Sunday 17 February 2019

URUSAN POLITIK TAK PERLU PERJANJIAN BERTULIS, TAPI MENGAPA HADI AWANG SANGGUP BERBUAT DEMIKIAN?


Sehingga ini kedua-dua pihak, UMNO dan Pas terlihat masih sukar menerima apa yang didedahkan Tun Mahathir Mohamad semalam sebagai suatu kebenaran.


Dalam pendedahannya itu, Tun Mahathir berkata, Hadi Awang telah membuat perakuan kepadanya bahawa Pas tidak akan membantu UMNO dalam PRK Semenyih pada 2 Mac depan.


Tambah beliau lagi, perakuan Presiden Pas itu juga dibuat dalam bentuk bertulis serta bertandatangan.


Bagi UMNO, dakwaan Tun Mahathir itu adalah suatu penipuan serta pembohongan yang tidak boleh dipercayai.


Kata beberapa pemimpinnya, kehadiran pemimpin-pemimpin kanan Pas ketika penamaan calon serta telah wujud kerjasama yang mantap di peringkat cawangan, bahagian dan negeri untuk memastikan kemenangan calon BN di Semenyih adalah bukti bahawa dakwaan Tun Mahathir itu tidak boleh dipercayai.


Ada juga pemimpin UMNO yang mempersoalkan sejak bila Tun Mahathir menjadi jurucakap kepada Pas?


Dalam waktu yang sama, para pemimpin Pas juga turut menyanggah dakwaaan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu.


Tegas mereka, dakwaan Tun Mahathir itu sukar dipercayai, tiada kebenaran, sekadar memanipulasi pertemuan, malah menegaskan hubungan kerjasama yang sudah terjalin antara Pas dengan UMNO akan tetap diteruskan di Semenyih ini.


Maka, adakah Tun Mahathir telah berbohong?


Jika Tun Mahathir berbohong, mengapa Pas tidak segera membuat penafian, malah Hadi Awang sendiri melarikan diri ketika diserbu wartawan yang ingin meminta kepastian daripadanya?


Mudah ceritanya, adalah tidak mungkin Tun Mahathir sanggup mereka-reka cerita jika surat perakuan bertulis dan bertandatangan itu tidak ada padanya.


Kalau sampai begitu kesanggupannya, semata-mata untuk melihat Bersatu menang di Semenyih, itu tindakan bunuh diri namanya.


Dalam pertimbangan ramai, sehingga Hadi Awang sendiri tidak berani tampil menafikannya, dakwaan Tun Mahathir itu boleh dikata sesuatu yang benar dan mempunyai peratusan tinggi untuk dipercayai.


Cuma, yang menjadi tanda tanya, mengapa Pas sanggup membuat perakuan bertulis dan menandatanganinya, sedangkan ia cuma persefahaman politik dan bukan perjanjian dalam perniagaan?


Pas dalam hal ini, tentu lebih sedia maklum, melalui sekian banyak persefahaman yang pernah mereka lakukan sebelum ini, termasuk dengan DAP, semuanya tidak pernah sama sekali dibuat dalam bentuk surat bertulis.


Mana-mana pihak pun, baik pemimpin atau parti, apabila mereka mahu menjalin persefahaman, kerjasama atau perjanjian politik, tidak pernah menjadikan sebarang surat bertulis dan bertandatangan sebagai suatu keperluan.


Ini kerana persefahaman politik leboh bersandarkan kepercayaan dan ia tidak melibatkan untung rugi kewangan.


Itulah juga sebabnya mana-mana pihak yang ingin berpisah atau memutuskan kerjasama politik, cukup sekadar membuat kenyataan putus hubungan saja, tambah kukuh jika selepasnya diikuti dengan maki hamun, kata mengata dan caci cerca.


Sesudah itu, sahlah perceraian itu. Mudah saja.


Tidak seperti perniagaan, ia biasanya mesti ada perjanjian, pembahagian keuntungan, susunan kerja dan sebagainya lantaran untuk memulakannya sesuatu projek itu tentu saja memerlukan wang.


Tetapi, putusnya kerjasama politik tidaklah pernah sampai dibawa hingga ke mahkamah atau saman-menyaman yang menuntut pampasan juta-jutaan. Lagi pun modal kerjasama politik hanyalah air liur saja.


Oleh itu, agak pelik dan menghairankan mengapa Hadi Awang sanggup membuat surat bertulis dan bertandatangan kepada Tun Mahathir dalam perkara yang semata-mata berkaitan politik iaitu untuk tujuan tidak lagi membantu UMNO dalam PRK Semenyih?


Apakah keperluan Hadi Awang membuat surat tersebut hanya kerana ketakutan kes RM90 juta terbongkar dan melemahkan Pas atau beliau dan Tun Mahathir ada agenda bersama yang lebih besar daripada itu?


Adakah juga persefahaman politik yang dipersembahkan Hadi Awang kepada Tun Mahathir sudah bertukar menjadi perjanjian perniagaan yang untungnya akan dibahagi sama rata antara Pas dan Bersatu?


Siapa pula yang akan rugi nanti?


UMNO? DAP? Atau Anwar Ibrahim? (ShahbudinHusin 17/02/2019)

52 comments:

  1. Dah kena pegang la kot? Mgkn dah diarah utk bg bukti hutam putih... kalau tak...huhu je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa.... tak habis2 lagi kisah chief lebai nak buat deal dgn Atok. Common... move on la bang.... this is politic.... any possibilities could happen. Jangan meroyan Budin.... benar atau tidsk belum dipastikan lagi...

