Tuesday, 30 April 2013
Tengku Adnan Menang Poster, Husam Pula Menang Undi
Bagi sesiapa yang pergi dan meronda-ronda sekitar Putrajaya serta melihat kebanjiran poster calon BN Tengku Adnan Tengku Mansor yang melimpah dipasang di sepanjang jalan, di simpang-simpang dan di pelbagai tempat lainnya, tentulah menyangka beliau seolah-olah tiada saingan dan bakal menang mudah di kawasan itu.
Poster beliau dalam pelbagai bentuk dan rupa hampir memenuhi semua tempat di Putrajaya. Gambar Najib dan Muhyiddin pun tidak sebanyak gambarnya walaupun di Pusat Pentadbiran Kerajaan itu, kedua mereka adalah pemimpin tertinggi di situ.
Poster lawannya pula, Husam Musa begitu susah untuk ditemui dan hanya kelihatan di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Logo Pas dan bilik gerakan PR juga tidak sebanyak yang dimiliki oleh BN. Semua kawasan Putrajaya bagai dimonopoli dan ditakluk oleh Ku Nan.
Dan jika berdasarkan poster juga, tentu benarlah kata Ku Nan sebelum itu bahawa Husam akan hilang deposit di Putrajaya ini.
Sebelum itu, ramai yang tertanya-tanya apa muslihat Husam mencabar dirinya bertanding di Putrajaya kerana diketahui umum kawasan itu merupakan kubu kuat BN dan pengundinya pula terdiri daripada kakitangan kerajaan yang sememangnya menjadi tanggapan umum lebih mesra dengan BN.
Tetapi sejak Husam mengumumkan bertanding di situ, berkempen serta turun padang ke Putrajaya, tiba-tiba senario politik Putrajaya berubah sama-sekali. Mood pengundi juga berubah. Ditambah dengan kehadiran Nik Aziz dan Ustaz Azhar Idrus membantu kempen Husam yang menyaksikan 20 ribu dan 30 ribu orang hadir, Putrajaya tidak lagi dilihat kubu yang selamat bagi BN.
Ku Nan yang dulunya "cakap besar" dan memandang rendah dengan Husam, mulai berpeluh dingin sekarang ini. Tidurnya juga dikhabarkan tidak lagi selena dulu. Tanggungjawabnya untuk memastikan Parlimen Putrajaya terus kekal ditangan BN menjadi semakin berat.
Dengan jumlah pengundi sekitar 15 ribu dan melihat respon kakitangan kerajaan terhadap program ceramah Husam, orang sudah mula bercakap bahawa Ku Nan akan tumbang kali ini. Kedudukannya sebagai Setiausaha Agung UMNO tidak lagi dilihat kukuh untuk mempertahankan Putrajaya.
Jika Putrajaya jatuh ke tangan Pas dan Husam berjaya menyingkirkan Ku Nan, bukan saja Ku Nan akan menanggung malunya, malah Najib, UMNO, BN dan semua pemimpin serta ahlinya juga akan turut rasa terpukul. Bayangkan Putrajaya yang menjadi kebanggaan UMNO dan BN, tiba-tiba Ahli Parlimennya daripada Pas.
Lantaran itu, sebelum nafasnya menjadi semakin sesak, Ku Nan segera mendapatkan bantuan untuk memberinya ruang nafas yang lebih selesa. Beliau bukan saja membawa Mahathir, orang yang mencetuskan idea pembinaan Putrajaya untuk membantunya, malah turut juga membawa Daim Zainuddin bagi meyakinkan pengundi agar terus mengekalkan BN di situ.
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga sudah turun dan dikhabarkan menjelang hari pengundian nanti, Najib juga akan turun mempunyai acara kempen khusus di Putrajaya.
Ternampak kini semua pimpinan UMNO mulai bimbang akan kekalahan Ku Nan dan kehadiran tokoh-tokoh besar itu mengiyakan hakikat Putrajaya sedang kritikal. Ku Nan dengan jentera UMNO Putrajaya saja, tidak mungkin mampu lagi mempertahankannya.
