Saturday 14 May 2016

SALLEH, JANGAN CUBA MAHU 'MENGAJAR' AGONG, NANTI DIKATA 'KURANG AJAR'


Kenapa agaknya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak kelihatan begitu gusar dan susah hati terhadap Deklarasi Rakyat yang akan dipersembahkan kepada Istana Negara dengan seolah-olah cuba mengingatkan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh memecat Perdana Menteri, Najib Razak?

Apakah rasa gusar dan susah hati itu bukan saja mengenai dirinya, tetapi juga mewakili masa depan Najib sama?
Apakah dengan mengingatkan bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang membolehkan Najib dipecat, Salleh sedang cuba "mengajar" Yang Dipertuan Agong  mengenai bidang kuasa baginda?

Apakah tidak dilihat "kurang ajar"  apabila seorang menteri yang hanya masuk kabinet melalui pintu belakang cuba berbuat demikian kepada Yang Dipertuan Agong yang dianggap payung kepada seluruh rakyat jelata?

Semalam, Tun Mahathir Mohamad yang mengetuai Deklarasi Rakyat mengumumkan sejumlah 1,271,997 tandatangan telah berjaya dikumpulkan dalam tempoh dua bulan dan sedang menunggu tarikh untuk menghadap Yang Dipertuan Agong untuk menyerahkannya.

Dalam masa yang saja, pengumpulan tandatangan akan terus dikumpulkan dari semasa ke semasa sebagai membuktikan penolakan rakyat terhadap Najib turut tidak pernah berhenti selagi beliau masih menjadi Perdana Menteri.

Tujuan deklarasi itu diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong ialah untuk mengulangi sejarah bagaimana Malayan Union juga ditolak oleh Raja-Raja setelah mendapat desakan yang kuat daripada rakyat.

Dalam kes Najib, walaupun tujuan deklarasi itu bertujuan mengundurkan Najib, tetapi tidak pernah pun sama ada Tun Mahathir atau sesiapa pernah menyebut mengenai perlunya Yang Dipertuan Agong memecat Perdana Menteri.

Yang dimahukan ialah Najib diundurkan.

Jadi, apa sebabnya yang Salleh terloncat-loncat gusar dan susah hati dengan kemungkinan pemecatan Najib setelah Yang Dipertuan Agong menerima timbunan tandatangan deklarasi itu?

Sesuatu yang harus Salleh sedar dan buka mata hatinya luas-luas ialah skandal kewangan berkaitan Najib ini sudah begitu memalukan negara di seluruh dunia sehingga ia bukan saja diperkatakan olah sesiapa saja di semua penjuru alam, bahkan kerananya juga negara kita dikaitkan dengan imej rasuah yang begitu memalukan.

Dalam masa yang sama, beberapa Sultan dan Raja juga semakin kerap bercakap mengenai bahaya dan bahana rasuah sejak timbulnya isu berkaitan Najib itu.

Tidakkah ini menunjukkan Raja dan Sultan kita juga turut prihatin dengan apa yang sedang berlaku dalam negara?

Jika demikian, setelah menerima bukti penolakan rakyat dari semasa ke semasa yang semakin besar nanti, apakah tidak mustahil jika Yang Dipertuan Agong memberi teguran kepada Najib atau membawa hal berkaitan deklarasi itu kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan?
Bukankah sebelum ini Majlis Raja-Raja buat pertama kali pernah mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB yang jelas memberi gambaran keprihatinan yang mewakili keresahan rakyat jelata?

Jika Yang Dipertuan Agong tidak berhak memecat, apakah tidak boleh baginda menasihatkan Najib agar berundur atau meletakkan jawatan secara baik berikutan perlakuannya berkaitan skandal kewangan terlalu mencemar imej negara dan bagi memulihkan semula kepercayaan rakyat?

Apa-apa tindakan yang bakal dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong atau Majlis Raja-Raja, tidak perlulah Salleh cuba "mengajarnya".  Baginda ada kebijaksanaannya sendiri.

Kalau pun juga tidak memecat, tetapi Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja sebenarnya ada banyak cara untuk berbuat sesuatu yang menggambarkan pihak istana bersama rakyat jelata dan turut tidak gembira dengan kepimpinan serta tingkah laku Najib sebagai Perdana Menteri.

