Semakin hari semakin dapat dirasai ke mana arahnya laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau atau PAC berhubung siasatannya mengenai 1MDB, sebuah syarikat milik kerajaan dan ditubuhkan oleh Najib Razak, tetapi akhirnya tersadai dengan pelbagai kontroversi tak berkesudahan.
Dua tiga hari lalu, secara tiba-tiba Pengerusi PAC, Hassan Ariffin mengumumkan dua saksi terakhir yang akan dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa itu ialah bekas Presiden dan CEO 1MDB, Shahrul Azral Ibrahim Halmi serta bekas Pengerusinya, Mohd Bakke Salleh.
Kata beliau, mereka adalah yang terakhir dan tiada lagi saksi lain selepas itu.
Semalam pula, Hassan mengatakan PAC tidak boleh memanggil lebih ramai saksi lain untuk memberi keterangan berhubung 1MDB kerana ia akan melambatkan proses menyiapkan laporannya.
Katanya, beliau berhasrat untuk membentangkan laporan itu dalam sessi Parlimen akan datang yang dijadulkan bersidang antara Mac hingga April nanti.
Soalnya, kenapa Hassan begitu tergesa-gesa dan mengejar masa untuk menyiapkan laporan berkaitan 1MDB?
Apa yang dikejarnya, adakah ia berkaitan dengan penyiasatan pelbagai negara yang timbul semula baru-baru ini atau untuk menunjukkan Najib "suci bersih" dalam menghadapi pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi?
Apakah yang menjadi keutamaan PAC sebenarnya, mencari kebenaran berkaitan 1MDB atau cepat-cepat menyiapkan laporan dan tidak memperdulikan sama sekali lengkap atau tidak fakta-faktanya?
Apa pula masalahnya jika laporan itu lambat disiapkan? Adakah sesiapa akan memarahinya?
Bukankah PAC merupakan sebuah jawatankuasa di bawah Parlimen yang sepatutnya mengutamakan kepentingan rakyat dengan laporan yang benar-benar lengkap dan bukan semata-mata untuk "menyelamatkan" Perdana Menteri?
Tidakkah Hassan sedar bahawa tertangguhnya proses siasatan PAC mengenai 1MDB adalah merupakan kesalahan Najib juga yang bertindak menabur "dedak berupa jawatan dalam pentadbiran kerajaan" kepada empat anggota jawatankuasanya di tengah-tengah mereka menjalankan kerjanya?
Jika PAC tidak "dikelabu-asapkan" oleh Najib sendiri, sudah tentu isu kelambatan dalam menyiapkan laporan tidak berbangkit sama sekali?
Selain itu, adakah Hassan ingin mengabaikan saja kenyataan Tony Pua bahawa PAC ketika dipengerusikan oleh Nur Jazlan dahulu sudah pun memohon secara rasmi kepada Kementerian Kewangan untuk memastikan kehadiran Najib dan Jho Low untuk memberi keterangannya?
Begitu juga Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz dan seorang lagi bekas CEO 1MDB, Mohd Hazeem Abdul Rahman yang menurut Tony Pua turut relevan untuk dipanggil sama, apakah akan diabaikan juga oleh Hassan?
Kalau begini jalan cerita yang cuba diatur oleh Hassan, lebih baiklah Ahli-Ahli pembangkang yang berada dalam PAC segera meletakkan jawatan mereka agar tidak terus terpalit dengan persekongkolan yang dilihat semata-mata untuk "membersihkan" 1MDB dan Perdana Menteri sahaja.
Mungkin Tony Pua boleh menjadi orang pertama bertindak ke arah itu. (SH 10/02/2016).
Apa pasat mau letak jawatan maa aa ,kasi setuju lebih babut maa aa ,
ReplyDeleteSikalang semua hat mesti mau setuju maa aa ,kalau tidak habit lor rr.
En Din,
ReplyDeleteSemakin hari semakin najib dan kuncu kuncu pemakan dedak buat negara ini macam mak bapak mereka yang punya UMNO sekarang memang dah kotor dan jijik sebab sudah di sendirian berhad oleh Najib dan rosmah ,ahli dah di lembukan ,AMT dan ketua bahagian dah jadi pemakan dedak.Jadi apa lagi yang kita boleh harapkan dari badan macam PAC yang pengurusinya terang terang bagi tahu dia cari makan dan of cause makan dedak ,rakyat yang akal waras memang dah naik muak dengan semua ini.Cuma berdoa saja la supaya najib dan kuncu kuncu cepat lingkup ,lagi lama hidup lagi beban negara ini.
