Friday, 19 February 2016

KENAPA BARU SEKARANG, ZAHID?

Di Sarawak pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan semua pekerja asing, termasuk daripada Bangladesh, berkuatkuasa serta merta.

Katanya, penangguhan itu dilakukan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh industri serta untuk meneliti keputusan berkaitan pembayaran levi dua kategori.

Soalnya, kenapa baru sekarang mahu mengkaji keperluan pasaran? Kenapa kajian tidak dilakukan sebelum mulut terbuka melafazkan kata-kata?

Adakah penangguhan akan tetap dilakukan jika rakyat tidak membantah dan berdiam diri saja?

Mengapa sebelum ini begitu gah mengumumkan keperluan pekerja asing kononnya untuk keperluan industri serta mengatakan belia kita begitu memilih pekerjaan?

Mengapa anak sendiri pun turut sama bersuara seolah-olah membawa masuk pekerja asing adalah pilihan yang muktamad yang perlu dilakukan sebelum dunia kiamat?

Adakah ini menunjukkan keputusan berhubung kemasukan pekerja Bangladesh yang diumumkan sendiri oleh Zahid sebelum ini tidak berdasarkan kajian dan keperluan pasaran, sebaliknya hanya kerana adanya bisikan  "orang halus", arahan dalam mimpi atau pesan daripada alam ghaib semata-mata?

Oppsss....adakah penangguhan kemasukan pekerja asing ini turut ada kaitan dengan pengumuman adik Zahid semalam berhubung keputusan syarikatnya tidak lagi menjalankan perniagaan berkaitan dengan kerajaan, termasuk di kementerian yang diterajui oleh abangnya?
Tetapi, yang nyatanya inilah kesan daripada bangkitnya rakyat bersuara dan membantah kebanjiran pekerja asing yang ternampak di mana-mana sejak kebelakangan ini.

Sekurang-kurangnya ini memperlihatkan "suara rakyat tetap suara keramat" dan kebangkitan rakyat memungkinkan sesuatu itu dapat ditolak ke tepi.

Kepada rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, marilah kita terus bangkit dan bersuara, bukan saja berkaitan pekerja asing, tapi juga dalam melakukan tekanan dan perubahan berhubung isu-isu lain yang lebih besar daripada itu. (SH 19/02/2016).

40 comments:

  1. Dia nampak RM aje...itu yang jadi kelam kabut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah ko orang semua. Tak dapatlah zahid dgn anak dara dia buat bisnes dah.
      Siaplah ko orang. Tak dapat BRIM lah kali ni

      Delete

    2. Aman Shah


      Senarai syarikat yg dimiliki Zahid Hamidi

      Nama: Ahmad Zahid bin Hamidi, Datuk
      ID Baru: 530104-08-6055
      Alamat: 389, Jalan Bayu Nyaman
      Country Heights
      43000 Kajang, Selangor