Jika Salleh ingin lebih memahaminya, rajin-rajinlah menyelak helaian sejarah bagaimana di masa lalu ada Menteri Besar tiba-tiba berhenti di tengah-tengah perkhidmatan, ada yang ditolak setelah dinamakan, ditarik gelaran dan bermacam-macam lagi yang semuanya memberi isyarat peneraju kuasa tidaklah semata-mata boleh dijatuhkan dengan pilihanraya atau melalui undi sahaja.  (SH 14/05/2016).

69 comments:

  1. Mintak Salleh dan menteri yang sewaktu dengannya tolong bayarkan la hutang 1MDB atau bunganya dulu, pakai pendapatan masing2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar raja bajau yg tak sedar diri nak mengajar orang Malaya berpolitik.

      Delete
    2. Dia ni bukan raja bajau, sebenarnya RAJA PALUI

      Delete
    3. Setuju 1224.. biar menteri2 UMNO BN yg bayar sumer hutang 1MDB tu. Bank Negara pehal pandai2 nak bayar ha???

      Delete
    4. Keruak ni mmg kurang ajar. Dia bukan isu. Dia main cakap saja. Dahlah dia main cakap saja dia nak pulak orang lain percaya dan ikut apa yg dia cakap.
      Bengong punya keruak kepala karabau ni.
      Dengan orang kota belud boleh lah temberang. Nak temberang dgn orang Malaya kena fikirlah byk2 kali keruak oiiiiiii..
      Setakat kepandaian ko tu tak ada siapa yg hairan pun.
      Dahlah diri sendiri tu bodoh sombong ada hati nak ajar orang lain pulak.
      Ko masuk sekolah dulu lah keruak

      Delete
    5. Sabar tuan, jgn ikut kenegerian, asabiah.. Kita perlukan sokongan semua utk tamatkn perkara terkutuk nie..

      Delete
    6. Salam bro,
      Salleh bukan raja Bajau. Dia ni jenis play safe politician mcm Najib juga. Apa yv dia dpt semua cara mudah. Dia jadi KM duly pun d sebabkan bapanya TYT.
      Kita tau betul apa dia dan arwah bapanya buat.

      Delete
    7. Salleh tidak nak mengajar Raja, dia nak mengajar pengikut Mahathit agar jangan mimpi dgn hanya menghantar jutaan tanda tangan membolehkan PM turun....itu aje.

      Delete
    8. Salleh tidak nak mengajar Raja, dia nak mengajar pengikut Mahathit agar jangan mimpi dgn hanya menghantar jutaan tanda tangan membolehkan PM turun....itu aje.

      Delete
  2. Saleh..Saleh..ingatkan dah balik tengok bendang, rupa2nya balik ke gelanggang..jom ramai2 dia ni kita panggang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab ini saleh keruak betul.. kuasa agong telah disontot oleh PARIAH KUTTY mungkin dah lupa or nyanyuk si pariah ni minta rakyat terbabit. Cukup lah dulu pariah kutty guna utusan n berita harian serta tv3 porak porakporandakan raja dan agonh. Kuasa mutlak agong harus patuh pada parlimen. Agong setuju ok. Tak setuju dlm tempoh 30 hari tetap dikuatkuasakan. Kalau agong nak malu bulat bulat buatlah. Bukan sy sokong najib tp pariah kutty ni dah buat hal lamaaaa dahhh

      Delete
    2. Hang ni memang dasar bacul.ko buat apa utk negara bangsat?jgn hina org barua sieh haram jadah kepala butoh.sori terlebih....hihi

      Delete
  3. Tergamak kah anda sebagai orang tua di dalam sebuah rumah yang sama hanya mahu berdiam diri dan tidak melakukan apa apa tindakan walau pun anda melihat dan telah menyaksikan bagaimana seorang penyamun telah melakuan pencurian dan perompakan harta benda dan wang ringgit secara terang terang sedangkan rumah dan penghuninya itulah yang selama ini memberi perlindungan serta penghormatan kepada anda?. Manusia jenis apakah anda jika anda cuma mampu membiar dan mendiamkan diri sedangkan penghuni rumah berkenaan yang sedang dalam kecelakaan dan kesusahan ini amat memerlukan pertolongan. Fikir fikir kan lah wahai penguasa! Jangan tunggu sehingga perbuatan anda hari ini mengundang kecelakaan kepada anda disuatu masa nanti disebabkan anda gagal respond terhadap kepeluan majoriti rakyat yang sedang terhimpit dek perbuatan segelintir pemimpin rakus. Jangan sampai Kisah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang berulang lagi disebabkan terlalu mementingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Love you.Sokong!!!Apa maknanya ada sistem beraja kalau tidak ada fungsi dalam membela rakyat jelata yang menjadi mangsa kepada pemimpin yang pecah amanah?

      Delete
    2. Rakyat sedang MEMBUKA MATA dan MEMERHATI apakah NASIB RAKYAT DIBELA ataupun tidak.

      Apakah perlembagaan yang ada berjaya MEMBELA dan MELINDUNGI nasib rakyat sebagaimana yang dilaung-laungkan.

      Atau.....rakyat hanya umpama MELUKUT DI TEPI GANTANG. Hidup terumbang-ambing tiada yg SUDI MEMANDANG KE BAWAH....TIADA PEMBELAAN.

      Delete
  4. Hahaha...semua nak jd panglima...keruak, ali tinju, nazri, jamal. Diorang sbnrnya tau, najib hari2 kena attack..keadaan najib parah/getir, jd sapa2 yg pertahankan najib pada masa sekarang akan dpt habuan lebih dari waktu biasa.

    ReplyDelete
  5. 1) Ada satu Saleh keruak
    pasal Mahathir semangat membuak
    pembela pee Emm dialah jugak
    konon nya kebal bertambah riak

    2) suka hati Agonglah nak buat apa
    dah ketaq kaa hang sama Big Brother
    jelas nampak rakyat tak suka
    siaplah hang tunggu bencana..

    3) nak ajar Agong awak tu siapa
    Jadi menteri abuk pun takde
    sini semenanjung rakyat bermata
    balik Kota Beludlah kerbau kan ada?

    4) Ampun Tuanku Duli Paduka
    dengarlah keluhan rakyat jelata
    pemimpin negara buat angkara
    satu dunia negara dicerca

    5) rakyat kini hidupnya susah
    pemimpin rakus rakyat yang mangsa
    jalan lain ditutup sudah
    Deklarasi Rakyat penyambung usaha

    6) skandal emdibi cemar negara
    terus menyokong Deklarasi Rakyat
    dosa pahala pemimpin tak kira
    asal jawatan digenggam erat..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Boooooo...Booooo..Booooo..keruak siang jadi karabau.
      Malam jadi balan balan (hantu gigi jarang
      Hantu balan balan cukup famous di kota belud.

      Delete
    2. Puisi juara..boleh disertakan sekali warkah puisi dgn deklarasi rakyat menghadap YDP AGONG nti..

      Delete
  6. 1) Ada satu Saleh keruak
    pasal Mahathir semangat membuak
    pembela pee Emm dialah jugak
    konon nya kebal bertambah riak

    2) suka hati Agonglah nak buat apa
    dah ketaq kaa hang sama Big Brother
    jelas nampak rakyat tak suka
    siaplah hang tunggu bencana..

    3) nak ajar Agong awak tu siapa
    Jadi menteri abuk pun takde
    sini semenanjung rakyat bermata
    balik Kota Beludlah kerbau kan ada?

    4) Ampun Tuanku Duli Paduka
    dengarlah keluhan rakyat jelata
    pemimpin negara buat angkara
    satu dunia negara dicerca

    5) rakyat kini hidupnya susah
    pemimpin rakus rakyat yang mangsa
    jalan lain ditutup sudah
    Deklarasi Rakyat penyambung usaha

    6) skandal emdibi cemar negara
    terus menyokong Deklarasi Rakyat
    dosa pahala pemimpin tak kira
    asal jawatan digenggam erat..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Patun terbaik tahun ini..

      Delete
  7. yang sungguh menhairankan kenapa keruak haram jadah ni gelabah berok termasuk nazri. yang seorang lagi dahlan yg terlalu sibuk hal kerajaan pulau pinang. depa ingat rakyat boleh termakan hasutan meraka. alo menteri2 yg bodoh....rakyat lebih cerdik dari kamu semua...hg pa ni betoi2 mcm pukimak

    ReplyDelete
  8. Pak Shah, bergelora dengan Cash telah menjelmakan NajibGor sebagai King of Malaysia, malangnya berjenis Raja Kuku Besi. Maka Kesultanan Melayu sekarang terancam oleh kuasa mutlak yang berwenang2 dalam pentadbiran negara kita.

    ReplyDelete
  9. Najib wajib undur secara baik ...!!!!
    Sekurang-kurangnya tak begitu malu sangat daripada dipaksa letak jawatan

    ReplyDelete
  10. 2 Syayatin dari puak Umno iaitu Nazri dan Salleh Keruak,,bila buka mulut mesti pedih dan sangat menyakitkan hati pendengar,, justru itu sewajarnya mereka di gelar Syayatin

    ReplyDelete
  11. kepada semua pembaca shahbudin blog. ingat kata2 keramat najib d dlm perhimpunan agong umno baru2 ini......

    NO RETREAT....NO SURRENDER....NO RETREAT....NO SURRENDER...

    ini pahlawan BUGIS yang sohor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia berani cakap macam sebab semua pemimpin dan ahli umno bahalol dan suka makan dedak cap pungkok rosmah,kalau semua ahli umno menentang najib dan rosmah dah lama masuk sg buloh ,ada faham ka.

      Delete
    2. kita lihat org2 melayu yg bodoh bertepuk tangan dan berdiri beri hormat pada PENCURI duit rakyat di dlm dewan..
      apa nak jadi melayu umno ni. MELAYU UMNO MCM HARAM JADAH DAN PUKIMAK

      Delete
    3. Tu sebab bro pakat ramai2 kaleh jangan undi BN.

      Delete
    4. Mati hidup balik pun aku tak undi dah.

      Delete
  12. Salleh keruak nie memang menteri pukiwak lah.. satu perkataan je sesuai untuk dia.. kepala butoh..

    ReplyDelete
  13. Saya sarankan supaya Tun mencadangkan pada Tuanku agar diadakan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat IMDB dan Najib diatas kegusaran rakyat.
    Isu ini bukan sahaja memalukan DYMM Yang Dipertuan Agong sebagai seorang raja di Malaysia malah rakyat keseluruhan.
    Seluruh dunia sudah mengangap Malaysia negara rasuah dan melindungi perasuah

    ReplyDelete
  14. Ssk(sya suka kangkung)kuruak lu hormat sikit jgn lebih2 nanti kena debik bru tau.kmi rakyat marhaen lebih respek dgn tuanku? daripada menteri2 kepalavutoh kabinet haramjadah.menteri takda maruah pasal duit anak bini pun bole bgi free.jijik kabinet cash king.

    ReplyDelete
  15. Sy gelak guling2 tuan shah tulis salleh keruak terloncat2... Si salleh dah makan cili la tu kot...

    ReplyDelete
  16. Mana ayahnda repot polis tu???sibuk buat filem top tempatan kot martabat sultan di rendahkan lese majeste cpat ayah dang wangi menunggu jilake

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam tadi dia makan julap. Sakit perut berak2
      Itu bukan ayahnda. Itu orang gila kuasa

      Delete
    2. Dengar cerita dah masuk ICU..

      Delete
  17. Inilah akibatnya dpt jd menteri dari hasil bodek... Punyalah ramai mp dr umno knp keruak yang dilantik jd menteri...adakah mp umno tidak layak jd menteri?...bukan kah ini satu penghinaan.... Ini pun kalau mp umno ada maruah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sblm rombakan kabinet, dia jd blogger kipas najib. RPK selalu petik tulisan dia. Najib ketandusan orang yg backing dia pd masa tu. Tu yg jd menteri.

      Delete
  18. Wahai Raja-Raja Melayu,tidak kah kamu semua perlu ambil berat atau ada rasa bertanggungjawab terhadap nama baik dan kedaulatan negara?Apa maknanya DAULAT TUANKU sekiranya negara hilang KEDAULATAN angkara aib yang dibawa oleh seorang Perdana Menteri yang pecah amanah?

    ReplyDelete
  19. Buat kerja2 haram sampai kiamat pakatan haram akan jadi pembangkang..

