Friday, 26 February 2016

MUHYIDDIN DIGANTUNG, NAJIB ATAU ZAHID YANG UNTUNG?

Kemungkinan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin digantung daripada jawatannya dalam mesyuarat MT petang ini semakin sukar dielakkan.

Selain Nazri Aziz yang berdegar-degar mahu membawa usul penggantungan itu, beberapa pemimpin yang lain juga nampaknya tidak keberatan untuk memberi sokongan kepada cadangan itu.

Untungkah Najib Razak jika Muhyiddin digantung dan tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan UMNO?

Selain isu berkaitan 1MDB, derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta yang masih belum selesai, tidak dinafikan penggantungan Muhyiddin mungkin menyebabkan Najib lebih diserang, dikecam dan dibenci rakyat.

Dari segi UMNO, kalau pun tidak berpecah dua, penggantungan pemimpin nombor dua itu sedikit sebanyak akan menjadikan parti tambah bergolak dan menyukarkan lagi penyatuan bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Dalam keadaan itu, Najib tentu akan terus cemas dan terumbang-ambing untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang berpihak kepadanya.

Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal tanpa ragu-ragu melihat tindakan menggantung Muhyiddin hanya untuk kepentingan pemimpin tertentu sahaja.

Dalam hal ini, seperti Shafie dapat merasakan penggantungan Muhyiddin bukan semata-mata untuk menyelamatkan Najib, meskipun luarannya seolah-olah begitu.

Untuk kepentingan siapakah penggantungan Muhyiddin itu jika bukan untuk mengukuhkan Najib?
Lihat...belum pun sah Muhyiddin digantung, siapa yang bakal untung sudah pun mula ditunjukkan secara terang-terangan.

Untung kepada Najib tidak pernah diperkatakan, tetapi rezeki kepada Zahid Hamidi awal-awal lagi sudah mula dikompangkan ke seluruh kampung.

Bagaimana jika dengan penggantungan Muhyiddin, kedudukan Najib terus lemah, goyang dan semakin sukar untuk menggapai kemenangan, tidak mustahilkah gerombolan yang sama yang menolak Muhyiddin ini akan melakukannya kepada Najib pula? (SH 26/02/2016).

33 comments:

  1. as far i concern. every move make by najib n his gang all fumble...believe me there is no umno in the next general election. bagi saya..saya tak akan undi umno lagi...
    .
    .

    ReplyDelete
  2. Nazri ini pecacai nazri atau pecacai Najib atau kedua2 sekali? Persoalan umno Johor tak terjejas itu perasan dia saje. Buat lah nazri kalau nak tahu, buat lah. Bila scenario baru ini tiba2 bermula menunjukkan seolah2 macam Ada sesuatu yang tak kena. Adakah zahid nak mulakan langkah bila merasakan tauke dia dah takkan lama dan cuba nak kukuhkan kedudukan dalam percaturan politiknya utk cita2nya. Bayangkan jika seseorang terlalu bernafsu utk jawatan sehingga mengetepikan kebenaran Dan nilai2 serta merosakkan negara, adakah itu ciri2 seorang negarawan? Apa yang dicakap dan apa yang dibuat tak sama, apakah ciri2 manusia begini?

    ReplyDelete
  3. TMI dah kena gantung. Ingat rakyat malaysia boleh dikerbaukan ke? Orang kota belud boleh laaa.

    ReplyDelete
  4. Muhyideen patut digantung untuk membolihkan dia bersuara dgn lebih tepat. Muhyideen nampak teragak2 dlm tindakan nya.

    Fakta mengenai dia telah diberi briefing olih SPRM, Bank Negara dan Gani Patail patut didedahkan pada hari dia disingkirkan dari jawatan DPM. Dia patut beritahu pd hari dia dan Gani disingkrikan bahawa Gani bercadang utk dakwa Najib.

    Harap dgn pengantungannya, Muhyideen bolih umumkan bahawa Gani ada berjumpa dgn dia dan memaklumkan dia akan dakwa Najib.

    Gani pun bodoh jugak. Bukan tugas dia utk dakwa Najib. Dia hanya perlu bersetuju dgn Sprm shj utk dakwa Najib. Lepas tu Sprm bolih ambil tindakan selanjutnya. Tapi Gani nak nama. Nama tak dapat. Kena buang kerja dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini hali gantong ,esok kena siasat maa aa , Itu Tun M pon sutak kena maa aa .

      Delete
  5. Jika Muhyiddin kekal dan ganti Najib UMNO bersih dari skandal Najib.

    Jika Zahid pula yang ganti, segala masalah Najib akan dibawa bersamanya dan terus tanggung oleh cucu-cucu kita.

    Apakah isu 1MDB dan derma haram yang diterima oleh Najib dapat diselesaikan begitu sahaja oleh Zahid sekiranya dia jadi PM? Jika boleh, mengapa tidak diselesaikan sekarang?