      Delete
    2. Mana boleh habis, Jigit. Selagi isteri Rosmah masih terhegeh hegeh ke sana sini, Bossku (ngaku Najib), Bukan Bossku (bantah KJ), BossLebai (kata yang marahkan habuan RM90 juta) .. selagi itu ler kena kisahkan apa saja bagi memutuskan perhubungan depa.

      Delete
    3. Ini blogger sangat bonggok sering kali membuat andaian-andaian..!!

      Delete
    4. Shafiek,

      Aku tidak membantah apa ko kata. Tapi aku tak mendiam diri aje. Lebih dari itu, akau mengeluarkan suara.

      Sebenar nya, aku setuju dan sokong anda.

      Itu yang dikatakan cakap pusing2, hehe.

      Politikus dan blogger ini selalu buat gitu.

      Delete
    5. Setuju dengan pendapat bahawa motif Budin ia lah supaya melemahkan Tun Mahathir, agar ahli2 dan penyokong2 Bersatu / PH desak dia letak jawatan awal. Supaya Pak Sheikh Nuar ambil kuasa cepat.

      Malang nya motif nya selalu di bantut kan. Dengan kita semua membalun dia. Mahukan Tun Mahathir jadi PM sekurang kurang nya sehingga PRU15.

      Malah, ramai yang mahukan dia terus dengan bintang yang bahru di anugerah nya kpd diri nya sendiri. Bintang KSM - Kerja Sampai Mati.

      Banyak lagi kerja yang perlu di buat. Najib rosakkan negara amat sangat. DEB perlu di giatkan sehingga kaum Melayu mencapai seimbangan dengan kaum Cina di segi ekonomi dll.

      Pencapaian DEB Tun di 22 tahun pemerintahan nya dulu cemerlang. Mahu dia teruskan. Tak yakin Bang Nun akan lakukan itu dengan jaya.

      Delete
  2. Kalo tipu dan fitnah hadi wangboleh saman...tapi ade brani?...hadi kan berani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.....tengok tuu, betapa Kejora lemah longlai hilang keupayaan bila 'hilo memali tok garunya' dah surrender/submit mengadap 'The Grand Old Maestro Statesman'.

      Alamat....UMNO sure BERSEMEMEH di bumi SEMENYEH...!!

      Delete
    2. Bagi Si Sang Takfir fatwa dahsyatnya sendiri sebagai bukti

      https://youtu.be/Z4VUqa9nlVs

      Tiap peribadi terbukti isi nya baik atau buruk, mulia ke Hina!!!

      Delete
  3. Habislah umno... Pas pun dah tau bau hancingnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO gerenti BERSEMEMEH di bumi SEMENYEH....!!

      Delete
  4. Tahniah kerana elak Dari Ulusan TEPU yg byak mengenai Anwar PM 8.

    Kita tunggu Hadi Awang menjawap ape yg Tun telah lontarkan ke wartawan.

    Yg pasti nya, Hadi nampak nya menjauhi diri nya bila di Tanya wartawan.

    Dari Scandal ambil duit UMGOK, ke Claire di UK ke Audio Abodoh & kini dakwaan Tun, Hadi semakin lama mendalamkan lagi lubang yg dia & ahli2 penasihat nya sedang mengali.

    Lambat laun, terperangkap di dlm nya.

    Selain itu, UMGOK mulakan kempen PRK Semenyih dgn langlah kiri.

    SI BADAK GOMO & PENDIRIAN PAS.

    Si Isteri ROSMAH perlu buat #tag Ape Malu Boosku relevant. Jika tidak, instead of Boss bertukar jadi Joss.

    ReplyDelete
  5. Petanda awal kesemua ketua pasukan-pasukan lain di kalangan bangsa Mim bakal kena checkmate serentak dengan pasukan bangsa Mim yang diketuai oleh Tun M.

    Itulah kelebihannya apabila menjadi seorang ketua pasukan yang bersih daripada pendustaan dan skandal yang boleh menghancurkan pasukan yang diketuainya. Setakat fitnah dan tuduhan yang tak betul ia hanya boleh mengocak, tetapi tidak boleh menggugat.

    Bayangkan sekiranya si tuan punya skandal itu sendiri yang menjadi ketua kerajaan sebuah negara? Boleh hancur kerajaan dan negara pimpinannya apabila skandalnya dijadikan bahan ugutan oleh pihak luar untuk menekannya bagi memperolehi sesuatu yang bakal merugikan negara. Negara itu sendiri yang akan hancur di dalam mempertahankan skandal peribadi sang ketua kerajaan itu.

    Bukankah John Doe telah memberitahu PRK Semenyih bakal menjadi pembuka jalan kepada kesemua pasukan-pasukan lain di kalangan bangsa Mim kena checkmate serentak di tangan pasukan Tun di KLIMAKS kelak? Tidakkah perisitwa kecil ini sendiri pun telah menunjukkan bunga-bunganya?

    Hehehehe.. Menanahlah hati kesemua para pembenci dan pendengki Tun, Tun kekal di hadapan sekalipun ketika kesemua pembenci dan pendengkinya bersekutu sesama mereka.

    Oh ya, jangan pula nanti ada pendusta yang mengatakan John Doe telah berkata PH akan menang di PRK Semenyih sebagaimana mereka menuduh John Doe telah berkata PH bakal menang di PRK Cameron Highlands padahal John Doe tidak pernah mengatakan sedemikan.

    John Doe hanya mengatakan PPBM sebagai wakil PH mungkin menang dan mungkin juga tewas di PRK ini tetapi apa yang akan berlaku ketika PRK ini berlangsung bakal membuka jalan kepada kesemua para pendusta, lawan-lawan pasukan Tun M, terkena checkmate serentak di tangan Tun M dan pasukannya di KLIMAKS kelak.

