Selepas Peguam Negara Switzerland mengeluarkan kenyataan tentang penemuan bukti mengenai transaksi haram berjumlah RM16,800 juta yang dipercayai ada kaitan dengan 1MDB di institusi kewangan negara itu, kini giliran Singapura pula bertindak hampir sama.
Jabatan Perhubungan Komersil Polis dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura menyatakan, mereka telah merampas sejumlah besar akaun bank berhubung penyiasatan yang dijalankan sejak beberapa lama berkaitan 1MDB.
Dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan, mereka juga menyatakan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat dalam usaha memantau aktiviti penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain di negara itu.
Bermakna, akan ada perkembangan seterusnya mengenai 1MDB bukan saja di Switzerland dan Singapura selepas ini, bahkan juga di negara-negara lain yang berkaitan.
Yang menariknya, keadaan ini tidak saja memperlihatkan dua buah negara iaitu Switzerland dan Singapura sudah bertindak sesuatu dalam penyiasatan terhadap 1MDB, bahkan kedua-duanya juga memaklumkan perkembangan yang berlaku melalui kenyataan media.
Maka, jika Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi merasa "tergangggu" dengan kenyataan media Peguam Negara Switzerland dan menyifatkannya boleh menjejaskan hubungan dua hala, tidakkah beliau turut sama "terusik" dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh dua agensi penguatkuasa di Singapura itu?
Kenapa kali ini Zahid Hamidi berdiam diri dan tidak segera memberi reaksinya?
Mengapa Zahid tidak menyatakan tindakan dua agensi penguatkuasa Singapura memberikan kenyataan media itu juga boleh menjejaskan hubungan dua hala dan sebaiknya memaklumkan saja sebarang dapatan secara diam-diam dengan Malaysia melalui hubungan antara kerajaan dengan kerajaan?
Adakah berdiam dirinya Zahid kali ini kerana beliau merasakan Najib Razak tidak perlu lagi dipertahankan apabila satu demi satu negara luar mulai menemui banyak kejanggalan dalam urusniaga 1MDB atau beliau sudah menyedari kesilapannya sebelum ini?
Hakikatnya, sejak awal lagi pun iaitu apabila Peguam Negara Switzerland mengeluarkan kenyataan berhubung penemuan transaksi haram di institusi kewangan negara itu yang dipercayai ada kaitan dengan 1MDB dan meminta bantuan Peguam Negara Malaysia, Zahid tidak seharusnya campurtangan dengan mengeluarkan kenyataan yang bersifat politik dan "membodek" Najib.
Beliau seharusnya lebih dulu memahami bahawa mendedahkan kepada orangramai bukan saja amalam biasa Peguam Negara Switzerland demi ketelusan dan kepentingan awam yang menjadi salah satu teras perkhidmatannya, bahkan mereka juga adalah sebuah badan bebas.
Dalam aspek lain, dengan perkembangan terbaru ini lantas menjadikan dunia ibarat semakin mengecil bagi 1MDB untuk meloloskan diri daripada segala kecurangan dan kemungkaran yang mungkin dilakukannya.
Rantaian agensi penguatkuasa seluruh dunia, bermula dengan di Switzerland dan Singapura, dipercayai akan terus berkembang mencari serta membongkar maklumat berkaitan salah laku yang selama ini barangkali berjaya diselindungkan.
Di sini, ia mungkin boleh dibuat silap mata serta dikaburkan pandangan mata, tetapi tentulah tidak mungkin pertunjukan yang sama boleh dipentaskan untuk memukau pandangan seluruh dunia.
Yakinlah, kebenaran dan keburukan akan terdedah akhirnya. (SH 02/02/2016).
Mengikut sejarah melayu..manusia paling bodoh di dunia adalah pak pandir. Kambing disangkakan pak imam..adakah sejarah itu telah berulang?
ReplyDeleteHa haha satu jenaka yang punya sindiran yang tajam. Jenaka yang bukan untuk orang yang kurang upaya berfikir.
DeleteLa ni zaman kopiah dan serban.kalau ketaq sangat sila longgarkan barula otak dapat aliran oksigen dikepala dan dapat berfikir dengan waras.jangan sekali-kalu menjadi seperti pak pandir bila nak cari seseorang yang warak daam agama.
