Monday, 29 April 2013
Eloklah Lembaga Disiplin UMNO Tutup Kedai Saja!
Kedatangan Mahathir ke Pasir Mas bukan saja untuk membantu Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon Bebas tetapi juga untuk membela calon BN yang telah menarik diri dan membakulsampahkan watikah yang ditandatangai oleh Pengerusi BN, Najib Razak iaitu Johan Che Pa. Secara logiknya Johan wajib diambil tindakan kerana mencemar dan menghina Najib.
Tetapi belum pun Johan mahu diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO, Mahathir sudah memberi amaran bahawa jika Johan diambil tindakan, beliau akan bertindak sebagai pembelanya. Mahathir nampaknya mulai mahu menunjukkan kuasanya dan membuktikan beliau lebih berkuasa daripada Najib dalam UMNO.
Sementera semua orang diingatkan supaya patuh kepada hanya seorang ketua dan sering diingatkan mengelak amalan dua nakhoda dalam satu kapal, malah Mahathir sendiri kerap memberi peringatan yang sama, kini bukan saja kata-kata itu cuba dinodai malah cuba memberi gambaran bahawa mengingkari arahan ketua juga merupakan seuatu yang terpuji.
Mahathir melalui apa yang dilakukannya dalam isu Pasir Mas ini membuktikan bahawa selagi beliau bernyawa, cakap dan suaranya mesti didengari oleh sesiapa saja dalam UMNO. Beberapa tindakannya sejak bersara pada 2003 dan bagaimana beliau mencincang Pak Lah yang dilihat cuba mengenepikannya, membuktikan hakikat itu.
Sebelum ini Mahathir begitu mahukan Ibrahim Ali dipilih sebagai calon mewakili BN walaupun beliau bukannya ahli UMNO, malah pernah melakukan penghinaan dan caci-maki terhadap UMNO dan pemimpinnya ketika berada di luar UMNO. Najib mungkin membuat keputusan tidak mencalonkan Ibrahim Ali kerana memikirkan kesalahan masa lalu Ibrahim Ali terlalu besar dan beliau berasa malu terhadap ahli-ahli UMNO jika berbuat demikian.
Mungkin juga tindakannya itu untuk menyekat pengaruh Mahathir secara halus. Namun Mahathir yang terkenal dengan sikap pantang mengalah, tetap juga berusaha dan campurtangan sehingga akhirnya membuatkan Johan Che Pa menarik diri dan memberi laluan kepada Ibrahim bertanding satu lawan satu dengan Pas.
Jika Johan enggan menjadi calon kerana terlalu sayangkan Ibrahim, beliau sepatutnya menyerah balik watikah yang diterimanya kepada Najib sebelum hari penamaan calon sebagaimana yang dilakukan oleh calon di Johol< Negeri Sembilan dan Seri Setia, Selangor dan bukannya memalukan Najib serta seluruh ahli UMNO dengan tindakannya tidak menyerahkan borang pencalonan.
Walaupun diberitakan tindakannya itu kerana ada campurtangan Mahathir dan Daim, Johan tetap telah menconteng arang ke muka Najib. Najib seolah-olah tidak dihormati dan cakap Mahathir lebih dipatuhinya. Mahathir seakan lebih berkuasa daripada Presiden UMNO dan Pengerusi BN sendiri.
Kini belum pun Lembaga Disiplin mahu bertindak kepada Johan, Mahathir sudah pun memberi amaran. Kenyataannya mahu bertindak sebagai peguam jika Johan diambil tindakan lebih berupa amaran kepada Najib dan Lembaga Disiplin.
Mahathir kini sedang mencabar dan mahu membuktikan beliau lebih berkuasa dari semua pemimpin UMNO yang ada. Lembaga Disiplin pun tidak mungkin berani bertindak apa-apa berikutan amaran Mahathir itu. Di sudut yang lain, jika Lembaga Disiplin gagal bertindak dalam hal yang mudah seperti kes Johan ini, eloklah ia dibubarkan dan tutup kedai saja.
UMNO kini menjadi caca-marba dan banyak melakukan "double standard" kerana terlalu banyak kepentingan dan campurtangan. Jika orang lain bertanding Bebas akan dipecat dan dikecam, di masa yang sama ada pula calon Bebas yang disanjung dan dipuja.
Jika orang lain melanggar arahan parti dan tidak menghormati ketua akan diambil tindakan tetapi jika mendapat restu Mahathir, ianya dianggap hero dan wira.
Dengan membiarkan Mahathir bertindak sesuka hati dan mengikut seleranya, selagi itulah sesiapa pun yang memimpin UMNO akan menghadapi masalah. Sejak dulu juga sebahagian besar masalah dalam UMNO berpunca daripada Mahathir.
UMNO akan lebih aman jika tanpa Mahathir. (SH 29/04/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hidup mahathir! najib sitakut bini ada berani ka?
ReplyDeletePeristiwa yang tidak akan pernah keluar dimedia UMNO untuk pengetahuan rakyat khusus untuk ahli UMNO yang pekat dan pekak yang telinga mereka bagitu setia dengan berita dari RTM dan akhbar meloya , inilah jadi hinggakan arahan periseden sendiri tidak diikut sebaliknya arahan Mamak Kutty dituruti, siapakah Presiden parti sebenarnya,Maha Dey atau Najib Dey.Fikirlah sendiri,UMNO akan dijahanamkan oleh Mahadey Kutty sendiri,InsyaAllah.
ReplyDeletepecat salah tak pecat pon salah... ini semua serba salah.. hahahahhaha
ReplyDelete