    Kalau sudah kena checkmate maka faham-faham je lah kesudahannya. Pada akhirnya hanya ada satu pasukan yang bakal menang mutlak menewaskan yang lain, dan pasukan itu telah pun dikenalpasti. Ia adalah satu pasukan yang tidak pernah tewas kepada mana-mana pasukan lain pun sepanjang zaman fitnah itu berlangsung. Senang cakap, ia adalah pasukan yang diketuai oleh Tun Mahathir.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ameen, ameen, ya Robbul 'alamin.....!

      Delete
    3. Topik kali ini buat TongGeng/Kejora tersentap menggelupur bagai anak polong kerasukan kehilangan tuan....!!

      He he he

      Delete
    4. Murshidul Am PAS dah buat kenyataan. Sila baca. Dusta dah menjadi darah daging Tun. Jahillah mereka yg masih percayainya selepas dah jelas dia pendusta. Marilah kita sama sama dokong gabungan Ummah. Jauhi diri dari gabungan liberal dan kufr. Malu apa Bossku!!

      Delete
    5. Aaaaaaaaaah, Mr J masuk lagi.

      Selagi dia komen secara berhemah, kit biarkan dia, walau pun jika kita tak setuju dengan pendapat dia.

      Kita akui the right of dissent. Ini negara demokratik.

      Delete
    6. Aiik..Apasal lak Mr J tak boleh masuk kat sini...dia pun ada hak jugak untuk menyatakan pendapat dan pandangannya yang bernas tu.

      Alangkan Tn. Budin, yang empunya blog ni tak bising dan menghalangnya..apasal lak kau yang terlebih senduk dari kuah pulak...Lu sapa tak nak kasi dia masuk ke sini haah????

      Delete
  6. Apa sebab Lobai berjumpa
    Tun Mahathir bercakap benar
    Dengan pelanduk jerat tak lupa
    Lobai semua nampak tak sinar?..

    Walau sudah 94 tahun
    Tun Mahathir sukar diramal
    Asal jangan kacau daun
    Nanti lari seperti Jamal!

    Kesian sungguh ada tak sabar
    Bila lagi Tun nak turun
    Gigit bibir hati berdebar
    Entah2 sambung sepuluh tahun!

    Bila lagi dia nak pencen?
    Aku tak sabar ada agenda
    Punya tunggu..ketiak dah bacin
    9 bulan tak tukar spender!

    Yang Sabah, ini pun satu
    Kenapa pulak nak join Mahathir?
    Makin ramai MP Bersatu
    Bossku tunggu dah jadi pandir!

    Selagi Zahid, Bijan di situ
    Umno takkan baik sekali
    Lebih baik join Bersatu
    Kuasa Melayu menjelma kembali!

    ReplyDelete
  7. Jebon bagi 90m hinga 200m untk pusingkan pas ikut telunjuk umno. Tun tanpa keluar satu sen pun dah pusingkan pas tingalkan umno. Hebat, hebat, pulas teloq je dah menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ANGERAH ILLAHI menunjukkan Tun Mahathir benar2 seorang Tokoh Hebat 'GRANDE MAESTRO' tidak ada tolok bandingnya di seluruh dunia dalam era teknologi terkini.

      Hanya dgn satu parti setahun jagung serta 13 lawmakers, dia menumbangkan Benawe Najib (BN), memimpin semula pentadbiran negara dan.... meletakkan semula nama Malaysia harum dan diyakini & disegani di peta dunia.....!!

      Delete
    2. Setuju dengan Othman.

      Nate' yang pakai banyak nama termasuk Anonymouse dan GENG NAJIB itu tak keluar sini nampak nya. Membengis dengan Papagomo di Semenyih, gamaknya. Pihak Polis berwaspada, kot dia bersama dipegang Polis, diheret ke balai, bermalam di situ beberapa hari, makan nasi bungkus RM3.

      Bagus lah, aman blog ini, tanpa tuduhan2 yang tidak berasas, dibuat secara liar, tanpa bukti, fakta atau punca2 maklumat yang sahih.

      Delete
    3. TN...nampak sangat kau ni dah terkelentong dengan permainan wayang politik oleh Sadiq Sigaraga dan balaci2nya tu.

      Kau tak tau ke..pegawai2 SS tu yang memulakan provokasi dengan menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong2 BN yang ada berhimpun kat situ..Kalau kau berada kat situ, kau pun berasa marah dan tercabar dengan tindakan balaci2 SS tu.

      Tujuannya takde lain, hanya untuk memprovokasi da menimbulkan ketegangan agar penyokong2 BN bertindak balas dan ini boleh digunakan sebagai alasan untuk memburuk2kan mereka semua.

      Every action, there's bound to be an opposite reaction..dah memang nak kena lah.

      Bila penyokong2 BN ni mempertahankan maruah mereka yang telah dicabar tu, tau pulak SS dan balaci2nya rasa takut...dan ketika itu lah Papagomo cuba menyelamatkan SS dengan memeluknya dengan lembut..dan menasihatkannya..Bro, apa lah lu bodoh sangat macam ni.

      Takkan lah perkataan bodoh tu disifatkan sebagai ugutan oleh SS dalam laporan polisnya tu beb. Itu baru papagomo memeluknya aje dengan lembut..kalau diciumnya..agak2 kau lah apa pulak bentuk laporan polisnya nanti, dah tentu lah SS mengatakan dia dicabul pulak kan.

