Wednesday, 13 February 2019

KALAU BERSATU SUDAH JADI UMNO 2.0, APA RELEVANNYA LAGI PH TERUS WUJUD?


Matlamat utama perjuangan PH dalam PRU14 lalu, selain mahu menyingkirkan Najib Razak yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, juga ialah untuk mengenepikan UMNO daripada puncak kuasa.


Alasannya kerana UMNO bukan lagi dilihat sebagai parti yang memperjuangkan orang Melayu, tetapi telah bertukar menjadi parti yang digunakan untuk membela Najib semata-mata.


Di ketika yang sama didendangkan pula bahawa Bersatu adalah wadah baru yang akan menjadi pengganti kepada UMNO.


Apabila akhirnya PH diberikan kemenangan melalui peti-peti undi, maksud yang mudah difahami ialah rakyat telah menolak UMNO bersama para pemimpinnya sekali.


Dalam ertikata lain, rakyat tidak percaya lagi kepada para pemimpin UMNO untuk mentadbir negara ini, sebaliknya mahu mereka diganti dengan pemimpin-pemimpin baru yang tiada liabiliti atau skandal sebagaimana sebelumnya.


Di peringkat awal kemenangan, Tun Mahathir Mohamad sendiri tegas mengatakan PH tidak akan menerima mana-mana pemimpin UMNO yang mahu menyertai Bersatu atau lain-lain parti dalam gabungan yang sudah menjadi kerajaan itu.


Dengan peredaran masa apabila ada beberapa Ahli Parlimen UMNO keluar parti, Tun Mahathir kemudian berkata, mereka yang terbabit itu mestilah menjadi Ahli Parlimen Bebas dalam tempoh tertentu terlebih dahulu atau tempoh bertenang sebelum boleh diterima menyertai Bersatu.


Apabila disebut ada tempoh bertenang sebelum boleh memohon menjadi ahli, tempoh yang biasanya ditetapkan ialah sekurang-kurangnya enam bulan, setahun atau lebih daripada itu.


Sayangnya, Tun Mahathir nyata mungkir janji dengan kata-katanya sendiri. Mustapha Mohamad, Ahli Parlimen Jeli tiba-tiba diterima menjadi ahli Bersatu hanya kira-kira sebulan selepas beliau mengumumkan keluar UMNO.


Begitu juga dengan enam Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti pada Disember lalu, kemasukan mereka ke dalam Bersatu telah disahkan semalam, sambil terus diberikan kad keahlian.


Di Sabah pula, para pemimpin UMNO yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini masih tidak henti-henti berusaha dan melobi untuk membawa Bersatu ke negeri tersebut.


Meskipun sudah ada perjanjian dengan Warisan, Tun Mahathir dalam perkembangan terbaru, juga dinyatakannya semalam, pihaknya tidak terikat dengan pendirian parti tersebut sama ada memutuskan mahu melebarkan sayapnya ke Sabah atau tidak.


Dalam waktu yang sama, dikhabarkan juga ada lagi beberapa Ahli Parlimen UMNO bakal menyeberang untuk menyertai Bersatu dalam waktu terdekat ini.


Selain difahami bahawa tujuan utama Tun Mahathir menarik satu demi satu gerombolan pemimpin UMNO menyertai Bersatu adalah untuk menguatkan kedudukannya dan sekaligus membolehkannya memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, persoalan lain yang timbul ialah apa jadi akhirnya kepada parti serpihan UMNO itu?


Tidakkah Bersatu perlahan-lahan akan bertukar menjadi UMNO 2.0 sudahnya?


Jika Bersatu sudah bertukar menjadi UMNO 2.0, bukankah perjuangan menumbangkan UMNO sebelum ini hanya sia-sia belaka?


Sebab itu, sudah sampai masanya Majlis Presiden PH mengambil satu ketetapan tegas dalam hal ini. Membiarkan Tun Mahathir menjadikan Bersatu sebagai UMNO 2.0 dan PKR, DAP serta Amanah terus bekerjasama dengan parti itu tentu saja mengundang rasa kecewa tak terperi kepada rakyat yang telah memenangkan PH dalam pilihanraya umum lalu.


Tun Mahathir selaku Pengerusi PH seterusnya mesti disedarkan bahawa PH bukanlah BN 2.0 di mana beliau selaku Perdana Menteri  boleh bertindak sesuka hati dan semua orang lain mesti menurut kata-katanya sebagaimana beliau berkuasa selama 22 tahun sebelum ini.


Malah, kiranya Majlis Presiden gagal mengawal Tun Mahathir dan membiarkan UMNO 2.0 berada dalam PH, sejujurnya PKR, DAP dan Amanah tidak relevan lagi untuk terus berada dalam gabungan kerajaan itu. (ShahbudinHusin 13/02/2019)

66 comments:

  1. πŸ€”πŸ€”πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ’πŸ¦πŸ΅πŸ΅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tiru perangai UMNO, punah negara ini! Jangan ikut amalan PAS, hukum tidak konsisten. Malu kita kepda agama lain pada hal Islam itu sempurna.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Sdra Budin nampak sangat gusar bila orang Melayu mula beralih ke Bersatu, bukan pkr.

      Dia dah mula meratap cengeng macam nurul izzah.

      Delete
    4. Waki Suman..silap tu. Yang mula beralih kepada Bersatu tu bukannya melayu ahli2 grass root UMNO tapi hanya lah MP2 lompat si katak lompat tu.

      Wak..cuba fikirkan, diorang masuk Bersatu pun bukan ikhlas dan secara sukarela, tapi dah tentu lah akibat dari ugutan2 untuk mendakwa mereka dengan pelbagai pertuduhan semasa mereka di dalam kerajaan BN dulu.

      Tak mustahil juga, ada unsur2 disogok wang yang cukup banyak agar mereka melompat parti...maksudnya, mereka dibeli untuk masuk Bersatu. Inikan dah memang trademark Tun sejak dari menjadi PM ke 4 dulu..takkan lah Wak tak perasan lagi kot????

      Bagi melayu grass roots dalam UMNO, majoriti mereka terus beristiqamah dengan perjuangan dan halatuju parti dan takkan sekali2 meninggalkan parti keramat tu..tak macam Wak yang menggelabah sakan bila parti dilanda musibah...betul tak Wak????

