Thursday, 25 April 2013

Mat Taib Mencari Syurga, Juanda Pula Berlari-lari Mengejar Dunia


Siapalah menyangka Mat Taib yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor, menteri kabinet dan Naib Presiden UMNO serta menghabiskan sebahagian besar hidupnya bersama UMNO, akhirnya boleh  memilih Pas sebagai wadah perjuangannya yang baru. Walaupun ada kesalahan-kesalahan kecil yang pernah  dilakukannya, secara umumnya beliau bukanlah orang yang kecewa. Dia bahagia dan disukai ketika berada dalam UMNO.

Sebab itu tidak dapat dinafikan penyertaannya ke dalam Pas, salah satu matlamatnya ialah mencari syurga walau apa pun tafsiran umum mengenainya. Beliau meyakini Pas sebuah parti yang memperjuangkan Islam, bergerak di atas landasan Islam dan lebih mendekati surau serta masjid berbanding tempat-tempat lain.

Sebagai orang lama yang dan sudah berada di penghujung usia pula, pencariannya kepada syurga adalah sesuatu yang terpuji berbanding mereka yang di  usia senja tetapi masih galak memuji dunia, menabur fitnah dan hanya mengunjungi masjid seminggu sekali saja.

Keinginan Mat Taib terhadap Islam tidak seharusnya diragui, walaupun terdapat suara-suara di dalam Pakatan Rakyat yang seolah-olah meragui niatnya. Secara logiknya, Mat Taib tidak memerlukan apa-apa lagi di dunia ini. Beliau sudah ada segala-galanya. Pencariannya hanyalah syurga dan keredaan Allah.

Beliau juga ingin melihat Islam mencapai kemenangan di bumi Malaysia ini. Tidak lama selepas penyertaannya ke dalam Pas, beliau mula menjalankan tanggungjawab yang diyakininya itu. Walaupun ramai pemimpin UMNO yang memandang remeh penyertaan Mat Taib itu, sambutan yang diterimanya tidak boleh dipandang enteng.

Dalam sekian ramai pemimpin UMNO yang mengulas mengenai Mat Taib, hanya Khir Toyo yang nampak ikhlas dan berpijak di alam realiti. Beliau berkata, dengan penyertaan Mat Taib, usaha BN menawan Selangor menjadi bertambah sukar dan dalam masa yang sama memberi ruang yang lebih terbuka untuk Pas menembusi kawasan-kawasan Melayu yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO.

Hanya orang yang syok sendiri dan berada di alam khayalan saja yang sanggup mengatakan penyertaan Mat Taib tidak memberi kesan apa-apa kepada BN. Tetapi siapalah Khir Toyo sekarang ini untuk suara dan pandangannya didengari oleh UMNO.

Mat Taib  kini mempunyai jadual yang padat berceramah setiap malam, bukan saja di Selangor tetapi juga di seluruh negara. Sambutan rakyat terhadapnya juga amat menggalakkan dan orang ingin mendengar kenapa beliau memilih perjuangan Islam sekarang ini.

Harapannya kini  ialah Pas yang memperjuangkan Islam dan lebih mengajak rakyat mendekati surau dan masjid diberi peluang memerintah negara ini bersama Pakatan Rakyat yang dipercayainya mampu memberi kebaikan yang lebih berganda kepada rakyat.

Sementara Mat Taib mahu mencari syurga dan memenangkan Islam, Mufti Perlis, Dr Juanda pula bertindak sebaliknya. Beliau yang sebelum ini diura-urakan akan bertanding sebagai calon PKR di Parlimen Kangar tetapi kerana beberapa masalah dan tidak menjadi kenyataan, tiba-tiba muncul di pentas BN bersama Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu.

Walaupun tidak mengaku galau dan kecewa dihatinya, tetapi pengakuannya bahawa beliau selama ini memang pengundi BN dan akan terus mengundi BN, lebih menyerlahkan siapa dirinya yang sebenar meski berjawatan mufti dan pandangannya sebelum ini dilihat bebas dan berani.

Kenapa setelah tidak terpilih sebagai calon, baru mengaku sebagai pengundi BN?