      Ini semua taktik SS untuk meraih undi simpati dari warga Semenyih, khususnya dari anak2 muda di situ. Tapi yakin lah..ia takkan berjaya punya bhai..anak2 muda dah tak termakan taktik lapok macam ni..apa tah lagi janji SS untuk membina trek berbasikal untuk anak2 muda di Semenyih tu.

      Mereka tau..itu semua janji2 palsu ayng pasti takkan ditunaikan jika calon Bersatu menang nanti..seperti mana janji2 palsu yang dibuat oleh PH dalam manifesto mereka dulu..semuannya dah dihumban ke laut selat Melaka!!!!

      Delete
    4. APO NAK DI KATO? TAKIYUDDIN SENDIRI DAH KATO. PAS TAK SOKONG UMNO DI SEMENYIH -

      Sah, komitmen PAS untuk BN di Semenyih kini berbeza

      PRK SEMENYIH | Teka-teki mengenai status PAS dalam PRK Semenyih kali ini akhirnya terjawab walaupun ia masih boleh dianggap tidak begitu jelas.

      Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata untuk PRK yang sedang dalam proses rancak berkempen sekarang parti itu lagi tidak memberikan tahap pembabitan seperti di Cameron Highlands.

      Kata Takiyuddin pendirian itu selaras dengan sikap PAS yang meletakkan kepentingan Islam dan Melayu mengatasi hal-hal lain, serta hubungan mereka dengan Umno dibuat atas dasar perpaduan ummah dan solidariti pembangkang.

      "PAS menyatakan pendirian tidak bertanding dalam PRK Semenyih dan memberi laluan kepada wakil pembangkang, iaitu BN, dengan tahap komitmen serta kadar penglibatan yang berbeza keadaannya pada PRK Cameron Highlands," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

      Merujuk kepada kenyataan perdana menteri bahawa Takiyuddin menandatangani surat perakuan, anggota parlimen Kota Bharu itu tidak menafikan hal berkenaan.

      Semalam Mahathir memberikan sedikit maklumat mengenai pertemuan kali kedua beliau dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur.

      Pertemuan tersebut berlangsung di pejabat Mahathir di Yayasan Al-Bukhari dan atas permintaan Abdul Hadi.

      Kata Mahathir PAS menyatakan perakuan untuk tidak memberikan sokongan kepada Umno dan BN dalam PRK Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac ini.

      Kata Takiyuddin persetujuan turut dicapai untuk PAS menjalin kerjasama yang lebih baik berdasarkan semangat federalisma di antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan serta Terengganu.

      "Khususnya dalam hal berkaitan pentadbiran, pembangunan dan pemberian royalti," katanya.

      Terdahulu, PAS mengadakan mesyuarat khas di Masjid Rusila, Marang, dipercayai berhubung pendedahan yang dibuat Mahathir itu.

      Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Abdul Hadi dan melibatkan kehadiran hampir kesemua pemimpin kanan parti itu.

      Antara pemimpin petang ini ialah Idris serta seorang lagi naib presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah, Ketua Dewan Ulamak, Dr Mahfodz Mohamed, Bendahari Dewan Ulamak PAS, Dr Khairuddin Aman Razali serta Takiyuddin sendiri.

      Tidak ketinggalan Ketua Penerangan Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh.

      Delete

    5. 'Benar, Hadi memang kata PAS tak sokong Umno di Semenyih' - Dr M

      PRK SEMENYIH | Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini bertegas Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah memberitahunya parti itu tidak akan menyokong Umno dalam pilihan raya kecil DUN Semenyih.

      Mahathir pertama kali membuat dakwaan tersebut ketika sidang akhbar semalam dan pengerusi PH itu sekali lagi mengulang kenyataannya behawa Abdul Hadi bersama Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar telah membuat pengakuan itu ketika pertemuan mereka pada Jumaat lalu.

      "Saya terpaksa kata yang benar. Hadi, Takiyuddin dan Samsuri mengaku bahawa mereka tak akan sokong Umno pada (PRK Semenyih) kali ini kerana yang lawan dengan Umno kali ini bukanlah dari DAP.

      "Mereka sokong Umno dulu sebab calon lawan datang dari DAP. Kali ini Umno bukan lawan dengan DAP," kata Mahathir pada sidang akhbar di Puchong selepas melancarkan Dasar Komuniti Negara.

      Mahathir juga berkata memiliki perjanjian bertulis yang telah dimeterai tandatangan Takiyuddin.

      hari ini, Mahathir yang juga pengerusi PH berkata beliau memiliki perjanjian bertulis yang dimeterai tandatangan Takiyuddin.

      "Tapi mereka tak sebut nak sokong Bersatu atau tidak, nak sokong PH atau tidak. Tapi tak sokong Umno.

      Delete
  8. Sama ada sebab potensi SPRM siasat atau wang royalti, atau kedua dua nya sekali.

    Bagus. Harap PAS tinggalkan Umno lemas terapong apong.

    ReplyDelete
  9. "Bagi UMNO, dakwaan Tun Mahathir itu adalah suatu penipuan serta pembohongan yang tidak boleh dipercayai."

    Pada depa yang boleh dipercayai ia lah Najib Al Jibo tak mencuri wang rakyat RM2.6 biliun.

    Bil dah berpuluh puluh tuduhan mahkamh keluar ke atas Al Jibo, baru suruh si Jibo letak jawatan Presiden Umno. Kudut punya parti.

    ReplyDelete
  10. "Dalam waktu yang sama, para pemimpin Pas juga turut menyanggah dakwaaan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu."

