Thursday 7 February 2019

KEBENARAN MAKIN HAMPIR DI DEPAN MATA, TAPI JANGANLAH LUPA SIASAT SAMA NASHARUDDIN MAT ISA!!


1. PAS merujuk kepada Kenyataan Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 6 Februari 2019 yang bertajuk SPRM SIASAT DAKWAAN WANG RM90 JUTA DARIPADA 1MDB.


2. PAS dengan ini memberi akujanji akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak SPRM bagi menjalankan siasatan terhadap dakwaan (yang kami nafikan sepenuhnya) kononnya wang sebanyak RM90 juta yang disyaki daripada 1MDB dikatakan dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.


3. PAS juga memberi jaminan akan menyerahkan segala dokumen milik PAS, sekiranya diminta oleh pihak SPRM untuk tujuan siasatan ini, termasuklah Penyata Akaun-akaun Bank PAS Pusat, bagi membuktikan dakwaan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada 1MDB adalah tidak benar, dusta dan fitnah semata-mata.


4. PAS juga mengalu-alukan dan menggesa mana-mana pihak yang kononnnya mempunyai maklumat tentang dakwaan di atas, dengan penuh tanggungjawab dan integriti, tampil untuk menamakan secara terperinci serta memberikan butiran lanjut mereka yang dikatakan menerima wang tersebut kepada pihak berkuasa supaya siasatan lanjut dapat dibuat.


5. PAS yakin SPRM sebagai sebuah entiti yang berintegriti akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara profesional dengan mengamalkan ketelusan, sikap bermaruah serta ‘without fear or favour’.


Terima kasih. 


DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN,

Setiausaha Agung PAS.

Bertarikh: 06 Februari 2019.



Ulasan Blog - Alhamdulillah, tentunya kita semua boleh menarik nafas lega sekarang ini.


Selepas kecoh-kecoh tanpa kesudahan berhubung kemelut wang RM90 juta yang didakwa pernah diterima Pas daripada Najib Razak serta dikaitkan dengan dana 1MDB, jalan kebenaran nampaknya sudah mula terbentang di depan mata kita semua.


Berikutan penarikan balik saman oleh Hadi Awang terhadap Sarawak Report yang kemudian membuka ruang kepada beberapa individu membuat laporan polis, SPRM dengan pantas mengumumlan kertas siasatan sudah pun dibuka.


Susulannya, Pas juga turut menyatakan keterbukaannya untuk disiasat SPRM serta berjanji akan menyerahkan semua dokumen-dokumen berkaitan seperti penyata bank dan sebagainya.


Nik Abduh Nik Aziz pula menyatakan pihaknya sama sekali tidak tertekan dan mengalu-ngalukan kedatangan SPRM untuk menjalankan siasatan itu.


Dengan yang demikian, SPRM kini tiada  alasan lagi untuk melengah-lengahkan tugas siasatannya. Ini adalah kes kepentingan awam hang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.


Cumanya, selain akaun bank Pas dan beberapa pemimpinnya yang perlu diteliti dan disiasat, SPRM tidak harus lupa untuk menyiasat sama Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang diperkatakan sebelum ini sebagai "orang tengah" dalam penyaluran wang tersebut kepada para pemimpin Pas.


Ketika era Najib, meskipun masih merupakan ahli Pas, Nasharuddin telah dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Kesederhanaan Global.


Jika benar ada sejumlah wang yang besar dimasukkan ke akaun bank Nasharuddin, dari situ akan dapat dikesan ke mana wang itu mengalir seterusnya.


Oleh kerana jumlah wang, sama ada yang dikatakan diterimanya atau didakwa diterima oleh beberapa pemimpin Pas yang lain itu adalah dalam jumlah yang besar, sudah tentulah ia menggunakan sistem perbankan yang boleh dijejaki susur-galurnya dengan mudah.


Bermakna, dengan adanya siasatan itu, jika benar Pas atau pemimpinnya ada menerima wang daripada Najib atau UMNO, tidak ada sesiapa yang dapat mengelak daripadanya.


