Tuesday 5 July 2016

UMNO-EXIT DAN PERLUNYA TUN M TUBUH SEBUAH PARTI BARU


Apa bentuk landasan baru bagi Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir untuk meneruskan perjuangan mereka masih lagi menjadi persoalan dan tanda tanya ramai.

Pilihan yang ada hanya dua - menubuhkan sebuah parti baru atau menyertai mana-mana parti politik sedia ada?

Bersara dan membiarkan Najib Razak terus berkuasa, tentunya bukan pilihan bagi mereka.

Tun Mahathir dikhabarkan sudah mula mengumpul pandangan rakan-rakan dan beberapa pihak dengan mengadakan pelbagai pertemuan bagi tujuan tersebut. Ramai yang difahamkan cenderung agar Tun Mahathir menginisiatifkan sebuah parti baru dengan segera sebagai altenatif kepada UMNO yang selalu disebutnya sudah menjadi parti Najib sekarang ini.

Muhyiddin pula, selain dilamar oleh Amanah dan PKR Johor untuk bersama-sama mereka, beberapa pimpinan kanan PKR Pusat juga diberitakan ada mengadakan pertemuan dengannya, baru-baru ini.

Sebelum ini, sebaik dipecat daripada UMNO, Muhyiddin turut mengatakan sedang melihat dengan teliti beberapa pilihan mengenai halataju barunya, termasuk kemungkinan menubuhkan sebuah parti baru.

Seorang orang kanan Muhyiddin bagaimanapun memberitahu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih belum membuat apa-apa pilihan lagi buat waktu ini.

Dengan Tun Mahathir sebagai bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri serta bertanggungjawab memulihkan UMNO setelah diharamkan pada 1988, Muhyiddin berpengaruh di Johor, Shafie di Sabah dan Mukhriz di Kedah, apakah pilihan yang sebaik-baiknya bagi mereka?

Menyertai mana-mana parti politik mungkin jalan paling mudah dan tidak banyak kerja yang harus dilakukan, tambahan lagi PRU 14 tidak sampai dua tahun lagi tarikh tibanya.

Tetapi penyertaan Tun Mahathir, Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz dalam parti politik sedia ada - tentunya PKR, DAP atau Amanah yang menjadi pilihan utama, tidak terkecuali bakal menimbulkan masalah yang lain pula. 

Ia bukan saja mengenai parti mana yang harus menjadi pilihan, parti yang disertai itu mungkin bergolak secara dalaman dan mudah dimanipulasi oleh UMNO dan BN, bahkan juga akan menimbulkan kesangsian serta keraguan kepada sebilangan ahli UMNO untuk turut sama menyertainya.

Bagi ahli-ahli UMNO yang bersama dengan perjuangan Tun Mahathir dan sedang "menyampah giler" dengan onar Najib, barangkali ramai antara mereka yang masih keberatan untuk menjadi ahli PKR, DAP atau Amanah meskipun sedang sehati sejiwa untuk sama-sama menjatuhkan Perdana Menteri.

Tetapi ramai yang tidak ragu-ragu untuk menyertai parti baru sebagai pilihan dalam meneruskan perjuangan.

Pilihan yang terbaik tentunya ialah Tun Mahathir menggunakan segala kepakaran, pengetahuan dan pengalamannya untuk menubuhkan sebuah parti baru yang dipimpin oleh Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz yang kini tidak lagi bersama dengan UMNO sebagai peneraju utamanya.

Dengan adanya parti baru itu, bukan saja menyediakan wadah untuk mereka meneruskan perjuangan, bahkan memudahkan untuk ahli-ahli UMNO untuk beralih arah, keluar parti dan  akhirnya menjadikan "UMNO-exit"  benar-benar menjadi kenyataan.