    YHang heran nya ia lah dua pemimpin PAS lain yang ada bersama masa Lebai Tinggi Hadi jumpa Tun M itu pun tak cakap apa2.

    Ini lah yang di katakan PAS parti yang dah bengong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiiit...ko ni baru keluar dari gua zaman batu ke haah??? Kau tak baca ke apa kenyataan balas yang dibuat oleh MB Terengganu seperti yang dilaporkan dalam sinar online tu. FYI...dia adalah salah sorang pemimpin PAS yang menemani TGHH dalam pertemuan dengan Tun Madey tu.

      Untuk maklumat lanjut, sila ke posting aku kat 17.56 tu bhai..dan hadamkan lah dengan lahapnya yeer!!!!

      Delete
    2. Sinar Online? Tak bersinar pun. Nak copypaste pun tak boleh. Orang tak ada masa nak gunakan cara mcm mana boleh copypaste. Sinar boleh jahanam kegelapan.

      Kamu Anjing Gila. Kamu mahu orang percaya apa kamu baca tapi kamu suruh orang cari maklumat nya.

      Memang Anjing Gila.

      Kung kung kung.

      Delete
  11. Mr syeikh albodin.

    Politik seni menipu manosia.
    Madey alkotty bapak penipu mlayu dari dolu sampe lani.
    Hadi ahwang pong tuang presideng penipu mlayu dan isle dari moda sampe ke-toa.
    Najib pong belajar dgn madey alkotty bapak penipu mlayu.

    Lebih celaka lagi pemimpin mlayu yg coma jadi alat dan barua cina sama keling paria dok pelingkop mlayu .

    Mlayu poak majority punyai bapak-bapak dan kepala bapak yg berkuwasa tinggi dengan darojat dan berdolat molia dan soci tetapi mlayu lingkop dibomi sendiri.
    Bila keadaan telah jadi celaru mlayu kena ikot suara cina dan keling paria dlm urostadbir negara dan negeri.
    Poak atasan mlayu yakni kepala bapak yg berdarojat dan berdolat bila nak gona kuwasa hangpa nak pebetoi keadaan.

    Atupong poak yg berdarojat dan berdolat pong sama dgn menteri mlayu coma sebagai alat jadi barua cina sama keling paria dok pelingkop mlayu.
    Jgn tanya apa yg mlayu bwat demi negara tapi tanya apa yg negara bwat demi mlayu malaisa

    Koah koah koah koah koah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sudah terang lagi bersuluh..menteri2 dan pemimpin2 melayu dalam Rejim yang ada sekarang ni menjadi boneka, kerbau balau dan pak turut aje dalam kerajaan yang dikuasai oleh Cina2 DAPigs.

      Alangkan Tun Madey yang dikatakan handal sangat berpolitik tu pun terpaksa kowtow dan tunduk kepada Tokong Kit Sial dan DAPigs, apa tah lagi menteri2 melayu lain yang yang setengah masak tu beb. Memang diayam2kan aje lah mereka.

      Kini nampak sangat mereka semua berlumba2 menjilat tolor Tokong kit sial demi kelangsungan nyawa politik mereka dalam kerajaan era baru ni!!!!

      Delete

    2. Yang gelap tak di suluh ia lah Najib Al Jibo. Tak di undang ke kempen PRK Semenyih kerana sudah tentu akan merosakkan image calon Umno Bn.

      Tok Mat pun dah kata Al Jibo tak diundang pun ke kempen PRK CH, dia terhegeh hegeh menyibuk di sana, tapi, kerana CH memang kerusi BN, depa menang.

      Sampai sekarang tak dengaq apa2 berita Najib Al Jibo berkempen di Semenyih. Hanya pergi Tesco disana sabelom hari pencalanon, mengaku ramai datang mengunjungi nya tapi Tesco memang penuh, terutama di jam itu, kalau anjing pun masuk, pun penuh, bukan sebab Al Jibo masuk.

      Delete
  12. Ada jibaok2 kat dalam blog ni, macam Wak Suman, TN JD dan Fan Tat mengatakan pemimpin PAS yang menemani TGHH dalam pertemuan dengan Tun M tidak bersuara langsung berkaitan kesahihan perjanjian yang telah dibuat oleh TGHH dengan Tun Madey tu.

    Haah..korang dengarkan betul2 apa yang sebenarnya berlaku, seperti yang didedahkan oleh MB Terengganu yang hadir dalam pertemuan tu..dan pastikan korang hadamkan dalam otak korang yang penuh dengan fitnah dan hasad dengki tu yeer!!!!

    PAS has denied that it signed a letter agreeing not to support Umno in the Semenyih by-election, according to a report by Sinar Harian Online.

    This follows after Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad had revealed that PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang had stated, in writing, not to support Umno in the ongoing by-election.

    PAS Election Director Ahmad Samsuri Mokhtar said this is merely a form of psychological warfare from Dr Mahathir to try and influence the by-election.

    Ahmad Samsuri further explained that PAS had only signed a letter supporting Dr Mahathir in strengthening the Islamic, Malay and the people’s agenda as a whole.

    “So PAS stands behind the prime minister in that agenda and it has got nothing to do with the Semenyih by-election.

    “It is also the same (support) we gave before, in supporting the prime minister’s view on not ratifying the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination,” he said.

    Following Dr Mahathir’s revelations, Abdul Hadi had clarified that he had met with the prime minister to discuss administrative ties between the federal government and the Terengganu state government.

    It was reported that Ahmad Samsuri, who is also Terengganu Menteri Besar and PAS secretary-general Takiyuddin Hassan was also present at the meeting.