      No Syarikat & Nama Syarikat

      098342 Kulim Enterprise Sdn Bhd
      352275 Poliperkasa Realty Sdn Bhd
      358454 Innovation Wood Sdn Bhd
      284688 Eksekutif Kualiti Sdn Bhd
      153388 YGP Holdings Sdn Bhd
      118860 Yayasan Gerakbakti Kebangsaan
      017892 Federal Power Sdn Bhd
      272712 Kelana Impian Sdn Bhd
      235313 Excellent Sempuria (M) Sdn Bhd
      413100 Rainbow Bay Sdn Bhd
      064775 Measurement (Malaysia) Sdn Bhd
      377274 Dutaace Industries Sdn Bhd
      283239 Poliperkasa Sdn Bhd
      128885 Airod Sdn Bhd
      395240 Esprimax Sdn Bhd
      273972 BCM Electronics Corporation Sdn Bhd
      159826 Page Development Sdn Bhd
      159407 Sabahmas Plantations Sdn Bhd
      159414 Red Logging Sdn Bhd
      159408 Gepa Lumber Sdn Bhd
      159413 Logmerc Sdn Bhd
      319744 Permodalan BSN Berhad
      312664 Yadim Equities Sdn Bhd
      312661 Yadim Holdings Sdn Bhd
      133400 Kod Harta Sdn Bhd
      317861 KHB-Jeffa Project Management Sdn Bhd
      325617 Halmont Consultancy Sdn Bhd
      003707 Seng Hup Corporation Berhad
      450719 Comlenia Sdn Bhd
      447252 Bank Simpanan Nasional Berhad
      284036 Eratime Resources Sdn Bhd
      043644 Timberwood Sdn Bhd
      160143 YGPH Equities Sdn Bhd
      222077 Perdana Sakti Sdn Bhd
      338409 Aru Bina Sdn Bhd
      224204 Interfund (Malaysia) Sdn Bhd
      332468 Winpalm Development Sdn Bhd
      341594 Poly Sepakat Sdn Bhd
      239834 Pepeco Sdn Bhd
      342561 Janawajib Sdn Bhd
      143630 Kobena General Agencies Sdn Bhd
      191854 Ramatex Textiles Industrial Sdn Bhd
      043351 Gimmill Induatrial (M) Sdn Bhd
      343658 Poliperkasa Property Sdn Bhd
      357967 Westman Sdn Bhd
      437450 Ira Development Sdn Bhd
      412499 Tekgi Mahir Sdn Bhd
      423512 Yayasan Akalbudi Sdn Bhd
      129234 Comintel Sdn Bhd
      053057 Bintang Angkasa Sdn Bhd
      068090 Syarikat Capakaya Sdn Bhd
      096429 Syarikat Kretam Plantations Sdn Bhd
      048937 Syarikat Kretam Ladang Sdn Bhd
      372672 Ramatex Berhad
      357125 Tekala Corporation Berhad
      377435 Innosabah Capital Holdings Sdn Bhd
      168285 Kretam Holdings Berhad
      155095 Kretam Management Sdn Bhd
      048881 Syarikat Kretam Mill Sdn Bhd
      278196 Nilai Tamaddun Sdn Bhd
      352042 Poliperkasa Corporation Sdn Bhd
      281627 KHB Nanyang (Malaysia) Sdn Bhd
      286028 Red Palm Oil Industries Sdn Bhd
      261397 KHB Project Management Sdn Bhd
      114724 Translab (M)Sdn Bhd
      281431 Pantai Dalam Development Sdn Bhd
      119031 N.H. Holdings Sdn Bhd
      285544 Rising Resources Sdn Bhd
      111606 E-Channel Sdn Bhd
      282224 KHB Power Sdn Bhd
      118860 Yayasan Gerakbakti Kebangsaan Sdn Bhd
      258033 KHB Telecommunications Sdn Bhd
      065099 Newcon Machinery Sdn Bhd
      297195 KHB Nusantara Sdn Bhd
      260309 KHB Construction Sdn Bhd
      162659 YGPH Property Development Sdn Bhd
      111795 Amaz Bina Sdn Bhd
      265365 Luminous Square Sdn Bhd
      122073 Jeffa Construction Sdn Bhd
      323717 Wilahriang Sdn Bhd
      316255 Tri-Man Corporation Sdn Bhd
      304767 Yadim Development (Selangor) Sdn Bhd
      315977 KHB Foodlinks Sdn Bhd
      322827 Alglobe Progress Sdn Bhd
      316256 DST Citra (M) Sdn Bhd
      268052 KHB Foodchain Sdn Bhd
      167994 KM Plantations Sdn Bhd
      317863 KHB Project Management Holdings Sdn Bhd
      271736 Top-Mech Cranes & Hoists (M)Sdn Bhd
      261396 KHB Development Sdn Bhd
      264151 KHB Realty Sdn Bhd
      310479 KHB Management Sdn Bhd
      343658 Poliperkasa Property Sdn Bhd

      Delete
  2. Kalau sesiapa masuk kedalam kawasan Batu Caves, ikut lorong terus dan tuju ke sebelah kanan. Disini ada tempat parkir bas persiaran dan juga sebuah bangsal. Dalam bangsal kita boleh lihat ramai warga India menumpang didalamnya. Saya difahamkan mereka ini dibenarkan menumpang disitu oleh pengurusan Batu Caves atas dasar simpati. Mereka ini dibawa masuk ke Malaysia tanpa ada pekerjaan yang menunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa orang bro? Kesian...itu sajalah rezeki zahid dgn anak dara dia tu

      Delete
    2. Yang saya difahamkan tak putus putus ada saja orang macam ni disitu.
      Anak Dara?

      Delete
  3. Xjd ke?? Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan x jadi.. dlm kabinet UMNO..apa2 boleh jadi.. tgk rang undang2 Kg Baru.. bleh present gitu2 ja..mau org Kb Baru buat lembik tengkuk.. mmg pindah la sumer atas alasan Nong Chik nak bantu.. bantu haper.. bantu melingkup harta melayu..