Begitu juga kiranya Pas dan pemimpinnya tidak pernah menerima apa-apa wang daripada Najib atau UMNO, maka nama mereka dengan sendirinya akan dibersihkan melalui siasatan tersebut.


Ertinya, kebenaran yang akan terserlah nanti adalah adil kepada semua pihak.


Hanya yang menjadi persoalan kini, mengapa Husam Musa masih tidak membuat laporan kepada SPRM dan menyerahkan dokumen sahih yang didakwa dimiliknya berkaitan penyaluran wang tersebut?


Bukankah Husam sepatutnya boleh jadi “hero” dalam isu jika beliau tampil membuat laporan kepada SPRM dan membantu siasatan dengan menyerahkan dokumen yang didakwa dimilikinya itu?


Adakah Husam sebagai orang politik tak mahu jadi “hero”?


Atau.....???? (ShahbudinHusin 07/02/2019)

31 comments:

  1. AKU TUNGGU ALI JAGA JAMBAN@GMN @ TANPA NAMA MASUK DULU.

    AIKKK dah dekat pukul satu jaga jamban..tak kan tak dak rehat!

    ooooooooo..dia "all day" ari ni!



    kah kahhhhhhh kahhhhhhhhhh kahhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIASAT VIDEO YG SEBUT NYATA TUTOH DUIT UMNO

      Delete
    2. GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB arini pakai nama Gora, ko dah rasa menais di lobang bontt ko yer? Nak sangat kena balon di situ.

      Ko patut jumpa Bng Non. Tapi kalo ko tak jambu, kot ko di buat dlm kereta ajer. Not deserving apartment Bangsar dsb nya.

      Delete
  2. Semua orang tau strategy pas. Mula2 saja tunjuk berani.
    Supaya semangat bangsa pas akan melonjak 1000%.
    Tunggulah siasatan SPRM nanti. Kita tengok mengelupur ke tidak pemimpin2 bangsa pas semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. gila...Nik Abduh masih x mengaku audio tu suara dia dan ada lebih 40 org saksi...

      islam apa yg dia anuti....khawarij?..syiah?...atau munafik?..

      Delete
  3. Tak mengancam entry Budin pada petang ni
    Itu sbb Suman, jondo & GMN tak mai sini
    Cakap je berdegar-degar tapi tak berani
    Jenis kote kecik telor laboh takut bini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini GENG NAJIB yang selalu menjilat Najib juga. Khas untuk di balun GENG MENJILAT NAJIB.

      Delete
  4. Bukan pas yg terima 90 jota....lobai2 pas termasuk Takiyudi yg terima wang haram ni melalui ostaz nasha...

    Ostaz mengaum kemain kuat nak saman rafizi tapi diam.....lobai hadi hanye suruh rafuzi tabat...

    Lobai2 pas pakai kete mewah...

    Lobai pas jugak gertak nak saman husam musa tapi menikus bila husam kata ade bukti transaksi sffin bank..bukti ni hanye boleh didedahkan dlm mahkamah...

    Sprm kena siasat akaun lobai pas...


    Lhdn juga patut siasat akaun lpbai2 pas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anjing Gila nih membalun PAS. Aku diam, malah sorakkan ajer

      Delete
  5. Umno diam jer? Tak nak nafikan ke? Takkan cuma lihat rakan sepasukan berhempas pulas menjawab?

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan Tajuk Tn Budin dengan sedikit pindaan iaitu 'kebenaran pasti datang'.

    Kebenaran yang hakiki itu pasti akan tiba.

    Kebenaran yang hakiki itu, apabila ia benar-benar tiba, ia akan dilemparkan ke atas kebathilan dan menghancurkan sama sekali kebathilan itu.

    Apabila telah datang kebenaran yang hakiki, maka akan lenyaplah kebathilan, dan sesungguhnya yang bathil itu pasti akan lenyap.