Meskipun dari segi poster, kelihatan Ku Nan jauh mendahului tetapi jika kita rajin bertemu dan berbual dengan kakitangan kerajaan di sana, memang ternampak keinginan kepada perubahan dan memilih Husam.
Selain faktor anak-anak Kelantan yang dikatakan ramai menjadi pengundi di Putrajaya, kakitangan kerajaan juga sudah mempunyai pemikiran dan pengetahuan yang lebih terbuka berbanding dahulu berikutan pelbagai maklumat begitu mudah mereka perolehi sekarang ini.
Mereka juga merupakan kelompok yang sentiasa berada di zon selesa, siapa pun berkuasa, mereka tetap juga pegawai kerajaan. Tidak bermakna jika hari ini mereka kakitangan kerajaan dan selepas pilihanraya nanti Parlimen Putrajaya dimenangi oleh Husam, mereka boleh dibuang kerja. Siapa pun Ahli Parlimen Putrajaya dan siapa juga yang memenangi pilihanraya akan datang, baik BN ataupun PR, kakitangan kerajaan tetap kakitangan kerajaan.
Sambutan kepada Husam juga kerana beliau disifatkan sebagai pemimpin muda, sesuai dengan kebanyakan kakitangan kerajaan dan pengundi Putrajaya yang merupakan pengundi muda dan suka kepada pemimpin muda.
Selain itu, arus kebangkitan rakyat yang berlaku di mana-mana juga turut mempengaruhi kakitangan kerajaan untuk berubah sama.
Secara keseluruhannya, cabaran Ku Nan memang tidak lagi mudah. Beliau kini terpaksa menelan kata-katanya sendiri bahawa Husam akan hilang deposit. Memang Ku Nan mempunyai jentera yang kuat, sumber kewangan yang kukuh dan pelbagai kelebihan berada dipihaknya. Namun Husam tidak mungkin hilang deposit. Ku Nan mungkin menang dari segi poster, tetapi Husam mampu memenangi undinya.
Apa yang perlu dilakukan Husam ialah mengekalkan momentum kebangkitan pengundi di Putrajaya dengan menjemput tokoh-tokoh besar PR lagi Putrajaya seperti Hadi Awang dan Anwar Ibrahim pula, selain gerak kerja kempen yang biasa.
Ku Nan pula, dengan bantuan kempen oleh Mahathir, Daim, Muhyiddin,, Najib serta kekuatan jentera dan sumber kewangan yang kukuh, kelebihan nampak berpihak kepadanya. Namun jika Tuhan telah mentakdirkan nasib tidak baik kepadanya, maka terimalah seadanya keputusan pada 5 Mei nanti. (SH 30/04/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Husam dah kalah nanti cabut lari...
ReplyDeleteKuikuikuikuiiiiii.....
adat bertanding, ade menang dan ade pula yg kalah le.... cuma yg kalah tu jgn bersikap samseng pulak bila diumumkan kalah.....!!!!
DeletePutrajaya bukan hak Mahathir. Dia dibangunkan dengan menghabiskan wang PETRONAS. Sebahagian besar wang telah mengenyangkan kroni Mahathir.
ReplyDeleteAnon 17:31....awat yg punya komen baghal sgt?PAS sudah byk kali kalah la... Nak buat apa cabut lari!Pemimpin Be eNd tu logik la kalo kalah akan cabut lari... Dasar penyangak/perompak/penyamun harta negara!
ReplyDeleteKui!kui!kui!
Malam 5 Mac nanti anom 1731 akan telan kata-katanya. Bukan setakat Putrajaya saja akan jatuh ketangan Husam. Seluruh Malaysia sudah ditawan PR. Berpijaklah di bumi yang nyata yang umno tidak diperlukan lagi di Malaysia. Mahathir boleh balik India sekarang jika tidak dia akan ditangkap dan didakwa kerana songlap duit negara!
ReplyDeleteanwar jubur pn kturunan india jgk baii..mulut jgn cabul sgt mcm lu pnya mak..td lu pnya mak dtg sni hisap wa pnya kote..pdi mak lu hisap
ReplyDeletebest baca komen hangpa yg bodo nie..Pas, Pkr, umno sama ja hangpa semua nie
ReplyDelete