      Delete
    2. pemuda adjust buat program futsal dan karaoke je... lebih pada tu, mengarut, tak jalan...

      Delete
  4. Biar tokoh pemikir ulas
    Nyatakan kes jenayah najib kepada rakyat dan negara

    ReplyDelete
  5. Jenayah gst
    Jenayah kos sara hidup meningkat

    ReplyDelete
  6. Jenayah penyelewengan kuasa dan duit najib

    ReplyDelete
  7. "Oxford is the most dangerous place to which a young man can be sent."
    -Anthony Trollope

    Kalau baik ia jadi intan murni, kalau tak baik ia terjadi jantan looney

    ReplyDelete
  8. Kj....team dia sedang berkira2.bukan soal 1mdb tapi soal placing dirinya dlm kemelut ini.bila ada konflik pasti ada yg mendapat manafaat.

    ReplyDelete
  9. SIAPA SOKONG INI MENTERI CAP AYAM SAMA SEALIRAN DENGAN KERUAK, MASLAN, NAZRI DAN JAZLAN. KJ XBERANI NANTI DITUDUH BERSEKONGKOL DENGAN KHAIRUL.NANTI KENA SAMAN XCKUP DUIT NK BAYAR DAN BERTAMBAH MALU.SKRG PUN PROSIDING SAMAN ANWAR MASIH MENUNJUKKAN KJ BERSALAH DAN MUNGKIN AKAN KENA BAYAR 100JUTA PADA ANWAR.HAHAHA.

    ReplyDelete
  10. KJ ni sepo tak kona dongan dio kek Parlimen Rombau ?

    Aeden dulu terpakso undi dio bukannyo ingat dio hebat ... tapi lawannyo lagi tak bolih pakai iaitu che'gu Butt .

    Mosti lah dio cabut sobab penakut . Dio cakap pandai bolih la . Sojak jadi montori , apo yang sudah dio buek .. hampeh pun tak ado !!! Asyik asyik cerito Chong Wei jo .

    Bab naib dio punyo polis report , lagilah tak berani komen ... silap2 terkono batang hidung sendiri . Mintak mintak tigo Tan Seri tu saman terhadap naib kotuo pemudo UMNgOk tu .Clear cut case . Tak kan Gani Patail tak tau ???

    ReplyDelete
  11. Budak bodoh Khairul ni...

    Selalunya apabila seseorang buat laporan polis...laporan polis tu walaupun mengandungi butir2 palsu, sipelapor adalah dilindungi dari saman malu drp org yg ditohmah.

    Utk cari publisiti, dia buat kenyataan media mengatakan 3 orang tu berkomplot utk jatuhkan Najib. Kenyataan bangang ni yg berunsur fitnah tidak dilindungi olih undang2. Harap 3 org tu saman budak bodoh Umno ni kerana buat kenyataan fitnah mcm papagomo kena saman.

    apa nk jadi Umno ni. Dh lah Presiden kaki perompak, menteri2 kaki jilat buntut Presiden..ada ketua Pemuda,,bodoh mcm budak sekolah tadika.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Apa hal sibuk dengan 3 tan sri ? Buang masa dan mengalih perhatian persoalan siapa sebenarnya MO1.

    ReplyDelete
  14. KJ nampak Najib makin goyah...dengan mendakwa 3 Tan Sri berkonspirasi boleh memerangkap Najib apabila kes dibawa kemahkamah..bila Najib jatuh dia boleh naik kurang2 orang no.3 dlm.hiraki..tetapi strategi bodohnya seperti menggali kubur sendiri..punggung dah kepanasan kerana Najib sudah kerling huduh kepadanya.

    ReplyDelete
  15. Azwan cuma lakukan apa yg disuruh KJ dan KJ sendiri ada dibelakang kesemua "sandiwara" ini dalam konspirasi secara halus untuk menjatuhkan Najib (mana tahu Zahid pun ada terlibat sama)

    ReplyDelete
  16. Konspirasi sana dan sini tapi soal kleptokrasi siapa sebenarnya MO1 belum terjawab.

    ReplyDelete
  17. masing2 kena pandai membawa diri. sudah nampak jauh nun ombak besar datang menyusul saman DOJ. DOJ bukan tolol buat kerja merapu. mereka dah selidik dan kaji.sdia untuk di saman malu oleh kerajaan malaysia.
    InsyaAllah Najib akan tumbang lambat laun. apabila fakta
    timbul satu persatu. Kes Gold Sach. Entah apa2 lagi akan timbul. akhirnya Najib tetap akan undur. yang menjadi masalah ialah pemakan dedak.
    sanggupkah tenggelam bersama nakhoda Cash is King?