    Amacam..dah cerah ke belum otak korang yang berkeladak tu haah?????

    ReplyDelete
    Replies

    1. Anjing Gila aka Geng Najib mengata "apa yang sebenarnya berlaku, seperti yang didedahkan oleh MB Terengganu" tapi tak sebut pun apa dia kata, apa yang berlaku.

      Tak ada beri link atau punca maklumat yang sahih, segala apa yang di kata nya keluar dari lubang bntt Al Jibo.

      Delete
  13. TN..dah tentu kau masih tak puas hati lagi dengan pendedahan MB terengganu apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan tu kan..kalau tak caya cakap2nya tu, dipersilakan dengan segala hormatnya ke pejabat MB Terengganu untuk mendapatkan pencerahan yang lebih lanjut...boleh kan bhai???? Tapi tak pasti lah diakan layan kau tu...lu sapa haaah????

    ReplyDelete
    Replies

    1. Kau mempersilakan orang ke pejabat MB Trengganu? Kau siapa, kau tidak ada local standi, hanya ada lesen Anjing di leher kamu.

      Kamu dah di nobatkan sebagai Anjing Gila, tak payah lah pakai Lesen Anjing di leher kamu, semua orang sudah tahu.

      Delete
  14. Sah, komitmen PAS untuk BN di Semenyih kini berbeza

    17 Feb 2019, 5:33 petang (Dikemaskini 17 Feb 2019, 5:57 petang)

    A A
    PRK SEMENYIH | Teka-teki mengenai status PAS dalam PRK Semenyih kali ini akhirnya terjawab walaupun ia masih boleh dianggap tidak begitu jelas.

    Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata untuk PRK yang sedang dalam proses rancak berkempen sekarang parti itu lagi tidak memberikan tahap pembabitan seperti di Cameron Higlands.

    Kata Takiyuddin pendirian itu selaras dengan sikap PAS yang meletakkan kepentingan Islam dan Melayu mengatasi hal-hal lain, serta hubungan mereka dengan Umno dibuat atas dasar perpaduan ummah dan solidariti pembangkang.

    "PAS menyatakan pendirian tidak bertanding dalam PRK Semenyih dan memberi laluan kepada wakil pembangkang, iaitu BN, dengan tahap komitmen serta kadar penglibatan yang berbeza keadaannya pada PRK Cameron Highlands," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

    Merujuk kepada kenyataan perdana menteri bahawa Takiyuddin menandatangani surat perakuan, anggota parlimen Kota Bharu itu tidak menafikan hal berkenaan.

    Bagaimanapun katanya Takiyuddin, perakuan bertulis tersebut berbentuk contoh saja.

    "Perakuan bertulis yang berbentuk contoh (sample) diberikan sebagai komitmen sokongan PAS terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga PRU ke-15," katanya.

    Semalam Mahathir memberikan sedikit maklumat mengenai pertemuan kali kedua beliau dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulur hadi wang dah kena picit dgn madey..

      Delete

    2. 'Benar, Hadi memang kata PAS tak sokong Umno di Semenyih' - Dr M

      PRK SEMENYIH | Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini bertegas Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah memberitahunya parti itu tidak akan menyokong Umno dalam pilihan raya kecil DUN Semenyih.

      Mahathir pertama kali membuat dakwaan tersebut ketika sidang akhbar semalam dan pengerusi PH itu sekali lagi mengulang kenyataannya behawa Abdul Hadi bersama Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar telah membuat pengakuan itu ketika pertemuan mereka pada Jumaat lalu.

      "Saya terpaksa kata yang benar. Hadi, Takiyuddin dan Samsuri mengaku bahawa mereka tak akan sokong Umno pada (PRK Semenyih) kali ini kerana yang lawan dengan Umno kali ini bukanlah dari DAP.

      "Mereka sokong Umno dulu sebab calon lawan datang dari DAP. Kali ini Umno bukan lawan dengan DAP," kata Mahathir pada sidang akhbar di Puchong selepas melancarkan Dasar Komuniti Negara.

      Mahathir juga berkata memiliki perjanjian bertulis yang telah dimeterai tandatangan Takiyuddin.

      hari ini, Mahathir yang juga pengerusi PH berkata beliau memiliki perjanjian bertulis yang dimeterai tandatangan Takiyuddin.

      "Tapi mereka tak sebut nak sokong Bersatu atau tidak, nak sokong PH atau tidak. Tapi tak sokong Umno.

      Delete
  15. Calon BN: Dakwaan Mahathir tak jejas sokongan PAS

    Haspaizi Zain
    17 Feb 2019, 4:21 petang (Dikemaskini 17 Feb 2019, 4:21 petang)


    A A
    PRK SEMENYIH | Calon BN, Zakaria Hanafi menyifatkan pertemuan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak menjejaskan kerjasama serta kempen pembangkang di Semenyih.

    Malah kata bekas kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia itu, dia menyifatkan pertemuan tersebut sebagai perjumpaan bersifat peribadi.

    Katanya, elok kalau pihak yang berkenaan saja mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan apa yang berlaku dalam pertemuan tersebut.

    Namun kata Zakaria, 58, di peringkat bawahan kerjasama masih berlangsung seperti biasa dan jentera PAS hadir dalam setiap program BN.

    "Perbincangan-perbincangan juga terus bergerak, gerak kerja, kami bermesyuarat di peringkat negeri dan itu tak terjejas," katanya ketika ditemui di Kampung Kuala Pajam, Semenyih, hari ini.

    Zakaria berkata, jentera PAS memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kemenangan BN dengan komitmen penuh yang diberikan.

