Peguam Negara, Apandi Ali hari ini membalas serangan Tun Mahathir Mohamad terhadapnya berhubung keputusannya membersihkan nama Perdana Menteri, Najib Razak yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini dengan mempersoalkan adakah kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengikut landasan serta ajaran Islam.
Beliau berhak beri pandangan, tetapi saya ada keraguan sama ada apa yang beliau cakap mengikut ajaran Islam atau tidak, kata Apandi kepada sebuah portal berita.
Alamak...dah guna hujah agama pulak!!
Kenapa Apandi tidak menjawab secara " direct" dan berfakta semua kritikan Tun Mahathir terhadapnya?
Bukankah sebagai peguam negara, beliau sewajarnya melontarkan segala hujah berlandaskan undang-undang untuk mempertahankan keputusannya?
Mengapa kali ini beliau memilih hujah dan elemen yang menjurus kepada agama dalam mempertahankan keputusannya dan membalas balik serangan Tun Mahathir itu?
Adakah Apandi sudah kehabisan hujah undang-undang atau merasakan apa pun alasan perundangan, jika dilontarkannya, dalam isu beliau melepaskan Najib daripada sebarang pertuduhan jenayah itu, tidak mampu meyakinkan bukan saja Tun Mahathir, tetapi juga rakyat negara ini?
Cumanya, terlanjur Apandi sudah meragui apakah kritikan Tun Mahathir terhadapnya berlandaskan ajaran Islam atau sebaliknya, kita tentunya ingin mengetahui beberapa perkara berkaitan keputusannya melibatkan Najib itu dari sudut agama juga.
Antaranya, apakah keputusan beliau menolak kertas siasatan SPRM terhadap Najib benar-benar mengikut ajaran Islam?
Apakah prinsip dan ajaran agama dalam menegakkan kebenaran serta keadilan benar-benar sudah diperhalusi dalam keputusan beliau menolak tiga pertuduhan yang dikatakan sudah dipersiapkan oleh SPRM terhadap Najib?
Apakah keputusannya memberikan arahan kepada SPRM agar menghentikan siasatan dan menutup terus fail berkaitan Najib juga sepenuhnya berlandaskan ajaran Islam?
Apakah tindakannya tidak memberi kebenaran kepada SPRM melakukan siasatan di bawah undang-undang bersama atau MLA bagi memperolehi dokumen-dokumen di luar negara berkaitan derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang diterima Najib, turut betul-betul menepati ajaran Islam yang sebenar-benarnya?
Jika beliau boleh menyoal Tun Mahathir sama ada mengikut ajaran Islam atau tidak, tentunya tiada masalah bagi Apandi jika beliau juga disoal sedemikian rupa.
Malah, amat terpuji sebenarnya jika sebelum menyelar tindakan orang lain sama ada berlandaskan ajaran agama atau sebaliknya, Apandi menyuluh secara jujur ke dalam dirinya terlebih dahulu.
Sesekali, selepas sembahyang dan ketika masih berada di atas sejadah, renung-renung dan tenung-tenunglah semua rentetan peristiwa yang bermula daripada pelantikan beliau sebagai Peguam Negara sehinggalah ke hari Najib dibebaskan sepenuhnya.
Di mana diletakkan agama ketika itu? (SH 05/02/2016).
Wajah tak ada Nur langsung. Bawa2 mengucap setiap saat la. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Sudah sudah la...pandang anak cucu...bagaiman kehidupan mereka kelak. Allah nak tarik harta dan kesihatan sekejap saja. KUN FAYAKUN.
ReplyDeleteLazimnya org yg bersalah stiap kali dibagi soalan,dia akan myoal blk org yg btnya. Btol tak apandi? Btol ckap en.budin..slps solat renung dlm2..btol kah tindakan sorg tua bangka mcm anda mbela penjenayah?
ReplyDeleteAG dan Boss dia kan sudah ada p.sihat dari Parti Agama.
ReplyDeleteBeruntung nya mereka....kikikiki
Islam menggalakkan umat Islam supaya saling menasihati antara satu sama lain supaya semua selamat di dunia dan di akhirat.