    Apabila yang bathil itu telah lenyap, ia akan kekal lenyap dan tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

    Sementara itu kesemua para pendusta dan ahli-ahli fitnah zaman fitnah dipersilakan untuk bersukaria dengan berterus-terusan berdusta begitu dan begini, kerana tempoh berdusta itu pasti akan tamat, dan yang bathil itu pasti akan lenyap.

    Para pendusta ini semakin hari semakin kehilangan alasan untuk berdusta.

    Segala rahsia akan terbongkar...
    Takkan dapat lagi berpura-pura...
    Kerana ia akan terjadi...
    Ia akan pasti tiba...

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko pon penyokong kebathilan kerana terlampau taksub dgn mamak madey.....satu geng mamak kar?...

      Delete
    2. Hehehe KBB.

      Penyokong kebathilan hati mereka tidak akan tenang selain mereka akan berputar-putar di antara memutarbelit, beralasan dan memperolok-olokkan.

      Misalnya mereka sendiri menawarkan untuk bersumpah laknat untuk menunjukkan sumpah laknat bukan kaedah membuktikan kebenaran, kemudian apabila dipersilakan melakukannya mereka beralasan pula. Hahahaha.. Pendusta memang selalu kantoi.

      Taksub kepada Tun? Hehehe.. Aku taksub kepada kebenaran dan bukan kepada para pendusta yang asyik beralasan sebegitu dan sebegini, dan Tun sememangnya adalah pejuang kebenaran itu, yang sentiasa melakukan perkara yang betul di dalam setiap keadaan dan tidak takutkan cercaan orang-orang yang mencerca, dan paling penting kekal memang di dalam setiap pertempuran yang ia ketuai.

      Sekiranya taksub kepada kebenaran dikatakan sebagai taksub kepada Tun, maka dipersilakanlah, aku tiada masalah dengannya. Aku telah pun berkongsi penemuanku bahawa Tun adalah Pemuda Tamim @ Pembawa Panji Hitam yang dikhabarkan kemunculannya pada zaman fitnah lebih 1400 tahun yang lalu. Dengan penemuan itu, maka sudah tentulah aku akan kekal menyokong Tun sehingga kemenangan mutlak pasukannya, in shaa Allah. Tuduhan taksub kepada Tun bagiku adalah satu penghormatan yang mengakui bahawa aku adalah salah seorang ahli di dalam satu pasukan yang tidak pernah tewas.

      Kesemua pendusta yang merasa aman dari kemurkaan Allah mempunyai satu ciri yang sama, iaitulah walaupun sudah terkantoi menipu dan bukti-bukti yang ada dengan sahnya menunjukkan mereka memang bersalah, mereka tetap akan berpusing-pusing untuk menipu dan berdusta kononnya begitu dan begini. Walaupun disabit kesalahan pun mereka akan kekal berdusta begitu dan begini. Memandangkan kebenaran yang telah dibuktikan pun mereka masih mahu berdusta begitu dan begini maka pendustaan mereka itu akhirnya akan dibuktikan melalui kebenaran yang diturunkan. Pada masa itu mereka bukan sahaja akan kehabisan alasan bahkan juga akan kehabisan tempoh untuk terus menerus berdusta.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    3. Anjing Gila dah mula keluarkan kata2 tak menghormatkan Tun Mahathir. Biarkan dulu, nanti akan di anc.k emak Anjing Gila tuh.

      Delete
  7. Nak mudahkan dan cepatkan kerja SPRM husam patut serahkan dokumen transaksi affin bank yg dikatakan oleh husam...

    ReplyDelete
  8. Rasanya kalau SPRM betul2 nak siasat mereka boleh sahaja berjumpa sendiri dengan Husam dan Affin Bank. Betulkah itu cara dan SOP SPRM. Saja tanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lah boleh...saper ada bukti boleh serahkan kpd Sprm untuk bantu siasatan..sprm pon boleh memeriksa transaksi bank..