      Delete
    5. En Budin ...Salute!

      PAS pun sedang bermesraan untuk bersatubuh dengan UMNO. En Budin tak jeles pulak.

      Abam Nuar tu kalau ada peluang bukan saja dengan UMNO dia nak bergabung, dengan biawak dan Keling Kavies pun dia sanggup cium mulut asalkan dapat jadi PM.

      So takyah la En Budin meratap merintih hiba dengan permainan politik ini. Semalam Tun dan Nuar tidur sebantal, hari ini belum bercerai tapi sudah tidak sehaluan. Diketahui umum bahawa Chief Lebai Hj Hadi sangat membenci kepada Abam Nuar sejak dulu. Namun usah terperanjat jika tiba-tiba chief lebai terkam gomol Abam dan sondol janggut berteraburnya ke pipi . itu lah permainan politik namanya.....

      Delete
    6. Suman Biawak, orang Melayu berubah ke dak ko peduli apa? Apa ko nak sebok? Ko Jawa bukan Melayu..! Kah kah kah.

      Delete
    7. KOMEN2 KPD BERITA

      Najib balas Azmin: Saya pencuri hati

      Anatta Zen

      Tunggu je sat lagi. Semenyeh ni bukan macam CH.
      Hari tu kat CH pun tok mat kata umno sebenarnya tak jemput pun najib utk berkempen. Dia kempen atas dasar syok sendiri. Kalau najib ni betul2 dpt menyumbang kpd kemenangan kenapa tok mat tak nak jemput?

      Yusof Hussien

      Tak usah harap lah nak mencuri hati pengundi di Semenyih. Saya sudah terlibat dalam kempen 5 PRU di Semenyih, tidak mudah mencuri hati pengundi2 Semenyih.

      Selepas 5 PRU, tiada jalan short cut untuk merubah hati pengundi2 Semenyih. Mcm Khiry Jamaluddin kata, "Najib ukan Bossku."

      Delete
    8. Pkr lg dah tak releven lg dan patut dibubarkan, matlamat perjuangan untuk mnghapuskan kezaliman sudah tercapai setelah menerima org yg dituduh zalim sbg ketua

      Delete
  2. Itulah kalu Budin nak tau, panji hitam al-kutty
    TDM tu akan berbuat apa sahaja sesuka hati
    Orang lain suka ker atau tak suka dia tak reti
    Elok kalu PRU-15 nanti, parti PH tu kita ganti

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toksah memekak ker Kejora. Selama ini apa yg kau PANTAToon & kopipes sejak zaman idola kau Najib, KJ, Zahid Hamidi & Jamal Pak Kontol ternyata semuanya auta & kecundang.

      Delete
    2. Budin dan Anon tak puas hati
      PRU15, PH depa nak ganti
      Tapi kalau Abam terlepas lagi
      Ada yang sewel bercakap sendiri ni...

      Delete
  3. Mmg 'KERA'jaan PH ini, tak mengenang budi
    Depa udah tarik dari rakyat, berbagai subsidi
    Ramai dah menyesal bila PH mereka gi undi
    Ada tempayan nak tangki, yg dpt cuma baldi

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai,
      Kejora bongok mau klentong menafikan dia Si Tikus AnonyMOUSE dgn PANTAToon gobloknya....

      Anonymous 13 February 2019 at 13:59
      Mmg le Suman iblis ni perangai tak elok
      Selayak nya kalu dipanggil setan goblok
      Anon bukan hanya seorang dlm ini blog
      Dia bawa ntah anon mana punya dialog
      Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaahhh
      ----------------------------------------------------------------
      Yg goblok lagi bongok tuu adalah ENGKAU, Kejora bangsat.....!!

      Mana ada orang lain tiap2 hari beratip jampi 'Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaahhh', haaaa.....??

      Delete
  4. Anwar Ibrahim tidak berupaya bertindak kerana tidak kurang 20 MP partinya sendiri bakal menentang langkahnya menyingkirkan Dr Mahathir Mohamad dari kuasa.

    Geng kartel si opportunis sanggup melakukan apa sahaja demi pangkat & kuasa. Mereka meninggalkan UMNO & menyertai PKR kerana tidak mendapat habuan diharapkan di parti lama. Mereka sanggup melakukannya sekali lagi. Kali ini habuannya lebih hebat. Dua dari mereka memegang portfolio Menteri dengan dana ratusan billion dan projek-projek lumayan. Mereka tidak perlukan Anwar lagi untuk bina pengaruh & mendaki puncak. Cash is king!

    Hanya Allah layak menghukum si munafiq si pendusta si penzolim. Moga hukuman yang ditunjukkan Allah di atas muka bumi menjadi pengajaran kepada yang mahu berfikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU DIA aih! Tak reti reti? Melayu sengkek kena tipu lagi. Siaaan. Cium lagi tangan. Padan muka. Kah kah kah.

      Delete
    2. Toksah memekak ler Kejora. Selama ini apa yg kau PANTAToon & kopipes sejak zaman idola kau Najib, KJ, Zahid Hamidi & Jamal Pak Kontol ternyata semuanya auta & kecundang.

      Delete
    3. Hanya Allah layak menghukum si munafiq si pendusta si penzolim. Moga hukuman yang ditunjukkan Allah di atas muka bumi menjadi pengajaran kepada yang mahu berfikir.

      Komen balas :-

      Ya, saya sudah lama mengatakan ia akan benar-benar berlaku. Pendusta, penzalim dan munafiq akan benar-benar dihukum dan terhukum dengan hinanya di dunia dan menyebabkan orang-orang selepas mereka mendapat pengajaran.

      Terhinanya hukuman yang mereka terima di dunia bakal memberi gambaran nasib mereka di akhirat sana.

      Asal kelak apabila ia berlaku jangan terkejut kerana yang sebenarnya pendusta, penzalim dan munafiq itu adalah golongan yang sebenarnya diskong oleh orang-orang yang berharap golongan munafiq itu tewas. Hakikatnya ialah selama sebelum itu, mereka itulah sebenarnya pendokong kepd golongan munafiq pendusta dan penzalim.

      Kebenaran pasti akan datang dan menewaskan kebathilan buat selama-lamanya.

      Ia akan berlaku in shaa Allah. Que sera sera.


      Wallahu a'lam.

      Delete
    4. Hah EAH dengan pendapat peribadinya tanpa bukti, fakta, walau penerangan pun. Entah apa punca maklumat nya mengata "20 MP partinya sendiri bakal menentang langkahnya menyingkirkan Dr Mahathir",

      Sedap dengor tapi kot temberang aje. Tentu di suruh nya pembaca google maklumat itu untuk percaya apa dia kata.

      Delete

    5. Tak disebut EAH siapa "Dua dari mereka memegang portfolio Menteri dengan dana ratusan billion dan projek-projek lumayan." Apa kah dia suka main tekak teki.

      Apakah dia takut di saman mcm Lobai Hadi saman Clare Brown Sarawak Report tapi tarik balik saman, memalukan PAS.

      Jugak tak faham apa maksud kata2 nya "ditunjukkan Allah di atas muka bumi menjadi pengajaran kepada yang mahu berfikir."

      Dia menulis komen, aku kena baca. Mula baca, tak sedap dengor, kena baca terus nak tengok akal nya sempurna ke tak. Bila tak, masa aku dah terbuang, maka perlu lah aku memberi tahu dia, dengan harapan dia tidak asyik menulis tekak teki dan keluarkan punca maklumat yang sahih.

      Delete
    6. En E AH...
      Kalau udah dalam parti sendiri pun DSAI gagal mendapat sokongan penuh, macam mana nak ambil alih jawatan PM. Itu tandanya beliau sudah hilang pengaruh, sudah tidak dihormati dan diberi petanda supaya ke tepi, biar orang lain pula yang ganti.

      Delete
    7. Tanpa Nama, bodoh dan jahilnya saudara kini menjadi urusan saudara dan Tuhan. Pembaca lain juga tahu di mana nilai intelek saudara. Tiada siapa berminat dengan hujah balas setaraf 2 sen. Minggir wahai penjilat munafiq

      Delete
  5. Bersatu Bersatu...Umno Umno..Ejaan pon lain

    ReplyDelete
  6. Assallam Pak diny...lama tak dengar habaq, dah sembuh ke dari pembedahan tu???? Di doakan semoga Pak sihat seperti sebelumnya.

    Memang itu lah tujuan dan matlamat sebenar Tun Madey, iaitu untuk menelan UMNO 2.0 sekaarng dan menjenamakannya semula dengan nama Bersatu/UMNO 3.0.

    Kemasukan 7 orang MP UMNO baru2 ni ke dalam Bersatu, walaupun hanya sebagai ahli biasa saja, adalah satu smoke screen untuk menguatkan kedudukan Bersatu dalam PH. Kini MPnya dah bertambah menjadi 22 orang dan dengan 40 orang lagi MP UMNO yang sedang menunggu untuk melompat ke dalam Bersatu bila2 masa saja, dah tentu lah akan menjadikan Bersatu parti yang dominan dalam PH.

    Itu tak termasuk lagi 25 MP2 PKR dari kartel Azmin yang juga bakal melompat ke dalam Bersatu, berkemungkinan besar dalam Mei ini. Beberapa orang MP2 DAP juga dikatakan akan menyertai tim Mahathir, khususnya yang berketurunan India.

    Manakala MP2 dari Sabah memang diketahui sebagai Madey friendly dan ini dah tentu akan menguatkan lagi kartel Tun Madey dalam parlimen dalam masa terdekat.

    MP2 Amanah kini play safe...tunggu dan lihat. Jika ditakdirkan projek Tun Madey berhasil untuk mendapatkan seberapa banyak MP2 dari PKR dan UMNO cross over ke dalam Bersatu, dah tentu lah Amanah akan ..go with the flow. Logik juga kan..sapa pulak yang terus nak bersetia dengan puak2 yang semakin lemah cengkamannya dalam PH tu.

    Apabila Tun Madey dan Bersatu dah mempunyai bilangan MP yang untuk menguasai kabinet..tindakan seterusnya ialah melakukan rombakan kabinet dan melantik Azmin sebagai TPM.

    Berkemungkinan besar, MP2 DAPigs dan PKR dari kartel Anwar akan disidelinekan dan dipinggirkan dari memegang sebarang jawatan menteri atau pun timbalan menteri dalam kabinet baru Tun Madey tu.

    MP2 Umno yang baru menyertai Bersatu akan dianugerahkan jawatan tertinggi kerajaan atas kesanggupan mereka melompat ke dalam parti Bersatu....mengambil alih jawatan2 yang dikosongkan oleh MP2 DAPigs dan orang2 Anwar.

    Ada juga pendapat sesetengah penganalisa politik non partisan yang mengatakan, Tun madey akan memegang satu portfolio dalam kabinet iaitu menteri Pendidikan, selain dari PM.

    Ini lah portfolio yang diidam2kannya semasa pembentukan kabinet PH 1.0 Mei tahun lepas, tetapi tidak kesampaian bila dibantah oleh DAPigs.

    Kini DAPigs dan kartel Anwar secara tak langsung telah menjadi 'pembangkang'...berganding dengan PAS dan sisa2 MP2 UMNO yang tidak diterima masuk ke dalam Bersatu oleh Tun.

    Apabila tiba masanya Tun turun dari tahta, Azmin akan naik menggantikannya sebagai PM ke 8 dan salah satu perjanjian antara Tun dengan Azmin ialah..Mokrez dijadikan TPM kepada Azmin. Din Pagoh , dengan kesihatannya yang tidak mengizinkan tu...hanya kekal sebagai menteri kanan dalam kabinet.

