Dalam beberapa waktu ini, saya mengambil sedikit masa untuk menyelami persoalan-persoalan yang sering berlegar di fikiran saya berkenaan hal-hal yang berlaku di negara kita pada waktu ini. Ikhlas saya katakan, sebagai seorang yang telah lama berkecimpung dalam dunia politik dan berpengalaman terlibat secara langsung dalam pentadbiran negara, tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa kita akan berada dalam situasi yang serumit hari ini.
Ke mana-mana sahaja saya pergi, pasti ada orang yang bertanya apa sudah jadi dengan Malaysia. Ternampak di wajah mereka satu perasaan yang sukar digambarkan. Kecewa, putus harap, bimbang, berang semuanya ada. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka sudah naik mual dengan apa yang berlaku. Mereka sudah tidak percaya lagi kepada orang yang diamanahkan untuk memimpin kerana ramai yang mengkhianati amanah.
Ketika rakyat sedang bergelut dengan masalah kos sara hidup, beban cukai GST, kejatuhan nilai matawang, kehilangan pekerjaan, ada pemimpin yang disahkan menerima kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi, dan wang ini digunakan untuk perbelanjaan peribadi. Lebih menyedihkan, antara sumber wang ini adalah daripada syarikat yang mendapat dana daripada tabung awam.
Namun, amat pelik apabila penerimaan wang yang bersumberkan dana awam oleh seorang pemimpin negara tidak dianggap sebagai satu kesalahan. Malah, siasatan ke atas laporan salah laku dan rasuah melibatkan orang berkenaan diarahkan ditutup.
Apa sudah jadi dengan negara kita? Kita tahu bahawa sebelum ini terdapat penjawat awam, ahli perniagaan dan ahli politik yang disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum kerana menyalahgunakan dana awam dan menerima rasuah. Tetapi dalam skandal kewangan terbesar di negara kita yang melibatkan 1MDB dan SRC International, tiada sesiapa pun didakwa.
Malah terdapat pihak yang secara terang-terangan mempertahankan dan melindungi salah-laku orang-orang tertentu walaupun saya tahu jauh di sudut hati mereka, mereka juga tahu apa yang berlaku.
Di manakah nilai kejujuran, kebenaran dan keadilan yang kita semua sanjung? Adakah nilai-nilai ini sudah tiada ertinya lagi? Adakah yang bertakhta cuma sikap rakus dan tamak haloba untuk merebut kesenangan dunia semata-mata? Atau, adakah seluruh jiwa telah diselimuti oleh perasaan takut dan bimbang untuk menyatakan kebenaran dan menghapuskan kebatilan?
Saya perhatikan masalah besar yang sedang melanda negara kita ialah ketiadaan roh perjuangan untuk berpegang kepada prinsip-prinsip murni dalam kehidupan. Kerana itu berlaku masalah pecah amanah, tiada tanggungjawab terhadap rakyat dan mungkin tiada perasaan takut kepada balasan Allah s.w.t.
Kemelut yang berlaku nampaknya seperti tiada kesudahan. Misteri kehilangan wang dan harta negara tidak akan terungkai, walaupun bagi yang mengetahui ia seperti rompakan di siang hari. Pelbagai cerita akan terus direka untuk mengaburi mata rakyat demi melindungi salah laku individu tertentu. Keadilan yang ditagih tidak akan tertegak dengan mudah. Awan gelap akan terus meliputi negara kita untuk beberapa ketika.
Walupun jelas tergambar perasaan duka dan kecewa di wajah orang-orang yang saya temui, termasuk sahabat handai dan mereka yang tidak saya kenali, jauh di sudut hati mereka masih menaruh harapan. Harapan agar Malaysia dapat diselamatkan. Supaya Malaysia kembali pulih dan tidak menjadi sebuah negara yang gagal.
Ini permulaan kepada satu perjuangan. Perjuangan untuk memulihkan Malaysia. Perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik. Kerana kita semua berhak untuk menikmati setiap kebaikan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada negara kita.
Jika bersendirian kita tidak akan punya kekuatan. Tetapi jika kita semua bersatu hati, membuka minda dan nurani untuk melihat kebenaran, melawan kemungkaran dan bertindak untuk menjadikan masyarakat dan negara kita lebih baik daripada hari ini, maka nescaya kita akan berjaya jua akhirnya.
Bagi saya, dalam hidup kita mesti ada prinsip. Prinsip yang paling utama ialah berpihak kepada kebenaran. Jangan sekali-kali kita berpihak kepada kebatilan. Sebagai seorang Muslim, ini adalah tuntutan agama.