Memainkan sentimen anti-Najib dan menyenaraikan sekian banyak kerosakan yang sudah dilakukannya kepada UMNO dan negara, secara sifir mudahnya, pasti tidak sukar membuatkan mereka yang jujur, ikhlas dan tidak terpalit dengan dedak, untuk bersama-sama dengan Tun Mahathir dalam parti baru itu.

Jika Pas sendiri mengakui, setelah tertubuhnya Amanah, keahlian parti itu berkurangan sekitar 200 ribu orang, rasanya "sap sap sui" saja untuk parti baru yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir dan ditunjangi Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz itu untuk mengalihkan antara 300 ribu hingga 500 ribu ahli UMNO untuk bersama-sama mereka.

Parti baru itu juga tidak perlu terlalu risau tentang jumlah keahliannya kerana yang penting, melalui pengaruh Tun Mahathir, Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz, ialah mengajak rakyat yang tidak berparti dan atas pagar untuk menyertai mereka menolak kepimpinan Najib.

Dalam parti baru itu, Tun Mahathir tidak perlu memegang apa-apa jawatan, cukup sekadar sebagai penasihat dan tidak perlu juga bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang. 

Peranan Tun Mahathir, selain penasihat dan perancang, beliau juga mesti bertanggungjawab menjalinkan kerjasama  lebih kukuh antara parti baru itu dengan PKR, DAP dan Amanah melalui Pakatan Harapan untuk menjadikan gabungan pembangkang lebih efektif dan diyakini sebagai alternatif kepada kerajaan pimpinan Najib sedia ada ini.

Dengan adanya parti baru, "UMNO-exit" akan menderu-deru, gabungan kerajaan alternatif tambah diyakini dan  laluan "exit" untuk Najib yang bakal menggembirakan rakyat Malaysia juga lebih mungkin menjadi realiti. (SH 05/07/2016).

49 comments:

  1. Budin...jangan mimpin di siang hari.Tertubuhnya PARTI baru belum tentu anak anak Melayu menangis-nangis nak tinggalkan PARTI NAJIB...tengok PARTI ANUAR bekas parti acuan DACING dah cukup utk berfikir dua kali dah utk pi ke PARTI BARU...selagi ada MENTALITI ACUAN DACING SELAGI ITU IA TETAP OTAK DACING LAMA....Berat sebelah dalam timbangan...orang muda dari generasi baru yg tak guna DACING LAMA ni berfikiran lebih DIGITAL...lebih rela mendaki gunung cara TEKNOLOGINYA yg menggunakan daya semangat jati diri yg menghasilkan KEJAYAAN yg di usahakan sendiri tanpa ada sebarang SUMBANGAN dari pihak pihak ZORRO.Tak kira siapa pun dalam parti DACING yg berkeinginan MENONJOLKAN DIRI sebagai HERO pasti perlakunya tidak ada KONSEP BARU selain dari BERFIKIRAN DALAM KOTAK AKAL YG SAMA LAGI KARAT...tidak seperti PARTI PARTI YG TEGAS DAN BERJUANG DEMI KEMANUSIAN...Budi malulah dgn diri sendiri kalau pekara yg mudah pun orang dalam ACUAN DACING tidak dapat menjelaskan secara BERAKAL ini kan nak tubuh PARTI BARU dengan hanya beranggapan orang lama dalam pertimbangan DACING nak berubah...INGAT BUDIN, ini zaman DUIT DAN BUKAN ZAMAN AMPU MENGAMPU seperti zaman muda awak dulu...generasi sekarang telah diserap dgn perbagai risalah ugama yg terlalu KORNIK tanpa had sehingga anak muda generasi sekarang begitu EXTRIM dengan pandangan dan tindakan...bertapa banyak ceramah ugama yg di salurkan secara ilmiah tetapi jika AHKLAK sesaorang ugamawan tidak selaras dgn kewarasan bertindak ianya juga boleh di pandang negetive oleh orang muda genarasi sekarang...DUIT DUIT DUIT adalah pegangan intigrasi akal pada zaman ini...dan buka lah mata awak sebesar besarnya bila menyampaikan idea dalam penulisan awak dan saya pasti jiwa kamu juga akan melonjak lonjak jika ada sebarang SUMBANGAN dari pihak ZORRO yg inginkan kamu menulis bagi pihaknya...dan pasti kamu juga akan lakukan secara pelahan pelahan dalam diam diam ubi...hakikatnya kamu juga manusia dan bukannya wali wali yg di anuggerahkan..mengapa saya kata gitu sebab setiap pandangan kamu tidak ada sebarang idea pemankin semagat perjuangan tapi hanya perasaan dendam dan bercita cita kosong tanpa ada integriti seorang PEJUANGAN BANGSA tapi PERJUANGAN PERIUK NASI YG BERKERAK...maaf ni pandangan iklas saya...Bagi saya tiada guna kita lebih banyak bercakap dari kita melakukan tindakkan yg berkesan...saya percaya ramai PEJUANG DACING bersikap dan bersifat gini tak kira lah yg masih berbaki atau yg dah menjadi BEKAS dalam acuan yg sama...so stop talking nonsense.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You jolly well stop taking bullshit, 8:47, menulis cara anarkis, takda perenggan, begitu panjang.

      Dari itu saja sudah tahu kata kata kamu tak boleh di pakai. Fikiran semak, kamu menyemak saja di sini, takda guna kpd masyarakat yang mahukan korapsai pendirian Cash Is King, pengsonglapan berbilion ringgit masuk ekaun peribadi di hapuskan.

      Delete
    2. Kau kata "DUIT DUIT DUIT adalah pegangan intigrasi akal pada zaman ini.." Kepala hotak kau. Nyata kau mengikut penndirian Cash Is King Najib. Kalau ikut cara itu, jahanam malaysia di buat korang. Bodoh bangang punya pendirian.

      Delete
    3. Bangang lah kamu mengata "ha nya perasaan dendam dan bercita cita kosong.." Kamu tak tahu langsung nilai nilai murni masyarakat di Malaysia dan di dunia. Kamu tak sedarkan langsung apa makna "integriti". Kamu dan jenis kamu takda maruah, pentingkan DUIT sahaja.

      Kamu sudah naik biul mengatakan semua nya DUIT sekarang. mengarut mengaku itu pandangan iklas kamu, masakan itu ada lah cobaan kamu nak pertahankan benang basah yang di lendirkan dek Najib.

      Memang tepat lah kamu meminta maaf di Hari Raya ini. Buat demikian beribu kali. Dan bertaubat jugak, kau dengar tak?

      Delete
    4. Saya pun baca ANON 8.47 dua baris dah rasa muak!
      HAHAHAHA........apasal tulis panjang tak berperenggan. Gila meroyan Anon 8.47 ni.

      Delete
    5. laptop dia xda tanda nokhtah, cik minah......dia pun biul........

      Delete
    6. Saya pun muak juga, bahasa tungging langgang, koma dan titik langsung tak ada, taraf ni je pemakan dedak najibun

      Delete
    7. Saya pun muak juga, bahasa tungging langgang, koma dan titik langsung tak ada, taraf ni je pemakan dedak najibun

      Delete
    8. Apa nak heran...umngok akan upah cyber bodo mcm ni le...kt mana2 blog dan page yg tk sehaluan dgn umngok....!!

      Main taram je tulis...!! Taraf upsr kot...cyber umngok. Oppss...lupa semua yg bijak dah kuar pun dari umngok maupun parti PIS...

      Delete
    9. Sdr. silap kerana ramai yg dah tertunggu tunggu nak sertai parti baru,sebab nak kejar jadi Pengerusi Penaja cawangan dan bahgian,jawatan ni tak perlu bertanding.Kemudian nanti bila dah disahkan nama dah mudah lah nak naik.Faham je lah siap,kalau bukan orang yg gagal dalam Umno siapa lagi.Kah,kah,kah....