    Jadi sekiranya Zahid penganti Najib, mungkin Najib akan di bicarakan untuk memulakan satu pembaharuan atau isu kesalahan Najib akan di ulang-ulangkan seperti mana orang-orang Najib mengulang-ulangkan kesalahan Tun Mahathir.

    Jika kita ingin selamatkan negara, berhenti lah menyalahkan Tun Mahathir kerana jika kita teruskan juga, kita sebenarnya di permainkan oleh ejen-ejen Najib tanpa kita sedari.

    Jika begini cara yang di gunakan oleh PM selepas Najib dan seterus nya... rakyat terus sengsara dan hilang segala-segalanya. Nak menyelesaikan hal Najib pun sampai jadi begini.

    Hilang segala-galanya sehingga kita menjadi pelarian kerana sudah tidak ada perjuangan lagi untuk MALAYSIAKU.

    ReplyDelete
  6. Zahid untung? Untung sabut.... tenggelam la tu paling lewat PRU14.

    ReplyDelete
  7. Jika zahid jadi pm, lebih jahanam dari najib, hancur lebur megara ku.. punah ranah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hancur,English berterabur,lagi ramai Indon dgn Bangla dlm negara

      Delete
  8. Sokong ahmad bashah jadi TPM. Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai pangkal ketiak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lupa tpm kena ada dua orang.satu nama yg di cadangkan Hassan Malik atau mat maslan

      Delete
  9. Kalau TMY digantung tu hamlau pengampu AMT Umno yg kurang ajar tu yg dpt jawatan percuma yg cari makan duit2 haram itu yg untung ahli umno gigit jari je amat bodoh sekali kalau madih nak sokong aduhai kesian ahli umno aaammmiiiinn

    ReplyDelete
  10. Kalau TMY digantung tu hamlau pengampu AMT Umno yg kurang ajar tu yg dpt jawatan percuma yg cari makan duit2 haram itu yg untung ahli umno gigit jari je amat bodoh sekali kalau madih nak sokong aduhai kesian ahli umno aaammmiiiinn

    ReplyDelete

  11. Aku ahli UMNO dan AJK cawangan. Aku setia kepada UMNO sebelum ia dilacurkan oleh Najib and penyamun-penyamunnya. Sekarang ini aku berasa sungguh jijik melihat UMNO dan kumpulan penyamun sial ini.

    Aku tidak akan memberi undi aku kepada BN/UMNO lagi. Cukuplah itu.

    Aku akan beri undi kepada calon-calon yang bersih, jujur, ikhlas dan beramanah.


    ReplyDelete
  12. Zahid tak bolih menyelesaikan isu 1MDB tetapi dapat meringankan beban dengan membicarakan Najib dan setetusnya menyumbat Najib ke Sungai Buloh. Ada braani ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana nak selesai? Zahid ni pun penipu besar.
      Kononnya dia dah berjumpa dgn dermawan tok arsb yg menderma RM2.6 bilion.
      Buktikanlah kpd rakyat sebagaimana WSJ dapat buktikan. Sebagai mana yg Tun Dr. Mahathir katakan.
      Bolehkah rakyat percaya lagi kepada PM dan TPM mcm ni?

      Delete
  13. ....haa apa...PUAN SRI Mooohhh..yiddin nak digantung...kesian to'wan kata...kesian...

    ReplyDelete
  14. Memang pun macam ini cara UMNO membuat pembaharuan atau memperbaiki kerumitan.

    Memang tidak mustahil gerombolan yang sama yang menolak Muhyiddin ini akan melakukannya kepada Najib. Inilah cara UMNO yang nampak sememangnya di sengajakan untuk menyelamatkan Najib. Yang mulakan pun Najib semasa Pak Lah yang sekarang berehat dan mendiamkan diri yang sepatutnya memperbaiki segala kekurangan Mahathir. Tetapi menantunya yang banyak membuat onar, kita lupakan begitu sahaja.

    Dan apabila Zahid pulak berak bersepah, gerombolan yang membantu Zahid akan tolak Zahid dengan cara yang sama.

    Jika Muhyiddin bersetuju, langkah seperti ini memakan masa, keadaan lagi teruk dari apa yang tidak di jangkakan.

    Lagi cepat Najib di tolak lagi baik tapi Zahid pulak sama macam Najib. Jika Zahid dan yang lain-lain bijak orang nya mereka sepatutnya menyokong Muhyiddin untuk menghentikan segala kesan buruk yang di buat oleh Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayangkan apa terjadi sekiranya Muhyiddin ikut pelan pengundur cara UMNO ini?

      Berapa banyak kemusnahan dan kerugian yang di tanggung jika Muhyiddin tidak bersuara lebih awal?

      Walaupun Muhyiddin tidak seberani Tun dan Anwar perlu di akui Muhyiddin seorang pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab.