Justeru, saya tidak akan berpaling daripada perjuangan menegakkan kebenaran. Saya yakin, seluruh rakyat Malaysia berpendirian yang sama dan saya akan terus bersama-sama anda dalam perjuangan ini!
Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. mudah-mudahan kita semua sentiasa diberikan kekuatan oleh-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin!
TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
5 Februari 2016
(Tulisan ini dipetik daripada Facebook kepunyaan Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO. Hanya kira-kira sejam selepas dimuatnaik di laman sosial itu malam tadi, lebih 12 ribu "likes" telah diperolehinya - SH 06/02/2016).
Sebahagian besar rakyat hari ini mungkin tidak tahu bahawa bekas MB Selangor dulu Datuk Harun Idris, telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana pecah amanah wang Bank Rakyat. Beliau melakukan kesalahan itu bukan untuk kepentingan peribadinya sendiri mahupun kroni beliau, tetapi secara prinsipnya, salah tetap salah. Wang yang jumlahnya bukanlah tinggi melampau hanya sekitar beberapa juta ringgit sahaja, diperlukan oleh beliau untuk menampung hadiah perlawanan tinju antara Mohammad Ali dan Joe Bugner yang berlangsung di Kuala Lumpur (sama ada 1975 atau 1976), disebabkan kutipan penjualan tiket perlawanan tidak memberangsangkan. Demi menjaga maruah negara, beliau terpaksa melakukan pecah amanah itu dan juga menerima hukuman. Paling tidak pun, beliau harus mendapat sedikit pujian diatas salah laku jenayah yang beliau lakukan untuk tujuan yang baik demi negara walaupun pada asasnya matlamat tidak menghalalkan cara.
ReplyDeleteSemua pemimpin BN dan dalam UMNO turut sama bertanggungjawab dan telah melakukan kesalahan yang sama apabila menyokong dan mendiamkan diri dengan tindakan Najib.
ReplyDeleteTidak adil jika hanya Najib seorang yang di salahkan. Pemimpin BN dan dalam UMNO tidak boleh lepaskan tangan begitu sahaja tanpa memberi apa-apa komen,pandangan atau membangkitkan tindakan Najib. Ini bererti mereka bersetuju dengan Najib.
Jika mereka marah dan keciwa secara sembunyi atau meluahkan nya hanya pada beberapa orang yang rapat tetapi tidak melakukan apa-apa, mereka adalah pengkhianat.
Nyah kan mereka ! Samada yang berdahi hitam, yang banyak beri derma sekalipun perlu di nyah kan termasuk penasihat sekali.
Memang dunia akhir zaman, org yg dianggap lebai pun boleh berpeluk peluk tumpang semangkok dengan puak2 penipu, penyamun harta rakyat.
DeleteSemuga Allah SWT melindungi kita semua dari bala bencana yg lebih besar.
Jangan marah sama Najib maa aa , I LOVE PM ,semua olang UMNO cekap itu macam maa aa.
DeleteSudah tiba masanya rakyat bangkit melalui pilihanraya. Kita tiada jalan lain setelah semua AMT dan ketua bahagian memihak pada najib.
DeleteSudah tiba masanya rakyat bangkit melalui pilihanraya. Kita tiada jalan lain setelah semua AMT dan ketua bahagian memihak pada najib.
DeleteBertawakal kapada Allah SWT dan kita rakyaat Malaysia berusaha dengan apa cara untuk mengambalikan maruah Malaysia yang telah tercalar oleh ketamakan yang dilakukan oleh pemimpin yang tidak amanah.Semoga Allah SWT memberi jalan yang baik untuk menyelesaikan kebuntuan dengan cara aman.
ReplyDeleteAnwar Ibrahim bersendirian dan yang terbaru ialah Hamid Badur. Terbukti mereka sungguh berani.
ReplyDeleteMuhyiddin juga kena mulakan bersendirian sekurang-kurang nya berani seperti Khairudin dan Mahathir.
Ini kerana pemimpin yang lain dalam kerajaan dan Pegawai-Pagawai yang berjawatan Ketua tidak berani bersama-bersama melawan kemungkaran. Mereka inilah tidak bersama-sama rakyat.