      Delete
  4. bercakap tak berfikir adalah bebal....Utusan Malaysia pun pernah kata Zahid bebal...ini susahnya jika bakal PM Malaysia tak cerdik...abis la negara dijual kepada asing....nampaknya Malaysia akan mewarisi Najib 2.0....

    ReplyDelete
  5. kan dah sign utk 3 thn? ni semua nak cover line aje. Percaya lah...mereka akan dibawa masuk juga. Bukan tak biasa rakyat kena kencing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata kau brooo..kita dh bnyak kali kena kncing

      Delete
    2. Kencing sajalah apa yg dia mahu.. biasanya Zahid dan Najib akan buat senyap2 ja..

      Projek ni mudah.. senyap2 ja..dah bertahun dan berzaman dah dok buat.. polis-sprm-imegresen-dan-sumer-jabatan under saper?? Under dongoi2 ni la jugak..

      Pekerja gomen mmg xder masalah kalau dpt minyak pelincir..sistem depa dok kelola halal haram makruh sumat..mufti2 berperut boyot ja..

      Xkan kot xreti nak paham semiotik kerjabuat melayu2 haramjadah ni..

      Delete
  6. Nampak sgt menteri2 ni mmg nak kaya kan kroni2 dan saudara mara dia. Pantang dapat pangkat ..bila nampak $$.. kelabu mata ..pelbagai polisi di reka asal duit masuk poket mereka. Mereka Tak peduli wlpun rakyat merana. Moga Allah laknat pemimpin2 yg menzalimi rakyat nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 15:23,

      Yg PASTI Tuhan melaknati RAKYAT yg mendukung pemimpin2 yg zalim.

      Amin..

      Delete
    2. Zahid pun nak jadi billionaire...takkan PM je

      Delete
    3. Apa tak de baca blog steadyaku? Cepat buka sekarang ada posting senarai Syarikat yang member ni ada kongsi....jangan terkejut...bukan billion lagi....brazilian terus!

      Delete
  7. Betoi ka tak jadi niaga..

    ReplyDelete
  8. Siapa tak kenal TPM Malaysia ni,menteri tin kosong(bising lebih),sembang kencang,cakap berdegar-degar tapi Habuk pun tarak,ayat tangguh tu sebenarnya perjanjian dah di tandatangi(tangguh sementara je tu),semua cakap menteri kat Malaysia ni tak boleh pakai/ dipercayai,cakap tak serupa bikin, akhirnya rakyat yg akan jadi mangsa, berapa banyak kes yg melibatkan warga asing takkan diorg tak nampak kesan buruk yg akan berlaku,kita doakan perkara ni berlaku ke atas keluarga mereka baru mereka tahu langit tu tinggi ke rendah.

    ReplyDelete
  9. Berita di radio menyampaikan bahawa MoU kemasukan Bangla telah di tanda-tangani.

    Masuk tetap masuk. Jika rancangan asal angkut guna kapal kargo, di ubah guna kapal nelayan yang di ubah-suai.

    Jika rancangan asal bawa masuk dalam kumpulan 600, di kurangkan ke 250 orang. Jumlah 1.5 juta tak kurang. Jadual mengangkut di tambah kekerapnnya.

    Percaya lah sebagai se orang ayah yang baik, Zahid tidak sampai hati membuat anak gadis nya bersedih.

    ReplyDelete
  10. Kan utusan umno dh cakap Zahid bangang dan bodoh dan majallah Massa ckp Zahid ada potensi menjadi pemimpin kaki rasuah. Tu sebab sokong Najib rasuha bagai nak rak.

    Anak dan adiknya kena condemn bagai nk rak. Sebab adiknya dh kena sound tu fasal Zahid batalkan keputusan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pujuklah anak ko tu zahid oiii...tak dapat bangla pun tak pa. Azees rahim ada.Naina merican pun ada. Rasa sama saja. Suruhlah dia try dulu.

      Delete
  11. Kalau tak jadi tak dapatlah zahid nak beli jet peribadinya sendiri

    ReplyDelete
  12. jangan buat mcm tabung haji sudah la...bila rakyat bising, trus kata nak jual tanah tu..tapi rupanya bebulan lepas tu baru tau yang tanah tu tidak dijual... sama gak macam kes ni..skang buat statement tangguh..tau tau je da dibawa masuk semua pekerja asing...nanti bagi statement sebab da sign mou..kena patuh etc... rakyat pun terpaksa terima sebab semua pekerja tu da sampai tanah air kita..takde apa yang boleh dibuat...

    ReplyDelete
  13. Sama ada rakyat hormat atau mencela seseorang pemimpin, ia adalah berkait rapat dengan tindakan dan kata-kata pemimpin itu sendiri....

    Itulah sebabnya orang tua2 berpesan, nak bercakap tolong buka mulut dulu ! Kalau agak2 mulut tu berbau busuk, baik tak payah cakaplah....Itulah jalan paling selamat !

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Ini dinamakan PUTARJAYA dari PUTRAJAYA.PRU 14 undi rakyat tolak pemimpin sektor 3D (DEDAK, DALIH, DUNGGU) vs PASNOK (sikulutut + bn umngok)

    ReplyDelete
  16. Haha mana boleh telan semua..kena share dengan Kak Birkin dulu

    ReplyDelete
  17. Betuilah kata orang tua2 dahulu.Kerana seekor kerbau, semua pembodek kerbau terpalit lumpur.

    ReplyDelete
  18. Alamak!! Tak jadi ke bro. Aduhai banyak betul rugi ni. Aku baru nak order bentley

    ReplyDelete
  19. Rakyat 1 mappudulung 0.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mappudulung ting tong ting tong.

      Delete
  20. Flip flop cam nie nak tadbir negara? Ni kalu kat private sector, CEO atau HR Director dah kena buang.

    ReplyDelete
  21. http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/1-5-juta-pekerja-bangladesh-bukan-untuk-malaysia-sahaja-1.487065

    "Menterinya, Datuk Seri Richard Riot berkata, angka berkenaan (1.5 juta) sebenarnya merujuk kepada bilangan rakyat Bangladesh yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara negara mereka bagi mendapatkan peluang pekerjaan di 139 buah negara serata dunia termasuk Malaysia"....

    Putrajaya da umumkan nak bawak masuk 1.5 juta..utusan malaysia pun umumkan angka yang sama...alih alih 1.5 juta tu merujuk kepada angka yang dikeluarkan oleh Kementerian di Bangladesh untuk menempatkan rakyat mereka yang diperlukan di 139 BUAH NEGARA... Malaysia dengan suka hatinya sanggup nak terima semua 1.5 juta pekerja bagi pihak 138 buah negara lain... bila rakyat da bising, baru la nak kluakan statement lain... apa semua ni??... meniaga orang sememangnya lagi menguntungkan dari meniaga onta

    ReplyDelete
  22. Bukan apa,ditangguhkan aje bukan dibatalkan. Lagipun ada kebarangkalian nak digantikan dengan orang Korea. Maklumlah ramai orang kita dah kemaruk dengan Korea.

    ReplyDelete
  23. Memang betul perlukan 1.5 juta.
    Kira satu sarikat kepunyaan Zahid ambik 2,000 pekerja warga Bangla ...

    Itu Zahid ... baru sorang.

    Dan yang Zahid cakap permintaan Majikan©Syarikat, dia saja dah dikira ada 80-90 Majikan@Syarikat !

    ReplyDelete
  24. Saya pun tak tahu kita suka2 je tangguh ambil pekerja asing aku takut itu wayang je dlm diam2 kelulusan diberi ada pula sykt kata tak buat lagi itu betul tetapi ingat kita boleh buat banyak cara jadi proxsi syarikat lain pun boleh dan macam2 lagi kenapa sekarang baru nak bersuara selama ini apa yg dah dibuat banyak baik atau buruknya pd negara fikir2kanlah

    ReplyDelete
  25. Saya pun tak tahu kita suka2 je tangguh ambil pekerja asing aku takut itu wayang je dlm diam2 kelulusan diberi ada pula sykt kata tak buat lagi itu betul tetapi ingat kita boleh buat banyak cara jadi proxsi syarikat lain pun boleh dan macam2 lagi kenapa sekarang baru nak bersuara selama ini apa yg dah dibuat banyak baik atau buruknya pd negara fikir2kanlah

    ReplyDelete

  26. เกมออนไลน์ เครดิตฟรี joker123 slot online คลิกเลย
    https://www.slotxd.com/jokergaming123

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...