DeleteUMNO oh UMNO.. Dah jadi parti cantas menyantas. Parti cah keting.
DeleteBaka yang baik dalam UMNO dah pupus
Baka baka gred najib subur berkembang biak.
Hahahaha.....jawab
ReplyDeleteAnak Geduak selalu sangat kata madey pun dulu gitu madey pun dulu gini. Tipikal AMNO macam kata pak pandir bukan kita je yang menyamun orang nun pun menyamun jugak. AMNO ngan pak pandir berpisah tiada. Siaaan. Kah kah kah
ReplyDeleteMacam kapir Quraish pun ada jugak yang tak akan berubah sembahan sebagai mana amalan nenek moyang mereka DULU KINI dan SELAMANYA...kah kah kah
DeleteZahid hanya perlu mempersiapkan dirinya sebagai bakal PM.
ReplyDeleteGua takut bukan setakat najib ,zahid pun boleh sama sama tak lepas ha ha ha
DeleteMacam mana nak mempersiapkan diri jadi PM tiada integriti. Zahid Hamidi sudah jadi Zahid Komedi lah pulok....
Deletekalau nak cari yang bersih, pilihannya adalah Mat Sabun
Deletekalau nakkan yang sunti pilihannya adalah Mother Perasa Koke.
kalau nakkan yang tak pernah korup, pilihannya adalah MACC.
kalau nakkan yang serabai, pilihannya banyak sekali iaitu siapa saja dari bukit bintang ke bukit lanjan.
Apa pun Asal Bukan UMNO !!
DeleteSemua nya adalah bakal penjenayah antarabangsa ...
Hahaaaa..Swiss dan Spore telah menyiasat dan menemui pencurian wang 1MDb dan membekukannya.
ReplyDeletePolis Msia bawh Kalid Twit..asyik tengah memantau laman sosial siapa kecam boss dia shj dan siasat dbawah Akta hasutan.
msia..Msia. Dh lah PM & Peguam Negara pariah. Ketua polisnya ...'a bumbling twiter clown'.
Wa caya tatak apa-apa akan jadi lea aa , sana cekap ,sini cekap tatak apa-apa sampai sikalang maa aa.
DeleteSutak dapat punya ,tetap untung maa aa.
Sebab itu mereka perlu kekalkan Najib sebagai PM.
DeleteParis padayapa ....
ReplyDeleteSistem keselamatan dunia sudah berubah disebabkan serangan penganas-penganas yang mengancam keselamatan sesebuah negara.Adalah mustahil pengaliran wang yang berbilion-bilion ini tidak dipantau oleh perisik-perisik keselamatan negara-negara yang berpotensi diserang penganas.Dinegara kita masih lagi pakai sistem lama, tak berubah dan masih lagi mengharapkan cakap2 kosong.Maka dengan cara yang primitif dan tidak sealiran dengan dunia globalisasi telah menempatkan negara ranking ke 3 pengaliran wang haram dan tempat ke 5 rasuah didunia.
ReplyDeleteNampaknya negara kafir yang kepimpinannya juga kafir lebih telus dan transparence berbanding negara yang didakwa Islam dan PM nya juga Islam. Barangkali inilah yang dilaung2kan Najib sebagai Islam Wasatiyah, tapi perlaksanaannya tak ubah macam Setan-dia. Perggh..PErgi umrah berulang kali. Laki bini hebat berlakon mengalahkan aktor kelas dunia. Rupa rupanya puaka dan penjenayah besar. Pemimpin hipokrit terbaik dunia 2015 dan 2016. Celaka dan jahnamlah kamu suami isteri jika begitulah sikap dan perangai kamu.
ReplyDeleteZahid bakal tumbang dan dan jatuh ke lubang najis bersama sama boss kesayangannya. Tiada esok lagi bagi Zahid yang menjadi penyokong perasuah dan pembelit nombor satu negara.
ReplyDeleteHahaha....najib
ReplyDeleteMana ko nk lari hah?sikit demi sikit bukti timbul...nak sorok apa lagi??
Kaki ampu dan kaki kipas najib,nak spin apa lg?masih lagi nak menegakkan benang yang basah?
Masih lagi nk deny?tak sabar lagi nak tunggu perkembangan terbaru.