Hanya keberanian seperti Anwar Ibrahim dan Hamid Bador yang boleh mencetuskan semangat dan keberanian. Mungkin sebagai contoh, Hamid Bador menjadi berani kerana mengikut keberanian Anwar. Ketua-Ketua Cawangan yang lawan Najib berani hasil dari tindakan Khairudin dan Mahathir.
Kalau Muhyiddin tidak mulakan seperti Anwar Ibrahim dan yang mereka yang di sebut di sini, bagaimana pemimpin yang lain dalam kerajaan dan Pegawai-Pagawai yang berjawatan Ketua ada keberanian untuk lawan kemungkaran.
Perlu angkat seseorang dijadikan Ketua atau orang yang paling ke hadapan yang berani se berani Anwar Ibrahim.
Delete07.17
Anwar Ibrahim ke, Najib ke, semuanya sama saja perangai diorang.
Tembolok dan perut masing-masing didahulukan, rakyat diperkudakan.
Cari calon yang lebih baik, jujur, ikhlas dan amanah laa.
Kalau sama tak adalah Anwar duduk dalam penjara...dan Najib senang-senang rembat duit rakyat.
DeleteKalau lah sama perbuatan jahat yang dilakukan, tapi tak lah macam Najib sampai semua gua di masuk dan rembat...
Ali Baba ambik jugak harta dalam gua tapi tak lah tamak macam Kassim Baba.
Anon 11:28..sy stuju pndpt kamu. Agak2 lh klu anwar yg ja PM n mteri kwgn,adakh dia akn bt smp thp najib ni sdgkan anwar sorg yg celik ekonomi. Najib buta ekonomi..smua nk kna pakai penasihat. Bab songlap duit pn mgkin ada pnasihat jgk..kak ros.
DeleteAyat " rakyat tanggung beban GST" konon kamu nie prihatin....pooorah la
ReplyDeleteBodoh nya kamu!
DeleteSkrg satu malaysia diperbodohkan Najib
DeleteSape yg luluskan GST..skrg GST la yg tampung hutang kerajaan...baru ade akal
ReplyDeleteBiarlah buah yang rosak itu jatuh sendiri, jangan dijolok kelak mengundang serangan tebuan yang bersarang didahan yang sama.
ReplyDeleteSgt berharap semua rakyat ingat setiap muka2 yg membiarkan dan menyokong malapetaka/bala (sebut Najib) menghimpit rakyat malaysia. Ini muka2 pembelot hak rakyat. Dlm kabinet, parlimen, jawatan kerajaan, adun.. Masa malapetaka/bala (sebut Najib) tetap akan berakhir sama seperti tenggelamnya firaun.
ReplyDeleteTSMY seharusnya mengambil langkah aggresiv memperjuangkan pegangan pada prinsip hidup yang luhur sebaik saja beliau dipecat dari jawatan TPM dan Menteri Pendidikan. Sekarang semuanya dah terlambat.
ReplyDeletePenasihat2 DSNR seperti DS Dr. Salleh Keruak adalah penasiaht yang berani dan kuat semangat juang. Purging yang dilaksanakan oleh DSNJ terhadap musuh memang amat berkesan disamping penggunaan kuasa undang2 menyekat penyebaran idea/pandangan yang menentang pentadbiran beliau.
Kedudukan politik DSNR amatlah kuat. Pentadbiran beliau pasti dapat bertahan hingga PRU 14. Kita dapat hanya bertahan menanggung kesengsaraan.
Hang Kasturi
Setuju dengan anon 9.09.tsmy perlu agresif..bukan hanya meluahkan perasaan sahaja tp tindakan tiada.
DeleteMuhyiddin n mukhriz wlupn berimej bersih tp dlm politik xmampu hidup..sorry to say. Sbb politik memerlukan lbh dr itu.. So tan sri, u have to be bolder, more aggrasive, proactive..dont just wait n see.
ReplyDeletemuhyiddin pn sama lepas kena sepak baru la bersuarara ...lawan la ni setakat tulis dalam facebook x guna...skrg baru dia rasa tu baru sikit....
ReplyDeleteSesiapa pun dari parti UMNO Baru tidak akan berjaya menyingkirkan Najib dari kedudukan nya jika masih menggunakan slogan '......demi parti UMNO dan orang melayu.....'
ReplyDeleteNajib telah gunakan kuasa 'cash is king tahap maksima terhadap ahli UMNO Baru yang berpengaruh. Tiada apa yang mampu dilakunkan oleh Mahathir, anaknya atau Muhyiddin dalam usaha mengubah mentaliti makan rasuah.
