Wednesday, 3 April 2013
Berita Baik: Giliran Ahli Parlimen Perak Pula Jadi Perdana Menteri!
Tidak lama selepas Najib mengumumkan pembubaran Parlimen pagi tadi, Anwar yang mengadakan sidang akhbarnya petang ini turut mengesahkan desas-desus bahawa beliau akan bertanding di Perak dalam pilihanraya akan datang ini. Kata Anwar, keputusan beralih kawasan itu bukan bermakna beliau tidak menghargai sokongan pengundi Permatang Pauh yang selama ini setia menyokongnya tetapi sebagai usaha mengukuhkan lagi pengaruh PR di Perak.
Saya akan kembali ke Permatang Pauh untuk menenangkan mereka tetapi saya akan bertanding di Perak, kata Anwar mengesahkan mengenai hasratnya itu.
Tindakan Anwar beralih kerusi ini sesungguhnya adalah suatu keputusan yang bijak dalam usaha PR mahu menumbangkan BN dan mengukuhkan pengaruhnya. Selain Perak mempunyai banyak kawasan yang sesuai untuk ditandingi Anwar, rakyat Perak juga tentunya akan memberi sokongan yang sewajarnya di mana saja beliau memilih untuk bertanding kerana inilah peluang untuk seorang Ahli Parlimen dari negeri itu berpeluang menjadi Perdana Menteri.
Setelah enam Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tunku Abdul Rahman dari Kedah, Tun Razak dari Pahang, Tun Hussein dari Johor, Mahathir dari Kedah, Pak Lah dari Pulau Pinang dan Najib juga dari Pahang, tidak pernah mana-mana Ahli Parlimen dari Perak berpeluang menjadi Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri.
Anwar mungkin memahami keadaan ini dan ingin membawa berita gembira buat orang Perak. Jika beliau kekal bertanding di Permatang Pauh dan ditakdirkan PR memenangi pilihanraya ini, maka bermakna sekali lagi Ahli Parlimen Pulau Pinang berpeluang menjadi setelah Pak Lah melakukannya sebelum ini.
Dua kali wakil rakyat Pulau Pinang menjadi Perdana Menteri tidak lagi membawa kegembiraan berganda, sama seperti orang Pahang yang juga tidak merasa luar biasa bila Najib menjadi Perdana Menteri kerana ayahnya dulu juga merupakan wakil rakyat Pahang.
Tetapi orang Perak tentunya berasa amat gembira dengan keputusan Anwar berpindah ke Perak itu kerana dengan sendirinya memberi peluang wakil rakyat dari Perak pula menjadi Perdana Menteri.
Keputusan Anwar berpindah ke Perak tentunya disambut perasaan amat gembira oleh rakyat dan pengundi Perak. Inilah masenya Yob!
Pengundi Perak bukan saja akan memastikan kemenangan Anwar, bahkan banyak kerusi lain yang ditandingi PR juga dipercayai akan mendapat limpahan sokongan kesan daripada kedatangan Anwar bertanding di Perak itu.
Dalam masa yang sama, negeri Perak yang dulunya dimenangi oleh PR tetapi kemudian diambil melalui pintu belakang dengan dua ADUN Pkr dan seorang ADUN DAP keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai Bebas yang menyokong BN, pastinya juga menjadi bertambah goyah dengan kehadiran Anwar di negeri itu.
Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak tentu perlu melipatgandakan lagi usaha menyekat kemaraan pengaruh Anwar dan PR kali ini dan diatas kertas, kerajaan negeri BN itu sudah boleh diramalkan akan jatuh semula ke tangan PR.
Selepas Lim Kit Siang memutuskan untuk berpindah dari Ipoh Timur ke Gelang Patah di Johor dan Sallahuddin Ayob juga berpindah ke Johor, tindakan Anwar pula berpindah ke Perak, tidak diragukan lagi adalah strategi bijak PR yang bukan saja membolehkan mereka melebarkan lagi pengaruh serta kekuatan tetapi juga akan menyebabkan BN terpaksa memberi tumpuan ke banyak negeri untuk mempertahankan kuasa yang dipegang sejak 56 tahun lalu.