Apa kata ahli umno yang jujur bersih meninggalkan parti sebagai protest beramai2
ReplyDeleteSanggupkah wakil PAS keluar PAC ?
ReplyDeleteCepat ke lama ke ... sudahnya macam ini jugak.
ReplyDeleteBoleh pakai ke saksi dari 1MDB. Siapa yang beri keterangan tak ikut skrip, tak diberi dedak lagi. Apakah jaminan Pengerusi PAC tidak bocorkan maklumat kepada Najib?
Saya percaya ahli-ahli pembangkang akan kekal dalam PAC kerana penglibatan mereka adalah salah satu strategi politik. Dalam politik mana-mana pihak yang mempunyai strategi politik yang bijak akan menjadi pemenang...
ReplyDelete2 hari lepas najib ke singapore. utk apa? ambil duit simpanan ke? hari ni berlepas ke US. harap2 polis US check betul2 beg masa kat airport. tengok bawa duit ke, bawa baju tidor.
ReplyDeleteOrg baru dapat nyawa politik dari pm dah tu dpt pula jawatan nanti jawablah kat akhirat depan allah dunia boleh lepas kuasa ada tetapi ingatlah berapa juta rakyat menyumpah nsnti aaaammmiiìiinnn
ReplyDeleteOrg baru dapat nyawa politik dari pm dah tu dpt pula jawatan nanti jawablah kat akhirat depan allah dunia boleh lepas kuasa ada tetapi ingatlah berapa juta rakyat menyumpah nsnti aaaammmiiìiinnn
ReplyDeleteJawapan biol dari rakyat yg kecewa dan tidak dpt berbuat apa2. Hanya harapkan hari akhirat sbg pembalasan.. kahkahkah..
DeleteOi.. diri ko sendiri pun blom tentu selamat kene drill di hari pembalasan nanti. Entah2, pegawai2 dan pemimpin kerajaan masuk syurga 2600 juta tahun lebih awal depd kita yg x tahu hujung pangkal selamat ke tidak dari api nuraka...
Dunia punye hal, settle siap2 la di dunia. Pehal pulak nak menyusahkan diri bawa ke akhirat...
Mungkin maksud nordinabilah ialah semua pemimpin samaada yang zalim atau tidak akan diadili oleh Allah diakhirat kelak. Jika itu maksudnya saya sangat bersetuju...memang semua manusia akan diadili diakhirat dan tiada yang terkecuali...tidak semua perkara akan selesai didunia...:-)
DeleteJangan-jangan Hassan Ariffin ini pun pemakan dedak juga ke?
ReplyDeleteKata Kadir Jasin: Dedak makanan untuk Ayam Itik dan Babi.
Ikut ketawa Hishamuddin: Kah... kah... kah...
Kalo dah makan gaji hasil kutipan duit rakyat, dikira makan dedak la tu..
DeleteMP pembangkang pun makan dedak jugak. X boleh berbuat apa2. Hanya memeriahkan pentas politik negara saja. Sama mcm pelakon tambahan watak jahat-baik dlm satu filem.
Hasilnya duit rakyat tetap kena kutip jugak. Yg bodo piang adalah kita jugak. Mulut jantan hati betina.
Perlu rujuk kamus politik apa sebenarnye maksud "dedak"... :-)
DeleteNajib ke Singapura 2 hari lepas untuk hantar limau lokan bagi Lee Hsien Loong. Juga untuk mendapat maklumat terkini berkenaan pendedahan Yak Yew Chee - manager bank BSI di mahkamah Singapura
ReplyDeleteNajib ke Singapura 2 hari lepas untuk hantar limau lokan bagi Lee Hsien Loong. Juga untuk mendapat maklumat terkini berkenaan pendedahan Yak Yew Chee - manager bank BSI di mahkamah Singapura
ReplyDeleteJangan keluar.
ReplyDeleteGuna kuasa sebagai jawatankuasa PAC.
Panggil saksi dan dapatkan keterangan tanpa kehadiran Hassan Ariffin.
Lantaklah boleh ke tak boleh.
Dari letak jawatan rasanya lebih baik dipecat
PRN Sarawak...org undi PBB, SPDP, PRS, SUPP adalah kr Bang Denan...najib bawa duit je dr sjung kah kah kah...tinggi PRU nanti
ReplyDeleteMuka dia nak letak jawatan?? Hehehe boleh mimpi la!! When it's come to dedak most person could be blind termasuk puak pembangkang .Dema in 2x5 aja
ReplyDeletemacam tu lah kalau hidung tak mancung muka tersurung surung
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete