Barangkali ramai yang tidak sedar bahawa bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Sabbaruddin Chik sudah dilantik sebagai Pengerusi Amanahraya Berhad, mengganfikan Reezal Merican Naina Merican yang dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri sejak Julai tahun lalu.
Tanpa angin, tanpa ribut dan dalam diam-diam, Sabbaruddin sebenarnya sudah pun memulakan tugas barunya itu hampir sebulan yang lalu.
Beliau tidak pernah meminta atau melobi sebarang jawatan dan secara tiba-tiba saja menerima panggilan daripada Putrajaya mengenai tawaran itu.
Secara spesifiknya, Perdana Menteri, Najib Razaklah yang memberikan jawatan itu kepadanya.
Bagi Sabbaruddin, beliau menerima tanggunggawab yang diberikan oleh Perdana Menteri itu sebagai amanah yang harus dilakukannya dengan sebaik mungkin.
"Orang dah memberi, takkan saya nak tolak. Lagi pula, saya memang seorang yang suka bekerja.
"Tetapi dalam masa yang sama, saya sedar ada tanggungjawab dan kepercayaan yang harus saya laksanakan dengan sebaiknya di Amanahraya ini," kata Sabbaruddin ketika saya mengunjungi beliau di pejabatnya di Tingkat 15, Menara Amanahraya minggu lalu.
Oleh itu, kata bekas Setiausaha Agung UMNO itu lagi, jika tiada sebarang urusan lain, beliau biasanya sudah sampai ke pejabat sekitar jam 9 pagi setiap hari.
Selainnya, Sabbaruddin juga berazam untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat atau meniupkan nafas segar kepada warga kerja Amanahraya dan masyarakat keseluruhannya berkaitan tugas barunya sekarang.
Kata beliau, rekodnya sebelum ini sama ada sebagai menteri mahupun Pengerusi Bank Rakyat menunjukkan beliau sentiasa cuba melaksanakan idea-idea baru yang bermanfaat kepada orangramai.
"Orang selalu ingat Amanahraya ini hanya berkaitan wasiat dan pusaka saja, tetapi sebenarnya ia juga terlibat dalam pengurusan unit amanah, hartanah, pelaburan serta perbankan," tambahnya lagi.
Sehubungan itu, jelas Sabbaruddin, selain mengekalkan aktiviti sedia ada, beliau mahu menjadikan Amanahraya lebih dikenali dengan peranannya yang pelbagai serta kehadirannnya di tengah-tengah masyarakat turut dirasai oleh semua. (SH 08/02/2016)
Bg dedak telan la apa lg..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Deletei trust this old man. he dont eat dedak. dia mkn tose n capati
ReplyDeleteSuka berkerja, buka kah syarikat sendiri. Jual karpet ke. Jual kain kapan ke...
ReplyDeletePemimpin pun mengharapkan perkerjaan dengan kerajaan. Bila graduan jangan harapkan makan gaji, suruh berdikari...
suatu masa tuan admin pun akan dijemput jadi orang penting Najib, takkan nak tolak.
ReplyDeleteBerjuang dari dalam..
Saya suka kerja...
Saya akan bawa perubahan...
1001 alasan menghalalkan dedak.
Mohon dijauhkan....
DeleteAmin. Setahu saya Tan Sri Sabbaruddin Chik dilucutkan jawatan Pengurusi Bank Rakyat sebelum ini kerana kes Deepak duly.
Deletesuatu masa tuan admin pun akan dijemput jadi orang penting Najib, takkan nak tolak.
ReplyDeleteBerjuang dari dalam..
Saya suka kerja...
Saya akan bawa perubahan...
1001 alasan menghalalkan dedak.
Siapa lagi akan dapat tawaran dedak selepas ni?....hahahaha
ReplyDeleteTuan admin kalau ditawarkan menjadi orang kanan najib,bagaimana?
ReplyDeleteBerhenti menulis pasal penyelewengan najib.cerita tentang kebaikan dan kejayaan najib.mesti kipas najib dan tulisan mesti menyerang pembangkang walaupun alasan yang lemah.
Bagaimana tuan admin?
Cash is king bro...
Insya Allah tidak...
DeleteKo ni apa.yg terjadi x bole buat apa yg blum jadi ko da tuduh blogger terfavorit malaysia.ko ingat semua org takde prinsip mcm mappudulung & lady rhino.
ReplyDeleteAnonymous 00.01,
DeleteBukan maksud menuduh tuan admin.saya percaya tuan admin mempunyai prinsip dan integrity yang tinggi. Saya nak bandingkan admin dengan dedak2 dan pemimpin yang ada sekarang ni.
Jawatan Pengerusi semua lantik org politik. Kelulusan tolak tepi. Janji org politik, seperti memiliki kepakaran dlm semua bidang. Hancur.
ReplyDeleteSiapa pernah tahu skandal bank rakyat,tahu watak yg mengkucar kacir keadaan.
ReplyDeleteBukan sebab salah gunkuasa sabaruddin chik terkeluar dari bank rakyat.
Pastikan anda tahu sebelum komen. Jang pukui rata naa...
lantik ada sebab tu..duit yang tak dituntut kat amanahraya ada berbilion..najib nak samun le tu..guna kambing hitam..apelagi..harap ada org dlm amanhraya dpt bongkarkan..demi agama dan negara..jgn takut..
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, 10 JUN: Amanah Raya Berhad (ARB) menghadapi masalah aliran tunai selepas syarikat terbabit terpaksa memberi pinjaman tunai RM2 bilion kepada 1MDB.
ReplyDeleteAhli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik (DAP), berkata ARB memiliki rizab wang tunai kira-kira RM2.6 bilion atau 35 peratus daripada keseluruhan aset yang dimiliki sebelum memberi pinjaman kepada 1MDB.
“Aset bersih yang dimiliki ARB sebelum pinjaman dilepaskan kepada 1MDB adalah RM7.5 bilion iaitu rizab wang tunai sebanyak 35 peratus iaitu lebih kurang RM2.6 billion
“Sementara itu, hartanah 20 peratus, bon dan pulangan pendapatan tetap (30%), saham (10%) dan aset lain (5%).
“RM2 bilion yang dipinjam kepada 1MDB adalah rizab wang tunai RM2.6 bilion yang dimiliki ARB. Pinjaman itu menyebabkan aliran wang tunai ARB mengalami masalah.
“Keadaan ini menyebabkan ARB terpaksa menjual banyak bon dan hartanah Real Estate Investment Trust (REIT) supaya rizab wang tunainya dapat dikekalkan.
“Nilai bon yang dimiliki ARB hanya lima peratus daripada jumlah aset syarikat itu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Wei Aik turut menuntut penjelasan menteri terbabit kerana menurut tindakan itu menjejaskan reputasi ARB sebagai syarikat peramanahan dan perwarisan utama yang dimiliki Kerajaan Persekutuan di bawah Menteri Kewangan (diperbadankan).. juga dari
Habis sabbarudin boleh cium mulut rosmah dgn deepak lah lps ni???hihi...
ReplyDeleteCash is king....
ReplyDeleteGeng Parti Lebai pun sudah jadi celaru harubiru dibuatnya.
Semua yang di beri makan dengan dedak, sudah memiliki kekayaan dan telah berumur sangat. Tidak lagi menanggung anak-anak. Tapi mengapa mereka masih lagi sanggup terima 'habuan' dari Najib ? Buat lah apa pun pembaharuan, akhirnya dirosakkan oleh Najib.
ReplyDeleteTetapi tidak hairan sekiranya jika benar-benar mereka yang seperti admin yang tidak pernah merasai keseronokan berjawatan tinggi, bergaji besar, apalagi sekiranya ketika itu orang-orang seperti admin sangat-sangat memerlukan duit untuk mengubah nasib keluarga menerima 'tawaran' tersebut.
Dalam satu keadaan ianya 'habuan' dan satu lagi keadaan 'tawaran'.
Tetapi sebaik- baiknya apabila di beri soalan yang kita pun sama akan jadi macam Sabbaruddin dan bekas AG, jawab lah tidak.
Dalam hal Sabbaruddin dan Ghani Petail, mereka langsung tidak ada niat menolaknya tetapi sebaliknya mereka ternanti-nanti di beri habuan tersebut.
Tapi curiga jugak sebab nama Sabbaruddin dengan Shahbudin ni hampir-hampir sama.
ReplyDeleteMustahil Najib nak beri tawaran Shahbudin pada Shahbudin. Tetapi mungkin Zahid, sahabat lama Shahbudin.
Saya doakan kita di selamatkan dari menjadi pemakan desak.
Qada dan Qadar dia dah mmg begitu.. jangan pulak jeles yer..dulu..untung makan gaji hasil duit rakyat, lps tu gaji hasil duit riba, skrg hasil riba dan syubhah. Alhamdulillah..
ReplyDeletePenuhkan perut yg boyot tu dgn rezeki hahalan thoyyiban wassyubhah. Rezeki jugak. Kalo x amik, org lain sapuuuu.. drpd org lain sapu, baik tukang kasut ni sapu dulu.
Padanlah senyap je sabarudin bab bank rakyat. Dah jadi chairman tempat lain rupanya. Forgive and forgetlah. Mudah sangat Najib selesai problem. Opppps ..lupa lak. Cash is king
ReplyDeleteCash is King. Bini orang pun boleh beli
ReplyDeletelubuk baru plk dahh. aku br sj rancang nk bt urusan wasiat harta kt situ aduiilaa, hgpa bedal setiap inci yg ada
ReplyDelete