    Hasrat tun untuk menaikkan anak didiknya yang digroom selama ini bakal direalisasikan ..dan yang lebih penting, cita2nya untuk memastikan legasinya iaitu Mokrez untuk menjawat PM ke 9 menjadi kenyataan!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam ...
      Terima kaseh diatas doa kamu Geng Najib
      Walaupun kita tidak sehaluan didalam banyak perkara 😁😁😁

      Saya masih lagi didalam jangka waktu 'rehabilition & recuperation' . Baru masuk minggu ke enam 'post operation"..masih jauh lagi kearah pemulihan total ...insyaallah 🀲🀲🀲

      Delete
    2. Untuk GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB -

      KOMEN2 KPD BERITA

      Najib balas Azmin: Saya pencuri hati

      Kudingking Lumeeng

      Mengaku ramai melayan Najib di Semenyih, konon.
      Sabenarnya, yang ramai itu ia lah penyokong2 Umno dan Pas dari luar Semenyih yg diangkut bas dari lain kawasan, takut bossku malu klu tak kelihatan ramai, aku dah masak dgn program dan propaganda umno.


      Lucky Tan

      Pencuri Harta Rakyat bukan hati rakyat.. Pergi mampus Bossku penyamun

      bukti dah depan mata cuma tunggu mahkamah sah kan.. s Jibby berkali2 nafi wang masuk akuan peribadi tapi akhirnya mengaku tapi tiada tindakan pasai Jibby & Big mama in POWER harap maklum

      Delete
  7. Kan dah betul...DAPigs takkan berdiam diri begitu saja akan tindakan Tun Madey menerima 7 MP UMNO melompat ke dalam Bersatu tu. Dah tentu lah akan diambil tindakan untuk "mengajar"Tun akan kesan daripada tindakan tersebut.

    Di sebalik kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Setiausaha Agung DAP bahawa pemergian pegawai-pegawai PDRM ke Turki dibiayai oleh syarikat nombor ramalan, satu lagi kenyataannya yang jelas cuba menunjukkan kuasa ialah mempersoalkan tindakan Dr. Mahathir dan kepimpinan tertinggi PPBM menerima kemasukan 7 orang Ahli Parlimen bekas UMNO tanpa merujuk dan tanpa kelulusan daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan.

    Kalau Mahathir mengisbathkan negara kepada batang tubuhnya, Lim Guan Eng pula mengisbathkan Majlis Presiden Pakatan Harapan kepada DAP.

    Dengan kata lain tindakan Mahathir dan PPBM telah melanggar kuasa dan kehormatan terhadap DAP yang dia adalah pemimpin tertinggi bersama-sama bapanya, Lim Kit Siang.

    Dalam kenyataannya hari ini, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa rombongan kerja polis ke Istanbul, Turki dibiayai oleh DA MA CAI, sebuah syarikat perjudian ramalan nombor dan diluluskan oleh Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

    Sarawak Report yang menjadi rujukan utama Pakatan Harapan, mendedahkan, pada 10 Februari, sekurang-kurangnya 16 orang pegawai polis berpangkat tinggi telah pergi ke Istanbul untuk lawatan kerja dan portal berkenaan menganggarkan lebih kurang RM312,441 telah dibelanjakan untuk kelas ekonomi penerbangan dan hotel untuk kumpulan berkenaan.

    Menurut Sarawak Report lagi, antara yang turut menemani Ketua Polis Negara itu adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Komisyener Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Komisioner Datuk Seri Mohamad Salleh dan beberapa orang pegawai tinggi yang lain.

    Pendedahan ‘jujur’ yang dibuat oleh Lim Guan Eng itu seolah-olah ingin memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan Islam bahawa PDRM pun sudah dikuasai oleh syarikat perjudian.

    Perjudian sekarang perlu dikompromi dan ditoleransi memandangkan syarikat perjudian yang menaja PDRM.

    Satu perspektif dan persepsi yang sangat buruk untuk imej dan integriti PDRM sendiri!

    Dan tidak menghairankan mengapa Lim Guan Eng membuat pendedahan tersebut.

    Semuanya kerana tindakan Mahathir menerima kemasukan 7 orang Ahli Parlimen Melayu ke dalam PPBM tanpa persetujuan DAP dan mengancam kedudukan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan serta orang-orangnya yang dimasukkan beramai-ramai ke Kementerian Kewangan, menjadikan bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya tidak ubah seperti Pasar Cina!

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he he

      Berapa kerat ler orang kisah dakyah sampah, hmmmm...???

      Delete
    2. Wak Suman..sebagai Pak Arip serba tau, dah tentu lah Wak pernah membaca tentang mitos Greek semasa zaman sekolah2 dulu.

      Pastinya Wak tahu tentang legenda burung Phoenix, burung api yang dilahirkan semula dari abu.

      Itulah juga persamaan yang boleh kita umpamakan DS Najib Tun Razak ni. Dia bangkit dari kekalahan yang amat memeritkan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu.

      Memang ada hikmah kekalahan Barisan Nasional dalam PRU lepas. Juga bukan calang pemimpin dapat bangun selepas kekalahan tersebut dan masih mendapat sokongan Rakyat,

      Buktinya, Azmin Ali berkata semalam, DS Najib Razak ini bukan Bossku tetapi Pencuriku. Nampaknya orang ramai berpusu bergambar dengan Pencuriku di Tesco, Semenyih.

      "Aku akan tunggu kamu di Semenyih, aku akan kejar kamu!" Kata Azmin kepada DS Najib. Kamu tengok ni Azmin.

      Sebelum kamu tunggu, DS Najib sudah sampai di Semenyih terlebih dahulu. Anak muda kini sudah mula bertindak setelah dikencing oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

      Buktinya gambar2 dan video2 yang tular di media sosial berkaitan dengan sambutan hangat masyarakat dan warga di sana yang berebut2 untuk bersalaman dan berselfie dengan beliau menjadi bukti bahawa DS Najib sentiasa mendapat tempat di hati rakyat.

      Sambutan yang sama juga diterimanya dari warga pulau legenda tu semasa berkunjung ke Langkawi baru2 ni , punyalah takut depa semua akan kehadiran DS Najib ke situ... sampai pemuda Bersatu terpaksa membuat 5 laporan polis terhadapnya.

      Ini ternyata berbeza dengan penerimaan pengujung2 di TBS semasa Tun Madey membuat lawatan mengejut ke situ sebelum CNY lepas.

      Bukan saja tak dipedulikan rakyat, malah takde sorang pun yang ingin bersalaman dan berselfie dengan beliau..hingga Tun dengan muka tak malu, terpaksa naik ke dalam bas untuk bersalaman dengan penumpang2 di dalamnya.