      Delete
  9. Bak kata "Deep Throat" (dipercayai "disenchanted Secret Agent" gomen US yang menbantu wartawan2 terkenal Amreeeeka yang berjaya membongkar rahsia hingga Presiden Richard Nixon letak jawatan dulu,

    "FOLLOW THE MONEY".

    Sudah tentu bermula dgn Lobai Nashruddin, Lobai Hadi dan depa yang alih2 pakai kereta mewah, beli rumah besar.

    Najib rasa nya sangkut 4-5 antara 40+ tuduhan mahkamah nya dan akan masuk penjara. Nak lihat jugak orang PAS merasa bersemayam di istana Sg Buluh.

    ReplyDelete
  10. Kata ceritanye ostaz nadha bina rumah besar selepas mesra dgn najib...nasha di pecat dari jawatan naib presiden pas zaman arwah nik aziz kerana usaha kerajaan perpaduan pas umno...

    Najib nak pecahkan pakatan rakyat seblm pru 14...; matlamat najib pecahkan PR dan penjarakan anwar dgn fitnah liwat jubo sefool berjaya...tapi najib dan pas tersungkur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti di laung kuat kuat: "najib dan pas tersungkur"

      Sekali sekala Anjing Gila siuman - moments of his sanity.

      Delete
  11. Rafizi alu-alukan saman, cabar Nasharudin isytihar harta

    15 Apr 2017, 12:51 tengahari (Dikemaskini 15 Apr 2017, 1:14 tengahari)

    A A
    Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan niat bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa yang dilaporkan mahu menyamannya atas dakwaan memfitnah tetapi turut menyarankan bekas pemimpin PAS itu mengisytiharkan semua harta dan pendapatannya.

    "Jika beliau ingin menyaman saya, saya akan menunggu untuk menyoal siasat beliau di dalam kandang saksi kerana orang yang menyaman adalah orang yang pertama yang perlu beri keterangan di dalam kandang saksi.

    "Saya ada beratus-ratus soalan yang akan ditanyakan mengenai penglibatan beliau dalam melobi pimpinan PAS supaya menjadi lunak dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, sehingga PAS dilihat tidak lantang memperjuangkan keamanahan perdana menteri dalam skandal 1MDB," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan.

    Dalam pada itu, Rafizi menyarankan Nasharuddin membuat satu akuan berkanun mengisytiharkan semua harta, pendapatan dan sumbangan kepada beliau secara peribadi serta semua organisasi yang beliau terajui.

    "Beliau juga perlu perincikan di dalam akuan berkanun bagaimana harta, pendapatan dan sumbangan ini dibelanjakan dan kepada siapa wang yang disumbangkan kepada beliau, dibelanjakan," katanya.

    Nasharudin dalam satu kenyataan semalam menafikan menerima dana dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

    Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook beliau, Nasharudin berkata beliau juga bersedia untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu dan berkata beliau merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.

    Ini berikutan Rafizi pada hari Khamis membuat akuan berkanun dan menamakan Nasharudin sebagai orang yang didakwa menerima dana dari SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, melalui seorang peguam.

    Menurut Rafizi, sumber beliau adalah bekas pegawai kanan SPRM yang biasa dengan siasatan terhadap 1MDB dan SRC International.

    Mengulas lanjut, Rafizi hari ini menegaskan keyakinannya terhadap kedua-dua maklumat yang diterimanya serta proses akuan berkanun untuk mengisytiharkan semua harta.

    Dalam menggesa Nasharudin membuat pengisytiharan dari tahun 2012 sehingga tahun ini, Rafizi bagaimanapun mengingatkan ada beratus akauntan dan peguam yang akan meneliti akaun berkanun itu.