DeleteJika parti Islam mahu menasihati parti sekular supaya kembali semula kepada ajaran Islam, tindakan parti islam itu adalah sesuai dengan ajaran Islam:
Amar makruf dan nahi mungkar yang bermaksud "mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran".
Pembetulan:
DeleteAmar makruf nahi mungkar yang bermaksud "mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran".
En Din,
DeleteDalam islam sebenar diwajibkan dipersoalankan dan didedahkan sebarang perkara yang melibatkan urusan dan maslahah umat dan perkara perkara melibatkan kepentingan awam serta harta benda rakyat ,jadi apa yang dipersoalkan oleh Dr mahathir melibatkan kepentingan umum dan harta benda rakyat ini selaras dengan kisah saidina omar dimana didalam perjumpaan dengan rakyat ada seorang pengikutnya menghunus pedang untuk memancung kalifah sekiranya beliau menyeleweng ,saidina omar akur dan menerima pernyataan tersebut,jadi wajib sekirnaya teguran itu melibatkan kepantingan rakyat ,yang dilarang sekiranya melibatkan urusan peribadi pemimpin contoh isteri tak tudung ,pemimpin kaki betina atau mabok ini mesti ditegur secara sulit dan mengikut saluran .Jadi apandi kamu sedar lah kes SRC jelas menunjukkan ada kes prima fasis mengikut carta yang kamu pegang ,sepatutnya Najib di bawa ke makamah untuk dia jawab dan membuktikan dia tidak bersalah bukan kamu bersubahat dengan mungkar ini yang paling dikutuk oleh agama menyamai dengan berbuatan syaitan ,takut lah pada allah swt bukan pada Najib Apandi hoi .
Roslan Othman
Bukit Mertajam.
Petikan kitab hijau;
DeleteMengajak kpd kebaikan,
mencegah kemungkaran....
Petikan kitab biru;
Mengajak kpd kebaikan,
Bersangkabaik dgn kemungkaran...
Nak pakai yg mana satu ni???
Kenapa AG tak menjawab soalan2 yg dibangkitkan oleh Tun M dgn fakta2 yg Berlandaskan Ajaran Islam..
ReplyDeleteTun M tanya, AG Jawabbb lah sbb rakyat 2 Malaysia nak tau jawapan dr AG dan bukannya soalan dari AG...peningggg aaaaa
Ikut undang2 atau ikut agama ataupun ikut lojik tuang amanat.
ReplyDeleteKan dah jd Lembaga Tabung Hajeezzzzzzz kena la hujah Agama. Baru Cocok. Minggu depan gambar pakai serban pulak. Tuang Punahsihat kan ada: Naza
ReplyDeleteApandir dah pakai bab ugama lak dah. Selalu orang yg pakai ugama akan melingkup tak lama lagi. Anwar contoh yang terbaik. Apandir ni tak lama. Akhir nanti dia akan cakap sorang2 no.
ReplyDeleteterbaiklah ulasan bro, usahakan AG tu dpt baca ulasan ni, nak dgr apa pulak dia nak kata,
ReplyDeleteBetul2 losing the plot kan?
ReplyDeletePlot dah ada, kita semua dan Apandi - 2" X 6" X 6 Feet Deep!
DeleteCuma dia tu buat buat tak nampak jer.....Najib? Lagi lah, dia ingat kuasa dan harta di boleh beli Get Out of Hell Free?
Jatuh nya dia mungkin lebih teruk dari Anwar!
Bagaimana boleh pegawai kerajaan menyiasat dan mendakwa PM sedangkan PM masih berkuasa? Adakah pegawai penyiasat kerajaan bebas dari campurtangan dan tekanan politik parti pemerintah? Adakah pegawai penyiasat kerajaan dilindungi sepenuhnya oleh kerajaan dari ugutan dan tindakbalas pihak yang terlibat?
ReplyDeleteKita masih ingat lagi bagaimana pegawai pencegah rasuah disiasat kerana menyiasat kes 1MDB? Boleh rujuk "Ini perkara gila, kata pengarah SPRM lepas disiasat polis"
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengarah-sprm-terkejut-kesal-siasatan-mengejut-polis-terhadap-1mdb
Oleh sebab itu kita amat meragui tentang kebebasan menyiasat dan mendakwa PM dan keputusan membebaskan PM dari tuduhan.