Nak tengok apa lagi AG dan kaki kipas najib nak spin.
Apa citer Zahid antar surat pada FBI supaya lepaskan konco dia taukeh judi dgn passport Guatemala tu??
ReplyDeleteKita sokong kerajaan Swiz membuat laporan secara terbuka ia menunjukan ketelusan bukan macam malaysia nak suruk2 akhirnya terlondeh juga berita dari sarawak report kat malaysia ni semua rahsia lepas tu buat keputusan semua bersih tak bersalah itulah fia negara islam yg tersohor
ReplyDeleteKita sokong kerajaan Swiz membuat laporan secara terbuka ia menunjukan ketelusan bukan macam malaysia nak suruk2 akhirnya terlondeh juga berita dari sarawak report kat malaysia ni semua rahsia lepas tu buat keputusan semua bersih tak bersalah itulah fia negara islam yg tersohor
ReplyDeleteZahid betharap pihak berkuasa luar negara mengikut cara Khalid Abu Bakar buat siasatan keatas 1MDB sejak akhir tahun 2014 setelah Khairudin membuat laporan polis. Tetapi setahun berlalu masih lagi tiada berita atau tindakan olih PDRM
ReplyDeleteAkhirnya, mereka kata pelapor yang salah mengkhianati negara. Mereka tangkap dia dan buat tuduhan di bawah Sosma.
DeleteAkhirnya, mereka kata pelapor yang salah mengkhianati negara. Mereka tangkap dia dan buat tuduhan di bawah Sosma.
DeleteAdakah dia telah menipu apabila dia kata dah jumpa dengan tok arabi itu Dan dah tengok cek itu semasa mempertahankan datu manggabergulung sanborono tempohari?
ReplyDeleteCemerlang, terbilang, temberang... Agaknya.
DeleteBeliau masih berdiam diri kerana menunggu orang Singapore berkenaan mengeluarkan kenyataan dlam bahasa jawa dulu...lu orang apa tau???
ReplyDeleteYes, the world is getting smaller - and the net is getting tighter for the 1MDB and associates! What say you, Arul? Or, it is the case that the cat has got your tongue? Never underestimate the will of the rakyat (and the world at large), my friend (and mereka yang sewaktu dengannya)!
ReplyDeleteBetul ke menjejaskan hubungan hubungan kedua negara??
ReplyDeletebagaimana kesalahan yg di lakukan org luar di negara kita lantas kita mengambil tindakan Apakah ianya menjejaskan hubungan antara negara??
1mdb melakukan salah laku di negara org jadi apakah perlu negara berkenaan guna cara berbisik2 memaklumkan kesalahan yg telah di lakukan?
melihat kenyataan demi kenyataan menteri dan yg terbaru menteri penerangan yg memberi amaran agar negara luar jgn campur urusan dlm negara ini,nampak sangat kedunguan pemimpin2 negara kita.
Bagaimana mungkin melakukan kesalahan di negara org di katakan campur tangan urusan dlm negara kita.
Eluklah pemimpin2 bercakap dgn menggunakan akal bukan hanya menggunakan mulut sahaja krn akhirnya akan memalukan kita sendiri.
Amat setuju.
Deletejangan lupa kes bank UBS Swiss yang mula di dedahkan oleh whistleblower pada 2004 tapi hanya pada 2013 kes itu masuk kort. ya, 9 tahun untuk selesai kes adalah lumrah.
ReplyDeletebegitu juga kes ahli perniagaan mesia yang dituduh di Selatan tambak johor pada 2013 tapi pada penghujung 2015, pihak AG di sana masih belum dapat apa-apa bukti sahih.
kesimpulannya, melambatkan keadilan bererti menafikan keadilan sebaliknya terburu-buru mencari keadilan bererti menafikan keadilan jua.
makanya Omputeh ada peribahasa ini: two wrongs don't make a right.
Cover up juga menafikan keadilan
DeleteOrang yg 'cover up' pesalah lebih besar kesalahannya, lebih teruk maksiatnya.
DeleteOrang yg 'cover up' pesalah lebih besar kesalahannya, lebih teruk maksiatnya.