    "Jika ada maklumat yang tidak tepat, akan ada rakyat Malaysia yang membuat laporan polis terhadap beliau dan beliau boleh dipenjara," tegas Rafizi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasha tu udah ka ketot, huduh, sejak2 berabaik dgn Najib dulu, dia tinggal serban, siap pakai kot jenama mahal2, rambut pub stylo dgn gel complete. Tapi tgk orgnya tak juga transformed jdi hensem, makin hudoh da la perangai dan jiwa kotor bergelumang dgn duit dedak Najib, muka yg mmng tak hemsem tu jadi mcam muka BEROK Kelante. Nasha Nadaha kerana gelao mata dgn duit sangguo kau mengkhianati areah TGNA dan perkuangan PAS yg sebenar masa hayat arwah TGNA.
      Terkenamg dan hirmat Allahyarham Nik Aziz. Dihirmati dsayangi non malays & non moslems juga (KJS, LGE,mendiang Karpal. Tok Guru ada lah ulama PAS ug benar2 okut sunnah nabi. Mana ada dua miliki kereta mewah. Banding dgn anak tak guna N8k ABodoh tu!. Muja saja mirip Allahyarham. Tpi sifat, kelakian dan perjuanfan politik nya adalah FAKE Islam n fake moslem. Molot kurang ajar dan loyar burok, bokeh kata kat SPRM- you are welcome, pastu masa dlm persidangan Parlimen post PRU13 bole loyar butok cakap, PAS berdiri, dudok pun sokong, parti pembangkang time tu-PKR, DAP,(masa tu da mula parti PAS bergeser dgn PKR, DAP, malah bertelagah pendirian politik dgn Mat Sabu, Khalid Samad, Dr Mujahid dan MP Pokok Sena-Mahfuz).
      Nik Abodoh ni tak sama sifat dan cara pemikiran seperti abangnya, umpama beza langit dan bumi. Abangnya yg beryanding atas tikwt Amanah pd PRU14 yg lalu, lebih sifat bethemah tinggi, tutur kata lembut, sopan seperti arwah ayahanda nya TGNA mencerminkan pemimpin, ulama yg berperibadi elok dari Si Abodoh.

      Delete
  12. Saya tengok bukti duit Umno kepada PAS, kata Husam

    Dikemas kini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2017 11:10AM · 1 Komen
    Lebih Lagi

    Bekas naib presiden PAS, Husam Musa mempertahankan pendiriannya berhubung dakwaan itu sehingga kini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2017.

    BEKAS naib presiden PAS, Husam Musa mendakwa beliau melihat sendiri sumber maklumat yang menunjukkan pemimpin PAS menerima wang daripada Umno dan jumlahnya lebih daripada RM90 juta.

    “Saya tidak bermain dengan kata-kata. Saya bercakap selepas saya melihat sumber maklumat tersebut dan pastikan ianya tepat dan benar

    ReplyDelete
  13. Rafizi: Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin terima wang 1MDB

    FMT Reporters - April 13, 2017 2:06 PM
    1.7k
    Shares

    rafizi-ramli_Nasharudin-Mat-Isa_6001KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendakwa bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana berkait 1MDB, menunaikan janjinya semalam untuk menamakan individu tersebut.

    Dalam akuan bersumpah yang ditandatanganinya hari ini, Rafizi berkata perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai “paling kanan” dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan mengenai dakwaan salah guna dana 1MDB.

    “PAS perlu kembali semak pastikan tidak ada 1 sen pun wang 1MDB kerana rapatnya Dr Nasharudin Isa dengan tokoh-tokoh yang masih mahu menggabungkan Umno dan PAS,” kata Rafizi dalam sidang medianya yang turut disiarkan secara langsung melalui Facebook.

    Menurutnya, maklumat itu diberitahu kepadanya secara lisan oleh bekas pegawai SPRM itu, yang antara lain mendedahkan siasatan SPRM ke atas SRC International, anak syarikat 1MDB, mendapati sejumlah dana dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum sejumlah wang berpindah “kepada peguam tertentu”.




    Tambah Rafizi, SPRM sudah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti individu yang dibayar dengan wang SRC International, yang disalurkan kepada peguam tersebut.