      Delete
    10. Cukup lah tu... TAMAK. GILA KUASA. jangan sampai rakyat menjadi mangsa. NEGARA akan musnah. Orang lain mendapat keuntungan. KITA SEMUA AKAN MATI.

      Delete
  2. "Bersara dan membiarkan Najib Razak terus berkuasa, tentunya bukan pilihan bagi mereka." -

    Setuju. Terutama nya bila Majlis Peguam pun nak heret Najib ke mahkamah supaya di adilkan dek Hakim Hakim - politikputramerdeka.blogspot.com/

    Kasi balun dari berbagai pihak, berbagai sudut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian Hussain Najadi ... kesian Kevin Morais ...

      Delete
  3. Saya bersetuju dgn penubuhan parti baru. Ini memungkinkan kerajaan campuran berlaku dgn undi2 terpecah tiga antara BN, PH dan parti ke 3. PH boleh bersama parti ke 3 utk check and balance gelagat parti BN yg semakin sombong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ahli UMNO bersetuju sgt dgn perkataan sombong yg digunakan. Dah tiba masa cari wadah baru.

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Inilah wajah sebenar PAN. Kalau tak menjadi pengkhianat, pemfitnah dan penipu tak sahlah puak khadam DAP ni. 98% peratus dah berhijrah ke PAN konon. Setakat kumpulkan ahli PAN dari luar ramai-ramai dan bergambar depan Markas PAS dengan caption "PAS lumpuh, ramai tinggalkan PAS" baik tak payah.

    Lepas ni eloklah PAN bergambar di Putrajaya. Letak sekali caption "100% penduduk Putrajaya sudah berhijrah masuk PAN, PAN akan rampas Putrajaya". Baru puas hati nak tunjuk kebodohan tu Tarmizi.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS sekolah pondok, apa dia paham pasal 1mdb, src, aabar, ipic.

      Delete
  11. Ya...bergabung lah semua pemimpin parti jika PRU14 nanti BN-UMNO kalah sama2 lah pemimpin dari serpihan UMNO-KEADILAN-AMANAH-DAP..lantik lah dari kalangan mereka yang profesional bentuk lah MALAYSIA BARU demi untuk rakyat melaysia..sama2 kita bina kembali MALAYSIA TANAH AIR KU TERCINTA.. demi masa depan generasi dan anak2 kita nanti.

    ReplyDelete
  12. Budin,tolonglah buang posting dari pada pengomen sesat. Yang selalu kimen lari dari tajuk. MENYAMPAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yang copy paste pulak

      Delete
  13. Waaah, banyak komen yang kena buang. Bagus blog ini.

    Aku sokong langkah yang menentukan sopan santun bila diskusi dan tak hala ke melanggar undang undang.

    ReplyDelete
  14. ni aku stuju...sbb aku skrg da xde parti....umno da jhanam pembangkang lg x bleh pkai......tubuh parti baru........pilihan terbaik utk rakyat......

    ReplyDelete
  15. Tubuh parti baru je. Supaya bg pilihan kpd penyokong. Para penyokong akar umbi ni...tk selesa. Mungkin juga belum bersedia nk menyokong parti dap, pkr,atau amanah!!

    Oleh itu, ada baik nya tubuh parti baru...khusus utk ahli2 akar umbi umno maupun atas pagar yg agak cenderung kpd bn selama ini.

    Tapi...tapi..jgn berjuang secara solo!! Wajib utk berpakat dan bekerjasama dgn PAKATAN HARAPAN yg mempunyi misi jelas utk tumbangkan bn dan najib...!!

    Selain dpd PH parti lain yg mendakwa lawan umno/bn adalah penipu dan menyamar....mereka adalah sekutu dgn umno.

    Bg rakyat yg lawan bn ialah PH. Selain itu..takdak dah. Justeru itu...parti baru 3M mesti...wajib...utk bergabung dgn PH utk pastikan one by two (PH vs umno+pas)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada aku, DAP out, walau macam mana pun, out, tak masuk kira pun. Mana boleh, party anti-Melayu, anti-Islam dan sebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969.

      Kalu ada parti baru, ok, tapi nak tunggu PRU14, kalau UMNO lingkup, Najib gol politik nya, mungkin nak sokong UMNO lagi bila Najib dah takda.

      Delete
    2. Anon15:10

      Takut bebeno ko dgn dap yo. Ye la dah skian lama ditarbiahkan dlm amno yg dap tu anti melayu dan anti islam. Dlm masa yg sama ditanamkan dlm jiwa yg amno tu pejuang melayu dan islam sekali gus...


      Aku paham...ko memang dah sbati jiwa raga dgn amno. Hanya cina dap je yg jahat dan kapir harbi kan...kon??

      Cina mca dan gerakan semuanya baik2...penyokong islam dan penyokong hudud dan sangat sayang sama melayu kan...kan??

      Berkesan sungguh tarbiah amno selama bertahun tahun....sehingga keluar amno pun....jiwa keamnoan mu tetap kental....hahaha

      Delete
  16. Yg dalam umno pagoh tu pun belum tau smua nak ikut dia..

    ReplyDelete
  17. Saya pun tak bersedia nak menyokong PKR, DAP or Mat Sabun Amanah, tapi berbanding dengan Parti Najib, lebih baik mereka. Kalau Tun Det tubuh party baharu, sure saya adik beradik, sedara mara dan anak beranak sokong. Kami sedang teraba-raba, tercari-cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raba baik baik Cik Minah.

      Saya Protun, tak meraba lagi dah, apa Tun cakap dan buat, ikut saja lah. Kalau ada parti baru, join.

      Delete
    2. HEHEHEHE..........Kalau Tun Det tubuh party baru,
      taklah terabar-raba lagi. Terus cekup.

      Delete
  18. Salam,

    Apa kata kalau United Malaysian National Organisation..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama Malaysian makna nak jadi atau nak semangat Malaysian.

      Mana boleh nak capai semangat Malaysian. Selagi negara ini ada ultra kiasu ungrateful ingrate DAP yang anti-Melayu, anti-Islam dan cetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969, mana boleh tercapai.

      Delete
  19. Tun pernah berkata, tubuh parti baru, pecah undi melayu. Kecualilah jika PKR, Amanah dan 3M + Shafie dan pengikut mereka bercantum dalam satu parti baru dan berpakat dg DAP. Halangan utama ialah Anwar dan Mat Sabu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan sg besor dan k.kangsar..pembangkang dah serik nak bawak madey..

      Delete
  20. Jika penubuhan parti baru yang dipersetujui, ia tidak munkin dapat terbentuk dalam masa singkat sebelum PRU14. Kerajaan BN akan cuba menyekat dan melambat lambatkan penubuhannya sapertimana yang mereka buat sebelum ini keatas permohonan penubuhan parti baru.

    ReplyDelete
  21. setuju sgt
    tapi nanti pru14 jgn lrtak calon berlaga-laga pulak

    ReplyDelete
  22. Adoiii pening pakcik....PKR parti Nuar.PAS dh jadi milik Hadi. DAP dh lama dpt kt Lim. Skrg UMNO pulak jadi parti Najib. AMANAH mcm mna agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg Su jeng...jgn risau. Masa pemilihan amanah nanti...saya lantik abang ganti mat sabu jd presiden. Abang lantik saya jd tim. Presiden. So..parti amanah jd milik kite dua orang le...kih kih kih

      Delete
    2. Hahahaha.. anon 01:24

      Kelakaq betoi!!!