    Semalam, Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu mendakwa Abdul Hadi memberi pengesahan bahawa PAS tidak akan menyokong BN pada PRK Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac ini.

    Pertemuan itu turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

    Hari ini Mahathir terus mengulangi dakwaannya itu dan berkata beliau terpaksa mendedahkannya kerana parti Islam itu telah mungkir janji.

    Bagaimanapun dakwaan Mahathir itu dinafikan Samsuri yang mendakwa pertemuan di Yayasan al-Bukhary itu hanya berkisar soal pemerkasaan Melayu, agenda Islam dan royalti petroleum.

    Sementara itu, Zakaria berkata dia yakin sokongan pengundi Semenyih akan kembali kepada BN khususnya daripada pengundi muda yang mula sedar.

    Selain itu Zakaria juga yakin kelebihan memihak kepadanya memandangkan dia anak orang Kampung Beranang yang lebih mengetahui aspirasi rakyat kawasan itu.

    Malah katanya sokongan itu juga melibatkan imam setempat.

    "Kebanyakan imam yang saya jumpa, alhamdulillah (menyokong)," katanya.

    ReplyDelete
  16. Mahfuz kata:

    "[...] Timbul persoalan, apa muslihat Presiden PAS membuat perakuan tersebut di hadapan Dr Mahathir sedangkan PAS sudah menyatakan dari awal lagi akan menyokong Umno BN untuk menguatkan pembangkang," katanya melalui kenyataan media.

    Mengulas lanjut, Mahfuz mengungkit pengakuan berhubung isu rakaman audio Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dinafikan oleh pemimpin PAS sejak tular pada Mac tahun lalu.

    "Nik Abduh mengatakan presiden PAS telah merestui tindakannya berbohong kerana katanya tak salah berbohong kerana menjaga kepentingan PAS.

    "Pesuruhjaya PAS Selangor dari awal lagi menyatakan PAS akan memastikan lebih enam ribu undi yang diperolehi PAS pada PRU ke-14 yang lalu akan diberikan kepada Umno BN pada PRK kali ini.

    "Adakah ini sekali lagi kaedah pembohongan syarie dibuat oleh PAS demi kepentingan tertentu?" kata Mahfuz.

    Dalam pengakuannya sebelum ini, Nik Abduh menyifatkan tindakannya menafikan rakaman audio berkenaan pada mulanya sebagai "pilihan syarie".

    Abdul Hadi ketika diminta mengulas isu itu pula berkata, "wajib berbohong" demi menjaga kemaslahatan sekiranya ia bertujuan menyelamatkan nyawa seseorang daripada penjahat.

    Persoalan berhubung pendirian PAS dalam PRK Semenyih timbul selepas Dr Mahathir mendakwa dalam pertemuannya dengan Abdul Hadi, beliau dimaklumkan bahawa PAS tidak akan menyokong Umno di Semenyih.

    Melalui kenyataan susulan di Facebook, Abdul Hadi tidak menghuraikan dakwaan Dr Mahathir dan sekadar berkata perjumpaannya dengan perdana menteri itu berbincang mengenai hal-hal pentadbiran.

    "Persoalannya, mana satu yang benar dan mana satu yang bohong?

    "Apakah perakuan Abdul Hadi pada Dr Mahathir semalam dibantah oleh pimpinan PAS dan menjadikan perakuan Abdul Hadi satu pembohongan kepada Dr Mahathir?

    "Atau PAS sedang berbohong pada Umno BN menjadikan Umno BN sebagai mangsa kedua pembohongan selepas ahli dan pengundi PAS menjadi mangsa pertama.

    "Jadi, siapa yang sebenarnya berbohong?" soal Mahfuz.

    Tindakan dan pendirian pimpinan PAS yang tidak konsisten itu, kata Mahfuz lagi, menimbulkan persoalan siapa sebenarnya yang berbohong di kalangan pimpinan PAS.

    "Adakah pimpinan PAS sedang pakat berbohong secara berjemaah. Sungguh kasihan kepada ahli PAS yang sangat terkeliru dengan tindak tanduk pimpinannya," katanya.

    ReplyDelete
  17. PAS tak sokong Umno kerana ‘berseteru’ dengan PPBM, kata Dr M

    Omar Zin - February 17, 2019 1:53 PM
    431
    Shares


    Dr Mahathir Mohamad (tengah) ketika menghadiri majlis pelancaran Dasar Komuniti Negara, hari ini.
    KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, PAS mengaku tidak menyokong Umno kerana lawan parti Melayu itu bukanlah DAP, sebaliknya PPBM.

    “Dalam pertemuan tempoh hari, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, (Datuk) Takiyuddin Hassan dan (Ahmad) Samsuri Mokhtar mengaku mereka tidak sokong Umno kerana yang lawan Umno kali ini bukanlah DAP tetapi PPBM, namun mereka tidak mahu mengisytiharkan perkara itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lobai hadi kaki belit...Prk Sg kandis lokeman adam lawan bangla tu pasal pas sokong umno...

      Delete
    2. PAS sedang minta nyawa, kata Pemuda Amanah
      News | Diterbitkan 16 Feb 2019, 8:51 malam | Dikemaskini 16 Feb 2019, 8:51 malam


      A+ A-
      Pendedahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi perakuan untuk tidak menyokong Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih merupakan bukti kepincangan politik PAS, kata Pemuda Amanah.

      Naib ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin mendakwa PAS sedang 'meminta nyawa' rentetan banyak isu yang ditimbulkan pimpinannya sebelum ini.
      ---

      Termasuk isu RM90 juta yang SPRM sedang siasat.