Contoh, Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil dengan selamba menempelak bekas pemimpinnya, Tan Sri Rafidah Aziz yang didakwa menyimpang daripada nasihat yang selalu diberikan suatu ketika dulu...
iaitu supaya sentiasa disiplin dan taat patuh kepada kepimpinan parti terutama kepada presiden.
Kenyataan Shahrizat itu menggambarkan taat dalam UMNO Baru adalah seperti 'babi buta'......jangan pertikaikan dan jangan peduli bahaya apa yang ada dihadapan ......sondol saja.
Bila babi lapar mereka sediakan dedak. Jika dilihat babi itu membahaya kan kedudukan mereka..... Mereka ikat, kurung, belasah, dan mereka sembelih dijadikan Korban.
Itu sebabnya perjuangan Mahathir masih gagal kerana dia hanya memikir tentang parti dan kuasa orang melayu yang telah dibabi butakan oleh RASUAH.
Tanyalah pada rakyat Malaysia, apakah mereka simpati pada nasib Muhyiddin, Shafiee, Mukhriz yang diterajang oleh Najib dari jawatan masing-masing ? Berapa ramai yang rasa simpati dan berapa ramai pula yang tidak peduli.....?
Isu yang sedang mendidih sekarang bukan isu UMNO Baru tapi Isu rakyat Malaysia yang di haramjadah kan oleh perdana menteri yang dilantik oleh pemimpin UMNO Baru.
Kalau Mahathir atau Muhyiddin mahu sokongan rakyat....dia terpaksa melupakan slogan 'demi parti UMNO Baru dan orang melayu'. Slogan itu sudah tidak relevant lagi. Tapi menggunakan slogan "....demi anak bangsa Malaysia....." Dalam masa yang sama dia bersedia dipecat dan bersedia berganding bahu dengan kumpulan yang memperjuangkan keadilan untuk semua bangsa.
Itulah langkah yang perlu di fikirkan. Rakyat sudah lama bersedia dan sedang ternanti-nanti kehadiran seorang ketua yang berwibawa seperti Anwar Ibrahim. Masih ada lagi lelaki yang bertelor dalam UMNO Baru ?
Jangan tunggu rakyat bangkit memperbetulkan keadaan kerana jika itu berlaku kerosakan teruk akan terjadi.
...betoi...ayat tu kena...tahniah
DeleteSekiranya pemilihan agung umno diadakan pada tahun ini, adakah terjamin ketulusan?? Pada pendapat saya TIDAK. Najib akan lakukan apa saja untuk kekal kuasa. Majoriti perwakilan yang tak bermaruah sudah tentu akan mengundi kepada siapa yang membayar. Sekiranya muhyidin dan muhkriz gagal mencabar najib/zahid maka apa lagi jalan yg ada. Sudah pasti geng najib dan pemakan dedak akan melabel sebagai orang yang kecewa kerana ditolak oleh umno. Dan sudah tentu tidak akan dicalonkan diatas tiket bn pada pru14 nanti.
ReplyDeletePada pendapat saya ada baiknya muhyidin/ shafie/ muhkriz/ mahadhir mencari parti lain sebagai aternatif. Adakan pertemuan dan perbincangan tentang rancangan dan halatuju. Adakan mou dan sidang akbar. Kami di peringkat cawangan akan membuat tindakan susulan. Hanya dengan cara ini saja kata boleh jahanamkan najib dan kuncu2nya. Kita tak boleh mengharap adanya perubahan dipucuk pimpinan umno..
TS kita ni heboh mengatakan negara islam tetapi pd pemimpin agama di ketepikan nafsu dulu harata benda dulu kuasa dahulu oleh itu eloklah kita hapuskan umno dulu dalam pru14 ni diharap rakyat dapat buka mata lihat berapa mewahnya mereka tu rakyat menderita aaaammmmiiiinnnn
ReplyDeleteMerapu sajalah mamat MY ni. Setakat nak mengeluh di FB ajelah. Kalau betul2 berani dan berprinsip, jelajahlah seluruh negara utk ajak ahli2 umno yg sakit buasir tu semua supaya bangkit tumbangkan Najib. Kenapa tak berani?Takut kena pecat ke?
ReplyDeleteApa yg nak diharapkan dr umno lagi? Parti sendiri pun dah reject awak tu. Kalau betul grassroot ada harga diri dan maruah, diorang patut sokong awak menentang Najib. Kalau diorang masih diam macam lembu feedlot, lebib baik awak tinggalkan aje parti Taghut tu.