      Laungan "Apa malu Bosku" bergema semasa DS Najib berada di Semenyih. Azmin nampaknya sembang besar aje.

      Diharapkan...dia tidak dimasukkan sepital semula apabila melihat gambar dan video tentang sambutan hangat terhadap DS Najib di Semenyih tu pulak !!!!!

      Delete
    3. Najibbbb...,...??

      He he he

      Buang masa....,!!

      Delete
    4. Saya tidak faham dengan perangai sesetengah orang. Sebelum ini Tun dituduh mengikut telunjuk DAP, jadi kuda tunggangan sebagainya. Sekarang bila Tun mengambil beberapa orang MP UMNO masuk ke kem beliau bagi mengukuhkan kedudukan dan penguasaan Melayu dalam Parlimen, ada pula Melayu yang berperanan mencocok DAP supaya melawan Tun. Bukankah ini BUSUK PERUT punya manusia.

      Janganlah menjadi KAYU HULU KAPAK. Asalnya dari sebatang pohon lalu dijadikan hulu kapak. Akhirnya dia memperhambakan diri dan menjadi alat untuk menebang pohon-pohon lain...dia terlupa bahawa dia sebenarnya pembelot kepada bangsa sendiri.

      Delete
    5. Ahli UMNO Jangan Marah Tapi Berterimakasih Pada MP Yang Lompat Parti

      Dakwaan Hamzah Zainuddin bahawa ada 36 orang MP UMNO telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad jika berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah benar, malah angka sebenar adalah 37 orang ahli dan bekas MP UMNO...

      Namun apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanya kepada sebahagian Ahli Parlimen terbabit berhubung SD tersebut, mereka menjawab, mereka hanya akan menyokong untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana mereka tidak mahu Anwar menjadi PM ...

      Itu apa yang di lafazkan kepada Presiden Parti...

      Tidak pasti siapa 37 orang ini, namun kita boleh agak ada sekitar 11 MP Umno yang tidak menandatangani SD tersebut antaranya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Dato Sri Nazri Aziz dan Tengku Razaleigh Hamzah serta beberapa nama lain...

      Malangnya, sepertimana yang di jangkakan, peringkat demi peringkat, mereka menyusun MP yang telah menandatangani SD ini untuk keluar parti dan meletakkan kesalahan ke atas batang tubuh Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid dan mendesak beliau berundur...

      Salah seorang pengkhianat utama yang mengusahakan gerakan menarik MP untuk di persembah kepada Dr. Mahathir alhamdulillah telah keluar parti semalam, Hamzah Zainuddin...

      Cuma yang menyedihkan, sudahlah tidak mempunyai rasa aib meninggalkan parti, ada hati pula beliau ingin mengugut Presiden supaya berundur jika tidak mahu 10 lagi MP UMNO lompat parti...

      Kepada pemimpin dayus ini kita berpesan, jangan sesekali kegagalan diri kamu sendiri hendak di pindahkan untuk di pikul oleh ...

      Delete
    6. Itu burung phoenix. Kalau Najib mmg jadi abu terus. Ko ingat warlord dalam umno senang2 nak kasi dia naik balik?

      Delete

  8. Azmin: Bekas wakil rakyat Umno sudah bertaubat
    Soo Wern Jun - February 14, 2019 1:00 AM
    178
    Shares


    Azmin Ali, timbalan presiden PKR
    HULU LANGAT: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali hari ini menepis kritikan terhadap penyertaan 7 bekas ahli Parlimen Umno ke dalam PPBM, mengatakan wakil-wakil rakyat itu sudah menyesal.

    Azmin menghormati kritikan daripada beberapa pemimpin DAP, tetapi berkata manusia kerana sifatnya akan melakukan kesilapan.

    “Mereka sudah bertaubat. Orang akan buat silap. Tetapi seperti yang saya sebut tadi, mereka pertama sekali perlu tunjukkan komitmen kepada Pakatan Harapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7 bekas mp umno bertobat depan Azmin?...mp2 ni khianat pilihan pengundi....

      Delete
    2. Penyakit & ajaran sesat hanya Pas masuk syurga dah mula menular kat umno pulak dahhhh....!!

      Delete
  9. Kalo majoriti mp umno sudah melompat kedalam Bersatoo maka Bersatoo blm layak istihar sebagai pejuang wakili melayu...jika majoriti ahli umno masuk Bersatoo barulah Bersatoo layak jadi wakil melayuu...

    Bekas mp umno ni kalo bertanding semula blm tentu menang...

    Madey dan Bersatoo masih perlukan PH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa Madey, May Day lah.....!!

      Kau budak2 toksah memekak ler Kejora. Selama ini apa yg kau PANTAToon & kopipes sejak zaman idola kau Najib, KJ, Zahid Hamidi & Jamal Pak Kontol ternyata semuanya auta & kecundang.

      Delete
    2. Betul lah tu..Madey dah jadi May Day Wak. Apa taknya..dia kini menghadapi serangan kuat lagi hebat dari DAPigs dan kartel Bang Non dalam PKR kerana menerima masuk MP2 UMNO ke dalam Bersatu tanpa persetujuan dan restu dari kepimpinan Perdana PH.

      My Day tu kan signal untuk menunjukkan seseorang dalam kecemasan...memang dia sekarang ni cemas yang amat2 sangat akan backlash dari Tokong Kit sial dan Bang Non tu...setuju kan Wak????

      Delete
    3. He he he

      Yg cemas kini UMNO dan PKR. Sebab itu Nurul Izzah menangis merajuk sampai dia & Fizi tembam sanggup merayu KJ pertahankan umno - sekat penghijrahan ahΔΊi umno masuk parti Bersatu.

      He he he

      Delete
    4. 210, kau kata "jika majoriti ahli umno masuk Bersatoo barulah Bersatoo layak jadi wakil melayuu..."?

      Mana betul? Umno ada 3 juta ahli pun masih belom boleh jadi wakil Melayu. Ada berbelas juta Melayu di negara ini. Ada banyak parti yang ada Melayu di dalam nya.