DeleteKepada yang tidak dapat akses ke OSTB, dinturtle, dsbnya laman blog yang telah diblok, sila tukar dua huruf akhir pada alamat web berkenaan
ReplyDelete.my atau .com ke .jp (japan) atau .ru (russia) atau .au (australia) atau .de (deutschland), atau klik di sini http://syedsoutsidethebox.blogspot.jp/ dan di sini http://dinturtle.blogspot.jp/
Insyallah harap ini dapat membantu.
Saudara SH,apa dah jadi pada TSMY?, dilucut jawatan TPM kerana tak sebulu dengan boss.Jadi DZH pun dah nampak sekiranya ikut cara TSMY,dia pun akan menerima nasib yang sama,mau tak mahu hari panas pun mesti tegakaaaan benang yang basah bagi menjaga kedudukan.Masing-masing melakukan permainan selamat.Yang mencabar dalam unmo dari sabah sudah hampir keluar,DSM pula dalam proses untuk dicantas-jadi fikir=fikirlah susunan bagi jawatan sekiranya BN menang dalan pru14.
ReplyDeleteKesalahan penggubahan wang haram ..haram kan? Macamana benda haram boleh melibatkan Malaysia?
ReplyDeleteTiap-tiap minggu, pihak berkuasa menangkap penyeludup dadah. Hasil keuntungan di sebut wang haram.
Kumpulan yang menentang pemerintah di panggil kumpulan haram dan pihak berkuasa akan tahan ketua nya. Disiasat siapa dalang nya.
TPM atau Kerajaan Malaysia sepatutnya membantu bukan menegur bila pihak lain mendedahkan ada bukti baru...
Ini dah jadi 'siapa makan rasuah... bukan. Siapa makan cili dia yang rasa pedas...'
Bagi orang biasa, sprt kes seorang pegawai kanan polis baru-baru ini, penggubahan wang haram adalah kesalahan jenayah yg berat.
DeleteTeringat saya kpd filem P Ramlee, Tiga Abdul:
Tuan Sadiq: "Kalau anakanda marah, anakanda akan dijual dan seluruh harta anakanda akan ayahanda rampas".
A Wahub: "Bagaimana pulak jikalau ayahanda yang marah?"
Tyan Sadiq: "Heh heh heh..., kalau ayahanda yang marah, takda apa-apa..."
Bagi orang biasa, sprt kes seorang pegawai kanan polis baru-baru ini, penggubahan wang haram adalah kesalahan jenayah yg berat.
DeleteTeringat saya kpd filem P Ramlee, Tiga Abdul:
Tuan Sadiq: "Kalau anakanda marah, anakanda akan dijual dan seluruh harta anakanda akan ayahanda rampas".
A Wahub: "Bagaimana pulak jikalau ayahanda yang marah?"
Tyan Sadiq: "Heh heh heh..., kalau ayahanda yang marah, takda apa-apa..."
Operasi pencarian wang 1MDB yang hilang akan tetap diteruskan. Jejak fund 1MDB di bank luar negara sudah dikenal pasti !!!
ReplyDeleteBekas-bekas tapak kaki menunjukkan ke arah sini.
DeleteKepada dato khairuddin anda lah wira bangsa malaysia.wlupun di sosma kan kmu tetap gigih melawan dajjal besar dlm kabinet tong kosong lanun.
ReplyDeleteDunia semakin kecil.
ReplyDeleteLubang liang lahad semakin besar untuk 1MDB .
Sudah tiba masanya ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja peringkat antarabangsa. Nak harapkan dalam negara susah banyak.
ReplyDeleteMahathir pernah memanggil Hakim luar negara dalam kes pemecatan Salleh Abas.
Jika apa yang UMNO buat sekarang disebabkan Mahathir juga pernah buat maka bentuk kan lah Suruhanjaya Di Raja peringkat antarabangsa.
Penat tengok politikus negara ini yang penuh skandal pelbagai cara, termasuk membunuh,rasuah, tukar, buang, simen...cara terbaik letak jawatan saja..
ReplyDeleteInilah cerita komedi bertaraf donia. Lepas ni kita tengok pulak AG Malaya keluarkan statement bahawa tak ada kes dalam laporan AG Swiss dan dia pun arahkan pihak penguatkuasa Swiss supaya hentikan siasatan.
ReplyDelete