Di peringkat awalnya,  ramai yang kecewa beliau tidak dipilih sebagai calon mewakili PKR tetapi kini mereka bersyukur kerana jika beliau menang dalam pilihanraya ini, ada kemungkinan beliau akan mengikut tidur sekelambu dengan Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin.

Sebagai ilmuan agama dan mufti, tindakan Juanda mahu menyokong mana-mana pihak tidaklah menjadi kesalahan. Itu pilihannya sama seperti Harussani, Mufti Perak yang lebih UMNO daripada pemimpin UMNO sendiri. Tetapi Harussani  tidak pula  pernah mengaku beliau pengundi BN dan akan mengundi BN dalam pilihanraya akan datang ini.

Tindakan Juanda itu hanya menyerlahkan siapa dirinya yang sebenar. Hanya setelah gagal memetik anggur, barulah dikatanya anggur itu masam.

Berbanding Mat Taib yang mahu mencari syurga, Juanda pula yang didadanya penuh ilmu dan jiwa Islam, nampaknya masih berlari-lari mengejar dunia yang tidak pasti akan menjadi miliknya.(SH 25/04/2013)

10 comments:

  1. "...nampaknya masih berlari-lari mengejar dunia yang tidak pasti akan menjadi miliknya."...MEMANG DAH PASTI DUNIA BUKAN MILIK KITA, KITA PASTI KEMBALI KPD PEMILIK YG MAHA ESA

    ReplyDelete
  2. kalau tak sokong pakatan..macam-macamlah tuduhannya...sokong pakatan pulak dapat pujian melambung..he..heh.he..heh."mencari syurga"

    ReplyDelete
  3. Aiyoo... Berbaloike dpt org cam ni?

    ReplyDelete
  4. Tak terpileh adalah suratan takdir. Allah SWT nak tunjuk kepada manusia betapa munafiknya Juanda. Penyokong tegar BN tapi apabila nak dicalonkan oleh PKR beliau ternanti2 akan pencalonan seolah2 penyokong PR. Tak dicalon, mengaku pulak penyokong BN. Bukankah bapak munafik nama nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah benar ALLAH nak tunjukkan kepada manusia betapa munafiknya Juanda. ALLAH itu MAHA BESAR dan MAHA ADIL. Jangan kita munafikkan orang Islam yang lain kerana apa yang kita katakan itu mungkin akan kembali kepada kita. Saya bukanlah orang yang mempunayi ilmu yang tinggi tetapi hanya inilah yang saya termampu untuk menasihati sesama Islam. Harap maaf sekiranya anda bukan orang Islam.

      Delete
  5. Satu artikel Tuan yang menarik. Apa pun niat di hati TS Muhammad, saya rasa dia ikhlas, kerana dia adalah seorang dari yang di pilih Allah dari beribu-ribu umat Melayu umno yang masih cintakan dunia, walhal masa ke alam kubur sudah hampir!

    ReplyDelete
  6. Harun Din terpilih pulak..kalau tidak mungkin jadi macam Juanda jugak, tak? Kalu takdir menang tapi tak terpilih MB macam mana pulak jadi..takut-takut jadi macam Hassan JATI dok jadi duri. Bukan boleh harap sangat gang perpaduang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jangan kita kutuk alim ulama kerana secara tidak lansung kita tergolong di dalam golongan orang-orang yang ingin menegakkan agama ISLAM. Lihatlah diri kita sendiri, apa yang kita buat untuk menegakkan agama ISLAM??. Minta maaf sekiranya apa yang saya katakan itu menimbulkan rasa marah tuan kerana saya bukanlah ulama ataupun ustaz tapi hanyalah insan muslim yang banyak membuat dosa.

      Delete
    2. kau jangan cuba memburuk2an tuan guru harun din, dia yang kami kenali bukan manusia cinta dunia,dah lebih dari apa yang ada pada beliau, tuan guru seorang yang bermaruah...tidak sekali2 akan memilin bn..

      Delete
  7. APA LA YG KORANG NK PENING2 GADUH PASAL JUANDA NI,LANTAK LA DIA NK PILIH SOKONG PARTI MANA,DH ITU HAK DIA,BKNNYA DIA PENTING KT MALAYSIA NI,MUFTI JE YG IKUT KERAJAAN,SO,X YAH KECOH2,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...