    Katanya, salah seorang penerima bayaran itu ialah Nasharudin, namun tidak dapat mengesahkan sama ada peguam yang dimaksudkan ialah Datuk Hafarizam Harun, peguam Najib, seperti didakwa portal Sarawak Report.

    Pemimpin Dewan Ulama PAS sedia maklum

    Rafizi berkata Ahli Parlimen Kuala Nerus dari PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, pernah berjumpa bekas pegawai SPRM itu untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB.


    Permintaan Khairuddin yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS, dipenuhi pegawai SPRM tersebut, katanya.

    Rafizi berkata perkara yang didedahkannya hari ini menjurus kepada “salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara”, sekiranya bayaran kepada pemimpin PAS itu usaha melunakkan suara PAS dalam isu 1MDB.

    Menurutnya, ia juga menunjukkan Nasharudin tidak layak menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM.

    “Sebagai seorang penerima dana, Nasharudin tidak layak dilantik ke panel tersebut.”

    Menurutnya, beliau memutuskan membuat dakwaan itu di bawah akuan berkanun supaya ia menjadi tanggungjawabnya untuk membuktikan kebenaran dakwaan itu.

    “Kalau petang ini ada perkara yang saya sebut tak betul, boleh buat laporan polis supaya boleh lalui proses undang-undang.

    “Saya sudah bagi lesen untuk menggari saya. Kalau yang saya sebut ini tak betul, boleh tangkap masukkan saya dalam lokap malam ini juga.”

    Katanya, beliau mengalu-alukan sebarang proses perundangan supaya dapat membuka jalan membicarakan dana 1MDB.

    Bekas pensyarah ceburi politik

    Nasharudin dilantik Putrajaya 2 tahun lalu bagi mengetuai Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah yang kini menyertai PKR.

    Beliau 2 kali mewakili PAS di Dewan Rakyat, iaitu sebagai ahli Parlimen Yan, Kedah (1999-2004) dan Bachok, Kelantan (2008-2013).

    Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu mula mendapat perhatian dalam PAS selepas dipilih sebagai setiausaha agung parti pada 1999 oleh presiden ketika itu, Datuk Fadzil Noor, dalam usaha menarik lebih ramai golongan profesional ke dalam parti itu ketika krisis Umno yang dicetuskan oleh pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Pada 2005, Nasharudin menewaskan veteran PAS, Hassan Shukri, untuk jawatan timbalan presiden.

    ReplyDelete
  14. Malaysia-Waves
    Blog yang diilhamkan oleh Allah SWT kepada saya demi memperjuangkan kebenaran, keadilan dan kesaksamaan, selaras dengan wahyu Ilahi malaysiawaves@rocketmail.com

    Sunday, June 24, 2018
    PEMBEKUAN AKAUN NASA MAT ISA BAKAL MENDEDAHKAN IDENTITI PAS YG SEBENAR
    Sedari awal, Rafizi Ramli telah mendedahkan melalui akuan bersumpah beliau bahawa Nasa Mat Isa telah menerima wang 1MDB sejumlah 200juta. Dilaporkan Rafizi berkata:

    Maklumat tersebut kata Rafizi, diperolehinya dari bekas pegawai ‘paling kanan’ dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malysia (SPRM) yang turut terlibat menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

    “Beliau menyebut kepada saya bagaimana siasatan SPRM turut mengesan sejumlah wang yang dibayar dari akaun peribadi Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak yang sampai kepada Dr Nasharuddin Mat Isa mantan Timbalan Presiden PAS,” dedahnya dalam sidang media sebentar tadi.

    Pegawai kanan SPRM yg dirujuk Rafizi ini sekarang sudah bertugas semula di SPRM.


    Setelah itu terdedah rakaman Nik Abduh mengakui PAS menerima wang dari UMNO:
    Husam Musa juga telah mengesahkan melihat bukti jelas penerimaan serta penyerahan wang kepada pemimpin2 PAS. Husam dilaporkan berkata:

    BEKAS naib presiden PAS, Husam Musa mendakwa beliau melihat sendiri sumber maklumat yang menunjukkan pemimpin PAS menerima wang daripada Umno dan jumlahnya lebih daripada RM90 juta.