      Delete
  23. mahade boleh buat pati baru mesti berjaya punya
    jangn takut
    pengarohnya besar dan kuat
    amno dah banyak yang tak kono
    harap bantuan dari sab sar saja
    di sini dah kalah pung

    ReplyDelete
  24. Pkr dap kena buat rebranding.. Logo dan lain2 dasar.. Selaraskan balik tujuan.. Bagi jelas.. Buka buku baru.. Tun boleh buat parti baru.. Tapi tun hanya jadi penasihat.. Cari muka2 baru utk parti baru bagi yg muda. Kempen cara baru.. Buat dasar bersama antara parti yg jelas.. Ikot rukun negara.. Raja diatas semua (kembalikan kuasa2 raja2 melayu) islam agama rasmi yg bukan islam kena terima (kalu tak terIma jgn bergabung) martabatkan bahasa kebangsaan.. Ekonomi melayu perlu ditekankan (dasar ekonomi melayu yg baru)... Agihan hasil negara yg adil utk semua kaum.. Kembalikan hasil bumi negeri2 yg terlibat.. Samakan sabah dan serawak dlm semua kemajuan dan ekonomi.. Kempen nanti hanya lebihkan tumpu pada najib dan sekutunya.. Bukan parti (sbb nak tarik undi ahli umno dan pengundi umno) dgn tunjuk kesalahan pemimpin dgn lebih kreatif.. Contoh. Buat lagu.. Logo cipta dikir barat. Buat parodi2 poitik.. Kartun video2.. Info grafik.. Hebahan media.. Lebihkan tumpu kempen di pekan.. Apabila najib jatuh.. Umno/bn akan jadi sgt lemah.. Takda lg modai.. Pemimpin2 yg sekutu dgn najib takda tepat bergantung lg.. Bygkan saleh keruak.. Teuku adnan.. Ahmad maslan azalina.. Hishamudin.. Zahid.. Nazri... Tanpa najib.. Sangat goyang.. Lebih teruk.. Kedudukan ag.. Igp.. Pac.. Sprm.. Semua hilang taring.. Kunci.. Rebranding.. Bersatu.. Kalahkan najib di pekan.. Letak nama parti baru wadah harmoni.. Letak warna2 bendera malaysia... Namakan pakatan parti baru itu barisan harmoni atau apa saja yg membawa maksud.. Bersama untuk sama

    ReplyDelete
  25. barang yg lepas usahlah dikenang.buang yg keruh ambil yg jernih.jemput masuk pakatan harapan pkr - dap - pan/amanah lepas raye ni.ajak sekali muhyiddin,mukhriz dan shafie ok?jgn sesekali takut jgn goyang jgn mengaku kalah.jgn buat malu diri,keluarga,agame,bangsa dan negare.jike DSAI Anwar Ibrahim boleh bangkit dan lawan balik takkan mahathir,muhyiddin,mukhriz dan shafie tak boleh?rezeki datang dari Allah bukan dtg dari bn umno.ayuh kite tentang bn umno habis habisabn gempur mereka pru 14 tahun depan.Lawan tetap lawan,ALLAH HU AKHBAR.

    ReplyDelete
  26. Saya sekarang sedang beraya balik kampung di JB, KG.Melayu Majidee, pusat kuat umno. HEHEHEHEHE.
    Funny......tetiba bila bukak channel TV3, mereka suruh tukar!!!!
    BORING dengar orang meracau kutuk sana, kutuk sini merendah-rendahkan mertabad sendiri katanya. By the way, kebanyakan adik beradik saya ni umngok totok, taw. Almaklumlah kami semua warga KAMPONG MELAYU MAJIDEE.
    Apa dah jadi ni...........?????
    Sure BLOGGER Harapan Esok , SEMUT HITAM, 1 Malaysia, Utara News, Belia Bangkit, sangkakalajari9 - to name a few akan cakap, "ELEHHHH...KAMI TAK HERANNNNNnnnn".
    HEHEHEHEHE..............ada aku kisah, korang tak heran.
    Yang penting, ramai orang dah mual dengar TV3, TV1 dan blogger ni menceceh mengutuk Tun Det dan mereka yang tka sokong Najib.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...