      Apa salah nya Tun M dan Bersatu "masih perlukan PH"? Umno tak perlukan MCA, MIC, Gerakan dll di masa depa merintah?

      Ingat lah, sekarang MCA mahu BN di bubar, mahu cabut lari dari Umno.

      Delete

    5. GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB -

      Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali hari ini menepis kritikan terhadap penyertaan 7 bekas ahli Parlimen Umno ke dalam PPBM, mengatakan wakil-wakil rakyat itu sudah menyesal.

      Azmin menghormati kritikan daripada beberapa pemimpin DAP, tetapi berkata manusia seperti bekas Umno itu tidak lari dari membuat kesilapan.

      “Mereka sudah bertaubat. Orang akan buat silap. Tetapi seperti yang saya sebut tadi, mereka pertama sekali perlu tunjukkan komitmen kepada Pakatan Harapan.

      “Mereka mula sedar Umno bukan parti yang boleh menjamin masa depan. Parti itu masih memainkan isu-isu perkauman, jadi ahli-ahli Parlimen ini merasakan itu bukan cara untuk maju.

      “Kita boleh terima mana-mana individu yang sedia menerima perjuangan PH,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup bersama ketua bahagian dan ahli-ahli PKR Hulu Langat malam tadi.

      Azmin berkata ahli Parlimen di luar kelompok PH tidak dibenarkan masuk gabungan itu secara beramai-ramai, seperti yang dijelaskan oleh Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad.

      “Mereka mesti tinggalkan parti mereka dan mereka mesti faham dan hargai perjuangan PH.

      “Mereka mesti yakin dengan ideologi dan idealisme PH. Mereka mesti terima dasar-dasar PH sebelum kita terima mereka.

      “Apa yang diberitahu kepada saya, mereka sudah tinggalkan Umno beberapa bulan lalu. Mereka sudah tunjukkan komitmen kepada perjuangan PH untuk PPBM terima mereka,” katanya.

      Beliau mengingatkan ramai pemimpin tertinggi dalam PH daripada Umno, mengatakan apa yang lagi penting sekarang adalah PH bertambah kuat dan mendapat sokongan.

      Delete
  10. Fuuuuh..Akhirnya DS Najib mengaku dia memang "pencuri" lah wak Suman!!!

    Tak caya..cuba hadamkan berita di bawah ini beb...

    Former prime minister Najib Razak took no offence at being labelled “pencuriku” (“my thief”) by PKR’s deputy president Azmin Ali.

    Instead, Najib good-naturedly responded to the remarks made by the economic affairs minister as the nomination day for the Semenyih by-election draws nearer.

    “Azmin calling me a thief? I would say, I have stolen the rakyat’s hearts,” he told reporters after a visit to the Tesco outlet in Semenyih tonight.

    Najib’s response drew resounding cheers from hundreds of people who had gathered at the premises after hearing of his impromptu visit.

    Azmin had last night said that Malay voters in the state constituency would not be taken in by Najib’s “Bossku” antics compared with those in Cameron Highlands.

    The Gombak MP also described Najib as “pencuriku”.

    On whether he would hit the ground running in the upcoming Semenyih by-election, Najib said he would come if he is invited.

    “If I am invited, I will come. Insya-Allah, I will come,” he said.

    On his visit to Tesco tonight, the Pekan MP said he had been asked by the local leaders to come shopping here as well as to survey the situation.

    “From the support I see tonight, Umno has won. Hopefully.

    “As it is, I did not expect such an extraordinary reception from the people here.

    “What we see here is that the rakyat want to be near me as a leader. Hopefully, this will translate into support, God willing,” he said.

    During his shopping trip, which lasted about 30 minutes, Najib bought items such as chillies, mineral water, lychee cordial and groundnuts. Accompanying him were numerous supporters dressed in navy blue sweaters.

    However, he said he was unable to check the prices of goods as there were too many people.

    “But the general comments are that people are feeling the pinch from the rising price of goods,” he said.

    After completing his shopping, Najib proceeded to a nearby mamak eatery, where he took selfies with Semenyih residents.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib lagi. Buat apalah buang masa pd orang yg dah dikira LUPUT.....!!

      Delete

    2. GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB,

      Jawan kpd kopipes kau ia lah kopipes jugak -

      Najib catat rekod pertama PM Malaysia digelar ‘pencuri’ oleh media antarabangsa

      Seluruh negara berasa aneh dengan sikap yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memilih untuk berdiam diri dari menjawab atau mendakwa media antarabangsa yang menggelarkannya sebagai ‘pencuri’.

      Satu demi satu persoalan muncul, sekiranya Najib berani mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Pakatan Harapan dan media tempatan berhubung perkara itu, mengapa pula tidak media asing?

      Persoalan ini semakin menimbulkan kecurigaan kepada rakyat Malaysia tentang kejujuran Perdana Menteri menangani dakwaan ‘kecurian’ dana berdaulat negara melibatkan 1MDB.

      Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, kelantangan media antarabangsa itu menggelar Perdana Menteri negara ini sebagai ‘pencuri’ merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah 61 tahun negara.

      “Apakah Najib akan saman? Apakah PM Malaysia akan membersihkan nama dan reputasi beliau, bukan hanya untuk dirinya tetapi untuk negara Malaysia dan 30 juta rakyatnya?

      Katanya, dua hari berturut-turut antarabangsa iaitu The Economist dan MSNBC menggelar Perdana Menteri sebagai ‘pencuri’.

      Laporan The Economist pada 8 Mac lalu dalam artikel bertajuk “Stop, thief! Malaysia’s PM is about to steal an election” mendakwa Najib sedang ketakutan kerana pengundi mungkin tidak lagi akan memilih Barisan Nasional (BN).

      Laporan itu turut menyentuh skandal 1MDB dan pelbagai helah Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya termasuk melakukan persempadanan semula.

      Pada 9 Mac 2018 pula, pengacara Rachel Maddow turut menggelar Najib ‘pencuri’ dalam rancangan “The Rachel Maddow Show” siaran MSNBC.

      Pengacara terkenal itu juga menceritakan secara terperinci mengenai permulaan skandal 1MDB sehinggalah ke perkembangan mutakhir melibatkan rampasan kapal pesiaran mewah Equainimity milik Jho Low di Bali, Indonesia.