Dengan Permatang Pauh hampir pasti kekal dalam genggaman pengaruh Anwar dan PR walau siapa pun bertanding di sana, manakala beliau pula berpindah ke Perak dan Lim Kit Siang dan Sallahuddin Ayob ke Johor, Najib dan BN juga terpaksa menambah kekuatan dan tumpuannya di kedua negeri itu bagi mengelakkan BN kehilangan lebih banyak kerusi.
Di ketika yang sama, jika benar Dr Wan Azizah pula akan bertanding di Selangor, UMNO dan BN juga terpaksa melipatgandakan usaha mereka di negeri itu. Jika UMNO gagal di Selangor, ia lebih memalukan Najib selaku Pengarah Pilihanraya dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor kerana lawan yang gagal ditewaskannya hanyalah seorang wanita.
Akhirnya, selain kerusi yang ditinggalkan Anwar, Lim Kit Siang dan Sallahudin kekal menjadi milik PR, kerusi baru yang ditandingi mereka juga berpotensi besar untuk dimenangi. Tidak dapat tidak, jumlah kemenangan kerusi Parlimen yang bakal dimenangi dan dalam jangkaan akan dimenangi oleh PR akan bertambah jadinya melalui strategi berpindah kawasan ini.
Walaupun tindakan Anwar dan Kit Siang berpindah kawasan ini mendapat kecaman banyak pihak dalam UMNO termasuk dari Mahathir yang mungkin makin kurang waktu tidurnya mulai malam ini, hakikatnya pilihanraya adalah "game of numbers" dan siapa yang mendapat jumlah yang lebih, dialah menjadi pemenang.
Dalam hal ini, tiada apa-apa yang salah yang telah dilakukan Anwar dengan keputusannya berpindah ke Perak itu. Ia hanya membuatkan Najib dan BN lebih susah saja. (SH 03/04/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setuju dengan strategi Anwar ke Perak.PM Najib ada berani ka untuk berpindah keluar dari Pekan. Untuk menjadi PM Malaysia, calon mestilah diterima oleh semua lapisan rakyat dan bertanding di mana jua, masih juga mendapat sokongan!
ReplyDeleteSetuju!
DeleteSaya rasa DSAI silap catur, budaya `parachute' bukan sahaja mengundang undi protes tetapi mengecewakan kasawan yang telah lama berjasa `through thick and thin!' Walau bagaimana pun BN mengatur jentera dan trick2 kotor dan kempen2 dengan bahan2 palsu dan luchah, DSAI tetap utuh.
ReplyDeletePenggundi Permatang Pauh setia jadi mengecewakan mereka akan menyebabkan jatuh satu kerusi Palimen kepada musuh. Ini akan menjadi bahan ejekan bagi Pakatan - tumbang kubu PKR! Saya harap di istikharah!
Tak semestinya Anwar sudah pindah parlimen penduduk permatang pauh akan berpaling arah..penduduk pasti ingat segala jasa anwar pada mereka dan jasa mereka pada anwar
Deletesudah pasti pindah kawasan parlimen di fikir semasaknya dari strategi politik
pindahnya anwar ke perak bakal memberi impak yg sukar utk dibendung oleh BN dan sikap anwar sanggup berkorban wajar di puji
Justeru tak payahlah sdri. Sabihah pertikaikan anwar yg byk pengalaman itu
Kalau jasa Anuar bolih dikenang apatahlagi jasa UMNO
DeleteRakyat Malaysia mesti tolak KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi) a.k.a Kumpulan Syaitan Yang DiKenali dalam PRU13.
ReplyDeleteUbah!!!!!!!Ini kalilah!!!!!!!!!!!!