      Delete
  15. Org nomor 2 dlm kerajaan di jadikan paria politik.di mana umno johor apa da jadi nak tgk tsmy ditelanjang bulat2 mcm keduak badua ckp.tsmy sya muallaf dan sya bangga melihat anda mencari kebenaran.ayo bangkit lawan lawan dan lawan.allahu akbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang no 2 dlm kerajaan ni mmg pariah politik.
      Sepatutnya dia menjadi TPM tetapi dia telah merendahkan martabatnya sendiri untuk menjadi barua.
      Mungkin dlm sejarah politik Msia ini zahid lah TPM yg paling pendik tempoh perkhidmatannya.lnilah sejarah yg bakal diukir oleh zahid

      Delete
  16. Kalau Muhyiddin beria-ia mengkritik Najib kita boleh kata dia tak sabar-sabar nak jadi PM tapi apa hal pula dengan Shafie Apdal?Apakah dia mengira dengan jatuhnya Najib dia bakal beroleh laba?

    Tanpa memperlekehkan jasa Muhyiddin kita sepatutnya menjulang Shafie sebagai pembela maruah Melayu yang telah dinajiskan oleh najib.Di saat pemuka Melayu membaculkan diri dengan onar yang dibuat Najib dan kawan-kawannya ada seorang anak Melayu yang berani mengatakan TIDAK kepada Najib.Kalau tak Muhyiddin sorang-sorang je.

    Shafie tidaklah hebat beretorik tetapi ucapan beliau di PAU UMNO 2009 saat pertama kali berucap sebagai naib presiden merupakan satu rumusan halatuju perjuangannya dalam politik.

    ReplyDelete
  17. Hanya shafie sorang dari sabah ni ikhlas. Rahman Dahlan dgn keruak pembelot dan musuh kpd negara.
    Bukan saja mereka berdua khianat kpd rakyat semenanjung tetapi mereka lebih khianat terhadap Sabah negeri kelahiran mereka sendiri.
    Di kl ni paling ramai gadis sabah jadi ayam.

    ReplyDelete
  18. Andainya Najib tersunggkur diharap penggantinya bukanlah Zaid. Nama TPM ni dah buruk , selain sbg barua Najib kes 1.5 bangla juga telah mengguris hati rakyat.

    Zahid juga dilihat sbg kesinambungan masalah PM.

    Malaysia dilihat lebih bersih jika diganti bukan terdiri drp kabinet kayu reput yang ada.

    ReplyDelete
  19. Kenyataan yang keluar dari mulut penjilat dedak majoriti nya berkehendakkan supaya Muhyiddin undur diri kerana dia sudah tidak sehaluan dengan presiden.

    Penjilat dedak itu cuba memperlihatkan kepada masyarakat kononnya timbalan presiden parti adalah orang yang salah dan bersalah kerana menegur presiden.

    Sila rujuk berita on-line independent...... Orang yang guna duit 1MDB untuk kepentingan peribadi adalah presiden. Orang yang jadi ketua penasihat 1MDB menyebabkan syarikat itu mengumpul hutang sehingga RM50 billion adalah presiden. Orang yang menerima dana duit haram RM2.6 billion masuk kedalam akaun peribadi adalah presiden. Negara Malaysia jadi hina di peringkat antara bangsa kerana amalan rasuah kerana presiden parti adalah raja rasuah 'cash is king'

    Yang peliknya orang yang mahu disingkirkan bukan presiden tapi timbalan presiden.......

    Betapa hinanya kewibawaan parti UMNO Baru sekarang. Ini kerana ahli majlis tertinggi sudah tidak ada deria rasa terhadap parti keramat mereka sanggup menukar status diri mereka sebagai 40 penyamun demi mempertahankan presiden parti... ketua penyamun.

    Malang sungguh jadi ahli UMNO Baru......diperalat sebagai barua saja.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahanamkan pengkhianat parti dari dalam......

      Delete
    2. Begitu juga dgn adnan mansor yg sedang menggalikan kuburnya sendiri.
      Gali sendiri terjun sendiri akantetapi matinya tetap didalam penjara juga akhirnya

      Delete
  20. GE14 : doa akar umbi UMNO
    ktan 100%
    tganu 80%
    phg 50%
    johor 80%
    melaka 50%
    NS 50%
    sngor 100%
    WP 100%
    perak 80%
    png 100%
    kedah 80%
    perlis 50%

    ReplyDelete
  21. UMNO telah pupus Parti Kaki Ampu PRU 14 saya tidak akan mengundi BN lagi.

    ReplyDelete
  22. Kah kah kah kah...mase Anwar kena pecat trus tu kamu Muhyidin ade skli tak dlm MT tu..dengar skrg Nazri Aziz amik tugas Ibrahim Ali hentam Tpm Umno...kahkahakah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku x mudah lupa..hanya UMno yg yg angkuh sombong.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...