      Kit Siang berkata, skandal 1MDB bukan sahaja dilaporkan dalam media barat di Amerika Syarikat, Australia, Britain dan Eropah tetapi juga oleh media negara Asean seperti di Majalah Tempo, Indonesia.

      “Najib tidak boleh terus bersikap mendiamkan diri seolah-olah matanya tidak melihat, telinga tidak mendengar dan mulut tidak mampu bertutur.

      “Beliau tidak mempunyai pilihan selain membersihkan nama beliau dan juga nama negara ini,” kata beliau dalam kenyataan baru-baru ini.

      NOTA: NAJIB DAN UMNO/BN KENA HUMBAN KE LONGKANG DI PRU14 PADA 9 MEI 2018

      Delete
    3. KOMEN2 KPD BERITA

      Najib balas Azmin: Saya pencuri hati

      Han Tuah

      ..siapa yg lemas bosku? Biar dulu dia santai santai bosku...nanti pindah sg buloh terkangkang la tu bosku..

      Vinston Chong

      Pui, pencuri memang pencuri, tak tau malu pun. Nasib baik PRU 14 tumbang penyamun ini, kalau tak wang Malaysia habis disapu oleh penyamun ini

      Nur Adha

      "Saya pencurii hati Rakyat???"
      Satu kenyataan bodoh lagi.
      Jika hati Rakyat boleh dicuri,
      30 juta dah jadi mayat.

      Sesiapa sokong Najibb umno buat kenyataan ini,
      Kalau kata orang sedemikian bukan bodoh seperti lembu,

      Ahmad Ahmad

      ha ha ha...kesian kou najib....makin hari makin biol....cash is king dah tak dengar dah...semenjak duit dah kena rampas...apa khabar rosmah....janganlah jalan sorang2 bawak lah juga rosmah..ha ha ha ha ha

      Dia dah tak mau ikut kau lagi ker? Tak macam dulu masa kau PM ke?

      Delete
  11. Jeng jeng jeng....

    PH1 bakal runtuh disebabkan wujud golongan pendengki di dalamnya.

    Mereka dengki kepada nikmat yag diperolehi oleh orang lain kerana menyangka nikmat itu sebenarnya adalah milik mereka. Sekiranya ahli-ahli UmNo ini menyertai PKR maka sudah tentu mereka akan dipuji-puji.

    Jangan lupa sejarah menunjukkan orang yang paling ghairah untuk membentuk kerajaan melalui pintu belakang dengan cara memancing anggota parlimen lawan untuk lompat parti ke parti sendiri tidak lain dan tidak bukan ialah Pak Sheikh sendiri, sedangkan tindakan Tun / PPBM menerima bekas ahli-ahli UmNo itu langsung tidak mengubah kerajaan PH sebaliknya memperkukuhkannya.

    Apa tunggu lagi Pak Sheikh dan Tn Budin, silalah langgar Tun. Pastu kita sama-sama akan lihat siapa yang akan muncul pemenang.

    Jangan lupa John Doe telah lama berkongsi telahannya bahawa PH1 akan runtuh tetapi Tun M akan kekal sebagai PM di bawah PH2. Maka entry-entry Tn Budin yang terkini ini langsung tidak memberikan sebarang kejutan.

    John Doe juga telah memberitahu bahawa Tun M adalah ketua pasukan yang tidak pernah tewas dan dengan izin Allah, ia akan kekal sedemikian sehinggalah yang bathil itu lenyap dan zaman fitnah benar-benar ditinggalkan.

    Bersekutu untuk menewaskan Tun tidak akan dapat menewaskan Tun, sebaliknya yang bersekutu itulah yang bakal tewas mutlak.

    Asal kelak apabila ia benar-benar berlaku, kesemua mereka yang ditewaskan itu tidak lagi dapat berkata 'tiada sesiapapun yang telah memberikan nasihat dan peringatan kepada kami'.

    Ringkas cakap, asal kelak jangan cakap John Doe tak payung.

    Que sera sera.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  12. Madey alkotty tamak haloba dia dok makankedarah anakberanak dia saja-saja.
    Dok ambik orang yg belot mlayu sama mcm madey alkotty bapak pembelot mlayu dlm negara.
    Sanggop bersekongkol dgn kapiag harbi untok tipu mlayu.
    Nanti teman sambong lagi lani teman nakpi sekolah nak anto anak teman pi sekolah .
    Madey alkotty pi mampuih lagi modah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh ler kau cakap begitu, Mat. Banyak benor makan bawang ke?

      Kau tak ingat betapa banyak faedah dia bawak untuk kaum Melayu di bawah Dasar Ekonomi Baru yang dia praktik ke? DEB yang NajibAl Jibo ketepikan sebab nakkan gelaran Ah Jib Gor. Dah tu, di curi nya wang rakyat yang 60% kaum Melayu - RM2.6 biliun di 1MDB.

      Dia nak buang Najib yang sebenar nya pembelot bangsa dan penderhaka negara, gembelingkan tenaga bukan Melayu - ko panggil itu belot yer? Ko sekolah mana dulu, Mat?

      Delete
    2. Saya cadangkan En Mat Sawang join sekali anak encik masuk kelas belajar semula ...terutamanya bab membentuk budi bahasa yang mulia. Belajar adab agar dapat menghindar perbuatan keji seperti suka menvcaci dan mengeluarkan perkataan tidak ewlok sesama insan lain.

      Delete
    3. Ni siot teman coma ckp pada madey alkotty saje, pasaipa hangpa soroh teman masok sekolah balik le perbwatan keji le mencaci le bodoh le dan belbagai perkataan yg tak elok hangpa dok mengata.
      Teman apapong tak kata kat hangpa 2ekog awat jadi lagutu.