    ReplyDelete
  20. Org sabah sekor dua orang ini nemang biadab kan sabah tak ada raja dia menompang raja dari semenanjong dpt jadi menteri nak ajar agong pula jaga sajalah orang2 ulu dan hutan yg becawat tu jangan campur hal org kat semenanjug ni itu nak ingatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salleh king of bangang! Simple dan fakta....

      Delete
  21. Org sabah sekor dua orang ini nemang biadab kan sabah tak ada raja dia menompang raja dari semenanjong dpt jadi menteri nak ajar agong pula jaga sajalah orang2 ulu dan hutan yg becawat tu jangan campur hal org kat semenanjug ni itu nak ingatkan

    ReplyDelete
  22. Adakah Kerajaan (orang biasa) akan mengambil tindakan terhadap Raja-raja sekiranya ditegur cara tegas akan perbuatan mereka yang tidak betul itu?

    Hairan juga hampir satu dunia sudah bersuara tentang 'salah-laku' terhadap Kerajaan Mesia, tapi pihak Raja-raja, kecuali Johor, masih berdiam diri. Tidakkah Raja-raja ada hak tertentu untuk bertindak demi memperbetulkan keadaan yang semakin keruh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ramai yg nak komen pasal ni tapi takut kena tangkap. Kalau kat overseas depa main taram jer. Tak ada koma noktah.

      Delete
  23. Bnyk alasan pulak si said keruak ni...kalau agong dan raja2 melayu takda kuasa memecat PM...agong boleh bubar parlimen supaya pilihanraya di adakan semula...bagi balik kpd rakyat utk mengundi...pilihanraya mengejut org habaq...hehe

    ReplyDelete
  24. Orang utan sabah ni lebih baik diam.semua
    rakyat benci padamu

    ReplyDelete
  25. Selama 8 tahun memerintah, kerosakan yg dilakukan najib ibarat sebuah bom atom yg dijatuhkan di Hiroshima dimana tanggungan kerugian ditanggung negara m'sia dirasai sampai anak cucu, seharusnya Agung lah sepatutnya membuat kata putus melucutkan jawatan orang yg diberi kuasa memerintah yg gagal dan tidak amanah

    ReplyDelete
  26. Salam,

    Saya inginkan supaya pihak pimpinan PH iaitu PKR dan DAP akan membuat satu siri "pembersihan" parti dengan mengadakan siasatan/pemantuan bagi sesiapa ahli DUN PR yang seolah-olah mengkhianati prinsip PAKATAN RAKYAT disingkirkan.

    Ini kena beritahu rakyat jelata di kawasan DUN masing-masing.

    Baru-baru ini diberitakan DAP memecat seorang DUN DAP Selangor kerana tidak amanah. Ini berita baik untuk PR dan rakyat.

    Ketika mana PR bersihkan parti untuk bersihkan PR, BN/UMNO pecat Muhyiddin demi "mengotorkan" lagi UMNO/BN.

    Ayuh, kita semua buat satu "Deklarasi Bersihkan Pakatan Rakyat" sebelum menjelang PRU ke14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi PKR/PAS dan PAN/DAP masih wujud
      sampai kiamat mereka takkan sampai ke Putrajaya.
      Bersatulah bongok-bongok oi ramai dah muak
      dengan BN/Umno/Mca/Mic.
      Supaya dalam PRU14 kerajaan PR/Pkr/Pn/Dap
      dapat memerintah.
      Kuatkan saf jangan bercakaran sesama sendiri.
      Buang Pas jauh-jauh kerana presidennya tak boleh dipercayai.
      Kalau BN/Umno menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar
      bukan kerana mereka kuat tapi kerana pembangkang lemah.

      Delete
  27. Tanya sama dia semasa DYMM Sultan Abd. Halim menjadi Agong buat pertama kali 1975 dulu ,sudahkah ia dilahir atau belum.Belajar lah sikit cara menghormati orang lebeh tua.Ingatlah dimana kita brada jangan telampau ranggi sangat.

    ReplyDelete
  28. Inilah kualiti menteri pilihan Najib, memalukan, cakap tidak menggunakan kecerdikan berfikir, apakah yang nak disampaikannya, atau untuk menunjukkan najib masih ada lagi pembelanya.

    ReplyDelete
  29. Kuruak last warning klu buat statement kangkung lgi sya repot polis.klu polis tak tangkwp kita makan kbab je.