...ada kawan2 dia nasihat laa tu gamak nya...peguam nak kata pun...kena boleh cakap belaka bab laa...
ReplyDeleteApandir..ikut cakap mak andeh.Bila seluar apandir dah terlondeh...cakap pun daleh daleh
ReplyDeleteTanpa ada biji buah dia pi kait pokok ajaran Islam pulak dah? Dia orang ni dah mental agaknya!!
ReplyDeleteMemang Tun M sekarang ni ahli biasa sahaja dalam UMNO dan DSN tu Presiden UMNO. Memang Tun M sudah menjadi rakyat biasa dan DSN tu Perdana Menteri. Jadi Tun M ni tak layak tegur DSN.......atau Tun M tak layak bantah keputusan AG, bukan begitu.
Benda yang sudah jelas sengaja buat-buat tak faham. Lepas ni ayat apa pulak yang nak disondol keluar.
Jln penyelesaian kpd kes ni dh mkin luas terbentang bila AG Swiss pn bersuara..tp tersangkut pd AG celup lantikan najib. Allah sdg mguji si tua AG ni..nk tgk dia nk pilih tuan dia atau pn tuhan dgn bkata benar. Tp kita semua dah bleh nmpk, wlupun di usia bonus msih bhrap nk mkn duit haram.
ReplyDeleteCakap banyak tak guna.
ReplyDeleteIkut apa kata Khairuddin@Umi.
Apa tunggu lagi SPRM@Kassim.
Siasat Apandi@Pandir tu.
Muka pun macam penyangak.
Memang patut disiasat.
Tak ikut agama, kononnya niat Tun adalah kerana iri hati dan dengki. Kalau ikut agama tentulah Najib di bantu dan di tutup aib nya.
ReplyDeleteJadi bila kita nak tolong orang tangkap perabut atau perasuah, pastikan niat betul-betul. Jika niat nak malukan jangan tangkap.
Ini lah contoh manusia yg bdrjuang untuk dunia semata2.
ReplyDeleteSayang sekali segala anugerah Illahi tidak di gunakan untuk kepentingan agama.
So sad.
AG Swiss walaupun beragama Christian mengikut ajaran islam dengan sungguh2 menyiasat kes kecurian duit awam dlmm1MDB.
ReplyDeleteApandi yg mengaku islam mengikut ajaran thagut & setan dlm melakukan pembohongan dlm pc dia untuk melindungi pelaku dan penjenyah rasuah.
Siapa yg ikut dan tak ikut ajaran islam ni????
Imej Islam jadi mcm bola di tendang sana sini. Semua berlumba nak masukkan bola dlm longkang.
ReplyDeleteInilah perniagaan juai beli yang diwarisi bangsa kita.Juai agama juai bangsa, nak juai lain nanti x laku.Bangsa lain peniagaan meningkatkan ekonomi keluarga dan kekayaan boleh diwariskan kepada anak dan cucu.
ReplyDeleteKalaulah mereka ini berani nak ikut agama senang je mereka ni yg terlibat dgn 1mdb ke yg buat keputusan ke sama2 buat bersumpah dengan junjung alquran wallahi itu baru betul baru berani klu cakap je berdegar2 buat apa aaaammmiiinnnn
ReplyDeleteKalaulah mereka ini berani nak ikut agama senang je mereka ni yg terlibat dgn 1mdb ke yg buat keputusan ke sama2 buat bersumpah dengan junjung alquran wallahi itu baru betul baru berani klu cakap je berdegar2 buat apa aaaammmiiinnnn
ReplyDeleteApakah serangan Dr.Mahathir berlandasakan ajaran Islam, soal Peguam Negara.
ReplyDeleteApakah membebaskan Najib tanpa bicara di mahkamah berlandaskan ajaran Islam, soal akulah.
Apa punya bodohlah Si Apandi@Pandir ni.
Jangan main-main, Allah sedang memerhati.
Sekali disentapNya mampus kau dan Najib sekali...
Peguam Negara pon pemakan dedak juga.
ReplyDelete