      Delete
  18. Pendedahan Dr Mahathir mengenai pengakuan Hadi cermin perpecahan dalam Pas?

    ULASAN PETANG

    PERKEMBANGAN politik Pas selepas SPRM menunjukkan taring dengan mulai menyiasat isu pemberian dan pengambilan wang RM90 juta daripada pemimpin Umno kepada pemimpin Pas menarik. Perkembangan itu juga menggoda hati serta membuka dimensi baharu politik negara khasnya dalam Pas.

    Sejak dua orang pemimpin dan bekas pemimpin Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Nasharuddin Mat Isa dipanggil oleh SPRM untuk berkenalan dengan pegawai penyiasatan dan meninjau pejabat SPRM, suasana dalam Pas seakan sedikit bergolak. Semacam ada angin berhembus yang bergerak mengoncang kestabilan Pas selama ini.
    Siasatan itu menyebabkan ada pemimpin tertentu Pas dalam keadaan ketar lutut dan kurang lena tidur. Air yang diminum terasa plastik dan nasi yang dimakan semacam hampas tebu. Kenapa?

    Walaupun mereka itu belum dijemput secara rasmi untuk datang ke ibu pejabat SPRM, tetapi ada yang berangan-angan sendiri kemungkinan mereka akan dipanggil sama. Kenapa? Mungkin ia ekoran nama mereka sudah disenaraikan oleh Abduh sebagai orang boleh dikaitkan dengan wang RM90 juta.

    Kenyataan daripada SPRM ekoran memanggil dua pemimpin Pas itu, siasatan berkaitan itu RM90 juta akan berkisar kepada kekayaan melampau, seperti memiliki kenderaan, banglow ataupun membeli plat dengan harga mahal. Begitulah maklumat sumber SPRM dipetik.

    Jadi sesiapa pemimpin Pas yang terbabit dengan hal itu pasti tidak nyenyak tidur. Terutamanya mereka yang disebut nama terlibat dalam mengambil atau menguruskan wang daripada Umno pasti gelisah.

    Siasatan itu juga mengorbitkan suasana baharu hubungan Presiden Pas Abdul Hadi Awang dengan Dr Mahathir. Mahathir bersama Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan dan MB Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba-tiba diam-diam berjumpa dengan Dr Mahathir Jumaat lalu.

    Perjumpaan itu tidak pun dimaklumkan kepada ahli bawahan mungkin juga termasuk pemimpin Pas lainnya. Ia terdedah apabila gambar Hadi bersalaman dengan Mahathir ditularkan oleh media massa yang bersumberkan Pejabat PM. Ertinya Dr Mahathir sengaja mendedahkan pertemuan itu. Jika pertemuan itu rasmi sudah tentu ia akan termuat dalam media massa milik orang Pas.

    Paling mengejutkan lagi apabila Dr Mahathir mendedahkan Hadi semasa kunjungan itu memberi pengakuan kepada Pengerusi PH itu yang Pas tidak akan sokong BN di pilihan raya kecil Semenyih. Perubahan sikap Pas ini mengejutkan dan ia kontras dengan apa yang berlaku di Cameron Highlands. Pas hanya memberi alasan pilihan raya di Semenyih berbeza dengan Cameron Highlands.

    Ada yang mengira Dr Mahathir berseloroh dan cuba mengenakan Hadi dengan kenyataan itu. Ada juga yang terang-terang menuduh Dr Mahathir berbohong atau jahat memerangkap Hadi. Tetapi sampai kini presiden Pas itu masih membisu, tidak menjelas atau menafikan apa yang Dr Mahathir katakan. Keterkejutan hal itu bukan sahaja dikalangan ahli Pas tetapi pemimpin Pas juga.

    Sebelum ini beberapa orang pemimpin Pas dengan tegas mengatakan parti itu akan menyokong calon BN di Semenyih. Antara yang bercakap timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man. Ternyata pendirian Pas itu tegak sampai saat akhir. Semasa penamaan calon, masih ada pemimpin Pas hadir berdoa dan berselawat mengiring calon BN ke pusat penamaan calon.

    ReplyDelete
  19. join dengan kami situs terpercaya dan teraman Proses
    Transaksi Yang Cepat Dan Super Mudah
    cs online 1x24 jam
    Minimal Depo 20rb & WD 50rb
    BBM : areatoto
    LINE : areatoto
    W A : (+855)964630067

    ReplyDelete
  20. Numpang ya min ^^

    HANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
    Bonus New Member Bervariasi
    Bonus next deposit 5%
    Bonus rilingan 0,5%
    dan masik banyak yang lainnya bossku
    Penasaran!!! coba aja dulu.. biar gk penasaran.

    ReplyDelete
  21. Ijin Post Yahh bossku
    Tunggu Apalagi Segera Daftar dan Depositkan Segera Di E D E N P O K E R . X Y Z
    - Minimal Deposit 15.000
    - Bonus New Member 10.000
    - Bonus Next Deposit 5%
    - Bonus Rollingan 0,5%
    - Bonus Refferal 10% (Seumur Hidup)
    REAL PLAYER VS PLAYER !!!Ijin Post Yahh bossku
    Tunggu Apalagi Segera Daftar dan Depositkan Segera Di E D E N P O K E R . X Y Z
    - Minimal Deposit 15.000
    - Bonus New Member 10.000
    - Bonus Next Deposit 5%
    - Bonus Rollingan 0,5%
    - Bonus Refferal 10% (Seumur Hidup)
    REAL PLAYER VS PLAYER !!!

    ReplyDelete
  22. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :)

    ReplyDelete
  23. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...