      Ni mangkok hangpa tak boleh ckp elok-elok ke dan suroh tokwan hangpa madey alkotty ckp benda baik-baik saje sebelom ajal dia sampe. Ponya elok bahasa koah koah koah

      Madey alkotty menghina seloroh bangsa mlayu ,konon malas dan mesken dlm negara sendiri sanggop besekongkol dgn poak kapiag harbi .
      Satu penghinaan pada mlayu dan pebwatan yg amat keji biadap soka mencaci sesama insan, hangpa 2ekog suroh madey alkotty belajag adap sopan sopaya jadi insan yg bersopan santun dan beradap molia mcm hangpa 2ekog sambe tunggu maklekat maut datang menjempot

      Koah koah koah koah bonyi mcm ketawa tapi yg sebenagnya teman sebot kuah kuah kuah.
      Takkan sebot koah koah pong salah juge.


      Delete

  13. Budin kata, "Apabila disebut ada tempoh bertenang sebelum boleh memohon menjadi ahli, tempoh yang biasanya ditetapkan ialah sekurang-kurangnya enam bulan, setahun atau lebih daripada itu."

    Siapa cakap, Din? Kau cakap? Siapa peduli.

    Tentu lah Tun Mahathir / Bersatu ada hak menentukan nya.

    Ko marah 7 MP Umno cabut lari masuk Bersatu yer? Umno suruh kau tulis mengkeji Bersatu ker? Atau nak melemahkan Tun Mahathir supaya Bang Non kau boleh cepat jadi PM?

    Bang Non tak boleh jadi PM. Antara sebab2 nya - 50 dalil kenapa anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri
    https://pemudaenggang.wordpress.com/.../50-dalil-kenapa-anwar-ti...

    Sebab penting nya: dia Peliwat dan bekas banduan 2 kali

    ReplyDelete
  14. ... musang berbulu ayam rupanya.

    ReplyDelete
  15. ... musang berbulu ayam rupanya.

    ReplyDelete
  16. PH...PH....PH...pada mulanya setelah mengambil tampuk kekuasaan, bukan main lagi gah megah dengan laungan PAKATAN HARAPAN, MALAYSIA BARU!!!!
    TUP TUP setelah sekian lama (tak kiralah dua hari ke dua minggu ke...dah kira lama lah) Pakatan tinggal tu aje, pakat memakat….Harapan tinggal berharap aje. Yang Malaysia tu tersangkut kat yang lama ...liat nak membaru.
    Haru haru…..

    ReplyDelete
  17. Me no more interested with politics. Da jafi caca marba kata org Penang dan Utara. Me ok Tun M remains PM and leads PH. But Very very mot happy Thn M & Bersatu welcome too many ex umno into Bersatu to form majority components over ride numbers of DAP and PKR MPs.
    Tun and Bersatu sjould know these bloodsuckers, greedy,inmoralumno politicians more than half of them are corrupted! Did he or Nersatu not think their real readons to jump ship crossed over to join Bersatu/PH.
    By accepting those rascals, do Tun believed they have totally changed huh?
    Da pernah sedap makan rasuah, terima habuan semasa bawah pimlinan Najib dulu..ingat depa ni semua bole berubah dari sifat klepto jadi ahli2 dan MP2 yg bersih dari rasuah dan merompak wang negara.
    So Tun is using PH rspecially PKR, Anwar, DAP, LGE, LKS, Amamah just to oust Najib & BN/umno.
    INI TIDAK ADIL !!. RAKYAT DAN VOTERS MCAM SAYA ANAT KECIWA DAN TIDAK SETUJU tindakkan Tun fan Bersatu ini...
    SUSAH PAYAH RAKUAT BETBILANG KAUM BERSATU KELUAR RAMAI2 MENGUNDI UTK JATUHKAN NAJIB FAN TERAJANG UMNO, BN . KINI TUN & BERSATU KUTIP2 SAMPAH2 DAN BAKI2 POLITKUS NAJIS TERPALIT DGN SKANDAL 1MDB YG BERSENGKOKOL DGN BEKAS PM KELEPTO ROMPAK DUIT RAKYAT!!
    LETS CALL FOR ANOTHER FRESH ELECTION THEN. HARAP PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.
    HARAM TUN & BERSATU, BEKAS AHLI2 UMNO JUGA YG DICARI !!

    ReplyDelete
  18. TYPO- HaraP Tun & Bersatu, Bekas ahli2 umno juga yg dicari

    ReplyDelete
  19. Harap madey cepat ler berenti

    ReplyDelete
  20. Harap madey cepat ler berenti

    ReplyDelete
  21. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete
  22. Numpang ya min ^^

    HANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
    Bonus New Member Bervariasi
    Bonus next deposit 5%
    Bonus rilingan 0,5%
    dan masik banyak yang lainnya bossku
    Penasaran!!! coba aja dulu.. biar gk penasaran.

    ReplyDelete
  23. WIN323 - Merupakan Situs Online Betting NO.1 Di Indonesia.
    Dengan WIN RATE tertinggi 97% + Bonus Bonus Super Heboh yang bisa
    anda dapatkan setiap hari nya!!

    Bonus Bonus Super Heboh Dari WIN323
    ~ Bonus New Member : 20%
    ~ Bonus Next Deposit : 5%
    ~ Bonus Cash Back : 5%

    Minimal Deposit : Rp.25.000
    Minimal Withdraw : Rp.25.000

    Untuk permainan terbaru FAFA SLOT BONUS NEW MEMBER 100% dengan maximal Bonus Rp.250.000 , Dengan mininimal deposit Rp 25.000,-
    syarat TO x 8
    Contoh : 25.000 + 25.000 * 8 = 400.000
    Minimal WD 50.000


    TEMBAK IKAN ONLINE

    Bonus Deposit 50%
    Minimal Deposit Rp25.000
    Max Bonus Rp. 1.000.000,-
    TO x 15 + BONUS

    Bonus Deposit 10%
    Minimal Deposit : Rp.50.000,-
    Max Bonus : Rp. 500.000,-
    TO x 7 + BONUS

    CASHBACK 10%
    Bonus Cashback hanya diberikan kepada player yang tidak mengclaim bonus next deposit

    Tunggu apalagi mari langsung bergabung bersama WIN323 dan jadilah
    pemenang di setiap taruhan yang Bossku lakukan :)

    Contact Person WIN323 :
    BB : E3E94F65
    LINE : win323a

    WA : +855 78 633 430 ( WIN323 )

    ReplyDelete
  24. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :)

    ReplyDelete
  25. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...