    ReplyDelete
  30. Salleh haprak ni phobia. Dulu dapat jadi CM sekejap sangat pasal Tun. Ni pulak takut jadi menteri kejap sangat pasal Tun jugak. Tu pasal dia meroyan tak tentu arah.

    ReplyDelete
  31. Keruak bunyi kerbau kan. Salleh ni loyer buruk. Takder sijil loyer pon. Tau ler Agung nk wat guano. Salleh ni bajau ker. Patut ler menyondol mcm kerbau. Pakar perlembagaan konon. Pakar jilat n sondol boleh ler. Kahkahkah.

    ReplyDelete
  32. Mr Shahbudin, can you read english? Try to read this.

    http://www.malaysia-today.net/the-1-2-million-fictitious-signatures-on-the-save-malaysia-petition/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr on9n 22:04 can u understand english. Try to understand this. Fictitious signature or not it definately cannot be worse then fictitious PM.

      Delete
    2. Agree with you tatang ka.

      Anon 2204 - Kitorang faham english la. Tapi cerita dari mulut najib psl duit 2.6b tu orang derma lagi fictitous... cerita kumpul duit dari kecik beli berlian tu lagi fictitous. Tak masuk akal.

      Delete
  33. Tengku palsu dah lama menghilang dan dah tak dengar ucapan ucapan celupah dari mulut busuk beliau??

    ReplyDelete
  34. Ambiga yang semua tahu ada agenda mahu mampuskan Bumiputera turut bersama.

    Hishamuddin Rais, Barua Low Cost DAP...

    Husam Musa, Broker Konsesi Balak yang rakus dalam mendogol hutan-hutan di Ulu Kelantan...

    Muhammad Mat Taib, Duit Cash Berjuta di Australia tapi sekarang mendabik dada berlakun sebagai "Mister Clean"...

    Dr. Mahathir, Maharaja Kroni semasa ada kuasa dulu...

    Inikah orang-orang yang nak "Selamatkan Malaysia"?! Kalau awak semua percaya kata-kata mereka dan turut sokong, terbukti bahawa awak semua begitu mudah dijadikan LEMBU untuk agenda tersembunyi orang lain.

    Cuba guna akal dan bukan KEPALA LUTUT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ����������

      Delete
    2. Liwat hang bru hang diam.hishamudin rais klu penyamun mcm najib da lama kaya tpi beliau berjuang utk pendirian beliau.dri u sampai skrg pun kaki demo bkn penyangak.husam musa bkn agen balak tpi revolutionary islam anak emas allayarham tgna bkn barua adi butoh anu mana bukti?tan sri muhammad nobodys perfect tpi tak curi duit rakyat dan selangor.tun the greatest statesman of malaysia beliau juga ada tersilap tpi tak sampai londeh harta negara.jdi liwat hang tak salah ayo anu gedebe

      Delete
    3. Anon 13:50 ni, contoh terbaik pengguna tegar kepala lutut untuk berfikir. Mudah diguna sebagai balachi percuma. Kena liwat oleh kumpulan ni pun, dia kata "Syiok" HAHA!

      Hujah bertaraf budak lulusan Sekolah Atap. Masa Mahathir jadi PM, berapa BILLION yang dihabiskan untuk projek2 bodoh. Berapa billion yang dibawa lari oleh kroni-kroni melalui kontrak-kontrak yang diberi tanpa open tender. Semua atas nama "Untuk Bumiputera". Tapi yang gomol berbillion tu, kroni-kroni dia. Orang macam enko, dapat rokok Dunhill sebungkus aje.

      Jangan terus diperbodohkan oleh orang-orang yang hanya mahu kuasa untuk diri sendiri dan anak-beranak.

      Delete
  35. Dh bengong dh tu.. Dok pikiaq nnti xjadi menteri dh la lg klu jib turun

    ReplyDelete
  36. Keruak bunyi kerbau kan. Salleh ni loyer buruk. Takder sijil loyer pon. Tau ler Agung nk wat guano. Salleh ni bajau ker. Patut ler menyondol mcm kerbau. Pakar perlembagaan konon. Pakar jilat n sondol boleh ler. Kahkahkah.

    ReplyDelete
  37. Salleh keruak menteri cap ayang. Bodek n jilat. Tu jer dia tauuu. Kikikiki

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...