    ReplyDelete
  18. 3 Tan Sri ini memang nak kena kepong. Sorang mantan BNM, sorang mantan AG dan sorang otw bersara Pesuruhjaya SPRM.
    Kenapa mesti dikepong........Faham-faham sendiri udah le.
    KJay pas assignment ni pd assistant sebetulnya assistant pun tepuk dahi...adoooii apesal aku pulak yg kena buat benda ni. Ini lah bisness orang politik.
    Tau benda yg dibuat tak kena gaya.... tapi apa boleh buat bos tengah sakit kepala.

    ReplyDelete
  19. dia pun penyamun tingkat 4 jangan lupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin umngok memang terkenal perangai mengelak persoalan-persoalan semasa yang perlu mereka hadapi.Wartawan pun mereka takut sampai terkencing berlari dan hanya mengharapkan pendedak dan pencacai menjawap untuk mereka.Begitu lah bos begitulah dibawahnya.Faham2 la kuman seberang laut nampak gajah depan mata buta.kes 100 juta kurang liputan berbanding kes 2.8 juta banglo apalagi kes bilion-bilion MO1 yang memang kena kat dahi umngok, lagilah umngok cari cara mengubaj perhatian rakyat.

      Delete
  20. Apa nak jawab kalu dah buat kerja bodoh. Dah jual maruah kepada syaitan yg menjanjikan dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pun bubar DUN apalagi dipersetujui kesemua parti komponen Pakatan Harapan berkaitan cadangan DAP untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, parti tersebut kini sudah mula 'shopping' individu bagi jawatan Ketua Menteri.

      Penyandang jawatan tersebut, Lim Guan Eng, pastinya tersenarai walaubagaimanapun tersebar di media sosial calon 'back-up' dari DAP sekiranya Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya itu gagal pada PRN berkenaan.
      Tidak mengejutkan, calon sandaran bagi jawatan Ketua Menteri bukan orang Pulau Pinang sendiri sepertimana Guan Eng yang sebenarnya anak Melaka.

      Sumber DAP berkata, Anthony Loke merupakan calon pilihan utama parti berkenaan namun tumpuan turut diberikan kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

      Anthony dan Teresa yang merupakan saudara rapat Guan Eng dipilih demi menyelamatkan Dinasti Lim kekal berkuasa di Pulau Pinang.

      Sumber tersebut turut mendakwa, Guan Eng kini menyusun 'orang-orangnya' sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara akibat dua pertuduhan menerima rasuah.

      DAP walaubagaimanapun enggan mengesahkan perkara yang sudah bocor di media sosial ini.

      Anthony yang merupakan Ahli Parlimen Seremban menafikan telah menukar alamat kad pengenalannya ke Pulau Pinang berkata beliau bersetuju untuk mengadakan PRN sebagai tindak balas terhadap pendakwaan Guan Eng.

      Katanya antara pilihan meminta Guan Eng bercuti, mengekalkan status quo atau membiarkan rakyat Pulau Pinang memilih (pilihan raya) - beliau memilih untuk mengadakan pilihan raya.

      "Kami (DAP) merasakan adalah lebih baik untuk biar rakyat buat keputusan, samaada mereka masih menyokong kerajaan pimpinan Lim Guan Eng," katanya.

      Delete
  21. Kutu yang langsung tidak boleh dipercayai. Play safe sebab belum tiba masa untuk buat sesuatu. Tapi dalam diam, sorok-sorok dia asah pisau, sambil mengintai kesempatan. Aku tak terkejut kutu ni antara yang akan tikam belakang presiden bila "tiba" masanya nanti.

    Nak jadi yang pertama tikam kirim salam lah, tak ada kepastian president boleh tumbang, jadi macam Mukhriz pula. At least Mukhriz ramai sokong, bersih dan kelihatan berprinsip kerana berani berdiri menentang lanun. Dia ni dah la ramai menyampah, skandal rasuah bersepah dan tak ada tolo. Kalau kena buang parti apa nak kutip? Jadi mainan eh kono la laen..

    ReplyDelete
  22. Khalid Tweet nak tunjuk baik didalm kes ni rakyat kategorikan malaun ni sebagai org yg bersekongkol dgn Apandi untuk melindungi Najib dari pendakwaan.