    "Saya tidak bermain dengan kata-kata. Saya bercakap selepas saya melihat sumber maklumat tersebut dan pastikan ianya tepat dan benar.

    "Iaitu sejumlah wang disalurkan melalui Affin Bank kepada beberapa pihak berkaitan dengan kepimpinan PAS selain transaksi runcit lain," kata Husam dalam satu sesi dialog semalam.

    Husam berkata demikian ketika Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown bertegas di Mahkamah London PAS menerima wang daripada Umno.

    Maklumat terbaru menunjukkan akaun Nasaruddin Mat Isa yg berkaitan telah dibekukan oleh Bank Negara. Ini menunjukkan bahawa siasat berkaitan hubungan Nasa dgn 1MDB sedang berjalan.

    Ia juga menunjukkan bahawa segala aliran wang dari akaun Nasa juga akan disiasat secara mendalam.

    Pendapat Tulang Besi adalah ramai dikalangan pimpinan2 PAS yang ada sekarang akan terpalit.

    Apabila kes saman di London ke atas Sarawak Report bermula nanti pun ramai pemimpin2 PAS yang ada sekarang akan terdedah

    ReplyDelete
  15. Sinar Harian Jumaat 8 Feb 2019

    Dana RM90 juta: Nik Abduh, Husam, Nasharudin dipanggil beri keterangan

    SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz antara yang dipanggil bagi memberi keterangan mengenai dana RM90 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

    Turut dipanggil Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa dan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

    Difahamkan mereka akan memberi keterangan di SPRM Kelantan dan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

    Semalam Timbalan Ketua Pesuruhjaya Bahagian Operasi, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung kes tersebut dan sedang mendapatkan beberapa dokumen yang berkaitan daripada pihak bank.

    ReplyDelete
  16. Numpang ya min ^^

    HANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
    Bonus New Member Bervariasi
    Bonus next deposit 5%
    Bonus rilingan 0,5%
    dan masik banyak yang lainnya bossku
    Penasaran!!! coba aja dulu.. biar gk penasaran.

    ReplyDelete
  17. WIN323 - Merupakan Situs Online Betting NO.1 Di Indonesia.
    Dengan WIN RATE tertinggi 97% + Bonus Bonus Super Heboh yang bisa
    anda dapatkan setiap hari nya!!

    Bonus Bonus Super Heboh Dari WIN323
    ~ Bonus New Member : 20%
    ~ Bonus Next Deposit : 5%
    ~ Bonus Cash Back : 5%

    Minimal Deposit : Rp.25.000
    Minimal Withdraw : Rp.25.000

    Untuk permainan terbaru FAFA SLOT BONUS NEW MEMBER 100% dengan maximal Bonus Rp.250.000 , Dengan mininimal deposit Rp 25.000,-
    syarat TO x 8
    Contoh : 25.000 + 25.000 * 8 = 400.000
    Minimal WD 50.000


    TEMBAK IKAN ONLINE

    Bonus Deposit 50%
    Minimal Deposit Rp25.000
    Max Bonus Rp. 1.000.000,-
    TO x 15 + BONUS

    Bonus Deposit 10%
    Minimal Deposit : Rp.50.000,-
    Max Bonus : Rp. 500.000,-
    TO x 7 + BONUS

    CASHBACK 10%
    Bonus Cashback hanya diberikan kepada player yang tidak mengclaim bonus next deposit

    Tunggu apalagi mari langsung bergabung bersama WIN323 dan jadilah
    pemenang di setiap taruhan yang Bossku lakukan :)

    Contact Person WIN323 :
    BB : E3E94F65
    LINE : win323a

    WA : +855 78 633 430 ( WIN323 )

    ReplyDelete
  18. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :)

    ReplyDelete
  19. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...