    Khairul budak Umno bodoh ni akan menerima padah. Kalau dia tidak ada bukti atau keterangan 3 org tu berkonspirasi secara jenayah utk menjatuhkan bugis rasuah tu, dia bakal dihadapi dgn tuduhan membuat repot palso.

    Setakat ni 3 org tu berkonspirasi mengikut undang2 Negara ni utk siasat dan dakwa Najib atas kesalahan rasuah menerima RM42million dan RM2.6billion.

    Ikut undang2 Msia berkonspirasi mengikut undang2 utk menjatuhkan seseorang dari jawatannya tidak salah. Hanya berkonspirasi secara jenayah..tu salah.

    Budak umno bodoh ..mana dia tahu undang2. Yg dia tahu mulut dia disumbat dgn dedak.

    ReplyDelete
  23. Satu lagi, Kes ni tak akan kerana out of court settlement sahaja tak Kira betul atau tidak tuduhan konspirasi.

    So far semua Kes berkait 1mdb settle luar pasal ada yg kecut perut tak nak apa2 detail salahlaku keluar Kat mahkamah terbuka. Saman WSJ dak Jadi.

    Cakap jer berapi2 terbuka, transparent, nak tengok keadilanlah tetapi semua kena kaberrap, OSA ke.

    Yg baiknya, 3 org ni Patut mulakan Saman malu cepat2 Kat Pemuda Umno, Umno semua kerana mencemar dan mengheret nama baik mereka dlm Kes salahlaku 1mdb, gunakan afidavik DOJ sbg asas Saman mereka.

    ReplyDelete
  24. Ini menteri cap sardin.terlalu lama membesar dinegara arab.apa anda harapan dari seseorang yang membesar dinegara luar? Apa yang malaun ini faham tentang permasalahan negara?

    ReplyDelete
  25. Saya faham tingkat 4.kes 2.8 juta lim guan eng lebih popular darii kes 100 juta kbs.bisu membisu dari remaja membesar di negara arab.

    ReplyDelete
  26. Tun Razak diingat sebagai Bapa Pembangunan. Najib Razak akan diingat sebagai Bapa Kleptokrasi atau ringkasnya, Bapa Klepet.

    ReplyDelete
  27. Budak cerdik bawah ketiak. Nak lawan bos nanti kena gertak dah goyang. Duit 1mdb ramai yg najib kasik, sekarang mcm kena cucuk idung. Ko lawan aku heret ko sama....itulah pebyakit yg lembukan ramai pemimpin umno.

    ReplyDelete
  28. Cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya Pulau Pinang sebelum tarikh sebenar Pilihan Raya Umum (PRU) akan membawa risiko besar kepada pakatan pembangkang termasuk kedudukan kerajaan negeri.

    Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, peratusan PKR dan DAP untuk mengekalkan kedudukan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing juga nipis.
    "Kita semua berhadapan risiko. Dengan kemungkinan pertembungan tiga penjuru, secara teorinya, tiada siapa menang kecuali UMNO," katanya dipetik lidah rasmi pembangkang, Malaysiakini.

    Kenyataan Nurul Izzah selari dengan pendirian Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya yang tidak bersetuju dengan cadangan mengadakan PRN Pulau Pinang.

    Latheefa yang mengherdik kenyataan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mendakwa PKR tidak ikhlas berkawan dengan DAP membalas, parti teraju Lim Guan Eng itu seringkali membuat keputusan tanpa persetujuan PKR.

    "Atau sekejap... siapa yang secara bersendirian umumkan terkuburnya Pakatan Rakyat?

    "Atau sekejap... siapa yang umumkan pembentukan Pakatan Harapan - kepada semua media sebelum keputusan muktamad?" soal Latheefa.

    Pertelingkahan antara wakil rakyat PKR dan DAP juga berlarutan antara Fahmi Fadzil (PKR) dan Syerleena Abdul Rashid (DAP) ekoran kedua-dua parti tidak bersetuju antara satu sama lain.

    Sebagai langkah mengawal keadaan, Nurul Izzah menggesa tiada lagi pendedahan awam oleh kedua-dua parti sebelum satu konsensus dicapai didalam pertemuan tertutup.

    "Kita perlu mengurangkan pendedahan awam ke tahap paling minima," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi.

    ReplyDelete
  29. kj...... bornloser

    ReplyDelete
  30. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...